Khamis, Julai 20, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 217 asy syarh 1-8

Surah ini pujuk hati sahabat.
Ilmu wahyu dan hilmu
Hilmu adalah ketabahan menghadapi pelajar sehingga pelajar mampu sehingga habis.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
-Sura Al-Sharh, Ayah 1

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
-Sura Al-Sharh, Ayah 2

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
-Sura Al-Sharh, Ayah 3

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
-Sura Al-Sharh, Ayah 4
👉Biasa bila nama allah disebut ,nama nabi juga disebut.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
-Sura Al-Sharh, Ayah 5

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
-Sura Al-Sharh, Ayah 6

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
-Sura Al-Sharh, Ayah 7
👉apabila selesai buat ibadah,bertawajuhlah dlm doa.
Apabila selesai dlm mentablighkan wahyu,bertawajuhlah dlm  ibadah.

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
-Sura Al-Sharh, Ayah 8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan