Sabtu, Jun 08, 2019

108.Surah alkausar

108.Surah Al kausar.

Surah Al kausar
Tertib surah 108
Bilangan ayatnya 3
Bilangan rukuk 1
Surah  makkiyah
Tertib turunnya yg 15
Bilangan paragrafnya ada 3
Paragraf 1ayat 1 Berita gembira kerana mendapat alkausar.
Paragraf 2 ayat 2 Perintah supaya mrngamalkan tauhid عبادة
Paragraf 3 ayat 3 Ramalan kegagalan pihak musuh.

Mesej
Muhamad saw akan diberi segala macam  kebaikan dan kelebihan termasuk akan mendapat kolam al kausar,menguasai kaabah  dan akan dikurniakan sebuah kerajaan yg hebat ,sekalian musuh2nya akan dihapuskan.
Kamu hendaklah beribadat hanya kepada Allah.

Minit 2:28-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
-Sura Al-Kawthar, Ayah 1

👉Kebaikan yg banyak satu daripadanya adalah quran.
Makna yg ke2 kolam kausar diakhirat.
Juga sebanyak mana orang terima al quran akan dapat pahala
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
-Sura Al-Kawthar, Ayah 2

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
-Sura Al-Kawthar, Ayah 3

👉orang yg benci nabi شَانِئَكَ
Orang yg benci sunnah tidak akan ada baka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan