Selasa, September 25, 2018

055.Surah Ar rahman

055.Surah Arrahman
Dari Allah lah segala keberkatan
Cari dimana yg allah kata ada keberkatan,
Keberkatan ada pada
1.alquran ini.
2.kaabah,tanah haram
3.dalam majlis ilmu
4.dalam amal2 manusia.
Kalu nak keberkatan ,Ambillah dari perkara2 ini.
Surah ini 3 bahagian
Bhg Pertama
Keajaiban ciptaan allah,dalil aqli
Bhg ke2
Perkara2 yg akan berlaku diakhirat bg golongan yg masih mengingkari
Bhg ke3
Berita gembira,tabsyir bg mereka yg sudah beriman dan disudahi dgn keberkatan hanya dari allah.

Surah Ar rahman
Tertib surah 55
Bilangan ayatnya 78
Bilangan rukuk 3
Surah madaniyah
Tertib turunnya yg ke 96
Bilangan paragrafnya ada 6
Paragraf 1ayat 1-28 Dalil2 رَحْمَانِيَة dan ربوبيةAllah
Paragraf 2 ayat 29-36 Dalil2 kekuasaan tuhan dan adanya balasan baik dan balasan buruk.
Paragraf 3 ayat 37-40 Keadaan hari qiamat
Paragraf 4 ayat 41-45 Akibat buruk yg akan diterima oleh orang2 yg berdosa dan dalil2 adanya balasan buruk.
Paragraf 5 ayat 46-61 Akibat baik yg akan diterima oleh orang2 yg berbuat baik dan dalil2 adanya balasan baik
Paragraf 6 ayat 62-78 Nikmat2 tambahan.

Mesej utama
1.Sifat Allah ذوالإكرام akan nyata diakhirat nanti  kepada orang2 yg membenarkan آلآءالله dan sifat ذوالجلالAllah pula akan nyata kepada orang2 yg mendustakannya.
2.Selain mempelajari al quran ,perhatikanlah tanda2 kebesaran Allah dialam semesta dan pada diri kamu nescaya kamu akan percaya akan adanya azab dan pahala atau balasan baik dan buruk diakhirat nanti


Ayat 1
الرَّحْمَٰنُ

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

Ayat 2
عَلَّمَ الْقُرْآنَ

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
👉Ini nikmat rohani

Ayat 3
خَلَقَ الْإِنْسَانَ

Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
👉Nikmat ke2 jasmani  tubuh manusia

Ayat 4
عَلَّمَهُ الْبَيَانَ

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
👉Nikmat jasmani yg ke2
Berbeza dgn malaikat dan binatang.

Ayat 5
الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
👉

Ayat 6
وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
👉

Ayat 7
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا
وَوَضَعَ الْمِيزَانَ

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi,
serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
👉tinggi berbanding dgn bumi.

Ayat 8
أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
👉Neraca baik buruk الْمِيزَانِini larangan.

Ayat 9
وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

Ayat 10
وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

Ayat 11
فِيهَا فَاكِهَةٌ
وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan
dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

Ayat 12
وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ
وَالرَّيْحَانُ

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami
serta daun,
dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

Ayat 13
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
👉Semua dr allah

Ayat 14
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ
كَالْفَخَّارِ

Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering
seperti tembikar,
👉
Ayat 15
وَخَلَقَ الْجَانَّ
مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ

Dan Ia telah menciptakan jin
dari lidah api yang menjulang-julang;

Ayat 16
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 17
رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ

(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
👉Dalil aqli ke2

Ayat 18
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 19
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
👉

Ayat 20
بَيْنَهُمَا
بَرْزَخٌ
لَا يَبْغِيَانِ

Di antara keduanya
ada penyekat yang memisahkannya,
masing-masing tidak melampaui sempadannya;
👉

Ayat 21
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 22
يَخْرُجُ مِنْهُمَا
اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
Dari kedua laut itu,
keluar mutiara dan marjan;

Ayat 23
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 24
وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنْشَآتُ
فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ

Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut,
yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

Ayat 25
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 26
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

Ayat 27
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Dan akan kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

Ayat 28
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 29
يَسْأَلُهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya.
Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

Ayat 30
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
👉Habis pemberitahuan tentang dunia.

Ayat 31
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
👉Pemberitahuan tentang akhirat

Ayat 32
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 33
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ
إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ تَنْفُذُوا
مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
فَانْفُذُوا ۚ
لَا تَنْفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

Ayat 34
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

Ayat 35
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِنْ نَارٍ
وَنُحَاسٌ
فَلَا تَنْتَصِرَانِ

Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang
dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian,
kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 36
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 37
فَإِذَا انْشَقَّتِ السَّمَاءُ
فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
👉waktu hisab.
Keadaan kemurkaan allah وَرْدَةً

Ayat 38
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
👉

Ayat 39
فَيَوْمَئِذٍ
لَا يُسْأَلُ عَنْ ذَنْبِهِ إِنْسٌ وَلَا جَانٌّ

Pada masa itu
tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin,
yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
👉Tanya, kadang2 untuk dilepaskan.

Ayat 40
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 41
يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ
فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ

Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya,
lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

Ayat 42
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 43
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
👉

Ayat 44
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا
وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ

Mereka (terus diseksa) berulang-ulang
di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
👉

Ayat 45
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 46
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya),
disediakan baginya dua Syurga, -
👉Tabsyir
Berbagai jenis syurga جَنَّتَانِ

Ayat 47
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 48
ذَوَاتَا أَفْنَانٍ

(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
👉

Ayat 49
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
👉

Ayat 50
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ

Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

Ayat 51
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

Ayat 52
فِيهِمَا مِنْ كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ

Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

Ayat 53
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 54
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ فُرُشٍ
بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ
وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ

Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan,
yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam;
dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
👉

Ayat 55
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 56
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata),
yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

Ayat 57
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 58
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

Ayat 59
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 60
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

Ayat 61
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 62
وَمِنْ دُونِهِمَا جَنَّتَانِ

Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

Ayat 63
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 64
مُدْهَامَّتَانِ

Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

Ayat 65
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 66
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ

Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

Ayat 67
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 68
فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

Ayat 69
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 70
فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

Ayat 71
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 72
حُورٌ مَقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

Ayat 73
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 74
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

Ayat 75
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 76
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

Ayat 77
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayat 78
تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Catitan
1jam 25
52.At tur(49)makkiyah.
53.Surah An najm(62)makkiyah
54.Al Qamar(55)makkiyah
55.Ar rahman(78)madani.yg lebih tepat bg surah ini ialah makkiyah juga.
Jadi surah makkiyah ada 90 dan surah madaniyah hanya 24shj.berdasarkan pembahagian ini.
Sedap didengar bacaanya.menarik dan berirama.menusuk jiwa.turun dizaman takzib(tukaziba)menunjukan dimekah .
Kaitan dgn surah qamar.
Dalam surah qamar,beberapa kali disebut takzib.
5kaum diancam sebab mendustakan nabi2.
Dlm surah ini Allah swt tanya jin dan manusia yg mukalaf.Jin juga terikat dgn dosa pahala dan diberi ganjaran baik dan buruk.Mereka juga ada yg membenarkan dan ada yg mendustakan ayat2 Allah.
Makna تُكَذِّبَانِitu kamu berdua.
Siapa?
Jin dan manusia.
Perkataan آلَاءِdan تُكَذِّبَانِbanyak kali disebut berulang2.
Suarh alqamar lebih menampakkan sifat jalal allah.
Sementara surah arrahman menggabungkan 2 sifat allah,jalal dan jamal.
Wal ikram sifat jamal tuhan.
Dlm surah ini Sebut neraka 4 kali,sifat syurga lebih banyak(ini bukti sifat tu)
Kata kunci آلَاءِ

Minit 1jam 32(sesi 23)
*Maulana Hamidudin Farahi yg memulakan tafsir secara makro.sebahagian besar batu asasnya oleh dia.Dia tokoh tafsir.masih hidup.mmay nak panggil dia satu hari nanti. ada tokok tambah.
*Profesor Maulana Khalilu Rahman Chesti dia yg buat carta ini. Dia orang jamaat islami.
Dia byk ambil dari maududi.

Farahi kata آلَاءِbukan bermaksud nikmat shj.
Makna aala itu byk,tak sesuai kalau nak kata bermakna nikmat shj.tetapi makna utama ya.
Selain tu bermakna:
Kudrat
Keajaipan kekuasaan Allah
Keistimewaan2 hasil daripada kekuasaan allah atau inayah Allah
Belaskasihan Allah
Sifat2 yg  terpuji.
Segala kelebihan dan keistimewaan.
Dan Maududi telah mengaplikasikan maknanya.
Sebab
Minit 1jam 38
Disini(ayat 45)tentang neraka yg menggelegak, Maulana Hamidudin Farahi  kata makna aala disini adalah kekuasaan Allah kehebatan hukum Allah,kedahsyatan hukuman Allah,itu maknanya.
Ini dalil dia yg menunjukan aala bukan nikmat shj.
Antara kelebihan Maulana Hamidudin Farahi,kalau sebut misalnya aala,dia boleh bawa syair2 jahiliyah dlm bahasa arab,sebab dia banyak menulis dlm bahasa arab,dan boleh kata perkataan ini untuk makna ini.jadi dalil dr bahasa arab aala tidak bermakna nikmat sahaja.dan dia sangat mahir dlm bab itu.

Ayat 43
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
Ayat 44
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا
وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang
di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
Ayat 45
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

👉Kata kunci surah ini duduk diakhir sekali

Ayat 78
تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Ayat 27
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Dan akan kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

👉2 tempat,dlm quran tak usah cari,hanya disini ada.kajian hamidudin farahi.kenapa begitu?
Inilah kata kunci utama bg surah ini.mudah sangat katanya.
Nak faham surah ini mudah sangat.yg lain baca sendiri.
Iaitu kepada orang2 yg mendustakan ajaran nabi dia akan menghadapi Allah dgn sifatnya َ ذُو الْجَلَالِ Allah.sifat ini akan nyata kepada dia.itu makna dia.
Dan orang yg menerima dan musodikin atau membenarkan ajaran nabi pula dia akan bertemu dgn Allah dgn sifat َ ذُ َالْإِكْرَامِ.sifat ini macam2 limpah kurnia.segala sifat baik dan murah,diakhirat nanti adalah kemuncaknya.sifat tu akan berperanan untuk dia.
Tu kesimpulannya.
Siapa yg mendustakan akan berjumpa sifat tuhan
َ ذُو الْجَلَالِ
Siapa َ ذُو الْجَلَالِ?
1.Al qohar
2.Al jabbar
3.Al muntaqim
4.Syadidul iqob
5.Sariulhisab
Segala sifat2 yg kasar yg teruk2.kalu allah buka sifat itu atau jalal,pecah bukit.bukit yg kuat dan kukuh ,tuhan suruh nabi musa tengok sebab dia minta nak  tengok tuhan.
1jam 41.

وَلَمَّا جَاۤءَ مُوسَىٰ لِمِیقَـٰتِنَا وَكَلَّمَهُۥ رَبُّهُۥ

👈قَالَ رَبِّ أَرِنِیۤ أَنظُرۡ إِلَیۡكَۚ

👈قَالَ لَن تَرَىٰنِی وَلَـٰكِنِ ٱنظُرۡ إِلَى ٱلۡجَبَلِ فَإِنِ ٱسۡتَقَرَّ مَكَانَهُۥ فَسَوۡفَ تَرَىٰنِیۚ

👈فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُۥ لِلۡجَبَلِ جَعَلَهُۥ

دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًاۚ

فَلَمَّاۤ أَفَاقَ قَالَ سُبۡحَـٰنَكَ تُبۡتُ إِلَیۡكَ وَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku!

👉Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu".

👉Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya

👉"Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur

dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
-Sura Al-A'raf, Ayah 143.
👉Itu sifat jalal,bukit yg kuat dan kukuh,tuhan suruh musa ,tak payah tengok aku(tuhan)tengok bukit.
Kalu boleh tengok bukit.

Sifat jamal pula pergi taman bunga,nyata disitu.hok menrik dan kita suka,berjaya atau sedap itu pernyataan sifat jamal Allah. ذُوالْإِكْرَامِ.dalam dunia kita sudah dapat dah tapi tidak sempurna dan lengkap.segar dah tapi kadang2 sakit juga(yg tak sedap tu)tidak sedap sentiasa beza diakhirat ذُو َالْإِكْرَامِakan nyata senyata2nya diakhirat kepada orang tidak mendustakan allah.

Mula2 surah kenapa tak sebut Allah tapi
Ayat 1 الرَّحْمَٰنُ
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
Atau sifat lain?
Paragraf 1ayat 1-28 Dalil2 رَحْمَانِيَة .
Apa bukti sifat الرَّحْمَٰنُ,penyayang dan pengasih?
Dia ajar quran
Ayat 2عَلَّمَ الْقُرْآنَ
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
Kalu kita tengok ,apalah sangat beza manusia dgn binatang kalu tiada quran sebagai panduan.
Jam 1:45

Tiada ulasan:

Catat Ulasan