Selasa, Mei 02, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 137 39:29-75

Ayat 29
ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا
رَجُلًا فِيهِ شُرَكَاءُ
مُتَشَاكِسُونَ
وَرَجُلًا سَلَمًا لِرَجُلٍ
هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلًا ۚ
الْحَمْدُ لِلَّهِ ۚ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Allah memberikan satu misal perbandingan:
Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya;
dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja;
adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama).
Ucaplah: "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu)
bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid).
👉Bertentangan مُتَشَاكِسُونَ
Beza orang yg bertauhid kepada Allah shj dgn orang yg syirik.
Urdu ;Samaj ne kai e roda nahi rak tee
Tidak bersedia untuk faham ْ لَا يَعْلَمُونَ

Ayat 30
إِنَّكَ مَيِّتٌ
وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.
👉Jawapan allah bagi satu kesamaran.
Orang Arab mekah mententeramkan fahamannya dgn mengatakan nanti nabi mati ,selesai.
Kesamaran zaman sekarang.nabi hidup alam barzah.
Kefahaman sekarang nabi masih hidup.
Fahaman Hindu dan karamiah,masih hidup
Kenapa ada yg berfahaman nabi masih hidup?
kefahaman hayati.
Sahabat mengebumikan kerana nabi mati dlm hadis yg jelas.
Aisyah cium bau harum ketika nabi mati.
Ada ulamak terkenal tulis kitab  yaitu,abi hayat ,kata nabi mati seperti lilin menyala yg diserkup.
Aqidah nabi tak mati yg membawa kesesatan.
Alhamdulillah di Malaysia tiada fahaman ini.
Hidup nabi adalah hidup dialam barzah.

Ayat 31
ثُمَّ إِنَّكُمْ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِنْدَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ

Kemudian, sesungguhnya kamu semua,
pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu.
👉

Ayat 32
فَمَنْ أَظْلَمُ
مِمَّنْ كَذَبَ عَلَى اللَّهِ
وَكَذَّبَ بِالصِّدْقِ إِذْ جَاءَهُ ۚ
أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ
مَثْوًى لِلْكَافِرِينَ

(Apabila berlaku yang demikian), maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim
daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah,
dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya.
Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam
disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?
👉Paling Bohong:perkara yg buat dia sendiri dan mendustakan wahyu Allah.

Ayat 33
وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ
وَصَدَّقَ بِهِ ۙ
أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama)
serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu),
mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.
👉Tabsyir

Ayat 34
لَهُمْ مَا يَشَاءُونَ
عِنْدَ رَبِّهِمْ ۚ
ذَٰلِكَ جَزَاءُ الْمُحْسِنِينَ

Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki,
di sisi Tuhan mereka;
demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya.
👉

Ayat 35
لِيُكَفِّرَ اللَّهُ عَنْهُمْ أَسْوَأَ الَّذِي عَمِلُوا
وَيَجْزِيَهُمْ أَجْرَهُمْ
بِأَحْسَنِ الَّذِي كَانُوا يَعْمَلُونَ

(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan,
serta membalas mereka, akan pahala mereka,
dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

Ayat 36
أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ ۖ
وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِنْ دُونِهِ ۚ
وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ

Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)?
Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah.
Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah),
maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
👉Bergantung penuh  dgn Allah.
Bertaqwa dgn menyampaikan Al-Quran.
Contoh orang kampung maulana Hadi yg buat pemujaan mengancam rodok perut jika merosakan apa yg mereka buat.

Ayat 37
وَمَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُضِلٍّ ۗ
أَلَيْسَ اللَّهُ بِعَزِيزٍ
ذِي انْتِقَامٍ

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar),
maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya.
Bukankah Allah Maha Kuasa,
lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?
👉memohon hidayah kepada Allah.

Ayat 38
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ
قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ
مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ
هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ
ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ
هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ ۚ
قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ ۖ
عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?"
Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu?
Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya,
dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu;
atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?"
Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku);
kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
👉

Ayat 39
قُلْ
يَا قَوْمِ اعْمَلُوا عَلَىٰ مَكَانَتِكُمْ
إِنِّي عَامِلٌ ۖ
فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

Katakanlah: "Wahai kaumku (yang masih berdegil dalam kekufurannya)!
Buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang ugama Islam yang aku sampaikan itu),
sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya); kemudian kamu akan mengetahui kelak
👉Takhwif ukhrowi فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

Ayat 40
مَنْ يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ
وَيَحِلُّ عَلَيْهِ
عَذَابٌ مُقِيمٌ

"Siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya,
serta akan ditimpakan kepadanya azab seksa yang berkekalan".
👉Natijah dunia.

Ayat 41
إِنَّا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ
لِلنَّاسِ
بِالْحَقِّ ۖ
فَمَنِ اهْتَدَىٰ
فَلِنَفْسِهِ ۖ
وَمَنْ ضَلَّ
فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۖ
وَمَا أَنْتَ عَلَيْهِمْ بِوَكِيلٍ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya.
Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beramal menurutnya),
maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri;
dan sesiapa yang sesat (tidak berpandu kepadanya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri;
dan engkau (wahai Muhammad - hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka.
👉Dalil wahyi
Tasliyah ِ فَمَنِ اهْتَدَىٰ فَلِنَفْسِه  
                        
Ayat 42
اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا
وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ
فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ
وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ
إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya,
jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya,
dan jiwa orang yang tidak mati:
dalam masa tidurnya;
kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya
dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
👉Dalil aqli.
Akhirat Allah ajar seperti tidur.
Ada 2 roh.
Roh yg keluar ketika tidur.
Roh yg keluar bila mati.
Hari2 tidur bertukar alam.
Tidur adalah alam lain.
Maka akhirat adalah alam lain berbeza dgn alam hidup sekarang ini.
Sebab itu bila terjaga nabi ajar doa zikir akhirat bersyukur.s upaya mengingatkan malam akhirat.
Tidur gambaran alam akhirat.

Ayat 43
أَمِ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ شُفَعَاءَ ۚ
قُلْ
أَوَلَوْ كَانُوا لَا يَمْلِكُونَ شَيْئًا
وَلَا يَعْقِلُونَ

Patutkah mereka (yang musyrik) mengambil yang lain dari Allah menjadi pemberi syafaat?
Bertanyalah (kepada mereka):
"Dapatkah yang lain dari Allah memberi syafaat padahal semuanya tidak pula mengerti (sebarang apa pun)?"
👉zajrun

Ayat 44
قُلْ
لِلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًا ۖ
لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah;
Dia lah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya (untuk menerima balasan)."
👉Jika dipelajari,mudah shj.

Ayat 45
وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ
اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ
وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ
إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya),
segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat;
dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah,
mereka dengan serta merta riang dan gembira.
👉alamat orang yg tauhid dan syirik .
Contoh Bila disebut ,gelisah dan benci bukti ,hati tak betul.
Bahaya ,amalan berkemungkinan tidak sah.
Hafal juga Ayat ini.

Ayat 46
قُلِ اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ
فِي مَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi,
yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata,
Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu,
mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya".
👉Natijah tauhid.

Ayat 47
وَلَوْ أَنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
وَمِثْلَهُ مَعَهُ
لَافْتَدَوْا بِهِ
مِنْ سُوءِ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ
وَبَدَا لَهُمْ
مِنَ اللَّهِ مَا لَمْ يَكُونُوا يَحْتَسِبُونَ

Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi,
disertai sebanyak itu lagi,
tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat,
setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.
👉Tak pernah fikir sebab tak pernah belajar.

Ayat 48
وَبَدَا لَهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا
وَحَاقَ بِهِمْ
مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Dan sudah tentu akan nyata kepada mereka keburukan perkara-perkara yang mereka telah usahakan,
dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
👉

Ayat 49
فَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا
ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِنَّا
قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ ۚ
بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami;
kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia  sombongnya):
"Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya),
akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
👉Nak buat ,insyallah.
Dah dapat ,Alhamdulillah
Perkara lebih,subhanallah.
Perkara terlepas,innalillah
Jgn lupa sebut Allah.baru selamat..
Hati bergantung pada allah

Ayat 50
قَدْ قَالَهَا
الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Sebenarnya orang-orang yang terdahulu
daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian
maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab Allah).
👉Takhwif duniawi
Tidak dibenarkan kata dari Allah terus.
Tapi kata kita cari ,tapi disampingi itu sebut Allah.
Bermuafakat sehingga dia faham.ikut cara nabi jawab.
Cuma jgn lupa Allah.mata tak nampak tapi jgn hatipun tak nampak Allah.

Ayat 51
فَأَصَابَهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا ۚ
وَالَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْ هَٰؤُلَاءِ
سَيُصِيبُهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا
وَمَا هُمْ بِمُعْجِزِينَ

Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan;
dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan, dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.
👉

Ayat 52
أَوَلَمْ يَعْلَمُوا
أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ
لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ
لَآيَاتٍ
لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

(Mengapa mereka mendakwa demikian),
tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Ia juga yang menyempitkannya?
Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas
bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).
👉Dalil aqli yg ke6

Ayat 53
قُلْ
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ
لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ
إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;
sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Tabrik kepada tauhid.
Ayat Harapan yg tinggi لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ
Ayat motivasi paling besar,yg hanya satu ayat shj dlm quran

Ayat 54
وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ
وَأَسْلِمُوا لَهُ
مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ
ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat,
serta berserah bulat-bulat kepadaNya,
sebelum kamu didatangi azab;
kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
👉lagi penjelasan,inabah

Ayat 55
وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنْزِلَ
إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ
مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ
بَغْتَةً
وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu,
sebelum kamu didatangi azab secara mengejut,
sedang kamu tidak menyedarinya.
👉Dalil wahyi
Ferdu dan sunat أَحْسَنَ
Orang yg buat persiapan tidak akan mai mengejut.

Ayat 56
أَنْ تَقُولَ نَفْسٌ
يَا حَسْرَتَا
عَلَىٰ مَا فَرَّطْتُ فِي جَنْبِ اللَّهِ
وَإِنْ كُنْتُ لَمِنَ السَّاخِرِينَ

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: `
sungguh besar sesal dan kecewaku
kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah
serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -
👉Mempersendakan atau memperkecilkan wahyu السَّاخِرِينَ

Ayat 57
أَوْ تَقُولَ
لَوْ أَنَّ اللَّهَ هَدَانِي
لَكُنْتُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku,
tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' -
👉

Ayat 58
أَوْ تَقُولَ
حِينَ تَرَى الْعَذَابَ
لَوْ أَنَّ لِي كَرَّةً
فَأَكُونَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

"Atau berkata semasa ia melihat azab:
` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia,
nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"
👉

Ayat 59
بَلَىٰ
قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي
فَكَذَّبْتَ بِهَا
وَاسْتَكْبَرْتَ
وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ

(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu),
maka engkau telah mendustakannya
serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!"
👉Mendustakan=tidak mahu mempelajari Quran.berasa Al-Quran itu kecil shj.

Ayat 60
وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ
تَرَى الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى اللَّهِ
وُجُوهُهُمْ مُسْوَدَّةٌ ۚ
أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِلْمُتَكَبِّرِينَ

Dan pada hari kiamat,
engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) - muka mereka hitam legam;
bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?
👉Sombong dari belajar wahyu.

Ayat 61
وَيُنَجِّي اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوْا
بِمَفَازَتِهِمْ
لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ
وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat)
dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah)
mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita.
👉

Ayat 62
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ ۖ
وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu,
dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.
👉Dalil naqli

Ayat 63
لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ
أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi;
(orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah)
dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu,
mereka itulah orang-orang yang paling rugi.
👉

Ayat 64
قُلْ أَفَغَيْرَ اللَّهِ
تَأْمُرُونِّي أَعْبُدُ أَيُّهَا الْجَاهِلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad, kepada orang-orang musyrik itu: "Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian),
patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil?"
👉Iadah da'wa atau pengulangan Da'wa

Ayat 65
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ
وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ
لَئِنْ أَشْرَكْتَ
لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ
وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu:
"Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah)
tentulah akan gugur amalmu,
dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
👉Nabi Kalu syirik akan batal amal.

Ayat 66
بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ
وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ

"(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata,
dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur
👉

Ayat 67
وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ
وَالْأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
وَالسَّمَاوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ ۚ
سُبْحَانَهُ
وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya,
sedang bumi seluruhnya - pada hari kiamat - dalam genggaman kuasaNya,
dan langit tergulung dengan kekuasaanNya.
Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan.
👉Zajrun.

Ayat 68
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ
فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ
إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ۖ
ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ
فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ

Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala,
maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi,
kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya);
kemudian ditiup sangkakala sekali lagi,
maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).
👉Takhwif ukhrowi
Berbeza cara datang ke akhirat.

Ayat 69
وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا
وَوُضِعَ الْكِتَابُ
وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاءِ
وَقُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْحَقِّ
وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya;
dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan);
dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi;
dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil,
sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
👉Dosa tidak dibalasan yg berganda tak seperti balasan pahala.

Ayat 70
وَوُفِّيَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ
وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَا يَفْعَلُونَ

Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang - balasan apa yang telah dikerjakannya,
dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan.
👉

Ayat 71
وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ زُمَرًا ۖ
حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا
فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا
وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا
أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ
يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ
وَيُنْذِرُونَكُمْ
لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا ۚ
قَالُوا بَلَىٰ
وَلَٰكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ
عَلَى الْكَافِرِينَ

Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan,
sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya
dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri,
yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?"
Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.
👉Takhwif ukhrowi
Golongan yg bersalah.
Sebab salah adalah tak baca ayat Allah.
Tiada rasul ada pewaris.
Tugas rasul membaca wahyu.

Ayat 72
قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ
خَالِدِينَ فِيهَا ۖ
فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ

(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya;
maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.
👉

Ayat 73
وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ
إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا ۖ
حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا
وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا
وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا
سَلَامٌ عَلَيْكُمْ
طِبْتُمْ
فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka
dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:
" Salam sejahtera kepada kamu,
berbahagialah kamu,
maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -
👉Tabsyir

Ayat 74
وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ
وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ
نَتَبَوَّأُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاءُ ۖ
فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ

Serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami,
dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya,
kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai;
maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal".
👉

Ayat 75
وَتَرَى الْمَلَائِكَةَ حَافِّينَ مِنْ حَوْلِ الْعَرْشِ
يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ ۖ
وَقُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْحَقِّ
وَقِيلَ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka,
serta mereka dihakimi dengan adil;
dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan:
"Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!"
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan