Jumaat, Disember 02, 2016

Daurah tafsir 2016 sesi 3(istilah 3-11)

3.Takhwif ukhrowi
Ialah pengaliran tentang keadaan yg akan berlaku diakhirat.
Mafhum(apa yg boleh kita faham) takhwif ukhrowi ialah suatu ancaman azab siksaan yg bakal berlaku diakhirat nanti,bermula daripada sakaratul maut sampai ke dlm neraka.
Ayat takhwif didtgkan oleh Allah SWT supaya pihak lawan yg masih enggan menerima da'wa itu merasa takut serta bimbang terhadap masa depan mereka,lalu melalui takhwif ukhrowi ini akan mendorong mereka mengakui serta menerima da'wa.

(Ialah ayat dlm Quran yg boleh merasa takut tentang hari akhirat tentang masa depan mereka.menyebabkan mereka akan menerima tauhid.
Kesusahan
Bala bencana
Kesakitan pada tubuh badan yg tidak mampu diselamatkan oleh sesiapa)

Allah tahu untuk btk jiwa manusia,jadi Ayat2 itu diturunkan sesuai dgn jiwa manusia.
Membebel mungkin tak kena dgn jiwa manusia
Pujuk rayu ,agar dengar ayat Quran,yg sangat sesuai dgn hati manusia.

4.Istilah yg ke empat.
Takhwif duniawi,iaitu penakutan tentang keadaan yg akan berlaku didunia.
Mafhum takwi duniawi ialah suatu ayat yg ada didlmnya ancaman siksa didunia lagi yakni drp jenis kesusahan yg tidak mampu diselamatkan oleh sesiapapun.Didlm bhs Arab disebut ايام اللهatau مواعيد الله

Contoh takhwif
Surah Maryam ayat 86
وَنَسُوقُ الْمُجْرِمِينَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ وِرْدًا
Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga.

Takhwif ukhrowi

Surah Maryam ayat 98
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِنْ قَرْنٍ هَلْ تُحِسُّ مِنْهُمْ مِنْ أَحَدٍ أَوْ تَسْمَعُ لَهُمْ رِكْزًا

Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka; engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.

Faedah :didlm usul tafsir الفوزالكبير
Oleh Imam Waliyullah ad Dehlawi ada menyebut :
Takhwif ukhrowi didtgkan dlm btk sebagai
التذكيربالموت وما بعد الموت
Takhwif ukhrowi didtgkan dlm btk sebagai
التذكير بايام الله

5.Istilah ke Lima
Tabsyir ukhrowi
Iaitu berita gembira tentang keadaan yg akan berlaku diakhirat.
Mafhum tabsyir ukhrowi ialah ayat yg ada didlmnya khabar gembira tentang nikmat akhirat yg bakal diterima oleh mereka yg mengaku dan menerima da'wa.

6.Istilah ke enam
Tabsyir duniawi
Iaitu berita gembira tentang keadaan yg bakal diterima didunia lagi.
Mafhum tabsyir duniawi ialah ayat yg ada didlmnya khabar gembira tentang nikmat dunia yg bakal diterima oleh mereka yg mengaku dan  menerima da'wa.
Oleh kerana nikmat dunia berbentuk sementara maka ianya bukan maksud sebenar para mukmin(yg menerima da'wa)
Maka tabsyir dunia sedikit sekali diceritakan didlm al Quran berbanding dgn tabsyir ukhrowi
Contoh tabsyir
Surah kahfi ,Ayat 107
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

Tabsyir ukhrowi

Surah Nasr Ayat 1
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),

Tabsyir duniawi

7.Istilah ke tujuh
Syakwa atau Syikayah ialah rungutan tentang sikap degil manusia .
Mafhum Syikayah ialah ayat yg ada didlmnya makna seolah2 suatu rungutan Tuhan terhadap kedegilan pihak lawan.
Syikayah yg didtgkan didlm al Quran berbentuk kata2 mereka yg degil ,yakni jenis tuduhan yg tidak munasabah atau jenis kata2 yg membawa makna yg mencabar kemampuan pembawa da'wa,sekali gus menjadi penghalang melalui kata2 mereka itu terhadap yg diseru.
Cara mengenali ayat Syikayah ialah pada permulaan ayat terdapat قالatau قالوا.
Istilah ini dinamakan Syikayah yakni bermaksud suatu rungutan atau aduan perihal kedegilan penentang da'wa.
Contoh Syikayah
Surah Isra Ayat 90
وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنْبُوعًا

Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami.

Syikayah atau syakwa

Allah sebut balik kata2 orang yg degil.
Tuduhan terhadap nabi
Mencabar nabi atau pengikut nabi.
Yg bertujuan untuk menundukan dan melemahkan pembawa dakwah.
Cara kenal Cara ayat Syikayah ialah pada permulaan ayat terdapat قالatau قالوا.

8.Istilah kelapan
Zajrun iaitu teguran membina  untuk nabi(supaya menambah amal baik)
atau teguran keras untuk penentang da'wa.(sebab tindakan yg tidak munasabah)
Kedua2nya ini menunjukan sesuatu sikap keatas manusia.
Mafhum zajrun ialah ayat2 yg ada didlmnya suatu teguran keras serta kiasan pedas diatas sikap pihak lawan ,samada disebabkan sikap mereka membuat tuntutan tidak munasabah atau disebabkan tindakan daripada  salah laku mereka .
Zajrun juga berlaku terhadap pembawa da'wa (nabi dan rasul)diatas perbuatan khilaf aula mereka .Yg nabi buat dah baik tapi untuk lebih baik
Harus berhati2 dlm menghuraikan ayat2 seperti ini  kerana ianya berlaku kepada kepada golongan ahli syurga dan juga  golongan yg berlainan aqidah dan cara hidup.

Contoh zajrun bg orang degil
Surah mukmin atau al Ghafir Ayat 83
فَلَمَّا جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَرِحُوا بِمَا عِنْدَهُمْ مِنَ الْعِلْمِ وَحَاقَ بِهِمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata); dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu.

Zajrun bg orang nabi saw
Hikmah 1,nabi tidak reka Quran
Hikmah 2,sentiasa berfikiran matang,duk dunia hanya sekali dan minta syurga Firdaus.

Surah at taubah ayat 43
عَفَا اللَّهُ عَنْكَ لِمَ أَذِنْتَ لَهُمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَتَعْلَمَ الْكَاذِبِينَ

Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?

Nabi maafkan orang yg tidak berjihad.
Sedangkan surah taubah,tiada kelonggaran untuk semua orang dlm perang Tabuk.Allah tegur nabi.Allah dah
maafkan
عَفَا اللَّهُ عَنْكَ

Nak tahu munafikin
Berat untuk berjihad taku mati
Berat untuk sedekah/infaq takut miskin

9.Istilah ke sembilan.
Tasliyah iaitu pujukan atau penghibur hati .
Mafhum tasliyah ialah ayat yg ada didlmnya suatu makna pujukan atau makna yg menghiburkan hati pembawa da'wa.
Sedih sebab ditolak ,nabi sedihayat2 sepertimu mendapat ketenangan dan ketabahan

Tasliyah ada 3 jenis:
1.Kaedah البلو أذأ عمت خفت(albawa Iza ammkhotfat)
Musibat yg ditanggung oleh ramai orang jadi ringan sebab ramai yg tanggung.
Contoh sakit perut,ramai yg sakit perut ,sakit jadi ringan
Cerita rasul2 lain dah pernah didustakan.
2.Kaedahترك القليل والكثير(tarkuqoliliwakasir)
Janji dapat tentu dapat yg byk ,yg sedikit jadi tidak dikehendaki lagi.
Kami akan diberi janji yg 10X lebih dari dunia oleh Allah yg akan reda,jadi sabarlah.
3.Kaedah
ترك المباراة بالمخالفين بأداء الشكرعل نعم المنعم
(Tarokaul mubaroh bil mukhalifin biada a Syukri amal naimil mun an)
Mafhum daripada tasliyah.
ada ayat2 ni yg mn allah yg minta jgn pedulikan kata2 orang degil dan jahil.jika fikir akan lemah jantung tapi ganti dgn sibukkan diri dgn perkara yg boleh memberi pahala dr berfikir dia tu kata gini atau gitu.jiwa jadi tak tenteram dan merugikan.ambil pendirian.kita buat kerja kita dan dia buat kerja kita.
Taqdirnya tidak akan berlaku mengikut mulut penentang
Jgn fikir,itu ini,menyebabkan fikiran kita pening.

Contoh Tasliyah
Surah Fatir Ayat 4
وَإِنْ يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِكَ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

Dan jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad), maka sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu sebelummu telah juga didustakan (oleh kaumnya masing-masing). Dan (Ingatlah), kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

Surah toha Ayat 130
فَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا ۖ وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ

Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).

Surah Ali Imran
ayat196
إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

ayat 197
فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

10.Istilah kesepuluh
Umurmuslihah(أمور مصلحة)iaitu amalan2 yg memberi kesan pada islah.
Kenal Allah melalui tauhid tapi kemanisan iman dgn ibadah.solat,bc Quran ,haji betul,khusyuk sunnah akan lahirkan kemanisan dan boleh bg kebaikan kepada orang lain.
Apabila ibadah dapat kemanisan ,adat ia akan terjaga.
Jika solat tapi masih mengumpat ,dia masih belum dapat kemanisan ibadah atau khusyuk
Mafhum umurmuslihah ialah ayat yg ada didlmnya menekankan tentang ibadat khas seperti solat supaya dgn ibadat khas ini kehidupan sesaorang yg telah menerima da'wa dari segi adat mereka ialah muasyaroh,muamalah,siasatul madaniyah dan akhlaq akan menjadi lebih baik dan lebih teratur (adat ini didlm istilah kesebelas dinamakan umurmunazzhimah
أمورمنظمة)
Contoh umurmusliha(أمور مصلحة)
Surah al baqarah ayat 238
حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Kaedah:
Satu kejahatan atau dosa yg telah dilakukan oleh sesaorang akan melahirkan didlm hatinya satu rangsangan baru untuk  berusaha terus didlm kejahatan yg lain.
Begitu juga dgn satu kebaikan yg telah dibuat oleh sesaorang akan melahirkan didlm hatinya satu dorongan baru yg merupakan Taufiq Ilahi untuk terus berusaha didlm amalan kebaikan lain.
Oleh itu dimana sj  terdapat huraian tentang umur munzazzhimah disitu akan diselangi dgn umurmuslihah .
Ini semata2 adalah diatas tujuan ini(Taufiq kepada kebaikan) wallahuallam.

11.Istilah yg kesebelas
Umurmunazzhimah.(peraturan hidup daru satu keluarga hingga satu dunia)
Iaitu cara hidup bermasyarakat atau peraturan  hidup dlm masyarakat.
Mafhum umurmunazzhimah ialah ayat2 jenis kaedah hidup berumahtangga dan bermasyarakat ,termasuk nikah kahwin ,jual-beli,cara memiliki harta ,cara membelanjakan harta,pembahagian harta pusaka dan undang2 jenayah (apabila berlaku keterlanjuran)serta cara2 muhakamah (mengadili).
Keadaan umat muslimah sampai kepada satu tahap ,mereka tidak mampu untuk memperjuangkan tauhid atau da'wa kepada pihak penentang atau pihak lawan sekiranya kehidupan mereka sendiri kacau bilau,kucar kacir tidak teratur dan tersusun.sedang bukti beriman itu tiada.
Dgn kata lain pembawa da'wa tidak mampu mengatasi pihak lawan sekiranya mereka sendiri berpecah belah tidak bersatu.
Maka ayat2 jenis umurmunazzhimah ini diturunkan bg membentuk pembawa da'wa atau penerima da'wa kepada satu cara hidup yg tersusun rapi ,teguh dgn cara adil dan saksama dibawah petunjuk wahyu Ilahi.
Tetapi umurmunazzhimah tidak akan sempurna jika umurmuslihah tidak sempurna.
Oleh itu dicelah2 Ayat umurmunazzhimah ini didtgkan atau diturunkan untuk menjadi contoh.membentuk cara hidup pembawa dakwah.
Perkahwinan yg batal,maskhawin belum dijanjikan.
Pihak lelaki,Harta yg telah diberi ,saya berikan.
Pihak perempuan, tak payah sebab perempuan tak perlu bg mahar.
Quran suruh bg balasan untuk orang buat baik.
Siapa yg boleh hayati perkara ini.yg perlukan ummu muslimah.

Ayat umurmuslihah.

Contoh umurmunazzhima
Surah al-Baqarah
Ayat 226
لِلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِنْ نِسَائِهِمْ تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍ ۖ فَإِنْ فَاءُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

لِلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِنْ نِسَائِهِمْ تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍ
Mu'asyaroh

ayat 282
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu
Muamalah

Surah hujurat Ayat 9
وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا
Muhakamah

Surah an Nisa Ayat 83
وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ
Siasatul madaniyyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan