USUL KE 13-KEPERLUAN UNTUK MENGETAHUI KATA KUNCI SETIAP SURAH.
(13)Keperluan mengetahui kata kunci setiap setiap surah.
Salah satu usul untuk memahami al Quran ialah mengetahui kata kunci setiap surah.Didlm setiap surahl pasti ada beberapa kata kunci itu sangat penting dan sangat membantu dalam memahami mesej utama sesuatu surah .penuntut ilmu al Quran mestilah merenunginya,lalu berusaha menentukan maksud dan tujuan surah berpandu kata2 kunci itu.Ia mungkin hanya satu perkataan shj .Mungkin juga beberapa perkataan atau mungkin juga berupa rangkai kata.
Anda dgn sendiri dapat memutuskan apabila melihat suatu ruang didlm sesebuah rumah yg tersusun rapi dgn sofa ,meja kopi dihadapannya ,meja sisi disebelahnya ,permaidani besar yg terhampar dan sebagainya,bahawa ia adalah ruang tamunya.ruang makan akan dapat dipastikan oleh anda apabila melihat meja makan dgn makanannya yg tersaji di atasnya.Demikian juga dgn bilik tidur ,anda dgn mudah dapat memastikannya apabila melihat katil dgn tilam ,bantal ,selimut dan cadar tersedia di atasnya.Ditambah pula dgn meja katil dan almari hiasan di sampingnya.
Annazmujalil
Annazamukhofih
Daurah tafsir.
Daurah ini untuk semua orang.
Dipaskitan,daurah tafsir selama sebulan.
Sekali hadir sudah cukup untuk faham secara kasar tentang Quran.
Quran itu mudah untuk difahami.
Apa yg boleh difahami secara kasar(struktur makro)
Juga boleh difahami secara halus juga (struktur mikro)
Begitulah juga dgn perkataan dlm surah2 didlm Al-Quran .Ada beberapa lafaz atau perkataan yg amat relevan dgnnya.Perkataan2 itu sangat membantu penuntut ilmu al Quran dlm mendapatkan mesej utama surah.
a)perkataan kata kunci bg surah al Kahfi iaitu
(7) زِينَةً danلِنَبْلُوَهُمْ
(110) لِقَاءَ
(28) الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
(26) وَلِيٍّ
b)rangkaikata "Zal jalaliwal ikram" َ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
(27& 78)adalah kata kunci bg surah Ar Rahman .Ia disebut dua kali didlmnya .
Rangkaikata ini tidak terdapat didlm mana2 surah yg lain.
Macam paksi kata kunci ini.berkisar disekitar Ayat ini.
Ayat 27
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
Ayat 78
تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Jika buat yg tak eluk atau tak betul ,mendustakan sifat Tuhan yg ini. ingatlah sifat Allah yg Ini sifat Tuhan yg hebat,dan paling nyata sifat ini diakhirat nanti ذِي الْجَلَال
Sifat yg enak pula وَالْإِكْرَامِ
Ayat 7
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Ayat 28
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Ayat 104
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
Surah kahfi
Ayat yg boleh menambah kefahaman
Ayat 17
وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَتْ تَزَاوَرُ عَنْ كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَتْ تَقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِنْهُ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ۗ مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ ۖ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُرْشِدًا
Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
وَلِيًّا
Ayat 26
قُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثُوا ۖ لَهُ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ أَبْصِرْ بِهِ وَأَسْمِعْ ۚ مَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا يُشْرِكُ فِي حُكْمِهِ أَحَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.
وَلِيٍّpelindungatau penjaga
Ayat 44
هُنَالِكَ الْوَلَايَةُ لِلَّهِ الْحَقِّ ۚ هُوَ خَيْرٌ ثَوَابًا وَخَيْرٌ عُقْبًا
Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).
Makna pertolongan الْوَلَايَةُ
Puncanya perkataan itu adalah wali
Ayat 50
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Pelindung,penjaga,pemimpin أَوْلِيَاءَ
Asal dr perkataan wali,tapi jamak.
Ayat 102
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا
Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.
Lagi أَوْلِيَاءَ
Perlu letak didepan.
Apa pengajarannya?
Comel Tuhan hias dunia.jika digambarkan keindahan laut,pantai,salji,musim bunga,semua menarik.
Tuhan buat ini semua untuk apa?
Padahal nak mati belaka?apakah rahsianya?untuk uji manusia.ada 4 .ujian itu apa?
1.Ujian dlm keimanan.mencabar keimanan.a da yg dibelah kepala tetapi tetap dlm Islam.
Ashabulukhdud,dicampak dlm api ,itu ujian.
Ada lagi langkah lainlah?
Ashabul kahfi macam mn?juga manusia diuji dlm keimanan.mereka lari dan tidur.selama100th.bangun2 lapar dan nak beli makanan.masyarakat telah berubah.jadi adakala boleh ambil langkah untuk lari dan akan balik semula dan bukan bererti jgn menyerah shj.dan itulah yg dilakukan oleh rasullah saw.
2.ujian dlm bentuk harta benda.
Macam2 yg berlaku,sehingga ada jual agama dan maruah.juga dlm surah ni juga.tau Tuhan hancurkan dunia.dan Tuhan boleh tukar suasana dr kaya kepada miskin.jgn terlalu bergantung dgn harta.
3.cabaran dlm ilmu.
Umat nabi tanya nabi Musa,siapa yg paling alim?
Tapi Tuhan tak berkenan dgn jawapan nabi Musa ,sedang betul apa yg nabi Musa jawab.ahli ilmu ujian-nya jadi sombong.kerana ilmu dia jual agama,jadi dengki,
Kata kunci itu ,ilmu.
Orang hormat ahli ilmu sehingga sujud dikaki.
4.ujian kuasa cerita zulqarnain.ada kuasa memerintah dunia tapi masih tak lupa pd Allah.
c)perkataan "Sabil"adalah kata kunci bg surah as Darh الدَّهْرِ atau surah al insan.Ia disebut dua kali didlmnya.Satu diawalnya dan satu lagi diakhirnya.
Ayat 3
إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا
Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
Ayat 29
إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌ ۖ فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
Perkataan السَّبِيلَ
Dulu boleh ditunjukkan kita,rupa,dll.
Kemudian jadi manusia.bersifat mendengar dn melihat.
Bayi,itu dengar Pah tu baru pandai melihat,memang kedua2 tu ada tapi mendengar dahulu
Makhluk atau manusia itu istimewa boleh memilih.
Malaikat tiada pilihan
Pokok kelapa tiada ikhtiar atau pilihan
Binatang lalat,tahu yg busuk?kenapa begitu,ada hikmat.
Bila kita isi borang jadi manusia?
Patutlah kita bersyukur.
Buku panduan yg menunjukan jln yg baik.ikut Quran.begitu juga jln buruk ,kita ada pilihan .ada kebebasan.pilihan yg salah akan ke neraka.
Ayat 5
إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِنْ كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -
Ayat 15
وَيُطَافُ عَلَيْهِمْ بِآنِيَةٍ مِنْ فِضَّةٍ وَأَكْوَابٍ كَانَتْ قَوَارِيرَا
Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -
Ayat 21
عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُنْدُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ ۖ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِنْ فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا
Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
Balasan 3jenis minuman yg Tuhan bagi
Orang baik ada tingkat dan balasannya tidak sama.
Yg Baik dpt minum,dia minum sendiri
Yg kedua,ada yg melayan
Yg ketiga,tuhan sendiri bg minum وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُور
Balasan tak sama.
Buat yg terbaik,jgn makan dan minum yg menghilangkan pertimbangan aqal kita.
Ini Struktur mikro yg Quran susun.
Yg pakai gelang didunia ,disyurga tak boleh pakai diakhirat.
Adakah sedih disyurga?
Contoh orang yg tak makan durian didunia ,hakikat kepada orang yg makan adalah kerugian.begitulah lebih kurang gambarannya.
d)Rangkaikata "Alaa fil ardh"yg tersebut diawal surah al qashash dan "Alaa fil ardh" عَلَا فِي الْأَرْض ِ yg tersebut diakhirnya adalah kata kunci bg surah berkenaan.
Ayat 4
إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ ۚ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.
Ayat 83
تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا ۚ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ
Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
Orang yg hidup sewenang2nya untuk dpt ketinggian dan buat kerosakan tiada masa depan diakhirat.t tiada syurga untuknya
Semua
e)perkataan "kazzaba كَذَّبَتْ kazzabu" dan sebagainya yg tersebut didlm surah al qamar merupakan kata kunci.
Orang ini dibinasakan sebab mendustakan ayat2 Allah.kalu terlepas didunia diakhirat tidak kena juga.
Ayat
18
23
33
Kata Kunci adalah kunci pembukaan pintu ketidakfahaman.i a memudahkan dan kena masuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan