Selasa, Februari 14, 2023

Sunan Abu Daud kitab jenazah 13/2/23(04)

Sunan Abu Daud kitab jenazah 13/2/23(04)
3089– `Abdullah bin Muhammad an-Nufaili meriwayatkan kepada kami,katanya: Muhammad bin Salamah meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Ishaq, katanya: Ada seorang laki-laki dari Syam yang dipanggil Abu Manzhūr, meriwayatkan kepadaku daripada bapa saudaranya, katanya: Bapa saudaraku meriwayatkan kepadaku daripada `Aamir ar-Rāmi³ saudara al-Khadhir.⁴ 

Kata Abu Daud, “Menurut an-Nufaili dia adalah al-Khudhr, akan tetapi demikianlah ia disebut perawi (Muhammad bin Salamah).”⁵  Kata beliau (`Aamir ar-Rāmi), “Sesungguh aku berada di negeri sendiri, tiba-tiba diangkat kepada kami beberapa bendera dan panji-panji. Aku bertanya (orang): Apa ini?
Kata Mereka, ini adalah bendera Rasulullah s.a.w. Aku pun datang (/pergi) kepadanya, Baginda sedang berada di bawah satu pokok, telah dihamparkan untuknya kain, dan Baginda dalam keadaan duduk di atasnya, para sahabatnya pula sedang mengerumuninya. Lalu aku duduk di samping mereka. Rasulullah s.a.w. menyebutkan penyakit-penyakit, lantas bersabda, “Sesungguhnya seorang mukmin apabila ditimpa penyakit, kemudian Allah menyembuhkannya, maka penyakit (yang telah menimpanya) itu merupakan penghapus dosa-dosanya yang lepas⁶ dan sebagai nasihat (peringatan) baginya untuk waktu yang akan datang.⁷
Dan sesungguhnya orang munafik apabila sakit kemudian disembuhkan, ia seperti unta yang diikat pemiliknya, kemudian mereka melepaskannya. Ia tidak 
mengerti kenapa mereka mengikatnya, dan tidak juga mengerti kenapa mereka melepaskannya.⁸ Tiba-tiba seorang laki-laki di antara orang-orang yang ada di 
sekitarnya berkata, wahai Rasulallah! Penyakit itu apa? Demi Allah aku belum pernah sakit sama sekali. Maka Rasulullah s.a.w. berkata, “Bangkit dan tinggalkan kami, kerana engkau bukan dari kalangan kami!”⁹ Ketika kami
sedang berada di samping Baginda, tiba-tiba tampil seorang laki-laki yang berselimut, di tangannya ada sesuatu yang ditutupinya. Dia berkata, wahai Rasulallah! Sesungguhnya aku bila mengetahui tentang kedatanganmu, terus datang untuk menemuimu. Dalam perjalananku melalui satu kawasan belukar, aku terdengar suara anak-anak burung di dalamnya, aku mengambilnya dan meletakkannya di dalam selimutku ini. Ibu mereka datang dan mengitari kepalaku. Aku membuka selimutku yang menutupi anak-anaknya, terus ia menerkam ke arah mereka dan berusaha menyelamatkan mereka. Aku pula terus menangkap dan membungkus semuanya dengan selimutku. Nah, ini semuanya ada bersamaku!” Rasulullah s.a.w. berkata, “Letakkan semuanya di bawah.”
Maka aku meletakkan semuanya (di atas tanah), namun ibunya masih tetap bersama mahu melindungi mereka. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w. bertanya para sahabat dengan berkata: “Apakah kamu kagum terhadap kasih sayang ibu burung ini kepada anak-anaknya?” Mereka berkata, ya, wahai Rasulallah. 
Kemudian Baginda berkata, demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya. Sesungguhnya Allah lebih sayang kepada para hambaNya daripada ibu burung ini kepada anak-anaknya. Kembalikan mereka hingga engkau meletakkannya pada tempat di mana engkau telah mengambilnya bersama-sama ibu mereka!”
Maka laki-laki itu pun mengembalikannya (seperti diarahkan oleh Rasulullah s.a.w.).

Sunan Abu Daud kitab jenazah 13/2/23(03)

Sunan Abu Daud kitab jenazah 13/2/23(03)
٣٠٨٩ - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَقَ قَالَ حَدَّثَنِي رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ يُقَالُ لَهُ أَبُو مَنْظُورٍ عَنْ عَمِّهِ قَالَ حَدَّثَنِي عَمِّي عَنْ عَامِرٍ الرَّامِ أَخِي الْخَضِرِ قَالَ أَبُو دَاوُد قَالَ النُّفَيْلِيُّ هُوَ الْخُضْرُ وَلَكِنْ كَذَا قَالَ قَالَ إِنِّي لَبِبِلَادِنَا إِذْ رُفِعَتْ لَنَا رَايَاتٌ وَأَلْوِيَةٌ فَقُلْتُ مَا هَذَا قَالُوا هَذَا لِوَاءُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَيْتُهُ وَهُوَ تَحْتَ شَجَرَةٍ قَدْ بُسِطَ لَهُ كِسَاءٌ وَهُوَ جَالِسٌ عَلَيْهِ وَقَدْ اجْتَمَعَ إِلَيْهِ أَصْحَابُهُ فَجَلَسْتُ إِلَيْهِمْ فَذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْأَسْقَامَ فَقَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَصَابَهُ السَّقَمُ ثُمَّ أَعْفَاهُ اللَّهُ مِنْهُ كَانَ كَفَّارَةً لِمَا مَضَى مِنْ ذُنُوبِهِ وَمَوْعِظَةً لَهُ فِيمَا يَسْتَقْبِلُ وَإِنَّ الْمُنَافِقَ إِذَا مَرِضَ ثُمَّ أُعْفِيَ كَانَ كَالْبَعِيرِ عَقَلَهُ أَهْلُهُ ثُمَّ أَرْسَلُوهُ فَلَمْ يَدْرِ لِمَ عَقَلُوهُ وَلَمْ يَدْرِ لِمَ أَرْسَلُوهُ فَقَالَ رَجُلٌ مِمَّنْ حَوْلَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْأَسْقَامُ وَاللَّهِ مَا مَرِضْتُ قَطُّ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُمْ عَنَّا فَلَسْتَ مِنَّا فَبَيْنَا نَحْنُ عِنْدَهُ إِذْ أَقْبَلَ رَجُلٌ عَلَيْهِ كِسَاءٌ وَفِي يَدِهِ شَيْءٌ قَدْ الْتَفَّ عَلَيْهِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي لَمَّا رَأَيْتُكَ أَقْبَلْتُ إِلَيْكَ فَمَرَرْتُ بِغَيْضَةِ شَجَرٍ فَسَمِعْتُ فِيهَا أَصْوَاتَ فِرَاخِ طَائِرٍ فَأَخَذْتُهُنَّ فَوَضَعْتُهُنَّ فِي كِسَائِي فَجَاءَتْ أُمُّهُنَّ فَاسْتَدَارَتْ عَلَى رَأْسِي فَكَشَفْتُ لَهَا عَنْهُنَّ فَوَقَعَتْ عَلَيْهِنَّ مَعَهُنَّ فَلَفَفْتُهُنَّ بِكِسَائِي فَهُنَّ أُولَاءِ مَعِي قَالَ ضَعْهُنَّ عَنْكَ فَوَضَعْتُهُنَّ وَأَبَتْ أُمُّهُنَّ إِلَّا لُزُومَهُنَّ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَتَعْجَبُونَ لِرُحْمِ أُمِّ الْأَفْرَاخِ فِرَاخَهَا قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَوَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ لَلَّهُ أَرْحَمُ بِعِبَادِهِ مِنْ أُمِّ الْأَفْرَاخِ بِفِرَاخِهَا ارْجِعْ بِهِنَّ حَتَّى تَضَعَهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَخَذْتَهُنَّ وَأُمُّهُنَّ مَعَهُنَّ فَرَجَعَ بِهِنَّ

Sunan Abu Daud kitab jenazah 13/2/23(02)

Sunan Abu Daud kitab jenazah 13/2/23(02)
١- باب الأَمْرَاضِ الْمُكَفِّرَةِ لِلذُّنُوبِ: 
Bab (1): Penyakit-Penyakit Yang Menghapuskan Dosa-Dosa.²

-khusus untuk orang Islam dan orang Islam yg tertentu shj?
- sakit sebagai peringatan kepada mati.
- lebih baik menyerahkan diri kepada Allah yakni meredhai nya.

² Oleh kerana penyakit-penyakit merupakan muqaddimah atau pendahuluan bagi kematian, maka wajarlah Kitab al-Janā’iz dimulakan dengannya. Apakah penyakit-
penyakit menghapuskan dosa-dosa semua manusia? Tajuk bab ini bersama hadits di bawahnya menjawab bahawa tidak. Ia hanya menghapuskan dosa orang-orang mu’min 
yang bersifat dengan beberapa sifat tertentu sahaja, iaitu:
(1) Sabar atas ujian berupa penyakit yang menimpanya.
(2) Percaya bahawa penghapusan dosa itu berlaku hanya dengan rahmat Allah semata-mata.
(3) Tidak menyatakan keresahan dan kegelisahannya.
(4) Penyakit yang menimpanya menjadi pengajaran kepadanya dan menginsafkannya dalam menghadapi kehidupan selepas itu.
(5) Tidak merungut-rungut dan berleter-leter, membayangkan ketiadaan redhanya dengan qadhā’ dan Qadar Allah s.w.t.

Sunan Abu Daud kitab jenazah 13/2/23(01)


Sunan Abu Daud kitab jenazah 13/2/23(01)
15- Kitab Al-Janaa’iz¹ (كتاب الجنائز)

¹ Memang tiada kaitan secara langsung di antara Kitab al-Janā’iz ini dengan Kitab al-Kharāj Wa al-Fai’ sebelumnya. Perlulah difahami bahawa Kitab al-Kharāj Wa al-Fai’ 
itu tidaklah berdiri sendiri, ia hanyalah satu Kitab lanjutan bagi Kitab al-Jihād.
Kesinambungan Kitab al-Janā’iz sebenarnya adalah dengan Kitab al-Jihād dan Kitab-kitab lain selepasnya, iaitu Kitab ad-Dhaĥāya (Kitab Tentang Binatang Korban), Kitab 
al-Washāya (Kitab Tentang Wasiat-wasiat) dan seterusnya Kitab al-Farā’idh (Kitab Tentang Pembahagian Pesaka). 
Memanglah terdapat kesesuaian yang sangat jelas di antara Kitab al-Janā’iz dengan Kitab al-Jihād dan Kitab-kitab yang tersebut selepasnya itu. Sebabnya ialah jihad itu seolah-olahnya merupakan semboyan bagi kematian. Ia meletakkan manusia begitu dekat dengan kematian. Manusia yang berjihad pada hakikatnya mempertaruhkan nyawanya.
Kitab ad-Dhaĥāya, Kitab al-Washāya dan Kitab al-Farā’idh juga, semuanya berkaitan dengan kematian.
Di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, Kitab al-Janā’iz terus terletak selepas Kitab as-Shalat. Sebabnya ialah jenazah juga disembahyangkan. Semasa hidup semua shalat perlu dikerjakan sendiri oleh orang yang beriman, setelah mati (meninggal dunia) pula, tidak dapat lagi ia mengerjakannya sendiri, sebaliknya orang lainlah yang perlu menyembahyangkan jenazahnya. Di situlah terletak kesinambungan di antara dua Kitab tersebut menurut Bukhari dan Muslim.
Di dalam Sunan at-Tirmidzi pula Kitab al-Janā’iz terletak selepas Kitab al-Ĥajj. Dengan meletaknya selepas Kitab al-Ĥajj, Imam at-Tirmidzi mengisyaratkan kepada
maksud dan tujuan seseorang mu’min melaksanakan semua rukun Islam itu ialah untukmenghadapai hari akhirat yang bermula selepas kematiannya. Seolah-olahnya itulah 
bekal untuk hari kemudiannya.
Menurut pengarang al-Manhalul `Adzbul Maurūd (Syeikh Mahmud Muhammad Khatthāb as-Subki m.1352H), tertib yang dikemukakan ini adalah berdasarkan riwayat al-Lu’lu’i (Abu `Ali Muhammad bin Ahmad bin `Amar al-Bashri al-Lu’lu’i m.333H). 
Berdasarkan nuskhah yang dipakai oleh al-`Aini dan al-Khatthābi untuk Syaraĥ mereka, Kitab al-Janā’iz ini tersebut selepas Kitab as-Shalat. Dan itu tidak berdasarkan riwayat al-Lu’lu’i. 
Tertib itu lebih sesuai, memandangkan apa yang paling penting dilakukan terhadap mayat (orang mati) ialah menyembahyangkan jenazahnya. Jadi menyebutkannya 
selepas Kitab as-Shalah lebih sesuai. Imam Bukhari di dalam Sahihnya dan pengarang-pengarang kitab-kitab fiqh juga meletakkan Kitab al-Janā’iz ini selepas Kitab as-
Shalah.

Janā’iz adalah kata jama` bagi perkataan janāzah. Perkataan جَنازة itu pula dibaca jīmnya dengan fatĥah (baris atas) dan juga kasrah (baris bawah). Menurut sesetengah ahli bahasa (`Arab), dengan fatĥah jīm ia bererti mayat (orang mati). Dengan kasrah jīm pula ia bererti keranda. Sementara sesetengah mereka (ahli bahasa) pula 
menterbalikkan erti yang tersebut tadi. Dengan fatĥah jīm ia bererti keranda. Dengan kasrah jīm pula ia bererti mayat.
Perkataan جنازة itu berpunca daripada mashdarnya جَنْز 
َdaripada bab ضَرَبَ . َMaksudnya ialah menutup. Boleh juga kata mashdarnya itu dipakai dengan erti isim maf`ulnya مِجْنوز yang berreti مَسْتُور (yang ditutupi). Ini kerana orang mati itu selayaknya ditutupi, sesuai dengan arahan Rasulullah s.a.w. supaya mayat ditutupi setelah ia 
menghembuskan nafas terakhirnya. Mendedahkan muka mayat tanpa keperluan juga tidak sopan, malah semasa memandikannya juga auratnya perlu ditutupi dengan
sempurna.

Selasa, Februari 07, 2023

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(06)

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(06)
Karangan Imam Abu Daud:
Antara karangan beliau ialah 
(1) As-sunan 
(2) Marāsīl 
(3) ar-Raddu `Alaā al-Qadariyyah 
(4) An-Nāsikh Wa al-Mansūkh 
(5) Ma Tafarrada Bihi Ahlul Amshār / At-
tafarrud Fi as-Sunan 
(6) Fadhā’ilu al-Anshār 
(7) Musnad Malik bin Anas 
(8) Al-Masā’il
(9)Ma`rifatu al-Auqāt / Al-Mawāqīt 
(10) Kitab Bad’i al-Waĥyi 
(11) Masā’il al-Imam Ahmad 
(12) Su’ālāt Abi Daud Lil Imam Ahmad Fi ar-Rijāl 
(13) Ar-Ruwāt Min al-Ikhwah Wa al-Akhawāt 
(14) Az-Zuhd 
(15) Dalā’il an-Nubuwwah 
(16) Manāsik al-Ĥajj al-Kabīr 
(17) at-Thahārah al-Kabīr 
(18) Fadhā’il Ramadhān 
(19) A`lām an-Nubuwwah 
(20) Al-Mubtada’ 
(21) Akhbār al-Khawārij 
(22) Ad-Du`ā’ 
(23) Dan lain-lain.
Yang paling masyhur daripada kitab-kitab tersebut ialah Kitab as-Sunan beliau. Kita akan bincangkan tentangnya selepas ini dengan agak terperinci insya’ Allah.

7

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(05)

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(05)
Mazhab Imam Abu Daud:

Para `ulama’ berbeda pendapat tentang mazhab (fiqh) Imam Abu Daud. Bukan sahaja Imam Abu Daud, para muĥadditsīn agung yang lain juga sama, para `ulama’ juga 
berbeda pendapat tentang mazhab fiqh mereka. Masing-masing pengikut mazhab yang popular di kalangan umat menyenaraikan tokoh-tokoh besar hadits sabagai salah seorang tokoh mazhab mereka.
Di dalam Bustān al-Muĥadditsīn, Shah `Abdul `Aziz menulis, “Para `ulama’ berbeda pendapat tentang mazhabnya. Ada yang berkata beliau bermazhab Syafi`e, ada pula yang berusaha membuktikan beliau bermazhab Ĥambali.” 
Abu `Aashim al-`Abbādi dan Ibnu Bāthīsy pula membilang beliau sebagai seorangyang bermazhab Syafi`e. Pendapat mereka diikuti oleh segolongan `ulama’ yang datang 
kemudian seperti Tājuddīn as-Subki, Thāsy Kubra Zādeh dan Nawab Shiddīq Ĥasan Khan. Bagaimanapun pendapat mereka dibantah oleh ramai tokoh `ulama’ yang lain. 
Ad-Dāudi berkata, “Mereka tidak mengemukakan dalil yang menyokong pendapat mereka itu.”
Kebanyakan penulis biografi `ulama’, antaranya Abu Ishaq asy-Syīrāzi, al-Qādhi Abul Ĥusain bin Abi Ya`la al-Farrā’, menyenaraikan nama Imam Abu Daud dalam kelas 
pertama tokoh-tokoh mazhab Ĥambali. Imam adz-Dzahabi bahkan telah mengira beliau sebagai salah seorang murid terpilih Imam Ahmad. 
Al-Muĥaddits Mualana Muhammad Anwah Shah al-Kashmiri, Syeikhul Ĥadīts Maulana Zakariya dan lain-lain pula yakin beliau adalah salah seorang tokoh besar 
dalam mazhab Ĥambali.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah pernah ditanya tentang mazhab enam pengarang kitab-kitab utama hadits dan lain-lain tokoh hadits, adakah mereka mujtahid yang tidak
bertaqlid kepada sesiapa atau mereka juga muqallid? 
Jawab beliau: “Bukhari dan Abu Daud adalah dua orang imam mujtahid dalam fiqh. 
Muslim, Tirmidzi, Nasaa’i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Abu Ya`la, al-Bazzaar dan lain-lain, semuanya bermazhab Ahlul Ĥadīts. Mereka tidak bertaqlid kepada mana-mana `ulama’ secara khusus, dan tidak juga mereka termasuk dalam mujtahid mutlaq. 
Mereka lebih cenderung kepada pendapat imam-imam hadits, seperti Syafi`e, Ahmad, Ishaq, Abu `Ubaid dan lain-lain.

Antara mereka ada yang pendapatnya lebih dekat dan lebih rapat dengan pendapat Imam Ahmad, seperti Abu Daud dan lain-lain. Pandangan mereka bagaimanapun lebih 
cenderung kepada aliran Ahlul Ĥijāz berbanding aliran-aliran Ahlul `Irāq, seperti Abu Hanifah dan ats-Tsauri.”
Seperti telah disebutkan sebelum ini, tokoh-tokoh `ulama’ hadits Deobandi lebih cenderung mengatakan Imam Abu Daud bermazhab Ĥambali. Kata mereka, dengan
meneliti tajuk-tajuk bab yang dibuat beliau dapat dikatakan secara putus bahawa beliau memang bermazhab Ĥambali.

Pada banyak tempat di dalam SunanNya Imam Abu Daud mentarjiĥkan hadits-hadits yang menyokong aliran (mazhab) Ahmad, padahal ada banyak juga hadits-hadits yang menyokong pandangan aliran-aliran lain. Antara contohnya:
(1) Beliau mengadakan tajuk bab begini
باب كَرَاهِيَةِ اسْتِقْبَالِ الْقِبْلَةِ عِنْدَ قَضَاءِ الْحَاجَةِ: 
tanpa menyebutkan di dalamnya واستدبارها .Sebabnya ialah membelakangi qiblat ketika qadha’ hajat menurut Imam Ahmad adalah harus secara mutlaq. Kemudian beliau mengadakan pula satu tajuk  bab begini باب الرُّخْصَةِ فِي ذَلِكَ
 (Bab Keharusan Membelakanginya)
 
(2)Beliau mengadakan tajuk bab berbunyiباب الْبَوْلِ قَائِمًا(Bab Kencing Sambil Berdiri
Lalu di bawahnya beliau kemukakan hadits Ĥudzaifah berikut:
حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ وَمُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالاَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ (ح) وَحَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ- وَهَذَا لَفْظُ حَفْصٍ- عَنْ سُلَيْمَانَ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ: أَتَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِمًا ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ. 
(Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Umar dan Muslim bin Ibrahim mereka berdua berkata; Telah menceritakan kepada kami Syu'bah. Dan menurut jalur yang lain; Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah dan ini adalah lafazh Hafsh dari Sulaiman dari Abu Wa`il dari Hudzaifah dia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mendatangi tempat pembuangan sampah suatu kaum, lalu buang air kecil dengan berdiri, kemudian beliau meminta untuk didatangkan air, lalu beliau mengusap dua khufnya." Abu Dawud berkata; Musaddad berkata; Hudzaifah berkata; Lalu saya pergi menjauh dari beliau, namun beliau memanggil saya hingga saya berada di sisi tumitnya. )

ِSebabnya ialah menurut mazhab Imam Ahmad, kencing sambil berdiri itu harus secara mutlaq. Sedangkan menurut jumhur `ulama’, tanpa uzur kencing sambil berdiri itu 
makruh tanzīhi. Imam Abu Daud langsung tidak mengemukakan hadits-hadits yang menekankan supaya kencing sambil duduk, padahal hadits-hadits itu juga masyhur. Beliau sebaliknya mengemukakan hadits-hadits itu di tempat lain.

(3) Imam Abu Daud mengadakan tajuk bab berbunyi:باب في تَرْكِ الْوُضُوءِ مِمَّا مَسَّتِ النَّارُ (Bab Tidak Perlu Berwudhu’ Kerana Memakan Sesuatu Yang Dimasak Dengan Api). 
Kemudian beliau mengadakan باب التَّشْدِيدِ فِي ذَلِكَ (Bab Larangan Keras Terhadapnya)selepasnya. Maksud beliau ialah menyatakan kewajiban berwudhu’ selepas memakan sesuatu yang dimasak dengan api.

Melalui tajuk bab pertama Imam Abu Daud mengisyaratkan kepada kata-kata Jabir di bawah bab itu bahawa: 
.كَانَ آخِرَ الْأَمْرَيْنِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَرْكُ الْوُضُوءِ مِمَّا غَيَّرَتْ النَّارُ 
(amal Rasulullah yang terakhir ialah tidak berwudhu’ kerana memakan sesuatu yang dimasak dengan api). Oleh kerana kata-kata Jabir itu dijadikan sebagai dalil oleh jumhur `ulama’ tentang mansukhnya hukum keperluan berwudhu’ selepas memakan sesuatu yang dimasak dengan api, dan ia merangkumi juga hukum berwudhu’ selepas memakan daging unta, maka Imam Abu Daud mengadakan selepasnya tajuk bab kedua tadi.

Tujuan beliau ialah menyatakan hukum meninggalkan (tidak perlu) berwudhu’ kerana memakan sesuatu yang dimasak dengan api itu tidak dimansukhkan dengan hadits Jabir tersebut, tetapi ia dimansukhkan oleh dalil-dalil yang lain.

(4) Tajuk bab باب في الْقَطْعِ فِي الْعَارِيَةِ إِذَا جُحِدَتْ
(Bab Tentang Hukum Potong Tangan Kerana 
Pinjaman Apabila Dinafikan), diadakan oleh Abu Daud untuk menyokong pendapat Imam Ahmad dalam masalah ini. Imam Ahmad berpendapat, pengkhianat juga (dalam
sesetengah kes) boleh dipotong tangan. Pendapatnya ini berbeza daripada pendapat jumhur `ulama’.
Sedangkan sebelum itu beliau (Imam Abu Daud) telah pun mengemukakan satu hadits di mana Rasulullah s.a.w. bqersabda: لَيْسَ عَلَى الْخَائِنِ قَطْعٌ
Bermaksud: Tiada hukum potong tangan terhadap pengkhianat. Hadits inilah yang menjadi pegangan jumhur `ulama’. 
(5) Beliau juga mengadakan tajuk bab ini: باب الْوُضُوءِ بِفَضْلِ وَضُوءِ الْمَرْأَةِ:( Bab Berwudhu Dengan Menggunakan Air Lebihan Wudhu’ Wanita). Selepas itu beliau mengadakan 
pula tajuk bab ini: باب النَّهْيِ عَنْ ذَلِكَ
(Bab Larangan Menggunanya). Tujuannya ialah 
memperkuatkan mazhab Imam Ahmad. 

Sebabnya ialah hanya Imam Ahmad dari kalangan imam empat mazhab berpendapat tidak harus lelaki mengguna air lebihan wanita berwudhu’. Bagi Imam Ahmad, air yang
telah dicelup oleh wanita untuk berwudhu’ atau mengangkat hadats sudah menjadi musta`mal untuk lelaki.

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(04)

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(04)
Murid-Murid Imam Abu Daud:
Sukar juga disebut dan dipastikan nama dan bilangan semua sekali murid-murid dan pelajar-pelajarnya. Majlis ilmunya kadang-kadang dihadhiri ribuan pelajar. Imam adz-
Dzahabi bagaimanapun menyebut dua orang daripada murid-murid Abu Daud yang paling tersohor. Mereka ialah Imam Tirmidzi dan Imam an-Nasā’i. Imam Abu Daud
sangat berbangga kerana gurunya Imam Ahmad juga menerima hadits `atīrah daripadanya. 

- imam tirmizi dan  imam nasai muridnya
- gurunya imam ahmad ambil drpnya 1hadith .

Kezuhudan Dan Ketaqwaan:
Abu Haatim berkata, “Imam Abu Daud adalah seorang yang unik di zamannya, baik daripada segi, fiqh, keilmuan, hafalan hadits, kezuhudan, ibadat dan keyakinan diri.” 
Mulla `Ali al-Qāri berkata, “Imam Abu Daud berada pada kedudukan yang tinggi dalam kewara`an, ketaqwaan, kesucian diri dan ibadat.”
Dikatakan, Imam Abu Daud dalam tindakan dan tutur katanya sangat menyerupai gurunya Imam Ahmad. 

Pengakuan Dan Pengi`tirafan Tokoh-Tokoh Terhadapnya:
Kelebihan dan keistimewaan Imam Abu Daud dii`tiraf dan diperakui tokoh-tokoh `ulama’ di zamannya. Hafiz Musa bin Harun berkata, “Imam Abu Daud di lahirkan untuk hadits di dunia dan untuk syurga di akhirat. Saya tidak pernah melihat orang yang lebih istimewa daripada beliau.” 

Ungkapan Imam Ibrahim al-Ĥarbi tentang Abu Daud telah masyhur di kalangan orangramai bahawa “Telah dilembutkan hadits kepada Abu Daud r.a. sebagaimana telah dilembutkan besi kepada Nabi Daud a.s.”
Al-Haakim berpendapat bahawa Abu Daud adalah imam Ahlul ĥadīts (para muĥadditsīn) di zamannya tanpa sebarang keraguan.

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(03)

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(03)
Pengembaraannya Menuntut Ilmu.
Sejarah permulaan hidup Imam Abu Daud tidak banyak diketahui. Bagaimanapun di zaman kelahiran beliau, ilmu hadits telah pun berkembang luas. Oleh kerana itu beliau 
di zaman remajanya pernah mengembara ke merata tempat dan negeri demi menuntut ilmu hadits. Beliau mengunjungi hampir kesemua guru-guru hadits yang terkenal pada 
masa itu.
Ke Baghdad dan Iraq sahaja Imam Abu Daud pergi beberapa kali. Selain ke Baghdad beliau juga pernah pergi ke Khurasan, Syam, Algeria dan lain-lain. Di setiap negeri 
yang dikunjungi, beliau telah mendapat banyak sekali ilmu daripada para `ulama’nya.

Guru-Guru Imam Abu Daud:
Sukar untuk disebut dan dipastikan semua sekali nama-nama dan bilangan guru-guru beliau. Mereka sangat ramai. Khathīb Tabrezi berkata:أخذ العلم ممن لا يحصى     (Beliau telah menerima ilmu daripada ramai sekali guru, tidak terbilang ramainya). Beliau telah menerima hadits daripada ramai sekali perawi. Melihat kepada Kitab Sunannya dan kitab-kitab lain yang dikarangnya, Hafizh Ibnu Hajar mengagak guru-guru hadits beliau adalah seramai 300 orang lebih.

Ramai daripada guru Imam Bukhari juga merupakan guru Imam Abu Daud. Antara tokoh-tokoh hadits terkenal yang diketahui sebagai gurunya ialah Imam Ahmad, al-Qa`nabi, Abul Walīd at-Thayālisi, Muslim bin Ibrahim dan Yahya bin Ma`īn.

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(02)

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(02)
Kelahiran Dan Kewafatan:
Imam Abu Daud lahir di Sistan pada tahun 202 Hijrah. Tetapi beliau menghabiskan sebahagian besar daripada kehidupannya di Baghdad. Di Baghdadlah beliau mengarang Kitab Sunannya. Kerana itulah ramai daripada perawi-perawi Sunan beliau terdiri daripada penduduk setempat dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. 
Atas sebab-sebab tertentu, Imam Abu Daud akhirnya berpindah ke Bashrah pada tahun 271 Hijrah. Di sanalah beliau menjalani empat tahun terakhir kehidupannya. Bashrah ketika itu terkenal sebagai pusat bandar yang mengumpulkan ramai cendekiawan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Di Bashrahlah Imam Abu Daud menghembuskan nafas terakhirnya, iaitu pada hari Juma`at tahun 275 Hijrah.

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(01)

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(01)

بسم الله الرمحن الرحيم والصلاة والسلام على رسوله الأمني آله وعلى  وأصحابه أمجعني 
Biografi Imam Abu Daud Dan Serba Sedikit Informasi Tentang Kitab Sunan Beliau

Nama Dan Susur Galurnya:
Nama sebenar beliau ialah Sulaiman. Abu Daud itu adalah kuniahnya (nama panggilannya) sahaja. Nama bapanya pula ialah Asy`ats bin Ishaq. 
Salasilah keturunan beliau secara lengkap adalah seperti berikut:
Sulaiman bin Asy`ats bin Ishaq bin Basyīr bin Syaddād bin `Amar bin `Imraan al-Azdi as-Sijistāni.

Imam Abu Daud adalah penduduk Sīstān, iaitu satu kawasan yang terletak di antara Herat dan Sindh, berhampiran dengan wilayah Balucistan (dekat Pakistan)hari ini.

Orang-orang `Arab menyebut Sīstān dengan Sijistan. Kerana itulah apabila dinisbahkan (dikaitkan) kepada negeri atau tempat asal Abu Daud, beliau dikatakan as-Sijistani (orang Sijistan). 

Tidak dinafikan terdapat sedikit perbedaan pendapat mengenai tanah air Imam Abu Daud yang sebenarnya. Ibnu Khallikān berkata, Sijistan adalah nama sebuah kampung 
yang terletak di sekitar Bashrah. Sementara Syah `Abdul `Aziz (anak Syah Waliyullah) pula tidak bersetuju dengannya. Bagi beliau, Sīstān adalah nama sebuah bandar di antara Herat dan Sindh.(Karangan banyak dlm bahasa Urdu)

Jika dilihat kepada peta yang terdapat hari ini tidak ada pula sebuah bandar bernama Sīstān di kawasan itu. Yaqūt al-Ĥamawi menulis, “Sīstan terletak di kawasan sekitar 
Khurāsān. Ia dipanggil juga Sijz.” Nampaknya pendapat Yāqūt ini lebih tepat. Sebab itulah Imam Abu Daud juga dikaitkan dengannya, beliau juga disebut as-Sijzi 
(orang Sijz). 
Peta yang terdapat hari ini menunjukkan Sijistan itu terletak di atara beberapa wilayah. 
Di sebelah utaranya Khurāsān. Di sebelah baratnya Kirmān. Di sebelah selatannya terletak Mukrān, dan di sebelah timurnya pula terletak Sind.
Sekarang ini wilayah Sistan terletak di sebelah barat daya Afghanistan, dan ia terbahagi kepada dua bahagian, 
Sīstān dan Rīĥistān, sebahagian daripadanya terletak di sebelah timur Iran.

Mungkin juga di suatu ketika dahulu sebelum wujud lagi negara Iran hari ini, ia terletak dalam wilayah Khurasan. Justeru Khurasan pernah terkenal sebagai sebuah wilayah 
yang sangat luas pada suatu ketika dahulu.

-Tok khurasan yang terkenal diKelantan.
-ustaz Ya pergi belajar dgn anak tok khurasan.
-cucu tok khurasan bg tau dia  dtg ke Kelantan (Nusantara) atas kehendak gurunya