Jumaat, Julai 29, 2016

Fiqh Bukhari MMAY (Muka 21)

Muka 21

2.6.6 Jika diteliti secara halus dapat difahami bahawa kebanyakan perkara yg dikatakan membatalkan wuduk oleh sesetengah ulama itu memang kaitannya dengan perkara pokok yg telah dikemukakan oleh Imam Bukhari itu. Umpamanya tidur adalah madzinnah (perkara yg besar sekali boleh membawa kepada sesuatu) bagi terkeluarnya angin (kentut) daripada dubur dalam keadaan tidak disedari. Bersentuhan diantara lelaki dan perempuan adalah madzinnah bg terkeluarnya air mazi dan begitulah seterusnya. Bagaimanapun pada pandangan Imam Bukhari terkeluarnya angin(kentut)  daripada dubur orang yg tidur dan terkeluarnya mazi daripada zakar orang yg menyentuh perempuan dan begitu juga sebaliknya bukanlah sesuatu yg pasti.

Penutup

Untuk mengetahui berapa banyakkah lagi fiqh dan ijtihad Imam Bukhari, mungkin dapat anda andaikan setelah anda mempelajari sendiri Kitab Sahihnya yg memuatkan semua bab fiqh yg terdapat didalam kitab2 fiqh yg lain. Apa istimewanya ialah fiqh beliau merupakan hasil ijtihad seorang mujtahid mutlaq yg tidak kurang hebatnya daripada imam2 mazhab 4  dan para mujtahidin yg lain. Disamping itu ketokohan beliau dalam bidang2 yg lain juga telah diterokai beliau didalam kitab Sahihnya jangan sekali2 dilupakan. Seperti mana para ulama telah mengiktirafnya sebagai mujtahid mutlaq dalam bidang fiqh, mereka juga telah mengiktirafnya sebagai tokoh dan imam dalam bidang2 lain yg disentuh beliau didalam kitab Sahihnya yg masyhur itu. Pembaca2 yg budiman akan melihat sendiri kepakaran, kemahiran, kehalusan, dan keluasan penelitian ilmu Imam Bukhari dalam bidang pengajian Islam yg merangkumi aqidah, sirah dan sejarah, ta'bir mimpi, perubatan nabi saw, akhlak dan adab, tafsir manaqib dan lain2 selain fiqh apabila mereka dapat menghayati dan menjiwai betul2 kitab Sahihnya
ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء

وآخر دعو انا أنالحمد للهرب العلمين

Muka 21

Tiada ulasan:

Catat Ulasan