Khamis, Julai 28, 2016

Tafsir Asas Quran (Sesi 15)..

Usul 8
Memahami alquran berdasarkan tertib turun alquran

5.surah at-thalaaq(65)
Zaman turun tahun ke2 hijrah.sebelum perang badar.
Isi kandungan utamanya:penggunaan hukum thalaq dan azab menimpa umat dahulu

Ayat 4
وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ ۚ وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.
-berdasar haid atau 3kali suci
-bab eddah,beberapa ayat yg menjadi asas
-melahirkan anak ,habis tempuh eddah

Ayat 5
ذَٰلِكَ أَمْرُ اللَّهِ أَنْزَلَهُ إِلَيْكُمْ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا

Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.
-berkahwin dan bercerai mesti jaga peraturan allah
-kelebihan bertaqwa akan dpt lebih pahala.

Ayat 6
أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُمْ مِنْ وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ وَإِنْ كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُمْ بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ

Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

-kena bg walau dah nak bercerai.

6.surah muhamad
Zaman turun tahun ke 2 hijrah sebelum perang badar.
Isi kandungan utamanya:Etika perang dan galakan berinfaaq

7.surah anfal
Zaman turun: tahun 2 hijrah selepas perang badar
Isi kandungan utamanya :Etika perang dan hukum hakam harta rampasan perang.

8.surah as shaaf
Zaman turun tahun ke3 hijrah .
Isi kandungan utamanya :kamu akan beroleh kemenangan jika kamu membela agama allah

9.surah  ali imraan
Zaman turun tahun 3hijrah
Isi kandungan utamanya :usaha2 untuk memenangkan agama islam.

10.surah al hasry
Zaman turun :bulan rabiul awal tahun ke 4 hijrah.
Isi kandungan utamanya rawatan penyakit nifaq dengan sifat2 allah.

Pokok ghorkok adalah pokok yg akan menjadi tempat yahudi menyorot.

Nabi saw menghadapi orang2 yahudi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan