Salah satu dari surah haamin 7.
1.Surah Ghafir(mukmin)
2.Surah Fusilat
3.Surah An Syura
4.Surah Azzukhruf
5 .Surah Ad Dukhan
6.Surah Al jathiyat
7.Surah Ahkaf
Surah haamiin 7ialah surah2 yg menjelaskan makna وَإِيَّاكَ نَسْتَعِين
dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Iaitu Tauhid dlm berdoa atau Mengesakan Allah dlm meminta bantuan dan pertolongan.
Maksud penting atau da'wa surah haamiin 7 ini adalah Ayat ke14
فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).
Fa ف,fa siah dia panggil.
Yg merupakan fa jawab bg jumlah makzufah dan jumlah ini adalah jumlah syarkiyah diantara taqdir antaranya
adalah فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّين
Campur2 itu mereka suka.tauhid +syirik dlm berdoa.
Surah Al mukminun/ghafir
Tertib surah 40
Bilangan ayatnya 85
Bilangan rukuk 9
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 60
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1 ayat 1-22 Nasihat supaya menerima seruan tauhid,kerasulan dan akhirat tanpa byk bertengkar dan bertekak
Paragraf 2 ayat 23-27 Nasihat kepada pembesar2 quraisy supaya tidak bersikap dengan sikap firaun(jgn buat perangai firaun dlm menghadapi kebenaran)
Paragraf 3 ayat 28-54 Peristiwa benar seorang mukmin dari keluarga firaun
Paragraf 4 ayat 55-76 Arahan kepada Rasullah supaya terus menerus kepada ajaran tauhid dengan penuh kesabaran dan istiqamah.
Paragraf 5 ayat 77-85 Nasihat supaya menerima alquran berpandukan dalil2 آفاقي(sekeliling kita) dan تاريخي(sejarah yg benar)
Mesej utama
1.Nasihat supaya menerima seruan tauhid dan kepercayaan kepada hari akhirat yg dikemukakan oleh al quran berpandukan dalil آفاقي(sekeliling kita)تايخي(sejarah yg benar) ،ٱنفسي(pada diri kita)عَقْلِي(akal).
2.Untuk mempertahankan kuasa dan pengaruh tidak perlulah manusia itu bertengkar,bertekak dan berbantah untuk menolak kebenaran.
Jgn nak kekal kuasa tolak kebenaran.
Ayat 1
حم
Haa, Miim.
Ayat 2
تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ
الْعَزِيزِ
الْعَلِيمِ
Turunnya Al-Quran ini dari Allah
Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Mengetahui;
👉kitab dari Allah.
Kitab tauhid dlm berdoa dtg dr allah.
Hamba memahami 2 sifat allah ini akan mudah memahami sifat Allah yg lain dihujung Ayat.
Untuk difikirkan sifat2nya.
Mewakili makna qudrat kamilah tammah الْعَزِيز(perkasa)
Sifat ini untuk orang degil tahu.tiada siapa yg boleh halang.ِ
Allah bg tau supaya kenal . الْعَزِيز tiada siapa yg boleh halang dan boleh bg.
Dgn hanya berdoa ,Allah akan zahirkan sifatnya. الْعَزِيز(perkasa)
Jika tahu sifat aziz,hamba akan taat. tidak akan degil
Hamba tahu mengikut kadar yg Allah bg tau.
Mewakili makna ilmu sempurna yg ada pada allah الْعَلِيم
Perlu diSebut sifat ilmu Allah dan sebut sifat qudrat semasa solat istikharoh.
nescaya tak akan kecewa ,rugi atau hampa orang yg istikharah.
Walau barang yg dikehendaki tak dapat ,tapi pahala sudah dapat.
Nak suruh kita berasa padan dgn 2sifat ini.
Ayat 3
غَافِرِ الذَّنْبِ
وَقَابِلِ التَّوْبِ
شَدِيدِ الْعِقَابِ ذِي الطَّوْلِ ۖ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ
إِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Yang Mengampunkan dosa,
dan Yang Menerima taubat;
Yang Berat azabNya;
Yang Melimpah-limpah kurniaNya;
tiada Tuhan melainkan Dia;
kepadaNyalah tempat kembali.
👉Ini Sifat Jamaliah atau sifat lembut Allah غَافِرِ الذَّنْبِ
وَقَابِلِ التَّوْب
dan sifat ذِي الطَّوْلِ
sifat keras شَدِيدِ الْعِقَابِ
Itulah Allah taala.
Sifat Tegas keras ada tetapi dilingkungi sifat lembut yg byk .
Permulaan surah haamin ini memperkenalkan allah pada ayat 2&3
Mudahnya untuk kembali taat kepada Allah.
Hadis qudsi,sesungguhnya rahmat aku menewasi kemurkaan aku.
Minta maaf dan kembali taat,Allah sangat suka?
Muqadimah haamiin memperkenalkan allah.
Takhwif=muqadimah.
Ayat 4
مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللَّهِ
إِلَّا الَّذِينَ كَفَرُوا
فَلَا يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلَادِ
Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir.
Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.
👉ini muqadimah ke2
Ayat ini 4,5,6,nak bg tahu hamba akan mudah terima kecuali sebab degil.
Seruan tauhid sepatutnya diterima .
Sebab degil shj manusia menolak kebenaran tauhid.
Degil sebab tak nampak Allah tapi nampak dunia.
Degil sebab bertentangan dgn nafsu.
Ayat 5
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ
قَوْمُ نُوحٍ
وَالْأَحْزَابُ مِنْ بَعْدِهِمْ ۖ
وَهَمَّتْ كُلُّ أُمَّةٍ بِرَسُولِهِمْ
لِيَأْخُذُوهُ ۖ
وَجَادَلُوا بِالْبَاطِلِ
لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ
فَأَخَذْتُهُمْ ۖ
فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ
Sebelum mereka,
kaum Nabi Nuh
dan puak-puak yang bergabung - sesudah kaum Nabi Nuh itu - telah mendustakan (Rasul-rasulnya),
dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap Rasul mereka
untuk menawannya (dan membinasakannya);
dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu;
sebab itu Aku binasakan mereka.
Maka (lihatlah) bagaimana kesan azabKu!
👉Telah mendustakan kaum sebelum orang mekah dustakan.
Ayat 6
وَكَذَٰلِكَ حَقَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ
عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا
أَنَّهُمْ أَصْحَابُ النَّارِ
Dan demikianlah juga tetapnya hukuman Tuhanmu terhadap orang-orang yang kafir,
kerana sesungguhnya mereka ialah ahli neraka.
👉Yg ampunya Geran أَصْحَابُ
Yg rosak aqidah,kekal dlm neraka.
Jahanamiyun gelaran ahli neraka yg masuk syurga
Susah payah tidak menepati wahyu tetap dikira salah.
Ayat 7
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ
وَمَنْ حَوْلَهُ
يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ
وَيُؤْمِنُونَ بِهِ
وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا
رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا
فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا
وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ
وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
Malaikat yang memikul Arasy
dan malaikat yang berada di sekelilingnya,
bertasbih memuji TuhanNya;
dan beriman kepadaNya;
serta mereka memohon ampun
bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu):
"Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya;
maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu,
dan peliharalah mereka dari azab neraka.
👉Muqaddimah ke3
Orang yg menerima aqidah tauhid mempelajari wahyu mendapat sokongan dan doa dari malaikat.
Doa malaikat tidak akan ditolak oleh Allah.ini doa yg ke1&2.
Nabi sianghari jumpa hamba dan malam hari jumpa Allah.
Ngaji wahyu akan lahir sifat kasihan belas.
Ngaji wahyu akan lahir sifat bertanggungjawab untuk menyampaikannya pula.
Ayat 8
رَبَّنَا
وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ
الَّتِي وَعَدْتَهُمْ
وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ
وَأَزْوَاجِهِمْ
وَذُرِّيَّاتِهِمْ ۚ
إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
"Wahai Tuhan kami!
Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka;
dan (masukkanlah bersama-sama mereka):
orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka,
dan isteri-isteri mereka,
serta keturunan mereka.
Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉lagi doa malaikat yg akan diperolehi.doa yg ke3
Ayat 9
وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ ۚ
وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ
يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ ۚ
وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
"Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya);
dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya)
maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya;
dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)".
👉Doa malaikat yg ke4
Sibukkan mereka dgn pahala.jauhlah dr dosa.
Jauhi Dr dosa,bg Taufik untuk cepat minta maaf.
Ayat 10
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
يُنَادَوْنَ
لَمَقْتُ اللَّهِ أَكْبَرُ مِنْ مَقْتِكُمْ أَنْفُسَكُمْ
إِذْ تُدْعَوْنَ إِلَى الْإِيمَانِ فَتَكْفُرُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir
akan dipanggil dan dikatakan kepada mereka (pada hari kiamat):
"Demi sesungguhnya! Kebencian Allah (kepada kamu) lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri sendiri, (sebabnya kerana) semasa kamu diseru dan diajak (di dunia dahulu) supaya beriman,
(kamu enggan dan menolak), lalu kamu terus berkeadaan kufur".
👉marahkan diri sendiri
Ayat 11
قَالُوا
رَبَّنَا أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ
وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ
فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا
فَهَلْ إِلَىٰ خُرُوجٍ مِنْ سَبِيلٍ
Mereka menjawab:
"Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali,
dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali,
maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?"
👉Ini ikhtiar akhirat yg sia2.
Akhirat bukan tempat berikhtiar.
Ikhtiar hanya ada didunia shj.
Ayat 12
ذَٰلِكُمْ
بِأَنَّهُ إِذَا دُعِيَ اللَّهُ وَحْدَهُ كَفَرْتُمْ ۖ
وَإِنْ يُشْرَكْ بِهِ تُؤْمِنُوا ۚ
فَالْحُكْمُ لِلَّهِ
الْعَلِيِّ الْكَبِيرِ
(Lalu dikatakan kepada mereka):
"Azab yang kamu berada padanya itu adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru dan disembah,
kamu kufur (dan menolak cara bertauhid itu);
dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah,
kamu percaya (dan menerima bawaan syirik itu).
Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Maha Tinggi (dari apa yang dipersekutukan),
lagi Yang Maha Besar (pemerintahanNya)".
👉Ini 4 muqadimah,buat lah keputusan.
Ayat 13
هُوَ الَّذِي يُرِيكُمْ آيَاتِهِ
وَيُنَزِّلُ لَكُمْ مِنَ السَّمَاءِ رِزْقًا ۚ
وَمَا يَتَذَكَّرُ
إِلَّا مَنْ يُنِيبُ
Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu),
dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit.
Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah).
👉Dalil tauhid آيَاتِهِ
Alamat yg mengajar alamat2 yg maha esa
Semua alam ini yg buat adalah Allah
Jadi Allahlah yg patut dipatuhi
Orang yg ingin kembali kepada Allah. مَنْ يُنِيبُatau tinggal segala yg syirik.
Nak itu inabah.
Ayat 14
فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik),
sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).
👉Da'wa surah Ghafir dan Haamin yg 7.
Ibnu Kadir ,ibadah dan doa الدِّينَ
Ayat 15
رَفِيعُ الدَّرَجَاتِ
ذُو الْعَرْشِ
يُلْقِي الرُّوحَ
مِنْ أَمْرِهِ
عَلَىٰ مَنْ يَشَاءُ
مِنْ عِبَادِهِ
لِيُنْذِرَ يَوْمَ التَّلَاقِ
Dia lah Yang Maha tinggi darjat kebesaranNya,
yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaanNya);
Ia memberikan wahyu dari hal perintahNya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya),
supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan,
👉Ayat ihtima,betapa pentingnya seruan kepada Tuhan yg maha esa.
Arasy adalah 7kali padang pasir,duit dirham berbanding padang pasir.
Yg dapat wahyu semuanya pilihan.
Talaqi التَّلَاقِhari manusia bertemu balasan amal.
Ayat 16
يَوْمَ هُمْ بَارِزُونَ ۖ
لَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْهُمْ شَيْءٌ ۚ
لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ ۖ
لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata;
tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka.
(Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab):
"Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!
👉ini bada.
Zahir di hari akhirat.
Soalan Allah .
Ayat 17
الْيَوْمَ تُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ
بِمَا كَسَبَتْ ۚ
لَا ظُلْمَ الْيَوْمَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
"Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan
apa yang telah diusahakannya;
tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini.
Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
👉Sifat ke2
Semua orang akan jawab sama.
Hisab sangat cepat.
Orang beriman hanya susah sekali sahaja.yaitu didunia.diakhirat sudah senang semuanya.
Ayat 18
وَأَنْذِرْهُمْ يَوْمَ الْآزِفَةِ
إِذِ الْقُلُوبُ لَدَى الْحَنَاجِرِ كَاظِمِينَ ۚ
مَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ حَمِيمٍ
وَلَا شَفِيعٍ يُطَاعُ
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya),
iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah,
kerana cemas takut,
sambil masing-masing menahan perasaannya itu.
(Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.
👉Lahir dari hari qiamat,Perlu takut Contoh pasangan nak buat jahat maksiat dlm satu bilik ,yg ada lubang yg boleh dilihat dua tiga orang budak kecil dok tengok maka takut,gambaran perasaan yg boleh hilang atau berubah serta merta dan menguasai jiwa manusia.
Nak buang air besar tapi ada singa yg hendak menerkam.
Dekat الْآزِفَةِ
Tasaur atau gambaran takut
Memendam perasaan كَاظِمِينَtakut dlm hati.
Ayat 19
يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ
وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ
Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang,
serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.
👉Sifat Allah taala yg dia akan balas sungguh
Semua Allah tahu dan tiada yg terlepas pandang.
Serta akan memberi balasan.
Mata diberi allah untuk tengok benda pahala bukan untuk lihat dosa.
Mata je.manusia tak malu tapi dari mata lah solat jadi tak khusyuk.
Dosa mata,manusia tak malu dan ingat boleh lolos.
Allah tak akan lepaskan termasuk dosa mata.
Lintasan2 hati pun Allah tahu dan akan dihukum bila nak buat yg terlintas.itu yg dosa.
Sifat yg ada dlm hati
Dengki,ria,takabur,ujud,bangga dll sifat mazmumah.
Ferdu Ain untuk selamatkan hati.
Diganti dgn Sabar,syukur,dll
Ayat 20
وَاللَّهُ يَقْضِي بِالْحَقِّ ۖ
وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ
لَا يَقْضُونَ بِشَيْءٍ ۗ
إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Dan Allah memutuskan hukum dengan adil,
sedang yang mereka sembah yang lain dari Allah -
tidak dapat memberikan sebarang keputusan.
Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
👉Tanwir dakwah maknanya suatu pencerahan dlm da'wa.
Sembah juga termasuk seru.
Jumlah takliliyah إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Allah boleh meluluskan.
Jin hanya boleh tengok
Ayat 21
أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَيَنْظُرُوا
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ كَانُوا مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
كَانُوا هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً
وَآثَارًا فِي الْأَرْضِ
فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ
وَمَا كَانَ لَهُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَاقٍ
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi,
dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi.
Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka,
dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.
👉Takhwif duniawi.
Kata2 Abdullah bin Mas'ud,tengok contoh orang yg telah mati.yg hidup masih terdedah kepada fitnah.
Ayat 22
ذَٰلِكَ
بِأَنَّهُمْ
كَانَتْ تَأْتِيهِمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ
فَكَفَرُوا
فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ ۚ
إِنَّهُ قَوِيٌّ شَدِيدُ الْعِقَابِ
(Kebinasaan mereka) yang demikian
ialah kerana mereka
sentiasa didatangi Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (hukum-hukum dan mukjizat) yang jelas nyata,
maka mereka kufur ingkar,
lalu Allah menyeksa mereka,
sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat lagi Maha berat azab seksaNya.
👉Tafsili
Ayat 23
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا
وَسُلْطَانٍ مُبِينٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Nabi Musa membawa ayat-ayat Kami
dan bukti (mukjizat) yang jelas nyata
👉Contoh takhwif duniawi
Yakni Musa dgn harun menyampaikan kepada Firaun dgn Haman serta Qarun. juga kepada umatnya
Ayat 24
إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَقَارُونَ
فَقَالُوا سَاحِرٌ
كَذَّابٌ
Kepada Firaun dan Haman serta Qarun;
maka mereka (menuduhnya dengan) berkata: "Ia seorang ahli sihir,
lagi pendusta!"
👉Istiklaliyah atau bebas dari terkesan dgn musuh
Sepatutnya orang yg dididik oleh nabi Muhamad juga mempunyai kecekalan yg tinggi juga.
Ayat 25
فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْحَقِّ
مِنْ عِنْدِنَا
قَالُوا
اقْتُلُوا أَبْنَاءَ الَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ
وَاسْتَحْيُوا نِسَاءَهُمْ ۚ
وَمَا كَيْدُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ
Setelah Nabi Musa datang kepada mereka dengan membawa kebenaran dari sisi Kami,
mereka berkata (dengan marahnya): "Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang beriman yang mengikutnya, dan biarkan hidup anak-anak perempuan mereka". (Tetapi usaha) dan tipu daya orang-orang kafir itu hanya menyebabkan mereka tenggelam dalam kesesatan dan kebinasaan sahaja.
👉 Firaun memang licik dan bijak dgn seluk beluk sebagai penentang kebenaran.
Wanita نِسَاءَهُمْ
Hari ini penentang kebenaran tidak sekejam Firaun.
Ayat 26
وَقَالَ فِرْعَوْنُ
ذَرُونِي أَقْتُلْ مُوسَىٰ
وَلْيَدْعُ رَبَّهُ ۖ
إِنِّي أَخَافُ
أَنْ يُبَدِّلَ دِينَكُمْ
أَوْ أَنْ يُظْهِرَ فِي الْأَرْضِ الْفَسَادَ
Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa,
dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)!
Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar ugama kamu,
atau ia menimbulkan kerosakan di muka bumi".
👉Berbagai cara untuk melemahkan seruan tauhid oleh Firaun.
Orang ajaran sesat pun guna lafaz agama.
Ini tindakan licik firaun yg perlu orang beriman tahu.
Ayat 27
وَقَالَ مُوسَىٰ
إِنِّي عُذْتُ بِرَبِّي
وَرَبِّكُمْ
مِنْ كُلِّ مُتَكَبِّرٍ
لَا يُؤْمِنُ بِيَوْمِ الْحِسَابِ
Dan (setelah mendengar ancaman itu) Nabi Musa berkata:
"Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu -
dari (angkara) tiap-tiap orang yang sombong takbur, yang tidak beriman kepada hari hitungan amal!"
👉Istimdak iaitu cara minta bantuan dari Allah.
Bentuk2 bantuan allah dari Ayat ini 28 hingga Ayat 45.dari doa nabi Musa.
Ayat 28 ini iijabah ilaahiyah atau hasilan doa nabi Musa.
Hasil doa yg tidak terfikir.
Nabi Nuh juga minta Tuhanku Tolonglah.
Lafaz tak panjang tapi yg penting meminta pada Allah dan minta berkali2.
Nabi kita minta dgn panjang sekali.
Berbagai jenis doa.
Allah suka hambanya berdoa.
Sepupu Firaun ,Tengku mahkota,yg dapat hidayah.tapi dia diam.
Ayat 28
وَقَالَ رَجُلٌ مُؤْمِنٌ
مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ
يَكْتُمُ إِيمَانَهُ
أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَنْ يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ
وَقَدْ جَاءَكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ
وَإِنْ يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ ۖ
وَإِنْ يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُمْ بَعْضُ الَّذِي يَعِدُكُمْ ۖ
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ
Dan (pada saat itu) berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya:
"Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan:
`Tuhanku ialah Allah? ' -
sedang ia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu?
Kalau ia seorang yang berdusta maka dia lah yang akan menanggung dosa dustanya itu,
dan kalau ia seorang yang benar nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.
👉Lelaki ini masih menyembunyikan imannya.
Ada kata2 istimewa yg pertama dari lelaki sepupu firaun yg dimasukkan dlm quran.
Satu أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَنْ يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ
Dua وَقَدْ جَاءَكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ مِنْ رَبِّكُمْ
Tiga وَإِنْ يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ
Empat وَإِنْ يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُمْ بَعْضُ الَّذِي يَعِدُكُمْ
Idkhanilahi(pencelahan tuhan)
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ
Ayat 29
يَا قَوْمِ
لَكُمُ الْمُلْكُ الْيَوْمَ
ظَاهِرِينَ فِي الْأَرْضِ
فَمَنْ يَنْصُرُنَا مِنْ بَأْسِ اللَّهِ
إِنْ جَاءَنَا ۚ
قَالَ فِرْعَوْنُ
مَا أُرِيكُمْ إِلَّا مَا أَرَىٰ
وَمَا أَهْدِيكُمْ إِلَّا سَبِيلَ الرَّشَادِ
"Wahai kaumku!
Pada hari ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi (Mesir dan sekitarnya;
tetapi kiranya keadaan bertukar) maka siapakah yang akan membela kita dari azab Allah kalau azab itu datang menimpa kita?"
Firaun berkata:
" Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan),
dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar".
👉 kelicikan Firaun bercakap
Ayat 30
وَقَالَ الَّذِي آمَنَ
يَا قَوْمِ
إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ مِثْلَ يَوْمِ الْأَحْزَابِ
Dan berkatalah pula orang yang beriman itu:
"Wahai kaumku!
Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa (kebinasaan) sebagaimana yang telah menimpa kaum-kaum yang bergabung (menentang Rasul-rasulnya)!
👉Ini ucapan ke2 orang yg beriman itu.
Ayat 31
مِثْلَ دَأْبِ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ
وَالَّذِينَ مِنْ بَعْدِهِمْ ۚ
وَمَا اللَّهُ يُرِيدُ ظُلْمًا لِلْعِبَادِ
"(Iaitu) seperti keadaan kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), dan Thamud (kaum Nabi Soleh),
serta orang-orang yang datang kemudian daripada mereka (seperti kaum Nabi Lut).
Dan (ingatlah) Allah tidak menghendaki berbuat kezaliman kepada hamba-hambaNya.
👉 Allah nak siksa ramai orang?oleh itu dtg kan pencelahan
Ayat 32
وَيَا قَوْمِ
إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ يَوْمَ التَّنَادِ
"Dan, wahai kaumku!
Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab seksa hari (kiamat) yang padanya masing-masing menjerit-jerit memanggil (memohon pertolongan),
👉Tahdid ukrowiyun makna sejenis ugutan diakhirat
Hari panggil memanggil يَوْمَ التَّنَادِ
Jumlah ringkas.
Ayat 33
يَوْمَ تُوَلُّونَ مُدْبِرِينَ
مَا لَكُمْ مِنَ اللَّهِ
مِنْ عَاصِمٍ ۗ
وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ
فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
"(Iaitu) hari kamu berpaling undur melarikan diri;
padahal semasa itu tidak ada sesiapapun yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah.
Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah),
maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
👉Pencelahan tuhan وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
Ayat 34
وَلَقَدْ جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِنْ قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ
فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِمَّا جَاءَكُمْ بِهِ ۖ
حَتَّىٰ إِذَا هَلَكَ
قُلْتُمْ لَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ مِنْ بَعْدِهِ رَسُولًا ۚ
كَذَٰلِكَ
يُضِلُّ اللَّهُ
مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ مُرْتَابٌ
"Dan demi sesungguhnya! Nabi Yusuf telah datang kepada kamu dahulu dengan membawa keterangan-keterangan (yang membuktikan kerasulannya),
maka kamu tetap juga dalam keraguan mengenai apa yang disampaikannya kepada kamu sehingga apabila ia mati,
kamu berkata: Allah tidak akan mengutuskan lagi Rasul sesudahnya;
demikianlah
Allah menyesatkan
sesiapa yang melampau kederhakaannya, lagi yang ragu-ragu kepercayaannya (terhadap balasan Tuhannya
👉ucapan yg ke3 orang yg beriman itu.
Ucapan nak supaya berfikir dan tidak gopoh buat keputusan.
Ayat 35
الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ ۖ
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ الَّذِينَ آمَنُوا ۚ
كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ
عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
"(Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya).
(Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman.
Demikianlah Allah meteraikan atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!"
👉 Tolak dgn tiada dalil.
Ayat 36
وَقَالَ فِرْعَوْنُ
يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا
لَعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ
Dan Firaun pula berkata:
"Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi,
semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya)
👉pencakar langit صَرْحًا
Modal khayalan Firaun yg menunjukan kelicikannya.
Ayat 37
أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ
فَأَطَّلِعَ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ
وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا ۚ
وَكَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ
وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ ۚ
وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ
"(Iaitu) ke pintu-pintu langit,
supaya aku dapat melihat Tuhan Musa;
dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!"
Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar;
dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.
👉Idkhol Ilahi.
Ayat 38
وَقَالَ الَّذِي آمَنَ
يَا قَوْمِ اتَّبِعُونِ
أَهْدِكُمْ سَبِيلَ الرَّشَادِ
Dan berkatalah pula orang beriman itu:
"Wahai kaumku! Turutlah (nasihatku),
aku akan menunjukkan kepada kamu jalan yang benar.
👉ucapan orang beriman itu lagi
Ayat 39
يَا قَوْمِ
إِنَّمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ
وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ
"Wahai kaumku!
Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.
👉Ayat tazhidonminadunnia.
Orang akan buat pilihan yg baik dgn peringatan ini.
Ayat 40
مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا ۖ
وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا
مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ
وَهُوَ مُؤْمِنٌ
فَأُولَٰئِكَ
يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ
يُرْزَقُونَ فِيهَا
بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya;
dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman,
maka mereka itu akan masuk Syurga;
mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.
👉idkhol Ilahi.
Persamaan taraf nisbah untuk masuk syurga.
Ayat 41
وَيَا قَوْمِ
مَا لِي أَدْعُوكُمْ إِلَى النَّجَاةِ
وَتَدْعُونَنِي إِلَى النَّارِ
"Dan wahai kaumku!
Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan,
dan kamu pula mengajakku ke neraka?
👉lagi ucapan orang yg beriman itu.
Apa hal مَا لِي
Ayat 42
تَدْعُونَنِي لِأَكْفُرَ بِاللَّهِ
وَأُشْرِكَ بِهِ
مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ
وَأَنَا أَدْعُوكُمْ إِلَى الْعَزِيزِ الْغَفَّارِ
"Kamu mengajakku supaya aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah
dan mempersekutukanNya
dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,
padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun?
👉Maa ini jin ,malaikat ,wali dan nabi.
Ayat 43
لَا جَرَمَ
أَنَّمَا تَدْعُونَنِي إِلَيْهِ
لَيْسَ لَهُ دَعْوَةٌ فِي الدُّنْيَا وَلَا فِي الْآخِرَةِ
وَأَنَّ مَرَدَّنَا إِلَى اللَّهِ
وَأَنَّ الْمُسْرِفِينَ
هُمْ أَصْحَابُ النَّارِ
"Tidak syak lagi,
bahawa makhluk-makhluk yang kamu ajak aku menyembahnya itu tidak dapat menyahut sebarang seruan (atau memberikan sebarang pertolongan) sama ada di dunia atau di akhirat;
dan sesungguhnya tempat kembali kita semua ialah kepada Allah,
dan sebenarnya orang-orang yang melampau kejahatannya itu, merekalah ahli neraka.
👉
Ayat 44
فَسَتَذْكُرُونَ مَا أَقُولُ لَكُمْ ۚ
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
"(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu;
dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku);
sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".
👉Penutup ucapan orang yg beriman itu
Pengakuan
Jumlah takliliyah إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Ayat 45
فَوَقَاهُ اللَّهُ سَيِّئَاتِ مَا مَكَرُوا ۖ
وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ
(Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka;
dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya,
👉Allah melindungi orang yg berdoa .
1000 tentera.
500kena azab
500dibunuh oleh firaun
Ayat 46
النَّارُ
يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا
غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ
أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ
Mereka didedahkan kepada bahang api neraka
pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh);
dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat):
"Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!"
👉
Ayat 47-59ini adalah perkara yg berlaku dikalangan ahli neraka.
Segala rancangan jahat gurauan gagal dan dia sendiri binasa.
Pembaca nak tahu apa yg berlaku dlm neraka.
Ayat 47
وَإِذْ يَتَحَاجُّونَ فِي النَّارِ فَيَقُولُ الضُّعَفَاء
ُلِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا
إِنَّا كُنَّا لَكُمْ تَبَعًا فَهَلْ أَنْتُمْ مُغْنُونَ عَنَّا نَصِيبًا مِنَ النَّارِ
Dan (ingatkanlah perkara yang berlaku) semasa orang-orang yang kafir dan yang menderhaka berbantah-bantahan dalam neraka,
iaitu orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takbur:
"Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab neraka ini?"
👉Bergaduh ahli neraka sesama sendiri.
Orang mukmin tidak bergaduh sama ada didunia atau akhirat.
Pengikut tegar. تَبَعًا
Bukan Tubik sokmo نَصِيبًاatau meringankan.
Ayat 48
قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا
إِنَّا كُلٌّ فِيهَا
إِنَّ اللَّهَ قَدْ حَكَمَ بَيْنَ الْعِبَادِ
Orang-orang yang sombong angkuh itu menjawab: "Sebenarnya kita semua menderita bersama-sama dalam neraka (tidak ada jalan untuk kita melepaskan diri), kerana
sesungguhnya Allah telah menetapkan hukumanNya di antara sekalian hambaNya "
👉
Ayat 49
وَقَالَ الَّذِينَ فِي النَّارِ
لِخَزَنَةِ جَهَنَّمَ
ادْعُوا رَبَّكُمْ يُخَفِّفْ عَنَّا يَوْمًا مِنَ الْعَذَابِ
Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam neraka kepada malaikat-malaikat penjaga neraka Jahannam: "Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Ia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari".
👉Malaikat jaga neraka tak panas =doktor masuk hospital rawat pesakit.
Penghuni neraka minta cuti.
Ayat 50
قَالُوا
أَوَلَمْ تَكُ تَأْتِيكُمْ رُسُلُكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ
قَالُوا بَلَىٰ ۚ
قَالُوا فَادْعُوا ۗ
وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ
Malaikat penjaga neraka menjawab:
"Bukankah kamu telah didatangi Rasul-rasul kamu dengan membawa keterangan-keterangan (yang menyatakan akibat perbuatan derhaka kamu)?"
Mereka menjawab: "Ya, telah datang".
Malaikat itu berkata: "Jika demikian, maka berdoalah kamu sendiri.
Dan doa permohonan orang-orang yang kafir pada saat ini hanya menyebabkan mereka berada dalam keadaan dukacita dan kecewa sahaja".
👉malaikat tanya ,ngaji ko tidak?
Pencelahan tuhan وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ?
Ayat 69
أَلَمْ تَر
َإِلَى الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِ اللَّهِ
أَنَّىٰ يُصْرَفُونَ
Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan
terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah,
bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)?
👉Zajrun keras untuk orang kafir.
Ayat 70
الَّذِينَ كَذَّبُوا بِالْكِتَابِ
وَبِمَا أَرْسَلْنَا بِهِ رُسُلَنَا ۖ
فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Quran
dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus;
maka mereka akan mengetahui kelak.
👉Tentang tauhid dan kehidupan selepas mati.
Tauhid ,risalah dan akhirat.
Ayat 71
إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ
وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ
Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret
👉Penyiksaan dan penghinaan.
Takzib rohani=deraan mental atau batin
Contoh:Bodoh macam lembu
Penampar,selepas 2 jam hilang.
Bangkai mesti tak mahu pegang kecuali pakai lapik
Ayat 72
فِي الْحَمِيمِ
ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ
Ke dalam air panas yang menggelegak;
kemudian mereka dibakar dalam api neraka;
👉Menyala api sepanas2nya يُسْجَرُونَ(sajru-sepanas2nya)
Tanur bakar roti,nyala bagi merah apinya baru bakar roti.
Ayat 73
ثُمَّ قِيلَ لَهُمْ
أَيْنَ مَا كُنْتُمْ تُشْرِكُونَ
Akhirnya dikatakan kepada mereka: "Mana dia berhala-berhala yang kamu dahulu sekutukan -
👉Takzib rohani (penderitaan jiwa)dan fizikal
Kata2 guru itu penderitaan batin yg sukar hilang.
laqodyursal lijaisurfi yusfun
Memang ada harapan sembuh luka yg telah dilukakan oleh pedang
Wama jor al lisan
Dimana ubat akan dicari sekiranya lidah telah melukakan hati.
Ayat 74
مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ
قَالُوا ضَلُّوا عَنَّا
بَلْ لَمْ نَكُنْ نَدْعُو مِنْ قَبْلُ شَيْئًا ۚ
كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ الْكَافِرِينَ
"(Dengan menyembahnya atau memujanya) selain Allah?"
Mereka menjawab: "Benda-benda itu telah hilang lenyap dari kami,
bahkan yang sebenarnya kami dahulu tidak pernah sekutukan sesuatu pun (dengan Allah)".
(Sebagaimana Allah menjadikan mereka sesat), demikian pula Allah menyesatkan orang-orang yang kufur ingkar (menentang maksud ayat-ayatNya).
👉Aqal yg membezakan manusia dgn haiwan.j
Bantah sebab tak ikut aqal.
Masa ikut nafsu lebih dari binatang.
Mengakui atau
Takut sangat sehingga tak mengaku.
Tak tahu syirik sebab tak belajar wahyu.
Tabiat membantah sehingga ke dalam neraka.
Ayat 75
ذَٰلِكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَفْرَحُونَ فِي الْأَرْضِ
بِغَيْرِ الْحَقِّ
وَبِمَا كُنْتُمْ تَمْرَحُونَ
(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): "Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan),
dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat).
👉perangai2 orang yg sombong.
Bahkan anggap orang yg ikut wahyu sebagai bodoh
Bangga dlm hati تَفْرَحُونَ
Bangga zahir atau badan تَمْرَحُونَsombong dlm syirik.berbangga dgn perkara yg salah.
Ayat 76
ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ
خَالِدِينَ فِيهَا ۖ
فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ
"Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam
kekalah kamu di dalamnya;
maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam".
👉oleh itu jangan sombong dgn kitab allah
Ayat 77
فَاصْبِرْ
إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۚ
فَإِمَّا نُرِيَنَّكَ بَعْضَ الَّذِي نَعِدُهُمْ
أَوْ نَتَوَفَّيَنَّكَ فَإِلَيْنَا يُرْجَعُونَ
Maka bersabarlah (wahai Muhammad),
sesungguhnya janji Allah (menyeksa musuh-musuhmu itu) adalah benar;
oleh itu kiranya Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari azab yang Kami janjikan kepada mereka,
ataupun Kami wafatkanmu sebelum itu, (maka tetaplah mereka akan menerima balasan azab) kerana kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.
👉Tasliyah yg ke4
Jenis ayat nak menghiburkan hati .
Usaha agama ala nabi .tidak kerana nak dunia .
Inna (jumlah tak kit). إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ
Sudah salah sedang nabi tidak ragu2
Sebab lambatnya nusra allah.lambat pun tetap akan dtg.
Takhwif duniawi فَإِمَّا نُرِيَنَّكَ بَعْضَ الَّذِي نَعِدُهُمْ
أَوْ نَتَوَفَّيَنَّكَ فَإِلَيْنَا يُرْجَعُونَ
Ayat 78
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِنْ قَبْلِكَ
مِنْهُمْ مَنْ قَصَصْنَا عَلَيْكَ
وَمِنْهُمْ مَنْ لَمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ ۗ
وَمَا كَانَ لِرَسُولٍ أَنْ يَأْتِيَ بِآيَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ
فَإِذَا جَاءَ أَمْرُ اللَّهِ قُضِيَ بِالْحَقِّ
وَخَسِرَ هُنَالِكَ الْمُبْطِلُونَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu;
di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu,
dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu.
Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah;
(maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil;
pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.
👉Dalil naqli ijmali,sebab tak sebut nama
Tugas nabi sama sahaja.
Rugi وَخَسِرَ
Ayat 79
اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَنْعَامَ لِتَرْكَبُوا مِنْهَا
وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ
Allah yang menjadikan binatang ternak bagi kamu; sebahagian di antaranya untuk kamu menunggangnya, dan sebahagian lagi untuk kamu makan.
👉Iyadah dalil aqli.
Tauhid,risalah dan akhirat mesti terima juga.
Ayat 80
وَلَكُمْ فِيهَا
مَنَافِعُ
وَلِتَبْلُغُوا عَلَيْهَا حَاجَةً
فِي صُدُورِكُمْ
وَعَلَيْهَا وَعَلَى الْفُلْكِ
تُحْمَلُونَ
Dan kamu pula beroleh
berbagai faedah pada binatang ternak itu,
dan supaya kamu dapat memenuhi sesuatu hajat yang ada dalam hati kamu dengan menggunakan binatang itu; dan di atas binatang-binatang ternak itu,
serta di atas kapal-kapal,
kamu diangkut.
👉bahtera padang pasir dan bahtera lautan.
Ayat 81
وَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ
فَأَيَّ آيَاتِ اللَّهِ تُنْكِرُونَ
Dan Ia memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kebesaranNya dan kekuasaanNya (melalui Rasul-rasulNya dan pada makhluk-makhluk yang dijadikanNya); maka di antara tanda-tanda kesempurnaan Allah, yang mana satu, yang kamu ingkari?
👉Dalil2 qudrat dia
Ayat 82
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
كَانُوا أَكْثَرَ مِنْهُمْ
وَأَشَدَّ قُوَّةً
وَآثَارًا فِي الْأَرْضِ
فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُمْ
مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi,
dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka,
dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi.
Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun.
👉Pengulangan semula takhwif
Ayat 83
فَلَمَّا جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ
فَرِحُوا بِمَا عِنْدَهُمْ مِنَ الْعِلْمِ
وَحَاقَ بِهِمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ
Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan)
mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata);
dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu.
👉Belajar ,Fekah hanafi=kanzu dakoid (khazanah tersembunyi)
Jika tak belajar kanzu dakoid maka akan belajar kanzunisa' =khazanah riwayat perbualan ahli wanita yg tiada kerja.
Ayat 84
فَلَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا
قَالُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَحْدَهُ
وَكَفَرْنَا بِمَا كُنَّا بِهِ مُشْرِكِينَ
Maka ketika mereka melihat azab Kami,
mereka berkata: "Kami beriman kepada Allah semata-mata,
dan kami kufur ingkar kepada benda-benda yang dengan sebabnya kami menjadi musyrik".
👉Suasana Azab yg sedang mendatangi mereka بَأْسَنَا
Ketika ini tiada lagi harapan.
Ayat 85
فَلَمْ يَكُ يَنْفَعُهُمْ إِيمَانُهُمْ
لَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا ۖ
سُنَّتَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ فِي عِبَادِهِ ۖ
وَخَسِرَ هُنَالِكَ الْكَافِرُونَ
Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami,
tidak berguna lagi kepada mereka;
yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya.
Dan pada saat itu rugilah orang-orang yang kufur ingkar.
👉Imam yast tak pa(ketika diberitahu sudah tiada lagi harapan hidup).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan