Sabtu, Februari 04, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 67 8:39-69

NiAyat 39
وَقَاتِلُوهُمْ
حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ
وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ ۚ
فَإِنِ انْتَهَوْا
فَإِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan perangilah mereka (yg beraqidah seperti orang mekah)
sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.
Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya,
nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana
sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.
👉Ini adalah Da'wa bg surah al anfal.
Makna surah anfal dan taubat hampir sama.
Anfal,Surah perang
Taubah,Iklan tentang perang.
Perang setelah tauhid tidak diterima.

Ayat 40
وَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَوْلَاكُمْ ۚ
نِعْمَ الْمَوْلَىٰ
وَنِعْمَ النَّصِيرُ

Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh)
maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu; Dia lah sebaik-baik Pelindung
dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu).
👉jika masih degil.

Ayat 41
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِنْ شَيْءٍ
فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ
إِنْ كُنْتُمْ آمَنْتُمْ بِاللَّهِ
وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ ۗ
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang,
maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah,
dan untuk RasulNya,
dan untuk kerabat (Rasulullah),
dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin,
serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan),
jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar).
Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉pengulangan semula ayat pertama.

Ayat 42
إِذْ أَنْتُمْ بِالْعُدْوَةِ الدُّنْيَا
وَهُمْ بِالْعُدْوَةِ الْقُصْوَىٰ
وَالرَّكْبُ أَسْفَلَ مِنْكُمْ ۚ
وَلَوْ تَوَاعَدْتُمْ لَاخْتَلَفْتُمْ فِي الْمِيعَادِ ۙ
وَلَٰكِنْ لِيَقْضِيَ اللَّهُ أَمْرًا كَانَ مَفْعُولًا
لِيَهْلِكَ مَنْ هَلَكَ عَنْ بَيِّنَةٍ
وَيَحْيَىٰ مَنْ حَيَّ عَنْ بَيِّنَةٍ ۗ
وَإِنَّ اللَّهَ لَسَمِيعٌ عَلِيمٌ

(Iaitu) ketika kamu berada di tepi lembah yang dekat (ke Madinah)
dan mereka (pihak musuh) berada di tepi lembah yang jauh (dari Madinah),
sedang Kafilah (pembawa dagangan musuh) berada di tempat yang rendah dari tempat kamu (di tepi laut).
Dan kalaulah kamu berjanji (dengan mereka mengenai peperangan itu) nescaya kamu akan berselisih pada menentukan harinya.
Akan tetapi (pertemuan angkatan kamu dengan angkatan mereka yang tidak disangka-sangka itu) ialah supaya Allah melakukan suatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya,
iaitu supaya orang (kafir musyrik) yang binasa itu, binasa dengan keterangan (yang membuktikan kesalahannya), dan supaya orang (Islam) yang hidup itu, hidup dengan keterangan (yang membuktikan kebenarannya);
kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉sebab pertama bhg ke2
Kenapa diserah pd Allah?
Hikmah pertama
Hikmah ke2 وَيَحْيَىٰ مَنْ حَيَّ عَنْ بَيِّنَةٍ

Ayat 43
إِذْ يُرِيكَهُمُ اللَّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلًا ۖ
وَلَوْ أَرَاكَهُمْ كَثِيرًا لَفَشِلْتُمْ
وَلَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ سَلَّمَ ۗ
إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya;
dan kalaulah Ia perlihatkan mereka kepadamu ramai bilangannya,
tentulah kamu akan merasa gerun
dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu.
Akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
👉Sebab ke2 jadi peperangan
إِذْ يُرِيكَهُمُ اللَّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلًا
Bilangan dlm mimpi sedikit.
Adakah mimpi nabi tak betul?
Yg sebenarnya yg mati kafir tu sedikit.
Jika nampak byk,tentu jadi pengecut.
Allah redakan اللَّهَ سَلَّمَ

Ayat 44
وَإِذْ يُرِيكُمُوهُمْ إِذِ الْتَقَيْتُمْ
فِي أَعْيُنِكُمْ قَلِيلًا
وَيُقَلِّلُكُمْ فِي أَعْيُنِهِمْ
لِيَقْضِيَ اللَّهُ أَمْرًا كَانَ مَفْعُولًا ۗ
وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

Dan (ingatlah) ketika Kami memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam)
semasa kamu bertemu dengan mereka: sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu,
dan kamu pula diperlihatkanNya: sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka;
kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya.
Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
👉sebab yg ke3,d diperlihatkan sedikit bg kedua-dua pihak supaya jadi berperang.

Ayat 45
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً
فَاثْبُتُوا
وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya,
dan sebutlah
serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
👉undang2 pertama bhg ke2
Kaki kena teguh فَاثْبُتُوا
Bersuara وَاذْكُرُوا

Ayat 46
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ
وَلَا تَنَازَعُوا
فَتَفْشَلُوا
وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ
وَاصْبِرُوا ۚ
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya,
dan janganlah kamu berbantah-bantahan(sesama sendiri atau bantah ketua);
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat
dan hilang kekuatan kamu,
dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
👉orang kafir akan takut kalu orang Islam bersatu.
Jika umat Islam berpecah ,orang kafir tidak akan takut.

Ayat 47
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بَطَرًا
وَرِئَاءَ النَّاسِ
وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
وَاللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong
dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji),
serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.
👉3perkara yg dilarang.

Ayat 48
وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ
وَقَالَ لَا غَالِبَ لَكُمُ الْيَوْمَ مِنَ النَّاسِ
وَإِنِّي جَارٌ لَكُمْ ۖ
فَلَمَّا تَرَاءَتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ
وَقَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكُمْ
إِنِّي أَرَىٰ مَا لَا تَرَوْنَ
إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ ۚ
وَاللَّهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu,
untuk dipandang elok dan diteruskan),
serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu,
dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu".
Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan),
Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".
👉sebab ke4bhg ke2,berlaku kemenangan.
Syaitan telah menghasut.Suroqah bin Malik,orang bani Kinanah.jumpa Abu Jahal.
Orang mekah takut kat bani Kinanah.hilanglah kebimbangan dihati Abu jahal.
Bila kedua2 dimedan perang,hati suroqah bin malik jadi rasa takut.ini bantuan allah.rasa takut satu kemenangan.
Suroqah nampak malaikat.
Tafsiran ke2,jelmaan suroqah dr syaitan.

Ayat 49
إِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ
وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ غَرَّ هَٰؤُلَاءِ دِينُهُمْ ۗ
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
فَإِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

(Ingatlah) ketika orang-orang munafik
dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)".
Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin,
maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya),
kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉sebab yg ke5, dimadinah ada campuran mukmin dan munafik.
Agama mereka dok menipu mereka sehingga mereka akan dibunuh dibadar...ini kata2 orang munafik.

Ayat 50
وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا ۙ
الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ
وُجُوهَهُمْ
وَأَدْبَارَهُمْ
وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang),
ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka
dan belakang mereka (sambil berkata):
"Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".
👉Takhwif ukhrowi.
Permulaan mati,dialam barzah malaikat pukul mereka..

Ayat 51
ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ
وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri,
kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.
👉

Ayat 52
كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ ۙ
وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ
فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ ۗ
إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ شَدِيدُ الْعِقَابِ

(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun
dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka.
Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah,
lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
👉Takhwif duniawi.

Ayat 53
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا
نِعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَىٰ قَوْمٍ
حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۙ
وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

(Balasan) yang demikian itu,
ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada(sifat) pada diri mereka sendiri(amal2 mereka)
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Allah tak akan hukum manusia tanpa kesalahannya.

Ayat 54
كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ ۙ
وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
كَذَّبُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ
فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ ۚ
وَكُلٌّ كَانُوا ظَالِمِينَ

(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka,
lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka,
dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut),
kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.
👉Takhwif ukhrowi.contoh perubahan.
Apa perubahannya?
Mendustakan ayat Allah.
Zalim paling besar ,syirik.

Ayat 55
إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ
الَّذِينَ كَفَرُوا
فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah
ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya).
Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman.
👉zajrun.

Ayat 56
الَّذِينَ عَاهَدْتَ مِنْهُمْ
ثُمَّ يَنْقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّةٍ
وَهُمْ لَا يَتَّقُونَ

(Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka,
kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali,
sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu).
👉Antara2 sifat orang kafir Madinah.

Ayat 57
فَإِمَّا تَثْقَفَنَّهُمْ فِي الْحَرْبِ
فَشَرِّدْ بِهِمْ مَنْ خَلْفَهُمْ
لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan
maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar);
mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf).
👉undang2 jihad yg pertama dlm bhg ke2,perang sungguh2 sehingga mereka orang kafir takut.
Bila takut tak ramai kena bunuh.
Jika tiada rasa takut akan ramai yg kena bunuh.

Ayat 58
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً
فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ

Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu)
maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat janji.
👉

Ayat 59
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَبَقُوا ۚ
إِنَّهُمْ لَا يُعْجِزُونَ

Dan janganlah orang-orang yang kafir itu menyangka (bahawa) mereka telah terlepas (dari kekuasaan dan balasan Kami);
sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (kekuasaan Kami).
👉zajrun.
Telah lari سَبَقُوا

Ayat 60
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ
وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ
وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ
وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّه
ِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ
وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan
dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
sedang Allah mengetahuinya.
Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu,
dan kamu tidak akan dianiaya.
👉undang2 ke3 dlm peperangan.Buat persiapan untuk peperangan.
Anak Panah ,alat yg cepat sampai pada musuh.
Kuda perang,
Untuk menakut2kan ِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ
Bukan untuk yakin menang.

Ayat 61
وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ
فَاجْنَحْ لَهَا
وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian,
maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah.
Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉undang2 ke4,untuk perdamaian.

Ayat 62
وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ
فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ ۚ
هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu,
maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu.
Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.
👉kebimbangan apabila berdamai.

Ayat 63
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ
لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ
إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu).
Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka,
akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka.
Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Alamat Nusra dan cara nusro.
Allah satunya hati pengikut kamu yg beriman.
Hati manusia hanya Allah yg boleh satukan.
Iaitu dgn mentauhidkan  Allah .

Ayat 64
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللَّهُ
وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
👉 undang2 jihad ke5. kena sentiasa kobarkan semangat jihad.
Kehidupan beragama keyakinan mesti penuh pada Allah.

Ayat 65
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ
إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ
وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا
مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا
بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ

Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang.
Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar,
nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu);
dan jika ada di antara kamu seratus orang,
nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir,
disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
👉sentiasa bg semangat pada para mukmin untuk bersedia berperang.

Ayat 66
الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ
فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ
وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan;
oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar,
nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang;
dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah.
Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.
👉ini permulaan Islam .diringankan.
Sabar hati dan sabar kaki

Ayat 67
مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَىٰ
حَتَّىٰ يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ ۚ
تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ ۗ
وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan
sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi.
Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal),
sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉undang2 ke5 ,undang2 orang tawanan.kena tengok kepentingan agama.

Ayat 68
لَوْلَا كِتَابٌ مِنَ اللَّهِ سَبَقَ
لَمَسَّكُمْ فِيمَا أَخَذْتُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu,
tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu.
👉tak kena hukuman sebab buat keputusan dgn mesyuarat.

Ayat 69
فَكُلُوا مِمَّا غَنِمْتُمْ
حَلَالًا طَيِّبًا ۚ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu,
sebagai benda yang halal lagi baik,
serta bertaqwalah kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Untuk umat dahulu,harta rampasan adalah haram.tapj untuk umat nabi  ,halal dan paling baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan