Jumaat, Disember 16, 2016

Hukum Faraid baqarah180-182

Minit 42
Ayat 180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
👉Ini hukum munazimah
Undang2 dlm wasiat harta.
Simati hampir mati sunat meninggalkan wasiat mengikut faraid.
Bil maaruf adalah seperti yg ditetapkan syariat antaranya tak pilih kasih ,atau sebab kaya atau miskin.
Untuk orang yg bertaqwa dan takut pada syirik.
Ada yg jadi KAFIR sebab ingkar faraid.
Asal tak tahu faraid.
Merasa tak adil hukum faraid
Zalim dlm faraid hidup beribadat 60th hidup telah rosak.
Masa bg wasiat mesti ada saksi.
Wasiat orang tiada hak pusaka.
Wasiat tak lebih dari satu pertiga.

Ayat 181
فَمَنْ بَدَّلَهُ بَعْدَمَا سَمِعَهُ فَإِنَّمَا إِثْمُهُ عَلَى الَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Dosa yg menukar ditanggung oleh orang menukar wasiat itu.
Abaikan faraid ,merasa lebih adil dr Tuhan,ini dosa besar atau kufur.

Ayat 182
فَمَنْ خَافَ مِنْ مُوصٍ جَنَفًا أَوْ إِثْمًا فَأَصْلَحَ بَيْنَهُمْ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Orang yg dengar wasiat bimbang sebab wasiat yg tak betul dgn syariat.atau lari dgn syariat.
Maka orang yg dengar mesti DAMAIKAN IKUT SYARIAT.
Maka pembahagian faraid yg bertentangan dgn wasiat tidak berdosa sebab cara itu cara berdamai.ini dikatakan munazzimah(Umurmunazzhimah.Iaitu cara hidup bermasyarakat atau peraturan  hidup dlm masyarakat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan