Ayat 188
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
👉Ayat ummulmunazzimah.
Boleh dicontohi mengenai harta.
Secara batil=yg tidak dizin oleh syariah.
Makan=Ambil dan penguasaan
Bawa saksi palsu dan dakwaan palsu,untuk dptkan secara tidak betul.
Saksi secara zahir nampak betul,maka hakim buat keputusan .
Allah akan putuskan zahir dan batin.
Mahkamah dunia hanya berdasar zahir shj.
Termasuk juga nabi saw yg membuat keputusan.
Bhg yg aku(nabi ) putuskan itu tetap untuk api neraka jika saksi palsu.tetap tidak dikira halal.
Dlm pemilikan/penguasaan harta mesti ikut syariat,biar berkat dan selamat diakhirat.
Ayat 189
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ ۖ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ ۗ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَىٰ ۗ وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."
👉Tengok anak bulan diseluruh dunia dan sampai bila2.
Ini cara2 menetapkan waktu.
Contoh tetapkan
Ramadan
Hajji
👉Ayat teguran atau zajrun dan Ayat tamsil(contoh)
Contoh rekaan dlm syariat.
memasuki rumah dari bahagian belakangnya .
Ayat 190
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
👉Ayat berkenaan jihad,agar kalimah Allah masuk dlm hati manusia.jihad sebhg dr qital.
Bukan semua perang jihad.kafir sama kafir perang bukan jihad.
Perang atas jihad fisabilillah,baru dipanggil jihad.
Berani
Bela bangsa
Perang djln Allah baru jihad,supaya kalimah allah tinggi dan kalimah syirik jatuh.
Tempat kalimah Allah yg paling tinggi adalah dihati manusia.
Berperang hanyalah dgn orang yg memerangi orang Islam.
Islam tidak memulakan peperangan dan hanya berperang untuk mempertahan diri.
Jizyah adalah untuk mendekatkan kepada tauhid.
Ayat 191
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ ۚ وَلَا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّىٰ يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ ۖ فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ ۗ كَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
👉Lagi tentang peperangan.
Islam mengalakan perang?
Fitnah syirik lebih bahaya dari perang dan menghalau mereka tempat asal mereka.
Tapi tidak sekali2 memulakan peperangan.
Peperangan di tanah haram jika kafir menceroboh disitu.
Ayat 192
فَإِنِ انْتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉 Dan jika sikafir jadi Islam,perang mesti dihentikan
Ayat 193
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ ۖ فَإِنِ انْتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
👉Sehingga tiada syirik atau rosak aqidah.
Betapa besarnya syirik disisi allah mesti diperangi.
Ahli tauhid yg zalim ,tetap kena hukum
Ayat 194
الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ ۚ فَمَنِ اعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
👉Bulan haram Zulkaedah,zulhijjah,maharam dan Rejab.
Rombongan yg nabi hantar tak tahu Rejab dah masuk,mereka telah tersalah berperang sebab tak tahu.
Tapi jika sikafir memulakan boleh diperangi walaupun bulan haram.
Ayat 195
وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
👉Infaq cabang jihad.
Infaq adalah cara simpan harta yg berkekalan dgn lebih byk.
Infaq fisabilitaghut,tiada faedah didunia dan akhirat.
Masuk dlm lingkungan musuh dan dibunuh oleh musuh bukan mencampakkan diri dlm kebinasaan
Sahabat nak pulihkan kebun untuk bayar hutang,semasa reda dr peperangan,ayat ini telah turun menegur sahabat.inilah mencampakkan diri dr kebinasaan.
Bukan maksud ayat tidak boleh bekerja tetapi tuntutan semasa tidak membenarkan.
Sempurnakan ihsan dlm infaq baru boleh balasan dr Allah
Ummumuslihah adalah hajji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan