Salah satu dari surah haamin 7.
Surah Ghafir(mukmin)
Surah Fusilat
Surah An Syura
Surah Azzukhruf
Surah Ad Dukhan
Surah Al jathiyat
Surah Ahkaf
Surah haamiin 7ialah surah2 yg menjelaskan makna وَإِيَّاكَ نَسْتَعِين
dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Iaitu Tauhid dlm berdoa atau Mengesakan Allah dlm meminta bantuan dan pertolongan.
Maksud penting atau da'wa surah haamiin 7 ini adalah Ayat ke14
فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).
Fa ف,fa siah dia panggil.
Yg merupakan fa jawab bg jumlah makzufah dan jumlah ini adalah jumlah syarkiyah diantara taqdir antaranya
adalah فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّين
Campur2 itu mereka suka.tauhid +syirik dlm berdoa.
Ayat 1
حم
Haa, Miim.
Ayat 2
تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ
الْعَزِيزِ
الْعَلِيمِ
Turunnya Al-Quran ini dari Allah
Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Mengetahui;
👉kitab dari Allah.
Kitab tauhid dlm berdoa dtg dr allah.
Hamba memahami 2 sifat allah ini akan mudah memahami sifat Allah yg lain dihujung Ayat.
Untuk difikirkan sifat2nya.
Mewakili makna qudrat kamilah tammah الْعَزِيز(perkasa)
Sifat ini untuk orang degil tahu.tiada siapa yg boleh halang.ِ
Allah bg tau supaya kenal . الْعَزِيز tiada siapa yg boleh halang dan boleh bg.
Dgn hanya berdoa ,Allah akan zahirkan sifatnya. الْعَزِيز(perkasa)
Jika tahu sifat aziz,hamba akan taat. tidak akan degil
Hamba tahu mengikut kadar yg Allah bg tau.
Mewakili makna ilmu sempurna yg ada pada allah الْعَلِيم
Perlu diSebut sifat ilmu Allah dan sebut sifat qudrat semasa solat istikharoh.
nescaya tak akan kecewa ,rugi atau hampa orang yg istikharah.
Walau barang yg dikehendaki tak dapat ,tapi pahala sudah dapat.
Nak suruh kita berasa padan dgn 2sifat ini.
Ayat 3
غَافِرِ الذَّنْبِ
وَقَابِلِ التَّوْبِ
شَدِيدِ الْعِقَابِ ذِي الطَّوْلِ ۖ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ
إِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Yang Mengampunkan dosa,
dan Yang Menerima taubat;
Yang Berat azabNya;
Yang Melimpah-limpah kurniaNya;
tiada Tuhan melainkan Dia;
kepadaNyalah tempat kembali.
👉Ini Sifat Jamaliah atau sifat lembut Allah غَافِرِ الذَّنْبِ
وَقَابِلِ التَّوْب
dan sifat ذِي الطَّوْلِ
sifat keras شَدِيدِ الْعِقَابِ
Itulah Allah taala.
Sifat Tegas keras ada tetapi dilingkungi sifat lembut yg byk .
Permulaan surah haamin ini memperkenalkan allah pada ayat 2&3
Mudahnya untuk kembali taat kepada Allah.
Hadis qudsi,sesungguhnya rahmat aku menewasi kemurkaan aku.
Minta maaf dan kembali taat,Allah sangat suka?
Muqadimah haamiin memperkenalkan allah.
Takhwif=muqadimah.
Ayat 4
مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللَّهِ
إِلَّا الَّذِينَ كَفَرُوا
فَلَا يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلَادِ
Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir.
Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.
👉ini muqadimah ke2
Ayat ini 4,5,6,nak bg tahu hamba akan mudah terima kecuali sebab degil.
Seruan tauhid sepatutnya diterima .
Sebab degil shj manusia menolak kebenaran tauhid.
Degil sebab tak nampak Allah tapi nampak dunia.
Degil sebab bertentangan dgn nafsu.
Ayat 5
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ
قَوْمُ نُوحٍ
وَالْأَحْزَابُ مِنْ بَعْدِهِمْ ۖ
وَهَمَّتْ كُلُّ أُمَّةٍ بِرَسُولِهِمْ
لِيَأْخُذُوهُ ۖ
وَجَادَلُوا بِالْبَاطِلِ
لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ
فَأَخَذْتُهُمْ ۖ
فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ
Sebelum mereka,
kaum Nabi Nuh
dan puak-puak yang bergabung - sesudah kaum Nabi Nuh itu - telah mendustakan (Rasul-rasulnya),
dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap Rasul mereka
untuk menawannya (dan membinasakannya);
dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu;
sebab itu Aku binasakan mereka.
Maka (lihatlah) bagaimana kesan azabKu!
👉Telah mendustakan kaum sebelum orang mekah dustakan.
Ayat 6
وَكَذَٰلِكَ حَقَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ
عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا
أَنَّهُمْ أَصْحَابُ النَّارِ
Dan demikianlah juga tetapnya hukuman Tuhanmu terhadap orang-orang yang kafir,
kerana sesungguhnya mereka ialah ahli neraka.
👉Yg ampunya Geran أَصْحَابُ
Yg rosak aqidah,kekal dlm neraka.
Jahanamiyun gelaran ahli neraka yg masuk syurga
Susah payah tidak menepati wahyu tetap dikira salah.
Ayat 7
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ
وَمَنْ حَوْلَهُ
يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ
وَيُؤْمِنُونَ بِهِ
وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا
رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا
فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا
وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ
وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
Malaikat yang memikul Arasy
dan malaikat yang berada di sekelilingnya,
bertasbih memuji TuhanNya;
dan beriman kepadaNya;
serta mereka memohon ampun
bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu):
"Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya;
maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu,
dan peliharalah mereka dari azab neraka.
👉Muqaddimah ke3
Orang yg menerima aqidah tauhid mempelajari wahyu mendapat sokongan dan doa dari malaikat.
Doa malaikat tidak akan ditolak oleh Allah.ini doa yg ke1&2.
Nabi sianghari jumpa hamba dan malam hari jumpa Allah.
Ngaji wahyu akan lahir sifat kasihan belas.
Ngaji wahyu akan lahir sifat bertanggungjawab untuk menyampaikannya pula.
Ayat 8
رَبَّنَا
وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ
الَّتِي وَعَدْتَهُمْ
وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ
وَأَزْوَاجِهِمْ
وَذُرِّيَّاتِهِمْ ۚ
إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
"Wahai Tuhan kami!
Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka;
dan (masukkanlah bersama-sama mereka):
orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka,
dan isteri-isteri mereka,
serta keturunan mereka.
Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉lagi doa malaikat yg akan diperolehi.doa yg ke3
Ayat 9
وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ ۚ
وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ
يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ ۚ
وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
"Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya);
dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya)
maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya;
dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)".
👉Doa malaikat yg ke4
Sibukkan mereka dgn pahala.jauhlah dr dosa.
Jauhi Dr dosa,bg Taufik untuk cepat minta maaf.
Ayat 10
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
يُنَادَوْنَ
لَمَقْتُ اللَّهِ أَكْبَرُ مِنْ مَقْتِكُمْ أَنْفُسَكُمْ
إِذْ تُدْعَوْنَ إِلَى الْإِيمَانِ فَتَكْفُرُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir
akan dipanggil dan dikatakan kepada mereka (pada hari kiamat):
"Demi sesungguhnya! Kebencian Allah (kepada kamu) lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri sendiri, (sebabnya kerana) semasa kamu diseru dan diajak (di dunia dahulu) supaya beriman,
(kamu enggan dan menolak), lalu kamu terus berkeadaan kufur".
👉marahkan diri sendiri
Ayat 11
قَالُوا
رَبَّنَا أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ
وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ
فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا
فَهَلْ إِلَىٰ خُرُوجٍ مِنْ سَبِيلٍ
Mereka menjawab:
"Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali,
dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali,
maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?"
👉Ini ikhtiar akhirat yg sia2.
Akhirat bukan tempat berikhtiar.
Ikhtiar hanya ada didunia shj.
Ayat 12
ذَٰلِكُمْ
بِأَنَّهُ إِذَا دُعِيَ اللَّهُ وَحْدَهُ كَفَرْتُمْ ۖ
وَإِنْ يُشْرَكْ بِهِ تُؤْمِنُوا ۚ
فَالْحُكْمُ لِلَّهِ
الْعَلِيِّ الْكَبِيرِ
(Lalu dikatakan kepada mereka):
"Azab yang kamu berada padanya itu adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru dan disembah,
kamu kufur (dan menolak cara bertauhid itu);
dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah,
kamu percaya (dan menerima bawaan syirik itu).
Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Maha Tinggi (dari apa yang dipersekutukan),
lagi Yang Maha Besar (pemerintahanNya)".
👉Ini 4 muqadimah,buat lah keputusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan