Surah al araf hubungkait dgn surah2 sebelum.
Jalan yg dimurkai=al-Baqarah ,Yahudi .musyrikin.
Jalan yg sesat=Ali Imran ,nasoro.munafikin
Belajar untuk jauhkan sifat2 orang yg dimurkai dan orang yg sesat
Asal usul manusia jadi sesat.
Punca sesat begini...punca hidayah begini..
Tinggal berusaha untuk selamat.
Da'wa surah:
Pada Ayat ke2
كِتَابٌ أُنْزِلَ إِلَيْكَ
فَلَا يَكُنْ فِي صَدْرِكَ حَرَجٌ مِنْهُ
لِتُنْذِرَ بِهِ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu).
Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya,
supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.
👉Berani Tablighkan wahyu.ini golongan yg akan selamat.
Jika dengar kemudian diam tiada jaminan selamat.
1.Lepas tanggungjawab
2.Dapat kekuatan.allah yg bg.
Da'wa yg ke2dlm Ayat ke3
اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ
وَلَا تَتَّبِعُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ ۗ
قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu
dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah;
(tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
👉Ikut wahyu yg diturunkan bukan ikut nafsu.
Latih diri untuk ikut.
Da'wa surah yg ke3 ada pada Ayat 54
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ ۗ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
👉sifat Allah tau yg ilmughaib dan Allah sj yg mengurus dan mentadbir.kena yakin Allah maha mengetahui dan Allah maha berkuasa dlm kita ikut wahyu,
Ada 6kisah pjg.diturunkan untuk menjelaskan 3 maksud tadi.
3kisah pertama,untuk maksud Allah mengetahui dan Allah maha berkuasa.
Kisah ke4 ,untuk maksud yg ke2bg surah ni maknanya ikut wahyu.
Kisah ke5,untuk maksud penting yg ke2&3.
Kisah ke6barulah da'wa yg pertama.penuh keberanian mentablighkan wahyu.
Minit 16.
Punca dan Cara mengatasi kesesatan.
Allah berikan salsilah pertama punca kecuaian dan penderhakaan.
Manusia diberitahu kecuaian dan penderhakaannya.
Mula2 Allah suruh jin sembah manusia.
Kecuaian dan kelalaian dr nabi Adam.
Dosa selepas itu adalah ekoran dari kecuaian itu.
Ayat 1
المص
Ayat 2
كِتَابٌ أُنْزِلَ إِلَيْكَ
فَلَا يَكُنْ فِي صَدْرِكَ حَرَجٌ مِنْهُ
لِتُنْذِرَ بِهِ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu).
Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang(atau takut &sempit dada untuk menyempurnakan tuntutannya) dalam dadamu mengenainya,
supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.
👉Maksud pertama yg penting bg surah ini.
Ayat 3
اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ
وَلَا تَتَّبِعُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ ۗ
قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu
dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah;
(tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
👉Maksud kedua surah ini.
Iaitu Kena ikut wahyu yg diturunkan kepada kita.
Nak ikut ,kena tahu dulu.
Kalu tak tahu macamana nak ikut.
Kecuaian yg besar adalah kerana tak tahu.
Tahu isi kat dlm ,dikatakan tahu makna .
Tak tahu macam mana nak ikut.
Syaitan manusia dan syaitan jin أَوْلِيَاءَjgn diikut.kerana bukan dr wahyu.
Ayat 4
وَكَمْ مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا
فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا
أَوْ هُمْ قَائِلُونَ
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan,
iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari,
atau ketika mereka berehat pada tengah hari.
👉Takhwif duniawi.
Wahyu kena ikut dan sampaikan.jika tidak kena azab.
Tidur siang hari قَائِلُونَ
Ayat 5
فَمَا كَانَ دَعْوَاهُمْ
إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا
إِلَّا أَنْ قَالُوا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ
Maka tidak ada yang mereka katakan
ketika datangnya azab Kami kepada mereka,
melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: "Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim".
👉Zalim disini adalah syirik
Ayat 6
فَلَنَسْأَلَنَّ الَّذِينَ أُرْسِلَ إِلَيْهِمْ
وَلَنَسْأَلَنَّ الْمُرْسَلِينَ
Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga Rasul-rasul itu.
👉Takhwif ukhrowi.
Umat akhir zaman jadi saksi kepada rasullah saw
Tanya nabi dgn cara lembut.
Tanya umat dgn cara keras.tanya ujian penghinaan dan kutukan
Ayat 7
فَلَنَقُصَّنَّ عَلَيْهِمْ بِعِلْمٍ ۖ
وَمَا كُنَّا غَائِبِينَ
Kemudian sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (Rasul-rasul dan umat-umatnya), dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang meliputi akan apa yang mereka lakukan),
dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan Mengetahui akan hal ehwal mereka).
