Ahad, Januari 01, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 40 3:149-171

Ayat 149
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا
يَرُدُّوكُمْ
عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ
فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir
nescaya mereka akan menolak kamu kembali
kepada kekufuran,
lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.

👉Zajrun atau teguran kpd orang yg masih ikut cadangan dan pandangan munafik (orang kafir yg duduk dlm masyarakat islam)

Ayat 150
بَلِ اللَّهُ مَوْلَاكُمْ ۖ
وَهُوَ خَيْرُ النَّاصِرِينَ

(Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu,
dan Dia lah sebaik-baik Penolong.
👉Bg mn nak tahu sesuatu keputusan itu dr orang kafir?
Bila ianya bercanggah dgn sunnah

Ayat 151
سَنُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ
بِمَا أَشْرَكُوا بِاللَّهِ
مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا ۖ
وَمَأْوَاهُمُ النَّارُ ۚ وَبِئْسَ مَثْوَى الظَّالِمِينَ

Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan takut berserta  gerun,
disebabkan mereka mempersekutukan Allah
dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya.
Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.
👉Semua hadis yg bercanggah dgn tauhid adalah palsu.

Ayat 152
وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللَّهُ وَعْدَه
ُ إِذْ تَحُسُّونَهُمْ بِإِذْنِهِ ۖ
حَتَّىٰ إِذَا فَشِلْتُمْ
وَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ
وَعَصَيْتُمْ مِنْ بَعْدِ مَا أَرَاكُمْ مَا تُحِبُّونَ ۚ
مِنْكُم
ْ مَنْ يُرِيدُ الدُّنْيَا
وَمِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الْآخِرَةَ ۚ
ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ ۖ
وَلَقَدْ عَفَا عَنْكُمْ ۗ
وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya,
sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan)
dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu,
serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang).
Di antara kamu ada (dok atas bukit)yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata,
dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu;
dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya dan tak akan dihukum diakhirat).
Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.
👉permulaan perang uhud.
Sahabat nabi cinta dunia?tidak
Kesilapan Maududi sebab kata sahabat cinta dunia.
Maududi seorang wartawan dan bukan ulamak islam ,ini kesalahan berat.
30 orang buat kesalahan,700orang yg merasai penderitaan.

Ayat 153
إِذْ تُصْعِدُونَ
وَلَا تَلْوُونَ عَلَىٰ أَحَدٍ
وَالرَّسُولُ يَدْعُوكُمْ فِي أُخْرَاكُم
ْ فَأَثَابَكُمْ غَمًّا
بِغَمٍّ
لِكَيْلَا تَحْزَنُوا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ
وَلَا مَا أَصَابَكُمْ ۗ
وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

(Ingatlah) ketika kamu berundur lari
dan tidak menoleh kepada sesiapa pun,
sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya).
Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan),
dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu,
supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu,
dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.
👉Allah tukar bila langgar perintah
Berita kematian nabi mengatasi kesedihan kekalahan.

Ayat 154
ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً
نُعَاسًا
يَغْشَىٰ طَائِفَةً مِنْكُمْ ۖ
وَطَائِفَةٌ
قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ
يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ
ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ ۖ
يَقُولُون
َ هَلْ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ مِنْ شَيْءٍ ۗ
قُلْ إِنَّ الْأَمْرَ كُلَّهُ لِلَّهِ ۗ
يُخْفُونَ فِي أَنْفُسِهِمْ مَا لَا يُبْدُونَ لَكَ ۖ
يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ مَا قُتِلْنَا هَاهُنَا ۗ
قُلْ لَوْ كُنْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْ ۖ
وَلِيَبْتَلِيَ اللَّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ
وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu,
Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram,
iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas),
sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri,
menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar,
seperti sangkaan orang-orang jahiliyah.
Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?"(,ungkit)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)".
Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu.
Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing".
Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu,
dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
👉Kemenangan pada permulaan sebab kepatuhan pada keputusan Syura dan itu adalah kemenangan.

Ayat 155
إِنَّ الَّذِينَ تَوَلَّوْا مِنْكُم
ْ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَان
ِ إِنَّمَا اسْتَزَلَّهُمُ الشَّيْطَان
ُ بِبَعْضِ مَا كَسَبُوا ۖ
وَلَقَدْ عَفَا اللَّهُ عَنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu
pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu,
sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu);
dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
👉300 orang itu telah dimaafkan oleh allah.

Ayat 156
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَكُونُوا
كَالَّذِينَ كَفَرُوا
وَقَالُوا لِإِخْوَانِهِمْ
إِذَا ضَرَبُوا فِي الْأَرْض
ِ أَوْ كَانُوا غُزًّى
لَوْ كَانُوا عِنْدَنَا
مَا مَاتُوا وَمَا قُتِلُوا
لِيَجْعَلَ اللَّهُ ذَٰلِكَ حَسْرَةً فِي قُلُوبِهِمْ ۗ
وَاللَّهُ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۗ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur
dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga,
atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh):
"Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh".
(Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan
akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka.
Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan,
dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.
👉Suara2 munafik

Ayat 157
وَلَئِنْ قُتِلْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
أَوْ مُتُّمْ لَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ
وَرَحْمَةٌ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ

Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil),
atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum),
sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).
👉jawapan Allah bila mati dijln Allah baik

Ayat 158
وَلَئِنْ مُتُّمْ أَوْ قُتِلْتُمْ
لَإِلَى اللَّهِ تُحْشَرُونَ

Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan).
👉Allah kata lagi.

Ayat 159
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّه
ِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ
وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا
غَلِيظَ الْقَلْب
ِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ
فَاعْفُ عَنْهُمْ
وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ
وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),
engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu),
dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu),
dan pohonkanlah ampun bagi mereka,
dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.
kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya
👉Hibur hati sahabat
Mesyuarat itu ikhtiar.
Kejadian itu taqdir.
Bertawakalkepada Allah bukan kepada mesyuarat.

Ayat 160
إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ
وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ ۗ
وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
👉Ayat untuk menghilangkan dukacita
Tapi kena fikir bgmn nak dapat bantuan allah.

Ayat 161
وَمَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَغُلَّ ۚ
وَمَنْ يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ
ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ
وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang),
dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu),
ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu;
kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya,
sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya)
👉Teguran kepada si munafik.
Curi harta rampasan يَغُلَّtidak boleh kerat tangan tapi dosa besar lebih dari kerat tangan.
Curi harta rampasan akan dihukum diakhirat dan nabi tak mungkin curi tapi munafik telah tuduh nabi.

Ayat 162
أَفَمَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَ اللَّهِ
كَمَنْ بَاءَ بِسَخَطٍ مِنَ اللَّهِ
وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama seperti orang
yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam,
dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
👉Takhwif ukhrawi.

Ayat 163
هُمْ دَرَجَات
ٌ عِنْدَ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ

Mereka itu (yang menurut keredaan Allah,
dan yang mendapat kemurkaanNya),
mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah;
dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.
👉Darjat neraka dan syurga berlainan.

Ayat 164
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا
مِنْ أَنْفُسِهِمْ
يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ
وَيُزَكِّيهِمْ
وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman,
setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya),
dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran)
dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat).
Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
👉Nak diberi tahu ,bukan orang yg dituduh mencuri bahkan nikmat terbesar dr allah
Orang yg tidak tahu nabi Muhamad Ajam atau bukan tidak syak lagi ianya masih  kufur

Ayat 165
أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَة
ٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا
قُلْتُمْ أَنَّىٰ هَٰذَا ۖ
قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ ۗ
إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)?
dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud),
yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar),
kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (wahai Muhammad):
"Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)".
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Zajrun terhadap orang mukmin.

Ayat 166
وَمَا أَصَابَكُمْ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ
فَبِإِذْنِ اللَّه
ِ وَلِيَعْلَمَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera - di medan perang Uhud) itu,
maka (adalah ia) dengan izin Allah,
dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman.
👉Ini sebab sebenar adalah taqdir,yg zahir cuma ujian.

Ayat 167
وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ نَافَقُوا ۚ
وَقِيلَ لَهُمْ
تَعَالَوْا
قَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
أَوِ ادْفَعُوا ۖ
قَالُوا لَوْ نَعْلَمُ قِتَالًا لَاتَّبَعْنَاكُمْ ۗ
هُمْ لِلْكُفْرِ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنْهُمْ لِلْإِيمَانِ ۚ
يَقُولُونَ بِأَفْوَاهِهِمْ
مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ ۗ
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ

Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka:
"Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam),
atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)".
Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya),
tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)".
Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman.
Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.
👉

Ayat 168
الَّذِينَ قَالُوا لِإِخْوَانِهِمْ
وَقَعَدُوا
لَوْ أَطَاعُونَا مَا قُتِلُوا ۗ
قُلْ فَادْرَءُوا عَنْ أَنْفُسِكُمُ الْمَوْت
َ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud),
sedang mereka sendiri tidak turut berperang:
"Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu,
jika betul kamu orang-orang yang benar".
👉Jumlah badaliya

Ayat 169
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ
بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati,
(mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
👉Tabsyir,mati istimewa

Ayat 170
فَرِحِينَ
بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ
وَيَسْتَبْشِرُونَ
بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ
أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

(Dan juga) mereka bersukacita
dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka,
dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang),
yang masih tinggal di belakang,
yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka,
dan mereka pula tidak akan berdukacita.
👉Bergembira dgn orang2 yg akan mati syahid.

Ayat 171
يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّه
ِ وَفَضْل
ٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya;
dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.
👉Sebab kegembiraan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan