Ayat 49
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ
إِنَّمَا أَنَا لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia,
aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang menjelaskan keterangan-keterangan kepada kamu".
👉Nabi saw diajar agar bg tau dia seorang rasul.
Ayat 50
فَالَّذِينَ آمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh
akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.
👉Tabsyir
Ia adalah syurga وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Ayat 51
وَالَّذِينَ سَعَوْا فِي آيَاتِنَا
مُعَاجِزِينَ
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan Kami,
mereka itulah ahli neraka.
👉tidak mampu melemahkan مُعَاجِزِينَallah SWT atau nabi dan orang mukmin.
Ayat 52
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ
وَلَا نَبِيٍّ إِلَّا إِذَا تَمَنَّىٰ
أَلْقَى الشَّيْطَانُ
فِي أُمْنِيَّتِهِ
فَيَنْسَخُ اللَّهُ مَا يُلْقِي الشَّيْطَانُ
ثُمَّ يُحْكِمُ اللَّهُ آيَاتِهِ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul
atau seorang Nabi melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada ugama Allah yang dibawanya),
maka Syaitan pun melemparkan hasutannya
mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya;
oleh itu, Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh Syaitan,
kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya dengan kukuhnya;
dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Sebab kenapa manusia tidak beriman degil sehingga sanggup menolak tauhid.
Syaitan hanya berjaya pada orang kafir dan tidak kepada orang mencari kebenaran kerana Allah tolong hapuskan gangguan syaitan.
Ayat 53
لِيَجْعَلَ مَا يُلْقِي الشَّيْطَانُ
فِتْنَةً
لِلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ
وَالْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ ۗ
وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ
(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu
sebagai satu fitnah cubaan
bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka,
dan yang hatinya keras membatu;
dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.
👉Ayat ini ada hubungan dgn alqosyaiton.
Keraguan dlm agama فِتْنَةً
Hati yg sangat keras dlm hati musyrikin.lalu bacaan nabi tak memberi kesan.
Ayat 54
وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ
أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ
فَيُؤْمِنُوا بِهِ
فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ ۗ
وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu,
lalu mereka beriman kepadanya,
sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya;
dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.
👉Orang yg hatinya ada inabah akan bertambah yakin .
Kefahaman yg sahih الْعِلْمَseperti dikalangan sahabat nabi.
Dua kumpulan
1.golongan yg ada sifat ragu dalam hati.
2. Golongan yg ada sifat inabah ,Allah akan tolong
Ayat 55
وَلَا يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي مِرْيَةٍ
مِنْهُ
حَتَّىٰ تَأْتِيَهُمُ السَّاعَةُ
بَغْتَةً
أَوْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَقِيمٍ
Dan orang-orang kafir tetap di dalam keraguan terhadap Al-Quran
hingga datang kepada mereka saat kiamat secara mengejut,
atau datang kepada mereka azab hari yang tidak ada kebaikan untuk mereka.
👉Ragu2 tidak dapat beriman sehingga mati.
Ayat 56
الْمُلْكُ يَوْمَئِذٍ لِلَّهِ
يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ ۚ
فَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ
Kuasa pemerintahan pada hari kiamat itu tertentu bagi Allah.
Ia akan menghukum di antara mereka.
Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh ditempatkan di dalam Syurga yang penuh dengan segala nikmat dan kesenangan;
👉Allah akan zahirkan pada hari Qiamat nanti.
Ada dua golongan juga.
1.yg dapat nikmat syurga.
Ayat 57
وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا
بِآيَاتِنَا
فَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan kami,
maka mereka beroleh azab seksa yang menghina.
👉Takhwif ukhrowi.
Golongan ke 2.
Ayat 58
وَالَّذِينَ هَاجَرُوا
فِي سَبِيلِ اللَّهِ
ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا
لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ
وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati,
sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik.
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia.
👉Tuntutan jihad.
Meninggikan kalimah allah فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Ayat 59
لَيُدْخِلَنَّهُمْ
مُدْخَلًا يَرْضَوْنَهُ ۗ
وَإِنَّ اللَّهَ لَعَلِيمٌ حَلِيمٌ
Sudah tentu Allah akan memasukkan mereka (yang tersebut itu)
ke tempat yang mereka sukai (Syurga),
dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
👉Hikmat disebalik melewatkan balasan.
Ayat 60
ذَٰلِكَ
وَمَنْ عَاقَبَ
بِمِثْلِ مَا عُوقِبَ بِهِ
ثُمَّ بُغِيَ عَلَيْهِ
لَيَنْصُرَنَّهُ اللَّهُ ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٌ
Demikianlah (janji balasan Allah yang melimpah-limpah itu).
Dan sesiapa yang membalas kejahatan orang,
sama seperti yang dilakukan kepadanya,
kemudian ia dianiaya lagi,
demi sesungguhnya Allah akan menolongnya. (Dalam pada itu ingatlah)
sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
👉
Ayat 61
ذَٰلِكَ
بِأَنَّ اللَّهَ يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ
وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ
وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ
(Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku) kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasaNya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti);
dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
👉
Ayat 62
ذَٰلِكَ
بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ
وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ
هُوَ الْبَاطِلُ
وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ
Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah,
Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya,
dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya.
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
👉
Ayat 63
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَتُصْبِحُ الْأَرْضُ مُخْضَرَّةً ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit,
lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya),
lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya).
👉Dalil aqli yg pertama bahagian ke2
Ayat 64
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya.
Dan sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
👉
Ayat 65
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ
وَالْفُلْكَ
تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ
وَيُمْسِكُ السَّمَاءَ
أَنْ تَقَعَ
عَلَى الْأَرْضِ
إِلَّا بِإِذْنِهِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi
untuk kegunaan kamu,
dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya?
Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya;
sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.
👉Dalil tauhid yg ke2
Ayat 66
وَهُوَ الَّذِي أَحْيَاكُمْ
ثُمَّ يُمِيتُكُمْ
ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ۗ
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَكَفُورٌ
Dan Dia lah yang menghidupkan kamu,
kemudian Ia mematikan kamu,
kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.
👉Dalil aqli yg ke3
Ayat 67
لِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا
هُمْ نَاسِكُوهُ ۖ
فَلَا يُنَازِعُنَّكَ فِي الْأَمْرِ ۚ
وَادْعُ إِلَىٰ رَبِّكَ ۖ
إِنَّكَ لَعَلَىٰ هُدًى مُسْتَقِيمٍ
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan,
maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu;
dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu,
kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
👉Pengulangan semula bahagian ke 2 iaitu syirik amali
Ayat 68
وَإِنْ جَادَلُوكَ
فَقُلِ
اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ
Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah:
"Allah Amat" mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
👉
Ayat 69
اللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
"Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat,
mengenai apa yang kamu berselisihan padanya".
👉
Ayat 70
أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ
مَا فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۗ
إِنَّ ذَٰلِكَ فِي كِتَابٍ ۚ
إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui
segala yang ada di langit dan di bumi?
Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.
👉Disini nak sabitkan ilmu Allah yg sempurna
Ayat 71
وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا
وَمَا لَيْسَ لَهُمْ بِهِ عِلْمٌ ۗ
وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ
Dan mereka menyembah yang lain dari Allah iaitu benda-benda yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan membenarkannya,
dan yang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan (ingatlah) tiadalah bagi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syirik) itu sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan (di dunia dan di akhirat).
👉Zajrun.
Ayat 72
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ
تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ ۖ
يَكَادُونَ يَسْطُونَ
بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۗ
قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكُمُ ۗ
النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ
وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata,
engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci,
hampir-hampir mereka hendak menerkam
dan menyerang
orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu?
Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir,
dan itulah seburuk-buruk tempat kembali!
👉Zajrun lagi.
Ayat 73
يَا أَيُّهَا النَّاسُ
ضُرِبَ مَثَلٌ
فَاسْتَمِعُوا لَهُ ۚ
إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
لَنْ يَخْلُقُوا ذُبَابًا
وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ ۖ
وَإِنْ يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئًا
لَا يَسْتَنْقِذُوهُ مِنْهُ ۚ
ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan,
maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh.
Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu,
tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya;
dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka,
mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka),
lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya),
dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).
👉Penjelasan dgn cara contoh yg mudah difahami berbanding dgn syirik.
Ayat 74
مَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya (sebagaimana yang ditetapkanNya);
sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
👉
Ayat 75
اللَّهُ يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا
وَمِنَ النَّاسِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ
Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat
dan dari manusia;
sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Golongan2 yg dipuja juga adalah pilihan2 allah dari kalangan malaikat dan manusia.Allah tidak ajar pilihan Allah ini bukan wakil Allah untuk diseru .
Ayat 76
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ
وَمَا خَلْفَهُمْ ۗ
وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
Ia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka
dan apa yang ada di belakang mereka;
dan kepada Allah jualah kembalinya segala urusan.
👉
Ayat 77
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا
وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ
وَافْعَلُوا الْخَيْرَ
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ۩
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang),
dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya),
serta kerjakanlah amal-amal kebajikan;
supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
👉Pengulangan semula dan kesimpulan surah.
Rukuk dan sujud ,amalan tauhid.khusus untuk Allah.
Buat baik kepada manusi وَافْعَلُوا الْخَيْرَ
Ayat 78
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ
هُوَ اجْتَبَاكُمْ
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ
مِلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ ۚ
هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ
مِنْ قَبْلُ
وَفِي هَٰذَا
لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ
وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ ۚ
فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ
وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ
هُوَ مَوْلَاكُمْ ۖ
فَنِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya
Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya);
dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim.
Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini,
supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu,
dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat,
serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu.
Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
👉
Tiada ulasan:
Catat Ulasan