👉Selepas tanggungjawab ada hukum.
Ayat 8
وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ ۚ
فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar;
maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik),
maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
👉Amal akan ditimbang setelah ditanya.
Amal baik berat.adalah amal yg ikhlas.
Amal baik sedikit ,ringan.
Ayat 9
وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ
فَأُولَٰئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ
بِمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَظْلِمُونَ
Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri,
dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya).
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 10
وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الْأَرْضِ
وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ ۗ
قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ
Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi,
dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan rezeki supaya boleh taat kepada allah) penghidupan (supaya kamu bersyukur)
tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur(kufur syirik)
👉Tamhid dan Tahgrib .
Asal usul kesilapan yg berlaku.
Ayat 11
وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ
ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ
ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ
اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا
إِلَّا إِبْلِيسَ
لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu,
lalu Kami membentuk rupa kamu,
kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis,
ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
👉Kufur tidak sujud itu adalah usul penderhakaan Allah,ikut perasaan
Ayat 12
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ
قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
👉Jawapan dr iblis ,ada dalil ko ?tiada.hanya perasaan sahaja yg dia rasa dia lebih baik.
Allah tak peduli,sebab allah akan hukum sebab tak ikut arahan Allah.
Allah nak manusia tahu ,syaitan adalah musuh yg akan membalas dendam.
Ayat 13
قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا
فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا
فَاخْرُجْ
إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini,
kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya;
oleh sebab itu keluarlah,
sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.
👉Nak lebih tapi tak ikut cara Allah.ikut perasaan.
Ayat 14
قَالَ أَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
👉iblis sangat berdendam.
Ayat 15
قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ
Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".
👉 Ada tempuh atau tangguh.
Hidup lama Tapi bukan sehingga hari bangkit .
Anak adam 70-80 mati.
Tapi syaitan tidak mati2.
Ayat 16
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي
لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka)
demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus(amal2 drp iman yg ada)
👉Sumpah iblis.
Ayat 17
ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ
مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ
وَمِنْ خَلْفِهِمْ
وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ
وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ
وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ
"Kemudian aku datangi mereka,
dari hadapan mereka serta dari belakang mereka,
dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka;
dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
👉Kebanyakan anak adam tidak bersyukur atau kufur.
Minit44
Ayat 18
قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا
مَذْءُومًا مَدْحُورًا ۖ
لَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ
لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنْكُمْ أَجْمَعِينَ
Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga
sebagai makhluk yang terhina serta terusir.
Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu,
tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
👉Allah jawab.
Ayat 19
وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ
فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا
وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ
فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga
serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai,
dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya)
maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
👉manusia secara semula jadi telah ada dibekal benih iman kemudian diberi rasul dan wahyu.
Adam melanggar perintah Allah sebab kecuaian bukan sebab nak lawan.
Dlm syurga bebas kecuali menghampiri pokok.
Kalu hampiri jadi golongan yg zalim(merugikan diri sendiri.
Ayat 20
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ
لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا
مِنْ سَوْآتِهِمَا
وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ
إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ
أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah)
(Akibat)ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka(syaitan akan buat sekurang2kan dimalukan).
sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini,
melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat
atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".
👉Syaitan mula menggoda.
Kemuliaan paling kurang ,boleh tutup badannya.
Syaitan ambil kesempatan yg menyebabkan hilang kemuliaan.
Syaitan akan goda untuk manusia jadi tidak mulia atau hina.
Agar manusia hina sepertinya juga.
Cara syaitan perdaya,dari larangan jadi suruhan.
Nabi Adam nak kekal dlm syurga bukan dgn niat nak derhaka.
Apa sj kefahaman bukan dr wahyu adalah bisikan.
Ayat 21
وَقَاسَمَهُمَا
إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ
Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".
👉Syaitan bersumpah.
Ayat 22
فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ ۚ
فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا
وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ ۖ
وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَنْ تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ
وَأَقُلْ لَكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُبِينٌ
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka mulai memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing,
dan mereka mulailah berusaha menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga.
Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu,
dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"
👉Syaitan membuat tipu daya.
Mula nak menjalankan ذَاقَا
Larangan Allah sangat penting.
Buku penawar larangan bisikan syaitan adalah alquran.
Ayat 23
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
👉Kecuaian boleh ditebus sebelum mati.
Sebaik2 orang yg bersalah adalah meminta ampun.
Ayat 24
قَالَ اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ
وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ
وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ
Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain,
dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi,
dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".
👉Kebijaksanaan Allah menyebabkan turun kedunia.
Yg jadi baik hanya akhirat.
Dunia akan jadi musuh.
Yg tidak jadi musuh hanyalah agama
Ayat 25
قَالَ فِيهَا تَحْيَوْنَ وَفِيهَا تَمُوتُونَ وَمِنْهَا تُخْرَجُونَ
Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".
👉
Ayat 26
يَا بَنِي آدَمَ
قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ
وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ
ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Wahai anak-anak Adam!
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu,
dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
👉 Pakaian yg boleh menutupi tubuh adalah asas kemuliakan anak adam.
Pakaian ihram adalah pakaian asas.
Libas adalah kemuliaan وَلِبَاسُ
Pakaian perhiasan وَرِيشًاtambahan.
Dgn hanya sehelai pakaian sudah boleh untuk bersolat kepada Allah.
Pakaian taqwa adalah yg terbaik.
Sifat taqwa adalah pakaian rohani
Ayat 27
يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ
كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّة
ِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا
لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ
إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ
إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan
sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga,
sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
👉Kemuliaan yg ada bukan sentiasa akan ada
Syaitan akan berusaha menanggalkan kemuliaan manusia.
Waspada sebab musuh syaitan ini tidak nampak.
Jin jika nampak mesti dgn rupa manusia.rupa asal jin memang tidak boleh dilihat.
Teman rapat أَوْلِيَاءَorang tidak beriman adalah syaitan.
Tauhid yg wajib kita terima .
Iman adalah penerimaan aqidah tauhid.
Nak selamat mesti jadi orang beriman.
Nabi sendiri tidak menguasai jin.
Nabi nampak jin dan dapat tengok jin.tapi teringat doa nabi Sulaiman,lalu nabi lepaskan.
Begitu juga umat nabi.
Abu Hurairah jaga khazanah,masuk mencuri.telah tangkapan dan dilepas setelah 3kali syaitan ajar Ayat kursi.abu Hurairah lepas.ini penjelmaan dlm btk manusia.nabi juga bg tau kelebihan ayat kursi.
Iman mestilah atas aqidah tauhid.
Terima semua ajaran Quran.
Ayat 28
وَإِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً
قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا وَاللَّهُ أَمَرَنَا بِهَا ۗ
قُلْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ ۖ
أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Dan (orang-orang yang tidak beriman itu kerana dirasuk oleh syaitan) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji,
mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji.
Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?(tawaf telanjang)"
👉Syikayah.?
Jika syirik maka dosa lain lebih mudah.
Jadi nak lawan bidaah mesti tukar aqidah dulu baru mudah untuk lawan Bidah.
Semua perkara derhaka بِالْفَحْشَاءِperkara aib yg memalukan.
Disini fahisyah adalah tawaf telanjang.
Biasanya telanjang dlm kelab malam tapi ini tawaf secara telanjang ini tipu daya syaitan.tahun 9hijrah masih tawaf telanjang.
Bila dinasihat ,mereka jawab tok nenek kami dah lama buat.
Tawaf telanjang sebab pakaian yg ada adalah pakaian yg diguna untuk berbuat dosa dan perlu buang pakaian dan tawaf dlm telanjang.
Sesiapa yg ada hubungan dgn orang mekah,mereka boleh ambil pakaian Mekah ,jika tiada mesti telanjang masa tawaf.
Jika ini boleh ditipu oleh syaitan apa lagi yg lain.
Allah juga jawab,allah tak suruh buat perkara yg tidak diketahui asalnya.
Ayat 29
قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ ۖ
وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ
وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ۚ
كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara),
dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang,
dan beribadatlah(berdoa) dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata(tauhid ada ibadah tauhid)
(kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
👉Huraian perkara yg sebenar yg Allah suruh.
Masjid adalah Kaabah dimasjidilharaam.
Hubul=patung berhala.
Isah dibukit safar.nailah dibukit Marwah.
Tasybih كَمَا
Ijam 30minit
Ayat 30
فَرِيقًا هَدَىٰ وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيْهِمُ الضَّلَالَةُ ۗ
إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ
Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri),
kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah.
Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.
👉Jahil ringan,tahu jahil
Jahil tapi tak tahu dia jahil,jahil murakap.
Ayat 31
يَا بَنِي آدَمَ
خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ
إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Wahai anak-anak Adam!
Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang),
dan makanlah serta minumlah,
dan jangan pula kamu melampau;
sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
👉bila nak mengadap Allah pentingnya tauhid.
Pakai pakaian jangan telanjang.pakaian adalah kemuliaan anak adam.
Ayat 32
قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ
وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ ۚ
قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya,
dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?"
Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia;
(nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.
👉Yg haram ni dr mana?
Dari bisikan syaitan.
Pakaian2 semuanya halal.
Pakaian dan makanan adalah halal untuk orang beriman.
Orang kafir diharam guna nikmat Allah kerana mensyirikan Allah dan akan diseksa diakhirat kerana telah ambil nikmat yg diharamkan.
Orang kafir yg tak byk guna nikmat Allah masuk neraka juga tapi lebih ringan
Ayat 33
قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ
مَا ظَهَرَ مِنْهَا
وَمَا بَطَنَ
وَالْإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ
وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا
وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ
مَا لَا تَعْلَمُونَ
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi;
dan perbuatan dosa;
dan perbuatan menceroboh(kezaliman tanpa alasan) dengan tidak ada alasan yang benar;
dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti &dalil(yang membenarkannya);
dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
👉DiHaramkan allah segala perbuatan keji,kezaliman dll.
Ayat 34
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ
فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ
لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ
وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan);
maka apabila datang tempohnya,
tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun,
dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
👉tak ikut akan dihukum
bila?hanya Allah yg tahu.
Ayat 35
يَا بَنِي آدَمَ
إِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ
يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي ۙ
فَمَنِ اتَّقَىٰ
وَأَصْلَحَ
فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ
وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Wahai anak-anak Adam!
Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu (manusia juga)yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah@wahyu) Ku,
maka sesiapa yang bertaqwa
dan memperbaiki amal(syirik)nya,
tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka,
dan mereka pula tidak akan berdukacita.
👉Ayat ini ada hubungan ayat 24.
Permulaan surah baqarah,kaedah balik semula kesyurga dengan ikut kitab wahyu.
Tabsyir.
Ayat 36
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ
هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya,
merekalah ahli neraka,
mereka kekal di dalamnya.
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 37
فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ ۚ
أُولَٰئِكَ يَنَالُهُمْ نَصِيبُهُمْ مِنَ الْكِتَابِ ۖ
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا يَتَوَفَّوْنَهُمْ
قَالُوا أَيْنَ مَا كُنْتُمْ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ
قَالُوا ضَلُّوا عَنَّا
وَشَهِدُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ
أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah
atau yang mendustakan (menolak)ayat-ayatNya.
Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka atau yg diberi ancaman dm kitab),
hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): "Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah?"
Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami",
dan mereKa pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar.
👉Zajrun.
Takhwif ukhrowi.
Ayat 38
قَالَ ادْخُلُوا فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ
مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ فِي النَّارِ ۖ
كُلَّمَا دَخَلَتْ أُمَّةٌ لَعَنَتْ أُخْتَهَا ۖ
حَتَّىٰ إِذَا ادَّارَكُوا فِيهَا جَمِيعًا
قَالَتْ أُخْرَاهُمْ لِأُولَاهُمْ
رَبَّنَا هَٰؤُلَاءِ أَضَلُّونَا
فَآتِهِمْ عَذَابًا ضِعْفًا مِنَ النَّارِ ۖ
قَالَ لِكُلٍّ ضِعْفٌ وَلَٰكِنْ لَا تَعْلَمُونَ
Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu,
dari jin dan manusia.
Tiap-tiap satu umat yang masuk,
mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri);
hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka:
"Wahai Tuhan kami, mereka(bos) inilah yang telah menyesatkan kami;
oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka".
Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui".
👉natijah diakhirat.
Ayat 39
وَقَالَتْ أُولَاهُمْ
لِأُخْرَاهُمْ
فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْلٍ
فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka,
kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan),
maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman):
"Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
👉berbantah2 diakhirat.
Ayat 40
إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا
لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ
وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ
حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ
وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami
dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit
dan mereka tidak akan masuk Syurga
sehingga unta masuk di lubang jarum
dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 41
لَهُمْ مِنْ جَهَنَّمَ مِهَادٌ
وَمِنْ فَوْقِهِمْ غَوَاشٍ ۚ
وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ
Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka,
dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka)
dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya).
👉keadaan neraka.
Ayat 42
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ
هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, -
merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
👉Tabsyir.
Amal Soleh tidak berat.semampu yg manusia boleh buat.
Ayat 43
وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِل
ٍّ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ ۖ
وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَٰذَا
وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ ۖ
لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ ۖ
وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ
أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka,
(di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing,
dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya);
sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran".
Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya
dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
👉Syurga tempat yg bersih dari dendam dan irihati.
Syurga Allah bg atas dasar anugerah dari Allah bukan dgn sebab usaha manusia.
Allah tak azab sudah cukup.nikmat syurga adalah pemberian dr allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan