Isnin, September 03, 2018

36.Surah yassin

036.Surah Yassin

Rata2 manusia memuja selain dari Allah untuk syafaat,bantuan dan sokongan dan ketiga2 surah (saba',fatir dan yassin)menyatakan penafian.
Surah Yassin boleh dibahagi 2.
1.Bhg pertama  dari ayat 1-44.
Bhg ini ada 5 Dalil aqli
2.Bhg ke2  dari Ayat 45-akhir surah ada  2dalil aqli dan targrib kepada alquran

Surah Yasin
Tertib surah 36
Bilangan ayatnya 83
Bilangan rukuk 5
Surah Makkiyah
Tertib turunnya ialah yg ke 41
Bilangan paragrafnya ada 6
Paragraf 1ayat 1-12 membuktikan kebenaran kerasulan Muhamad
Paragraf 2 ayat 13-32 balasan buruk kerana tidak mempercayai kerasulan dan balasan baik kerana mempercayainya.
Paragraf 3 ayat 33-50 syukur terhadap nikmat2 dan tauhid kuasa dan kehendak Allah.
Paragraf 4 ayat 51-68 hal ehwal kiamat ,syurga dan neraka.
Paragraf 5 ayat 69-70 pengenalan tambahan tentang Muhamad saw.
Paragraf 6 ayat  71-83 sifat2 kudrat dan kehendak Allah.

Mesej utamanya.
Percayalah kepada seruan tauhid ,
kepercayaan kepada akhirat dan kebenaran alquran yg dibawa oleh Muhamad setelah percaya bahawa tuhan2 selain Allah tidak mempunyai kuasa dan ikhtiar.
Sebaliknya Allah pula mempunyai kuasa dan kehendak yg tidak terbatas.Selain itu percaya  pula bahawa Muhamad adalah rasulNya

Ayat 1
يس
Yaa, Siin.

Ayat 2
وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
👉maknanya padat, untuk kesedaran ,untuk beramal ,untuk penjelasan dan sebagainya.
Walaupun hanya ,600helai tapi penuh hikmah.
Dgn alquran boleh tahu  semua maklumat penting perkara dizaman nabi dan sebelumnya dan sehingga hari qiamat untuk kejayaan manusia.

Ayat 3
إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
👉Allah bersumpah dgnnya.

Ayat 4
عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).

Ayat 5
تَنْزِيلَ الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

Ayat 6
لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ
فَهُمْ غَافِلُونَ
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran;
sebab itulah mereka lalai.
👉Zajrun atau teguran.
Tujuan Al-Quran diturunkan.

Ayat 7
لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَىٰ أَكْثَرِهِمْ
فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka,
kerana mereka tidak mahu beriman.

Ayat 8
إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلَالًا
فَهِيَ إِلَى الْأَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُونَ

Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka;
(lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
👉Jumlah ini jumlah takliliyah.
Tak beriman sebagaimana kedegilan tahap 4
Ini khamul kalbi إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلَالًا

Ayat 9
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا
وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ
فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka,
dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat).
lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
👉

Ayat 10
وَسَوَاءٌ عَلَيْهِمْ
أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ
لَا يُؤْمِنُونَ

Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.
👉

Ayat 11
إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ
وَخَشِيَ الرَّحْمَٰنَ بِالْغَيْبِ ۖ
فَبَشِّرْهُ
بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ

Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan.
Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.
👉Tabsyir

Ayat 12
إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَىٰ
وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا
وَآثَارَهُمْ ۚ
وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati,
dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan.
Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
👉Takhwif ukhrowi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan