Khamis, Februari 24, 2022

K999.5 perkara yang anak perlukan tapi dia tak cakap.

K999.5 perkara yang anak perlukan tapi dia tak cakap.
1.Mereka perlu rasa cukup selamat untuk berkongsi apa jua dengan anda termasuk perkara yang dia dia buat silap atau perkara sensitif.
Berikan ayat pengesahan selalu, agar mereka bebas berkongsi apa jua dengan anda sejak kecil.

2.mereka perlu perhatian yang penuh, tidak berbelah bahagi .
Sebab tu anak akan buat hal bila  lihat ibuayah sibuk lihat habdphone sambil menjawab soalanys. Dan anak juga kalau boleh mahu menjadi hp agar dirinya dilihat ibuayah sepenuh perhatian.

3.Mereka perlu model bagaimana seorang dewasa yang sihat berperlakuan terutama sewaktu  cabaran mendatang.

Sebab tu apa jua dilihat mereka, akan jadi sop dalam minda bawah sedar untuk bagaimana perlkuan yang baik baik dan betul dilakukan.

4.Mereka perlu ditanya pendapat, berpeluang memberikan idea akan apa jua perkara yang melibatkan diri mereka.

Semoga henerasi atau pelapis kita terus positif dan sihat membesar dengan jayanya dan seimbang fizikal ,iq,eq dan sqnya.

Maznah Ibrahim

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi (305-307)l-312s

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi (305-307)l-312s

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi (305)
-tajuk dan hadits
- kedua mudadimah
- seterusnya sanad hadits
-tajuknya terang dan senang sahaja
*311 kena tengok muqadimah tirmizi
Muhamad bin Abban

٥٣ - بَابُ مَا جَاء فِي التَّشْدِيْدِ فِي الْبَوْل 
53 - Bab Peringatan Keras Mengenai Air Kencing.⁶²²
 
٧٠  - حَدَّثَنَا هَنَّادٌ وَقُتَيْبَةُ وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالُوا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ الْأَعْمَشِ قَال سَمِعْتُ مُجَاهِدًا يُحَدِّثُ عَنْ طَاوُسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ إِنَّهُمَا يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا هَذَا فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَأَمَّا هَذَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبِي مُوسَى وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَسَنَةَ وَزَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ وَأَبِي بَكْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَرَوَى مَنْصُورٌ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ عَنْ طَاوُسٍ وَرِوَايَةُ الْأَعْمَشِ أَصَحُّ قَالَ و سَمِعْت أَبَا بَكْرٍ مُحَمَّدَ بْنَ أَبَانَ الْبَلْخِيَّ مُسْتَمْلِي وَكِيعٍ يَقُولُ سَمِعْتُ وَكِيعًا يَقُولُ الْأَعْمَشُ أَحْفَظُ لِإِسْنَادِ إِبْرَاهِيمَ مِنْ مَنْصُورٍ
70 – Hannād, Qutaibah dan Abu Kuraib meriwayatkan kepada kami, kata mereka, Wakī` meriwayatkan kepada kami daripada al-A`masy, katanya: Aku 
mendengar Mujāhid meriwayatkan daripada Thāwūs⁶²³ daripada Ibni `Abbās, kata beliau: Nabi s.a.w. melewati dua buah kubur,⁶²⁴ lalu Baginda bersabda: “Kedua-duanya sedang disiksa,⁶²⁵?dan mereka disiksa bukan kerana sesuatu yang besar.⁶²⁶ Yang ini disiksa kerana tidak memelihara diri daripada air kencingnya,⁶²⁷ dan yang satu lagi kerana suka mengacum.”⁶²⁸

Abu `Isa berkata: “Berhubung dengan bab (perkara) ini ada juga riwayat daripada Abi Hurairah,⁶²⁹ Abi Musa,⁶³⁰ `Abdir Rahmān bin Ĥasanah,⁶³¹ Zaid bin Tsābit⁶³² dan Abi Bakrah.⁶³³ Beliau (Abu `Isa juga) berkata: “Ini adalah hadits hasan sahih.”⁶³⁴Manshūr (bin al-Mu`tamir) meriwayatkan hadits ini daripada Mujāhid, daripada Ibni `Abbās, tetapi dia tidak menyebutkan daripada Thāwūs. Hadits riwayat al-A`masy lebih sahih.⁶³⁵

____________________
⁶²² Dengan bab ke-53 ini Imam Tirmidzi memulakan pula perbincangan tentang permasalahan najis. Ia berterusan hingga bab ke-55. Tiga bab sebelum ini berbicara tentang kesucian air. Dan lapan bab selepas bab ke-55, bermula dari bab ke-56 dikhususkan untuk perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.

Tujuan mengadakan bab ke-53 ini ialah menyatakan keperluan menjaga diri daripada terkena air kencing sendiri, kerana air kencing manusia itu najis menurut kesepakatan 
para `ulama’. Sembahyang seseorang dengan memakai kain atau pakaian yang terkena air kencing, demikian juga dalam keadaan mana-mana bahagian tubuhnya 
terkena air kencing adalah tidak sah. 

Peringatan keras daripada Rasulullah s.a.w. menerusi hadits-haditsnya juga ada untuk orang-orang yang tidak menjaga dirinya daripada terkena air kencing ketika 
membuang air kecil. 

Oleh kerana itu, kita hendaklah beristinja’ (membersihkan najis berupa air besar atau air kecil) dengan sebaik-baiknya, dengan melurut sedikit kemaluan setelah selesai 
kencing atau meneran sedikit supaya air kencing keluar habis dan tidak menitis lagi setelah dibasuh. Kemudian baru membasuhnya dengan air atau mengesatnya dengan
tisu dan sebagainya. 

⁶²³ Beliau ialah Thāwūs bin Kaisān al-Yamāni al-Ĥimyari al-Fārisi. Abu `Abdir Raĥmān adalah kuniahnya. Ada juga dikatakan, nama sebenarnya Dzakwān, Thāwūs 
itu hanyalah laqabnya (nama gelarannya). Thāwūs perawi faqīh lagi fādhil dari thabaqah ke-3.

Beliau meriwayatkan hadits daripada Abu Ĥurairah, `Aaishah, Ibnu `Abbās, Zaid bin Tsābit dan lain-lain. Mujāhid, Zuhri dan lain-lain pula adalah orang-orang yang
meriwayatkan hadits daripadanya.

Thawus sendiri berkata, “Aku sempat menemui 50 orang sahabat.” Ibnu `Abbās berkata, “Sesungguhnya aku percaya Thāwūs ahli syurga.” Amar bin Dīnār berkata, “Aku tidak melihat orang sepertinya.” Ibnu Ĥibbān pula berkata, “Thāwūs telah mengerjakan haji sebanyak 40 kali.” Thawus meninggal dunia pada tahun 106 Hijrah.

⁶²⁴ Menurut riwayat Ibnu Majah, Nabi s.a.w. melewati dua buah kubur baharu. 

⁶²⁵ Kedua-dua kubur dikatakan disiksa, padahal yang disiksa ialah orang yang berada di dalam kedua-dua kubur itu. Penggunaan bahasa seperti ini sering ditemui bukan 
sahaja di dalam hadits tetapi juga di dalam al-Quran. 
Ia termasuk salah satu seni bahasa `Arab di bawah qaedah majāz mursal, di mana tempat bagi sesuatu disebutkan, sedangkan yang dimaksud ialah sesuatu yang berada di tempat itu.(من باب إطالق المحل وإرادة الحال)
  
Para `ulama’ berbeda pendapat tentang dua orang yang dikebumikan pada dua kubur berkenaan. Adakah mereka orang Islam atau orang kafir. Ada yang mengatakan 
mereka kafir kerana perkuburan itu adalah perkuburan orang-orang kafir. Ada juga yang mengatakan perkuburan itu adalah perkuburan orang-orang Islam, jadi yang
dikebumikan di situ tentulah orang-orang Islam. 

Abu Musa al-Madīni yakin dua orang yang disiksa di kubur itu ketika Nabi s.a.w. melewatinya adalah orang kafir. Alasannya ialah satu hadits yang diriwayatkan daripada Jabir menerusi sanad yang di dalamnya ada Ibnu Lahī`ah, seorang perawi dhaif, bahawa Nabi s.a.w. lalu dekat dua kubur Bani an-Najjār. Yang dikebumikan pada dua kubur itu ialah dua orang yang telah mati di zaman Jahiliah. Tiba-tiba Baginda terdengar mereka sedang disiksa kerana air kencing dan kerana mengacum. Kata Abu Musa, hadits itu walaupun tidak kuat (sanadnya), tetapi ma`nanya betul. 
Kerana kalau mereka orang Islam, apa ertinya syafa`at Nabi s.a.w. untuk mereka hanya sehingga kering pelepah tamar yang dipacak oleh Baginda pada kuburnya?

Apabila Rasulullah s.a.w. mengetahui mereka sedang disiksa, maka sifat ihsan dan belas kasihan Baginda tetap tidak melepaskan mereka daripada mendapat syafa`at 
Baginda. Walaupun syafa`at Baginda berguna kepada mereka hanya untuk selama itu sahaja.

Kata Ĥāfiz Ibnu Ĥajar, hadits yang dijadikan hujah oleh Abu Musa itu diakui sendiri oleh beliau sebagai dhaif. Imam Aĥmad dengan sanad yang sahih menepati syarat 
Muslim juga meriwayatkannya, tetapi tanpa menyebutkan sebab mereka disiksa. Menyebutkan sebab mereka disiksa di dalam hadits itu hanyalah berpunca daripada
kekeliruan Ibnu Lahī`ah. 

Hadits itu memanglah sesuai dengan hadits Jabir yang panjang yang diriwayatkan oleh Muslim. Kemungkinan penghuni dua kubur yang tersebut di dalam hadits itu orang kafir memang jelas.

Bagaimanapun dua kubur yang tersebut di dalam hadits ke-70 ini berdasarkan pengamatan terhadap saluran-saluran riwayatnya, lebih menunjukkan ia adalah kubur dua orang Islam. Seperti telah disebutkan sebelum ini bahawa berdasarkan riwayat Ibnu Majah dua kubur itu baharu. Dengan itu tidak boleh lagi dikatakan itu kubur 
zaman Jahiliah. Apa lagi kalau dilihat kepada hadits Abu Umāmah yang diriwayatkan oleh Aĥmad. Di dalamnya tersebut bahawa Nabi s.a.w. lalu dekat kubur Baqī`, lalu Baginda bertanya, “Siapa kamu kebumikan di sini hari ini?”
Semua itu menunjukkan dua penghuni kubur berkenaan adalah orang Islam. Kerana Baqī` adalah perkuburan orang-orang Islam. Pertanyaan Nabi s.a.w. di dalam hadits 
Abu Umāmah itu juga ditujukan kepada orang-orang Islam. Selain itu, penganut masing-masing agamalah yang akan mengebumikan orang-orang yang mati di kalangan mereka.  Hadits Abu Bakrah yang dikemukakan oleh Aĥmad, at-Thabarāni dan lain-lain dengan sanad yang sahih juga menyokong dua kubur yang tersebut di dalam hadits 
ke-70 ini adalah kubur orang Islam. Antara yang tersebut di dalamnya ialah:
إِنِّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعِذَّبَانِفِي كَبِيرٍ، وَبَلَى..... وَمَا يُعَذَّبَانِ إِلَّا فِي الْبَوْلِ، والْغِيبِةِ
Bermaksud: “Sesungguhnya mereka berdua sedang disiksa. Tidaklah mereka disiksa kerana sesuatu yang besar, bahkan (besar)…Tidak mereka disiksa melainkan kerana kencing dan mengumpat.”

Potongan sabda Rasulullah s.a.w. yang terakhir itu “Tidak mereka disiksa melainkan kerana air kencing dan mengumpat” membayangkan penghuni dua kubur itu adalah orang Islam. Kerana orang-orang kafir, di samping disiksa kerana tidak melaksanakan ajaran Islam, mereka juga disiksa kerana kekufuran tanpa ada sebarang perbedaan pendapat `ulama’ dalam perkara ini.

⁶²⁶ Maksud sabda Nabi s.a.w. “dan mereka disiksa tidak kerana sesuatu yang besar” ialah sesuatu yang tidak berat dan tidak sukar dilakukan jika mereka mahu, ia bukan 
bererti mereka tidak melakukan dosa besar. Bagaimana ia bukan dosa besar kalau kedua mereka disiksa kerananya? Tidak memelihara diri daripada air kencing membawa kepada tidak sah sembahyang. Mengacum pula merupakan punca perbalahan dan pergaduhan yang adakalanya 
membawa kepada peperangan yang meragut nyawa ribuan manusia.Di dalam sesetengah riwayat ini (lihat sebagai contohnya riwayat Shaĥīĥ Bukhāri)  tersebut setelah وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ(mereka berdua tidak disiksa kerana sesuatu yang besar), ada tambahan وإنه لكبير  selepasnya. Tambahan itu bererti sedangkan ia memang besar. Maksud memang besar di sini ialah dosanya memang besar. Walaupun pada 
pandangan mereka perbuatan mereka tidak besar kesalahannya.

Para `ulama’ memberikan beberapa pandangan tentang sabda Nabi s.a.w.:  وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ(mereka berdua tidak disiksa kerana sesuatu yang besar), apa maksudnya dan apa-apa yang ada kaitan dengannya.
Secara ringkas di bawah ini dikemukakan pandangan mereka tentangnya:

(1) Al-`Allamah Abu `Abdil Malik al-Būni berkata, “Setelah Rasulullah s.a.w.bersabda وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ
(mereka berdua tidak disiksa kerana sesuatu yang besar), 
Baginda terus mendapat wahyu susulannya iaitu بلى وإنه لكبير  ( bahkan sesungguhnya ia memang besar). Demikianlah tersebut di dalam Sahih Bukhāri melalui saluran riwayat Manshūr.

(2) Maksud penafian di dalam sabda Nabi s.a.w. itu ialah sesuatu yang besar seperti dosa kufur, syirik, membunuh orang dan lain-lain. Jelas sekali dua dosa orang yang
disiksa di dalam kuburnya itu tidak termasuk dalam tujuh dosa besar yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya dijauhi. Baginda bersabda:
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَاتِ
Bermaksud: Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan. Mereka (para sahabat) bertanya, “Apakah dosa-dosa itu wahai RasulAllah?” Jawab Baginda: “Melakukan 
syirik terhadap Allah, mengamalkan sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan kebenaran, makan riba, makan harta anak yatim, cabut 
lari meninggalkan medan peperangan, dan menuduh perempuan-perempuan mu’mināt yang baik-baik dan terpelihara kesuciannya berzina. 
(Hadits riwayat Bukhāri, Muslim). 

Dua kesalahan yang menyebabkan mereka berdua disiksa itu pun besar juga tetapi tidaklah sebesar dosa-dosa tersebut tadi.
Inilah pendapat ad-Daudi, Ibnu al-`Arabi dan lain-lain.

(3) Dua dosa yang menyebabkan mereka disiksa itu pada anggapan mereka tidak besar, padahal ia besar.
(4) Dua dosa itu besar tetapi memelihara diri daripadanya tidaklah payah dan sukar sangat. Inilah pendapat al-Khatthābi, al-Baghawi, Ibnu Daqīq al-`Iid dan sekumpulan `ulama’. 
(5) Pada pandangan orang-orang yang ditujukan sabda Baginda tersebut, kesalahan dua orang yang disiksa di dalam kubur mereka masing-masing itu tidak besar, 
sedangkan ia di sisi Allah adalah besar. Keadaannya seperti apa yang difirmankan Allah di dalam al-Quran:
وَتَحْسَبُونَهُۥ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ
Bermaksud: …dan kamu menyangkanya perkara kecil, pada hal ia di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya. (an-Nūr:15).

 An-Nur 24:15
إِذْ تَلَقَّوْنَهُۥ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِۦ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُۥ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ 
(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.


(6) Dosa yang dilakukan oleh dua orang yang disiksa di dalam kubur itu tidaklah besar sangat, tetapi ia menjadi besar apabila dilakukan secara berterusan dan telah
menjadi tabi`at mereka. Buktinya ialah Rasulullah s.a.w. telah menggunakan sīghah fi`il mādhi istimrāri ketika menggambarkan kesalahan mereka dalam sabdanya. فَكَانَ لَا يَسْتَبْرُ dan فَكَانَ يَمّشِي بِالنَّمِيمِةِ. Sīghah fi`il mādhi istimrāri memanglah pada kebiasaannya menunjukkan selalu berlaku atau melakukan pada masa yang lalu.

(7) Terkena percikan air kencing itu sendiri sama ada pada kain atau mana-mana bahagian tubuh, bukanlah satu dosa besar. Seseorang boleh saja (harus) melakukan 
sesuatu kerja yang tidak memerlukan keadaan suci tanpa berdosa sedikit pun, walaupun kain atau pahanya berlumuran air kencing, darah dan najis-najis lain 
seumpamanya. Akan tetapi apabila ia bersembahyang dalam keadaan itu, barulah ada dosa besar. 
Kerana sembahyang menghendaki keadaan suci, suci adalah syarat untuk sahnya. Sembahyang dalam keadaan tidak suci bukan sahaja menyebabkan ia tidak sah, 
bahkan menyebabkan seseorang yang mengerjakannya berdosa besar.

(8) Jika dilihat kepada permulaannya, maka kesalahan mereka tidaklah besar, tetapi jika dilihat kepada kesudahan dan akibatnya, maka ia amatlah besar. Kerana air 
kencing yang tidak dipedulikan itu menyebabkan tubuh atau kain yang dipakai menjadi najis. Apabila dalam keadaan najis seseorang bersembahyang, maka 
sembahyangnya tidak sah. Dia seperti tidak bersembahyang dan tidak tertunailah kewajiban yang ditanggungnya. Kerana tidak bersembahyanglah sebenarnya menyebabkan mereka berdosa besar dan kerana dosa besarlah mereka disiksa. Demikian juga dengan mengacum. Pada zahirnya tidak kelihatan apa-apa kesannya yang ketara, tetapi jika dilihat kepada akibatnya, maka besar sekali akibatnya. Kerana acumanlah berlaku kebanyakan perbalahan dan pergaduhan. Kemuncaknya adalah peperangan. Apabila berlaku perang banyaklah berlaku pembunuhan dan pertumpahan darah. Kerana membawa kepada perbalahan, pergaduhan, pembunuhan 
dan pertumpahan darahlah mengacum menjadi dosa besar.

⁶²⁷ Maksud tidak memelihara diri daripada air kencing ialah tidak menjaganya daripada terkena kain atau seluar yang dipakai atau terkena mana-mana bahagian tubuh, khususnya bahagian paha yang berhampiran dengan kemaluan (tempat keluar air kencing).

⁶²⁸ Maksud mengacum ialah mengadu domba atau memperlagakan seseorang dengan seseorang yang lain atau sesuatu golongan dengan sesuatu golongan yang lain. Membawa percakapan seseorang kepada orang lain dengan cara yang boleh menimbulkan kemarahan dan perbalahan di antara mereka juga termasuk dalam
mengacum.

Inti Sari Hadits
(1) Hadits ini menunjukkan najisnya air kencing manusia. Tiada khilaf di kalangan `ulama’ tentang kenajisan air kencing manusia. Adapun air kencing binatang, maka 
masih terdapat khilaf `ulama’ mengenainya.
(2) Kewajiban memelihara diri daripada terkena air kencing sendiri atau air kencing  orang lain. Orang yang bermudah-mudah dalam perkara ini telah diseksa di dalam
kuburnya. Itulah yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits ini.
(3) Sikap bermudah-mudah dan tidak ambil peduli terhadap air kencing adalah satu dosa besar. Ia tersebut dengan jelas di dalam hadits riwayat al-Bukhāri. Baginda 
bersabda:وإنه لكبير (sesungguhnya ia adalah dosa besar).

(4) Kewajiban menghilangkan najis atau membersihkan diri daripadanya. Sesetengah `ulama’ berpendapat kewajiban itu khusus dengan waktu hendak sembahyang atau 
lain-lain ibadat yang disyaratkan suci ketika mengerjakannya. 

(5) Mengacum juga merupakan dosa besar. Ia haram berdasarkan nas dan ijma` ummat. Allah berfirman:
Al-Humazah 104:1وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ 
Bermaksud: Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, (al-Humazah:1).

Al-Qalam 68:11 هَمَّازٍ مَّشَّآءٍۭ بِنَمِيمٍ 
Bermaksud: Yang suka mencaci, lagi yang suka mengacum (menyebarkan fitnah hasutan untuk memecah belahkan orang ramai), (al-Qalam:11).

Nabi s.a.w. juga bersabda:
 لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ(وَفِى لَفْظٍ) نَمَّامٌ
Bermaksud: Tidak akan masuk syurga pengacum (dalam satu riwayat lain) pengadu domba. 
(Ĥadīts riwyat Bukhāri, Muslim, Aĥmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasā’i dan lain-lain). 

(6) Hadits ini juga membuktikan adanya azab kubur atau azab di alam Barzakh. Inilah 
pegangan dan `aqidah Ahlu as-Sunnah Wa al-Jama`ah.

(7) Hadits ini juga menggambarkan salah satu sifat istimewa Rasulullah s.a.w. iaitu sangat bersimpatinya Baginda terhadap umatnya. Apabila mengetahui ada dua orang daripada umatnya sedang disiksa, Beliau dengan segera memberikan syafa`atnya kepada mereka.

(8) Ia juga membuktikan adanya syafa`at Nabi s.a.w. di dunia ini.

(9) Hadits ini juga membuktikan adanya mu`jizat Nabi s.a.w. Allah telah memberitahu dan memperdengarkan kepada Baginda siksaan yang dialami orang yang telah mati dan dikebumikan, sedangkan orang-orang lain yang ada bersamanya tidak mendengar apa-apa dan tidak mengetahui apa-apa pun tentangnya. Inilah yang
dinyatakan oleh Allah di dalam al-Qur’an menerusi firmanNya: 
Al-Jinn 72:26 عَٰلِمُ ٱلْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِۦٓ أَحَدًا 
Al-Jinn 72:27
إِلَّا مَنِ ٱرْتَضَىٰ مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُۥ يَسْلُكُ مِنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ رَصَدًا 
Bermaksud: Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, (26) 
Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian), maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). (27). 

(10) Kewajiban beristinja’ (membersihkan diri daripada air kecil dan air besar).


⁶²⁹ Hadits Abu Hurairah dikemukakan oleh Aĥmad, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, ad-Dāraquthni, al-Ĥākim dan at-Thaĥāwi di dalam Syarĥ Musykil al-Aatsār secara 
marfū`dengan lafaz:
أَكْثَرُ عَذَابَ القَبْرِ مِنْ الْبَوْلِ
Bermaksud: “Kebanyakan azab kubur kerana air kencing.”
Al-Ĥākim berkata, “Hadits ini sahih menurut syarat Bukhāri dan Muslim. Saya tidak mengetahui ada apa-apa `illatnya.” Kata al-Mundziri, “Benar seperti katanya.”
⁶³⁰ Hadits Abu Musa dikemukakan oleh Bukhāri, Muslim, Aĥmad al-Ĥākim dan lain-lain. 

⁶³¹ Hadits `Abdur Rahmān bin Ĥasanah dikemukakan oleh Abu Daud, Nasā’i, Aĥmad, Ibnu Majah dan Ibnu Ĥibbān di dalam Shaĥīĥnya.

⁶³² Hadits Zaid bin Tsābit dikemukakan oleh Muslim, Aĥmad, Ibnu Abi Syaibah, at-Thaĥāwi di dalam Musykil al-Aatsār dan at-Thabarāni di dalam al-Mu`jam al-Kabīr.

⁶³³ Hadits Abu Bakrah dikemukakan oleh Aĥmad dan at-Thabarāni di dalam al-Mu`jam al-Ausath. Ma`nanya sama dengan hadits Ibnu `Abbās yang dikemukakan 
oleh at-Tirmidzi di atas.

⁶³⁴ Selain Tirmidzi, Bukhāri, Muslim, Abu Daud, Nasā’i, Ibnu Majah dan lain-lain juga meriwayatkannya.

⁶³⁵ Maksudnya ialah riwayat A`masy dengan menyebutkan Thāwūs di antara Mujāhid dan Ibnu `Abbās lebih sahih daripada riwayat Manshūr. Di dalam perenggan 
berikutnya Imam Tirmidzi menjelaskan kenapa riwayat A`masy lebih sahih daripada riwayat Manshūr.
Tindakan imam Tirmidzi mentarjihkan riwayat A`masy daripada riwayat Manshūr dalam kesahihannya menunjukkan para `ulama’ hadits tidak sentiasa mentarjihkan sanad `aali (sanad yang tinggi) daripada sanad nāzil (sanad yang rendah). Sanad riwayat A`masy menurut istilah hadits dipanggil مزيد في متصل إلسناد    .

Imam Bukhāri di dalam Sahihnya meriwayatkan hadits ini melalui kedua-dua saluran tersebut.Kata Ĥāfiz Ibnu Ĥajar di dalam Fatĥul Bāri, “Perbuatan Bukhāri itu menunjukkan 
kedua-duanya sahih bagi beliau. Seharusnya difahami bahawa Mujāhid mula-mula telah mendengarnya daripada Thāwūs daripada Ibni `Abbās, kemudian beliau mendengarnya pula daripada Ibnu `Abbās sendiri tanpa perantaraan, atau sebaliknya. 
Antara yang menyokong pandangan yang dikemukakan tadi ialah di dalam riwayat yang terdapat Thāwūs ada tambahan yang lebih daripada riwayat beliau sendiri daripada Ibnu `Abbās. Ibnu Ĥibbān dengan jelas mengatakan kedua-dua saluran riwayat itu sahih. Tirmidzi pula berpendapat riwayat A`masy lebih sahih.” 
Menurut Maulana al-Mubārakfūri (Muĥammad `Abdur Rahmān bin `Abdir Raĥīm al-Mubārakfūri m.1353H), Bukhāri juga berpendapat seperti Tirmidzi iaitu riwayat A`masy lebih sahih daripada riwayat Manshūr. Kata Tirmidzi di dalam al-`Ilal, “Aku bertanya Muĥammad (Imam Bukhāri), mana satu daripada dua saluran riwayat itu lebih sahih?” Beliau menjawab riwayat A`masy lebih sahih.”
Adanya riwayat Syu`bah bin al-Ĥajjāj daripada al-A`masy seperti riwayat Manshūr tanpa menyebutkan Thāwūs di antara Mujāhid dan Ibnu `Abbās, menyokong 
pandangan golongan `ulama’ yang mengatakan kedua-dua saluran riwayat itu sahih. 

⁶³⁶ Muĥammad bin Abān al-Balkhi. Laqabnya (nama gelarannya) ialah Ĥamdawaih.Beliau mustamli (juru tulis sesuatu yang diimla’kan kepadanya) Wakī`, seorang
perawi tsiqah lagi ĥāfizh. Muĥammad bin Abān meriwayatkan hadits daripada Ibnu`Uyainah, Ghundar dan para ``ulama’’ yang segenerasi dengan mereka berdua. 
Orang-orang yang meriwayatkan hadits daripadanya pula terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Imam Bukhāri, Abu Daud, Tirmidzi, Nasā’i, Ibnu Majah dan lain-lain. Kata 
Ibnu Ĥibbān, “Muĥammad bin Abān adalah antara pengumpul dan penulis hadits.” Beliau meninggal dunia pada tahun 144H. 

⁶³⁷Sebagai alasan kenapa riwayat A`masy lebih sahih daripada riwayat Manshūr pada pandangan beliau, Imam Tirmidzi mengemukakan kata-kata Abu Bakr Muhammad 
bin Abān al-Balkhi bahawa al-A`masy lebih hafal isnād Ibrahim (bin Yazid an-Nakha`i) daripada Manshūr (bin al-Mu`tamir).
Soalnya apa ada kena mengena kata-kata Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi itu dengan da`waan Tirmidzi? A`masy dikatakan lebih hafal isnād Ibrahim (bin Yazid an-Nakha`i) daripada Manshūr (bin al-Mu`tamir). Sedangkan riwayat ke-70 ini tidak diterima oleh A`masy dan Manshūr daripada Ibrahim, sebaliknya daripada Mujāhid.
Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi tidak ada berkata, A`masy juga lebih hafal isnād Mujāhid daripada Manshūr. Beliau hanya berkata, A`masy lebih hafal isnād Ibrahim (bin Yazid an-Nakha`i) daripada Manshūr (bin al-Mu`tamir), itu sahaja.
Apakah dengan berkata begitu bererti A`masy juga lebih hafal isnād Mujāhid dan lain-lain daripada Manshūr? Tentu sekali tidak wajar difahami begitu. Maka nukilan Tirmidzi itu nampaknya tidak relevan dikemukakan di sini, kecualilah jika dikatakan penyalin telah tersalah tulis nama Ibrahim di situ, sebenarnya bukan Ibrahim disebut oleh Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi tetapi Mujāhid.

Usul dirayah hadis 0032l-44ss

Usul dirayah hadis 0032l-44ss

Usul (44): Hadits-hadits yang menyatakan kelebihan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad semata-mata kerana nama itu, dan celaan serta ancaman terhadap orang-orang yang tidak melebihkan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad. Demikian juga celaan dan ancaman terhadap orang-orang yang tidak menamakan anak-anak mereka dengan dua nama tersebut, semuanya maudhu`, paling elok pun ia dha`if sangat. Tidak ada satu pun daripadanya tsabit dan sahih.

Contoh Pertama:
اليت على نفسي أن لا النار من اسمه أحمد ولا محمد
Bermaksud: Aku bersumpah atas diriKu (Aku berjanji) bahawa tidak akan masuk neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad.
-semata2 nama

-ini rujukannya
Rujukan:
Al-Firdaus Bi Matsūr al-Khithāb j.5 m/s 535, Al-Mauhū`āt j.1 m/s 157, Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.1 m/s 173-174, Jāmi` al-Aĥādīts al-Qudsiyyah m/s 55, al-La’āli’ 
al-Mashnū`ah j.1 m/s 97, Talkhīsh al-Maudhū`āt m/s 9, al-Manār al-Munīf m/s 61, al-Fawā’id al-Majmū`ah m/s 471. 


Fadil dari Perak baca
Komentar:
(1) Hadits yang dikemukakan sebagai contoh pertama itu sebenarnya adalah sebahagian daripada hadits yang dida`wa telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. Ia dengan lengkap dan bersanad terdapat di dalam sebuah kitab bernama al-“Maqshidu al-Aĥmad Bi Taĥqīqi Juz’i Fadhā’il at-Tasmiah Bi Aĥmad Wa Muĥammad”.

32
Usul dirayah hadis 0033

Kitab ini merupakan satu juzu’ khusus yang membincangkan tentang hadits-hadits rekaan berkenaan dengan kelebihan menamakan seseorang itu dengan nama Ahmad atau Muhammad. Ia ditulis oleh Ibnu Bukair, seorang muhaddits pada abad ke-4 Hijrah. 

Nama penuhnya ialah Abu `Abdillah al-Ĥusain bin Ahmad bin `Abdillah bin Bukair al-Baghdādi as-Shairafi. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 388 Hijrah. 
Di bawah ini diperturunkan hadits berkenaan yang tercatat di dalam kitab itu selengkapnya:
حدثنا........ومحمد
Bermaksud: Anas bin Malik meriwayatkan, katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
“Dua orang hamba (manusia) di hadapkan ke hadapan Allah, lalu Allah memerintahkan supaya dibawakan kedua-duanya ke syurga. Ketika itu mereka berdua berkata, “Tuhan! Dengan sebab apakah kami telah layak masuk syurga, padahal kami tidak pernah melakukan apa-apa amalan yang melayakkan kami diberi balasan syurga?” Maka Allah s.w.t. berkata, “Masuklah kamu berdua wahai hambaKu. Sesungguhnya Aku telah bersumpah atas diriKu (Aku berjanji) bahawa tidak akan masuk neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad.

Catitan perlu dibaiki *آليتُ
- kiab hadits yang mengumpulkan hadits khusus tentang sesuatu  perkara dipanggil juzuk , jamaknya ajza'
-sanadnya disemak

(2) Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt (j.1 m/s 157) juga meriwayatkan hadits tersebut melalui saluran riwayat Muaddits Ibnu Bukair yang dikemukakan di atas. Setelah mengemukakannya beliau berkata, “Ini adalah hadits yang tiada asalnya. Kata Ibnu Hibbaan, Shadaqah bin Musa tidak boleh dijadikan hujah. Hadits bukan bidangnya. Kalau dia meriwayatkan (sesuatu hadits), dia akan menunggang balikkannya.”
-tiada asalnya, minit 11 jilid pertama, bermakna tiada dalam mana2 kitab hadits. Ini hadits maudhuk.

(3) Menurut adz-Dzahabi, Shadaqah bin Musa yang disebut oleh Ibnu al-Jauzi itu lain. Ia adalah Shadaqah bin Musa ad-Daqīqi Abul Mughīrah al-Bashri. Melalui nukilan kata-kata Ibnu Hibbaan olehnya dapat dapat diketahui bahawa Shadaqah bin Musa itulah yang dimaksudkannya. Beliau terkeliru.Shadaqah bin Musa ad-Daqīqi itu lebih baik kedudukannya daripada Shadaqah bin Musa al-Ghanawi. Kerana Shadaqah bin Musa al-Ghanawi dan ayahnya kedua-duanya

33

Usul dirayah hadis 0034

majhūl. Shadaqah bin Musa yang tersebut di dalam sanad itu sebenarnya ialah Shadaqah bin Musa al-Ghanawi. 
Hafizh Ibnu Hajar juga di dalam Lisān al-Mīzān mengatakan Shadaqah bin Musa itu majhūl.

(4) Orang yang tertuduh mereka (mengada-ngadakan) hadits itu menurut adz-Dzahabi dan lain-lain sebenarnya ialah guru Ibnu Bukair sendiri, Ahmad bin Nashr bin `Abdillah adz-Dzāri` al-Baghdādi an-Nahrawāni. Dia seorang pendusta besar, dajjal, pereka hadits dan Syi`ah Rafidhah.
Dāraquthni berkata, “Dia dajjal.” Khathīb al-Baghdādi pula berkata, “Kata-kata (riwayat) adz-Dzāri` tidak boleh dijadikan hujah, dia dikatakan telah mengada-gadakan 
banyak hadits maudhu`. Hadits-haditsnya mengandungi keganjilan yang menunjukkan dia seorang perawi tidak tsiqah.” 
- macam mana dia boleh ambil hadits dari Ahmad bin Nashr`Abdillah adz-Dzāri` al-Baghdādi an-Nahrawāni?

(5) Adz-Dzahabi di dalam Talkhīsh al-Maudhū`āt berkata tentang sanad hadits itu: “Sanadnya gelap, ia adalah hadits maudhū` (yang direka) dengan menggunakan nama 
Ĥumaid at-Thawīl yang meriwayatkannya daripada Anas.”
- Ĥumaid at-Thawīl tidak berdosa. 

(6) Kata al-Ubbi,(Muhamad bin Khilfah bin Umar at- Tunisi al-Wasytani al- Ubbi al-Maliki m.827H) “Tidak ada satu pun hadits sahih tentang kelebihan menamakan seseorang dengan nama Muhammad.” Hafiz Abul `Abbaas Taqiyyuddin al-Ĥarrāni bahkan berkata, “Semua hadits tentangnya maudhu`.”
Minit 22
-Ibnu Abbas Takiyudin ialah Ibnu Taimiyah.
-selawat boleh satu doa cuma tidak boleh dikaitkan dengan fadilat2 yang dipercayai ada.

(7) Boleh dikatakan semua penulis kitab-kitab hadits maudhu` menyenaraikan hadits contoh pertama itu sebagai hadits maudhu`.

(8) Ibnu al-Qayyim berkata, “Termasuk dalam hadits maudhu` juga hadits-hadits yang memuji orang-orang yang bernama Muhammad atau Ahmad, dan menyatakan semua orang yang bernama dengan nama-nama tersebut tidak akan masuk neraka. Perkara ini bercanggah dengan apa yang sedia diketahui daripada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa neraka tidak dapat dihindari dengan nama-nama dan gelaran-gelaran. Manusia hanya terlepas dari neraka dengan iman dan amal shalehnya.” 
Contoh Kedua: لا يدخل الفقر بيتا فيه اسمي

34


Usul dirayah hadis 0035
Bermaksud: Kepapaan tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada namaku di dalamnya.

- ini semua kitab2 hadits maudhuk.
Rujukan:
Al-Kāmil Fi Dhu`afā’ ar-Rijāl j.6 m/s 160, al-Maudhū`āt j.1 m/s 155, al-La’āli’ al-Mashnū`ah j.1 m/s 96, Dzakhīratu al-Ĥuffāzh j.5 m/s 2711, Talkhīsh al-Maudhū`āt m/s 
9. Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.1 m/s 173, al-Fawā’id al-Majmū`ah m/s 471.

Taisir dari pasir gudang.
Komentar:
(1) Hadits ini dikemukakan oleh Ibnu `Adi daripada riwayat Abi Hurairah secara marfū` di dalam al-Kāmil Fi Dhu`afā’ ar-Rijāl. Di bawah ini adalah sanadnya:
(ابن عدي) حدثنا الفضل بن محمد بن سليمان حدثنا ابن مصفى حدثنا عثمان ابن عبد الرحمن عن محمد بن عبد 
الملك عن يحيى بن سعيد عن سعيد بن المسيب عن أبي هريرة مرفوعا
Setelah mengemukakannya Ibnu `Adi mengomentarinya dengan berkata, “Tidak sahih. `Utsman perawi dipertikaikan. Gurunya mereka hadits. Hadits ini dengan sanad ini terlalu mungkar. Tidak ada orang meriwayatkannya daripada Yahya selain Muhammad 
bin `Abdil Malik al-Anshāri, sedangkan ia seorang perawi matrūkul ĥadīts.”

-matrūkul ĥadīts متروك الحديث tu macam mana minit 29
- hadits yang diriwayat oleh seorang perawi.
Perawi yang ditinggalkan/tidak diterima haditsnya kerana ia langsung tidak bernilai. Hadits-haditsnya tidak boleh  dijadikan syahid apalagi untuk dijadikan hujjah. Matruk adalah satu lafaz jarh yang  berat. Perawi matruk adalah  perawi yang teruk sangat ingatnya,banyak melakukan kesilapan selain sering terkeliru.
Kebanyakan riwayat perawi matruk mengandungi keraguan. Haditsnya bukan sahaja tidak boleh  dijadikan hujjah, bahkan tidak boleh juga dijadikan dalil penyokong

Imam Ahmad juga menurut apa yang dinukilkan oleh adz-Dzahabi dan Ibnu al-Jauzi telah berkata, “Muhammad bin `Abdil Malik itu pereka hadits.”

Minit 32
(2) Apa ertinya kepapaan tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada namaku di dalamnya? Apakah ia bererti namaku yang tergantung di dinding rumahnya, atau 
namaku yang terletak di mana-mana bahagian rumahnya, atau orang yang bernama Muhammad ada di dalam rumahnya? 
Pakailah dengan apa ma`na sekalipun, ia tetap bercanggah dengan kenyataan. Bercanggah dengan kenyataan juga merupakan salah satu usul dirayah hadits. Salah 
satu tanda hadits maudhu` ialah ia bercanggah dengan kenyataan.

(3) Hadits-hadits seperti ini boleh mendorong masyarakat yang jahil tentang agama bertawassul dengan cara yang salah, sehingga membawa mereka ke lembah kesyirikan. 
Nama Nabi Muhammad s.a.w. mungkin digantung di dinding rumah atau diletakkan pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah supaya terhindar daripada kepapaan.
-seperti orang tawasul dengan capal.

Usul dirayah hadis 0036

(4) Kalau apa yang disebutkan sebagai hadits itu memang sabda Nabi s.a.w. tentulah telah ramai para sahabat mengamalkannya. Tentulah di setiap dinding rumah mereka ada tergantung nama Nabi s.a.w. Amalan mereka itu pula akan diwarisi turun temurun secara tawatur amali seperti azan, berkhitan dan lain-lain oleh generasi kemudian. 
Apalagi kalau ia dapat menghindarkan orang-orang Islam daripada kepapaan. Siapa tidak mahu terhindar dari kepapaan?
- ulamak akan nilai ada kah sahabat buat atau tidak?
-tidak, ini menunjukan tidak.

(5) Tidak terdapatnya apa yang disebut sebagai hadits itu di dalam kitab-kitab hadits yang utama membuktikan ia bukan hadits sebenarnya. Itulah sebabnya ia hanya terdapat di dalam kitab-kitab hadits maudhu` sahaja.

(6) Hampir tidak ditemui orang Islam di negara kita mengamalkannya. Secara tidak langsung dapat difahami bahawa hadits seperti itu tidak tersebar di kalangan mereka. Apabila masyarakat Islam celik hadits, terhindarlah mereka daripada tipudaya-tipudaya atas nama Nabi s.a.w. 

Contoh Ketiga:
ما اجتمع قوم قط في مشورة فيهم رجل اسمه محمد لم يدخلوه في مشورتهم ، إلا لم يبارك لهم فيه
Bermaksud: Tidak berkumpul mana-mana kaum sama sekali untuk bermesyuarat, sedangkan ada di antara mereka seorang yang bernama Muhammad, tetapi mereka tidak memasukkannya dalam mesyuarat mereka, melainkan mesyuarat mereka tidak diberkati.

Rujukan:
Al-Kāmil Fi Dhu`afā’ ar-Rijāl j.1 m/s 275-276, Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.1 m/s 173, al-Maudhū`āt j.1 m/s 156, al-La’āli’ al-Mashnū`ah j.1 m/s 96, al-Jāmi` al-
Kabīr j.7 m/s 422, Talkhīsh al-Maudhū`āt m/s 9. Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.1 m/s 173, al-Fawā’id al-Majmū`ah m/s 471.

Kamarulramli
Komentar:
(1) Hadits contoh ketiga di atas telah dikemukakan oleh Ibnu `Adi di dalam Al-Kāmil Fi Dhu`afā’ ar-Rijāl daripada `Ali secara marfū`. Berikut adalah sanadnya:

Usul dirayah hadis 0037
َحدَّثَنَا يَ ْحيى بن َعبد الرحمن بن ناجية ، َحدَّثَنا أحمد بن َعبد الرحمن بن مفضل نا، َحدَّثَنا عثمان الطرائفي ، َحدَّثَ أحمد الشامي ، َعن أبي الطفيل عن علي بن أبي طالب ، قال : قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم

Setelah mengemukakannya Ibnu `Adi mengomentarinya dengan berkata, “Hadits ini tidak maĥfūzh. Ahmad asy-Syāmi ialah bin (anak) Kinānah. Al-Walīd bin Salamah 
meriwayatkan daripadanya. Saya (Ibnu `Adi) mendengar Abu `Arūbah berkata, “`Utsman at-Tharā’ifi meriwayatkan daripada perawi-perawi majhūl. Ia mempunyai banyak riwayat yang pelik-pelik. Ia di kalangan orang-orang Jazirah sama seperti Baqiyyah di kalangan orang-orang Syam. Kerana Baqiyyah juga meriwayatkan daripada
perawi-perawi majhūl. Dan dia juga mempunyai banyak riwayat yang pelik-pelik.” 

Minit 40

(2) Ibnu `Arrāq al-Kināni setelah mengemukakan hadits contoh ketiga di dalam kitabnya Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah berkata, “`Utsman at-Tharā’ifi dikatakan 
tsiqah oleh Ibnu Ma`īn. Abu Daud, Nasā’i dan Ibnu Majah juga meriwayatkan haditsnya. Hafizh Ibnu Hajar di dalam Taqrīb at-Tahdzīb berkata tentangnya, “Dia perawi Shadūq yang banyak meriwayatkan hadits daripada perawi-perawi dha`if dan majhūl. Kerana itu ia dianggap dha`if.”

Hafiz adz-Dzahabi dan Ibnu Ĥajar mengatakan hadits (contoh ketiga) itu dusta. Tetapi mereka berdua menyebutnya di bawah biografi Ahmad bin Kinānah asy-Syāmi, guru at-Tharā’ifi. Kesimpulannya ialah Ahmad bin Kinānah asy-Syāmi yang dipersalahkan, bukan at-Tharā’ifi.”

(3) Hafiz adz-Dzahabi di dalam Talkhīsh al-Maudhū`āt berkata, “`Utsman dha`if. Gurunya majhūl, dan haditsnya sāqith (gugur).” Ibnu Hibbaan pula berkata tentang
`Utsman at-Tharā’ifi bahawa tidak harus ia dijadikan hujah.

(4) Kesimpulannya ialah tokoh-tokoh hadits seperti Ibnu al-Jauzi, adz-Dzahabi, Hafizh Ibnu Hajar dan lain-lain mengatakan hadits contoh ketiga itu dusta dan maudhu`.

(5) Hadits itu juga terlalu tidak praktikal. Apa ertinya mengajak orang yang bernama Muhammad menghadhiri setiap mesyuarat? Adakah dia perlu diajak semata-mata 
untuk mendapat keberkatan, walaupun dia bukan ahli mesyuarat?

37

Usul dirayah hadis 0038

(6) Hadits yang tidak rasional begini bukan sahaja memeningkan kepala dan meresahkan jiwa orang-orang yang telah beragama Islam, ia juga boleh meliarkan dan 
menjauhkan orang-orang bukan Islam yang cuba berjinak-jinak dengan Islam.
- ini akibat hadits palsu.
- banyak tak masuk aqal.

Contoh Keempat:
من ولد له ثلاثه أو لاد فلم يسم أحدهم محمدا فقد جهل
Bermaksud: Sesiapa mendapat tiga orang anak laki-laki, tetapi ia tidak memberi nama Muhammad kepada seorang pun daripadanya, bererti ia memang jahil.

Minit 45

Rujukan:
Al-Mu`jamu al-Kabīr j.22 m/s 94, 
al-Kāmil Fi Dhu`afā’ ar-Rijāl j.7 m/s 236-237, 
Majma` az-Zawā’id j.8 m/s 49, 
Jāmi` al-Aĥādīts j.21 m/s 490, 
al-Jāmi` al-Kabīr j.7 m/s 422, 
Faidhu al-Qadīr j.6 m/s 237, 
at-Tanwīr Syarĥ al-Jāmi` as-Shaghīr j.10 m/s 424, as-Silsilatu al-Aĥādīts ad-Dha`īfah j.1 m/s 439, 
al-Mudāwi Li `Ilali al-Jāmi` as-Shaghīr j.6 m/s 420-421, al-Maudhū`āt j.1 m/s 154-155, 
al-La’āli’ al-Mashnū`ah j.1 m/s 93-94, 
Talkhīsh al-Maudhū`āt m/s 8. 
Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.1 m/s 197, 
al-Fawā’id al-Majmū`ah m/s 470.

Mohamad kamal
Komentar:
(1) Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt di bawah tajuk بَاب التسِميَة  بمحمد telah mengemukakan 9 hadits berkenaan dengan kelebihan menamakan seseorang dengan nama Muhammad. Beliau membuktikan bahawa tidak ada satu pun daripadanya sahih dan tsabit.

(2) Sahabat-sahabat yang dida`wa telah meriwayatkannya daripada Nabi s.a.w. antara lainnya ialah:
(i) Ibnu `Abbaas. 
(ii) Ibnu `Umar. 
(iii) Sa`ad bin Abi Waqqāsh. 
(iv) Abu Hurairah. 
(v) `Ali bin Abi Thālib. 
(vi) Anas bin Malik. 
(vii) Abu Umāmah al-Bāhili. 
(viii) al-Miswar bin Makhramah. 
(ix) Wātsilah bin al-Asqa`. 
- bayangkan mereka yang dikaitkan dengan hadits maudhuk.

(3) Tidak kurang juga riwayat mursal dan mu`dhal dikemukakan sebagai riwayat penyokong bagi hadits-hadits yang dida`wa telah diriwayatkan oleh para sahabat yang
tersebut tadi. Antaranya: 
(i) Hadits Ja`far bin Muhammad daripada ayahnya daripada


Usul dirayah hadis 0039

datuknya. 
(ii) Hadits `Abdul Malik bin Harun bin `Antarah daripada ayahnya daripada datuknya. Dan 
(iii) Hadits an-Nadhr bin Syufai secara mursal. Dan lain-lain.
-ini semata2 untuk menguatkan riwayat yang mursal dan muktal  

(4) Hadits Ibnu `Abbaas adalah hadits contoh keempat yang dikemukakan di atas. Ia diriwayatkan oleh at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Kabīr, Ibnu `Adi di dalam al-Kāmil dan al-Ĥārits bin Abi Usāmah di dalam Musnadnya. Berikut dikemukakan sanad at-Thabaraani di dalam al-Mu`jamu al-Kabīr:
 حدثنا أحمد بن النضر العسكري ، أخبرنا أبو خيثمة مصعب بن سعيد ،(قال) أخبرنا موسى بن أيمن ، عن ليث ، عن مجاهد ، عن ابن عباس مرفوعا
Di dalam sanad ini terdapat beberapa orang perawi yang sangat bermasalah. Antaranya:
(a) Abu Khaitsamah Mush`ab bin Sa`id. Ibnu `Adi berkata tentangnya, “Dia meriwayat banyak riwayat mungkar daripada perawi-perawi tsiqāt.” Kemudian Ibnu `Adi 
mengemukakan tiga riwayatnya sebagai contoh. Adz-Dzahabi pula mengomentarinya dengan berkata, “Ini memang mungkar dan malapetaka.”
- tengok pada tempat lain juga.
Ibnu `Adi juga berkata, “Tanda-tanda kelemahan jelas nyata pada riwayat- riwayatnya.”
Minit 52
-perawi mungkar ,Abu Khaitsamah Mush`ab bin Sa`id yang meriwayat dari perawi yang tsiqah. Ini mengelirukan.
-minit 55
Hadits mu'dhal dan hadits mursal
Hadits mu'dhal حديث مُعْضَل ialah hadits yang gugur daripada isnadnya dua orang perawi atau lebih disatu tempat secara berturut-turut, samada ia berlaku diawal sanad atau dipertengahan sanad atau akhir sanad.
Hadits mu'dhal adalah hadits dhaif. Ia lebih dhaif daripada hadits mursal dan munqathi' kerana perawi yang gugur didalam isnadnya lebih ramai.
- walaupun banyak saluran tetapi longgokan sampah.

(b) Laits bin Abi Sulaim. Laits adalah seorang perawi yang disepakati para ulama Rijāl tentang kedha`ifannya. Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt meletakkan kecacatan 
riwayat Ibnu `Abbaas itu pada Laits. Kata beliau, “Musa bersendirian meriwayatkannya daripada Laits. Dan Laits dikatakan perawi matrūk oleh Ahmad dan lain-lain. Ibnu 
Hibbaan berkata, “Fikirannya bercelaru di akhir hayatnya. Dia menunggangbalikkan sanad-sanad dan memarfū`kan hadits mursal. 
- ini penyakitnya.

”As-Suyuthi mengkritik Ibnu al-Jauzi kerana menghukum hadits itu sebagai maudhu` dan meletakkan beban kesalahannya di atas belakang Laits. Kata beliau, “Keadaan Laits tidaklah sampai membolehkan haditsnya dihukum maudhu`. Imam Muslim dan empat pengarang kitab Sunan meriwayatkan haditsnya. Ibnu Ma`īn dan lain-lain pula mengatakan beliau tsiqah.”
- Ibnu Jauzi kata hadits ini maudhuk.
- ada ulamak rijal  kata dia perawi baik.
- banyak lagi yang lemah, bukan  sebab Laits semata2

Bagi penulis, keputusan Ibnu al-Jauzi lebih tepat berhubung dengan hadits ini. Laits adalah perawi yang disepakati para ulama Rijāl tentang kedha`ifannya. Walaupun 
mereka tidaklah mengatakan dia dengan sengaja mereka hadits, tetapi kedha`ifannya tetap diterima oleh semua pihak.

39
Usul dirayah hadis 0040

Walaupun as-Suyuthi mengatakan Ibnu Ma`īn mentsiqahkan Laits, itu hanya berdasarkan satu riwayat daripada beliau. Terdapat beberapa lagi riwayat perwi-perawi tsiqāt daripada Ibnu Ma`īn menukilkan kata-kata beliau yang mendha`ifkan Laits. Kata-kata Ibnu Ma`īn bahawa Laits tsiqah, tidaklah bererti beliau tidak menganggap Laits dha`if.  
-ini hanya berdasarkan satu riwayat.
- sesaorang yang tsiqah boleh juga dhaif.

Inilah yang dimaksudkan oleh Bukhari apabila berkata tentang Laits, “Perawi shadūq yang waham.” Perkara yang sama juga telah disebutkan oleh Ya`qub bin Syaibah 
tentangnya, “Perawi shadūq yang dha`if haditsnya.”
Lafaz ta`dīl yang diberikan kepadanya terlalu rendah sehingga ia boleh disertai lafaz jarĥ.
1jam 02 minit

As-Suyuthi mungkin terlepas pandang terhadap satu qaedah dirayah hadits yang dipegang oleh Ibnu al-Jauzi bahawa sesuatu hadits yang sanadnya dha`if, matannya 
mungkin sekali maudhu` kerana faktor-faktor lain.

Sebagaimana tidak semestinya apabila sanad sesuatu hadits sahih, maka matannya juga sahih. Sebagaimana tidak semestinya juga apabila sanad sesuatu hadits dha`if, maka matannya dha`if. Boleh jadi matannya sahih.

- disini agaknya Sayuti terlepas pandang.
- dia Ibnu Jauzi kata dhaif sebab Laits  sahaja, sedangkan hadits ini ,matan atau teks maudhuk, hukum berdasarkan matan.
- kadang-kadang sanadnya sahih  ,matannya maudhuk .
- kadang-kadang sanadnya maudhuk, matannya sahih, pun boleh berlaku
- kadang-kadang sanadnya dhaif , haditsnya sahih, pun boleh berlaku.
- sama disini boleh berlaku sanadnya sahih, matan atau hadits itu sendiri maudhuk.Itulah yang dikatakan oleh Ibnu Jauzi.
1jam 04

Berhubung dengan hadits yang sedang kita bincangkan sekarang, kalaulah kandungannya benar, tidak sangat dha`if atau maudhu`, kenapa sekian ramai sahabat-baik semasa hayat Rasulullah atau selepas kewafatan Baginda- yang telah dikurniakan lebih daripada tiga orang anak laki-laki tidak menamakan seorang pun daripadanya dengan nama Muhammad?!

Saiyyidina `Umar sebagai contohnya mempunyai anak laki-laki lebih daripada tiga orang, tetapi tidak ada sorang pun daripadanya bernama Muhammad! Bolehkah dengan
sebab itu kita mengatakan Saiyyidina `Umar memang jahil?
-tidak boleh..
- ini hadits yang direka kemudian selepas Umar.

Inilah yang ada dalam perkiraan Ibnu al-Jauzi dan tidak terfikir oleh as-Suyuthi mungkin! As-Suyuthi nampaknya lebih memberikan perhatian kepada sudut sanad 
semata-mata. Sedangkan Ibnu al-Jauzi pula mengambil kira kandungan atau matan hadits selain sanadnya.
- banyak sudut kelemahan lain selain sanad
40

Usul dirayah hadis 0041

Sebagaimana telah disebutkan sebelum ini bahawa yang bermasalah di dalam sanad itu bukan Laits sahaja. Cuma Ibnu al-Jauzi menyebutkan Laits sahaja seolah-olahnya yang bermasalah. Padahal perawi di bawahnya juga bermasalah. 

(5) Pengarang at-Tanwīr (al-Amīr Muhammad bin Isma`il as-Shan`āni m.1182H) menghuraikan maksud potongan terakhir hadits contoh keempat yang diberikan di atas 
“bererti ia memang jahil”. Kata beliau, maksudnya ialah ia jahil tentang hak nama ini, hak mengambil berkat dengannya dan hak berasa mulia dan bertuah dengannya. 

(6) Hadits contoh keempat itu tidak boleh menjadi kuat dengan disokong oleh hadits Wātsilah bin al-Asqa`, hadits Ja`far bin Muhammad daripada ayahnya daripada
datuknya dan hadits `Abdul Malik bin Harun bin `Antarah daripada ayahnya daripada datuknya, kerana semua hadits-hadits itu ibarat sokong membawa rebah sahaja. Di 
dalam sanad setiap satu daripadanya ada perawi-perawi yang tertuduh(berdusta). 

(a) Di dalam sanad hadits Wātsilah ada `Umar bin Musa al-Wajīhi. Ia adalah pendusta besar dan pereka hadits (وضاع).
(b) Di dalam sanad hadits Ja`far bin Muhammad daripada ayahnya daripada datuknya ada `Abdullah bin Dāhir ar-Rāzi. Ibnu al-Jauzi dan adz-Dzahabi mengatakan ia 
mengada-ngadakan hadits.
(c) Di dalam sanad hadits `Abdul Malik bin Harun bin `Antarah daripada ayahnya daripada datuknya pula ada `Abdul Malik bin Harun itu sendiri. Ia adalah pendusta 
besar dan pereka hadits.

(7) Sekiranya seseorang muslim menamakan anak-anak lelakinya dengan nama-nama lain yang disebut baik oleh Rasulullah s.a.w. seperti `Abdullah, `Abdur Rahman, 
`Abdur Raĥīm dan lain-lain, niscaya ia benar dalam tindakannya. Tidak boleh dia dikatakan jahil. Nabi s.a.w. bersabda:
أن خير الأسماء عبدالله وعبد الرحمن والحارث
Bermaksud: Sesungguhnya nama yang paling baik ialah `Abdullah, `Abdur Rahman dan al-Ĥārits. 
(Hadits riwayat Ahmad dan at-Thabaraani).
-tak salah jika tak letak nama dan tidak boleh dituduh jahil.
41


Usul dirayah hadis 0042

(8) Hadits yang dikatakan terbaik dan bertaraf hasan oleh as-Suyuthi berkenaan dengan kelebihan memberi nama Muhammad kepada anak-anak laki-laki ialah hadits Abu 
Umāmah berikut:
َعن أبي أمامة قال : قال رسول الله عليه وسلم  من ولده مولود فسماه محمدا تبركًابه كان هو ومولوده في الجنة
Bermaksud: Abu Umāmah meriwayatkan, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa mendapat anak, lalu dia memberi nama Muhammad kepada anaknya itu 
sebagai mengambil berkat dengannya, dia dan anaknya itu di dalam syurga.”

Ibnu Bukair mengemukakan riwayat ini di dalam kitabnya   فضائِلُ  التَسمية بأحمد  ومحمد    . 
Menerusi saluran riwayatnyalah Ibnu al-Jauzi mengemukakannya di dalam al-Maudhū`āt.
Berikut adalah sanadnya:
حدثنا حامد بن حماد بن المبارك العسكري حدثنا إسحاق بن يسار أبو يعقوب النصيبي حدثنا حجاج بن المنهال حدثنا حماد بن سلمة عن برد بن سنان عن مكحول عن أبي أمامة مرفوعا
Setelah mengemukakan riwayatnya dengan sanad ini Ibnu al-Jauzi berkata, “Di dalam sanadnya ada orang yang dipertikaikan.” Sekadar itu sahaja komentar beliau. 

As-Suyuthi ketika mengkritik Ibnu al-Jauzi berhubung dengan hadits ini di dalam al-La’āli’ al-Mashnū`ah j.1 m/s 106 berkata, “Inilah hadits terbaik berhubung dengan
perkara ini. Isnadnya hasan. Makĥūl salah seorang ulama Tabi`īn dan fuqaha’ mereka. Bukan seorang (ulama) mengatakan beliau tsiqah. Imam Muslim berhujah dengan
haditsnya di dalam Sahihnya. Riwayatnya dikemukakan oleh Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad. Pengarang-pengarang kitab-kitab hadits yang lain juga memasukkan hadits-haditsnya di dalam kitab-kitab mereka. 
Ibnu Ma`īn dan an-Nasā’i mengatakan dia tsiqah.ibnu al-Madīni mendha`ifkannya. 
Abu Haatim berkata, dia tidak kuat. Pernah juga beliau berkata, “Dia shadūq.” Abu Zur`ah pula berkata, “Tidak mengapa dengannya.” 
1jam 07 minit.

As-Suyuthi mungkin mengagak orang yang dikatakan oleh Ibnu al-Jauzi bahawa di dalam sanadnya ada perawi yang dipetikaikan itu ialah Makĥūl. Kerana itu beliau cuba

Usul dirayah hadis 0043

menyebutkan kelebihan-kelebihannya. Padahal `illat hadits ini bukan Makĥūl tetapi di bawahnya lagi. As-Suyuthi agaknya tidak perasan tentangnya. Perawi bermasalah yang dimaksudkan oleh Ibnu al-Jauzi ada di dalam sanad itu ialah Ĥāmid bin Ĥammād al-`Askari, guru Ibnu Bukair pengarang kitab فضائل التسمية بأحمد ومحمد   itu sendiri. 

Lihat apa kata adz-Dzahabi di dalam Mīzān al-I`tidāl tentangnya, “Dia (Ĥāmid bin Ĥammād al-`Askari) meriwayatkan daripada Ishaq bin Yasār an-Nashībi satu hadits yang mana dialah malapetakanya.” Lalu adz-Dzahabi mengemukakan hadits tadi. Hafizh Ibnu Hajar juga menyatakan persetujuan dengan adz-Dzahabi di dalam Lisān al-Mīzān. Kerana itulah Ibnu al-Qayyim mengatakan hadits ini karut. Mulla `Ali al-Qāri juga memperakuinya di dalam al-Asrār al-Marfū`ah. 

Lihatlah saudara-saudaraku! Itulah kedudukan hadits yang terbaik berhubung dengan perkara ini. Kalau begitulah keadaan haditsnya yang terbaik, bayangkanlah bagaimana 
dengan yang lain-lain!! 

(9) Dilihat dari sudut Dirayah, hadits ini memang maudhu` kerana bercanggah dengan salah satu usul dirayah hadits, iaitu ia bercanggah dengan ajaran al-Qur’an dan as-
Sunnah yang jelas dan diketahui serta dipercayai semua orang Islam bahawa yang menentukan kejayaan dan kelepasan seseorang di akhirat ialah iman dan amal 
shalehnya, bukan nama dan gelaran semata-mata.
1jam 20 minit

(10) Memanglah harus bahkan baik sekali menamakan anak-anak laki-laki dengan nama-nama nabi terutamanya nama Nabi kita Muhammad s.a.w. Kerana itu adalah 
tanda kita mengasihi dan menyayangi mereka, dan kita mahu mengikuti jejak langkah mereka. Rasulullah s.a.w. sendiri membenarkan umatnya memakai namanya. Lihat 
sebagai contohnya sabda Baginda ini:
تَسَمَّوْا بِاسْمِي وَلَا تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي
Bermaksud: Pakailah namaku, tetapi jangan pakai kuniahku (nama panggilanku Abul Qāsim). 
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).
-ini larangan hanya satu peringkat sahaja.
-kerana ada yang mempermainkan nama dan panggilan terhadap Nabi saw.

Usul dirayah hadis 0044
Para sahabat Baginda juga ada yang bernama Muhammad ada juga di antara mereka menamakan anaknya Muhammad. Tidak ada apa-apa masalah pun pada menamakan seseorang dengan nama Muhammad atau Ahmad. Yang salahnya ialah menamakan seseorang dengan nama Muhammad atau Ahmad dengan mempercayai adanya kelebihan-kelebihan seperti tersebut di dalam hadits-hadits maudhu` itu.
- anak mmay pun ada nama Ahmad tetapi bukan dengan sebab kepercayaan2 dalam hadits madhuk ini.
1jam 25 minit.
Contoh hadits madhuk ada banyak lagi.
Soalan
Maksud atraf= matan hadits yang lebihkurang sama.
Jika sama matan  sanad nya tidak akan sama.

Semak pada jam 1 jam 56 minit#

44

Selasa, Februari 22, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0017ll-24ss19/2/2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0017ll-24ss19/2/2022

٣ - بَابُ مَنْ رَفَعَ صَوْتَهُ بِالْعِلْمِ
Bab (3): Orang Yang Mengangkat Suaranya Untuk Menyampaikan Ilmu.²⁰

٦٠- حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ عَارِمُ بْنُ الْفَضْلِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ يُوسُفَ بْنِ مَاهَكَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ تَخَلَّفَ عَنَّا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفْرَةٍ سَافَرْنَاهَا فَأَدْرَكَنَا وَقَدْ أَرْهَقَتْنَا الصَّلَاةُ وَنَحْنُ نَتَوَضَّأُ فَجَعَلْنَا نَمْسَحُ عَلَى أَرْجُلِنَا فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثً.

[Lihat athrāf ĥadīts ke-60 ini pada: 96, 163].

60–Abu an-Nu`mān `Aarim bin al-Fadhli meriwayatkan kepada kami, katanya, Abu `Awānah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Bisyr²¹ daripada Yusuf bin Māhak²² daripada `Abdillah bin `Amar,²³ katanya: “Pernah Nabi
s.a.w. ketinggalan di belakang kami dalam satu perjalanan.²⁴ Kemudian Beliau s.a.w. sempat sampai kepada kami ketika kami sedang berwudhu’ di penghujung 
waktu shalat.²⁵ (Dalam keadaan mahu cepat) Kami hanya menyapu²⁶ bahagian atas kaki kami sahaja. Maka Baginda s.a.w. berteriak dengan setinggi-tinggi suaranya:²⁷ “Kecelakaan²⁸ berupa api neraka untuk tumit-tumit.”²⁹ (Nabi s.a.w. berkata begitu) dua atau tiga kali.³⁰

- inilah riwayat Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash
_______________
-Balik semula بَابُ مَنْ رَفَعَ صَوْتَهُ بِالْعِلْمِ
- jelas nabi saw yang meninggikan suara tapi IB tak sebut.
Dia nak umumkan untuk sesiapa sahaja.
- tidak dikira biadap atau tidak sopan.
- nabi saw ikutan kita dan tidak khusus untuknya.
Itulah makna مَنْ

sharif baca.

²⁰ Tajuk bab yang dibuat oleh Imam Bukhāri ini bertujuan memberitahu bahawa perkara yang sangat berharga seperti ilmu sememangnya mempunyai adab dan disiplin tersendiri untuk diperolehi.

Seperti pada bab sebelum ini, ĥadīts yang dikemukakan di bawahnya ialah berkaitan dengan ahli ilmu yang ditanya oleh seseorang ketika dia sedang mengajar dan 
berbicara dengan orang ramai. Tindakan Nabi s.a.w. dalam ĥadīts tersebut mengisyaratkan juga kepada adab dan etika yang betul dalam menanyakan persoalan.

Tajuk bab ini pula dibuat untuk menghilangkan kekeliruan tentang kemestian seseorang itu bercakap dengan suara yang perlahan dan lembut ketika menyampaikan ilmu, terutamanya ilmu-ilmu agama, semata-mata untuk menjaga adab.
- ini masih dengan adab atau displin.

Memanglah sebahagian daripada sifat dan perangai Nabi kita Muĥammad s.a.w. dalam keadaan biasa adalah seperti tersebut di dalam ĥadīts berikut:
لَيْسَ بِفَظٍّ وَلَا غَلِيظٍ وَلَا سَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ
Bermaksud: Dia (Nabi Muĥammad) bukanlah seorang yang kasar dan keras, bukan juga seorang yang suka berteriak dan bertempik di pasar-pasar. 
(Ĥadīts riwayat Bukhāri, Tirmidzi, ad-Dārimi)...

Dan itu bukan sahaja sifat dan perangai Nabi kita , malah sifat dan perangai nabi-nabi lain sebelumnya. Orang-orang yang bijaksana dan cendekiawan di setiap zaman juga 
memang mengajar masyarakat supaya beradab dan beretika dalam kehidupan. Apabila bercakap, maka hendaklah dengan suara rendah dan lembut. Lihat bagaimana Luqmān al-Ĥakīm mengajarkan adab kepada anaknya, seperti tersebut di dalam al-Qur’ān:
Luqman 31:19
وَٱقْصِدْ فِى مَشْيِكَ وَٱغْضُضْ مِن صَوْتِكَۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلْأَصْوَٰتِ لَصَوْتُ ٱلْحَمِيرِ 
Bermaksud: Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa bercakap), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai 
(Luqmān:19).

Ĥadīts yang akan disebutkan nanti menghilangkan kekeliruan tadi, kerana ia mengemukakan contoh Nabi s.a.w. sendiri yang menguatkan suaranya untuk mengajar para Shaĥabat tentang perkara yang penting dan perlu diberikan peringatan serta penekanan yang lebih, sekaligus ia memberikan panduan kepada umat Islam tentang keutamaan ilmu dan keelokan menguatkan suara pada tempat yang sepatutnya.

Dari sudut yang lain pula boleh juga dikatakan bahawa Imam Bukhāri ingin memberitahu pembacanya tentang perkara kedua yang perlu diketahui setelah ilmu tentang keimanan, iaitu ilmu berkenaan dengan ibadat.
- sebelum ini kitab iman.
- kemudiannya berkenaan ibadat.
- wuduk perlu untuk mengsahkan ibadat.
- beribadat bermula dengan wuduk.
- inilah disebutkan.

Ĥadīts yang dibawakan di bawah tajuk bab ini menceritakan tentang kepentingan wudhu’ yang menjadi syarat sah bagi ibadat yang paling utama dan sentiasa dilakukan setiap hari di sepanjang hayat, iaitu sembahyang 5 waktu.

Tajuk bab kemudian pula menceritakan tentang disiplin yang lain dalam penyampaian ilmu, yang tidak kurang juga pentingnya. Ia berkaitan dengan keshaĥīĥan sumber 
ilmu dan cara meriwayatkannya.
- ini bab ke4 akan datang.
-sumber ilmu mesti sahih.


Di dalam Syarah Tarājim Abwāb al-Bukhāri Shah Waliyyullah menulis:
Tujuan Imam Bukhāri mengadakan tajuk bab ini ialah kerana sifat Rasulullah s.a.w.sebagaimana tersebut di dalam ĥadīts adalah:  ليس بِصَخَابٍ فِي الأَسْوَاقٍ ( tidak suka berteriak dan bertempik), sedangkan dalam peristiwa yang tersebut di dalam ĥadīts ke-60 ini pula jelas menceritakan Baginda telah berteriak dan bertempik. Maka yang dinafikan ialahberteriak dan bertempik dalam bermain dan bersuka ria, bukan dalam menyampaikan ilmu dan hukum-hakam. Lihat Syarah Tarājim Abwāb al-Bukhāri m/s 15).

Syeikhul Ĥind Maulana Maĥmūdul Ĥasan di dalam al-Abwāb Wa at-Tarājim berkata:“Bercakap dengan suara yang luar biasa kuat dalam keadaan biasa memanglah bukan perangai Nabi kita, dan ia bukan sahaja tidak sesuai dengan kedudukan Beliau s.a.w., malah tidak sesuai juga digunakan dalam pengajaran ilmu agama. Bagaimanapun 
ĥadīts bab ini menunjukkan keharusan mengangkat suara bila perlu, malah ia elok dalam keadaan itu. Adapun mengangkat suara kerana kesombongan dan keangkuhan 
atau kerana sikap tidak pedulikan orang , maka itu memanglah tercela.” 
(Lihat al-Abwāb Wa at-Tarājim m/s 43).

Maulana Zakariya pula berpendapat, ada dua tujuan Imam Bukhāri mengadakan tajuk bab ini. 
Pertama, menyatakan adab guru. Guru boleh mengangkat suara bila perlu, supaya pengajarannya didengar oleh semua pelajar dengan baik. 
Kedua, menyatakan keelokan mengangkat suara ketika dharurat. Ini kerana terdapatnya ĥadīts-ĥadīts memuji percakapan dengan suara yang rendah dan lembut. Selain itu terdapat juga ĥadīts-ĥadīts yang mencela percakapan dengan suara yang kuat. 
(Lihat al-Abwāb Wa at-Tarājim Li Shaĥīĥ al-Bukhāri j.1 m/s 40).
Minit 14
-ini lebihkurang tajuk bab IB apa maksudnya
- bincang khusus
-2atau 3 orang pengarang abwakwatarojim.
- penting dibincangkan sebab memudahkan kita memahami  mazhab dan fikhnya.
- di India dan Pakistan belajar sahih bukhari dan menekankan soal tajuk bab menjadi sistem mereka
Ini akan nampak betapa kehebatan IB, pengajaran hadits dalam bentuk tajuk bab.
- sekarang tentang ilmu.
-sebelum ini telah ditunjukkan dan ini lagi ingin ditunjukan.
Minit 16
-syarahan2 tajuk bab ada banyak.
-mmay tunjukkan kitab2nya
Minit 21
Sheikh  Waliyullah
Syeikhul Hind
-tempat belajar hadits memang ambil berat tajuk2 bab.
- makna athrāf telah disebutkan sebelum ini.
-boleh tengok semua hadits bila panduan athrāf
Minit 24 tentang Abu Annu'man.
Dalam jilid pertama
Hadits 58
Biodata Abu Nu' man(Muhamad bin Al-Fadhl)
أبو النعمن(محمد بن الفضل السدوسي البصري )
Beliau ialah Muhamad bin al-Fadhl as-Sadusi Bashri. Abu an-Nu'man itu ialah kuniah Muhamad bin al-Fadhl as-Sadusi Bashri.Laqad atau gelarannya pula ialah Aarim. Beliau lebih popular dengan kuniahnya itu(Abu Nu'man)
Abu Nu'man meriwayatkan hadits daripadaTsabit bin Yazid al-ahwal, Jarir bin Hazim. Hammad bin Salamah,Abdullah bin al- Mubarak,Abdul Aziz  bin Muhamad ad-Darawardi, Abdul Wahid bin Ziyad, Mu'tamir bin Sulaiman, Mahdi bin Maimun ,Abu Awanah Waddhah bin Abdillah dan lain-lain.

Imam Bukhari , Ibrahim bin Harb al-Askari, Ahmad bin Hambal,Hajaj bin asy-Syair, Abdullah bin Muhamad al-Musnadi, Abd bin Humaid,Abu Zur'ah Ubaidullah bin Abdil Karim ar-Razi,Abu Hatim  ar-Razi, Muhamad bin al-Mutsanna.  Muhamad bin Yahya adz-Dzuhli, Ya'kub  bin Syaibah as-Sadusi lain-lain orang-orang  yang meriwayatkan hadits daripada beliau.

Abu Hatim berkata, Bila Aarim meriwayatkan  hadits kepadamu, maka engkau cap sajalah diatasnya

Muhamad bin Yahya adz-Dzuhli berkata :Abu Nu' man seorang perawi tsiqah dan sahih kitab catitannya

Muhamad bin Muslim bin Warah berkata: Aarim  bin al-Fadhl perawi shaduq lagi ma'min (perawi yang terpelihara riwayatnya)
Al-Ijli berkata: Abu Nu' man perawi Bashrah yang tsiqah, orang baik
Beliau juga berkata ,Hafizh ,teguh, imam
Abu Hatim  bin Hibban berkata, Ingatan Abu Nu' man telah bercelaru  diakhir hayatnya  dan aqalnya telah hilang. Sesiapa yang telah  mendengar sebelum  bercelaru ingatan dan aqalnya , maka  sama' sahih.Aku telah mulai menulis  hadits daripadanya pada tahun 214 hijrah sebelum berlaku  kecelaruan ingatan dan fikirannya.
Ditempat yang lain beliau berkata, Abu Nu' man perawi yang tsiqah. Orang yang mendengar  hadits daripadanya sebelum tahun 220, maka sama'nya bagus.

An-nasa'i berkata Abu Nu' man memang perawi tsiqah sebelum fikiranya celaru.

Hafizh Ibnu Jajar berkata Abu Nu' man perawi tsiqah.Ingatan berubah diakhir umurnya.

AlIjli berkata, Setahun atau dua tahun sebelum meninggal fikiran Abu Nu' man telah bercelaru.

Daripada keterangan yang lalu dapat disimpulkan bahawa sebagai seorang perawi tsiqah dan teguh, cuma ingatan dan fikirannya celaru beberapa tahun sebelum meninggal. Dan beliau telah meninggal pada  tahun 224 Hijrah.

Hafizh Ibnu Hajar berkata Imam Bukhari telah mendengar 
Abu Nu' man pada tahun 213 hijrah, lama sebelum berlaku kecelaruan fikirannya.

Daripada pengarang kutub Sittah hanya Bukhari mengambi daripadanya secara langsung. Adapun yang lain-lain semuanya dengan perantaraan  seseorang perawi yang lain.
Abu Nu' man meninggal dunia di Bashrah pada tahun 224 hijrah.
Minit 36
Abu Awanah?

²¹ Beliau ialah Ja`far bin Iyās al-Yasykuri. Abu Bisyr adalah kuniahnya. Beliau juga terkenal dengan kuniah Ibnu Abi Waĥsyiyyah al-Wāsithi al-Bashri. Kata Aĥmad, Yahya dan Abu Hātim, “Tsiqah.” Ibnu Sa`ad berkata, “Tsiqah, banyak meriwayatkan ĥadīts.” Abu Bisyr meninggal dunia pada tahun 124H. Ĥadīts-ĥadītsnya terdapat di dalam enam kitab utama ĥadīts.(kuttub sittah)
- perlu tahu sebab ada beberapa.
- kunyah mungkin dikongsi.

²² Beliau ialah Yusuf bin Māhak bin Bihzād al-Fārisi al-Makki. Selain mendengar dan meriwayatkan ĥadīts daripada ayahnya sendiri Māhak, beliau juga mendengar dan meriwayatkan ĥadīts daripada sahabat-sahabat seperti Ibnu `Umar, Ibnu `Amar, `Aaishah dan lain-lain.
Yahya, an-Nasā’i dan lain-lain mengatakan beliau perawi tsiqah. Ĥadīts-ĥadītsnya terdapat di dalam hampir semua kitab-kitab utama ĥadīts. Yusuf meninggal dunia 
pada tahun 113H.
-tarikh meninggal dunia penting diketahui

Izudin baca
²³ Seorang Shaĥabat istimewa Rasulullah s.a.w., ayahnya; `Amar bin al-`Aash merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Islam ke Mesir, juga merupakan seorang ahli politik yang besar seperti Sayyidina Mu`awiyah, Mughīrah bin Syu`bah dan lain-lain. Ramai ahli sejarah yang menyebutkan perkara yang tidak baik tentang `Amar bin al-`Aash tetapi ia adalah suatu penyelewengan sejarah. `Abdullah sendiri adalah seorang Shaĥabat yang suka beribadat, tidak seperti ayahnya yang menceburi bidang politik, minatnya kepada amal ibadah sehingga ada disebutkan dalam ĥadīts sebagai salah seorang Shaĥabat yang dimarahi Rasulullah kerana berhasrat mengabaikan tanggungjawab yang lain semata-mata kerana ingin beribadat:
 لَكِنِّي أَنَا أُصَلِّي وَأَنَا  وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ  وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Bermaksud: “Aku bersembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa dan juga tidak berpuasa, aku juga berkahwin dengan perempuan. Orang yang tidak suka kepada 
sunnahku, maka ia bukan dari kalanganku.”

Selain daripada ahli ibadat, beliau juga merupakan seorang ahli ilmu yang banyak mengajar, di zaman Nabi s.a.w. lagi beliau sudah ada mengumpulkan ĥadīts-ĥadīts
dalam bentuk penulisan sehingga menjadi kitab yang dipanggil الصحيفة الصديفة(lembaran yang shaĥīĥ) 
atau الصحفية الصديقة(lembaran yang benar). 
Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa `Abdullah bin `Amar melebihi dirinya kerana selain daripada menghafal dan menyebarkan ĥadīts melalui ingatan, beliau juga ada menulis ĥadīts.
-secara ringkas  berkenaan sahabat Abdullah bin Amr.

Biodata 'Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash(m/s 325) minit 47
Nama dan salasilah keturunan beliau secara lengkap adalah seperti berikut: 'Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash bin Wa'il bin Hasyim bin Su'aid bin Sahm as-Sahmi al-Quraisy.

Kuniah(nama panggilan) beliau ialah Abu Muhamad, Abu Abdir-Rahman dan Abu Nushair.

Ibu beliau bernama Raithah binti Munabbih bin al-Hajjaj bin 'Aamir bin Huzaifah bin Su'aid bin Sahm.
-bertemua keturunan

Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash merupakan salah seorang daripada empat 'Abdul (العَبادلة الأربعة) yang masyhur dikalangan shahabat kerana kelebihan  dan kehebatan mereka. Selain terkenal sebagai seorang shahabat yang sangat alim,  zahid ,abid ,muhajir dan sukakan kedamaian , beliau juga dikenali sebagai  seorang mujahid(pejuang). Beliau  juga adalah salah seorang shahabat  agung Rasullah saw  yang diketahui banyak meriwayatkan hadits- hadits baginda.. 
Ini salah seorang sahabat Nabi yang meminta izin  daripada Rasullah saw  untuk menulis  dan mencatat hadit-hadits  Baginda dan akhirnya beliau berjaya  menghasilkan  sebuah (himpunan) hadits  yang dipanggil   الصحيفة الصادقة
Kitab ini ditulis ketika Rasullah sawmasih hidup lagi. Abu Hurairah pernah berkata:
مَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدٌ أَكْثَرَ حَدِيثًا عَنْهُ مِنِّي إِلَّا مَا كَانَ مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو فَإِنَّهُ كَانَ يَكْتُبُ وَلَا أَكْتُبُ
Bermaksud:Tidaklah ada seorangpun dari sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang lebih banyak haditsnya dibandingkan aku, kecuali 'Abdullah bin 'Amru.Kerana dia menulis  saya pula tidak.
(atsar riwayat Bukhari, Tirmizi, Darimi, Ibnu Hibban, Ahmad dan at-Thahawi)
- kata2 Abu Hurairah bukan sepanjang masa, ini hanya suatu ketika.

Menurut setengah ulamak , semua riwayat  'Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash sampai kepada kita hanyalah sebanyak 700 hadits .Sebanyak 26 haditsnya terdapat dalam Bukhari.17 daripadanya dimasukan Bukhari dan Muslim didalam kitab Sahih mereka. 8 hadits daripadanya  hanya diriwayatkan oleh Bukhari sahaja tanpa Muslim dan 20 hadits daripadanya pula hanya diriwayatkan oleh Muslim sahaja tanpa  Bukhari. Berhubung dengan kenapakah  hadits-hadits  yang diriwayatkan daripada beliau  jauh  lebih sedikit  berbanding hadits-hadits  yang diriwayatkan oleh  Abi Hurairah ra padahal Abu Hurairah sendiri mengakui banyak  hadits diterimanya daripada Rasullah saw.
Kalau tidak lebih banyak daripada Abu Hurairah pun mungkin lebihkurang sama  banyak dengan Abu Hurairah.
Berikut adalah antara sebabnya:
(1)'Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash terkenal sebagai seorang shahabat yang sangat  kuat beribadat (ahli ibadat). Beliau  tidak banyak terlibat dalam bidang periwayatan dan pengajaran.

(2)Setelah jatuhnya empayar  Rom dan Farsi , Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash menetap di Mesir. Sebahagian  hidup beliau  dihabiskan  di Syam dan di Thaif.
Perhatian para pelajar dan penuntut ilmu  agama pada masa itu tidak tertumpu  sangat ketempat-tempat itu. Berbeza dengan Madinah , kerana ia merupakan  pusat  ilmu Islam dan tempat berhimpunnya sekian ramai shahabat.  Abu Hurairah menetap di Madinah dalam keadaan  menumpukan sepenuh perhatiannya kepada meriwayatkan  hadits, mengajar dan memberi fatwa kepada masyarakat umum . Ini juga antara sebab utama kenapa riwayat  Abu Hurairah  lebih banyak tersebar berbanding riwayat  'Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash ra

(3) Semasa di Mesir Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash ditugaskan oleh Sayyidina Umar memegang jawatan  gabenor atau ketua menteri . Jawatan itu disandang beliau ke zaman pemerintahan Sayyidina Muawiyah. Sudah tentulah sebagai ketua menteri beliau amat sibuk dengan tugas- tugas dan tanggungjawab-tanggungjawabnya.

(4)Sebelum ini telah pun disebutkan  bahawa  Abu Hurairah ra. pernah  mendapat doa khusus Rasullah saw menyebabkan  beliau tidak lupa apa saja yang didengar nya daripada  Rasullah saw. Ini juga antara faktor kenapa Abu Hurairah lebih yakin dalam menyampaikan hadits-hadits Rasullah saw berbanding para shahabat yang lain.

(5)Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash adalah  seorang  ahli ilmu  yang bukan sahaja mengkaji al-Quran dan hadits , beliau juga  banyak mengkaji  kitab- kitab  yang tersebar dikalangan ahli kitab. Cerita beliau kadang-kadang  bercampur- baur dengan cerita  yang berpunca daripada kitab-kitab ahli kitab itu kerananya setengah tokohntabiin tidak mahu mengambil riwayat beliau atau mereka lebih berhati-hati terhadap riwayat-riwayatnya.

(6)Pada asalnya Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash termasuk salah seorang shahabat yang bercadang  hendak  melakukan ibadat sepanjang masa. Antara ibadat  yang hendak  dilakukannya ialah berpuasa tiap-tiap hari, mengkhatam al-Quran  tiap-tiap hari, beribadat  sepanjang malam  dan mahu mengkhasi  diri supaya  tidak lagi mempunyai nafsu yang mungkin  menjadi penghalang kepadanya ibadat.Setelah dilarang keras oleh Rasullah saw amalan ibadat yang terus  dilakukan  oleh Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash sampai keakhir hayatnya dengan izin Rasullah saw ialah :
(a)Berpuasa selang sehari
(b)Mengkhatam al-Quran setiap minggu.
(c) Bersembahyang malam dengan membaca satu hizb daripada al-Quran  setiap malam. 

Tentu sekali orang yang beriltizam  dengan amalan-amalan seperti itu   disamping menjaga  dan melaksanakan  pula tanggungjawab  lain sebagai seorang Islam yang taat , tidak akan  mempunyai banyak masa lagi untuk mengajar dan meriwayatkan hadits.

Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash mendahului ayahnya memeluk agama Islam . Ibunya juga telah memeluk agama Islam. Perbezaan umur beliau  dengan ayahnya 'Amar, dikatakan hanya dua belas tahun sahaja. Berdasarkan  satu riwayat  yang dikemukakan  oleh Imam adz- Dzahabi didalam Tadzkiratul al- Huffazh, Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash meninggal dunia di Mesir pada tahun 75 Hijrah.
- itulah mengenai Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash

Hani baca
²⁴ Riwayat ini menyebutkan satu perjalanan secara umum begitu sahaja, tetapi riwayat Muslim menjelaskan perjalanan manakah yang dimaksudkan. Kata `Abdullah:
Minit 59
رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ....
Bermaksud: Kami pulang bersama Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah.

Perjalanan pulang dari Mekah ke Madinah yang tersebut di dalam ĥadīts `Abdullah bin `Amar ini mungkin sekali semasa pulang daripada mengerjakan haji wadā`. 
Kerana beliau memang ada bersama dalam perjalanan itu. Mungkin juga semasa pulang dari ghazwah al-Fatĥ. Tetapi semasa pulang dari ghazwah al-Fatĥ itu tidaklah mereka pulang terus dari Mekah, sebaliknya dari Ji`rānah. Bagaimanapun boleh jugalah dikatakan perjalanan pulang dari Mekah mengambil kira Mekahlah tempat permulaan mereka bertolak pulang ke Madinah.Ada juga kemungkinan perjalanan yang dimaksudkan itu semasa pulang dari 
`Umratul Qadhā’ pada tahun ke-7 Hijrah. Pada tahun itulah dikatakan `Abdullah memeluk agama Islam.
Rasulullah s.a.w. dikatakan ketinggalan di belakang kami dalam perjalanan itu. Pada kebiasaannya pembesar- pembesar dunia berjalan mendahului orang-orang lain. Orang-orang yang mendahului mereka dianggap mencabuli kehormatan mereka. 

Berbeza keadaannya dengan Nabi kita Muĥammad s.a.w. Sebagai seorang Rasul yang tidak menyerupai raja-raja dan pembesar biasa, Baginda bukanlah orang yang sentiasa 
pertama sekali sampai di sesuatu tempat ketika dalam perjalanan.

Semuanya ini menunjukkan betapa tawadhu` dan merendah dirinya seorang nabi dan rasul.

1jam 01 minit
- menunjukan Nabi saw tidak kisah perkara2 seperti ini.
- banyak peristiwa seperti ini.
- tahun ke 7 

Fadil baca
²⁵ Berdasarkan beberapa riwayat, termasuk riwayat Bukhāri sendiri di dalam Kitab al-`Ilm ini di bawah باب من أعاد الحديث ثلاثا ليُفْهَمَ عَنه (bab orang mengulang cerita sebanyak 3 kali supaya difahami daripadanya) ĥadīts ke-96, dan di dalam Kitab Wudhu’ di bawah  باب غسل الرجلين ولا يمسح على القدمين ĥadīts ke 163 (bab membasuh kedua kaki dan tidak boleh menyapu kaki)  ,hadits 163 , shalat yang dimaksudkan ialah shalat `Ashar.
- pada hadits ini jelas bagi tau.sebab itu atraf perlu tahu dan tengok. Disitu disebut solat asar.

Didalam riwayat  tersebut أرهقَتْنَا الصَّلاةُ .Shalat sebagai Fā`il bagi أرهقَتْ . Kalau dibaca begini, maka ertinya ialah sembahyang telah membuatkan kami kesempitan(waktu ) atau kami telah berada di penghujung waktu shalat.

Berdasarkan riwayat ke-96 pula 
tersebut أرهقَتْنَا الصَّلاةُ Shalat sebagai maf`ūl. Maka ia bererti ‘kami telah melewatkan sembahyang'.

Ada juga riwayat menyebutkan أرهقَتْنَا الصَّلاةُ.  Shalat  sebagai Fā`il  seperti bacaan pertama. Ertinya juga sama dengan yang pertama. Riwayat ini juga betul mengambil kira perkataan as-Shalat bukan mu`annats ĥaqīqi.

Muhamad Hul
²⁶ Ma`na yang sebenarnya di sini bukanlah menyapu sahaja seperti yang dilakukan oleh golongan Syi`ah, tetapi membasuh dengan cepat, sesuai dengan penggunaan 
perkataan مسح dengan erti الغسل الخفيف (pembasuhan yang ringan atau ringkas). Maksudnya ialah oleh kerana kami telah berada dipenghujung waktu shalat `Ashar, 
kami dengan tergesa-gesa membasuh kaki kami dengan basuhan ringkas atau sedikit yang tidak meratai ke semua bahagian kaki. Oleh kerana cara basuhan seperti itu 
masih tidak memadai untuk wudhu’ dan ia tidak sesuai dengan ajaran al-Qur’ān dan Nabi s.a.w., Baginda menegur mereka dengan keras.
- dalam hadits sebut  الغسل الخفيف ,مسح(pembasuhan yang ringan atau ringkas bukan sapu macam syiah.


²⁷ Di sinilah terletak kesesuaian ĥadīts dengan tajuk babnya. Berteriak atau bertempik biasanya berlaku dalam keadaan kecemasan dan terdapat bahaya, contohnya ketika seseorang hampir dilanggar kereta, ketika berlaku kebakaran, ketika ada orang lemas dan sebagainya. 

Pelajar baca
Dalam keadaan dan suasana yang menuntut suara dikeraskan boleh saja seseorang menggunakan pembesar suara atau berteriak dan bertempik dengan tujuan menyampaikan ilmu atau mengingatkan orang-orang tertentu daripada mendapat bahaya.Rasulullah s.a.w. sendiri dalam kesempatan-kesempatan tertentu sering juga bercakap dengan suara yang tinggi dan keras. Jābir bin `Abdillah meriwayatkan, katanya:
 كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَطَبَ اِحْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلَا صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. kalau berucap (berkhutbah), merah kedua belah matanya, suaranya meninggi dan kemarahannya memuncak. (Ĥadīts riwayat Muslim).

An-Nu`mān bin Basyīr meriwayatkan, katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. berucap, kata Baginda: “Aku memberi amaran kepadamu dengan neraka, aku memberi amaran kepadamu dengan neraka, aku memberi amaran kepadamu dengan neraka.” (Begitu kuat suaranya) sehingga kalau seseorang berada di pasar sana, 
niscaya ia mendengarnya (suara Nabi s.a.w. itu) dari tempatku ini. 

Di dalam riwayatnya yang lain tersebut begini:
 حتى لو كان رجل كان في أقصى السوق، سمعه،وسمع أهل السوق صوته، وهو على المنبر
Bermaksud: (Begitu kuat suaranya) sehingga kalau seseorang berada di penghujung pasar sana, niscaya ia mendengarnya (suara Nabi s.a.w. itu), dan suaranya didengari oleh orang-orang di pasar ketika beliau s.a.w. (berucap) di atas mimbar. (Lihat Musnad Aĥmad j.4 m/s 272).

Sampai di sini persoalan mungkin timbul bahawa adakah Nabi s.a.w. belum pernah mengajar para Shaĥabatnya cara berwudhu’? Jawapannya ialah tentu sekali Nabi s.a.w. telah mengajar mereka, cuma boleh jadi sebahagian dari mereka tidak mempraktikkannya sebaik mungkin kerana keadaan 
tergesa-gesa seperti telah disebutkan sebelum ini, atau mereka fikir sudah memadai dengan menyapu begitu kerana telah kesuntukan waktu.
- nabi saw telah ajar.
- tetapi tergesa-gesa sehingga tidak sah.
- solat tak kena cara sebab seperti tidak solat.
- penting sekali  belajar.

Pelajar baca lain
²⁸ Dalam terjemahan ini perkataan ويل diterjemahkan dengan kecelakaan. Selain memberi erti kecelakaan perkataan ويل juga mengandungi erti-erti lain seperti azab, 
seksaan, kerugian dan kebinasaan. 

Di dalam sesetengah riwayat tersebut:  ويل وادٍ في جهنم  Bermaksud: Wail adalah satu lembah / lurah di dalam neraka Jahannam. 

Di dalam riwayat lain pula tersebut 
ويل واد في جهنم يسيل منه صدِيدُ أهل النار 
Bermaksud Wail :tersebut pula lain riwayat satu lembah / lurah di dalam neraka Jahannam. Mengalir daripadanya nanah ahli neraka. (Lihat kedua-dua ĥadīts itu di dalam Musnad Aĥmad j.4 m/s 272). ويل adalah كلمة عذاب kata 
(menunjukkan azab) وْيح pula كلمة تَرْحُم وتوجع( kata yang menunjukkan kasihan belas dan simpati). Kepada orang yang mendapat kecelakaan, kerugian atau kebinasaan dan dia memang berhak serta layak mendapatnya dikatakan ويل. Kepada orang yang mengalami kecelakaan, kerugian atau kebinasaan padahal dia tidak patut dan tidak layak mengalaminya pula dikatakan  و َ ي ح. 

Penggunaan ويح dalam ĥadīts Nabi s.a.w. dapat anda lihat pada sabda berikut: وَيْحَ عَمَّارٍ تَقْتُلُهُ الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ
Bemaksud: Kasihan `Ammār! Dia akan dibunuh oleh golongan pemberontak. 
(Ĥadīts riwayat Bukhāri, Aĥmad, Ibnu Ĥibbān dan al-Ĥākim). 
- bukan mqkna celaka

²⁹ Kebanyakan `ulama’ mengatakan sabda Nabi s.a.w. ini mengandungi majāz bil ĥadzfi (مجاز بالحذف) kerana ada mudhāf yang dibuang sebelum perkataan الأِعقاب,
taqdirnya ialah: ويل لأصحاب  الأعقاب   . Maksudnya ialah ‘kecelakaan berupa api neraka untuk tuan-tuan tumit-tumit (yang tidak meratakan air ketika berwudhu’ sehingga ke 
tumitnya). Sebahagian mereka pula mentaqdirkan begini:
ويل للمقصرين في غسل األعقاب من النار
Bermaksud: Wail di dalam neraka untuk orang-orang yang cuai dalam membasuh tumit-tumit (ketika berwudhu’).

Oleh kerana manusia tegak di atas tumitnya, maka apabila dikatakan tumitnya diseksa di dalam neraka, dengan sendirinya ia menunjukkan tuan punya tumit itu juga diseksa di dalam neraka.
Perkataan من di dalam ĥadīts sebelum perkataan النار boleh juga dipakai dengan erti في (dalam), seperti terpakai pada firman Allah di dalam Surah al-Jumu`ah berikut:
 إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ 
Bermaksud: … apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat ....
(al-Jumu`ah 9).

Sesetengah `ulama’ pula berpendapat tidak perlu ditaqdirkan apa-apa di sini.Memadailah dengan ma`na tumit-tumit itu sendiri yang akan diazab dengan api 
neraka. Sesuai dengan kesalahan yang dibuat berpunca daripada tidak meratakan air pada bahagian tumit.

Diazab pada satu bahagian tubuh sahaja sama sekali tidak bererti bahagian-bahagian tubuh yang lain tidak terasa juga azabnya. Sebagai contohnya lihat saja apa yang
disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. tentang seksaan yang dialami bapa saudaranya Abu Thālib. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
أَهْوَنُ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا أَبُو طَالِبٍ وَهُوَ مُنْتَعِلٌ بِنَعْلَيْنِ يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ
Bermaksud: Ahli neraka yang paling ringan azabnya ialah Abu Thālib. Dia memakai sepasang sepatu. Otaknya bergelegak kerana (kepanasan) sepatu yang dipakainya itu  . 
(Ĥadīts riwayat Muslim dan Aĥmad).

Baginda juga telah bersabda tentangnya begini:
لَعَلَّهُ تَنْفَعُهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُجْعَلُ فِي ضَحْضَاحٍ مِنْ النَّارِ يَبْلُغُ كَعْبَيْهِ يَغْلِي مِنْهُ دِمَاغُهُ
Bermaksud: “Semoga syafa`atku berguna kepadanya di hari kiamat nanti. Dia akan diletakkan di bahagian neraka yang cetek, hingga ke buku lalinya. Begitupun, sudah 
bergelegak otaknya. (Ĥadīts riwayat Bukhāri dan Muslim).

Azab yang disebutkan di dalam ĥadīts ke-60 ini adalah di dalam neraka, bukan di padang mahsyar dan bukan juga semasa di alam kubur.
1jam 22 minit
- dihukum seperti tidak solat sebab tidak sah solat atau tak cukup syaratnya.
Tidak jaga wuduk dengan baik dosa besar sebab ancaman neraka.

Pelajar lain baca
³⁰ Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum-hakam yang terdapat di dlm  hadits ini ialah:
(1) Ĥadīts ini selain daripada menyatakan kepentingan menjaga waktu sembahyang juga memberitahu tentang sia-sia sembahyang yang dilakukan dengan tidak sempurna syaratnya. 
(2) Dapat difahami juga daripada ancaman api neraka itu bahawa tidak sempurnanya wudhu’ menjadi punca dosa besar kerana tidak sahnya sembahyang.
(3) Keharusan berteriak atau menggunakan apa-apa alatan untuk menyampaikan ma`lumat dari jarak jauh sekiranya ia boleh membawa kepada bahaya.
(4) Perkara yang dianggap kecil dan tidak seberapa oleh kita tidak semestinya tidak mempunyai apa-apa implikasi dan risikonya. Mungkin juga ia menjadi penyebab kepada kemusnahan kita kelak jika tidak dijaga dengan baik.
(5) Kaki, termasuk tumit hingga ke buku lali wajib dibasuh dengan sempurna ketika berwudhu’. Menyapu sahaja tidak memadai. Kalau ia memadai, tentulah Rasulullah
s.a.w. tidak berteriak sebegitu rupa, dan tentulah tidak diancamnya dengan Wail di dalam neraka.
(6) Anggota-anggota wudhu’ selain kaki yang wajib dibasuh juga mestilah dibasuh dengan sempurna. Tidak sah wudhu’ dengan meninggalkan mana-mana bahagian daripadanya tanpa dibasuh.
(7) Kewajiban mengajar dan membimbing orang-orang jahil tentang selok-belok agama. 
(8) Tubuh dan jasad manusia yang melakukan dosa-dosa tertentu juga diseksa di dalam neraka. Inilah pegangan Ahli as-Sunnah Wa al-Jāmā`ah.
(9) Keharusan mengangkat suara dan meninggikannya ketika mengajar.
(10) Orang alim (yang mengetahui) hendaklah menegur apa-apa tindakan orang ramai yang menyalahi hukum-hakam agama. Dalam tegurannya itu ia boleh bersuara keras, bahkan bertempik sekalipun bila perlu.
(11) Keharusan mengulangi menyebut sesuatu perkara sebanyak beberapa kali dengan tujuan mengingatkan dan menimbulkan rasa prihatin terhadapnya.
(12) Nabi s.a.w. selalu menggunakan bahasa majāz (pinjaman) atau kiasan dan sindiran dalam percakapannya, termasuk juga membuang perkataan-perkataan tertentu apabila keadaan menghendakinya.
- tumit atau tubuh akan kena.
- nikmat atau azab

Biodata 'Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash.

Biodata 'Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash
Nama dan salasilah keturunan beliau secara lengkap adalah seperti berikut: 'Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash bin Wa'il bin Hasyim bin Su'aid bin Sahm as-Sahmi al-Quraisy.

Kuniah(nama panggilan) beliau ialah Abu Muhamad, Abu Abdir-Rahman dan Abu Nushair.

Ibu beliau bernama Raithah binti Munabbih bin al-Hajjaj bin 'Aamir bin Huzaifah bin Su'aid bin Sahm.
-bertemua keturunan

Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash merupakan salah seorang daripada empat 'Abdul (العَبادلة الأربعة) yang masyhur dikalangan shahabat kerana kelebihan  dan kehebatan mereka. Selain terkenal sebagai seorang shahabat yang sangat alim,  zahid ,abid ,muhajir dan sukakan kedamaian , beliau juga dikenali sebagai  seorang mujahid(pejuang). Beliau  juga adalah salah seorang shahabat  agung Rasullah saw  yang diketahui banyak meriwayatkan hadits- hadits baginda.. 
Ini salah seorang sahabat Nabi yang meminta izin  daripada Rasullah saw  untuk menulis  dan mencatat hadit-hadits  Baginda dan akhirnya beliau berjaya  menghasilkan  sebuah (himpunan) hadits  yang dipanggil   الصحيفة الصادقة
Kitab ini ditulis ketika Rasullah sawmasih hidup lagi. Abu Hurairah pernah berkata:
مَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدٌ أَكْثَرَ حَدِيثًا عَنْهُ مِنِّي إِلَّا مَا كَانَ مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو فَإِنَّهُ كَانَ يَكْتُبُ وَلَا أَكْتُبُ
Bermaksud:Tidaklah ada seorangpun dari sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang lebih banyak haditsnya dibandingkan aku, kecuali 'Abdullah bin 'Amru.Kerana dia menulis  saya pula tidak.
(atsar riwayat Bukhari, Tirmizi, Darimi, Ibnu Hibban, Ahmad dan at-Thahawi)
- kata2 Abu Hurairah bukan sepanjang masa, ini hanya suatu ketika.

Menurut setengah ulamak , semua riwayat  'Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash sampai kepada kita hanyalah sebanyak 700 hadits .Sebanyak 26 haditsnya terdapat dalam Bukhari.17 daripadanya dimasukan Bukhari dan Muslim didalam kitab Sahih mereka. 8 hadits daripadanya  hanya diriwayatkan oleh Bukhari sahaja tanpa Muslim dan 20 hadits daripadanya pula hanya diriwayatkan oleh Muslim sahaja tanpa  Bukhari. Berhubung dengan kenapakah  hadits-hadits  yang diriwayatkan daripada beliau  jauh  lebih sedikit  berbanding hadits-hadits  yang diriwayatkan oleh  Abi Hurairah ra padahal Abu Hurairah sendiri mengakui banyak  hadits diterimanya daripada Rasullah saw.
Kalau tidak lebih banyak daripada Abu Hurairah pun mungkin lebihkurang sama  banyak dengan Abu Hurairah.
Berikut adalah antara sebabnya:
(1)'Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash terkenal sebagai seorang shahabat yang sangat  kuat beribadat (ahli ibadat). Beliau  tidak banyak terlibat dalam bidang periwayatan dan pengajaran.

(2)Setelah jatuhnya empayar  Rom dan Farsi , Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash menetap di Mesir. Sebahagian  hidup beliau  dihabiskan  di Syam dan di Thaif.
Perhatian para pelajar dan penuntut ilmu  agama pada masa itu tidak tertumpu  sangat ketempat-tempat itu. Berbeza dengan Madinah , kerana ia merupakan  pusat  ilmu Islam dan tempat berhimpunnya sekian ramai shahabat.  Abu Hurairah menetap di Madinah dalam keadaan  menumpukan sepenuh perhatiannya kepada meriwayatkan  hadits, mengajar dan memberi fatwa kepada masyarakat umum . Ini juga antara sebab utama kenapa riwayat  Abu Hurairah  lebih banyak tersebar berbanding riwayat  'Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash ra

(3) Semasa di Mesir Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash ditugaskan oleh Sayyidina Umar memegang jawatan  gabenor atau ketua menteri . Jawatan itu disandang beliau ke zaman pemerintahan Sayyidina Muawiyah. Sudah tentulah sebagai ketua menteri beliau amat sibuk dengan tugas- tugas dan tanggungjawab-tanggungjawabnya.

(4)Sebelum ini telah pun disebutkan  bahawa  Abu Hurairah ra. pernah  mendapat doa khusus Rasullah saw menyebabkan  beliau tidak lupa apa saja yang didengar nya daripada  Rasullah saw. Ini juga antara faktor kenapa Abu Hurairah lebih yakin dalam menyampaikan hadits-hadits Rasullah saw berbanding para shahabat yang lain.

(5)Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash adalah  seorang  ahli ilmu  yang bukan sahaja mengkaji al-Quran dan hadits , beliau juga  banyak mengkaji  kitab- kitab  yang tersebar dikalangan ahli kitab. Cerita beliau kadang-kadang  bercampur- baur dengan cerita  yang berpunca daripada kitab-kitab ahli kitab itu kerananya setengah tokohntabiin tidak mahu mengambil riwayat beliau atau mereka lebih berhati-hati terhadap riwayat-riwayatnya.

(6)Pada asalnya Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash termasuk salah seorang shahabat yang bercadang  hendak  melakukan ibadat sepanjang masa. Antara ibadat  yang hendak  dilakukannya ialah berpuasa tiap-tiap hari, mengkhatam al-Quran  tiap-tiap hari, beribadat  sepanjang malam  dan mahu mengkhasi  diri supaya  tidak lagi mempunyai nafsu yang mungkin  menjadi penghalang kepadanya ibadat.Setelah dilarang keras oleh Rasullah saw amalan ibadat yang terus  dilakukan  oleh Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash sampai keakhir hayatnya dengan izin Rasullah saw ialah :
(a)Berpuasa selang sehari
(b)Mengkhatam al-Quran setiap minggu.
(c) Bersembahyang malam dengan membaca satu hizb daripada al-Quran  setiap malam. 

Tentu sekali orang yang beriltizam  dengan amalan-amalan seperti itu   disamping menjaga  dan melaksanakan  pula tanggungjawab  lain sebagai seorang Islam yang taat , tidak akan  mempunyai banyak masa lagi untuk mengajar dan meriwayatkan hadits.

Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash mendahului ayahnya memeluk agama Islam . Ibunya juga telah memeluk agama Islam. Perbezaan umur beliau  dengan ayahnya 'Amar, dikatakan hanya dua belas tahun sahaja. Berdasarkan  satu riwayat  yang dikemukakan  oleh Imam adz- Dzahabi didalam Tadzkiratul al- Huffazh, Abdullah bin 'Amar bin Al-'Aash meninggal dunia di Mesir pada tahun 75 Hijrah.

K999.dr.Rozanizam:Saya perhati dari jauh.

K999.dr.Rozanizam:Saya perhati dari jauh. 

Si kakak sedang sibuk main benda ni, Si adik merengek nak makan scramble eggs. 

Si kakak negotiate, adik kena tolong kakak siapkan aktiviti dia ni, sambil kakak masakkan telur untuk adik. 

Adik pun khusyu' menyiapkan unicorn kakak.

Dalam 15 minits, skills yang dua beradik ni dapat: 

1. Social skills - asking for help, understanding others' feeling, negotiating solution, problem-solving, respect. 

2. Motor skills - fine motor

3. Cognitive - focus

4. Emotions - emotional regulation

Babah perhati dari jauh sahaja. 

Kadang-kadang, kita as parents kena play back-seat role, observe dan biarkan sel-sel otak mereka berhubung sendiri. 

Kadang-kadangla... 

Kalau selalu, takut perang dunia pula. 

#psikologisikecil

Tafsir nota baca 0010(0196-0198)s

Tafsir nota baca 0010(0196-0198)s

Al-Baqarah 2:186
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا۟ لِى وَلْيُؤْمِنُوا۟ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ 
Al-Baqarah 2:187
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُمْۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْۖ فَٱلْـَٰٔنَ بَٰشِرُوهُنَّ وَٱبْتَغُوا۟ مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمْۚ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِۖ ثُمَّ أَتِمُّوا۟ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيْلِۚ وَلَا تُبَٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَٰكِفُونَ فِى ٱلْمَسَٰجِدِۗ تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ 
Al-Baqarah 2:188
وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَٰطِلِ وَتُدْلُوا۟ بِهَآ إِلَى ٱلْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا۟ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ 
Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Ku, maka (beritahu kepada mereka)sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.²⁹⁸ Oleh itu hendaklah mereka itu menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka memperoleh kebenaran.(186)

Dihalalkan kepadamu, pada malam hari puasa, bercampur (mengadakan hubungan kelamin) dengan isteri-isterimu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu pula adalah pakaian mereka.²⁹⁹ Allah mengetahui bahawasanya kamu
telah mengkhianati diri sendiri,³⁰⁰ lalu Dia menerima taubatmu dan memaafkan kesalahanmu.³⁰¹ Maka sekarang lakukanlah hubungan kelamin dengan mereka dan carilah apa-apa yang telah ditaqdirkan oleh Allah untukmu (berupa anak-anak, keseronokan dan lain-lain; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepadamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.³⁰² Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam(magrib)³⁰³ dan jangan kamu mengadakan hubungan kelamin dengan mereka ketika kamu sedang beri'tikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka bertaqwa.³⁰⁴ [187]. 

Dan janganlah kamu memakan (atau mengambil) harta-harta sesamamu dengan cara yang salah, dan jangan pula kamu membawa kes-kes harta itü kepada hakim-hakim dengan tujuan supaya kamu dapat memakan (atau mengambil) harta-harta sebahagian dari harta orang lain dengan cara yang berdosa,³⁰⁵ sedangkan kamu mengetahui (salahnya). [188].

______________________________________

²⁹⁸ Perkenan Allah akan permohonan orang yang berdoa kepadaNya itu bagaimanapun terta'luk kepada kehendakNya juga, berdasarkan firman Allah berikut:
Al-An'am 6:41
بَلْ إِيَّاهُ تَدْعُونَ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِن شَآءَ وَتَنسَوْنَ مَا تُشْرِكُونَ 
Bermaksud: Bahkan Dialah (Allah) sahaja yang kamu Seru, lalü Dia menghilangkan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya (supaya dihilangkan) jika Dia kehendaki;
dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu). 

²⁹⁹ Kamu saling memerlukan kepada satu sama lain. Manusia itü tidak akan mendapat ketenangan dan kasih sayang yang sempurna tanpa adanya pasangan lelaki dan wanita yang dipanggil suami İsteri. Kerana İtulah Allah berfirman:
Ar-Rum 30:21
وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةًۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ 
Bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (adanya Allah dan kekuasaanNya) bagi orang-orang yang berfikir. 

³⁰⁰  Dengan menjauhi isteri-isterimu dan mengurangi keinginan nafsumu terhadap mereka. Allah berfirman:
 An-Nisa' 4:107
وَلَا تُجَٰدِلْ عَنِ ٱلَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنفُسَهُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ خَوَّانًا أَثِيمًا 
Bermaksud: Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu berkhianat, Iagi sentiasa berdosa. 

³⁰¹  Kerana telah menyusahkan diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang tidak diwajibkan ke atasmu. Allah bahkan tidak pernah menyuruh kamu memilih cara hidup kepaderian seperti itu. Justeru Dia telah berfirman:
Al-Hadid 57:27
ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِم بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ٱبْنِ مَرْيَمَ وَءَاتَيْنَٰهُ ٱلْإِنجِيلَ وَجَعَلْنَا فِى قُلُوبِ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ٱبْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَٰهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ٱبْتِغَآءَ رِضْوَٰنِ ٱللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَاۖ فَـَٔاتَيْنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنْهُمْ أَجْرَهُمْۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَٰسِقُونَ 
Bermaksud: Kemudian Kami iringi sesudah mereka dengan rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi pula dengan Isa putera Maryam, serta Kami berikan kepadanya (Kitab) Injil; dan Kami letakkan di dalam hati orang-orang yang mengikutinya perasaan belas kasihan. Dan (perbuatan mereka beribadat secara)  "Rahbaniyyah", mereka sendirilah yang mengada-ngadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; lalu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang semestinya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan ramai pula di antara mereka yang derhaka. 

³⁰²  Rangkai kata من الفجر (waktu Subuh) menjelaskan maksud الخيط الأبيض (benang putih) yang tersebut sebelumnya, kerana maksud sebenarnya masih samar tanpa adanya penjelasan itu. Firman Allah s.w.t. ini menunjukkan keharusan makan, minum dan sebagainya untuk orang yang hendak berpuasa adalah sehingga ke waktu Fajar atau waktu Subuh. Tidak ada wak'tu imsak yang lain sebelum itu.

³⁰³ Daripada firman Allah sw.t. ini diketahui waktu orang berpuasa. la bermula apabila masuk waktu Subuh dan berakhir dengan masuknya waktu Maghrib.

³⁰⁴  Menjadi orang-orang yang menjunjung titah perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganNya.

³⁰⁵  Bahagian yang [...]ini boleh juga diterjemahkan begini:
"dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,”