Dlm surah Fatihah dulu,kita minta berlindung
dari masuk gol yg dimurkai (Yahudi)dan gol yg sesat(nasora).
Golongan yg dimurkai yahudi.
Surah ini Ali imran yg sebahagian besar menerangkan sifat2 orang nasora iaitu sifat2 orang yg sesat.
Iaitu sifat2 orang yg sesatْ وَلَا الضَّالِّينَ
Sebahagian besar penjelasan surah baqarah adalah sifat yahudi.
Sebahagian besar penjelasan surah ali imran sifat nasora.
Sifat orang yg sesat,golongan nasaro dizaman nabi.zaman lain pun jika berfahaman seperti dizaman nabi saw jua sesat.
Boleh jadi sifat ada pada zaman lain dan bangsa lain.
Ada yg telah masuk Islam dan sifat nasora telah tiada.
Sifat sesat dikhuatiri ada pada diri kita dan kita tidak untuk berusaha meninggalkannya.
Oleh kerana kita tak tahu sifat sesat,sifat sesat ada pada kita.
Ali imran dibahagi dua.
Bhg pertama dari Ayat 1-92,ditujukan khas pada sifat nasaro.
Bhg kedua dari Ayat 93-akhir( +-200ayat)surah.ada Yahudi ,nasora ,allah sebut atas maksud teguran zajran atau Syikayah.
Asalnyg duduk di najran yg ikut kitab injil.
Orang Arab ada yg beragama nasora dan kitab Injil.
Seperti juga negeri habsyah.
Tetapi sebelum wujudnya quran.
Setelah lahir nabi saw,kitab Injil sudah tidak boleh dipakai.hanya Quran yg boleh dipakai.
Dinajran sudah masuk bidah.kitab injil telah diterjemah dan ditafsir lari dari bentuk asal.
Orang nasora Najran sudah tidak mampu nak ikut kitab Injil yg sebenar.
Begitu juga bukan semua isi Al-Quran mampu di ikut oleh sesaorang islam.kemudian amal hanya ikut yg mampu shj.dan kata tak sesuai dgn zaman.pada hal tak sesuai dgn nafsu kita.
Tak mampu amal kemudian takwil sesuka hati.
Seperti kata,tak akan tok guru salah,sedangkan tok guru pun boleh salah.
Iman syafie,duk cela zaman,sedang kita yg lemah.
Minit 12
Tak mampu nak amal takwil.
Dok kata tak kan tok guru salah.
Kena ngaku,tak mampu ikut.dia hurai ikut kemampuan dia jah.
Orang negeri Yaman beragama nasaro ,berbahasa Arab dtg nak berdebat dgn nabi saw.mereka tidak sedegil Yahudi dgn anggapan nabi masih mentah.
Dia dok ingat nabi saw ni tak matang lagi.
Byk seluk agama tak reti,pada anggapanya.
Nabi kata hanya Allah adalah Illah.
Sedang depa kata nabi Isa juga Ilah.
Ini adalah bid'ah di segi aqidah .
Mereka bertawasul dgn nabi isa.
Lalu nabi saw bg keterangan satu persatu sifat ilah adalah bg allah.
dan nabi gunakan surah ini untuk menjelaskan kepada orang nasaro.
ini boleh dipakai sampai bila2.
Yahudi tak fasih Arab dan tidak mahu berdebat dgn nabi.
agama nasaro mempertuhan Isa sehingga ke hari ini .
Orang nak kata,nabi isa adalah juga ilah.
Nabi jawab kepada orang nasaro dgn surah Ali Imran ini.
Begitu Jugalah untuk kita sekarang bila berhadapan dgn orang nasaro dizaman ini.
Minit 21
Nak injil tu ori,serupa quran dak?
Nabi saw bc quran,Tetapi nasaro degil tak mahu pakai hanya allah illah.
Jika tak mahu pakai,nabi ajak nasaro mubahalah.
Berdoa minta terus kepada Allah dan minta azab serta merta jika salah.yg mana dua kumpulan yg tidak betul ,turunkan azab serta merta.
Hebat quran ni boleh ubah kekufuran.
Wakil madarasah Mudir( dan dua orang)kepada Maulana Hadi pernah nak bermubahalah dgn Syiah.,buat pentas khas.masuk surat khabar, ramai orang dtg.tetapi Syiah tak dtg...esuk tubik surat khabar pihak syiah tak bersedia untuk mari..dlm perselisihan tiada mubahalah.
Yg jelas2 bercanggah dgn quran.
Mubahalah hanya boleh antara kufur dan Islam sahaja yg boleh.dlm fekah tidak boleh.
Nasaro Najran tidak bersedia untuk bermubahalah tetapi kemudian ramai yg masuk Islam sebab kebenaran hanya ada dlm Quran.
Surah ali imran bg kita reti pasal orang nasaro.kalu tidak kita tak tahu kesalahan orang nasaro menyebabkan kita tak akan mampu ajak dia kepada Islam.
dari Ayat 1-32 Muqadimah atau tamhid (suatu pendahuluan awal) pendahuluan untuk dibaca kpd nasaro Najran.
Perbahasan dgn nasaro najran ,dari 33(?)Sehingga Ayat 92
Dlm muqadimah ,allah beritahu tentang kebenaran Quran.
Satu2nya hujjah yg sahih dan sangat2 muktabar,kitab mukjizat.nak berdebat dgn sapo2 pun.
Apakah niat ini dlm pegangan nasora?
Permulaan surah juga diberitahu Golongan dahulu yg tak ikut wahyu,dikata sesat. Wahyu2 dulu juga benar.
Isi wahyu itulah yg benar termasuklah Al-Quran.
Zaman bila2 pun,Mana2 yg menentang wahyu dan ikut nafsu ,akan sesat
Nabi2 dahulu juga benar.
🎾🎾
Dlm surah Fatihah,minta berlindung dari masuk gol yg dimurkai (Yahudi)dan gol yg sesat(nasora).
Surah ini Ali imran yg sebahagian besar menerangkan sifat2 orang nasora iaitu sifat2 orang yg sesat.
Iaitu sifat2 orang yg sesatْ وَلَا الضَّالِّينَ
Sifat orang yg sesat.golongan nasaro dizaman nabi.
Ada yg telah masuk Islam dan sifat nasora telah tiada.
Sifat sesat dikhuatirimada pada diri kita dan kita tidak untuk berusaha meninggalkannya.
Bhg pertama1-92,ditujukan pada sifat nasaro.
Bhg kedua93-akhir surah.ada Yahudi ,nasora atas maksud teguran zajran atau Syikayah.
Orang Arab ada yg beragama nasora dan kitab Injil.
Setelah lahir nabi saw,kitab Injil sudah tidak boleh dipakai.h qnya Quran yg boleh dipakai.
Orang nasora Najran sudah tidak mampu nak ikut kitab Injil yg sebenar.banyak bid'ah yg masuk dlm agama mereka.
Begitu juga bukan semua isi Al-Quran mampu di ikut oleh sesaorang islam.kemudian amal hanya ikut yg mampu shj.dan kata tak sesuai dgn zaman.pada hal tak sesuai dgn nafsu kita.
Tak mampu amal kemudian takwil sesuka hati.
Seperti kata,tak akan tok guru salah,sedangkan tok guru pun boleh salah.
Bangsa Yaman beragama nasaro ,berbahasa Arab dtg nak berdebat dgn nabi saw.mereka tidak sedegil Yahudi dgn anggapan nabi masih mentah.
Nabi kata hanya Allah adalah Illah.
Sedang depa kata nabi Isa juga Ilah.Ini adalah bid'ah dlm aqidah mereka.
Lalu nabi saw bg keterangan satu persatu sifat ilah adalah bg allah.dan nabi gunakan surah ini untuk menjelaskan kepada orang nasaro.ini boleh dipakai sampai bila2.
Yahudi tak fasih Arab dan tidak mahu berdebat dgn nabi.
agama nasaro mempertuhan Isa sehingga ke hari ini .
Nabi jawab kepada orang nasaro dgn surah Ali Imran ini.
Juga untuk kita sekarang bila berhadapan dgn orang nasaro dizaman ini.
Tetapi nasaro degil tak mahu pakai.
Jika demikian ,nabi ajak nasaro mubahalah.
Berdoa kepada Allah dan minta azab serta merta jika salah.ya mana dua kumpulan yg tidak betul ,turunkan azab serta merta.
Wakil madarasah Mudir( dan dua orang),kepada Maulana Hadi pernah nak bermubahalah dgn Syiah.,buat pentas khas.masuk surat khabar, ramai orang dtg.tetapi Syiah tak dtg.
Mubahalah hanya boleh antara kufur dan Islam sahaja yg boleh.dlm fekah tidak boleh.
Nasaro Najran tidak bersedia untuk bermubahalah.kemuadian ramai yg masuk Islam .
Kebenaran hanya ada dlm Quran.
Tak tahu kesalahan orang nasaro menyebabkan kita tak akan mampu ajak dia kepada Islam.
Muqadimah 1-32pendahuluan untuk dibaca kpd nasaro Najran.
Perbahasan dgn nasaro.
Sehingga Ayat 92
Tentang kebenaran Islam hanyalah Quran.
Satu2nya hujjah mukjizat.
Apakah nial ini dlm pegangan nasora?
Gol dahulu yg tak ikut wahyu,dikata sesat.
Isi wahyu itulah yg benar termasuklah Al-Quran.
Mana2 yg menentang wahyu akan sesat.
Ayat 1
الم
Alif, Laam, Miim.
Ayat 2
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
👉Allah shj hanya Illah,isa dan Mak dia akan mati.
Jika manusia dok seru dia dan Mak dia ,tak boleh buat apa.
Ayat 3
نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنْزَلَ التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ
Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
👉Ayat ini dituju kepada orang nasora Injil.
Wahai orang najran,Allah lah yg turunkan Quran kepada nabi,jgn pandang rendah pada nabi.
Injil dan Taurat turun sekali gus وَأَنْزَلَ
Quran turun sedikit demi sedikit نَزَّلَselam 23tahun.
Jadi wahai orang Najran ,kena reti.
Tanya orang nasaro ,betul ke?nasaro jawab ,betul.
Ayat 4
مِنْ قَبْلُ هُدًى لِلنَّاسِ وَأَنْزَلَ الْفُرْقَانَ ۗ إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
👉Takhwif ukhrowi(untuk menakutkan).
Masing2 kitab diamal dizamannya.
Quran Ayat allah بِآيَاتِ اللَّهِ
Qudrat Allah bilquwah عَزِيزٌ.
Qudrat Allah bi fekli ذُو انْتِقَامٍ
Ayat 5
إِنَّ اللَّهَ لَا يَخْفَىٰ عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.
👉Allah tahu belaka,Nabi isa dan ibunya Maryam tidak Illah dan tidak tahu sebagaimana yg Allah tahu.
Ayat 6
هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الْأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Ini juga kuasa Allah ,yg tiada pada Isa dan maryam.jadi kenapa jadi depa illah
Ayat 7
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ ۖ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ ۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran waras
👉Nak bg tahu orang nasaro punca kekeliruan
Ngaji tiada sanad dan guru yg tidak pandai.
Sanad ,belajar isi kitab yg tidak berubah.
Orang nasora ngaji syarah (tidak ngaji matan atau kitab yg asli)shj bukan Injil .
Tiada sanad(dia ambil peduli tentang orang yg bawa isi kitab atau peka dgn keaslian kitab)
Jika Injil original tentu tiada kekeliruan.
Jangan keliru dgn kitab yg asal
Manusia memang biasa tersilap.
Jika umat Islam tidak ngaji matan ,juga akan sesat
Bahasa yg digunakan Allah kepada Isa dlm Injil,anak ku.lalu difaham Isa anak Tuhan.padahal itu bahasa, manja.kita pun panggil anak orang dgn wahai anakku.
Lafaz2'dlm Quran juga boleh keliru.
Ada Ayat yg jelas مُحْكَمَاتٌ
Ada Ayat yg tak jelas مُتَشَابِهَاتٌ,h Anya Allah yg tahu maknanya.
Ayat 8
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
👉Doa orang waras.
Kena bc doa ini sekurang2nya sekali sehari.
Hati kita tidak akan rosak dgn doa ini.
Ayat 9
رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
,👉
Ayat 10
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ وَقُودُ النَّارِ
Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api neraka.
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 11
كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ ۗ وَاللَّهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ
(Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya.
👉Firaun tidak bersaorangan.
Ayat 12
قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا سَتُغْلَبُونَ وَتُحْشَرُونَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ ۚ وَبِئْسَ الْمِهَادُ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan".
👉Dituju kepada orang mekah dan Nasaro Najran.
Ayat 13
قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا ۖ فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأُخْرَىٰ كَافِرَةٌ يَرَوْنَهُمْ مِثْلَيْهِمْ رَأْيَ الْعَيْنِ ۚ وَاللَّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصْرِهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِأُولِي الْأَبْصَارِ
Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).
👉Satu kumpulan,orang Madinah yg menyebelahi nabi.
Satu kumpulan,kafir mekah.
Kafir Mekah,nampak mereka byk,supaya mereka tidak lari.
Orang mekah degil disebabkan tak mahu tinggal dunia shj,lain2 sebab hanya sampingan shj.
Begitulah manusia dizaman loni,dunia yg menghalang manusia rapat dgn Allah.
Ayat14
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
👉Memang dinampakkan semua manusia eluk untuk menyempurnakan hawa nafsu.
Harta yg dihimpun yg dicela وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ
Ini semua (dunia)menghalang manusia mendekati wahyu.
Tapi ada yg lebih baik bg orang menggunakan semua yg ikut wahyu.
Penyakit yg sebenar bg manusia.
Ayat 15
قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَٰلِكُمْ ۚ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;
👉Tawaran dari Allah untuk orang takut syirik kepada Allah.
Orang yg akan dapat syurga ialah orang yg buat ikhtiar mudah. sebelum buat ikhtiar payah iaitu berdoa.
Kena rapat dgn cara berdoa.
Tawasul dgn sifat Allah
Tawasul dgn amal Soleh.
Ayat 16
الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";
👉Diajar dgn doa ini,tawasul dgn iman diri sendiri.
Ini ikhtiar mudah,adalah berdoa
Ayat 17
الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
👉Berusaha mendapat sifat2 ini
Buat pahala paling payah. وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ
Kerana tidak mampu menzahirkan kita seorang hamba
Ayat 18
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Dalil naqli.allah sendiri sbg dalil.
Malaikat dan orang2 yg berilmu
Ayat 19
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
👉selisih orang yg ngaji,berilmu.
Allah nak bg tahu orang berilmu ,berselisih tak mahu tunduk pada kebenaran.
Ayat 20
فَإِنْ حَاجُّوكَ فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِيَ لِلَّهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ ۗ وَقُلْ لِلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْأُمِّيِّينَ أَأَسْلَمْتُمْ ۚ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوْا ۖ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.
👉Ini zajrun.( teguran membina untuk nabi atau teguran keras untuk penentang da'wa.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan