بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
-Sura Al-Buruj, Ayah 1
👉Takhwif ukhrowi
وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;
-Sura Al-Buruj, Ayah 2
وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -
-Sura Al-Buruj, Ayah 3
قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Celakalah kaum yang menggali parit,
-Sura Al-Buruj, Ayah 4
النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
-Sura Al-Buruj, Ayah 5
إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
-Sura Al-Buruj, Ayah 6
وَهُمْ عَلَىٰ مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
-Sura Al-Buruj, Ayah 7
وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
-Sura Al-Buruj, Ayah 8
الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi.
Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
-Sura Al-Buruj, Ayah 9
Kisah dizaman selepas nabi isa,ahli nujum yg telah tua yg ingin menurunkan ilmu sihirnya kepada seorang budak.Dalam perjalanan ketempat ahli sihir dia akan melalui tempat ahlu llah.
Budak ini telah mendapat kelebihan.
Dia hanyanmati dgn satu cara,kumpul rakyat dan sebelum panah sebut dgn nama tuhan budak ini.
Raja setuju,budak tu mati,rakyat raja beriman.
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman,
kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
-Sura Al-Buruj, Ayah 10
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ
ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
-Sura Al-Buruj, Ayah 11
👉Tabsyir
إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
-Sura Al-Buruj, Ayah 12
إِنَّهُ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
-Sura Al-Buruj, Ayah 13
وَهُوَ الْغَفُورُ الْوَدُودُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
-Sura Al-Buruj, Ayah 14
ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيدُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,
-Sura Al-Buruj, Ayah 15
فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.
-Sura Al-Buruj, Ayah 16
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْجُنُودِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?
-Sura Al-Buruj, Ayah 17
فِرْعَوْنَ وَثَمُودَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).
-Sura Al-Buruj, Ayah 18
بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي تَكْذِيبٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;
-Sura Al-Buruj, Ayah 19
وَاللَّهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيطٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!
-Sura Al-Buruj, Ayah 20
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيدٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;
-Sura Al-Buruj, Ayah 21
فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.
-Sura Al-Buruj, Ayah 22
Tiada ulasan:
Catat Ulasan