Surah ini ada tanbihat iaitu peringatan
Ada 7 peringatan
7peringatan aqli
1peringat naqli
1peringat wahyi
Betapa kudratnya Allah taala dlm mentadbir alam dan dialah mengetahui segala yg ada dlm alam ini.
Tanbih ke2
Ayat 8
اللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنْثَىٰ
وَمَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ ۖ
وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِمِقْدَارٍ
Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu,
dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih.
Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.
👉Tanbih atau peringatan yg ke2 tentang sifat dan ilmu Allah.betapa sempurnanya ilmu yg dimiliki Allah
Kurang dan bertambah itu adalah darah haid.
Tanbih ke3
Ayat 12
هُوَ الَّذِي يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا
وَطَمَعًا وَيُنْشِئُ السَّحَابَ الثِّقَالَ
Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu,
untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan);
dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).
👉tanbih atau peringatan ke3
Tanbih ke4
Ayat 15
وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
طَوْعًا
وَكَرْهًا
وَظِلَالُهُمْ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ ۩
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut,
sama ada dengan sukarela
atau dengan terpaksa;
dan (demikian juga) bayang-bayang mereka;
pada waktu pagi dan petang.
👉Tanbih yg ke4(peringatan dari Allah yg ke4)
Menerima seadanya musim sejuk ,musim panas dll.
Tanbih ke5
Ayat 16
قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
قُلِ اللَّهُ ۚ
قُلْ أَفَاتَّخَذْتُمْ مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ
لَا يَمْلِكُونَ لِأَنْفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّا ۚ
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ
أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُ ۗ
أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ
فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْ ۚ
قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah".
Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"
Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?
Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?
Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya,
sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".
👉Tanbih yg ke5
Perkara2 kecil =ummulhakirah
Wakil2 dlm ibadah شُرَكَاءَ
Tanbih ke6
Ayat 17
أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ
بِقَدَرِهَا
فَاحْتَمَلَ السَّيْلُ زَبَدًا رَابِيًا ۚ
وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِي النَّارِ ابْتِغَاءَ حِلْيَة
ٍ أَوْ مَتَاعٍ زَبَدٌ مِثْلُهُ ۚ
كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ ۚ
فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً ۖ
وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاس
َفَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ ۚ
كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ
Ia menurunkan air (hujan) dari langit,
lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya,
kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung.
Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan,
juga timbul buih seperti itu.
Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah.
Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
👉Tanbih yg ke6,kena fikir sedikit.
2keadaan.
1.Orang kampung
Air hujan,mengalir masuk dlm parit
2.Orang bandar
Emas atau Perak dan logam bakar atas api.
Tanbih ke7
Ayat 26
اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ
وَفَرِحُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا مَتَاعٌ
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Ia juga yang menyempitkannya.
Dan mereka (yang ingkar):
bergembira dengan kehidupan dunia,
sedang kehidupan dunia itu tidak lain,
hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
👉Tanbih yg ke7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan