Isnin, Mac 13, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 101 21:1-77

Surah yg sebut lebih kurang 16 orang nabi dan termasuk satu orang wali .
Surah yg paling banyak menyebut nama nabi surah al an'am.dlm surah tu ada 18orang nabi yg disebut.
Surah anbiya ini surah ke 2paling byk sebut nama nabi iaitu 16orang.
Maksud penting surah ini ialah mengesakan Allah taala dlm seruan dan doa.iaitu pada
ayat 108
قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Katakanlah: "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?"
Dan Allah sahaja yg memiliki ilmu yg sempurna
Yg disebut pada Ayat 4
قَالَ رَبِّي يَعْلَمُ الْقَوْلَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: "Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".

Semua16 nabi dizmn mereka menyeru kepada mentauhidkan dlm ibadah dan mentauhidkan Allah dlm doa.kerana Allah yg sempurna dlm segala sifat mahupun sifat qudrat mahupun sifat ilmu.
Dlm surah ini ada 2 dalil aqli dan 2 dalil naqli dan 3 dalil wahyi.
Dan banyak soal-jawab dlm surah ini dgn penjelasan yg cukup panjang.
Begitu juga banyak zajrun dan syikayah.

Ayat 1
اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ
وَهُمْ فِي غَفْلَة
ٍمُعْرِضُونَ

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya
sedang mereka dalam kelalaian,
tidak hiraukan persediaan baginya.
👉Berpaling terus dari mentauhidkan allah مُعْرِضُونَ
Tidak belajar terus غَفْلَةٍ atau kelalaian yg sangat teruk
Satu kali bagi tau atau hari2 bg tau.

Ayat 2
مَا يَأْتِيهِمْ مِنْ ذِكْرٍ
مِنْ رَبِّهِمْ مُحْدَث
ٍإِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ

Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan
dari Tuhan mereka lepas satu: satu,
melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
👉

Ayat 3
لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ ۗ
وَأَسَرُّوا النَّجْوَى
الَّذِينَ ظَلَمُوا
هَلْ هَٰذَا إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ ۖ
أَفَتَأْتُونَ السِّحْرَ
وَأَنْتُمْ تُبْصِرُونَ

Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya.
Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata:
"Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu?
Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?"
👉Ini sebabnya mereka lalai.
Ayat syikayah وَأَسَرُّوا النَّجْوَى
Juga sebab akal mereka menuduh nabi ajaran yg tidak betul atau sihir maka tentu sekali dia tidak akan belajar akan apa yg dibawa oleh nabi main2.

Ayat 4
قَالَ رَبِّي يَعْلَمُ الْقَوْلَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۖ
وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: "Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi;
dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
👉Ini da'wa surah

Ayat 5
بَلْ قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلَامٍ
بَلِ افْتَرَاهُ
بَلْ هُوَ شَاعِرٌ
فَلْيَأْتِنَا بِآيَةٍ
كَمَا أُرْسِلَ الْأَوَّلُونَ

(Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh dengan berkata: "Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad,
bahkan perkara yang diada-adakan olehnya,
bahkan Muhammad sendiri seorang penyair.
(Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat
sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu".
👉Rumput yg bercampur أَضْغَاثُ
Tuduhan orang mekah berbagai2.

Ayat 6
مَا آمَنَتْ قَبْلَهُمْ
مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا ۖ
أَفَهُمْ يُؤْمِنُونَ

Tidak ada penduduk sesebuah negeri pun yang Kami binasakan sebelum mereka,
yang telah beriman kepada mukjizat yang diberi kepadanya;
maka benarkah mereka yang meminta mukjizat itu mahu beriman?
👉ini Jawapan .

Ayat 7
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا
نُوحِي إِلَيْهِمْ ۖ
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ
إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki
yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri"
jika kamu tidak mengetahui.
👉Allah jawab lagi

Ayat 8
وَمَا جَعَلْنَاهُمْ جَسَدًا
لَا يَأْكُلُونَ الطَّعَامَ
وَمَا كَانُوا خَالِدِينَ

Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum,
dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia).
👉Allah bg tau lagi

Ayat 9
ثُمَّ صَدَقْنَاهُمُ الْوَعْدَ
فَأَنْجَيْنَاهُمْ
وَمَنْ نَشَاءُ
وَأَهْلَكْنَا الْمُسْرِفِينَ

Kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka,
lalu Kami selamatkan mereka
dan sesiapa yang Kami kehendaki,
dan (sebaliknya) Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.
👉Tasliyah

Ayat 10
لَقَدْ أَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ كِتَابًا
فِيهِ ذِكْرُكُمْ ۖ
أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran)
yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu,
maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)?
👉Tabrik kepada alquran
2makna ذِكْرُ
Nasihat yg mantap dan Peringatan yg boleh dapat kesedaran.
Syarah ,nama kamu akan ditinggikan

Ayat 11
وَكَمْ قَصَمْنَا مِنْ قَرْيَةٍ
كَانَتْ ظَالِمَةً
وَأَنْشَأْنَا بَعْدَهَا
قَوْمًا آخَرِينَ

Dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri
yang melakukan kezaliman,
dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum yang lain sebagai gantinya.
👉Takhwif duniawi.
Allah maha kaya

Ayat 12
فَلَمَّا أَحَسُّوا بَأْسَنَا
إِذَا هُمْ مِنْهَا يَرْكُضُونَ

Maka ketika mereka merasai (kedatangan) azab Kami, mereka dengan serta-merta lari keluar dari negeri itu.
👉

Ayat 13
لَا تَرْكُضُوا
وَارْجِعُوا إِلَىٰ مَا أُتْرِفْتُمْ فِيه
ِوَمَسَاكِنِكُمْ
لَعَلَّكُمْ تُسْأَلُونَ

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu lari, dan sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup yang telah diberikan kepada kamu,
dan ke tempat-tempat tinggal kamu,
supaya kamu dapat ditanya mengenai apa yang berlaku".
👉

Ayat 14
قَالُوا يَا وَيْلَنَا
إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ

(Akhirnya) mereka berkata: "Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!"
👉Ayat mengaku.

Ayat 15
فَمَا زَالَتْ تِلْكَ دَعْوَاهُمْ
حَتَّىٰ جَعَلْنَاهُمْ حَصِيدًا خَامِدِينَ

Maka demikianlah seterusnya jeritan dan keluhan mereka,
sehingga Kami jadikan mereka hancur lebur dan sunyi-sepi.
👉Hancur macam mesin padi حَصِيدًا
Hilang seperti hangus seperti dibakar خَامِدِينَ

Ayat 16
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ
وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ

Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.
👉Dalil aqli yg 1.
Dunia ada tempat Rebut peluang untuk zahirkan hamba kepada Allah.
Fahaman dunia ini main2 adalah fahaman yg salah.

Ayat 17
لَوْ أَرَدْنَا أَنْ نَتَّخِذَ لَهْوًا
لَاتَّخَذْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا
إِنْ كُنَّا فَاعِلِينَ

Sekiranya Kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan,
tentulah Kami akan mengambilnya dari sisi Kami;
Kami tidak melakukannya.
👉

Ayat 18
بَلْ نَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَى الْبَاطِلِ
فَيَدْمَغُهُ
فَإِذَا هُوَ زَاهِقٌ ۚ
وَلَكُمُ الْوَيْلُ
مِمَّا تَصِفُونَ

Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah,
lalu ia menghancurkannya,
maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia.
Dan (tetaplah) kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap Kami).
👉

Ayat 19
وَلَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَمَنْ عِنْدَهُ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ
وَلَا يَسْتَحْسِرُونَ

Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua;
dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri
dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya,
dan tidak pula mereka merasa penat dan letih.
👉

Ayat 20
يُسَبِّحُونَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
لَا يَفْتُرُونَ

Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti.
👉

Ayat 21
أَمِ اتَّخَذُوا آلِهَةً مِنَ الْأَرْضِ
هُمْ يُنْشِرُونَ

Adakah benda-benda dari bumi yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu,
dapat menghidupkan semula sesuatu yang mati?
👉Zajrun.

Ayat 22
لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ
إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا ۚ
فَسُبْحَانَ اللَّهِ
رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah,
nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya.
Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan):
Maha Suci Allah,
Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
👉

Ayat 23
لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ

Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.

Ayat 24
أَمِ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً ۖ
قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ ۖ
هَٰذَا ذِكْرُ مَنْ مَعِيَ وَذِكْرُ مَنْ قَبْلِي ۗ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ الْحَقَّ ۖ
فَهُمْ مُعْرِضُونَ

Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah?
Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah keterangan dan bukti kamu;
kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan
dan bukti tauhid umatku, juga peringatan
dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku". (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah,
dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar.
👉

Ayat 25
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ
إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ
أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya:
"Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".
👉Dalil ijmal,makna tak sebut nama nabi.
Fa ,fasihah فَاعْبُدُونِ

Ayat 26
وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَٰنُ وَلَدًا ۗ
سُبْحَانَهُ ۚ
بَلْ عِبَادٌ مُكْرَمُونَ

Dan mereka (yang musyrik) berkata: "(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak".
Maha Sucilah Ia.
Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan.
👉

Ayat 27
لَا يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ
وَهُمْ بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ

Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya.
👉

Ayat 28
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ
وَمَا خَلْفَهُمْ
وَلَا يَشْفَعُونَ
إِلَّا لِمَنِ ارْتَضَىٰ
وَهُمْ مِنْ خَشْيَتِهِ مُشْفِقُونَ

Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan),
dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan);
dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah;
dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.
👉Takut خَشْيَتِهِ

Ayat 29
وَمَنْ يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰه
ٌ مِنْ دُونِهِ
فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَ ۚ
كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah",
maka yang berkata sedemikian itu,
Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam;
demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
👉

Ayat 30
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا
أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا
فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ
وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ
كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ
أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa
sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu),
lalu Kami pisahkan antara keduanya?
Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
👉Dalil aqli yg ke3

Ayat 31
وَجَعَلْنَا فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ
أَنْ تَمِيدَ بِهِمْ
وَجَعَلْنَا فِيهَا
فِجَاجًا
سُبُلًا لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ

Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya,
supaya bumi itu tidak menggegar mereka;
dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang,
supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.
👉
Ayat 32
وَجَعَلْنَا السَّمَاءَ سَقْفًا
مَحْفُوظًا ۖ
وَهُمْ عَنْ آيَاتِهَا مُعْرِضُونَ

Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal,
sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.
👉

Ayat 33
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ
كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan;
tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
👉

Ayat 34
وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَ ۖ
أَفَإِنْ مِتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ

Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini).
Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?
👉Zajrun kepada orang musyrikin.

Ayat 35
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ
وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ
وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap diri akan merasai mati,
dan Kami menguji kamu dengan kesusahan
dan kesenangan sebagai cubaan;
dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
👉Untuk tahu siapa yg taat dan siapa yg degil فِتْنَةً
Ujian sungguh2 وَنَبْلُو

Ayat 36
وَإِذَا رَآكَ الَّذِينَ كَفَرُوا
إِنْ يَتَّخِذُونَكَ إِلَّا هُزُوًا
أَهَٰذَا الَّذِي يَذْكُرُ آلِهَتَكُمْ
وَهُمْ بِذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ هُمْ كَافِرُونَ

Dan apabila orang-orang kafir itu melihatmu,
mereka hanyalah menjadikan perkara yang engkau sampaikan itu sebagai ejek-ejekan sahaja,
sambil berkata sesama sendiri:
"Inikah dia orangnya yang mencaci tuhan-tuhan kamu?" (Mereka berkata demikian) sedang mereka sendiri kufur ingkar kepada Al-Quran yang mengandungi peringatan Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.
👉Ujian paling besar adalah wahyu Allah.
Jika menepati wahyu maka luluslah ujian.
Jika tidak menepati wahyu maka kandaslah ujian.
Sudah tidak peduli akan soalan ujian,macamana nak jawab.
Soalan periksa yg paling penting sekali ialah mentauhidkan Allah taala.jadi nabi bg tau isi wahyu tauhid lalu sangat bercanggah dengan kehendak mereka.seolah2 nabi mencela.

Ayat 37
خُلِقَ الْإِنْسَانُ مِنْ عَجَلٍ ۚ
سَأُرِيكُمْ آيَاتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ

Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya;
Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu;
maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya).
👉Minta Segera azab.

Ayat 38
وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا الْوَعْدُ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan (kerana tabiat terburu-burunya) mereka berkata: "Bilakah berlakunya janji azab itu,
jika betul kamu orang-orang yang berkata benar?"
👉

Ayat 39
لَوْ يَعْلَمُ الَّذِينَ كَفَرُوا
حِينَ لَا يَكُفُّونَ
عَنْ وُجُوهِهِمُ النَّارَ
وَلَا عَنْ ظُهُورِهِمْ
وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ

Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka
ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api neraka dari muka dan belakang mereka,
dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman,
dan tidak berkata demikian).
👉Muka yg mula2 berpaling dari nabi.

Ayat 40
بَلْ تَأْتِيهِمْ بَغْتَةً
فَتَبْهَتُهُمْ
فَلَا يَسْتَطِيعُونَ
رَدَّهَا وَلَا هُمْ يُنْظَرُونَ

(Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka secara mengejut,
serta terus membingungkan mereka;
maka mereka tidak akan terdaya menolaknya,
dan tidak akan diberi tempoh bertaubat.
👉

Ayat 41
وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ
فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ
مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Dan demi sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelummu,
lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.
👉

Ayat 42
قُلْ مَنْ يَكْلَؤُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
مِنَ الرَّحْمَٰنِ ۗ
بَلْ هُمْ عَنْ ذِكْرِ رَبِّهِمْ مُعْرِضُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah?" (Mereka tidak memikirkan yang demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka.
👉Dalil aqli dan zajrun.
Boleh menyelamat dan menjaga يَكْلَؤُكُمْ
Rahman nama bg sifat allah berkali2 untuk diberitahu kepada orang mekah.

Ayat 43
أَمْ لَهُمْ آلِهَةٌ تَمْنَعُهُمْ مِنْ دُونِنَا ۚ
لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَ أَنْفُسِهِمْ
وَلَا هُمْ مِنَّا يُصْحَبُونَ

Tidak ada bagi mereka tuhan-tuhan yang dapat melindungi mereka dari azab Kami.
Mereka yang dipertuhankan itu tidak dapat menolong dirinya sendiri,
dan tidak pula mereka dibantu dengan pertolongan dari pihak Kami.
👉

Ayat 44
بَلْ مَتَّعْنَا هَٰؤُلَاءِ وَآبَاءَهُمْ
حَتَّىٰ طَالَ عَلَيْهِمُ الْعُمُرُ ۗ
أَفَلَا يَرَوْنَ أَنَّا نَأْتِي الْأَرْض
َنَنْقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا ۚ
أَفَهُمُ الْغَالِبُونَ

(Bukan benda-benda yang dipertuhankan itu yang memberi kesenangan kepada mereka) bahkan Kami biarkan mereka dan datuk-nenek mereka menikmati (kesenangan hidup)
hingga berlanjutanlah umur mereka (dalam keadaan yang menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini mereka).
Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami datangi daerah bumi yang mereka kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya?
Jika demikian halnya, maka adakah mereka yang akan menang?
👉 Ayat ini turun semasa dimekah.
Untuk orang mekah fikir.

Ayat 45
قُلْ إِنَّمَا أُنْذِرُكُمْ بِالْوَحْيِ ۚ
وَلَا يَسْمَعُ الصُّمُّ الدُّعَاءَ
إِذَا مَا يُنْذَرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku);
dan sudah tentu orang-orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran, (maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat).
👉 orang mekah minta azab lagi.
Tahap 4 kedegilan.

Ayat 46
وَلَئِنْ مَسَّتْهُمْ نَفْحَةٌ مِنْ عَذَابِ رَبِّكَ
لَيَقُولُنَّ يَا وَيْلَنَا
إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ

Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhanmu,
sudah tentu mereka akan berkata: "Aduhai celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)!"
👉

Ayat 47
وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ
لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ
فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ
وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ
وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ

Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat;
maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung);
dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 48
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَىٰ
وَهَارُونَ الْفُرْقَانَ
وَضِيَاءً
وَذِكْرًا لِلْمُتَّقِينَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah,
dan yang menjadi cahaya yang menerangi,
serta yang mengandungi pengajaran,
bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.
👉Dalil naqli tafsili,cerita nabi musa.

Ayat 49
الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ
وَهُمْ مِنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ

Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang,
dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat.
👉

Ayat 50
وَهَٰذَا ذِكْرٌ مُبَارَكٌ أَنْزَلْنَاهُ ۚ
أَفَأَنْتُمْ لَهُ مُنْكِرُونَ

Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad);
dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?
👉Tabrik kepada alquran.

Ayat 51
وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَاهِيمَ
رُشْدَهُ مِنْ قَبْلُ
وَكُنَّا بِهِ عَالِمِينَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid,
dan Kami adalah mengetahui akan halnya.
👉Allah tahu tentang keperluan nabi Ibrahim dan kemampuannya.

Ayat 52
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ
وَقَوْمِهِ مَا هَٰذِهِ التَّمَاثِيلُ
الَّتِي أَنْتُمْ لَهَا عَاكِفُونَ

Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?"
👉Antaranya adalah kata2 nya.
Tekun memujanya عَاكِفُونَ

Ayat 53
قَالُوا وَجَدْنَا آبَاءَنَا
لَهَا عَابِدِينَ

Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya".
👉Memuja عَابِدِينَ
Perkara yg sepatut buat pada allah عَاكِفُونَdan عَابِدِينَ
Mereka buat kepada selain dari Allah.

Ayat 54
قَالَ لَقَدْ كُنْتُمْ
أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ
فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata".
👉
Ayat 55
قَالُوا أَجِئْتَنَا بِالْحَقِّ
أَمْ أَنْتَ مِنَ اللَّاعِبِينَ

Mereka bertanya: "Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?"

Ayat 56
قَالَ بَلْ رَبُّكُمْ
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
الَّذِي فَطَرَهُنَّ
وَأَنَا عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ مِنَ الشَّاهِدِينَ

Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi,
Dia lah yang menciptanya;
dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.
👉Jawapan nabi Ibrahim tentang Rab.
Sifat Rab ini boleh zahir pada hamba iaitu mengurus dan mentadbir serta memelihara dan memberi rezeki serta mencipta langit dan bumi.
Dan nabi Ibrahim sebagai saksi kerana ada bersamanya dalil.

Ayat 57
وَتَاللَّهِ
لَأَكِيدَنَّ أَصْنَامَكُمْ
بَعْدَ أَنْ تُوَلُّوا مُدْبِرِينَ

"Dan demi Allah,
aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)".
👉Ini ada lah yg ada dalam hati nabi Ibrahim.

Ayat 58
فَجَعَلَهُمْ
جُذَاذًا
إِلَّا كَبِيرًا
لَهُمْ لَعَلَّهُمْ إِلَيْهِ يَرْجِعُونَ

Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya.
👉Ibrahim telah bertindak.

Ayat 59
قَالُوا مَنْ فَعَلَ هَٰذَا بِآلِهَتِنَا
إِنَّهُ لَمِنَ الظَّالِمِينَ

(Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: "Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami?
Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang zalim".
👉Ilah2 kaum nabi ibrahim بِآلِهَتِنَا

Ayat 60
قَالُوا سَمِعْنَا فَتًى يَذْكُرُهُمْ
يُقَالُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ

(Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya".
👉

Ayat 61
قَالُوا فَأْتُوا بِهِ
عَلَىٰ أَعْيُنِ النَّاسِ
لَعَلَّهُمْ يَشْهَدُونَ

(Ketua-ketua) mereka berkata: "Jika demikian, bawalah dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).
👉Melihat sendiri يَشْهَدُونَ

Ayat 62
قَالُوا أَأَنْتَ فَعَلْتَ
هَٰذَا بِآلِهَتِنَا يَا إِبْرَاهِيمُ

(Setelah ia dibawa ke situ) mereka bertanya: "Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?"
👉Ibrahim telah ditanya.

Ayat 63
قَالَ بَلْ فَعَلَهُ
كَبِيرُهُمْ هَٰذَا فَاسْأَلُوهُمْ
إِنْ كَانُوا يَنْطِقُونَ

Ia menjawab: "(Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini!
Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata".
👉Ibrahim jawap.bahkan ada yg melakukannya oleh yg melakukannya َ بَلْ فَعَلَهُ.
Ini perkataan2 nabi Ibrahim yg amat faham tentang tauhid.
Semua lafaz2 ini Tuhan nak zahir pada kita.

Ayat 64
فَرَجَعُوا إِلَىٰ أَنْفُسِهِمْ
فَقَالُوا إِنَّكُمْ أَنْتُمُ الظَّالِمُونَ

Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri):
Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang yang zalim".
👉Zalim sebab boleh puja dan seru walaupun tak boleh cakap sepatah pun.

Ayat 65
ثُمَّ نُكِسُوا عَلَىٰ رُءُوسِهِمْ
لَقَدْ عَلِمْتَ
مَا هَٰؤُلَاءِ يَنْطِقُونَ

Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: "Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya)?"
👉Mereka malu dgn fikiran mereka sendiri نُكِسُوا
Lalu kata kat Ibrahim.

Ayat 66
قَالَ أَفَتَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّه
ِ مَا لَا يَنْفَعُكُمْ شَيْئًا
وَلَا يَضُرُّكُمْ

Nabi Ibrahim berkata: "Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?
👉Ibrahim terus ambil kesempatan untuk kata kat mereka.Yg dapat bg pahala itu sifat ilah,ini bercakap pun tak boleh.

Ayat 67
أُفٍّ لَكُمْ
وَلِمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ
أَفَلَا تَعْقِلُونَ

"Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah!
Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?"
👉malang besar bg kamu أُفٍّ لَكُمْ
Asal uffin أُفٍّ adalah perkara yg sangat membosankan,keluhan yg teruk.

Ayat 68
قَالُوا حَرِّقُوهُ
وَانْصُرُوا آلِهَتَكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ فَاعِلِينَ

(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia
dan belalah tuhan-tuhan kamu,
jika betul kamu mahu bertindak membelanya!"
👉Kedegilan tidak boleh diubati walaupun fikiran telah boleh diterima

Ayat 69
قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا
وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ

Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk
serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".
👉Perintah kepada nabi Ibrahim dan ketika ini shj.

Ayat 70
وَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا
فَجَعَلْنَاهُمُ الْأَخْسَرِينَ

Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya,
lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).
👉

Ayat 71
وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا
إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا
فِيهَا لِلْعَالَمِينَ

Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.
👉Selamat rohaninya.

Ayat 72
وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ
وَيَعْقُوبَ نَافِلَةً ۖ
وَكُلًّا جَعَلْنَا صَالِحِينَ

Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya),
dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan;
dan tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan orang yang soleh.
👉Nikmat tambahan selepas dia minta ismail.nabi yaakud cucunya

Ayat 73
وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً
يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا
وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ
فِعْلَ الْخَيْرَاتِ
وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ
وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami,
dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan,
dan mendirikan sembahyang,
serta memberi zakat;
dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.
👉Ikutan ,pahala jadi banyak.

Ayat 74
وَلُوطًا آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا
وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْقَرْيَةِ
الَّتِي كَانَتْ تَعْمَلُ الْخَبَائِثَ ۗ
إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمَ سَوْءٍ فَاسِقِينَ

Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu;
dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka.
👉

Ayat 75
وَأَدْخَلْنَاهُ فِي رَحْمَتِنَا ۖ
إِنَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ

Dan Kami masukkan Nabi Lut dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami;
sesungguhnya dia dari orang-orang yang soleh.
👉

Ayat 76
وَنُوحًا
إِذْ نَادَىٰ مِنْ قَبْلُ
فَاسْتَجَبْنَا لَهُ
فَنَجَّيْنَاهُ
وَأَهْلَهُ مِنَ الْكَرْبِ الْعَظِيمِ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh,
ketika ia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu,
lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar.
👉Dalil naqli dari nabi Ibrahim dan nabi nuh

Ayat 77
وَنَصَرْنَاهُ مِنَ الْقَوْمِ
الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ
إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمَ سَوْءٍ
فَأَغْرَقْنَاهُمْ أَجْمَعِينَ

Dan Kami membelanya dari angkara kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami;
sesungguhnya adalah mereka kaum yang jahat;
lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dengan taufan).
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan