Selasa, Jun 26, 2018

Daurah tafsir darulkausar sesi 8(surah 6,7)


Surah yg ke6
Nama surah Al Anam
Bilangan ayat 165
Bilangan rukuk 22
Surah makiyyah
Tertib turun yg ke55

Bilangan paragraf ada 7
Paragraf 1ayat 1-73 perdebatan dan dialog dgn orang2 musyrikin mekah.
Paragraf 2 ayat 74-94 seruan nabi ibrahim dan sekalian nabi dan termasuk nabi muhamad saw adalah tauhid
Paragraf 3 ayat 95-113seruan kepada aqidah tauhid dan penolakan terhadap kesyirikan
Paragraf 4 ayat 114-121,penolakan terhadap syirik dlm membuat undang2
Paragraf 5 ayat 122-135 penipuan dan kejahatan pimpinan penjenayah2 orang yg sombong
Paragraf 6 ayat 136-154 bidah2 yg dilakukan oleh orang2 kafir quraisy dan keterangan tauhid dlm syariat
Paragraf 7 ayat 155-165 ini intisari seruan tauhid dan penolakan terhadap syirik

Mesej utama
1.Pewaris agama yg ditinggalkan oleh nabi ibrahim dan aqidah tauhid yg dibawa oleh baginda dari kalangan bani Ismail bukan dari kalangan orang2 kafir mekah ,bahkan nabi muhamad saw.
2.Perbahasan dan pertikaian pendapat dgn orang2 Musyrikin Mekah .
3.Kritikan terhadap pelbagai bentuk kesyirikan .
4.Bahagian2 tauhid.
5.Tuntutan2 aqidah tauhid

Zaman turun ketika nabi saw berada diperingkat akhir benar dimekah,makna antara tahun 13&12kenabian sebelum hijrah

Surah ini adalah intisari atau pati kepada dakwah nabi saw selama 13,tahun dimekah.
Kalu ibu kepada surah makkiyah ialah surah ini,al anam
Kalu ibu kepada surah madaniyah ialah surah albaqarah.
Hok lain adalah perincian atas hok ini.

Antara khususiyah surah ini,
Surah baqarah bentuk kesalahan dan jenayah orang yahudi
Surah ali imran bentuk kesalahan dan jenayah orang nasara
Surah annisa bentuk masyarakat  negara islam .
Kelahiran keluarga islam macam mana?
Dan Surah almaidah menceritakan perincian lagi tentang hidayah yg diperolehi umat yg terakhir.
Lepas tu berpusing terus(dari surah madaniyah) ,al anam dan araf surah makkiyah.

1.al fatihah(makkiyah)

2.albaqarah
3.ali imran.
4.an nisa
5.al maidah
👉Cuaca(madaniyah) surah ini lebih kurang sama

6.al anam( makkiyah)
👉cuacanya berbeza
Cuba merasakan perbezaannya.

(7.al a'raf
8.al anfal
9.at taubah
10.yunus)

Amar bin Nuhair yg bawa fahaman syirik.
Dia yg bw berhala.
Begitu juga Lat dan uzza
Lat asalnyaorang alim yg bancuh minuman untuk orang haji.selepas kematiannya ,dia dilantik jadi tuhan.
Orang buat cakra,anak panah dilempar untuk mihta isyarat dr tuhan.
Sesaorang yg menikah,lempar anak panah.kalu isyarat ya boleh berkahwin dan jika tidak ,tidak boleh berkahwin.

Minit 14

Kata kuncinya
Allah dan lawannya ,ghairullah (selain allah)
Bermacam macam gaya disekitar tu.
Tauhid dan syirik .
Misalnya
Al anam 164

قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ ۚ وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.
-Sura Al-An'am, Ayah 164
Ayat ini nak menolak rububiyah selain allah.
Ghairullah Juga untuk menolak syirik dlm ibadah dan syirik dlm berdoa.
قُلْ أَرَأَيْتَكُمْ إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُ اللَّهِ أَوْ أَتَتْكُمُ السَّاعَةُ أَغَيْرَ اللَّهِ تَدْعُونَ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah (untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar?"
-Sura Al-An'am, Ayah 40
Surah ni betul2 bongkar

Seru selain allah dan anggap penyelamat atau pelindung
Ayat 14
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيًّا فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ يُطْعِمُ وَلَا يُطْعَمُ ۗ قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَسْلَمَ ۖ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ' "
-Sura Al-An'am, Ayah 14
Syirik mengambil selain dari allah sevpbagai pelindung.
Kuasa memilih.
Ghairullah dlm surah ini juga nak menolak syirik hakimiah,syurik tuhan sebagai hakim...ini satu bentuk syirik juga.
أَفَغَيْرَ اللَّهِ أَبْتَغِي حَكَمًا وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ إِلَيْكُمُ الْكِتَابَ مُفَصَّلًا ۚ وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْلَمُونَ أَنَّهُ مُنَزَّلٌ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.
-Sura Al-An'am, Ayah 114
Hakim tu pun, untuk berlaku adil kena ikut perintah allah
Syirik fi sifat.

Tauhid fi tanzif
Tauhid fi ikhtiar
Tauhid fi hakimiah
Tauhid dlm menghalal dan mengharamkan...kerana nak ambil hati isteri..nak haramkan makan lebah.
Ayat 118
فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.
-Sura Al-An'am, Ayah 118
👉Untuk jadi halal kena sebut nama allah ketika sembelih.

Tak boleh makan dan naik untuk yg ...itu syirik buat peraturan sendiri
Tengok ayat Ayat 139
وَقَالُوا مَا فِي بُطُونِ هَٰذِهِ الْأَنْعَامِ خَالِصَةٌ لِذُكُورِنَا وَمُحَرَّمٌ عَلَىٰ أَزْوَاجِنَا ۖ وَإِنْ يَكُنْ مَيْتَةً فَهُمْ فِيهِ شُرَكَاءُ ۚ سَيَجْزِيهِمْ وَصْفَهُمْ ۚ إِنَّهُ حَكِيمٌ عَلِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mereka berkata lagi: "Apa yang ada dalam perut binatang-binatang ternak itu (jika ia lahirkan hidup) adalah halal bagi lelaki-lelaki kami dan haram bagi perempuan-perempuan kami". Dan jika ia (dilahirkan) mati, maka mereka (lelaki perempuan) bersekutu padanya (bersama-sama memakannya). Allah akan membalas mereka tentang apa yang mereka tetapkan (mengenai halal dan haram) itu. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
-Sura Al-An'am, Ayah 139
👉Pandai2 buat peraturan.
Allah mengharamkan syirik,derhaka kepada ibubapa ,bunuh anak dan macam2 lagi.
Tauhid rahmat,jika kasihsayang ibubapa hanya semasa hidup shj.

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-An'am, Ayah 165
👉Apa makna خَلَائِفَ,tuhe nak suruh kita jaga dunia.kalu ore kafir jaga dunia dia tak akan ikut perintah allah.
Barulah jadi Pengganti allah.
Negara,peringkat politik antarabangsa kena ore islam baru mereka akan ikut perintah allah.
Kau tuhe dia jadi suami ,disitu tuhe uji dia.
Kalu pandai,tuhe uji disitu.
Tuhe bagi mata,tuhe uji disitu.
Jika buta ,tiada ujian.
Khalifah =pengganti.
Surah al mulk...siapakah yg paling baik amalannya.

Paragraf 1
Ayat 1-73
Perdebatan dan dialog dgn musyrikin mekah.

Mesej surah ini
1.Pewaris ajaran nabi ibrahim adalah nabi kita muhamad saw.
2.Pertikaian dgn orang2 musyrikin mekah.

Ni pati tauhid.
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
-Sura Al-An'am, Ayah 162

لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
-Sura Al-An'am, Ayah 163

Minit 50
Surah Al Araf
Tertib Surah ke7
Bilangan ayat 206
Surah Makkiyah
Tertib turun 39
Bilangan paragraf ada 8.
Paragraf 1
Ayat 1-58 pendahuluan
Paragraf 2
Ayat 59-64 Seruan nabi nuh dan kebinasaan kaum nuh
Paragraf 3
Ayat 65-72 seruan nabi hud dan kebinasaan kaum aad.
Paragraf 4
Ayat 73-79 seruan nabi soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5
Ayat 80-84 seruan nabi lut dan kebinasaan kaum lut.
Paragraf 6
Ayat 85-102 seruan nabi syuib dan kebinasaan kaum syuaib
Paragraf 7
Ayat 103-171kisah nabi musa dan bani israel.
Paragraf 8
Ayat 172-206 Ini penutup.
Ini secara kasar dgn pembahagian paragraf.
Yaitu orang menegakan syirik itulah akibatnya.

Mesej utama
1.Menyatakan undang2 tuhan dlm membinasakan bangsa2 dan undang2  penukaran bangsa2.
2.Sejarah dakwah 6 orang rasul(n,h,s,l,s,m)
3.Pengajaran drp kehancuran 6 bangsa.
4.Pembuktian tentang aqidah tauhid dan pembatalan  aqidah syirik.
5.Seruan  supaya beriman  kepada rasul terakhir  Muhamad saw.

Zaman turun surah ini.
Tahun antara tahun 11-12-13hijrah

ayat 34
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
-Sura Al-A'raf, Ayah 34
👉Umat yg lawan nabi akan dihancurkan oleh allah.
Peringatan kepada mana2 bangsa atau pemimpin
Yg kedua.
Sunnah tullah,bangsa,organisasi atau apa ke akan lenyap ,itu sunnah allah atau hukum allah , pemerintahan itu tidak kekal kerana sudah tak layak tapi ada sebab musabab.ada yg kita tak faham....contoh kaluncermat tahan lama kalu cermat.tapi boleh juga yg baru rosak bila dtg bencana  alam.nak bertahan lama perlu ada ciri2nya yg mengikut sunnah allah juga.

Dalam surah al anfal disebut hukum jihad.
Surah al araf digambarkan oleh allah dihukum oleh allah secara langsung
Dlm Surah al anfal orang2 yg jahat allah binasakan dgn perantara manusia juga,secara tidak langsung seperti peperangan.
Allah tidak binasakan puak musyrikin mekah tetapi melalui perantaraan tangan orang islam.
Itu pun dah cukup seperti abu jahal,dipotong kepala oleh orang islam.

Kata kunci adalah kebinasaan bangsa2.
Ayat ke4 surah anfal
وَكَمْ مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا أَوْ هُمْ قَائِلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari.
-Sura Al-A'raf, Ayah 4
👉Kaum nuh dibinasakan 3,500th sebelum nabi isa.

فَكَذَّبُوهُ فَأَنْجَيْنَاهُ وَالَّذِينَ مَعَهُ فِي الْفُلْكِ وَأَغْرَقْنَا الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا عَمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)
-Sura Al-A'raf, Ayah 64

Tiada ulasan:

Catat Ulasan