Ahad, Jun 21, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 05(07)(s2)nota5(085)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(07)(s2)nota5(085)

Zaman Turun Surah
Surah al-A'raaf juga merupakan antara surah terakhir diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. berada di Mekah, ia diturunkan pada peringkat ke empat dan terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di sana, sekitar tahun ke-11 hingga 13 Kenabian. Besar sekali kemungkinan ia diturunkan selepas Surah al-An'aam dan beberapa ayat di permulaan Surah al-Hajj iaitu pada tahun ke-I3 Kenabian. Zaman ia diturunkan adalah suatu zaman di mana perancangan jahat membunuh Rasulullah s.a.w. juga telah bermula. Orang-orang kafir Quraisy diancam dengan sejarah kebinasaan umat sebelum mereka. Dinyatakan sebab-sebab kenapa mereka telah dibinasakan, sebab-sebab itu ada juga pada mereka. Di akhir surah ini orang-orang yang beriman diarah supaya bersabar dan beristiqamah.

Beberapa Ciri Khusus Surah al-A'raaf
1. Di dalam ayat ke-34 وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ terdapat kenyataan tentang kebinasaan dan kemusnahan bangsa-bangsa bahawa sebagaimana individu, bangsa-bangsa juga mempunyai tarikh kematian dan kemusnahannya. Apabila sampai waktu itu, tiada lagi peluang untuk mereka menolaknya. (Ayat:34)
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

2. Surah ini mengandungi sunnatullah dalam
membinasakan umat manusia dan sunnatullah dalam
menggantikan mereka dengan umat yang lain, di mana Allah setelah memberi peluang kepada bangsa-bangsa untuk beberapa ketika, membinasakannya. Pada ketika itu, orang-orang yang baik diselamatkan,kemudian suatu bangsa dan kaum yang lain pula akan memegang kuasa dan mengambil alih tempat umat sebelumnya.

3. Dari segi susunan ayat, Surah al-A'raaf kelihatan menyerupai Surah Hud. Kedua-dua surah mengandungi 8 paragraf, di antara pendahuluan dan penutupnya terdapat 6 peristiwa kebinasaan beberapa kaum dan umat di samping penggantian mereka dengan kaum dan umat yang lain. Melalui peristiwa-peristiwa itu, manusia difahamkan tentang sunnatullah dalam membinasakan bangsa-bangsa
dan sunnatullah dalam menggantikan mereka dengan bangsa-bangsa yang lain.

Pertalian Dan Kesinambungan Di Antara Surah Al-A'Raaf Dengan Surah Sebelum Dan
Selepasnya
1. Apa yang tersebut secara umum berkenaan dengan Bani Israil dalam bahagian pendahuluan Surah al-Baqarah, diulangi di dalam Surah al-A'raaf untuk Bani Isma'il pula dalam satu gaya cerita yang baharu.

2. Di dalam Surah al-An'aam disebutkan tentang kebinasaan beberapa kaum secara umum melalui ayat
ke-enamnya, di dalam Surah al-A'raaf ini terdapat perincian tentang kebinasaan enam kaum secara

85


Sabtu, Jun 20, 2020

Sahih muslim kitab muqadimah sesi 008

Sahih muslim kitab muqadimah sesi 008

١ -  مقدمة » ٦ -  وجوب الرواية عن الثقات
1. Mukadimah » 6. Wajibnya meriwayatkan dari tsiqat

باب وُجُوبِ الرِّوَايَةِ عَنِ الثِّقَاتِ وَتَرْكِ الْكَذَّابِينَ: 
Bab wajibnya meriwayatkan hadits dari orang2 yang tsiqah dan  dia sedar hadits yg dikemukakan itu dusta

وَاعْلَمْ- وَفَّقَكَ اللَّهُ تَعَالَى- أَنَّ الْوَاجِبَ عَلَى كُلِّ أَحَدٍ عَرَفَ التَّمْيِيزَ بَيْنَ صَحِيحِ الرِّوَايَاتِ وَسَقِيمِهَا وَثِقَاتِ النَّاقِلِينَ لَهَا مِنَ الْمُتَّهَمِينَ أَنْ لاَ يَرْوِيَ مِنْهَا إِلاَّ مَا عَرَفَ صِحَّةَ مَخَارِجِهِ. وَالسِّتَارَةَ فِي نَاقِلِيهِ. وَأَنْ يَتَّقِيَ مِنْهَا مَا كَانَ مِنْهَا عَنْ أَهْلِ التُّهَمِ وَالْمُعَانِدِينَ مِنْ أَهْلِ الْبِدَعِ وَالدَّلِيلُ عَلَى أَنَّ الَّذِي قُلْنَا مِنْ هَذَا هُوَ اللاَّزِمُ دُونَ مَا خَالَفَهُ قَوْلُ اللَّهِ جَلَّ ذِكْرُهُ: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ} وَقَالَ جَلَّ ثَنَاؤُهُ: {مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنَ الْشُّهَدَاءِ} وَقَالَ عَزَّ وَجَلَّ: {وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ} فَدَلَّ بِمَا ذَكَرْنَا مِنْ هَذِهِ الآيِ أَنَّ خَبَرَ الْفَاسِقِ سَاقِطٌ غَيْرُ مَقْبُولٍ وَأَنَّ شَهَادَةَ غَيْرِ الْعَدْلِ مَرْدُودَةٌ وَالْخَبَرُ وَإِنْ فَارَقَ مَعْنَاهُ مَعْنَى الشَّهَادَةِ فِي بَعْضِ الْوُجُوهِ فَقَدْ يَجْتَمِعَانِ فِي أَعْظَمِ مَعَانِيهِمَا إِذْ كَانَ خَبَرُ الْفَاسِقِ غَيْرَ مَقْبُولٍ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ كَمَا أَنَّ شَهَادَتَهُ مَرْدُودَةٌ عِنْدَ جَمِيعِهِمْ وَدَلَّتِ السُّنَّةُ عَلَى نَفْيِ رِوَايَةِ الْمُنْكَرِ مِنَ الأَخْبَارِ كَنَحْوِ دَلاَلَةِ الْقُرْآنِ عَلَى نَفْيِ خَبَرِ الْفَاسِقِ. وَهُوَ الأَثَرُ الْمَشْهُورُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: 

Ketahuilah.Semoga Allah memberikan taufiknya kepada mu. Bahawasanya diwajibkan kepada setiap orang uhtuk mengetahui riwayat2 yang sahih dan tidak sahih,mengetahui perawi yang tsiqah dan yang tertuduh iaitu agar tidak meriwayatkan hadits kecuali  telah diketahui kesahihan jalur periwayatannya. Kehati2an dalam menukil hadits serta menjauhkan diri dari orang yang tertuduh dan para pembangkang dari kalangan ahli bidah . Selain itu dalil yang menunjukan  bahawa perkataan  kami tanpa ada yang menyelisihinya adalah firman Allah Taala.
Wahai orang2 yang beriman jika sesaorang yang fasik datang  kepada mu membawa  suatu berita maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak  mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan kecerobohan yang akhirnya kamu menyesali  perbuatan mu itu. Dan firmannya ; Diantara orang2 yang kamu sukai dari para saksi yang ada dan firmannya persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil diantara kamu. Dari ayat2 yang Kami sebutkan itu  untuk menunjukan bahawa berita(yakni khabar) dari orang2 yang fasik itu adalah gugur dan tidak bisa diterima begitu juga dengan persaksian orang yang tidak adil . Maka persaksiannya tertolak meskipun suatu khabar pada suatu sisi terdapat perbedaan makna dengan syahadah persaksian.Tetapi secara keseluruhan maknanay adalah sama iaitu khabar seorang fasik menurut mayoritas ulamak tidak diterima . Begitu juga dengan  seorang kesaksian seorang tidak adil yakni tertolak . 


١ - وَهُوَ الْأَثَرُ الْمَشْهُورُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ

 حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ ح و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ أَيْضًا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شُعْبَةَ وَسُفْيَانَ عَنْ حَبِيبٍ عَنْ مَيْمُونِ بْنِ أَبِي شَبِيبٍ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَلِكَ

1. Dan ia merupakan atsar yang masyhur dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, "Barangsiapa menceritakan hadits dariku, yang mana riwayat itu diduga adalah kebohongan, maka dia (perawi) adalah salah satu dari para pembohong tersebut." Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Waki' dari Syu'bah dari al Hakam dari Abdurrahman bin Abu Laila dari Samurah bin Jundab. (dalam riwayat lain disebutkan) dan juga telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Waki' dari Syu'bah dan Sufyan dari Habib dari Maimun bin Abu Syabib dari al-Mughirah bin Syu'bah keduanya berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda tentang hal tersebut."

Dan ia merupakan atsar yang masyhur dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, "Barangsiapa menceritakan hadits dariku, yang mana riwayat itu diduga adalah kebohongan, maka dia (perawi) adalah salah satu dari para pembohong tersebut." 
..terjemahan itu silap bg mmay..
Yg sepatutnya terjemahan nya  bg mmay  terhadap 
مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ
Ialah 
Barangsiapa yang menyampaikan sesuatu hadits dari ku yang mana dia berasa itu berat sangka apa yang diceritakan itu adalah suatu dusta  maka dia termasuk diantara orang yang berdusta.

Jika ini dibaca يُرَى
Ada juga riwayat ini dibaca dengan يَرَى dengan makna yaklamun.يعلمون dia sedar atau yakin
Minit 12
-Ini urusan agama jangan main2.Ini lebih besar dari dosa maksiat yg telah ditinggalkan.Amat malang sekali.
-setiap orang yang bercakap wajib kena mengetahui jalur periwayatannya dan dari perawi yang tsiqah .
-kebodohan sama dengan kejahilan.
-jangan ingat semua yang ada dalam kitab semata2 iru benar.belum tentu.
-buat hadits palsu itu fasik dan dosa besar.
Minit 23
Perawi yg jelas dimaklumi teruk bagaimana kita nak terima periwayatannya.
Minit 28
Menganiayai dan memberi harapan palsu.
Pakai sarban,puasa 3 bulan berturut2,kelebihan maulud.
Tradisi belajar hadis secara cermat dan teliti tiada.
Kitab hadits ada banyak peringkat haditsnya.
Sunan sittah pun ada hadits mauduk.
Betapa ulamak tertinggal dibelakang kerana berkata tengok dalam kitab bukhari pun terima bidah dan syiah!😪
Hanya Syiah tafdiliah yg agak ringan tetapi syaiah ini sudah tiada tetapi ianya telah diberi amaran oleh ulamak terhadap syiah ini.
Ahli bidah yang Mengajak kepada bidah tidak boleh.Tak mengajak kepadanya boleh lah .
Syiah Rafidah syiah yang melampau.
Sudah dikira Syiah  yg melebihkan Ali dari Osman.
Minit 43
Hadits yg sahih  macam mana?
Hadits yg dhaif macam mana?
Hadits yg mauduk macam mana?
Dan ada yg tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan membuang sanad dan menyebarkan hadits yg dhaif dan palsu sedang asal penulisan nya ada sanad dan telah diberitahu tentang kedhaifannya.
Abu hatim kata tak boleh berhujjah dengan ahli bidah.
Orang Murjiah pula yg mana tidak boleh diterima,biar jelas.jangan teraniaya mana2 pihak.
Hukum kesaksian dan periwayatan hadits
Hadits dan saksi mesti Islam.
Ketika menyampaikan hadits mesti baligh.
Adil bermaksud tidak melakukan dosa besar dan tidak berkekalan melakukan dosa kecil.

Soalan
Dalil abu lahab buat maulid nabi dalam bukhari diringankan dari siksa neraka?
Tiada asas.
Riwayatnya munqatik dan mursal.

Telaga marahud?
Sudah jelas dari  hadits  dan sudah boleh tahu.usul dirayah.

Nabi saw Berdiri ketika jenazah yahudi  lalu.
Hadits sahih.tapi sebabnya apa?
Hormati kerana itu  manusia.

Allah benci talaq?
Yg Allah suka atau berkehendak kebahagiaan keluarga bukan pecah belah dan pergaduhan.

Cara tolak bila diajak  tahlil?
Bg tau terus atau beri cadangan dari sumber yang lain.

Riwayat atsar





Sahih muslim kitab muqadimah sesi 007

Sahih muslim kitab muqadimah sesi 007

Keburukan  perawi terpaksa diberitahu untuk menjaga Nabi saw dan agama Islam.
Jika tidak hadits yg disangka sahih akan diterima dan akan merosak agama pula.
Antara ciri2 hadits yang tidak sahih riwayat itu bertentangan dengan riwayat yang lebih kuat.
Jika perawi tsiqah tiba2 riwayatnya ada penambahan boleh lagi diterima.
Mungkar ada beberapa jenis juga.
Ada mungkar yg marduk.
Ada mungkar yg tidak marduk.
Alamat mungkar:Apabila dikemukakan riwayatnya itu bercanggah dengan riwayat lain.
Perawi2 yang karut tidak boleh dibiarkan juga dipanggil muhadisin.
Abdullah bin Muharam dll.
Imam Muslim nak bagi tau 2 perkara
1.hadits2 dan perawi2 mungkar.
2.perawi tsiqah yang bagi tau lebih dari orang lain.orang lain tak bagi tau.
Perawi yg boleh diterima seperti Az zuhri dan Hisyam bin Urwah.
Ada hadits Az zuhri yg rosak disebabkan perawi selepasnya yg rosak walaupun Az zuhri tidak rosak.
Imam tirmizi nak bagi peringatan tentang  perawi itu kepada kita bukan mengiktirafkannya.
Banyak hadits yang karut dan dhaif tersebar oleh kononnya muhadits inilah sebab yg mendorong Imam Muslim buat kirab Sahih Muslim dan ini lah muqadimahnya.Ini panduan dari Imam Muslim untuk umat kemudian.
Yang karut tidak boleh bertahan bila telah ada yg sahih.
Orang yang  menolak biasanya menolak dengan tanpa sedar bila telah berpegang dengan yang karut.

Sahih muslim kitab muqadimah sesi 006.

Sahih muslim kitab muqadimah sesi 006.

Beberapa jenis perawi.
Perawi2 kelas pertama.
Perawi2 kelas kedua.mastur tetap ada sifat kebenaran spt Atok dll.
Usul hadis
Istilah perawi mastur
Satr =melindungi
Mastur =yang melindungi.
Mastur terbahagi kepada 5:
1.majhul uzat perawi yg tidak ketahui.perawi yg muridnya yg maklum ada  seorang shj.tetapi terkenal keadilannya.adil bermaksud tidak fasik.perawi ini tidak boleh kita terima riwayatnya.jahalah ialah tidak dikenali.hadits jadi dhaif.riwayat orang yang seperti ini tertolak.tetapi jika adil ada yg terima.jadi khilaf.
2.majhul saf,perawi yg tidak dikenali sifatnya.
Jika ada perawi meriwayatkan darinya maka boleh diterima.
3.masturul ain.perawi nampak seorang yang adil.perawi yg tidak nampak keburukannya dan  tidak ada tokoh rijal mengatakannya tak baik.tetapi riwayatnya ada terima dan ada tak terima.
4.perawi2 mubham (riwayat disebutkan sesaorang secara samar.
5.majhul zat wa majhulwasat(tiada orang menggunakan lafaz tertentu untuk dia)

Perawi kelas kedua
Hadits2nya yg kurang  diletak dihujung bab .










Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms009

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms009
20121014 siri 3

Syeikh(Al-Imam Al-Farra' AlBaghawi).Engkau akan dapati sedikit sekali aku berkata:"Aku tidak dapati riwayat ini (riwayat yang dikemukakan oleh Imam Baghawi) didalam kitab-kitab ushul atau aku dapati riwayatnya bercanggah dengan riwayat didalam kitab-kitab ushul.³⁰ Jika engkau  dapati apa yang aku katakan itu tidak benar, maka kaitkanlah kekurangan itu denganku . Ia disebabkan oleh kurangnya pengetahuanku. Jangan engkau kaitkannya dengan diri Tuan Syeikh(Imam Baghawi)-Semoga Allah meninggikan darjat beliau didunid dan diakhirat-Jauh sekali beliau akan melakukan kesilapan seperti itu.Semoga Allah merahmati orang yang apabila mengetahui apa yang benar,dia terus mengingatkan daku tentangnya dan membimbingdaku ke jalan yang betul.³¹  Sehabis daya telah ku curahkan dalam memeriksa  dan menyelidik .Aku hanya menukilkan percanggahan itu sebagaimana telah aku dapati.

وَمَا أَشَارَ إِلَيْهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مِنْ غَرِيبٍ أَوْ ضَعِيفٍ أَوْ غَيْرِهِمَا؛ بَيَّنْتُ وَجْهَهُ غَالِبًا، وَمَا لَمْ يُشِرْ إِلَيْهِ مِمَّا فِي الْأُصُولِ؛ فَقَدْ قَفَّيْتُهُ فِي تَرْكِهِ، إِلَّا فِي مَوَاضِعَ لغَرَضٍ. وَرُبمَا تَجِدُ مَوَاضِعَ مُهْمَلَهةً، وَذَلِكَ حَيْثُ لَمْ أَطَّلِعْ عَلَى رِوَايَة فَتَرَكْتُ الْبَيَاضَ، فَإِنْ عَثَرْتَ عَلَيْهِ فَأَلْحِقْهُ بِهِ، أَحْسَنَ اللَّهُ جَزَاءَكُ. 

Isyarat penulis kitab asal(Imam Baghawi ra)tentang gharibnya(sesuatu hadis)atau dhaifnya atau lain-lain,kebanyakannya aku terangkan sebabnya. Hadits-hadits di dalam kitab-kitab Ushul yang tidak diisyaratkan olehnya, aku turut saja beliau dalam meninggalkannya, kecuali pada beberapa tempat kerana sesuatu maksud.³² Mungkin

___________________________________________________________
saluran riwayat hadits itu. Pengarang Mashabiih meriwayatkannya berdasarkan sanad yang sampai kepadanya. Aku pula meriwayatkannya berdasarkan
sanad hadits yang sampai kepadaku.

³⁰ Yang dimaksudkan dengan kitab-kitab ushul disini ialah kitab-kitab tokoh-tokoh muhadditsin  yang disebutkan sebelum ini seperti Sahih Bukhari,Sahih Muslim,Sunan Abi Daud dan lain-lain.

³¹ Maksud pengarang Misykaat disini ialah jika ada sesiapa mengetahui riwayat yang dikemukakanoleh ImamBaghawi didalam kitabnya Mashabiih yang tidak ku temui didalam kitab-kitab ushul itu,dia hendaklah mema'lumkan kepadaku sekiranya aku masih hidup.Dan jika aku telah meninggaldunia, dia  boleh menambahkannya kedalam kitabku ini. Sama ada dalam  bentuk syarah atau hasiyah.

³² Dikebanyakan tempat apabila Imam Baghawi ra didalam Mashabiihnya menghukum sesuatu hadits dengan gharib,dhaif,syaz atau mungkar,pengarang Misykaat akan menjelaskan kenapa ia gharib atau dhaif.Kenapa pula ia diktakan syaz atau mungkar.Hadits-hadits yang tidak dihukum apa-apa pula oleh Imam Baghawi ra,tidak disentuh oleh pengarang Misykaat. Beliau turut saja pengarang asal tanpa membuat  apa-apa komen.  Tetapi ada juga disentuh disetengah tempat ,di mana pengarang Mashabiih tidak menghukum apa-apa terhadap sesuatu hadits,pengarang Misykaat tetap mengomentarnya. Keadaan seperti  ini hanya  berlaku apabila ada sebab-sebab tertentu seperti ada pihak menganggap hadits tertentu sebagai maudhu' misalnys  atau hadits itu dikatakan batil dan sebagainya. Padahal hadits itu dikatakan sahih atau hasan oleh Tirmizi  dan lain-lain tokoh hadits.  Untuk menolak kritikan-kritikan dan tohmahan-tohmahan seperti itulah pengarang Misykaat akan membuat sedikit ulasan tentangnya. Antara sebab  pengarang  Misykaat membuat ulasan ditempat-tempat yang pengarang Mashabiih tidak menghukum apa-apa ialah seperti kata at-Thibi(Husain bin Abdullah bin Muhamad m 743H), bahawa didalam khutbah kitab Mashabiih,pengarang telah mensyaratkan(berjanji) untuk tidak mengemukakan hadits-hadits mungkar didalam kitabnya itu. Tetapi ternyata banyak juga

9





Daurah tafsir 2019 sesi 05(07)(s2)nota5(084)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(07)(s2)nota5(084)

007.Surah Al Araf 
Tertib Surah ke7 
Bilangan ayat 206
Surah Makkiyah 
Tertib turun 39
Bilangan paragraf ada 8.
Paragraf 1Ayat 1-58 pendahuluan
Paragraf 2 Ayat 59-64 Seruan nabi nuh dan kebinasaan kaum nuh
Paragraf 3 Ayat 65-72 seruan nabi hud dan kebinasaan kaum aad.
Paragraf 4 Ayat 73-79 seruan nabi soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5 Ayat 80-84 seruan nabi lut dan kebinasaan kaum lut.
Paragraf 6 Ayat 85-102 seruan nabi syuib dan kebinasaan kaum syuaib
Paragraf 7 Ayat 103-171kisah nabi musa dan bani israel.
Paragraf 8
Ayat 172-206 Ini penutup.Ini secara kasar dgn pembahagian paragraf.Yaitu orang menegakan syirik itulah akibatnya.

Mesej utama
1.Menyatakan undang2 tuhan dlm membinasakan bangsa2 dan undang2  penukaran bangsa2.
2.Sejarah dakwah 6 orang rasul.
3.Pengajaran drp kehancuran 6 bangsa.
4.Pembuktian tentang aqidah tauhid dan pembatalan  aqidah syirik.
5.Seruan  supaya beriman  kepada rasul terakhir  Muhamad saw.

84.

Daurah tafsir 2019 sesi 05(07)(s2)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(07)(s2)
Daurah tafsir 2019 sesi 05(7,8,9,10)

1.Al fatihah( 7)makkiyah
2.albaqarah(283)madaniyah
3.ali imran(200)madaniyah
4.An nisa(176)madaniyah
5.Al maidah(120)madaniyah
6.Al anam(165)makkiyah
7.Al a'raf(206)makkiyah
8.Al anfal(75)madaniyah
9.At taubah(129)madaniyah
10.yunus(109)makkiyah

007.Surah Al Araf
Tertib Surah ke7
Bilangan ayat 206
Surah Makkiyah
Tertib turun 39
Bilangan paragraf ada 8.
Paragraf 1Ayat 1-58 pendahuluan
Paragraf 2 Ayat 59-64 Seruan nabi nuh dan kebinasaan kaum nuh
Paragraf 3 Ayat 65-72 seruan nabi hud dan kebinasaan kaum aad.
Paragraf 4 Ayat 73-79 seruan nabi soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5 Ayat 80-84 seruan nabi lut dan kebinasaan kaum lut.
Paragraf 6 Ayat 85-102 seruan nabi syuib dan kebinasaan kaum syuaib
Paragraf 7 Ayat 103-171kisah nabi musa dan bani israel.
Paragraf 8
Ayat 172-206 Ini penutup.Ini secara kasar dgn pembahagian paragraf.Yaitu orang menegakan syirik itulah akibatnya.

Mesej utama
1.Menyatakan undang2 tuhan dlm membinasakan bangsa2 dan undang2  penukaran bangsa2.
2.Sejarah dakwah 6 orang rasul(n,h,s,l,s,m)
3.Pengajaran drp kehancuran 6 bangsa(atau 6 kaum atau 6 umat)
4.Pembuktian tentang aqidah tauhid dan pembatalan  aqidah syirik.
5.Seruan  supaya beriman  kepada rasul terakhir  Muhamad saw.

Zaman turun surah ini.
Surah al araf ini merupakan antara surah terakhir diturunkan ketika Rasullah saw berada di Mekah yakni seperti surah sebelum ni juga yakni surah al anam.
Ia diturunkan pada peringkat ke4 dan terakhir kehidupan Rasullah saw  disana sekitar tahun antara tahun 11-12-13 kenabian.
Besar sekali kemungkinan ia diturunkan selepas surah al anam dan beberapa ayat dipermulaan ayat al haj iaitu pada tahun 13 kenabian.
Zaman ia diturunkan zaman dimana perancangan jahat membunuh rasullah saw juga telah bermula.
Jadi kalau ada dlm surah tu ,tandanya ada perancangan jahat iaitu orang nak bunuh nabi,itu tanda peringkat ke 4.
(Nabi saw berada di mekah peringkat ke 4)
Minit 11
ayat 34
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
-Sura lah 34
👉Umat yg lawan nabi akan dihancurkan oleh allah.
Peringatan kepada mana2 bangsa atau pemimpin
Yg kedua.
Sunnah tullah,bangsa,organisasi atau apa ke akan lenyap ,itu sunnah allah atau hukum allah , pemerintahan itu tidak kekal kerana sudah tak layak tapi ada sebab musabab.ada yg kita tak faham....contoh kalu cermat tahan lama kalu cermat.tapi boleh juga yg baru rosak bila dtg bencana  alam.nak bertahan lama perlu ada ciri2nya yg mengikut sunnah Allah juga.
Dalam surah Al Anfal disebut hukum jihad.
Surah Al Araf digambarkan oleh allah, dihukum oleh allah secara langsung
Dlm Surah al anfal orang2 yg jahat allah binasakan dgn perantara manusia juga,secara tidak langsung seperti peperangan.
Allah tidak secara lansung binasakan puak musyrikin Mekah tetapi melalui perantaraan tangan orang Islam.
Itu pun dah cukup seperti Abu jahal,dipotong kepala oleh orang Islam.

Kata kunci adalah kebinasaan bangsa2.
Ayat ke4 surah anfal
وَكَمْ مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا أَوْ هُمْ قَائِلُونَ
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari.
-Sura Al-A'raf, Ayah 4
👉Kaum nuh dibinasakan 3,500th sebelum nabi isa.
فَكَذَّبُوهُ فَأَنْجَيْنَاهُ وَالَّذِينَ مَعَهُ فِي الْفُلْكِ وَأَغْرَقْنَا الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا عَمِينَ
Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)
-Sura Al-A'raf, Ayah 64
👉Kata kunci فَأَنْجَيْنَاهُ .orang yg mendustakan akan dihancurkan

🐈
007.Surah Al Araf 1-43
Surah al araf hubungkait dgn surah2 sebelum.
Jalan yg dimurkai=al-Baqarah ,Yahudi .musyrikin.
Jalan yg sesat=Ali Imran ,nasoro.munafikin
Belajar untuk jauhkan sifat2 orang yg dimurkai dan orang yg sesat
Asal usul manusia jadi sesat.
Punca sesat begini...punca hidayah begini..
Tinggal berusaha untuk selamat.
Da'wa surah:
Pada Ayat ke2
كِتَابٌ أُنْزِلَ إِلَيْكَ فَلَا يَكُنْ
فِي صَدْرِكَ حَرَجٌ مِنْهُ
لِتُنْذِرَ بِهِ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu).
Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya,
supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.
👉Berani Tablighkan wahyu.ini golongan yg akan selamat.
Jika dengar kemudian diam tiada jaminan selamat.
1.Lepas tanggungjawab
2.Dapat kekuatan.allah yg bg.
Da'wa yg ke2dlm Ayat ke3
اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ
وَلَا تَتَّبِعُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ ۗ
قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu
dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah;
(tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
👉Ikut wahyu yg diturunkan bukan ikut nafsu.
Latih diri untuk ikut.
Da'wa surah yg ke3 ada pada Ayat 54
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ ۗ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
👉sifat Allah tau yg ilmu ghaib dan Allah sj yg mengurus dan mentadbir.kena yakin Allah maha mengetahui dan Allah maha berkuasa dlm kita ikut wahyu,
Ada 6kisah pjg.diturunkan untuk menjelaskan 3 maksud tadi.
3kisah pertama,untuk maksud Allah mengetahui dan Allah maha berkuasa.
Kisah ke4 ,untuk maksud yg ke2bg surah ni maknanya ikut wahyu.
Kisah ke5,untuk maksud penting yg ke2&3.
Kisah ke6barulah da'wa yg pertama.penuh keberanian mentablighkan wahyu.
Minit 16.
Punca dan Cara mengatasi kesesatan.
Allah berikan salsilah pertama  punca kecuaian dan penderhakaan.
Manusia diberitahu kecuaian dan penderhakaannya.
Mula2 Allah suruh jin sembah manusia.
Kecuaian dan kelalaian dr nabi Adam.
Dosa selepas itu adalah ekoran dari kecuaian itu.

Jumaat, Jun 19, 2020

Sahih muslim kitab muqadimah sesi 005

Sahih muslim kitab muqadimah sesi 005
Ms 165

Imam muslim seolah2 ulang hadits yg sama sedang hanya kerana ada satu perkataan yg berbeza pada matan atau mungkin juga sanad 

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms008

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms008
20121014 siri 3

engkau dapati ada perbezaan didalam dua fasal di mana ahli hadits  selain Bukhari dan Muslim dalam bahagian pertama dan bahagian kedua pula disebutkan kedua mereka ,maka ketahuilah  bahawa setelah aku memeriksa  kedua kitab "Al-Jam'u Baina as-Shahihin" karangan al-Humaidi dan kitab "Jaami'ul Ushuul" aku berpegang pada kitab Sahih Bukhari dan Shahih Muslim lengkap dengan matan kedua-duanya.²⁸

وَإِنْ رَأَيْتَ اخْتِلَافًا فِي نَفْسِ الْحَدِيثِ؛ فَذَلِكَ مِنْ تَشَعُّبِ طُرُقِ الْأَحَادِيثِ، وَلَعَلِّي مَا اطَّلَعْتُ عَلَى تِلْكَ الرِّوَايَةِ الَّتِي سَلَكَهَا الشَّيْخُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ. وَقَلِيلًا مَا تَجِدُ أَقُولُ: مَا وَجَدْتُ هَذِهِ الرِّوَايَةَ فِي كُتُبِ وَجَدْتُ خِلَافَهَا فِيهَا. فَإِذَا وَقَفْتَ عَلَيْهِ فَانْسِبِ الْقُصُورَ إِلَيَّ لِقِلَّةِ الدِّرَايَةِ، لَا إِلَى جَنَابِ الشَّيْخِ رَفَعَ اللَّهُ قَدْرَهُ فِي الدَّارَيْنِ، حَاشَا للهِ مِنْ ذَلِكَ رَحِمَ اللهُ مَنْ إِذَا وَقَفَ عَلَى ذَلِكَ نَبَّهَنَا عَلَيْهِ، وَأَرْشَدَنَا طَرِيقَ الصَّوَابِ. وَلَمْ آلُ جُهْدًا فِي التَّنْقِيرِ وَالتَّفْتِيشِ بِقَدْرِ الْوُسْعِ وَالطَّاقَةِ، وَنَقَلْتُ ذَلِكَ الِاخْتِلَافَ كَمَا وَجَدْتُ.

Jika engkau lihat ada perbezaan pada hadits sendiri, maka itu berpunca daripada banyaknya saluran hadits,²⁹ Mungkin aku tidak  mengetahui riwayat yang dipakai oleh

___________________________________________________________

Misykaat meringkaskannya. Beliau akan mengemukakan mana-mana yang berkenaan sahaja. Dalam  perkara ini pengarang  Misykaat  juga sebenarnya telah mengikut langkah pengarang Mashabiih. Jika tidak begitu, sesuatu hadis  akan disebut  dengan lengkap meskipun pengarang  Mashabiih telah menyebutnya secara ringkas.

²⁸ Iltizam pengarang Kitab Mashabiih iaitu Imam Baghawi ialah menyebutkan dibawah fasal pertama. Menurut  istilah (Imam Bahgawi sendiri  fasal pertama itu disebut sebagai من الصاح)hadits-hadits Bukhari dan Muslim  atau salah seorang daripada mereka berdua. Dibawah fasal kedua  (menurut istilah Imam Baghawi  sendiri  fasal kedua disebut sebagai مِنَ الحِسَان)pula beliau menyebutkan  hadits-hadits yang dikemukakan  oleh Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain. Akan tetapi didalam Kitab Misykaat terkadang-kadang ada juga berlaku sebaliknya, dimana di dalam fasal pertama tersebut  riwayat selain Bukhari dan Muslim seperti  Abu Daud,  Tirmizi, Nasaa'i dan lain-lain dan di dalam fasal kedua tersebut riwayat Bukhari dan Muslim. Oleh kerana pengarang asalnya Imam Baghawi memasukan  hadits-hadits yang sebenarnya bukan  merupakan riwayat  Bukhari dan Muslim dibawah fasal pertamanya. Pengarang Misykaat  menyebut disitu nama-nama pengarang 'kitab-kitab' yang merupakan punca sebenar hadits yang tersebut  dibawah fasal pertama itu.
Sebagai contohnya dapat anda lihat pada fasal  pertama dibawah  باب السلام ،باب فضائل القرأن،باب سنن الوضوء dan lain-lain. Begitu juha dibawah  fasal kedua ,kadang-kadang tersebut hadits-hadits Bukhari dan Muslim. Padahal  dibawah fasal kedua  yang menurut istilah  Imam Baghawi disebut sebagai من الحسان sepatutnya hanya dikemukakan hadits-hadits kitab-kitab sunan sepeeti Abu Daud,Tirmizi, Nasaa'i dan lain-lain sahaja. 
Sebagai contohnya  dapat anda lihat 
dibawah باب ما يقرأ بعد التكبير atau dibawah  باب الموقف dan lain-lain. Apa yang dilakukan oleh pengarang Misykaat ialah menyebutkan bahawa hadits-hadits itu juga  adalah hadits-hadits Bukhari dan Muslim. Kata pengarang Misykaat, semua itu beliau lakukan  dengan sengaja dan penuh sedar setelah meneliti dan memeriksa kitab-kitab "Al Jam'u Baina as-Shahihainin" karangan al-Humaidi dan kitab "Jaami'ul Ushuul"karangan Ibnu al Atsir disamping kitab-kitab asal Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

²⁹  Maksudnya ialah jika engkau nampak ada sedikit perbezaan pada lafaz sesuatu hadits yang diriwayatkan oleh pengarang Mashabiih dan olehku,maka itu berpunca daripada banyaknya

8


Doa untuk anak 2


Doa untuk anak 2



 رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا 
“Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.
(Al-Isra' 17:24)

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ 

“Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau ridhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sungguh, aku termasuk orang muslim.”
(Al-Ahqaf 46:15)