Ahad, Februari 26, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 89 14:35-52

Ayat 35
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ
رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا
وَاجْنُبْنِي
وَبَنِيَّ
أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman,
dan jauhkanlah daku
dan anak-anakku
dari perbuatan menyembah berhala.
👉Dalil naqli tafsili dari nabi ibrahim(dalil2 berbentuk nukilan2 hikayat)
Doa 1 nabi Ibrahim.
Berhala adalah kiblat tawajuh.

Ayat 36
رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ ۖ
فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي ۖ
وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia.
Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam ajaran tauhid ini ,Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku;
dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku),
maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).
👉sebab manusia adalah makhluk Allah.

Ayat 37
رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي
بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ
عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ
رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ
فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ
تَهْوِي إِلَيْهِمْ
وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ
لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku
di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya,
di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya.
Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat).
Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ),
dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman,
semoga mereka bersyukur.
👉tempat yg tiada tumbuh2an.

Ayat 38
رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ
وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ
فِي الْأَرْضِ
وَلَا فِي السَّمَاءِ

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan
dan apa yang kami zahirkan;
dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi,
yang tersembunyi kepada Allah!
👉Allah maha mengetahui

Ayat 39
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ
إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ ۚ
إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاءِ

"Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail(Hajar) dan Ishak(Sarah) Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan.
👉doa nabi Ibrahim lagi

Ayat 40
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ
وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang
dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
👉doa yg ke5

Ayat 41
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي
وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ
يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku
dan bagi kedua ibu bapaku
serta bagi orang-orang yang beriman,
pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
👉Lagi  doa nabi Ibrahim.
Dilarang berdoa untuk bapanya
Ini ajaran dan pengajaran untuk ibubapa yg tidak tahu keadaan ibubapa mereka.

Ayat 42
وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ
إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ
لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim;
sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
👉peristiwa yg ke6.tentang akhirat.
Jgn ingat Allah tak balas terhadap orang yg zalim.
Allah melewatkan azab sebab Dunia tak padan dgn azab yg akan dikenakan.
Azab diakhirat adalah sungguh azab dan dahsyat.

Ayat 43
مُهْطِعِينَ
مُقْنِعِي
رُءُوسِهِمْ لَا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ ۖ
وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاءٌ

(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar)
sambil mendongakkan kepala mereka
dengan mata tidak berkelip,
dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
👉Yg lain semua dah tak fikir,fikir hanya azab sj sebab terlalu teruk yg terpaksa ditanggung.

Ayat 44
وَأَنْذِرِ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَاب
ُ فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا
رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ ۗ
أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُمْ مِنْ قَبْلُ
مَا لَكُمْ مِنْ زَوَالٍ

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab,
kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat,
supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu),
dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu".
Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka):
"Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian,
dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu,
bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
👉Da'wa surah.
Ingatan tentang hari akan dtg azab.
Azab dunia ketika nak mati
Semua rasul adalah sama ajak taat .

Ayat 45
وَسَكَنْتُمْ فِي مَسَاكِنِ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ
وَتَبَيَّنَ لَكُمْ كَيْفَ فَعَلْنَا بِهِمْ
وَضَرَبْنَا لَكُمُ الْأَمْثَالَ

"Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri,
serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana),
dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)".
👉makna orang mekah dok dekat dgn orang yaman dan syam .Yang mana orang2 disitu telah menerima azab tau hukuman dari Allah.

Ayat 46
وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ
وَعِنْدَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ
وَإِنْ كَانَ مَكْرُهُمْ
لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka,
walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
👉berbagai2 rancangan jahat kepada nabi.

Ayat 47
فَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ ۗ
إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ

Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 48
يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْض
ِ وَالسَّمَاوَاتُ ۖ
وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit;
dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
👉Iaitu keadaan akhirat.

Ayat 49
وَتَرَى الْمُجْرِمِينَ يَوْمَئِذٍ
مُقَرَّنِينَ فِي الْأَصْفَادِ

Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.
👉satu keadaan bentuk penghinaan
Musim korban ,lembu ditambat untuk disembelih.

Ayat 50
سَرَابِيلُهُمْ مِنْ قَطِرَانٍ
وَتَغْشَىٰ
وُجُوهَهُمُ النَّارُ

Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka.
👉jenis pakaian panas dan busuk

Ayat 51
لِيَجْزِيَ اللَّهُ كُلَّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan;
sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
👉sebab Allah akan balas atas semua perbuatan.

Ayat 52
هَٰذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ
وَلِيُنْذَرُوا بِهِ
وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ
وَاحِدٌ
وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia
supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya;
dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya)
bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa;
dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.
👉kesimpulan semua surah.
Surah ini untuk disampaikan semua manusia agar mereka beriman dan diberi peringatan dan amaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan