Maksud penting surah Furqan,iaitu sabitkan berkat pada Allah.
Maha berkat bermakna Allah shj yg mengadakan segala keberkatan seperti pada ayat 1.
Berkat dtg dr allah secara luar biasa.yg beri kebaikan dan keuntungan dr dunia sampai ke akhirat.
Jika hanya didunia tidak dikira berkat.
Berkat mesti dari Allah.
Keberkatan tiada selain dr Allah.
Berkat adalah sesuatu luarbiasa yg dtg dr allah.
Bukan ayat 1
تَبَارَكَ
الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ
عَلَىٰ عَبْدِهِ
لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا
Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad),
untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
sahaja ada تَبَارَكَtapi pada
ayat 10
تَبَارَكَ الَّذِي إِنْ شَاءَ جَعَلَ لَكَ خَيْرًا
مِنْ ذَٰلِكَ
جَنَّاتٍ
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
وَيَجْعَلْ لَكَ قُصُورًا
Maha Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik
dari apa yang mereka katakan itu,
iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah).
surah ini juga dan
Ayat 61
تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا
وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجًا
وَقَمَرًا مُنِيرًا
Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang,
dan menjadikan padanya matahari
serta bulan yang menerangi.
Semua amalan ada keberkatan.tapi pada zat tiada keberkatan.
Yg telah Allah sabitkan berkat seperti nabi dan tanah haram.
Ada dalil 4 naqli dan 11aqli
Ada beberapa Syikayah.
Ayat 1
تَبَارَكَ
الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ
عَلَىٰ عَبْدِهِ
لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا
Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad),
untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
👉 Furqan sifat Quran dgn makna membezakan yg hak dgn yg batil.
Tabarok adalah dalil aqli.
Ayat 2
الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ
وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ
فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا
Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak,
serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya;
dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
👉Dalil aqli yg ke2
Ayat 3
وَاتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً
لَا يَخْلُقُونَ شَيْئًا
وَهُمْ يُخْلَقُونَ
وَلَا يَمْلِكُونَ لِأَنْفُسِهِمْ ضَرًّا
وَلَا نَفْعًا
وَلَا يَمْلِكُونَ مَوْتًا
وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا
Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan,
yang tidak dapat mencipta sesuatupun,
bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi);
dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri;
dan tidak berkuasa mematikan
atau menghidupkan,
atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah mati.
👉Zajrun.
Ilah orang mekah tiada kuasa menghidupkan
Ayat 4
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
إِنْ هَٰذَا إِلَّا إِفْكٌ
افْتَرَاهُ
وَأَعَانَهُ عَلَيْهِ قَوْمٌ آخَرُونَ ۖ
فَقَدْ جَاءُوا ظُلْمًا وَزُورًا
Dan orang-orang yang kafir itu berkata:
"(Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad,
dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain".
Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.
👉Syikayah
Ayat 5
وَقَالُوا
أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
اكْتَتَبَهَا
فَهِيَ
تُمْلَىٰ عَلَيْهِ
بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Dan mereka berkata lagi:
"Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala,
yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)".
👉
Ayat 6
قُلْ
أَنْزَلَهُ الَّذِي يَعْلَمُ السِّرَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
إِنَّهُ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi;
sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Jawab Syikayah
Ayat 7
وَقَالُوا
مَالِ هَٰذَا الرَّسُولِ
يَأْكُلُ الطَّعَامَ
وَيَمْشِي فِي الْأَسْوَاقِ ۙ
لَوْلَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَلَكٌ
فَيَكُونَ مَعَهُ نَذِيرًا
Dan mereka pula berkata:
"Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)?
Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya,
supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya).
👉Syikayah yg ke4 dan ke5
Makan ,minum dan kepasar menunjukkan nabi ada mempunyai keperluan sebagaimana manusia2 yg lain.
Ayat 8
أَوْ يُلْقَىٰ إِلَيْهِ كَنْزٌ
أَوْ تَكُونُ لَهُ جَنَّةٌ
يَأْكُلُ مِنْهَا ۚ
وَقَالَ الظَّالِمُونَ
إِنْ تَتَّبِعُونَ
إِلَّا رَجُلًا مَسْحُورًا
"Atau diberikan perbendaharaan harta benda kepadanya, atau ia mempunyai sebuah kebun untuk ia makan hasilnya".
Dan orang-orang yang zalim itu berkata pula (kepada orang-orang yang beriman):
"Sebenarnya kamu hanyalah menurut seorang yang tidak siuman".
👉Gila dgn sebab sihir مَسْحُورًا
Ayat 9
انْظُرْ
كَيْفَ ضَرَبُوا لَكَ الْأَمْثَالَ
فَضَلُّوا
فَلَا يَسْتَطِيعُونَ سَبِيلًا
Lihatlah (Wahai Muhammad)
bagaimana mereka membuat untukmu berbagai misal perbandingan (yang bukan-bukan),
dengan sebab itu sesatlah mereka,
sehingga mereka tidak mendapat jalan petunjuk.
👉Zajrun ,teguran.
Kedegilan dan kesombongan menyebabkan mereka tolak wahyu.
tutur kata sama dgn orang mekah maka aqidah sama dgn orang mekah
Ayat 10
تَبَارَكَ الَّذِي إِنْ شَاءَ جَعَلَ لَكَ خَيْرًا
مِنْ ذَٰلِكَ
جَنَّاتٍ
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
وَيَجْعَلْ لَكَ قُصُورًا
Maha Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik
dari apa yang mereka katakan itu,
iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah).
👉Pengulangan semula tentang berkat.
Ayat 11
بَلْ كَذَّبُوا بِالسَّاعَةِ ۖ
وَأَعْتَدْنَا لِمَنْ كَذَّبَ بِالسَّاعَةِ سَعِيرًا
(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat;
dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang.
👉Keadaan orang mekah tolak akhirat.
Kiamat adalah permulaan akhirat.
Takhwif ukhrowi.
Api yg menyala2 سَعِيرًا
Ayat 12
إِذَا رَأَتْهُمْ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ
سَمِعُوا لَهَا تَغَيُّظًا
وَزَفِيرًا
Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh.
👉Diantara sifat neraka.
Neraka bergomol sesama neraka sehingga keluar suaranya
Ayat 13
وَإِذَا أُلْقُوا مِنْهَا
مَكَانًا ضَيِّقًا
مُقَرَّنِينَ
دَعَوْا هُنَالِكَ ثُبُورًا
Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam neraka itu,
dengan keadaan mereka dibelenggu,
menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu).
👉ini gambaran keadaan neraka yg sempit dan dirantai beramai2 dan minta mati ثُبُورًا
Ayat 14
لَا تَدْعُوا الْيَوْمَ ثُبُورًا وَاحِدًا
وَادْعُوا ثُبُورًا كَثِيرًا
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja,
tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya)".
👉
Ayat 15
قُلْ أَذَٰلِكَ خَيْرٌ
أَمْ جَنَّةُ الْخُلْدِ
الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۚ
كَانَتْ لَهُمْ جَزَاءً
وَمَصِيرًا
Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah (azab seksa neraka) yang demikian itu lebih baik
atau Syurga yang kekal,
yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" Syurga/neraka yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan
dan tempat kembali.
👉tempat kembali وَمَصِيرًاyg akhir Tidak tempat lain.
Ayat 16
لَهُمْ فِيهَا
مَا يَشَاءُونَ
خَالِدِينَ ۚ
كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ وَعْدًا مَسْئُولًا
Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki,
mereka pula kekal di dalamnya.
Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing).
👉
Ayat 17
وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ
وَمَا يَعْبُدُونَ
مِنْ دُونِ اللَّهِ
فَيَقُولُ
أَأَنْتُمْ أَضْلَلْتُمْ عِبَادِي هَٰؤُلَاءِ
أَمْ هُمْ ضَلُّوا السَّبِيلَ
Dan (ingatkanlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir)
dan makhluk-makhluk yang mereka sembah yang lain dari Allah,
lalu Ia bertanya (kepada makhluk-makhluk yang telah dipuja dan disembah itu):
"Kamukah yang menyesatkan hamba-hambaKu itu atau mereka yang sesat jalan?"
👉Takhwif ukhrowi
Isa,uzair,jin atau wali.
Ayat 18
قَالُوا سُبْحَانَكَ
مَا كَانَ يَنْبَغِي لَنَا
أَنْ نَتَّخِذَ مِنْ دُونِكَ مِنْ أَوْلِيَاءَ
وَلَٰكِنْ مَتَّعْتَهُمْ
وَآبَاءَهُمْ
حَتَّىٰ نَسُوا الذِّكْرَ
وَكَانُوا قَوْمًا بُورًا
Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)!
Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripadaMu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami);
tetapi engkau (wahai Tuhan kami) telah melimpahkan kemewahan kepada mereka
dan kepada datuk neneknya
sehingga mereka lalai
dan cuaikan ajaran ugamaMu,
dan menjadilah mereka kaum yang binasa".
👉wahyu adalah ukuran sebenar betul atau salah bukan kesenangan atau kesusahan yg dialami dlm kehidupan.
Binasa keranan dihumban dlm neraka
Ayat 19
فَقَدْ كَذَّبُوكُمْ
بِمَا تَقُولُونَ
فَمَا تَسْتَطِيعُونَ صَرْفًا وَلَا نَصْرًا ۚ
وَمَنْ يَظْلِمْ مِنْكُمْ
نُذِقْهُ عَذَابًا كَبِيرًا
Maka (dikatakan pula kepada golongan itu): "Sesungguhnya mereka (yang kamu puja dan sembah) itu telah mendustakan dakwaan kamu (bahawa mereka yang menyesatkan kamu).
Oleh itu, kamu semua tidak akan dapat menjauhkan azab seksa
atau beroleh sebarang pertolongan".
Dan sesiapa yang berlaku zalim di antara kamu (wahai umat manusia, dengan kekufuran atau maksiat),
Kami akan merasakannya azab seksa yang besar.
👉Zalim disini adalah zalim syirik.
Ayat 20
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ
إِلَّا إِنَّهُمْ
لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ
وَيَمْشُونَ فِي الْأَسْوَاقِ ۗ
وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ ۗ
وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar,
dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain,
supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)?
Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).
👉Jawab Syikayah yg ke4
Ke pasar bermakna berhajat kepada kelengkapan dlm hidup dia.
Seorang manusia tak mampu buat semua perkara seorang diri.
Pasar adalah menunjukan manusia itu berhajat.
Jika malaikat tentu tidak makan dan tidak boleh jadi contoh kepada manusia biasa yg perlukan makanan .
Ujian disini bermaksud ujian kerana agama.
Kena sabar untuk berjaya.
Ayat 21
وَقَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا
لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا الْمَلَائِكَةُ
أَوْ نَرَىٰ رَبَّنَا ۗ
لَقَدِ اسْتَكْبَرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ
وَعَتَوْا عُتُوًّا كَبِيرًا
Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami:
"Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita,
atau kita dapat melihat Tuhan kita?"
Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri,
dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya.
👉ini syikayah yg ke 5,pengulangan semula ayat yg ke7
Ayat 22
يَوْمَ يَرَوْنَ الْمَلَائِكَةَ
لَا بُشْرَىٰ يَوْمَئِذٍ لِلْمُجْرِمِينَ
وَيَقُولُونَ حِجْرًا مَحْجُورًا
(Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat,
pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya),
dan mereka akan berkata:
"Semoga kita jauh - dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)".
👉Ini jawapan kepada syikayah Ayat 21
Perkataan peribahasa حِجْرًا مَحْجُورًاmoga2 ada perlindungan.
Ayat 23
وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا
مِنْ عَمَلٍ
فَجَعَلْنَاهُ
هَبَاءً مَنْثُورًا
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik),
lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.
👉ini takhwif ukhrowi.
Amalan baik jadi debu sebab aqidah tidak betul.
Ayat 24
أَصْحَابُ الْجَنَّةِ
يَوْمَئِذٍ خَيْرٌ مُسْتَقَرًّا
وَأَحْسَنُ مَقِيلًا
Ahli-ahli Syurga pada hari itu lebih baik tempat menetapnya,
dan lebih elok tempat rehatnya.
👉
Ayat 25
وَيَوْمَ تَشَقَّقُ السَّمَاءُ بِالْغَمَامِ
وَنُزِّلَ الْمَلَائِكَةُ تَنْزِيلًا
Dan (sebutkanlah perihal) hari segala langit pecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat),
dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan.
👉Ini pun Takhwif ukhrowi
Ayat 26
الْمُلْكُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ لِلرَّحْمَٰنِ ۚ
وَكَانَ يَوْمًا عَلَى الْكَافِرِينَ
عَسِيرًا
Kuasa pemerintahan yang sebenar-benarnya pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmatNya,
dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir.
👉
Ayat 27
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ
يَقُولُ يَا لَيْتَنِي
اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا
Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri)
sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
👉Gigit tangan sendiri yg menunjukan nak marah pada diri sendiri.
Ayat 28
يَا وَيْلَتَىٰ
لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا
"Wahai celakanya aku,
alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
👉Sahabat karib ini adalah syaitan atau orang yg dipengaruhi syaitan
Ayat 29
لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ
بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي ۗ
وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran)
setelah ia disampaikan kepadaku.
Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".
👉
Ayat 30
وَقَالَ الرَّسُولُ
يَا رَب
ِّإِنَّ قَوْمِي
اتَّخَذُوا
هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Dan berkatalah Rasul:
"Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku
telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".
👉
Ayat 31
وَكَذَٰلِكَ
جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا
مِنَ الْمُجْرِمِينَ ۗ
وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ هَادِيًا وَنَصِيرًا
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah;
dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka)
serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka).
👉Zajrun dan Tasliyah
Ayat 32
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ
الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً ۚ
كَذَٰلِكَ
لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ ۖ
وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلًا
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?"
Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya,
dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
👉Syikayah yg ke7
Yahudi kata kita mereka turun sekali gus.
Allah bg tahu Quran turun sikit2 ada hikmah dan kitab dahulu turun sekali ada hikmah.
Turun sikit2 untuk memberi kefahaman.
Ayat 33
وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ
إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ
وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا
Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu)
melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran
dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).
👉
Ayat 34
الَّذِينَ يُحْشَرُونَ عَلَىٰ وُجُوهِهِمْ إِلَىٰ جَهَنَّمَ
أُولَٰئِكَ
شَرٌّ مَكَانًا
وَأَضَلُّ سَبِيلًا
Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke neraka Jahannam (dengan tertiarap) atas mukanya,
merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya.
👉
Ayat 35
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ
وَجَعَلْنَا مَعَهُ أَخَاهُ هَارُونَ وَزِيرًا
Dan sesungguhnya Kami telah berikan Kitab Taurat kepada Nabi Musa,
dan Kami lantik saudaranya Nabi Harun, sebagai menteri bersamanya.
👉Dalil naqli yg pertama
Ayat 36
فَقُلْنَا اذْهَبَا إِلَى الْقَوْمِ
الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
فَدَمَّرْنَاهُمْ تَدْمِيرًا
Lalu Kami perintahkan: "Pergilah kamu berdua kepada kaum
yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami";
maka (kesudahannya) Kami binasakan kaum itu sehancur-hancurnya.
👉Kaum yg mendustakan adalah kaum yg syirik.
Ayat 37
وَقَوْمَ نُوحٍ
لَمَّا كَذَّبُوا الرُّسُلَ
أَغْرَقْنَاهُمْ
وَجَعَلْنَاهُمْ لِلنَّاسِ آيَةً ۖ
وَأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ عَذَابًا أَلِيمًا
Dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, ketika mereka mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami jadikan mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia; dan Kami sediakan bagi sesiapa yang zalim; azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Siroh jamii,seang nabi Nuh hanya seorang.makna mendustakan seorang rasul telah mendustakan semua rasul kerana ajarannya sama.lagi pun 950 berapa kali 25 tahun jika zaman lain dah byk rasul2 yg dtg.
Ayat 38
وَعَادًا وَثَمُودَ
وَأَصْحَابَ الرَّسِّ
وَقُرُونًا بَيْنَ ذَٰلِكَ كَثِيرًا
Dan (demikian juga Kami telah binasakan) Aad dan Thamud
serta Ashaabur-Rassyi
dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa yang tersebut itu.
👉
Ayat 39
وَكُلًّا ضَرَبْنَا لَهُ الْأَمْثَالَ ۖ
وَكُلًّا تَبَّرْنَا تَتْبِيرًا
Dan masing-masing, telah Kami berikan kepadanya contoh tauladan yang mendatangkan iktibar,
dan masing-masing telah Kami hancurkan sehancur-hancurnya.
👉
Ayat 40
وَلَقَدْ أَتَوْا عَلَى الْقَرْيَةِ الَّتِي
أُمْطِرَتْ مَطَرَ السَّوْءِ ۚ
أَفَلَمْ يَكُونُوا يَرَوْنَهَا ۚ
بَلْ كَانُوا لَا يَرْجُونَ نُشُورًا
Dan demi sesungguhnya, mereka (yang menentangmu wahai Muhammad) telah melalui bandar
yang telah dihujani (dengan) azab yang buruk,
maka (mengapa mereka masih berdegil),
tidakkah mereka selalu dapat menyaksikannya?
(Mereka tidak fikirkan yang demikian itu satu balasan kufur)
bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak ingatkan adanya kebangkitan hidup semula (untuk menerima balasan).
👉Dalil naqli yg ke7
Hujan batu dari neraka ْ مَطَرَ السَّوْءِ
Ayat 41
وَإِذَا رَأَوْكَ
إِنْ يَتَّخِذُونَكَ إِلَّا هُزُوًا
أَهَٰذَا الَّذِي بَعَثَ اللَّهُ رَسُولًا
Dan apabila mereka melihatmu (wahai Muhammad), mereka hanyalah menjadikanmu ejek-ejekan (sambil mereka berkata):
"Inikah orangnya yang diutus oleh Allah sebagai RasulNya?
👉Mereka orang mekah adalah golongan jahiliyah wahyu dan degil pula, penyebab orang mekah jadi golongan celaka.
Kitab paling baik begitu juga dgn nabi.
Ayat 42
إِنْ كَادَ لَيُضِلُّنَا
عَنْ آلِهَتِنَا
لَوْلَا أَنْ صَبَرْنَا عَلَيْهَا ۚ
وَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
حِينَ يَرَوْنَ الْعَذَابَ
مَنْ أَضَلُّ سَبِيلًا
"Sebenarnya ia hampir-hampir dapat menyesatkan kami dari tuhan-tuhan kami,
jika tidaklah kerana kami tetap teguh menyembahnya". Dan mereka akan mengetahui kelak ketika mereka melihat azab seksa:
siapakah yang sebenar-benarnya sesat jalannya.
👉Ini orang mekah pada nabi saw.
Min 105
Ayat 43
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ
أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
👉Punca orang mekah sesat adalah perasaan
Perasaan ini nafsu.
Orang yg menjadikan perasaan sebagai Tuhan.
Bila bertembung nafsu dan wahyu ,mereka pilih nafsu maka mereka telah mempertuhankan nafsu.
Ayat 44
أَمْ تَحْسَبُ
أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ
أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ
إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ ۖ
بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا
Atau adakah engkau menyangka
bahawa kebanyakan mereka mendengar
atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)?
Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.
👉Lebih teruk dari binatang sebab tidak guna aqal yg Allah bg sedang binatang tiada aqal.
Masuk neraka sebab tidak guna aqal atau bodoh.Orang bodoh tidak boleh masuk neraka.
Ukuran cerdik pandai adalah wahyu allah
Ayat 45
أَلَمْ تَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ
كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ
وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا
ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا
Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya)
dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)!
Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;
👉Dalil naqli yg ke4
Zi'la الظِّلَّbayang
Ayat 46
ثُمَّ قَبَضْنَاهُ إِلَيْنَا
قَبْضًا يَسِيرًا
Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami,
dengan beransur-ansur.
👉Berlaku setiap hari dgn qudrat Allah.
Ayat 47
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاسًا
وَالنَّوْمَ سُبَاتًا
وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُورًا
Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian,
dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat,
serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.
👉Dalil naqli yg ke5
Kerehatan سُبَاتًاatau berhenti.
Ayat 48
وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا
بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۚ
وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا
Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira
sebelum kedatangan rahmatNya,
dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci,
👉Dalil aqli yg ke6
Ayat 49
لِنُحْيِيَ بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا
وَنُسْقِيَهُ مِمَّا خَلَقْنَا
أَنْعَامًا
وَأَنَاسِيَّ كَثِيرًا
Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami,
khasnya binatang ternak yang banyak
dan manusia yang ramai.
👉
Ayat 50
وَلَقَدْ صَرَّفْنَاهُ بَيْنَهُمْ
لِيَذَّكَّرُوا
فَأَبَىٰ أَكْثَرُ النَّاسِ
إِلَّا كُفُورًا
Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran
supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.
👉
Ayat 51
وَلَوْ شِئْنَا
لَبَعَثْنَا فِي
كُلِّ قَرْيَةٍ نَذِيرًا
Dan kalau Kami kehendaki,
tentulah Kami utuskan dalam tiap-tiap negeri,
seorang Rasul pemberi amaran.
👉 Ini Tasliyah kepada nabi.
Memang kerja nabi penat tetapi balasan juga yg terbaik bg Allah untuk nabi
Ayat 52
فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ
وَجَاهِدْهُمْ بِهِ
جِهَادًا كَبِيرًا
Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir,
dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka
dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.
👉
Ayat 53
وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ
هَٰذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ
وَهَٰذَا
مِلْحٌ أُجَاجٌ
وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا
وَحِجْرًا مَحْجُورًا
Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan,
yang satu tawar lagi memuaskan dahaga,
dan yang satu lagi masin lagi pahit;
serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.
👉Dalil aqli yg ke7
Ayat 54
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا
فَجَعَلَهُ
نَسَبًا وَصِهْرًا ۗ
وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا
Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka
dan penalian keluarga (persemendaan);
dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).
👉Dalil aqli yg ke8
Ayat 55
وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
مَا لَا يَنْفَعُهُمْ
وَلَا يَضُرُّهُمْ ۗ
وَكَانَ الْكَافِرُ عَلَىٰ رَبِّهِ ظَهِيرًا
Dan mereka (yang musyrik) menyembah benda-benda yang lain dari Allah,
yang tidak memberi manfaat kepada mereka (yang menyembahnya)
dan tidak pula mendatangkan mudarat kepada mereka (yang tidak menyembahnya);
dan orang yang kafir selalu menjadi pembantu (bagi golongannya yang kafir) untuk menderhaka kepada tuhannya.
👉ini zajrun.
Ayat 56
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ
إِلَّا مُبَشِّرًا
وَنَذِيرًا
Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman)
dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
👉Jawapan nabi tidak boleh tunjuk mukjizat
Ayat 57
قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ
إِلَّا مَنْ شَاءَ
أَنْ يَتَّخِذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا
Katakanlah: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan
bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu,
selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah".
👉
Ayat 58
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ
الَّذِي لَا يَمُوتُ
وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ ۚ
وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا
Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup,
yang tidak mati;
serta bertasbihlah dengan memujiNya;
dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
👉Tasliyah kepada nabi
Ayat 59
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا
فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۚ
الرَّحْمَٰنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرًا
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya,
dalam enam masa,
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy,
Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah);
maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.
👉Dalil aqli yg ke9
Orang mekah tidak tahu nama Tuhan Ar-Rahman.Orang mekah hanya tahu nama allah,Allah shj .sedang orang Yahudi dan nasora tahu nama arrahman.
Ayat 60
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اسْجُدُوا لِلرَّحْمَٰنِ
قَالُوا وَمَا الرَّحْمَٰنُ
أَنَسْجُدُ لِمَا تَأْمُرُنَا
وَزَادَهُمْ نُفُورًا ۩
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): "Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!"
Mereka bertanya: "Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?"
Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.
👉
Ayat 61
تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا
وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجًا
وَقَمَرًا مُنِيرًا
Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang,
dan menjadikan padanya matahari
serta bulan yang menerangi.
👉Dalil aqli yg ke10
Ayat 62
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً
لِمَنْ أَرَادَ
أَنْ يَذَّكَّرَ
أَوْ أَرَادَ شُكُورًا
Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti
untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya),
atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).
👉Dalil aqli yg ke11
Ayat 63
وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ
الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا
وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ
قَالُوا سَلَامًا
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya),
ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun,(betul2 rendah diri dan tidak sombong.
dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka,
mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
👉Ayat ini berlawanan dgn Ayat 60
Orang yg sujud pada Tuhan Rahman.
Perkataan yg menyelamatkan dari dosa atau ucapan selamat tinggal.
Ayat 64
وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ
سُجَّدًا وَقِيَامًا
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan
mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
👉ini bhg ke3
Ayat 65
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ
إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:
Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami,
sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan
👉
Ayat 66
إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا
وَمُقَامًا
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";
👉
Ayat 67
وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا
وَلَمْ يَقْتُرُوا
وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,
tiadalah melampaui batas
dan tiada bakhil kedekut;
dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
👉
Ayat 68
وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ
وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ
إِلَّا بِالْحَقِّ
وَلَا يَزْنُونَ ۚ
وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ
يَلْقَ أَثَامًا
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah,
dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya,
kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak),
dan tidak pula berzina;
dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
👉Bhg ke5 sifat Allah itu.
Ayat 69
يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ
وَيَخْلُدْ
فِيهِ مُهَانًا
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -
👉
Ayat 70
إِلَّا مَنْ تَابَ
وَآمَنَ
وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا
فَأُولَٰئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ ۗ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Kecuali orang yang bertaubat
dan beriman
serta mengerjakan amal yang baik,
maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan;
dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉taubat dari aqidah syirik atau betul2 beriman.
Ayat 71
وَمَنْ تَابَ
وَعَمِلَ صَالِحًا
فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَابًا
Dan sesiapa yang bertaubat
serta beramal soleh,
maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
👉ini pula taubat dari perbuatan maksiat seperti bunuh orang.
Ayat 72
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ
وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ
مَرُّوا كِرَامًا
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang,
dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia,
mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
👉sifat ke6 ibaadurahman
Ayat 73
وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ
لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا
صُمًّا وَعُمْيَانًا
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka,
tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.
👉ini sifat ke7
Ayat 74
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا
وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ
وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,
dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
👉sifat yg ke8
Ayat 75
أُولَٰئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ
بِمَا صَبَرُوا
وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا
تَحِيَّةً وَسَلَامًا
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka,
dan mereka pula akan menerima penghormatan
dan ucapan selamat di dalamnya,
👉Tingkat yg tinggi dlm syurga الْغُرْفَةَ
Ayat 76
خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
حَسُنَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
Mereka kekal di dalam Syurga itu;
amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.
👉
Ayat 77
قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي
لَوْلَا دُعَاؤُكُمْ ۖ
فَقَدْ كَذَّبْتُمْ
فَسَوْفَ يَكُونُ لِزَامًا
Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu
kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya;
(apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya)
maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu);
dengan yang demikian,
sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".
👉Takhwif ukhrowi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan