Ayat 6
النَّبِيُّ أَوْلَىٰ بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ۖ
وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ ۗ
وَأُولُو الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ
إِلَّا أَنْ تَفْعَلُوا إِلَىٰ
أَوْلِيَائِكُمْ مَعْرُوفًا ۚ
كَانَ ذَٰلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا
Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka.
Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya),
kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu.
Hukum yang demikian itu adalah tertulis dalam Kitab Allah.
👉Ini titah untuk nabi saw ,wajib dimuliakan.
Resam yg dibatalkan oleh nabi dan mesti sama2 dibela.
Ayat 7
وَإِذْ أَخَذْنَا مِنَ النَّبِيِّينَ
مِيثَاقَهُمْ
وَمِنْكَ
وَمِنْ نُوحٍ وَإِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۖ
وَأَخَذْنَا مِنْهُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا
(Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya):
perjanjian setia mereka,
dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta Nabi Isa ibni Maryam;
dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka);
👉Titah khas kepada nabi saw.
Ayat 8
لِيَسْأَلَ الصَّادِقِينَ
عَنْ صِدْقِهِمْ ۚ
وَأَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا أَلِيمًا
(Tuhan berbuat demikian) supaya Ia menyoal orang-orang yang benar beriman
tentang kebenaran iman mereka (untuk menyempurnakan balasan baik mereka);
dan (sebaliknya) Ia telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉
Ayat 9
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ
إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا
وَجُنُودًا
لَمْ تَرَوْهَا ۚ
وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا
Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu.
Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab),
lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang)
serta angkatan tentera (dari malaikat)
yang kamu tidak dapat melihatnya.
Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
👉Ditahan ke2 orang mukmin.
Ayat 10
إِذْ جَاءُوكُمْ
مِنْ فَوْقِكُمْ
وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ
وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ
وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ
وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا
Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu
dari sebelah hulu
dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu;
dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung)
serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut),
dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.
👉Ini gambaran musuh ketika menyerang.
Ayat 11
هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ
وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا
Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan
dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.
👉
Ayat 12
وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ
وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ
مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا
Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik
dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata:
"Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja".
👉Golongan yg ragu2
Ayat 13
وَإِذْ قَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ
يَا أَهْلَ يَثْرِبَ
لَا مُقَامَ لَكُمْ
فَارْجِعُوا ۚ
وَيَسْتَأْذِنُ فَرِيقٌ مِنْهُمُ النَّبِيَّ
يَقُولُونَ
إِنَّ بُيُوتَنَا عَوْرَةٌ
وَمَا هِيَ بِعَوْرَةٍ ۖ
إِنْ يُرِيدُونَ إِلَّا فِرَارًا
Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata:
"Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini),
oleh itu baliklah".
Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata:
"Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan perlindungan.
Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).
👉
Ayat 14
وَلَوْ دُخِلَتْ عَلَيْهِمْ مِنْ أَقْطَارِهَا
ثُمَّ سُئِلُوا الْفِتْنَةَ
لَآتَوْهَا
وَمَا تَلَبَّثُوا بِهَا
إِلَّا يَسِيرًا
Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya,
kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam,
sudah tentu mereka akan melakukannya,
dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu
melainkan sebentar sahaja.
👉
Ayat 15
وَلَقَدْ كَانُوا عَاهَدُوا اللَّهَ مِنْ قَبْلُ
لَا يُوَلُّونَ الْأَدْبَارَ ۚ
وَكَانَ عَهْدُ اللَّهِ مَسْئُولًا
Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu,
iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri).
Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).
👉
Ayat 16
قُلْ
لَنْ يَنْفَعَكُمُ الْفِرَارُ إِنْ فَرَرْتُمْ مِنَ الْمَوْتِ
أَوِ الْقَتْلِ
وَإِذًا
لَا تُمَتَّعُونَ إِلَّا قَلِيلًا
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu;
dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun,
maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja".
👉
Ayat 17
قُلْ
مَنْ ذَا الَّذِي يَعْصِمُكُمْ مِنَ اللَّهِ
إِنْ أَرَادَ بِكُمْ سُوءًا
أَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً ۚ
وَلَا يَجِدُونَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah
jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu?
" Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.
👉
Ayat 18
قَدْ يَعْلَمُ اللَّهُ الْمُعَوِّقِينَ مِنْكُمْ
وَالْقَائِلِينَ لِإِخْوَانِهِمْ
هَلُمَّ إِلَيْنَا ۖ
وَلَا يَأْتُونَ الْبَأْسَ إِلَّا قَلِيلًا
Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu,
dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya:
"Marilah bersatu dengan kami",
sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja.
👉
Ayat 19
أَشِحَّةً عَلَيْكُمْ ۖ
فَإِذَا جَاءَ الْخَوْفُ
رَأَيْتَهُمْ
يَنْظُرُونَ إِلَيْكَ
تَدُورُ أَعْيُنُهُمْ
كَالَّذِي يُغْشَىٰ عَلَيْهِ
مِنَ الْمَوْتِ ۖ
فَإِذَا ذَهَبَ الْخَوْفُ
سَلَقُوكُمْ بِأَلْسِنَةٍ حِدَادٍ
أَشِحَّةً عَلَى الْخَيْرِ ۚ
أُولَٰئِكَ
لَمْ يُؤْمِنُوا فَأَحْبَطَ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ ۚ
وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا
Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan);
dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan,
engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati.
Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam,
sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu).
Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka.
Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
👉Gambaran sifat orang munafikin.
Ayat 20
يَحْسَبُونَ الْأَحْزَابَ
لَمْ يَذْهَبُوا ۖ
وَإِنْ يَأْتِ الْأَحْزَابُ
يَوَدُّوا
لَوْ أَنَّهُمْ بَادُونَ فِي الْأَعْرَابِ
يَسْأَلُونَ عَنْ أَنْبَائِكُمْ ۖ
وَلَوْ كَانُوا فِيكُمْ
مَا قَاتَلُوا إِلَّا قَلِيلًا
Mereka menyangka bahawa tentera "Al-Ahzaab" itu belum pergi;
dan kalaulah tentera Al-Ahzaab datang semula,
tentulah mereka suka kalau mereka tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang-orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kamu;
dan kalaulah mereka ada bersama-sama kamu (pada ketika itu), mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja.
👉Berlaku pada tahun 5hijrah.s eparuhnzamn nabi duduk dimadinah
Ayat 21
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ
وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
👉
Ayat 22
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ
قَالُوا
هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ
وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ
وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا
وَتَسْلِيمًا
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:"
Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya".
Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
👉
Ayat 23
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
رِجَالٌ
صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ
فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ
وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ ۖ
وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Di antara orang-orang yang beriman itu,
ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam);
maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid),
dan di antaranya ada yang menunggu giliran;
dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
👉Sifat2 mukmin sebenar.
Ayat 24
لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ
وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ
إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉
Ayat 25
وَرَدَّ اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِغَيْظِهِمْ
لَمْ يَنَالُوا خَيْرًا ۚ
وَكَفَى اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ الْقِتَالَ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ قَوِيًّا عَزِيزًا
Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa),
mereka tidak mendapat sebarang keuntungan.
Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu.
Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
👉Qudrat allah,Angin dan malaikat untuk halau mereka.
Ayat 26
وَأَنْزَلَ الَّذِينَ ظَاهَرُوهُمْ
مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ
مِنْ صَيَاصِيهِمْ
وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ
فَرِيقًا تَقْتُلُونَ
وَتَأْسِرُونَ فَرِيقًا
Dan Ia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh itu,
dari benteng-benteng mereka (menyerah diri),
setelah diisikanNya hati mereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (hukuman); sebahagian di antaranya kamu bunuh,
dan sebahagian lagi kamu tawan.
👉Malaikat belum menanggalkan baju besi semasa perang ahzab.
Ini adalah Yahudi bani Quraizah .
Takut sehingga sanggup menerima apa sj hukuman dari nabi saw.
Ayat 27
وَأَوْرَثَكُمْ أَرْضَهُمْ
وَدِيَارَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ
وَأَرْضًا لَمْ تَطَئُوهَا ۚ
وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرًا
Dan Ia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah
dan rumah-rumah serta harta benda mereka,
dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu menjejaknya.
Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Daerah2 dalam Rom dan parsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan