Ahad, Ogos 13, 2017

Dakwa surah 24(an nur)

Ayat 35
اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ
الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ
الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ
يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ
مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ
لَا شَرْقِيَّةٍ
وَلَا غَرْبِيَّةٍ
يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ
نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ
يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗ
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Allah yang menerangi langit dan bumi.
Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu;
lampu itu dalam geluk kaca (qandil),
geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang;
lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya,
(iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya
dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari);
hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda):
cahaya berlapis cahaya.
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu;
dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia;
dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉Da'wa bg surah ini atau maksud penting bagi surah ini.
Lubang dinding yg ada pelita yg sedang nyala.
Pelita itu dikelilingi untuk menguatkan cahaya.
Seolah2 bintang.
Minyaknya dr buah zaiton.
Sebhg ulamak terjemah نُورُsebagai
Adalah Allah yg mentadbir langit dan bumi.
Sumbu yg sudah nyala مِصْبَاحٌ
Nur inabah (Nur cahaya cari Tuhan-seperti minyak zaiton)+Nur hidayah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan