Isnin, September 28, 2020

Tafsir asas quran nota 6(088).

Tafsir asas quran nota 6(088).


Menurut az-Zamakhsyari, perbezaan antara ت dan ب  qasam ialah ب merupakan haraf qasam yang asal. Sedangkan  ت  hanya merupakan ganti kepada haraf ب sebabnya ب dianggap sebagai haraf qasam yang asal ialah kerana penggunaannya paling luas berbanding haraf-haraf qasam yang lain. Tetapi ت mempunyai kelebihan yang lain,
kerana ia kadang-kadang mengandungi ma'na ta'ajjub (kagum)"

Bahagian-Bahagian Ayat Qasam.
Perkataan sumpah sebenarnya  adalah أقسم  atau أحلف yang muta'addi dengan ب kepada perkataan  مقسم به .Selepasnya barulah dibawakan مقسم عليه  yang juga dipanggil jawab sumpah  atau جواب القسم.Semua yang  tersebut ini dapat anda lihat pada firman Allah

An-Nahl 16:38
وَأَقْسَمُوا۟ بِٱللَّهِ جَهْدَ أَيْمَٰنِهِمْۙ لَا يَبْعَثُ ٱللَّهُ مَن يَمُوتُۚ
Bermaksud: Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh (sambil
berkata): Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati... (an-Nahl:38)"

Jadi secara kasarnya dapatlah dikatakan bahawa ayat qasam itu terbahagi kepada tiga' 
( 1)perkataan fiil yang muta'addi dengan ب kepada'muqsam bihi' untuk menunjukkan erti qasam. 
(2) Perkataan yang dijadikan 'muqsam bihi'" 
(3) 'Muqsam 'alaih' atau jawab qasam. Ia merupakan sesuatu yang dilakukan sumpah kerananya" .

Di dalam ayat di atas sebagai contohnya, perkataan أقسموا yang mut'addi denga ب kepada perkataan Allah itu adalah fiil qasam dan ayat   لَا يَبْعَثُ ٱللَّهُ مَن يَمُوتُۚ    adalah 'Muqsam alaih ' atau jawab  qasam. 

Firman Allah ini mengumpulkan dengan jelas semua batragian ayat qasam'.

Oleh kerana qasam (sumpah) selalu digunakan oleh orang-orang  'Arab dalam bahasa percakapan mereka, diringkaskanlah ayatnya dengan membuangkan perkataan fi'il dan dikekatkan ب sahaja sebagai gantinya. Jika 'muqsam bihi'nya isim zahir , ditukarlah ب
dengan و sebagai haraf qasam. Keadaan ini dapat dilihat umpamanya pada firman Allah berikut

88

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0051.

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0051.

Kaedah 51

قاعده51  اَلصَّفَةُ وَقَعَتْ لِلنَّكِرَةِ فَهِيَ مُخَصِّصَةٌ وَإِنْ جَاءَتْ لِلْمَعْرِفَةِ فَهِيَ مُوَضِِحَةٌ

Sifat bagi isim nakirah mentakhsiskan(ma' na)nya. Jika ia
menjadi sifat bagi isim ma'rifah,maka ia menerangkan   (ma' na)nya.

Keterangan: Sifat, sama ada ia berupa mufrad, jumlah atau Syibhu jumlah bagi isim nakirah, bertindak mentakhsis atau mengkhususkan ma'nanya. Jika ia menjadi sifat bagi isim ma'rifah pula, maka ia menerangkan dan menjelaskan ma'na maushufnya.

Contoh pengaplikasian qaedah ini untuk bahagian pertama, iaitu sifat bagi isim nakirah dapat dilihat pada dua firman Allah di bawah ini:

a)
وَقَالَ رَجُلٌ مُّؤۡمِنٌ مِّنۡ ءَالِ فِرۡعَوۡنَ یَكۡتُمُ إِیمَـٰنَهُۥۤ أَتَقۡتُلُونَ رَجُلًا أَن یَقُولَ رَبِّیَ ٱللَّهُ وَقَدۡ جَاۤءَكُم بِٱلۡبَیِّنَـٰتِ مِن رَّبِّكُمۡۖ وَإِن یَكُ كَـٰذِبًا فَعَلَیۡهِ كَذِبُهُۥۖ وَإِن یَكُ صَادِقًا یُصِبۡكُم بَعۡضُ ٱلَّذِی یَعِدُكُمۡۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَهۡدِی مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٌ كَذَّابٌ
Dan berkatalah "seorang lelaki yang beriman" dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya: Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana dia
menegaskan: Tuhanku ialah Allah? Sedang dia telah datang kepada kamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu? Kalau dia seorang yang berdusta,
maka dialah yang akan menanggung dosa dustanya itu dan kalau dia seorang yang benar, nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepadamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta. (Ghafir 28).

Bahagian yang bergaris di bawahnya (atau dalam pengikat kata)di dalam ayat dan terjemahann yang diberikan adalah yang berkenaan. Perkataan مومن adalah sifat bagi isim nakirah sebelumnya
iaitu رجل(seorang lelaki). Ia bertindak mentakhsiskan ma'na seorang lelaki yang terlalu umum itu.

(b)
وَلَا تَنكِحُوا۟ ٱلۡمُشۡرِكَـٰتِ حَتَّىٰ یُؤۡمِنَّۚ وَلَأمَةٌ مُّؤۡمِنَةٌ خَیۡرٌ مِّن مُّشۡرِكَةٍ وَلَوۡ أَعۡجَبَتۡكُمۡۗ وَلَا تُنكِحُوا۟ ٱلۡمُشۡرِكِینَ حَتَّىٰ یُؤۡمِنُوا۟ۚ وَلَعَبۡدٌ مُّؤۡمِنٌ خَیۡرٌ مِّن مُّشۡرِكٍ وَلَوۡ أَعۡجَبَكُمۡۗ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ یَدۡعُونَ إِلَى ٱلنَّارِۖ وَٱللَّهُ یَدۡعُوۤا۟ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ وَٱلۡمَغۡفِرَةِ بِإِذۡنِهِۦۖ وَیُبَیِّنُ ءَایَـٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ یَتَذَكَّرُونَ
 Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman.Sesungguhnya "hamba wanita yang mukmin" lebih baik dari wanita musyrik (yang
merdeka), walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita- wanita mukmin) sebelum mereka beriman.Sesungguhnya "hamba (lelaki) yan&mukmin"  lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah- perintah-Nya ) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran. (al-
Baqarah:221).

Bahagian yang bergaris di bawahnya(atau  dalam pengikat kata) di dalam ayat dan terjemahannya yang diberikan adalah yang berkenaan. Perkataan مومنه (mu'minah) adalah sifat bagi isim nakirah
sebelumnya iaitu أمة (seorang hamba perempuan). Ia bertindak mentakhsiskan ma'na
أمة yang terlalu umum itu dengan مؤمنة. Demikian juga perkataan مؤمنة (mukminah), ia mentakhsiskan ma'na عبد (hamba lelaki) yang terlalu umum.

Contoh pengaplikasian qaedah ini untuk bahagian kedua, iaitu sifat bagi isim ma'rifah pula dapat dilihat pada dua firman Allah di bawah ini:

(a)
قُلۡ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ إِنِّی رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَیۡكُمۡ جَمِیعًا ٱلَّذِی لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ یُحۡیِۦ وَیُمِیتُۖ فَـَٔامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِ ٱلنَّبِیِّ ٱلۡأُمِّیِّ ٱلَّذِی یُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَكَلِمَـٰتِهِۦ وَٱتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, "Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab- kitabNya)" dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh petunjuk. 
(al-A'raaf:158).

Bahagian yang bergaris di bawahnya di dalam ayat dan terjemahannyayang diberikan adalah yang berkenaan. Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-
kalimahNya adalah sifat bagi ورسوله yang tersebut sebelumnya. Oleh kerana perkataan
 ورسوله itu satu isim ma'rifah, maka sifat yang datang selepas bertindak menjelas dan menerangkannya.

(b)
إِنَّاۤ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَىٰةَ فِیهَا هُدًى وَنُورٌۚ یَحۡكُمُ بِهَا ٱلنَّبِیُّونَ ٱلَّذِینَ أَسۡلَمُوا۟ لِلَّذِینَ هَادُوا۟ وَٱلرَّبَّـٰنِیُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُوا۟ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَكَانُوا۟ عَلَیۡهِ شُهَدَاۤءَۚ فَلَا تَخۡشَوُا۟ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِی ثَمَنًا قَلِیلًاۚ وَمَن لَّمۡ یَحۡكُم بِمَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu "Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada
Allah)" menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) 'ulama' mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarangperubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia)
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah(kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.(al-
Maa'idah:44).

Bahagian yang bergaris di bawahnya(dalam pengikat kata) di dalam ayat dan terjemahannya yang diberikan adalah yang berkenaan.

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms081

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms081

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14
Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14

Misykatul masabiih 81

Orang-orang Yang Mendapat Pahala Dua Kali ganda

٩-وَعَنْ أَبِي مُوْسَى الأَشْعَرِيرَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : " ثَلَاثَةٌ لَهُمْ أِجْرَانِ : رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمَنَ بِنَبِيِّهِ وَآمَنَ بِمُحَمَّدٍ  صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ    وَالْعَبْدُ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَدَّى حَقَّ اللهِ وَحَقَّ مَوَالِيهِ وَرَجُلٌ كَانَتْ عِنْدَهُ أَمَةٌ يَطَؤُهَا فَأَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنً تَعْلِيمَهَا ثُمًّ أَعْتَقَهَا فَتَزَوَّجَهَا فَلَهَ أَجْرَانِ- متفق عليه


 
9- Abu Musa al-Asy'ari r.a.⁹⁷ meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. telah bersabda:'Tiga macam orang mendapat dua (kali ganda) pahala. (Pertama) Seseorang daripada
___________________________________________________________
⁹⁷ Beliau ialah 'Abdullah bin Qais bin Salim bin Hadhaar al-Asy'ari. Beliau terkenal dengan nama sebenar ('Abdullah) dan nama kunyah (nama panggilan Abu Musa), kedua-duanya sekali. Sesetengah 'ulama' berpendapat, Abu Musa al-Asyari r.a. pergi ke Mekah sebelum zaman para sahabat dan Rasulullah s.a.w. brrhijrah ke Madinah Iagi. Setelah memeluk agama Islam, beliau berhijrah ke Habsyah. Kemudian datang ke Madinah selepas pembukaan Khaibar bcrsama-sama para sahabat yang pulang dengan menaiki dua buah kapal. Sestengah yang lain pula berpendapat, beliau tidak berhijrah ke Habsyah selepas pergi ke Mekah. Malah pulang ke tanah airnya Yaman. Beberapa lama kemudian, Abu Musa al-Asy'ari r.a. dan rakan-rakan menaiki sebuah kapal dengan maksud berhijrah ke Madinah, Tetapi kapal yang dinaikinya dipukul badai, membawanya sampai ke neseri Habsyah. Di sana mereka bertemu Ja' far bin Abi Thalib dan para sahabat yang lain. Mereka tinggal bersama para sahabat di sana beberapa lama. Kemudian baru berhijrah ke Madinah bersama Ja'far dan para sahabat yang lain pada tahun ketujuh hijrah setelah jatuhnya Khaibar ke tangan Rasulufiah s.a.w. Pendapat kedua ini adalah berdasarkan riwayat yang sahih dan ia diterima kebanyakan 'ulama'. Rasulullah s.a.w. pernah melantik beliau sebagai pegawai pemerintah di beberapa bahagian negeri Yaman, seperti 'Ubaid, 'Aden dan lain-lain. Saiyyidina 'Umar pernah melantik beliau sebagai gabenor di Bashrah selepas Mughirah r.a. Di zaman itulah Abu Musa al-Asy'ari r.a sempat menakluki Ahwaaz dan Isfahan. Di zaman pemerintahan Saiyyidina  Utsman, beliau dilantik Khalifah  Utsman ra sebagai gabenor yang memerintah Kufah. Abu Musa al-Asysari r.a. telah dilantik sebagai diplomat di pihak Saiyyidina 'Ali r.a. dalam peristiwa Tahkim (rundingan damai) yang berlaku di antara 'Ali dan Muaawiah r.a. di Shiffin. Beliau kemudiannya menarik diri daripada kedua-dua pihak yang bertelagah itu. Suara Abu Musa al-Àsy'ari sangat merdu. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah memuji kemerduan suaranya, apabila mendengar beliau membaca alQur'an. Sabda Baginda saw.  لَقَدْ أُوتِيَ مِزْمَارًا مِنْ مَزَامِيرِ آلِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام
Maksudnya: Sesungguhnya beliau (Abu Musa al-Asy'ari) telah dikurniakan satu seruling (suara yang sangat merdu) daripada seruling-seruling Daud a.s. 
(Nasaa'i, al-Bazzaar, Abu Nu'aim, Ibnu 'Asaakir dan lain-lain).

 Kata Abu 'Utsman an-Nahdi, "Pernah saya bersembahyang di belakang Abu Musa alAsyari. Tidak pernah (pula) saya dengar bunyi apa-apa alat muzik, sama ada canang, kecapi atau seruling Iebih merdu daripada suara beliau (Abu Musa al-Asy'ari) membaca al-Qur'an."

81


Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(171).

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(171).

(a) Semua nabi adalah manusia, mereka makan dan minum seperti manusia-manusia lain. Mereka juga mati, tiada siapa pun dari mereka yang kekal (Ayat: 8).

Al-Anbiya 21:8
وَمَا جَعَلْنَٰهُمْ جَسَدًا لَّا يَأْكُلُونَ ٱلطَّعَامَ وَمَا كَانُوا۟ خَٰلِدِينَ 

Dan Kami tidak menjadikan mereka (rasul-rasul) suatu tubuh yang tidak memakan makanan dan mereka tidak (pula) hidup kekal.


(Ayat:34).
وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ ٱلْخُلْدَۖ 
Dan Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia sebelum engkau (Muhammad); 


(b) Semua nabi-nabi itu diberikan wahyu bahawa tiada tuhan yang layak disembah (ilaah) melainkan Allah, kerana itu manusia hendaklah menyembah Allah semata-mata (Ayat:25).

Al-Anbiya 21:25
وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيْهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدُونِ 
Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum engkau (Muhammad), melainkan Kami wahyukan kepadanya, bahwa tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Aku, maka sembahlah Aku.


(c) Semua para nabi dengan kehendak dan perintah Allah telah menjadi pemimpin dan imam kepada umat masing-
masing (Ayat: 73).


Al-Anbiya 21:73
وَجَعَلْنَٰهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَآ إِلَيْهِمْ فِعْلَ ٱلْخَيْرَٰتِ وَإِقَامَ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءَ ٱلزَّكَوٰةِۖ وَكَانُوا۟ لَنَا عَٰبِدِينَ 
Dan Kami menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka agar berbuat kebaikan, melaksanakan shalat dan menunaikan zakat, dan hanya kepada Kami mereka menyembah.

(d) Semua para nabi melakukan kerja-kerja yang baik, mereka bahkan berlumba-lumba mengambil bahagian dalam kerja-kerja kebajikan (Ayat:73).وَأَوْحَيْنَآ إِلَيْهِمْ فِعْلَ ٱلْخَيْرَٰتِ

(Ayat:90)
فَٱسْتَجَبْنَا لَهُۥ وَوَهَبْنَا لَهُۥ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُۥ زَوْجَهُۥٓۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ يُسَٰرِعُونَ فِى ٱلْخَيْرَٰتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًاۖ وَكَانُوا۟ لَنَا خَٰشِعِينَ 
Maka Kami kabulkan (doa)nya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan Kami jadikan istrinya (dapat mengandung). Sungguh, mereka selalu bersegera dalam (mengerjakan) kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada Kami.

(e) Semua nabi memerintahkan supaya umatnya bershalat dan berzakat dan mereka sendiri melakukannya (Ayat:73).
وَإِقَامَ ٱلصَّلَوٰةِ 

(f) Sekalian nabi dan utusan Allah adalah orang-orang yang baik dan shaleh, mereka adalah orang-orang yang tinggi akhlak dan peribadinya (Ayat: 72).

Al-Anbiya 21:72
وَوَهَبْنَا لَهُۥٓ إِسْحَٰقَ وَيَعْقُوبَ نَافِلَةًۖ وَكُلًّا جَعَلْنَا صَٰلِحِينَ 
Dan Kami menganugerahkan kepadanya (Ibrahim) Ishak dan Yakub, sebagai suatu anugerah. Dan masing-masing Kami jadikan orang yang shalih.


(Ayat: 86).
وَأَدْخَلْنَٰهُمْ فِى رَحْمَتِنَآۖ إِنَّهُم مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ 
Dan Kami masukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sungguh, mereka termasuk orang-orang yang shalih.

(g) Para nabi adalah hamba Allah yang sangat benar dan setia, mereka sangat kuat beribadat (Ayat: 73).
وَكَانُوا۟ لَنَا عَٰبِدِينَ 
171

Ahad, September 27, 2020

K181.Anak Menangis, Merengek Datangnya Dari Kita, Mak Ayah Cuba Beri Perhatian!

K181.Anak Menangis, Merengek Datangnya Dari Kita, Mak Ayah Cuba Beri Perhatian!

Kita selalu menyalahkan anak-anak buat perangai, asyik menangis dan merengek setiap masa. Berkepit dan gelisah bila ibu atau ayah tidak ada. Perilaku anak kecil sebegini datangnya daripada kita. Petanda-petanda ini membuktikan bahawa anak sebenarnya berada di dalam keadaan Connection Seeker.

Menurut Dr Taufiq Razif, anak-anak yang merengek dengan pelbagai masalah lain sebenarnya disebabkan mereka berada dalam Connection Seeker. Kurang perhatian daripada kita sebagai ibu dan bapa. Inilah puncanya.

Anak selalu kacau kita?

Boleh jadi Tangki Emosi ( Emotional Tank ) anak sedang kosong sebab :-
– kita banyak fokus pada anak yang lain
– kita banyak fokus pada TV dan handphone
– fikiran kita banyak menerawang sangat
– kita kurang peluk dia
– kita selalu sibuk.

Anak kita ni umpama handphone. Walaupun mereka nampak tak kisah, tetapi sampai satu masa ‘bateri dalaman’ mereka akan habis.
Ketika itulah anak anak kita sedang dalam keadaan CONNECTION SEEKER :-
– Mereka akan merengek
– mereka akan gelisah
– mereka akan tanya kita macam macam
– mereka akan cari kita sampai jumpa
– mereka akan naik belakang kita
– mereka akan ikut kita ke mana saja
– mereka akan kacau kita
– mereka akan buat apa sahaja untuk dapat perhatian kita.

Itulah kenapa kita sebagai mak ayah WAJIB buat benda ni :-


1. Ambil masa 15 – 30 minit setiap hari untuk fokus 100% pada seorang anak kita. Jadi kalau ada 2 orang anak 30 minit x 2 = 60 minit setiap hari
2. Peluk anak kita sekurang kurangnya 8 kali sehari. Ketika peluk anak, akan ada beberapa jenis hormon seperti Oxytocin, Endorphin dan banyak lagi hormon yang akan bantu menstabilkan emosi kita dan anak anak
3. Ketika kita terlampau sibuk, bagitahu anak kita. Jelaskan baik baik. Sampai suatu masa, mereka akan ada empati untuk memahami keadaan kita.


Jika anak masih kacau kita, jangan marah mereka dan tengking mereka. Ketahuilah anak kita bukanlah Attention Seeker seperti yang kita sangka , mereka cuma Connection Seeker yang perlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibubapanya.

Tafsir asas quran nota 6(087).

Tafsir asas quran nota 6(087).

mengemukakan tiga ayat sumpah, Allah mengemukakan ayat 4 sebagai jawab sumpahnya begini:

قُتِلَ أَصْحَٰبُ ٱلْأُخْدُودِ 
Bermaksud: Cel'akalah kaum yang menggali parit, 
(al-Buruj:4).

Dibuangkan ل dan قد dari permulaan ayat 4 yang merupakan ayat jawab sumpah.
Meskipun و merupakan haraf qasam (perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah) yang paling banyak digunakan, termasuk di dalam al-Qur'an
sendiri, namun para ulama Nahu bahasa 'Arab tidak menganggapnya sebagai haraf qasam yang asal. Ini kerana ia tidak memasuki dhamir (kata ganti nama) dan tidak juga
digunakan dalam قسم استعطفي sebelum ayat pertanyaan misalnya. Haraf qasam yang asal bagi mereka ialah ب. Ini kerana  mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding haraf-haraf qasam yang lain. Antaranya:
(1) Fi'il qasam harus (boleh) disebutkan bersama-samanya" Contohnya ialah firman Allah berikut:

An-Nisa' 4:62
فَكَيْفَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌۢ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَآءُوكَ يَحْلِفُونَ بِٱللَّهِ إِنْ أَرَدْنَآ إِلَّآ إِحْسَٰنًا وَتَوْفِيقًا 
Bermaksud: Maka bagaimanakah halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka
datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)." 
(an-Nisaa' :62).

(2) huruf ب harus (boleh) memasuki dhamir (kata ganti nama). Kerana itu anda harus berkata begini: 
بك لأفعلن كذا وكذ
Demi engkau, aku pasti melakukan sekian-sekian).

(3) Dalam قسم استعطافي hanya ب  sahaja digunakan. Contohnya: 
بالله هل قام زيذ؟
(Demi Allah, adakah Zaid telah berdiri?).
Haraf ت pula hanya digunakan sebelum perkataan Allah dan Rab sahaja. Anda tidak boleh berkata, تالرحمن  atau تاالرحيم. Bagaimanapun, kata as-Suhaili, sesetengah orang
'Arab tetap menggunanya sebelum perkataan الرحمن atau perkataan حياتك sebagai haraf qasam.

87

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0050.

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0050.

Kaedah 50

قاعدة ٥٠ اَلشَّيْءُ الْوَاحِدّ إِذَا ذُكِرَ بِصِفَتَيْنِ مُتَلِفَيْنِ جَازَ عَطْفُ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى، تَنْزِيْلًا لِتَغَايُرِ الذَّوَاتِ

Sesuatu benda atau perkara apabila disebutkan dengan dua sifat yang berbeza, harus salah satu daripada sifatnya itu di'athafkan kepada sifatnya yang satu lagi, dengan
anggapan sifat yang berbeza itu sebagai zat yang berbeza.


Keterangan: Terdapat dua cara dalam menyatakan beberapa sifat bagi sesuatu. Cara pertama ialah dengan tidak mengemukakan haraf 'athaf di antara sifat-sifatnya. Inilah cara yang lebih fasih dan lebih banyak digunakan. Ini kerana terdapatnya haraf 'athaf di antara sifat-sifat, berkemungkinan menunjukkan maushufrrya berlainan dan ada beberapa. Tetapi ini bukanlah suatu kemestian. Boleh juga digabungkan beberapa sifat dengan haraf 'athaf dalam keadaan maushufirya sama, walaupun yang lebih fasihnya ialah dengan tidak menyebutkan haraf 'athaf di antaranya. Tetapi dengan anggapan sifat yang berbeza itu sebagai sifat bagi zat yang berbeza. Inilah cara keduanya. Sesetengah 'ulama' Nahu berpendapat, adanya 'athaf di antara sifat-sifat sesuatu menunjukkan keasingan dan kelainan sifat-sifatnya itu. 

Menurut az-Zarkasy pula, penggunaan 'athaf atau tidak bergantung kepada tempat dan keadaan yang berbeza- beza. Kata beliau, jika sifat-sifat bagi sesuatu itu agak jauh
dan berbeza ma'nanya, atau berlawanan ma'nanya, maka dalam keadaan itu lebih elok digunakan 'athaf. Jika ma'nanya tidak jauh dan tidak berbeza sangat pula, maka
lebih elok tidak digunakan haraf 'athaf.

Contoh bahagian pertama, iaitu maushuf sama, tetapi di antara sifat-sifatnya terdapat haraf 'athaf ialah dua firman Allah berikut:
(a)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى(1) الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّىٰ(2) وَالَّذِي قَدَّرَ فَهَدَىٰ (3)وَالَّذِي أَخْرَجَ الْمَرْعَىٰ(4)

1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).
2. Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
3. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk makhlukNya) serta memberikan
hidayat petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
4. Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan (untuk binatang-binatang ternak),
(al-A'la: 1-4).

Apa yang tersebut di dalam ayat ke-1 hingga ke-4 adalah sifat-sifat Allah belaka. Ia
digabungkan dengan haraf 'athaf. Sementara Allah ( رَبِّكَ الْأَعْلَى)adalah maushuf bagi
semuanya.

(b)
قَالَ أَفَرَأَيْتُمْ مَا كُنْتُمْ تَعْبُدُونَ(75) أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْأَقْدَمُونَ(76)
فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ(77)الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ(78)
وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ(79)وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ(80)

75. Nabi Ibrahim berkata: Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-
benda yang kamu sembah itu? -
76. (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
77. (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah
musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
78. Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang
memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
79 . Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum,
80. Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; 
(asy-
Syu'araa': 75-80).

Apa yang tersebut dari ayat ke-78 hingga ayat ke-80 semuanya adalah sifat-sifat ربالعالمينAllah Tuhan sekalian alam. Dan semuanya dikaitkan dengan haraf 'athaf.
Contoh bahagian kedua, iaitu sifat-sifat yang maushuf sama, dan ia tidak di'athafkan dengan haraf 'athaf dapat dilihat pada dua firman Allah berikut:
a)
وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَهِينٍ(10)هَمَّازٍمَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ(11)
مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ(12)عُتُلٍّ بَعْدَ ذَٰلِكَ زَنِيمٍ(13)

10. Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu
kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi
amalannya);
11. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan
belahkan orang ramai);
yang benar dan jangan) menurut
yang hina (pendapatnya dan
fitnah hasutan (untuk mernecah
12. Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-
hukum agama,lagi yang amat berdosa;
13. Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya. 
(al-Qalam:10-13).

Berdasarkan sebab nuzul bagi ayat-ayat di atas,
 حَلَّافٍ مَهِينٍ
yang tersebut di dalam ayat
ke-10 meruju' kepada orang tertentu di zaman Rasulullah s.a.w. Dia ialah al-Walid
bin Mughirah. Sifat-sifat yang tersebut di dalam ayat-ayat selepasnya semuanya
adalah sifat-sifatnya. Kerana itu ia disebutkan tanpa haraf 'athaf.

(b)
هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَاۤءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ یُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِی ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ
24.Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada
kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang
dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-
mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ad,a di langit dan di bumi dan Dialah
Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (al-Hasyr:24).


Beberapa sifat Allah disebutkan di dalam ayat ini, namun ia tidak diiikat dengan haraf 'athaf kerana ia adalah sifat-sifat bagi, Zat yang sama iaitu Allah.

Contoh bahagian ketiga, iaitu sifat-sifat bagi maushuf yang sama, tetapi ma'na sifat-
sifat itu agak jauh dan berbeza atau berlawanan, dapat dilihat pada dua firman Allah
berikut:
(a)
 هُوَ ٱلۡأَوَّلُ وَٱلۡـَٔاخِرُ وَٱلظَّـٰهِرُ وَٱلۡبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمٌ

3. Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah
Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(al-Hadid:3).

Apa yang tersebut di dalam ayat ini ialah sifat-sifat Allah jua. Oleh kerana ia berbeza
dan berlawanan, maka semuanya diikat dengan haraf 'athaf.

(b)
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ(43)وَأَنَّهُ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا(44)

43.Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira)tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
44. Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan; 
(an-
Najm:43-44).

Apa yang tersebut di dalam dua ayat di atas adalah sifat-sifat Allah semuanya. Ia diikat dengan haraf 'athaf kerana ma'na-ma'nanya berbeza dan berlawanan, seolah-
olahnya ia adalah sifat-sifat bagi maushuf yang berlainan.







Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms079-080s

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms079-080s

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 13
05 okt-13

Hadis ke 8

Percaya Kepada Kerasulan Muhammad Adalah Syarat Keselamatan.
٨-وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  عًنْ رَسُولِ اللهِ صَلًّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلِّمَ : " وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ وَلَا نَصْرَانِيٌّ ثُمًّ  يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ " . رواه مسلم 

 
8- Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di tanganNya. Tiada seorangpun dari umat ini⁹⁴ yang mati dlm keadaan tidak percaya kepada kerasulanku, baik ia Yahudi ataupun Nasrani, melainkan ia pasti menjadi ahli neraka."⁹⁵ (Muslim).⁹⁶
___________________________________________________________



⁹⁴ Yang dimaksudkan dengan umat di sini ialah أمة الدعوة iaitu sekalian manusia bermula daripada Rasulullah s.a.w. diutuskan menjadi rasul ke akhir zaman. 

⁹⁵ Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Peraturan dan undang-undang yang dibawa Islam juga bersifat sejagat. Oleh itu setiap manusia tidak dapat tidak mestilah berada di bawah naungannya. Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penyudah sekalian nabi diutus Allah untuk sekalian manusia. Beliau telah membawa satu syariat yang dapat menampung keperluan manusia sejagat hingga ke akhir zaman. Manusia yang hidup bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. diutuskan menjadi rasul ke akhir zaman, semua sekali tanpa kecuali jika mahu selamat, mestilah percaya kepadanya dan berpegang kepada ajaran-ajaran yang dibawanya.  

Disebut Yahudi dan Nasrani secara khusus di dalam hadits ini kerana beberapa sebab berikut: 

(1) Walaupun mereka mempunyai keistimewaan- keistimewaan seperti mempunyai nabi-nabi yang dipilih Allah, mempunyai kitab-kitab yang diturunkan dari langit oleh Allah dan syariat khusus yang dijamin mereka akan selamat jika menuruti ajaran-ajarannya, namun semua itu tetap terta'luk dengan kepercayaan kepada nabi Muhammad s.a.w. Tanpa ada kepercayaan ini mereka belum Iagi terjamin selamat. Kalau begitu, tentulah penganut-penganut agama-agama lain lebih-lebih lagi terta'luk dengan kepercayaan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran-ajaran yang dibawa Baginda s.a.w. untuk selamat. Kerana mereka tidak jelas mempunyai nabi-nabi yang dipilih Allah, kitab-kitab dari langit dan juga syariat yang terjamin. 

(2) Orang-orang Yahudi dan Nasrani menganggap mereka terjamin selamat kerana telah beriman kepada utusan- utusan pilihan Allah seperti Musa dan 'Isa dan telah mengikuti ajaran kitab-kitab suci Taurat dan Injil yang datang dari langit. Dengan itu syurga diyakini seolah- olahnya merupakan hak istimewa mereka. Maka apa perlunya mereka percaya pula kepada Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama? Hadits di atas menyangkal aqidah golongan Yahudi dan Nasrani yang salah itu. Dinyatakan secara terbuka kepada mereka bahawa tanpa kepercayaan kepada Muhammad sebagai nabi akhir zaman dan tanpa memeluk agama Islam yang dibawa Muhamad, tiada siapapun boleh selamat daripada  api neraka. Jesteru kebangkitan Muhammad memansukhkan semua syariat sebelumnya. la membatalkan semua agama yang dianuti manusia tidak kira sama ada ia agama langit ataupun agama bumi. Satu-satunya agama yang sah dan menjamin keselamatan manusia selepas kebangkitan Muhammad adalah  agama Islam yang dibawa Muhammad s av. agama Allah yang terakhir dan paling Iengkap untuk dljadikan panduan oleh manusia dalam kehidupannya.
 
(3) Penolakan orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap Nabi Muhammad sa.w sebagai Nabi akhir zaman merupakan kekufuran yang paling jelik. Lantaran mereka telah pun mengetahui nama dan sifat-sifatnya melalui kitab Taurat dan Injil; يجدونه مكتوبا عند هم في التوراة والإنجيل
(yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka). 
(al-A' raaf, 157). 

Selain itu mereka juga benar-benar mengenalinya seperti mengenali anak-anak sendiri;

Al-Baqarah 2:146
ٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ يَعْرِفُونَهُۥ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَآءَهُمْۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ ٱلْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 

Maksudnya, orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) Mengenali Muhammad seperti mereka mengenali anak-anak sendiri dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu padahal mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (al-Baqarah:146). 

Maka hadits di atas merupakan ancaman berat terhadap mereka. Antara pengajaran dan pedoman yang dapat diambil daripada hadits ini ialah: 
(1) Keharusan bersumpah untuk menguatkan sesuatu keterangan atau kenyataan. 
(2) Allah mempunyai tangan yang layak denganNya yang tidak menyerupai mana-mana makhluqNya. 
(3) Kebenaran pendapat solongan yang mengatakan umat nabi Muhammad s.a.w. itu terbahagi kepada dua bahagian: (a) أمة الإجابه(Umat yang menyahut seruan Rasulullah s.a. w. iaitu umat Islam). 
(b) أمة الدعوة iaitu sekalian manusia yang hidup selepas kebangkitan nabi Muhammad s.a.w. Ummat di dalam hadits di atas telah dipakai dengan erti أمة الدوة

(4) Dengan kebangkitan Nabi Muhammad s.aw. sebagai rasul terakhir semua syari'at para nabi yang datang sebelumnya terbatal dan dimansukhkan.

(5) Tidak termasuk dalam ancaman hadits ini orang-orang yang tidak sampai kepadanya seruan Nabi s.a.w. 

(6) Agama Islam yang dibawa oleh Nabi kata Muhamad s.a.w. merupakan satu-satunya jalan keselamatan untuk manusia seluruhnya manusia tidak akan selamat melainkan dengan memeluk dan menganut agama Islam. 

(7) Antara manusia yang pasti akan menjadi ahli neraka ialah orang yang mati dalam keadaan tidak percaya kepada kerasulan nabi Muhammad s.a.w. Tidak kira apa latar belakangnya, sama ada ia Yahudi ataupun Nasrani, penyembah berhala atau ateis dan lain-lain.


⁹⁶  Muslim sahaja di antara pengarang-pengarang enam kitab hadits utama Ahli as-Sunnah Wa al-Jamaah meriwayatkan hadits ini. Antara tokoh hadits lain yang turut meriwayatkannya ialah Ahmad, Sa'id bin Manshur, Abu 'Awaanah, at-AThabaraani, Ibnu Mandah, al-Bazzaar dan Abdur Razmaq.

80




Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms079-080

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms079-080

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 13
05 okt-13

Misykatul masabiih 79.

Percaya Kepada Kerasulan Muhammad Adalah Syarat Keselamatan.

٨-وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  عًنْ رَسُولِ اللهِ صَلًّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلِّمَ : " وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ وَلَا نَصْرَانِيٌّ ثُمًّ  يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ " . رواه مسلم 

 
8- Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di tanganNya. Tiada seorangpun dari umat ini⁹⁴ yang mati dlm keadaan tidak percaya kepada kerasulanku, baik ia Yahudi ataupun Nasrani, melainkan ia pasti menjadi ahli neraka."⁹⁵ (Muslim).⁹⁶
___________________________________________________________



⁹⁴ Yang dimaksudkan dengan umat di sini ialah أمة الدعوة iaitu sekalian manusia bermula daripada Rasulullah s.a.w. diutuskan menjadi rasul ke akhir zaman. 

⁹⁵ Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Peraturan dan undang-undang yang dibawa Islam juga bersifat sejagat. Oleh itu setiap manusia tidak dapat tidak mestilah berada di bawah naungannya. Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penyudah sekalian nabi diutus Allah untuk sekalian manusia. Beliau telah membawa satu syariat yang dapat menampung keperluan manusia sejagat hingga ke akhir zaman. Manusia yang hidup bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. diutuskan menjadi rasul ke akhir zaman, semua sekali tanpa kecuali jika mahu selamat, mestilah percaya kepadanya dan berpegang kepada ajaran-ajaran yang dibawanya.  
Disebut Yahudi dan Nasrani secara khusus di dalam hadits ini kerana beberapa sebab berikut: 
(1) Walaupun mereka mempunyai keistimewaan- keistimewaan seperti mempunyai nabi-nabi yang dipilih Allah, mempunyai kitab-kitab yang diturunkan dari langit oleh Allah dan syariat khusus yang dijamin mereka akan selamat jika menuruti ajaran-ajarannya, namun semua itu tetap terta'luk dengan kepercayaan kepada nabi Muhammad s.a.w. Tanpa ada kepercayaan ini mereka belum Iagi terjamin selamat. Kalau begitu, tentulah penganut-penganut agama-agama lain lebih-lebih lagi terta'luk dengan kepercayaan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran-ajaran yang dibawa Baginda s.a.w. untuk selamat. Kerana mereka tidak jelas mempunyai nabi-nabi yang dipilih Allah, kitab-kitab dari langit dan juga syariat yang terjamin. 
(2) Orang-orang Yahudi dan Nasrani menganggap mereka terjamin selamat kerana telah beriman kepada utusan- utusan pilihan Allah seperti Musa dan 'Isa dan telah mengikuti ajaran kitab-kitab suci Taurat dan Injil yang datang dari langit. Dengan itu syurga diyakini seolah- olahnya merupakan hak istimewa mereka. Maka apa perlunya mereka percaya pula kepada Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama? Hadits di atas menyangkal aqidah golongan Yahudi dan Nasrani yang salah itu. Dinyatakan secara terbuka kepada mereka bahawa tanpa kepercayaan kepada Muhammad sebagai nabi akhir zaman dan tanpa memeluk agama Islam yang dibawa

79
Mishkaat al-masabih kitab iman 4 ms080

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 13
05 okt-13


Misykatul masabiih 80.
Muhamad, tiada siapapun boleh selamat daripada  api neraka. Jesteru kebangkitan Muhammad memansukhkan semua syariat sebelumnya. la membatalkan semua agama yang dianuti manusia tidak kira sama ada ia agama langit ataupun agama bumi. Satu-satunya agama yang sah dan menjamin keselamatan manusia selepas kebangkitan Muhammad adalah  agama Islam yang dibawa Muhammad s av. agama Allah yang terakhir dan paling Iengkap untuk dljadikan panduan oleh manusia dalam kehidupannya.
 
(3) Penolakan orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap Nabi Muhammad sa.w sebagai Nabi akhir zaman merupakan kekufuran yang paling jelik. Lantaran mereka telah pun mengetahui nama dan sifat-sifatnya melalui kitab Taurat dan Injil; يجدونه مكتوبا عند هم في التوراة والإنجيل
(yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka). 
(al-A' raaf, 157). 

Selain itu mereka juga benar-benar mengenalinya seperti mengenali anak-anak sendiri;

Al-Baqarah 2:146
ٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ يَعْرِفُونَهُۥ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَآءَهُمْۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ ٱلْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 

Maksudnya, orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) Mengenali Muhammad seperti mereka mengenali anak-anak sendiri dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu padahal mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (al-Baqarah:146). 

Maka hadits di atas merupakan ancaman berat terhadap mereka. Antara pengajaran dan pedoman yang dapat diambil daripada hadits ini ialah: 
(1) Keharusan bersumpah untuk menguatkan sesuatu keterangan atau kenyataan. 
(2) Allah mempunyai tangan yang layak denganNya yang tidak menyerupai mana-mana makhluqNya. 
(3) Kebenaran pendapat solongan yang mengatakan umat nabi Muhammad s.a.w. itu terbahagi kepada dua bahagian: (a) أمة الإجابه(Umat yang menyahut seruan Rasulullah s.a. w. iaitu umat Islam). 
(b) أمة الدعوة iaitu sekalian manusia yang hidup selepas kebangkitan nabi Muhammad s.a.w. Ummat di dalam hadits di atas telah dipakai dengan erti أمة الدوة

(4) Dengan kebangkitan Nabi Muhammad s.aw. sebagai rasul terakhir semua syari'at para nabi yang datang sebelumnya terbatal dan dimansukhkan.

(5) Tidak termasuk dalam ancaman hadits ini orang-orang yang tidak sampai kepadanya seruan Nabi s.a.w. 

(6) Agama Islanl yang dibawa oleh Nabi kata Muhanunad s.a.w. merupakan satu-satunya jalan keselamatan untuk manusia seluruhnya manusia tidak akan selamat melainkan dengan memeluk dan menganut agama Islam. 

(7) Antara manusia yang pasti akan menjadi ahli neraka ialah orang yang mati dalam keadaan tidak percaya kepada kerasulan nabi Muhammad s.a.w. Tidak kira apa latar belakangnya, sama ada ia Yahudi ataupun Nasrani, penyembah berhala atau ateis dan lain-lain.


⁹⁶  Muslim sahaja di antara pengarang-pengarang enam kitab hadits utama Ahli as-Sunnah Wa al-Jamaah meriwayatkan hadits ini. Antara tokoh hadits lain yang turut meriwayatkannya ialah Ahmad, Sa'id bin Manshur, Abu 'Awaanah, at-AThabaraani, Ibnu Mandah, al-Bazzaar dan Abdur Razmaq.

80




Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(170).

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(170).

Zaman Diturunkan
Surah al-Anbiya' besar sekali kemungkinannya diturunkan sekitar tahun ke-9 dan ke-10 Kenabian, ia diturunkan di Mekah bersama-sama Surah al-Mu'minun. Ketika itu pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa Baginda adalah seorang penyair, seorang pendusta, bukan rasul, tidak lebih daripada manusia biasa dan lain-lain. Dalam keadaan itu, pengetahuan tentang sejarah para nabi dan kedudukan dan jawatan nabi-nabi perlu sekali diketahui. Itulah zaman di mana pertentangan diantara ahli tauhid dan ahli syirik berlaku dengan sengit sekali. Kerana itu pada ayat yang terakhir sekali di dalam surah ini, Tuhan sendiri diminta supaya membuat keputusan.

Perkaitan Surah Al-Anbiya Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Di dalam Surah Maryam, melalui diskusi dan perbincangan dengan orang-orang Kristian, mereka
diseru supaya meninggalkan aqidah tritunggal dan menerima aqidah tauhid yang murni.
2. Di dalam Surah Thaha terdapat diskusi dan perbincangan dengan orang-orang Yahudi dengan mengemukakan sejarah hidup Nabi Musa, mereka juga diseru kepada Islam.
3. Di dalam dua surah sebelum ini, Nabi 'Isa dan Nabi Musa banyak dijadikan sebagai bahan rujukan, didalam Surah al-Anbiya' ini pula dikemukakan sejarah hidup beberapa orang nabi secara umum dan ringkas. Sejarah hidup Nabi Ibrahim pula disebutkan secara terperinci. Di celah-celah cerita tentang sejarah hidup para nabi itu, manusia diseru supaya beriman kepada Nabi Muhammad yang merupakan
رَحْمَة لِلعَالَمِين
4. Di dalam Surah al-Anbiya' orang-orang musyrikin diberi amaran bahawa bumi mereka semakin sempit, orang-orang Islam akan berkuasa.
5. Di dalam Surah al-Hajj nanti, orang-orang Islam dibenarkan berperang untuk mempertahankan diri.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah al-Anbiya' setelah menyebutkan nama beberapa orang nabi dikatakan semua mereka adalah manusia yang baik dan manusia yang dipilih Allah. wahyu diberikan kepada mereka.
Nabi Musa (Ayat: 48), Nabi Harun (Ayat: 48) 
Nabi Ibrahim (Ayat: 41) Nabi Ishaq (Ayat: 72) 
NabiYa'qub (Ayat: 72) Nabi Luth (Ayat: 74) 
Nabi Nuh (Ayat: 76) Nabi Daud (Ayat: 78) 
Nabi Sulaiman(Ayat: 78) Nabi Ayyub (Ayat: 83) 
Nabi Isma'il (Ayat: 85) Nabi Idris (Ayat: 85) 
Zul Kifli (Ayat: 85)Zun Nun Yunus (Ayat: 87) 
Nabi Zakaiya (Ayat: 89) Nabi Yahya (Ayat: 90) 
'Isa bin Maryam (Ayat: 91)Rasulullah s.a.w. (Ayat: 107).

2. Di dalam surah ini beberapa nama nabi disebutkan kemudian dinyatakan peribadi dan perjuangan mereka secara ringkas.

170