Syibli nukmani,payah nak buat rumusan.
Kerana Titahnya kepada nabi ,lelaki dan wanita.
Dah buat 7jilid kitab tafsir.
Pakatan 3 golongan untuk memperbetulkan resam2 yg karut dlm masyarakat. Ini wanita ,lelaki dan nabi.
Resam yg rosak dizaman nabi saw
Zihar.menyamakan isteri dgn ibu kandung.
Anak angkat.bg orang Arab anak angkat seperti anak sendiri.orang beriman,wanita2 nabi dan nabi saw mesti bekerja sama untuk membatalkan amalan yg telah sebati.
Contoh dizaman ini amalan memalu geduk.bila diberitahu geduk bukan ajaran Islam ,Maulana Hadi dituduh kurang ajar.
Amalan yg tiada siapa berani tegur.
Surah yg rumit dari segi kesimpulan.
Ayat 1
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ
اتَّقِ اللَّهَ
وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ ۗ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah,
dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉
Ayat 2
وَاتَّبِعْ
مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ
مِنْ رَبِّكَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
Dan turutlah
akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
👉Kafir boleh jadi sebab jahil atau degil.
Munafik ,hatinya kosong dari keimanan.
Ayat 3
وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا
Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain),
kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.
👉
Ayat 4
مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ ۚ
وَمَا جَعَلَ أَزْوَاجَكُمُ اللَّائِي
تُظَاهِرُونَ مِنْهُنَّ
أُمَّهَاتِكُمْ ۚ
وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ ۚ
ذَٰلِكُمْ قَوْلُكُمْ بِأَفْوَاهِكُمْ ۖ
وَاللَّهُ يَقُولُ الْحَقَّ
وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ
(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya;
dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu;
dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri.
Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja.
Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.
👉Allah nak ajar,perkataan ulamak atau sesiapa shj bukan syariat.jika dari wahyu baru jadi syariat.
Ayat 5
ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ
هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ ۚ
فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ ۚ
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ
وَلَٰكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri;
cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.
Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu.
Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya.
Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Anak angkat nabi saw,Zaid bin Harisah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan