Khamis, Mac 02, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 92 16:41-128

Ayat 41
وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ
مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا
لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ
وَلَأَجْرُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ
لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah,
sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam),
Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik;
dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.
👉Ayat ni adalah Tabsyir,Tabsyir kepada golongan beriman yg berhijrah.
Hijrah boleh berbagai sebab.
Hijrah kerana aqidah agama akan dapat balasan dari Allah.didunia lagi sudah dapat balasan baik.
Jika orang kafir tahu betapa besarnyanya ganjaran Allah nescaya mereka juga akan berhijrah.

Ayat 42
الَّذِينَ صَبَرُوا
وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.
👉Ini Sifat hijrah yg ke2,orang yg sanggup sabar kerana agama dan tawakal.apa yg akan berlaku setelah hijrah diserahkan kepada allah

Ayat 43
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ
إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۚ
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ
إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad),
melainkan dari kalangan orang-orang lelaki,
yang Kami wahyukan kepada mereka.
Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
👉Jawapan bg soalan dikalangan mereka kenapa Allah  tak pilih malaikat sebagai rasul?
Jika nabi Muhamad saw nabi terakhir adalah manusia ,memang sudah biasa sebelumnya juga manusia.

Ayat 44
بِالْبَيِّنَاتِ
وَالزُّبُرِ ۗ
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ
لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ
مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ
وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka)
dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan);
dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan,
supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka,
dan supaya mereka memikirkannya.
👉allah nak semua manusia dengar wahyu ini.d an yg nabi yg dipilih itu membacakan wahyuNya.
Dan umat boleh berfikir apa yg patut mereka buat setelah wahyu mereka belajar.
Muqoddar بِالْبَيِّنَاتِ

Ayat 45
أَفَأَمِنَ الَّذِينَ مَكَرُوا السَّيِّئَاتِ
أَنْ يَخْسِفَ اللَّهُ بِهِمُ الْأَرْضَ
أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ
مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang
dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi,
atau mereka didatangi azab
dari arah yang mereka tidak menyedarinya?
👉Takhwif duniawi.

Ayat 46
أَوْ يَأْخُذَهُمْ فِي تَقَلُّبِهِمْ
فَمَا هُمْ بِمُعْجِزِينَ

Atau Ia membinasakan mereka secara mengejut dalam masa mereka berulang alik melakukan kerja masing-masing?
Kerana sebenarnya mereka tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah.
👉apakah mereka merasa tenteram?

Ayat 47
أَوْ يَأْخُذَهُمْ عَلَىٰ تَخَوُّفٍ
فَإِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ

Atau Ia membinasakan mereka (dan harta benda mereka) sedikit demi sedikit?
Kerana sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.
👉apakah mereka ras aman?
Ini semua cara2 Allah azab manusia.

Ayat 48
أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَىٰ مَا خَلَقَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ
يَتَفَيَّأُ ظِلَالُهُ عَنِ الْيَمِينِ وَالشَّمَائِلِ
سُجَّدًا لِلَّهِ وَهُمْ دَاخِرُونَ

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah,
yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang),
dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?
👉Dalil aqli yg ke4. penciptaan makhluk dan tunduk pada Allah.

Ayat 49
وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
مِنْ دَابَّةٍ وَالْمَلَائِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi,
dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).
👉Allah sindir

Ayat 50
يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ
وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ۩

Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya),
serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.
👉

Ayat 51
وَقَالَ اللَّهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَٰهَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ
إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ
فَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ

Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan,
kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu;
maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
👉Maksud ke 2 surah ,yg diulangi kali ke2surah
Jalalain kata nak sabitkan takut pada Allah shj.jadi takutlah kepada Allah shj dan jgn takut selain daripada Aku.
Jalalain kata  فَارْهَبُونِ nak sabitkan takut pada Allah shj.

Ayat 52
وَلَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَلَهُ الدِّينُ وَاصِبًا ۚ
أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَتَّقُونَ

Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi;
dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya;
(sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.
👉Dalil aqli yg ke5

Ayat 53
وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ
ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ
فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ

Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah;
kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan
maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
👉

Ayat 54
ثُمَّ إِذَا كَشَفَ الضُّرَّ عَنْكُمْ
إِذَا فَرِيقٌ مِنْكُمْ
بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ

Kemudian, apabila Ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu,
tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.
👉masa ada masalah mereka tauhid,bila dah apa pertolongan Allah mereka syirik balik.

Ayat 55
لِيَكْفُرُوا بِمَا آتَيْنَاهُمْ ۚ
فَتَمَتَّعُوا ۖ
فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

(Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka.
Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia),
kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu).
👉kerana menggunakan nikmat untuk derhaka
فَتَمَتَّعُوا
Jumlah takdililiyah.

Ayat 56
وَيَجْعَلُونَ لِمَا
لَا يَعْلَمُونَ نَصِيبًا
مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ ۗ
تَاللَّهِ لَتُسْأَلُنَّ عَمَّا كُنْتُمْ تَفْتَرُونَ

Dan mereka (yang musyrik itu) menentukan untuk keperluan benda-benda yang mereka
tidak mengetahui hal keadaannya,
sebahagian dari harta-benda yang kami kurniakan kepada mereka.
Demi Allah! Sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu ada-adakan secara dusta itu.
👉Sepertimana surah al anam,mereka jadikan sebhg rezeki makbulbatil(pujaan2 batil) dan sebhg lagi untuk Allah.

Ayat 57
وَيَجْعَلُونَ لِلَّهِ الْبَنَاتِ سُبْحَانَهُ ۙ
وَلَهُمْ مَا يَشْتَهُونَ

Dan mereka mengatakan Allah mempunyai anak-anak perempuan.
Maha Suci Ia. Sedang bagi mereka pula mereka sediakan apa yang mereka sukai (anak-anak lelaki).
👉Zajrun.

Ayat 58
وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالْأُنْثَىٰ
ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا
وَهُوَ كَظِيمٌ

Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan,
muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.
👉nisbah orang Arab sendiri tak mahu anak perempuan.

Ayat 59
يَتَوَارَىٰ مِنَ الْقَوْمِ
مِنْ سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ ۚ
أَيُمْسِكُهُ عَلَىٰ هُونٍ
أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ ۗ
أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

Ia bersembunyi dari orang ramai
kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan;
sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina,
atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.
👉

Ayat 60
لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ مَثَلُ السَّوْءِ ۖ
وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الْأَعْلَىٰ ۚ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Bagi mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat yang buruk,
dan bagi Allah jualah sifat yang tertinggi;
dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉

Ayat 61
وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِظُلْمِهِمْ
مَا تَرَكَ عَلَيْهَا مِنْ دَابَّةٍ
وَلَٰكِنْ يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۖ
فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ
وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka,
tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak;
akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu;
kemudian apabila sampai tempoh mereka,
tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.
👉Takhwif duniawi.

Ayat 62
وَيَجْعَلُونَ لِلَّهِ مَا يَكْرَهُونَ
وَتَصِفُ أَلْسِنَتُهُمُ الْكَذِبَ
أَنَّ لَهُمُ الْحُسْنَىٰ ۖ
لَا جَرَمَ أَنَّ لَهُمُ النَّارَ
وَأَنَّهُمْ مُفْرَطُونَ

Dan mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya;
dalam pada itu,
lidah mereka memperkatakan perkara yang dusta,
(kononnya) bahawa mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah.
Tidak syak lagi, bahawa bagi merekalah api neraka,
dan bahawa merekalah orang-orang yang disegerakan (masuknya ke dalam neraka).
👉Hujung Ayat 62 ini takhwif ukhrowi

Ayat 63
تَاللَّهِ لَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ
فَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ
فَهُوَ وَلِيُّهُمُ الْيَوْمَ
وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad),
lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu;
maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Zajrun dan Takhwif ukhrowi
Jika Syaitan ubah pandangan dan juga jadi kawan rapat ,malaikat Rahmat tidak ada.

Ayat 64
وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ
إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ
وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad)
melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya;
dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
👉tanggungjawab nabi dan umat nabi saw

Ayat 65
وَاللَّهُ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً
لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

Dan Allah menurunkan hujan dari langit,
lalu Ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya;
sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah)
bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya).
👉Dalil aqli yg ke6

Ayat 66
وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً ۖ
نُسْقِيكُمْ
مِمَّا فِي بُطُونِهِ
مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ
لَبَنًا خَالِصًا
سَائِغًا لِلشَّارِبِينَ

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu
daripada apa yang terbit dari dalam perutnya,
yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih,
yang mudah diminum,
lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
👉untuk kita semua boleh ambil pengajaran.

Ayat 67
وَمِنْ ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ وَالْأَعْنَابِ
تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا
وَرِزْقًا حَسَنًا ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur
kamu jadikan daripadanya minuman haram
dan makanan serta
minuman yang halal;
sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.
👉hasil dari buah kurma,Nabiz dan arak
Surah ni turun masa makkiyah.

Ayat 68
وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ
أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا
وَمِنَ الشَّجَرِ
وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:
"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu,
dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
👉ini ilham dr allah

Ayat 69
ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ
فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ
يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا
شَرَاب
ٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ
فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai),
serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".
(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya,
yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit).
Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
👉 ilham yg Allah bg pada lebah.
ada 2radar,satu jarak jauh dan untuk tinggi rendah.
Penawar bila dicampur untuk rawatan
Jika tak campur hanya untuk penjagaan.

Ayat 70
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّاكُمْ ۚ
وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَىٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِ
لِكَيْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْئًا ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada);
kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan),
sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya;
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
👉Tanda qudrat ٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِumur nyanyuk bukan keaiban.bukti adanya apa yg disebut dlm quran.
Semua ini qudrat2 Allah.
Tak sepatutnya manusia seru selain dr Allah.

Ayat 71
وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ ۚ
فَمَا الَّذِينَ فُضِّلُوا
بِرَادِّي رِزْقِهِمْ
عَلَىٰ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ
فَهُمْ فِيهِ سَوَاءٌ ۚ
أَفَبِنِعْمَةِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ

Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu,
orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka,
supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?
👉Penetapan rezeki ini adalah qudrat allah.
Zajrun.
Tolak ajaran tauhid ,ingkar tapi nikmat Allah ambil atau guna.
Manusia tak boleh samakan rezeki antara satu sama lain.

Ayat 72
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا
وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً
وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ ۚ
أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ
وَبِنِعْمَتِ اللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri),
dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu:
anak-anak dan cucu-cicit,
serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal;
maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala),
dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?
👉batil ,puja selain dr allah

Ayat 73
وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّه
ِ مَا لَا يَمْلِكُ لَهُمْ رِزْقًا
مِنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ شَيْئًا
وَلَا يَسْتَطِيعُونَ

Dan mereka menyembah benda-benda yang lain dari Allah,
yang tidak berkuasa memberikan mereka sebarang rezeki pemberian dari langit dan bumi,
dan mereka pula tidak berdaya sama sekali mendapat kuasa itu.
👉ini perkara batil.

Ayat 74
فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
👉makhluk2 lain yg setanding dgn allah الْأَمْثَالَ

Ayat 75
ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا
عَبْدًا مَمْلُوكًا لَا يَقْدِرُ عَلَىٰ شَيْءٍ
وَمَنْ رَزَقْنَاهُ مِنَّا رِزْقًا حَسَنًا
فَهُوَ يُنْفِقُ مِنْهُ سِرًّا وَجَهْرًا ۖ
هَلْ يَسْتَوُونَ ۚ
الْحَمْدُ لِلَّهِ ۚ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Allah memberikan satu misal perbandingan:
Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang,
yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun;
dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami,
maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya,
sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama?
Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah),
tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).
👉contoh perbandingan Allah dan hamba.

Ayat 76
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا
رَجُلَيْنِ
أَحَدُهُمَا أَبْكَمُ
لَا يَقْدِرُ عَلَىٰ شَيْءٍ
وَهُوَ كَلٌّ عَلَىٰ مَوْلَاهُ أَيْنَمَا يُوَجِّهْهُ لَا يَأْتِ بِخَيْرٍ ۖ
هَلْ يَسْتَوِي هُوَ
وَمَنْ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ ۙ
وَهُوَ عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Dan Allah memberikan satu misal perbandingan lagi: Dua orang lelaki,
salah seorangnya kelu pekak dari semulajadinya,
tidak dapat menyatakan apa yang difikirkannya
dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya;
dan ia pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya;
ke mana sahaja ia diarahkan pergi oleh penjaganya,
tak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah; adakah dia (yang demikian sifatnya) sama seperti orang (yang boleh berkata-kata serta dapat) menyuruh orang ramai melakukan keadilan,
dan ia sendiri pula berada di atas jalan yang lurus (jalan yang benar)?
👉contoh ke2,perbandingan makhluk dgn Tuhan.

Ayat 77
وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَمَا أَمْرُ السَّاعَةِ إِلَّا كَلَمْحِ الْبَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi;
tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata,
atau ia lebih cepat lagi;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Takhwif ukhrowi
Allah kembalikan ilmu yg ada padanya.

Ayat 78
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ
لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا
وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ
لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun;
dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran
dan penglihatan
serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
👉Dalil aqli yg ke7

Ayat 79
أَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ
مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاءِ
مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا اللَّهُ ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa?
Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah;
sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
👉qudrat allah

Ayat 80
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ سَكَنًا
وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ جُلُودِ الْأَنْعَامِ بُيُوتًا
تَسْتَخِفُّونَهَا يَوْمَ ظَعْنِكُمْ
وَيَوْمَ إِقَامَتِكُمْ ۙ
وَمِنْ أَصْوَافِهَا
وَأَوْبَارِهَا
وَأَشْعَارِهَا
أَثَاثًا
وَمَتَاعًا
إِلَىٰ حِينٍ

Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal;
dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh),
yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti;
dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu,
berbagai barang perkakas rumah
dan perhiasan,
(untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.
👉lagi Allah bg tau.

Ayat 81
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِمَّا خَلَقَ
ظِلَالًا
وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْجِبَالِ أَكْنَانًا
وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَابِيل
َ تَقِيكُمُ الْحَرَّ
وَسَرَابِيلَ
تَقِيكُمْ بَأْسَكُمْ ۚ
كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ
لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ

Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya:
benda-benda untuk berteduh,
dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung;
dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu
dari panas dan sejuk,
juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu
semasa berjuang.
Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya.
👉Disini تُسْلِمُونَadalah tuwahiddun

Ayat 82
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

Kemudian, jika mereka masih berpaling ingkar maka sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan cara yang jelas nyata.
👉tidak boleh berduka cita.

Ayat 83
يَعْرِفُونَ نِعْمَتَاللَّهِ
ثُمَّ يُنْكِرُونَهَا
وَأَكْثَرُهُمُ الْكَافِرُونَ

Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu),
kemudian mereka tergamak mengingkarinya;
dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar.
👉

Ayat 84
وَيَوْمَ نَبْعَثُ مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا
ثُمَّ لَا يُؤْذَنُ لِلَّذِينَ كَفَرُوا
وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ

Dan (ingatkanlah kepada mereka yang musyrik tentang) hari Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi; kemudian tidak diizinkan bagi orang-orang yang kafir (memberi sebarang alasan),
dan mereka pula tidak diminta memohon keredaan Allah.
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 85
وَإِذَا رَأَى الَّذِينَ ظَلَمُوا الْعَذَابَ
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ
وَلَا هُمْ يُنْظَرُونَ

Dan apabila orang-orang yang melakukan kezaliman (dengan kekufurannya) itu melihat azab,
maka tidak akan diringankan azab itu daripada mereka, dan mereka pula tidak diberi tempoh.
👉

Ayat 86
وَإِذَا رَأَى الَّذِينَ أَشْرَكُوا شُرَكَاءَهُمْ
قَالُوا رَبَّنَا هَٰؤُلَاءِ شُرَكَاؤُنَا
الَّذِينَ كُنَّا نَدْعُو مِنْ دُونِكَ ۖ
فَأَلْقَوْا إِلَيْهِمُ الْقَوْل
َ إِنَّكُمْ لَكَاذِبُونَ

Dan apabila orang-orang musyrik melihat makhluk-makhluk
dan benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah,
mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagiMu),
yang kami sembah mereka dengan meninggalkanMu".
Maka dengan serta-merta makhluk-makhluk yang puja itu menolak dakwaan mereka dengan berkata: "Sesungguhnya kamu adalah berdusta".
👉

Ayat 87
وَأَلْقَوْا إِلَى اللَّهِ يَوْمَئِذٍ السَّلَمَ ۖ
وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ

Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah,
dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah).
👉dlm khayalan mereka semasa dunia.

Ayat 88
الَّذِينَ كَفَرُوا
وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
زِدْنَاهُمْ عَذَابًا
فَوْقَ الْعَذَابِ
بِمَا كَانُوا يُفْسِدُونَ

Orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya serta orang lain) dari jalan Allah,
Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka),
disebabkan mereka membuat kerosakan.
👉

Ayat 89
وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ
شَهِيدًا عَلَيْهِمْ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ۖ
وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ ۚ
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ
وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ

Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat,
seorang saksi terhadap mereka,
dari golongan mereka sendiri;
dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu);
dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk,
serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.
👉hujung Ayat,dalil wahyi

Ayat 90
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ
وَالْإِحْسَانِ
وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ
وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ
وَالْبَغْيِ ۚ
يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil,
dan berbuat kebaikan,
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat;
dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.
Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
👉setelah dalil ,ini kesimpulan.untuk berlaku adil iaitu beraqidah atau bertauhid.
Beraqidah tauhid بِالْعَدْلِ.

Ayat 91
وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللَّهِ إِذَا عَاهَدْتُمْ
وَلَا تَنْقُضُوا الْأَيْمَانَ
بَعْدَ تَوْكِيدِهَا
وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًا ۚ
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji;
dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah),
sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu;
sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
👉Janji untuk mentauhidkannya.

Ayat 92
وَلَا تَكُونُوا
كَالَّتِي نَقَضَتْ غَزْلَهَا
مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ
أَنْكَاثًا
تَتَّخِذُونَ أَيْمَانَكُمْ دَخَلًا بَيْنَكُمْ
أَنْ تَكُونَ أُمَّةٌ هِيَ أَرْبَىٰ مِنْ أُمَّةٍ ۚ
إِنَّمَا يَبْلُوكُمُ اللَّهُ بِهِ ۚ
وَلَيُبَيِّنَنَّ لَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
مَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Dan janganlah kamu menjadi
seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya,
sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh;
dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu,
disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain.
Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu;
dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya.
👉ada cerita perempuan tua yg pintal benang di pagi hari dan petang rombak balik.

Ayat 93
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ
لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً
وَلَٰكِنْ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ
وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَلَتُسْأَلُنَّ عَمَّا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu);
akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);
dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.
👉

Ayat 94
وَلَا تَتَّخِذُوا أَيْمَانَكُمْ دَخَلًا بَيْنَكُمْ
فَتَزِلَّ قَدَمٌ بَعْدَ ثُبُوتِهَا
وَتَذُوقُوا السُّوءَ
بِمَا صَدَدْتُمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۖ
وَلَكُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu,
kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar);
dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah;
dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak).
👉

Ayat 95
وَلَا تَشْتَرُوا بِعَهْدِ اللَّهِ
ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ
إِنَّمَا عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرٌ
لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah
sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit;
sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik),
itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu,
kalaulah kamu mengetahui.
👉sebab mungkir janji hanyalah sebab habuan dunia shj sedang khazanah disisi allah sangat byk dan kekal.

Ayat 96
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ ۖ
وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ ۗ
وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ
بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap,
dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal;
dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
👉sabar beberapa tahun dan balasannya byk,  kekal selamanya

Ayat 97
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا
مِنْ ذَكَر
ٍأَوْ أُنْثَىٰ
وَهُوَ مُؤْمِنٌ
.فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ
وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ
أَجْرَهُمْ
بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Sesiapa yang beramal soleh,
dari lelaki atau perempuan,
sedang ia beriman,
maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik;
dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
👉tabsyir
Kehidupan yg baik adalah kehidupan nabi saw.nabi saw telah menghayati agama dgn baik.
Berpuashati atau qanaah atau berpada dgn apa yg ada.

Ayat 98
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ
فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ
مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran,
maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
👉Dalil wahyi
Minta perlindungan dgn Allah dari syaitan itu wajib tapi sebut dgn mulut itu sunat.
Assalamualaikum wajib,paling tu sunat.
Allahuakhbar tu wajib ,angkat tangan itu sunat.
Baca quran kena minta perlindungan dari syaitan,maka perkara2 lain lebih2 lagi kena minta perlindungan dari syaitan dari Allah.

Ayat 99
إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ
عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا
وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman
dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
👉Syaitan tiada kuasa

Ayat 100
إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ
وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُونَ

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka,
dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
👉

Ayat 101
وَإِذَا بَدَّلْنَا آيَةً مَكَانَ آيَةٍ ۙ
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ
قَالُوا إِنَّمَا أَنْتَ مُفْتَرٍ ۚ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan),
dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, -
berkatalah mereka (yang kafir): "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta";
(padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.
👉syikayah
Dalil wahyu dan muataaliq
Berlaku Nasikh mansukh sebab ada tarwiyahnya iaitu senang susah.
Segala perubahan ini untuk kebaikan hamba2nya.
Buat lebih ringan tapi pahala lebih byk.
Berbandingan Taurat lebih berat dari Quran.
Quran lebih ringan tapi lebih byk pahala.

Ayat 102
قُلْ نَزَّلَهُ رُوحُ الْقُدُسِ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَق
ِّ لِيُثَبِّتَ الَّذِينَ آمَنُوا
وَهُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat,
untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman,
dan untuk menjadi hidayah petunjuk
serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam.
👉jawab Syikayah.
Al-Quran dr Tuhan kamu yg benar

Ayat 103
وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ
إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ ۗ
لِسَانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ
وَهَٰذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِينٌ

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui,
bahawa mereka yang musyrik itu berkata: "
Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia".
(Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing,
sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.
👉Syikayah ke2
Bahasa أَعْجَمِيٌّ
Ada seorang Rom tukang besi yg pelat bhs arab dikatakan ajar nabi.

Ayat 104
إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِ اللَّه
ِلَا يَهْدِيهِمُ اللَّه
ُوَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah,
Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada mereka,
dan mereka pula beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
👉Takhwif ukrowi

Ayat 105
إِنَّمَا يَفْتَرِي الْكَذِبَ
الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَاذِبُونَ

Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah
orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah,
dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.
👉

Ayat 106
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ
إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ
وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ
وَلَٰكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا
فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ
وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah),
kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur)
sedang hatinya tenang tenteram dengan iman;
akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.
👉Takhwif ukhrowi
Murtad sebab cinta dunia.
Sanggup jual agama keran secebis dunia.

Ayat 107
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمُ اسْتَحَبُّوا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ
وَأَنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

(Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat,
dan kerana Allah tidak memberi hidayah petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat).
👉Allah bg tau sebab murtad.

Ayat 108
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ
عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
وَسَمْعِهِمْ
وَأَبْصَارِهِمْ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Mereka itulah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah Taala
hati mereka
dan pendengaran mereka
serta penglihatan mereka;
dan merekalah orang-orang yang lalai.
👉

Ayat 109
لَا جَرَمَ أَنَّهُمْ فِي الْآخِرَةِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Tidak syak lagi, bahawa mereka ialah orang-orang yang rugi pada hari akhirat kelak.
👉

Ayat 110
ثُمَّ إِنَّ رَبَّك
َلِلَّذِينَ هَاجَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا فُتِنُوا
ثُمَّ جَاهَدُوا وَصَبَرُوا
إِنَّ رَبَّكَ مِنْ بَعْدِهَا
لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada
orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik),
kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan - adalah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉tabsyir
Kemudian yg menunjukan susunan.

Ayat 111
يَوْمَ تَأْتِي كُلُّ نَفْسٍ
تُجَادِلُ عَنْ نَفْسِهَا
وَتُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ
وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

(Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka itu pada hari kiamat),
hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata, dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang ia telah kerjakan (sama ada baik atau jahat),
sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.
👉tidak dikurangkan amal baik.

Ayat 112
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا
قَرْيَةً
كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً
يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ
فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ
فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ
بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh:
Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram,
yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat,
kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu,
maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya
disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
👉Allah adakan satu contoh.

Ini bhg ke2surah ini.
Ayat 113
وَلَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْهُمْ
فَكَذَّبُوهُ
فَأَخَذَهُمُ الْعَذَابُ
وَهُمْ ظَالِمُونَ

Dan demi sesungguhnya, mereka pula telah didatangi seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri,
lalu mereka mendustakannya;
maka mereka pun ditimpa azab sedang mereka berkeadaan zalim
👉bhg ke2 surah ini syirik amali.

Ayat 114
فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا
وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ
إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik,
dan bersyukurlah akan nikmat Allah,
jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
👉

Ayat 115
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ
وَالدَّمَ
وَلَحْمَ الْخِنْزِير
ِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۖ
فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ
وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai,
dan darah,
dan daging babi,
dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah
maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu,
maka tidaklah ia berdosa),
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉

Ayat 116
وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ
هَٰذَا حَلَالٌ
وَهَٰذَا حَرَامٌ
لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۚ
إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu:
"Ini halal
dan ini haram",
untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah;
sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
👉zajrun dan Takhwif ukhrowi.

Ayat 117
مَتَاعٌ قَلِيلٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

(Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉

Ayat 118
وَعَلَى الَّذِينَ هَادُوا
حَرَّمْنَا مَا قَصَصْنَا عَلَيْكَ مِنْ قَبْلُ ۖ
وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ
وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Dan kepada orang-orang Yahudi,
Kami haramkan apa yang telah kami ceritakan kepadamu dahulu;
dan tiadalah Kami menganiaya mereka (dengan pengharaman itu),
tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
👉Allah bg tau tentang orang Yahudi.ada yg haram bg mereka tapi tak haram bg orang islam.seperti dlm surah al anam sebelum ini.

Ayat 119
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُوا السُّوءَ بِجَهَالَةٍ
ثُمَّ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ
وَأَصْلَحُوا
إِنَّ رَبَّكَ مِنْ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan,
kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya,
sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Tabsyir dan tabrik kepada taubat.
Jalan paling mudah bg manusia adalah minta maaf.
Disini السُّوءَbg jalalain adalah syirik.
Tak wajib Allah terima taubat,tapi janji Allah ada .

Ayat 120
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا
وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia tekad bulat-bulat kepada Allah,
lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid;
dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.
👉Dalil tafsili nabi Ibrahim bg nabi Muhamad .
mempunyai kebaikan yg byk أُمَّةً

Ayat 121
شَاكِرًا لِأَنْعُمِهِ ۚ
اجْتَبَاهُ
وَهَدَاهُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah;
Allah telah memilihnya (menjadi Nabi)
dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.
👉

Ayat 122
وَآتَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ
وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ
لَمِنَ الصَّالِحِينَ

Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan الْأَمْثَالَ dunia;
dan sesungguhnya ia pada hari akhirat
adalah dari orang-orang yang soleh.
👉

Ayat 123
ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ
وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad):
Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar;
dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.
👉ini dalil wahyi

Ayat 124
إِنَّمَا جُعِلَ السَّبْتُ عَلَى الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ ۚ
وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَة
ِفِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Sesungguhnya hari Sabtu itu dijadikan (Hari kelepasan yang wajib dihormati) atas orang-orang (Yahudi) yang telah berselisihan padanya;
dan sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat,
tentang apa yang mereka telah berselisihan padanya.
👉jawab soalan tentang tuduhan.
Umat akhir zaman hari ibadah adalah hari Jumaat
Yahudi berselisih dgn nabi mereka agar beribadat shj hari Sabtu.t tidak boleh buat kerja dunia.

Ayat 125
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ
وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ
وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ
بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ
وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya,
dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
👉untuk hilangkan perselisihan Allah ajar satu cara iaitu seru dgn hikmah iaitu dgn dalil dan bukti dan nasihat yg baik.

Ayat 126
وَإِنْ عَاقَبْتُمْ
فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ ۖ
وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ
لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِينَ

Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan),
maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar,
(maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
👉orang tiada sifat sabar dia boleh balas.dan bg orang yg tiada sifat sabar ,sabar itu lebih baik.

Ayat 127
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ
وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ
وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu);
dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah;
dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka,
dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
👉Tasliyah pada nabi saw.
Orang dapat sabar orang yg dapat Taufik.

Ayat 128
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا
وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa,
dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
👉jumlah takliliyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan