Sabtu, Mac 04, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 93 17:1-40


Surah isra,surah bani Israel
Dalam surah ini dan surah Kahfi serta surah Mariam, memberitahu perkara yg mereka guna untuk seru selain dari Allah.
Wali,nabi ,malaikat dan jin tidak  berhak dipuja dan diseru.akan jadi kafir bila seru 4 golongan ini.
Jin,malaikat dan para anbiya serta wali diberitahu tidak boleh jadi wakil allah.
Dlm surah bani Israel ini Allah taala akan bg tau tentangan jin dan para anbiya yg tidak dibenarkan sesiapa sj menjadikan mereka wakil allah.juga malaikat dan wali.
Surah Mariam bagi tau wali dan nabi tidak boleh diseru
Permulaan surah ini adalah  tentang mukjizat.
Bhg ayat akhir surah memberitahu maksud penting surah iaitu maksud tauhid Allah taala.
Jika nak diseru nama2 Allah telah ada.
Sudah cukup nama2 Allah yg itu untuk diseru.
Israk adalah mukjizat nabi saw.dari Masjidil haram ke baitul Maqadis.
Mikraj dlm detik2sebhg malam.
Ada 6dalil naqli Ada 3dalil aqli Bg mensabitkan Allah dan zatnya berhak diseru dan dipuja.
Dan 3 dalil naqli dari kitab dan malaikat dan naqli dr  orang2 yg beriman zaman dahulu.mereka ini dijadikan bukti dlm seruan tauhid.
2dalil wahyi

Ayat 1
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا
مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَام
ِإِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى
الَّذِي بَارَكْنَا
حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah)
ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya,
untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (qudrat) (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Asalnya sabbihusuhanallah(kamu semua wahai hamba sucikanlah Allah taala dgn sebut subhanallah) tapi jadi subhanallazi.
Allah nak bg tahu bukan sepanjang malam.
Disini nak menafikan nabi saw sebagai ilah .
Perkongsian yg begitu jauh.
Berkat sebab byk nabi2 dan byk tumbuhan disitu.
Tujuan perjalanan nak tunjuk tanda2 qudrat allah,s upaya orang Taif akan tunduk satu hari nanti.
Bahawa peliknya cerita yg akan diberitahu selepas ini.
Darjat hamba adalah darjat paling tinggi.
Peristiwa ini berlaku sewaktu nabi berada dlm keadaan yg sangat sedih.

Ayat 2
وَآتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ
وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِبَنِي إِسْرَائِيلَ
أَلَّا تَتَّخِذُوا مِنْ دُونِي وَكِيلًا

Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat,
dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil
(serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)".
👉Ayat ini dalil naqli 1(ada 3)daripada kitab taurat.

Ayat 3
ذُرِّيَّةَ مَنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ ۚ
إِنَّهُ كَانَ عَبْدًا شَكُورًا

(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur.
👉boleh diikrab dgn satu dan dua cara perkataan ذُرِّيَّةَ
Jangan jadikan zuriat nabi Nuh yg pernah selamat sebagai wakilla tak kira nabi atau wali.
Yazuriyata dihazafkan.

Ayat 4
وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ
فِي الْكِتَاب
ِلَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ
وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil
dalam Kitab itu:
"Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali,
dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
👉contoh takhwif duniawi.

Ayat 5
فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا
بَعَثْنَا عَلَيْكُم
ْ عِبَادًا لَنَا
أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ
فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ ۚ
وَكَانَ وَعْدًا مَفْعُولًا

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu,
Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah
dan amat ganas serangannya
lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu);
dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
👉burtunasol عِبَادًا لَنَا sebelum kelahiran nabi Isa.

Ayat 6
ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ
وَأَمْدَدْنَاكُمْ بِأَمْوَالٍ
وَبَنِينَ
وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan
dan anak pinak,
serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
👉ini kelebihan bertaubat.
Pengikut dikalangan anak2 lebih hebat berbanding dgn bukan anak.
Giliran menang الْكَرَّةَ

Ayat 7
إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ
وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ
فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ
لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ
وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ
كَمَا دَخَلُوهُ
أَوَّلَ مَرَّةٍ
وَلِيُتَبِّرُوا
مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu;
dan jika kamu berbuat kejahatan,
maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.
Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya);
dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama;
dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
👉buat baik  dgn maksud betulkan hubungan dgn Allah dan hubungan makhluk Allah.
Mengagungkan pencipta dgn berdoa dan kasihan belas atau menyayangi makhlukNya dgn menyampaikan wahyuNya.

Ayat 8
عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يَرْحَمَكُمْ ۚ
وَإِنْ عُدْتُمْ عُدْنَا ۘ
وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيرًا

Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat);
dan jika kamu kembali (menderhaka),
maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia);
dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).
👉kandungan kitab yg ke3, juga tulis.

Ayat 9
إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ
وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ
الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَات
ِأَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam),
dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman
yang mengerjakan amal-amal soleh,
bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
👉jalan لِلَّتِي

Ayat 10
وَأَنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ
أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat,
Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 11
وَيَدْعُ الْإِنْسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءَهُ بِالْخَيْرِ ۖ
وَكَانَ الْإِنْسَانُ عَجُولًا

Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan,
dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.
👉zajrun
Orang mekah mempersendakan janji2 dari kitab wahyu.

Ayat 12
وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ آيَتَيْنِ ۖ
فَمَحَوْنَا آيَةَ اللَّيْلِ
وَجَعَلْنَا آيَةَ النَّهَارِ مُبْصِرَةً
لِتَبْتَغُوا فَضْلًا مِنْ رَبِّكُمْ
وَلِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ
وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْنَاهُ تَفْصِيلًا

Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami),
maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita),
dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu,
dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun
dan hitungan hisab (bulan dan hari);
dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu),
Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.
👉ayat tauhid yg kedua.
siang dan malam tanda qudrat.

Ayat 13
وَكُلَّ إِنْسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَائِرَهُ فِي عُنُقِهِ ۖ
وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
كِتَابًا يَلْقَاهُ مَنْشُورًا

Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya,
dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).
👉Takhwif ukhrowi.
kalongkan bahagian nasibnya di lehernya maknanya telah ditakdirkan allah

Ayat 14
اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَىٰ بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا

(Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu),
cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)".
👉baca sendiri

Ayat 15
مَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ
وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۚ
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۗ
وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ
حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran),
maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri,
dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga.
Dan seseorang yang boleh memikul,
tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).
Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
👉penjelasan sunatullah.

Ayat 16
وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً
أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا
فَفَسَقُوا فِيهَا
فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ
فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri,
Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat),
lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya;
maka berhaklah negeri itu dibinasakan,
lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
👉kaedah Allah.
Takhwif duniawi.

Ayat 17
وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنَ الْقُرُونِ
مِنْ بَعْدِ نُوحٍ ۗ
وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا

Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh;
dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya.
👉Allah binasakan bukan sebab zalim tetapi atas dasar kezaliman hamba.

Ayat 18
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ
عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا
مَا نَشَاءُ
لِمَنْ نُرِيدُ
ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ
يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki,
bagi sesiapa yang Kami kehendaki;
kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak),
untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
👉Ayat jawapan bg soalan muqaddar(yg ditanya oleh hamba)
Ada yg buat baik untuk dunia semata2 atau
Ada yg hidup untuk dunia shj .tidak untuk akhirat
Dan dibiarkan tidak dihukum oleh Allah didunia.
Berlaku pada umat dahulu shj ,umat sekarang seolah2 dibiarkan.
Jadi Allah jawap.

Ayat 19
وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ
وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا
وَهُوَ مُؤْمِنٌ
فَأُولَٰئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat
dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya,
sedang ia beriman,
maka mereka yang demikian keadaannya,
diberi pahala akan amal usahanya.
👉pertama kena dengar baru datang ada keinginan.
Ingin akhirat ,berusaha cara akhirat dan ikhlas dalam tauhid.
Usaha mereka akan dibalas.
Nabi bc surah yg menyebut byk tentang akhirat.

Ayat 20
كُلًّا نُمِدُّ هَٰؤُلَاءِ
وَهَٰؤُلَاءِ مِنْ عَطَاءِ رَبِّكَ ۚ
وَمَا كَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُورًا

Tiap-tiap golongan dari keduanya,
golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad);
dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).
👉

Ayat 21
انْظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ
وَلَلْآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ
وَأَكْبَرُ تَفْضِيلًا

Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu)
dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya
dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.
👉Ayat ini taghrib kepada akhirat.
Dunia sudah berbeza darjat diakhirat nanti  lebih besar perbezaan darjatnya.

Ayat 22
لَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ
فَتَقْعُدَ مَذْمُومًا مَخْذُولًا

Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu),
kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.
👉ini takhwif ukhrowi
Inilah kesimpulan isi kitab Taurat.
Bermula dr Ayat ini sehingga 18ayat
Ini yg pertama.

Ayat 23
وَقَضَىٰ رَبُّكَ
أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ
إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا
أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadaNya semata-mata,
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya,
atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
👉Perkataan "ha"serendah2 menzahirkan kebosanan dan kederhakaan dan jgn menengking.
Lembut dan mulia yg sesuai dgn ibubapa
Kadang2 lembut tapi maksud kasar.
Kalu cakap kasar sebab dia tuli tak mengapa.

Ayat 24
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَة
ِوَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,
dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
👉Muamalah dgn ibubapa ,hanya Allah shj yg tahu.
Buat baik bukan atas dasar kasih sayang bukan sebab dunia.

Ayat 25
رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ ۚ
إِنْ تَكُونُوا صَالِحِينَ
فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu;
kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya,
maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
👉ada anak berbuat baik sebab tujuan dunia.

Ayat 26
وَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ
وَابْنَ السَّبِيلِ
وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا

Dan berikanlah kepada kerabatmu,
dan orang miskin
serta orang musafir akan haknya masing-masing;
dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
👉hak kerabat adalah bantuan.
Beri bukan perkara yg boleh menjadi pembaziran.

Ayat 27
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ
وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan,
sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
👉Tabzir makna menginfaq pada bukan tempatnya.

Ayat 28
وَإِمَّا تُعْرِضَنَّ عَنْهُمُ
ابْتِغَاءَ رَحْمَةٍ مِنْ رَبِّكَ تَرْجُوهَا
فَقُلْ لَهُمْ قَوْلًا مَيْسُورًا

Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka,
kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan,
maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.
👉Perkataan yg mudah mereka terima agar peminta jadi lembut bukan  dlm bentuk perjanjian dan kena minta maaf kerana tak boleh tolong lagi.

Ayat 29
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ
وَلَا تَبْسُطْهَا
كُلَّ الْبَسْطِ
فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا

Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu,
dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya,
kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.
👉maksud terikat dileher itu adalah terlalu kedekut.atau terlalu boros.

Ayat 30
إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ
إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya),
dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian).
Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
👉Dalil aqli yg ke3
Kena jaga syariat masa sempit dan masa senang.

Ayat 31
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ
نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ
إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan;
Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.
Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
👉Jgn zalim.dgn bunuh anak,rezeki Allah yg tanggung
Larangan Bunuh ini termasuk kedua2 bhg
Bunuh jasmani dan Bunuh rohani,tidak ajar agama.
Cerita pelajar tahun 7 ditanya takbir oleh ahli masjid perempuan.saya mimpi sembelih anak saya.ustaz jawab ,dia hantar anak nya kesekolah Inggeris kristian(dlm didikan nasaro)serta merta dia keluarkan anak dia.
Antara sebab bunuh anak adalah berzina.

Ayat 32
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ
إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
👉hampiri lebih kuat dari berzina.
Perkara yg dekat dgn zina pun sudah  tak boleh
Tunduk pandangan mata adalah pintu pertama zina.

Ayat 33
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۗ
وَمَنْ قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا
فَلَا يُسْرِفْ فِي الْقَتْلِ ۖ
إِنَّهُ كَانَ مَنْصُورًا

Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.
Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim,
maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas.
Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu,
kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
👉jgn melampau dgn bunuh dua orang sedangkan hanya seorang shj yg patut dibunuh.

Ayat 34
وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ
إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ ۚ
وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ ۖ
إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا

Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya),
sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri);
dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia),
sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
👉Mendekati untuk mengkhianati tidak boleh.
Suburkan harta anak yatim tak pa.

Ayat 35
وَأَوْفُوا الْكَيْلَ إِذَا كِلْتُمْ وَزِنُوا بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِ ۚ
ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil.
Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
👉Lebih sedikit untuk pembeli بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِini baru adil

Ayat 36
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ
إِنَّ السَّمْعَ
وَالْبَصَرَ
وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
👉Bila dikatakan ini tak boleh buat bidaah.tapi dilawan.
Bila tiada arahan wahyu buat ,jgn buatlah.
Ni tiada larangan buat?tanya mana dalil tak buat?tak betul
Kenapa tiada larangan buat??
Tiada wahyu,tak boleh buat
Kata merangkumi semua perkara.
Sebab agama mesti ada dalil.
Tanya mana dalil tak buat?
Dalil hanya perlu dikemukakan oleh orang yg buat.
Ni dalil ada tapi tak buat baru salah.
Dalil muktabar dlm agama ,atau mengikut peraturan dalil

Ayat 37
وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا
ۖ إِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الْأَرْضَ
وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong,
kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi,
dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
👉larangan daripada memilki sikap yg akan menyebabkan berlaku sikap  zalim.Sebab sifat sombong lah akan lahirkan sikap zalim.

Ayat 38
كُلُّ ذَٰلِكَ
كَانَ سَيِّئُهُ عِنْدَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

Tiap-tiap satu perintah itu,
menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
👉

Ayat 39
ذَٰلِكَ مِمَّا أَوْحَىٰ إِلَيْكَ رَبُّكَ مِنَ الْحِكْمَةِ ۗ
وَلَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ
إِلَٰهًا آخَرَ فَتُلْقَىٰ فِي جَهَنَّمَ
مَلُومًا مَدْحُورًا

Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu.
Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah,
kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam
dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah).
👉hikmat adalah tegas

Ayat 40
أَفَأَصْفَاكُمْ رَبُّكُمْ
بِالْبَنِينَ
وَاتَّخَذَ مِنَ الْمَلَائِكَةِ إِنَاثًا ۚ
إِنَّكُمْ لَتَقُولُونَ قَوْلًا عَظِيمًا

(Jika demikian wajibnya mengesakan Allah,
maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak,
dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?).
Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Ia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat?
Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar.
👉zajrun
Perkataan syirik yg sangat besar dosanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan