USUL KE 8 Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah Al-Qur’an boleh difahami dengan dua cara
(i) Memahaminya berdasarkan tertib turun ayat-ayat dan surah-surah Al-Qur’an
(ii) Memahaminya berdasarkan tertib yang terdapat di dalam mushaf (al-Qur’an) yang ada di hadapan kita sekarang ini.
Memahami al-Quran berdasarkan tertib turun ayat-ayatnya merupakan usul kelapan bagi tafsir al-Qur’an yang baik.
Untuk mengetahui tertib turun ayat-ayat al-Qur’an dan surah-surahnya, anda tidak dapat tidak mestilah mengetahui sebab-sebab turunnya terlebih dahulu. Dan ia dapat dipastikan apabila anda betul-betul mahir tentang sirah Nabi s.a.w.
Semua peristiwa yang berlaku kepada Nabi s.a.w semasa baginda berada di Mekah perlu diketahui dan dipastikan kesahihannya.
Demikian juga dengan peristiwa yang berlaku kepada Baginda s.a.w semasa di Madinah. Anda perlu sedar bahawa al-Qur’an baru turun ke dunia setelah nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi rasul ketika berumur 40 tahun.
Al-Qur’an turun kepada baginda secara beransur-ansur. Ia turun sejajar dengan perjalanan hidup baginda. Oleh itu, orang yang cuba memahami al-Qur’an tanpa pengetahuan tentang sirah (perjalanan hidup) Nabi s.a.w , bukan sahaja akan kecundang, malah akan tersasul jauh dari kebenaran.
Bukan dia sahaja akan tersesat jalan, malah akan menyesatkan pula orang-orang lain. Dengan berpandukan riwayat-riwayat sahih berhubung dengan sebab-sebab turun ayat-ayat atau surah-surah, akan mudahlah kepada anda memahami al-Qur’an.
(a)Surah-surah Makiyyah dan Madaniyyah Para pelajar mestilah terlebih dahulu mengetahui dan memahami tentang tertib surah-surah Makiyyah, kemudian tertib surah-surah Madaniyyah.
Apa yang dimaksudkan dengan surah-surah Makiyyah ialah surah-surah yang diturunkan kepada Nabi s.a.w sebelum baginda berhijrah ke Madinah. Samada ia diturunkan di Mekah atau tempat-tempat lain.
Dan yang dimaksudkan dengan surah-surah Madaniyyah pula ialah surah-surah yang diturunkan kepada baginda selepas berhijrah ke Madinah. Sama ada ia memang diturunkan di Madinah atau di luar Madinah.
Surah yang paling akhir diturunkan dengan lengkap kepada Rasulullah s.a.w ialah surah al-Nashr. Ia diturunkan kepada Nabi s.a.w di Mina dalam peristiwa haji wadaa’ yang berlaku pada tahun ke sepuluh hijrah.
Satu perkara penting yang perlu sekali diketahui anda sekarang ialah riwayat Ibnu Dhurais yang dikaitkan dengan Ibnu ‘Abbaas tentang tertib surah-surah sama sekali tidak boleh dipegang, kerana ia adalah munqathi’.
Sanad riwayat yang dikemukakan oleh as-Suyuthi tentang tertib surah-surah juga bermasalah. Ia juga tidak harus dijadikan pegangan.
(b) Bilangan Surah-Surah Makiyyah dan Madaniyyah Surah-surah Makiyyah ada 90 kesemuanya dan surah-surah Madaniyyah pula ada 24 kesemuanya. Sesetengah orang berpendapat, surah-surah ar-Ra’ad, ar-Rahman, ad-Dahr dan al-Zilzaal adalah surah-surah Madaniyyah. Sedangkan yang sebetulnya, keempat-empat surah itu adalah Makiyyah. Untuk lebih jelas, surah-surah Makiyyah dan surah-surah Madaniyyah itu dalam tertib nuzulnya perlulah dibahagikan pula kepada beberapa peringkat. Misalnya
(i) peringkat permulaan.
(ii) peringkat pertengahan dan
(iii) peringkat akhir. Untuk memahami dan menentukan tertib turun surah-surah Makiyyah agak sukar. Anda terpaksa menggunakan bukti–bukti luaran dan juga bukti-bukti dalaman dalam usaha menentukannya.
Bukti luaran mungkin berdasarkan sesuatu perkara yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih. Bukti dalaman pula akan diperolehi dengan mengkaji isi kandungan surah berkenaan.
Di dalamnya akan ada isyarat-isyarat yang menunjukkan ia termasuk dalam surah yang diturunkan pada peringkat-peringkat tertentu.
PERINGKAT-PERINGKAT KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W SEMASA DI MEKAH
Peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w semasa di Mekah dapat dibahagikan kepada empat bahagian.
Dalam empat bahagian itulah turun 90 surah kepada Baginda s.a.w.
Di bawah ini dikemukakan carta menyatakan empat peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w semasa di Mekah.
PERINGKAT PERTAMA
1) Bermula dari masa Baginda s.a.w dilantik menjadi nabi hingga tahun ketiga kenabian.
2) Dakwah Rasulullah s.a.w diperingkat ini berlangsung secara sulit dan ia berterusan selama tiga tahun.
3) Dalam masa ini 13 surah diturunkan kepada Baginda s.a.w
PERINGKAT KEDUA
1) Bermula dari tahun keempat hingga tahun kelima kenabian.
2) Ia berlangsung dalam masa dua tahun. Dalam masa ini dakwah mula disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umum secara terbuka.
3) Dalam masa ini sebanyak 42 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w
PERINGKAT KETIGA
1) Bermula dari tahun keenam hingga tahun kesepuluh kenabian.
2) Ia berlangsung dalam lima tahun
3) Dalam masa ini sebanyak 22 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w
PERINGKAT KE EMPAT
1) Bermula dari tahun kesebelas kenabian hingga ke tahun berhijrah ke Madinah.
2) Ia berlangsung dalam masa tiga tahun.
3) Dalam masa ini sebanyak 13 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w. -
Jumlah tahun ialah 13 tahun.
Jumlah kesemua sekali surah-surah Makiyyah ialah 90 surah.
SENARAI SURAH-SURAH YANG DITURUNKAN DI PERINGKAT PERTAMA KENABIAN 1. Wahyu pertama bermula dengan turunnya lima ayat daripada Surah al-‘Alaq.
Turunnya ialah pada bulan Ramadhan.
Dalam masa tiga tahun pertama itu turun sebanyak 13 surah (tidak semesti selengkapnya) kepada Rasulullah s.a.w.
🍕🍕
Usul 8
Memahami alquran berdasar tertib turun ayat dan surah.
Difahami dgn 2
1.tertib turun ayat2nya
2.tertib dlm mushaf
Mesti tahu sebab2 turun dan mahir sirah nabi
Peristiwa yg berlaku dimadinah.
Alquran turun ketika nabi berumu 40 tahun
Turun sejajar dgn hidup nabi,jadi jika tidak mengambil tahu sirah hidup nabi pasti akan sesatkan diri sendiri atau menyesatkan orang alim
Tertib surah dah tak sama begitu juga ayat2 nya.
Surah Alalaq 5 ayat pertama shj.
Dgn melihat tertib turunya alquran kita akan anampak perjalanan hidup nabi.
Tertib yg dok ada tidak boleh nampak.
13th dimadinah
10th dimekah
Tertib yg dok ada ,itu yg tuhan nak .
Berdasar tertib yg turun tiada siapa berani.
Ayat2 itu sendiri atau bukti luaran saja untuk menunujukan tertib nuzul secara umum.
Faham mengikut tertib nuzul adalah yg paling baik untuk tahu sirah nabi
Ikut tertib sekarang ,dah boleh dah tapi tidak boleh dikeluarkan sirah nabi
Yg berjaya ialah maulana maududi melalui muqadimah tafsirnya tertib turunya mengambarkan sirah nabi.
4bhg peringkat hidup nabi dimekah.
1.
2.
3.
4.
Tertib turun akan bagi sirah hidup nabi saw
Pilih yg sahih dan paling sesuai dgn alquran.
Israk dari rumah ummu hani
Surah makkiyah=90,turun sebelum hijrah
Arrad,rahman,addahar,azilzal=surah makkiyah walaupun ada yg kata surah madaniyah
Surah madaniyah=24,turun selepas hijrah
Surah Perlu dibahagi kepada beberapa peringkat
1.permulaan
2.pertengahan
3.Akhir.
Bukti luaran dan dalam
Luaran=hadis sahih
Dalaman =ayat tu sendiri.yg mengambarkan kehidupan di mekah atau madinah.
Contoh surah munafikun ,ramainya di madinah
Jika ayat penganiayaan orang islam ,tentunay dimekah.
Ayat yg dibaca didepan dimajasyi ,itu ayat makkiyah ,syarat nya sahih.tengok quran tu sendiri
Bukti dalaman ,kaji surah itu sendiri.
Bunyi sajak ,mekah.
Merancang bertindak ganas,peringkat ke4 dimekah.
Mereka tuduh tukang sihir,penyair,ini peringkat ke3dimaekah -ini bukti dalaman
Di madinah berhadapan dgn yahudi ,berlainan pula keadaannya.
Apa sifat nya?
Peringkat kehidupan nabi di mekah ada 4.
1.bermual dr masa dilantik jadi nabi hingga ke3 tahun kenabian.berdakwah berlangsung secara sulit.13surah diturunkan
Apa sifat2 dia?
1.5 ayat surah alalaq.
Tak mesti lengkap dan ada yg lengkap.
Ada carta
2.
3.
4.
5.
6.
7
2.Dari tahun 4- tahun 5kenabian selama 2 tahun shj,dakwah secara terbuka.sebyk 42 surah diturunkan.
3.Bermula tahun ke6 hingga tahun ke 10 kenabian ,ijtihad ulamak.
Sebnyak 22surah turun.
4.Bermula th 11-tahun ke hijrah ke madinah.dalam masa 3 tahun.hanya 13 surah.
Jumlahnya=90surah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan