Ayat 5
وَإِنْ تَعْجَبْ فَعَجَبٌ قَوْلُهُمْ
أَإِذَا كُنَّا تُرَابًا أَإِنَّا لَفِي خَلْقٍ جَدِيدٍ ۗ
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ ۖ
وَأُولَٰئِكَ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ ۖ
وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ
هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan jika engkau merasa hairan (wahai Muhammad), maka sungguh menghairankan perkataan mereka yang kafir itu (yang mengatakan):
"Adalah apabila kami telah menjadi tanah betulkah kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu?"
Mereka itulah orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan mereka,
dan merekalah yang dibelenggu dengan belenggu-belenggu pada leher mereka;
dan merekalah juga ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
👉Syikayah dan takhrif ukhrowi.
Mengenai Golongan kafir engkar kiamat.
Hidupkan semula lebih mudah Dr mulai menciptakan.
Sangat menghairankan bila orang mekah terima allah yg mencipta tetapi tolak hidup semula
Ayat 6
وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالسَّيِّئَةِ
قَبْلَ الْحَسَنَةِ
وَقَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمُ الْمَثُلَاتُ ۗ
وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو مَغْفِرَةٍ لِلنَّاسِ عَلَىٰ ظُلْمِهِمْ ۖ
وَإِنَّ رَبَّكَ لَشَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan perkara buruk (azab yang dijanjikan) sebelum mereka memohon kebaikan;
padahal sesungguhnya telah berlaku sebelum mereka peristiwa-peristiwa azab yang telah menimpa orang-orang yang kafir seperti mereka.
dan (ingatlah) sesungguhnya Tuhanmu Amat melimpah keampunanNya bagi manusia (yang bertaubat) terhadap kezaliman mereka,
dan sesungguhnya Tuhanmu juga amatlah keras balasan azabNya (terhadap golongan yang tetap ingkar).
👉Zajrun dan takhwif duniawi.
Didlm doa nabi ,agar disegerakan azab.
Ayat 7
وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِنْ رَبِّهِ ۗ
إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ ۖ
وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ
Dan berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya?"
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar),
dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar.
👉Syikayah dan jawap syikayah
Mubaligh هَادٍ
Ayat 8
اللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنْثَىٰ
وَمَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ ۖ
وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِمِقْدَارٍ
Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu,
dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih.
Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.
👉Tanbih atau peringatan yg ke2 tentang sifat dan ilmu Allah.betapa sempurnanya ilmu yg dimiliki Allah
Kurang dan bertambah itu adalah darah haid.
Ayat 9
عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيرُ الْمُتَعَالِ
Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya).
👉
Ayat 10
سَوَاءٌ مِنْكُمْ مَنْ
أَسَرَّ الْقَوْلَ
وَمَنْ جَهَرَ بِهِ
وَمَنْ هُوَ مُسْتَخْفٍ بِاللَّيْلِ
وَسَارِبٌ بِالنَّهَارِ
Sama sahaja kepadaNya:
sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati
dan yang menyatakannya;
juga yang bersembunyi pada waktu malam
dan yang keluar berjalan pada waktu siang.
👉
Ayat 11
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ
وَمِنْ خَلْفِهِ
يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ
حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ
وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ
وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti
dari hadapannya dan dari belakangnya,
yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri),
maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu,
dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
👉Takhwif duniawi
Ayat 12
هُوَ الَّذِي يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا
وَطَمَعًا وَيُنْشِئُ السَّحَابَ الثِّقَالَ
Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu,
untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan);
dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).
👉tanbih atau peringatan ke3
Ayat 13
وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ
وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ
وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ
فَيُصِيبُ بِهَا مَنْ يَشَاءُ
وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّهِ
وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ
Dan Dia lah juga yang guruh
dan malaikat bertasbih memujiNya,
kerana takut kepadaNya.
Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir,
lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya
👉
Ayat 14
لَهُ دَعْوَةُ الْحَقِّ ۖ
وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ
لَا يَسْتَجِيبُونَ لَهُمْ بِشَيْءٍ
إِلَّا كَبَاسِطِ كَفَّيْهِ إِلَى الْمَاءِ
لِيَبْلُغَ فَاهُ
وَمَا هُوَ بِبَالِغِهِ ۚ
وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ
Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah;
dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah,
tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka,
hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya.
Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.
👉Ini Natijah tanbih ketiga2 peringatan
Beginilah doa yg diseru selain dari Allah ,seolah2 tak dapat setitik air pun.
Ayat 15
وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
طَوْعًا
وَكَرْهًا
وَظِلَالُهُمْ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ ۩
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut,
sama ada dengan sukarela
atau dengan terpaksa;
dan (demikian juga) bayang-bayang mereka;
pada waktu pagi dan petang.
👉Tanbih yg ke4(peringatan dari Allah yg ke4)
Menerima seadanya musim sejuk ,musim panas dll.
Ayat 16
قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
قُلِ اللَّهُ ۚ
قُلْ أَفَاتَّخَذْتُمْ مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ
لَا يَمْلِكُونَ لِأَنْفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّا ۚ
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ
أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُ ۗ
أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ
فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْ ۚ
قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah".
Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"
Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?
Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?
Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya,
sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".
👉Tanbih yg ke5
Perkara2 kecil =ummulhakirah
Wakil2 dlm ibadah شُرَكَاءَ
Ayat 17
أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ
بِقَدَرِهَا
فَاحْتَمَلَ السَّيْلُ زَبَدًا رَابِيًا ۚ
وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِي النَّارِ ابْتِغَاءَ حِلْيَة
ٍ أَوْ مَتَاعٍ زَبَدٌ مِثْلُهُ ۚ
كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ ۚ
فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً ۖ
وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاس
َفَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ ۚ
كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ
Ia menurunkan air (hujan) dari langit,
lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya,
kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung.
Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan,
juga timbul buih seperti itu.
Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah.
Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
👉Tanbih yg ke6,kena fikir sedikit.
2keadaan.
1.Orang kampung
Air hujan,mengalir masuk dlm parit
2.Orang bandar
Emas atau Perak dan logam bakar atas api.
Ayat 18
لِلَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمُ الْحُسْنَىٰ ۚ
وَالَّذِينَ لَمْ يَسْتَجِيبُوا لَهُ
لَوْ أَنَّ لَهُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
وَمِثْلَهُ مَعَهُ لَافْتَدَوْا بِهِ ۚ
أُولَٰئِكَ لَهُمْ سُوءُ الْحِسَابِ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ
وَبِئْسَ الْمِهَادُ
Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya;
dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya,
kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi,
tentulah mereka rela menebus diri dengannya.
mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya,
serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam;
dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.
👉Ini sifat orang mukmin berserta tabsyir.
Takhwif ukhrowi
Ayat 19
أَفَمَنْ يَعْلَمُ
أَنَّمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ الْحَقُّ
كَمَنْ هُوَ أَعْمَىٰ ۚ
إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
Maka adakah orang yang mengetahui
bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar,
sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
👉Suatu perbandingan.
Ayat 20
الَّذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ
وَلَا يَنْقُضُونَ الْمِيثَاقَ
Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah
dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu;
👉Janji disini adalah janji untuk beriman.menerima aqidah tauhid.
Ayat 21
وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ
أَنْ يُوصَلَ
وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ
وَيَخَافُونَ سُوءَ الْحِسَابِ
Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan,
dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka,
serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); 👉perkara yg paling penting hubungan manusia adalah silatulrahim.
Orang2 mekah akan baung keluarga apabila ahli keluarga membuangkan mereka.
Ada 4'perkara dlm ayat ini.
Ayat 22
وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ
وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ
وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
سِرًّا وَعَلَانِيَةً
وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ
أُولَٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang,
serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik;
mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -
👉Yg ke5,6,7
5.Sabar mencari reda Allah
6.Mendirikan solat
7.Infaq rezeki
8.Tolak dgn cara yg baik
Ini adalah sifat2 yg akan dapat masuk syurga.
Ayat 23
جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا
وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ
وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ ۖ
وَالْمَلَائِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِمْ مِنْ كُلِّ بَابٍ
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka
dan isteri-isteri mereka
serta anak-anak mereka;
sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; -
👉sesiapa sj akan masuk kesyurga.
Ayat 24
سَلَامٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ ۚ
فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ
(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu.
Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
👉
Ayat 25
وَالَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ
مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ
وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ
وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۙ
أُولَٰئِكَ لَهُمُ اللَّعْنَةُ
وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan,
serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat,
dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.
👉Bandingan golongan ke2
Ayat 26
اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ
وَفَرِحُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا مَتَاعٌ
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Ia juga yang menyempitkannya.
Dan mereka (yang ingkar):
bergembira dengan kehidupan dunia,
sedang kehidupan dunia itu tidak lain,
hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
👉Tanbih yg ke7
Ayat 27
وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِنْ رَبِّهِ ۗ
قُلْ إِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ
وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ أَنَابَ
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya?
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya),
dan memberi petunjuk ke jalan ugamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya, -
👉I'adah syikayah ,pengulangan semula syikayah
Ayat 28
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ
أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah".
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
👉zikrullah adalah alquran.
Idkhol ilahi,pencelahan dari Allah.
Ayat 29
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
طُوبَىٰ لَهُمْ
وَحُسْنُ مَآبٍ
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan
dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.
👉iman adalah kemuncak.
Ayat 30
كَذَٰلِكَ أَرْسَلْنَاكَ فِي أُمَّةٍ
قَدْ خَلَتْ مِنْ
قَبْلِهَا أُمَمٌ
لِتَتْلُوَ عَلَيْهِمُ الَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْك
َوَهُمْ يَكْفُرُونَ بِالرَّحْمَٰنِ ۚ
قُلْ هُوَ رَبِّي
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ
وَإِلَيْهِ مَتَابِ
Demikianlah, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain,
supaya engkau membacakan kepada mereka Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu,
sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman Katakanlah: "Dia lah Tuhanku,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia.
KepadaNyalah aku berserah diri,
dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)".
👉Tanbih wahyu.
Orang Arab mekah tidak tahu nama Ar-Rahman nama Allah ,yg dia tahu hanya nama Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan