Ayat 24
إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ
بَشِيرًا وَنَذِيرًا ۚ
وَإِنْ مِنْ أُمَّةٍ إِلَّا خَلَا فِيهَا نَذِيرٌ
Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Ugama) yang benar,
sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman)
dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.
👉Allah SWT ingin tegaskan kepada nabi supaya terima dia sebagai nabi dan itu adalah tugas diatas bahunya.
Ayat 25
وَإِنْ يُكَذِّبُوكَ
فَقَدْ كَذَّبَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ
وَبِالزُّبُرِ
وَبِالْكِتَابِ الْمُنِيرِ
Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu,
(maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran)
serta Kitab-kitab (syariat) yang terang jelas.
👉Tasliyah dan Takhwif duniawi
Berbagai2 bentuk seruan tauhid.
Ayat 26
ثُمَّ أَخَذْتُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ
فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ
Kemudian Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan,
maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).
👉dasyatnya azab
Ayat 27
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ
مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا ۚ
وَمِنَ الْجِبَالِ
جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ
مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا
وَغَرَابِيبُ سُودٌ
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit,
lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya;
dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah,
yang berlainan warnanya (tua dan muda)
dan ada juga yang hitam legam;
👉
Ayat 28
وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ
وَالْأَنْعَامِ
مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ
إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya?
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
👉
Ayat 29
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ
وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ
وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
سِرًّا وَعَلَانِيَةً
يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah
dan tetap mendirikan sembahyang
serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka,
secara bersembunyi atau secara terbuka,
mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
👉Hendaklah berharap sungguh balasan2 allah yg berkekalan.
Ayat 30
لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ
وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ
إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ
Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).
👉
Ayat 31
وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ
مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ
Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan.
👉Dalil wahyi
Ayat 32
ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ
فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ
وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ
وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ
Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran),
dan di antaranya ada yang bersikap sederhana,
dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.
Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).
👉Tabsyir
Pewaris Al-Quran ada 3golongan.
Ayat 33
جَنَّاتُ عَدْنٍ
يَدْخُلُونَهَا
يُحَلَّوْنَ فِيهَا
مِنْ أَسَاوِرَ
مِنْ ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا ۖ
وَلِبَاسُهُمْ
فِيهَا حَرِيرٌ
(Balasan mereka ialah) Syurga - syurga " Adn ", yang mereka akan masukinya;
mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara;
dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.
👉
Ayat 34
وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ
الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ ۖ
إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ
Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah,
yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);
👉
Ayat 35
الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ
مِنْ فَضْلِهِ
لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ
وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ
Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal,
dengan limpah kurniaNya semata-mata.
Kami tidak akan merasa penat lelah di situ,
dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu".
👉
Ayat 36
وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ
لَا يُقْضَىٰ عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا
وَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ مِنْ عَذَابِهَا ۚ
كَذَٰلِكَ نَجْزِي كُلَّ كَفُورٍ
Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam;
mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa),
dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 37
وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا
رَبَّنَا أَخْرِجْنَا
نَعْمَلْ صَالِحًا
غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ ۚ
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ
مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ
وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ
فَذُوقُوا
فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ
Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu):
"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh,
yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka):
"Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu
dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir
dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat?
Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".
👉Ada beberapa tempat Ayat seperti ini dlm quran
Ayat 38
إِنَّ اللَّهَ عَالِمُ غَيْبِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi;
sesungguhnya Ia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
👉Dalil aqli.
Ayat 39
هُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ فِي الْأَرْضِ ۚ
فَمَنْ كَفَرَ
فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ ۖ
وَلَا يَزِيدُ الْكَافِرِينَ كُفْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِلَّا مَقْتًا ۖ
وَلَا يَزِيدُ الْكَافِرِينَ كُفْرُهُمْ إِلَّا خَسَارًا
Dia lah yang menjadikan kamu orang-orang yang berkuasa di muka bumi silih berganti;
oleh itu sesiapa yang kufur ingkar
maka balasan kufurnya itu akan menimpa dirinya sendiri;
dan orang-orang yang kafir,
kufurnya tidak menambahkan mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan;
dan juga orang-orang yang kafir itu,
kufurnya tidak menambahkan mereka melainkan kerugian jua.
👉Tagrib.
Ayat 40
قُلْ أَرَأَيْتُمْ شُرَكَاءَكُمُ
الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
أَرُونِي
مَاذَا خَلَقُوا مِنَ الْأَرْضِ
أَمْ لَهُمْ شِرْكٌ فِي السَّمَاوَاتِ
أَمْ آتَيْنَاهُمْ كِتَابًا
فَهُمْ عَلَىٰ بَيِّنَتٍ مِنْهُ ۚ
بَلْ إِنْ يَعِدُ الظَّالِمُونَ بَعْضُهُمْ بَعْضًا
إِلَّا غُرُورًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu-sekutu,
yang kamu seru dan sembah selain Allah?
Tunjukkanlah kepadaku
apa yang mereka telah ciptakan dari bahagian bumi ini?.
Atau adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan menguruskan langit? Atau pernahkah Kami memberi mereka sebuah Kitab (mengakui mereka menjadi kongsi Kami),
maka (dengan itu menjadilah) perkongsian mereka berdasarkan keterangan yang terdapat dari Kitab itu? "
(Tidak ada sesuatu alasan pun) bahkan orang-orang yang zalim itu,
terpedaya dengan kata-kata yang disebutkan oleh setengahnya kepada yang lain,
kata-kata yang hanya menjanjikan perkara yang tidak benar.
👉Dalil aqli
Ayat 41
إِنَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ أَنْ تَزُولَا ۚ
وَلَئِنْ زَالَتَا
إِنْ أَمْسَكَهُمَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ بَعْدِهِ ۚ
إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan
dan keadaan yang ditetapkan baginya;
dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak
maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah.
Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
👉Dalil aqli
Ayat 42
وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ
لَئِنْ جَاءَهُمْ نَذِيرٌ لَيَكُونُنَّ
أَهْدَىٰ مِنْ إِحْدَى الْأُمَمِ ۖ
فَلَمَّا جَاءَهُمْ نَذِيرٌ
مَا زَادَهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sebebar-benar sumpahnya:
demi sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran,
sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang yang lebih betul jalan ugamanya dari sebarang umat yang lain.
Setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran,
(maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran,
👉Zajrun dan Takhwif ukhrowi
Ayat 43
اسْتِكْبَارًا فِي الْأَرْضِ
وَمَكْرَ السَّيِّئِ ۚ
وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ ۚ
فَهَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ الْأَوَّلِينَ ۚ
فَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَبْدِيلًا ۖ
وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَحْوِيلًا
Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi
dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu),
sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian,
maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu.
Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah),
dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu.
👉Rancangan jahat bunuh nabi lebih besar dari sombong .
Derhaka dapat nikmat تَبْدِيلًا
Golongan derhaka tak kena ,golongan taat kena تَحْوِيلًا
Ayat 44
أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَيَنْظُرُوا
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
وَكَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۚ
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعْجِزَهُ مِنْ شَيْءٍ
فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ ۚ
إِنَّهُ كَانَ عَلِيمًا قَدِيرًا
(Dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi,
lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka,
sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan
atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi;
sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
👉
Ayat 45
وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا
مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِنْ دَابَّةٍ
وَلَٰكِنْ يُؤَخِّرُهُمْ
إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۖ
فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ
فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِ بَصِيرًا
Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan,
tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak;
akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu;
kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya),
kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.
👉
Tiada ulasan:
Catat Ulasan