Surah nak bg tahu betapa teruknya harta dunia jika tidak digunakan atau dikaitkan untuk agama allah.
Allah bg quran untuk bg tau cara guna dunia.
Dunia dgn kita seperti air dan kapal.
Jadika dunia seperti lautan dan jangan biarkan air masuk kekapal
Cara paling mudah menyelamatkan manusia adalah dgn berdoa.
Berdoa dlm hati pun boleh.
Waktu2 yg paling makbul doa dlm setahun.
10yg akhir
Kebiasaan tangkap ikan sangat perlukan tekong tempat yg byk ikan.
Ringkas dan padat.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ وَالْفَجْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi waktu fajar;
-Sura Al-Fajr, Ayah 1
👉Waktu makbul doa ,Waktu pagi hari raya haji,setahun sekali shj.
وَلَيَالٍ عَشْرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
-Sura Al-Fajr, Ayah 2
👉Malam 10 ramadan dan 10 siang awal zulhijjah.
وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
-Sura Al-Fajr, Ayah 3
👉Solat ferdu yg genap dan solat ferdu yg ganjil.
وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam, apabila ia berlalu; -
-Sura Al-Fajr, Ayah 4
هَلْ فِي ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِذِي حِجْرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
-Sura Al-Fajr, Ayah 5
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad),
tidakkah engkau perhatikan,
bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
-Sura Al-Fajr, Ayah 6
إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)
-Sura Al-Fajr, Ayah 7
الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?
-Sura Al-Fajr, Ayah 8
وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
-Sura Al-Fajr, Ayah 9
وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?
-Sura Al-Fajr, Ayah 10
الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
-Sura Al-Fajr, Ayah 11
فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
-Sura Al-Fajr, Ayah 12
فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
-Sura Al-Fajr, Ayah 13
👉Kesempatan yg allah bg tidak diambilnya.
إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
-Sura Al-Fajr, Ayah 14
فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ
فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ
فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian,
maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur)
serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
-Sura Al-Fajr, Ayah 15
👉Menjadikan dunia ukuran kasihsayang allah.
وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
-Sura Al-Fajr, Ayah 16
👉Ini ukuran orang yg tidak memahami.
كَلَّا ۖ بَلْ لَا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
-Sura Al-Fajr, Ayah 17
👉Syikayah.
وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;
-Sura Al-Fajr, Ayah 18
👉Biar ada sifat perihatin dan bertanggungjawab.
Jgn abaikan orang miskin.
وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَمًّا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
-Sura Al-Fajr, Ayah 19
👉Sayang benda yg orang lain cari,sungguh dasyat manusia.
وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
-Sura Al-Fajr, Ayah 20
Ini adalah alamat orang tidak selamat.
كَلَّا إِذَا دُكَّتِ الْأَرْضُ دَكًّا دَكًّا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
-Sura Al-Fajr, Ayah 21
وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
-Sura Al-Fajr, Ayah 22
وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ ۚ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنْسَانُ وَأَنَّىٰ لَهُ الذِّكْرَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
-Sura Al-Fajr, Ayah 23
يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
-Sura Al-Fajr, Ayah 24
👉
فَيَوْمَئِذٍ لَا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ أَحَدٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.
-Sura Al-Fajr, Ayah 25
👉Ini adalah akhirat yg peluangnya hanya sekali
وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُ أَحَدٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.
-Sura Al-Fajr, Ayah 26
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
-Sura Al-Fajr, Ayah 27
👉Natijah selepas berdoa.
Tenang sebab lazat.
Semua perintah allah manis bg hamba yg taat setia.
ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
-Sura Al-Fajr, Ayah 28
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
-Sura Al-Fajr, Ayah 29
وَادْخُلِي جَنَّتِي
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "Ok
-Sura Al-Fajr, Ayah 30
Tiada ulasan:
Catat Ulasan