Sabtu, April 15, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 126 33:55-73

Ayat 55
لَا جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي آبَائِهِنَّ
وَلَا أَبْنَائِهِنَّ
وَلَا إِخْوَانِهِنَّ
وَلَا أَبْنَاءِ إِخْوَانِهِنَّ
وَلَا أَبْنَاءِ أَخَوَاتِهِنَّ
وَلَا نِسَائِهِنَّ
وَلَا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ ۗ
وَاتَّقِينَ اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدًا

Tidak ada salahnya kepada perempuan-perempuan (yang tidak berpakaian yang melindungi anggota yang haram dipandang oleh lelaki asing itu) menemui bapa-bapa mereka,
dan anak-anak lelaki mereka,
dan saudara-saudara lelaki mereka,
dan anak-anak lelaki saudara-saudara lelaki mereka,
dan anak-anak lelaki saudara-saudara perempuan mereka, dan perempuan-perempuan Islam mereka,
serta hamba-hamba yang dimiliki oleh mereka.
Dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
👉

Ayat 56
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w);
wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya
serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
👉Ucapan tahniah kerana membasmi resam.

Ayat 57
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا

Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya,
Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat,
dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.
👉Melakukan perkara menyebabkan syariat Allah mati resam hidup ,akan dapat laknat Allah.

Ayat 58
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا
فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا
وَإِثْمًا مُبِينًا

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya,
maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.
👉

Ayat 59
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ
قُلْ لِأَزْوَاجِكَ
وَبَنَاتِكَ
وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ
يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ
ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);
cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.
Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Titahan kepada nabi.
Bila nabi kahwin dgn perempuan Yahudi yg ditawan,ditengok selepasnya memakai purdah maka itu adalah isteri.jika hamba tidak akan pakai purdah.

Ayat 60
لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ
وَالْمُرْجِفُونَ فِي الْمَدِينَةِ
لَنُغْرِيَنَّكَ بِهِمْ
ثُمَّ لَا يُجَاوِرُونَكَ فِيهَا إِلَّا قَلِيلًا

Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya,
serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu
tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing),
nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja,
👉zajrun dan Takhwif duniawi.

Ayat 61
مَلْعُونِينَ ۖ
أَيْنَمَا ثُقِفُوا أُخِذُوا وَقُتِّلُوا تَقْتِيلًا

serta mereka tetap ditimpa laknat.
Di mana sahaja mereka ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan.
👉

Ayat 62
سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ ۖ
وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلًا

Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu;
dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu.
👉

Ayat 63
يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ ۖ
قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ ۚ
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.
" Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 64
إِنَّ اللَّهَ لَعَنَ الْكَافِرِينَ
وَأَعَدَّ لَهُمْ سَعِيرًا

Sesungguhnya Allah telah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang, -
👉

Ayat 65

خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ
لَا يَجِدُونَ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya;
mereka pula tidak akan memperoleh sesiapapun yang akan menjadi pelindung atau penolong.
👉

Ayat 66
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ
يَقُولُونَ
يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ
وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya):
"Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah
serta taat kepada Rasul Allah.
👉Penyesalan orang kafir.

Ayat 67
وَقَالُوا
رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا
وَكُبَرَاءَنَا
فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

Dan mereka berkata lagi:
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua
dan orang-orang besar kami,
lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
👉

Ayat 68
رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ
وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا

"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda,
dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"
👉

Ayat 69
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَىٰ
فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا ۚ
وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa,
lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan;
dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah.
👉Titahan kepada mukmin.
Nabi Musa pernah ditanya jika nabi Musa berzina.
Ada perempuan upahan mengaku berzina dgn nabi Musa dan Allah telah bersihkanya.

Ayat 70
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ
وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

Wahai orang-orang yang beriman,
bertaqwalah kepada Allah,
dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),
👉Bercakap perkara2 yg benar akan diberi Taufik beramal dgn amalan yg benar.

Ayat 71
يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ
وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu,
.dan mengampunkan dosa-dosa kamu.
Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya,
maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
👉Taat kepada Allah dan rasul akan dapat kejayaan.

Ayat 72
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ
عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ
فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا
وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا
وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ
إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya),
maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya);
dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.
(Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman
dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
👉Zajrun kepada munafikin dan musyrikin.
Jahil dari segi aqidah dan zalim dari segi amalan menyebabkan berlaku pengkhianatan.

Ayat 73
لِيُعَذِّبَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ
وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ
وَيَتُوبَ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik,
dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik;
dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman.
Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan