Daurah tafsir 2019 sesi 05(7)
Daurah tafsir 2019 sesi 05(7,8,9,10)
1.Al fatihah( 7)makkiyah
2.albaqarah(283)madaniyah
3.ali imran(200)madaniyah
4.An nisa(176)madaniyah
5.Al maidah(120)madaniyah
6.Al anam(165)makkiyah
7.Al a'raf(206)makkiyah
👉8.Al anfal(75)madaniyah
9.At taubah(129)madaniyah
10.yunus(109)makkiyah.
008.Surah Al anfal
Sebelum ini Allah dah bg tau tentang golongan sesat.
3 isi penting dlm surah al a'raf
1.Berani menyampaikan tauhid.
2.sentiasa ikut wahyu.
3.bergantung kepada Allah yg maha mengetahui dan berkuasa.
Pentingnya tauhid,Atas sebab tauhid,dibenarkan berperang oleh Allah.
Dalam surah al anfal Allah ajar berperang atau undang2. perang.
Kafir ada jenis.
1.Kafir harbi,lawan Tuhan dan lawan orang beriman.
Zalim sebab sekat tauhid. Dibenarkan berperang dgnnya.
Ahli tauhid nak ajar masuk syurga.bila dihalang boleh berperang .
Harta anfal ,sangat byk dlm masa yg singkat untuk ahli tauhid
2.kafir yg bayar cukai dan tak lawan orang Islam dipanggil zimmi
3.kafir dlm hati,munafik,zahir ikut agama islam.
Turunnya surah ini selepas al Baqarah,awal semasa nabi hijrah kemadinah dan dlm masa surah Ali Imran juga turun.
Penjelasan tentang pembahagian harta rampasan perang Badar.
Nabi tahu ,musyrikin sangat benci padanya.
Nabi hantar pengintip untuk intip musyrikin Mekah dan didapati mereka ingin memerangi nabi.
Sebelum berlaku perang lebih baik diambil harta perdagangan orang musyrikin Mekah yg melalui Madinah.
Keluar untuk sekat kafilah dagangan Abu Sufiyan.
Allah bg tahu untuk tunggu rombongan berduri Abu Jahal.
Allah nak tunjuk,jika kamu buat ikut Allah,allah akan zahirkan pertolongan Allah.
Perang telah menang.
70orang ketua2 musuh telah mati.
Harta rampasan yg byk telah didapati.
Allah bg undang2.
Mula2 bertaqwa dan kmdn ikutlah caranya.
Dalam surah anfal ini terbahagi 2bhg.
Bhg pertama,Ayat 1-40
6sebab cara bahagi harta,5cara berperang.
Bhg ke2,ayat41-75
5sebab kenapa harta rampasan perlu ikut Allah
4cara berperang.
Jumlah,11 sebab macamana nak membahagikan harta perang dan 9 cara berperang.
🐈
1.al fatihah( 7)makkiyah
2.albaqarah(283)madaniyah
3.ali imran(200)madaniyah
4.an nisa(176)madaniyah
5.al maidah(120)madaniyah
6.al anam(165)makkiyah
7.al a'raf(206)makkiyah
8.al anfal(75)madaniyah
9.at taubah
10.yunus
Surah al anfal
Surah ke 8
Bilangan ayat 75
Tertib turun ke 88
Surah Madaniyah
Bilangan rukuk 10
Bilangan paragraf 8
Paragraf 1ayat 1-4 pendahuluan dan menyatakan berita gembira,rezeki,maghfirah
Paragraf 2 ayat 5-14 pemandangan dan latar belakang perang badar dan tujuan perang badar
Paragraf 3 ayat 15-28 ayat hijrah,taat dan patuh ,ini kepada pemimpin.
Paragraf 4 ayat 29-40 kesalahan jenayah orang musyrikin mekah dan keharusan berjihad menentang mereka
Paragraf 5 ayat 41-47 iaitu harta rampasan perang dan hukum hakam perang.iaitu peranan2 iblis dlm peperangan badar ,sikap orang munafik dan abu jahal.
Paragraf 6 ayat 48-54Peranan iblis dlm perang badar.Sikap orang munafik dan Abu Jahal yg betul2 ikut jejak langkah firaun.
Paragraf 7 ayat 55-71 hukum hakam perang dan damai
Paragraf 8 ayat 72-75 ayat terakhir surah dan berita gembira dan pengampunan seperti dipermulaan surah ini dan kata kunci surah ini.
Mesej utama surah
1.apa itu jihad?atau falsafah jihad
2.adab atau displin jihad.
3.galakan berjihad
4.perang dan damai
5.kelebihan2 jihad
Susunan surah
6.al anam(165)makkiyah
7.al a'raf(206)makkiyah
8.al anfal(75)madaniyah ,dlm quran,macam jalinan. unik.
9.at taubah(129)madaniyah
Zaman turun dan latarbelakang turun surah ini pada tahun kedua hijrah.surah madaniyah yg mana turun selepas perang badar.dan sebahagiannya menceritakan masa sebelum perang badar.makna sekitar tahun kedua sebelum sedikit dan lebih banyak selepas perang badar iaitu tahun kedua hijrah.sebelum perang badar sudah turun surah talaq dan surah muhamad.
Dr segi kesinambungan antara surah al anfal dan surah al araf mempunyai kaitan yg sangat rapat.
Sebab dlm surah itu allah swt pukul aqidah syirik dlm pelbagai bentuk dan tonjolkan pelbagai aqidah syirik dlm pelbagai bentuk.
Lebih ditumpukan kepada kafir dimekah dan sekitar mekah.jadi surah al anfal menentang musyrik
Dlm surah al araf, menentang aqidah syirik dan orang yg nak menentang aqidah tauhid.
Disitu diberitahu ada 6 kaum yg telah binasa akibat syirik.
Mereka mendustakan ayat2 allah bahkan mereka mendustakan para nabi.Allah swt aqidah murka dgn kesyirikan.orang yg aqidah syirik tidak layak menjadi pemimpin.tetapi mereka pemimpin kawasan masing2.
Bila allah tak suka kepada fahaman syirik dan mereka
mendustakan seruan rasul maka allah hancurkan mereka dgn berbagai cara.
Surah al anfal,allah hukum juga tapi tidak secara langsung tetapi dgn perantaraan orang islam pukul orang kafir seperti dlm perang badar.
Ini perkaitannya.
Begitu juga orang persaorangan.ditimpa bencana alam.
Tsunami.
Ada juga dgn cara lain iaitu golongan lain yg serang,seperti perang.
Allah tidak nak kaum musyrikin binasa seperti umat yg dahulu seperti:
Banjir
Tempikan
Bumi dihempap.
Inilah kesesuaiannya.
Surah sebelum ini allah sendiri yg membinasakan mereka
Surah anfal yakni orang islam yg membinasakan mereka dan menggagalkan usaha mereka.
Yg disebutkan dlm Ayat ini ayat 62
وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ ۚ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu.
Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.
-Sura Al-Anfal, Ayah 62
👉Orang kafir nampak dua kali ganda orang islam dlm perang.
أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).
-Sura Al-Anfal, Ayah 4
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.
-Sura Al-Anfal, Ayah 74
👉Diulang.
Nilai keampunan dan kemuliaan hidup ummah.
Ini kesesuaian ayat dipermulaan dan akhir surah.
Hidup dlm Perjuangan..
Falsafah jihad.
Suatu bangsa perlu diperangi jika telah rosak.
Ada Perkahwinan dan ada penceraian
Ada perang ada damai
Ada hidup ada mati
Dlm surah anfal adalah yg dasar.
Tema2 utama ialah
1.surah anfal sebut tentang maghfirah dan rezkunkarim diawal surah dan diakhir surah.
Kita mukmin yg sebenarnya.
2.dlm surah anfal disebut perang badar adalah pemisah antara yg benar dan yg salah.tujuannya
Ayat 8
لِيُحِقَّ الْحَقَّ وَيُبْطِلَ الْبَاطِلَ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.
-Sura Al-Anfal, Ayah 8
3.dlm surah ini ada beberapa nikmat termasuk rasa yakin dan dianugerahkan rasa mengantuk.sehingga ada yg pegang pedang jatuh dan dapat ketenangan setelah mengantuk itu.
Antaranya allah juga menurunkan air hujan.
Tempat orang kafir jadi lecah.
Malaikat bg semangat kat orang islam.
Jgn biarkan syaitan yg dtg kepada kita.
Ikut ajaran allah betul2 ,pertolongan allah akan dtg.
Allah swt telah menunjukan kepada mereka dlm mimpi,berjumlah sedikit...
Ayat 46
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
-Sura Al-Anfal, Ayah 46
👉Taat kepada allah disebut banyak kali.
Ayat 24 juga
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
-Sura Al-Anfal, Ayah 24
👉Ingat allah dan sahut seruan allah.ini sangat penting ,kena berperang atau tidak.
Ayat 20
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).
-Sura Al-Anfal, Ayah 20
👉Kali ketiga disebut
Jgn mulut cakap lain tapi buat lain.
Binatang paling buruk,kata sj taat tapi buat tidak.
Kaki yg buruk perlu dipotong untuk selamatkan bhg lain.
Jadi kena jaga.
Jgn khianat.dgn musuhpun tidak boleh khianat.
Ayat 58
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.
-Sura Al-Anfal, Ayah 58
👉Kalu depa batalkan baru kita batalkan.
Fitnah perkara yg besar.
Ayat 73
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.
-Sura Al-Anfal, Ayah 73
👉Kalu tak hapuskan fitnah akan berlaku kekacauan
Ayat 39
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ ۚ فَإِنِ انْتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.
-Sura Al-Anfal, Ayah 39
👉Disini disebut lagi fitnah.
Semua agama bg allah الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ
Fitnah makna tiada kebebasan
Bukan sampai tiada kafir ,bukan begitu.
Kalu mereka nak hidupmdlmmkeadaan damai,kita tak akan memerangi mereka.
Dlm jihad dan perjuangan ,maksud perjuangan itu penting.
Ayat 28
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
-Sura Al-Anfal, Ayah 28
👉Ini yg menyebabkan rasa berat nak pergi berperang ,kena fikir bangsa dan negara atau ummat.
Kalu kamu mati,ada pahala yg besar disisi kamu.
Mesej utama mari dr mana?
Ayat2 surah al anfal
Falsafah jihad
Dari ayat2 surah al anfal
🐈
Ayat 1
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَنْفَالِ ۖ
قُلِ الْأَنْفَالُ لِلَّهِ وَالرَّسُولِ ۖ
فَاتَّقُوا اللَّهَ
وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ ۖ
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ
إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang.
Katakanlah: "Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). (Jgn memandai2)
Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah (,ini asas nak selamat)
dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah(syariat )dan RasulNya(sunnah)
jika betul kamu orang-orang yang beriman".
👉setelah perang ,turun cara ini.
Ayat 2
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُم
ْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ
زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman,
dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
👉Tabsyir,cerita gembira bg orang yg ada iman.
Beriman ketika ada harta sangat berbeza ketika tiada harta.
Ayat 3
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ
وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang
dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
👉
Ayat 4
أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ
لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ
وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.
Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka
dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).
👉Mukmin yg dikira mukmin yg sebenar.
Harta ke2,yg pertama adalah Allah taala.
Ayat 5
كَمَا أَخْرَجَكَ رَبُّكَ مِنْ بَيْتِكَ بِالْحَقِّ
وَإِنَّ فَرِيقًا مِنَ الْمُؤْمِنِينَ لَكَارِهُونَ
Sebagaimana (harta rampasan perang ditentukan pembahagiannya dengan kebenaran, maka) Tuhanmu (wahai Muhammad) mengeluarkanmu dari rumahmu (untuk pergi berperang) dengan kebenaran juga,
sedang sebahagian dari orang-orang yang beriman itu (sebenarnya) tidak suka (turut berjuang).
👉Sebab harta perlu dibahagi sebagaimana Allah kehendaki kerana Allah yg keluarkan .
Ada yg tidak berminat berperang.
Berperang diluar jangkaan.
Begitu juga kemenangan diluar jangkaan.
Ayat 6
يُجَادِلُونَكَ فِي الْحَقِّ
بَعْدَمَا تَبَيَّنَ
كَأَنَّمَا يُسَاقُونَ إِلَى الْمَوْتِ
وَهُمْ يَنْظُرُونَ
Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan),
seolah-olah mereka dihalau kepada kematian,
sedang mereka melihat (sebab-sebabnya).
👉
Ayat 7
وَإِذْ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحْدَى الطَّائِفَتَيْنِ
أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ الشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ
وَيُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُحِقَّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ
وَيَقْطَعَ دَابِرَ الْكَافِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan,
menjadi untuk kamu (menghadapinya),
sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya).
Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (ugama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya,
dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya;
👉Sebab ke2
Allah sendiri yg wahyukan untuk berperang.
Ayat 8
لِيُحِقَّ الْحَقَّ وَيُبْطِلَ الْبَاطِلَ
وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ
Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik),
sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.
👉Allah yg nak zahirkan yg mn sebenarnya puak2 Allah.
Ayat 9
إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ
فَاسْتَجَابَ لَكُمْ
أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu,
lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya):
"Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.
👉 Sebab ke3
Kerana berdoa kepada Allah.
Ayat 10
وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَىٰ
وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ ۚ
وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira
dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya.
Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Para sahabat boleh tengok malaikat datang.
Ayat 11
إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ
وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ
وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ
وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ
وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ
(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu).
Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit
untuk mensucikan kamu dengannya
dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan,
dan juga untuk menguatkan hati kamu
dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).
👉Sebab apa Allah yg membahagi harta rampasan.
Ini sebab ke4
Dgn hujan tanah pasir jadi kemas,ada air dan menghilangkan bisikan syaitan.
Ayat 12
إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلَائِكَةِ
أَنِّي مَعَكُمْ
فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا ۚ
سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ
فَاضْرِبُوا فَوْقَ الْأَعْنَاقِ
وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ
(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan),
maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman.
Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun;
oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka"
👉Ini sebab ke5
Ayat 13
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ
وَمَنْ يُشَاقِقِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
(Perintah) yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya;
dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya,
maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.
👉Allah ajar berperang sebab penentangan sikafir.
Ayat 14
ذَٰلِكُمْ فَذُوقُوهُ
وَأَنَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابَ النَّارِ
Itulah (azab dunia) maka rasalah dia (hai orang-orang kafir).
Sesungguhnya orang-orang yang kafir disediakan baginya azab neraka (di akhirat).
👉Perang adalah azab dunia.
Ayat 15
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا زَحْفًا
فَلَا تُوَلُّوهُمُ الْأَدْبَارَ
Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang,
maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.
👉Undang2 perang yg pertama,istiqamah.
Rapat dimedan لَقِيتُمُ
Ayat 16
وَمَنْ يُوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُ
إِلَّا مُتَحَرِّفًا لِقِتَالٍ
أَوْ مُتَحَيِّزًا إِلَىٰ فِئَةٍ
فَقَدْ بَاءَ بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ
وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ ۖ
وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu - kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan,
atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain - maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah,
dan tempatnya ialah neraka jahanam;
sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali.
👉Hukuman jika lari
Ayat 17
فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ قَتَلَهُمْ ۚ
وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ رَمَىٰ ۚ
وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلَاءً حَسَنًا ۚ
إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka,
akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka.
Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar,
akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir),
dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Sebab pembahagiaan harta rampasan perang yg ke6
Pasir atau anak panah رَمَيْتَ
Ayat 18
ذَٰلِكُمْ
وَأَنَّ اللَّهَ مُوهِنُ كَيْدِ الْكَافِرِينَ
Demikianlah (caranya nikmat yang dikurniakanNya kepada kamu),
dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang-orang yang kafir.
👉Dlm Badar itu ذَٰلِكُمْ
Ayat 19
إِنْ تَسْتَفْتِحُوا فَقَدْ جَاءَكُمُ الْفَتْحُ ۖ
وَإِنْ تَنْتَهُوا فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ
وَإِنْ تَعُودُوا نَعُدْ
وَلَنْ تُغْنِيَ عَنْكُمْ فِئَتُكُمْ شَيْئًا
وَلَوْ كَثُرَتْ
وَأَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ
Jika kamu (hai orang-orang musyrik) memohon supaya diberi kemenangan (bagi pihak yang benar) maka sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohonkan) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu;
dan jika kamu berhenti (daripada memusuhi Nabi Muhammad, s.a.w) maka yang demikian amat baik bagi kamu,
dan jika kamu kembali (memusuhinya),
Kami juga kembali (menolongnya mengalahkan kamu); dan golongan (angkatan perang) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun,
sekalipun ia lebih ramai;
dan (yang demikian itu adalah kerana) sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang beriman.
👉Takhwif duniawi
Ayat 20
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ
وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ
وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ
Wahai orang-orang yang beriman!
Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya,
sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).
👉Undang2 ke2,taat setia dlm peperangan.
Ayat 21
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ قَالُوا سَمِعْنَا
وَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar",
padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).
👉Zajrun
Ayat 22
إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ
Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya
👉Ini adalah pandangan disisi allah.
Ayat 23
وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ فِيهِمْ خَيْرًا لَأَسْمَعَهُمْ ۖ
وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوْا
وَهُمْ مُعْرِضُونَ
Dan kalaulah Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka,
tentulah Ia menjadikan mereka dapat mendengar;
dan kalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar juga (dengan keadaan yang demikian),
nescaya mereka tidak menerimanya sambil memalingkan diri.
👉Sifat inabah=ingin cari allah
Ayat 24
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ
إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ
وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ
وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya
apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna;
dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah
atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya,
dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
👉Undang2 ke3
Ayat 25
وَاتَّقُوا فِتْنَةً
لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ
وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana)
yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum).
Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
👉Ini Allah bg tau jaga2 fitnah .fitnah tak ikut Allah dan rasul.fitnah harta.
Ayat 26
وَاذْكُرُوا إِذْ أَنْتُمْ قَلِيلٌ
مُسْتَضْعَفُونَ فِي الْأَرْضِ تَخَافُونَ
أَنْ يَتَخَطَّفَكُمُ النَّاسُ
فَآوَاكُمْ
وَأَيَّدَكُمْ بِنَصْرِهِ وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَات
ِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi,
kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu,
maka Allah memberi kamu tempat bermustautin
dan diperkuatkanNya kamu dengan pertolonganNya, serta dikurniakanNya kamu dari rezeki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur.
👉Tabsyir.
Tempat bermastautin itu ialah Madinah.
Harta2 yg diberi adalah harta ghanimah.
Ayat 27
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ
وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ
وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya,
dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,
sedang kamu mengetahui (salahnya).
👉Undang2 yg ke4
Ayat 28
وَاعْلَمُوا
أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ
وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah
bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian,
dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
👉Ayat ini sebhg makna undang2 ke4
Anak fitnah,terhalang dr taat kepada Allah.
Manusia mungkin khianat sebab sayang anak atau tamak harta
Ayat 29
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا
وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ
وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ
وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman!
Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah,
dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu.
Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
👉undang2 ke5,usaha untuk dapatkan sifat taqwa.
Jln keluar فُرْقَانًا
Ayat 30
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا
لِيُثْبِتُوكَ
أَوْ يَقْتُلُوكَ
أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ
وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ
وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu
untuk menahanmu,
atau membunuhmu,
atau mengusirmu.
Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka),
kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
👉Diantara berkat taqwa.
Ayat 31
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا
قَالُوا قَدْ سَمِعْنَا
لَوْ نَشَاءُ لَقُلْنَا مِثْلَ هَٰذَا ۙ
إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengarnya.
Kalau kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan (kata-kata) seperti (Al-Quran) ini.
(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah cerita cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
👉Syikayah
Ayat 32
وَإِذْ قَالُوا
اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَٰذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ
فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ
أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata:
"Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisimu,
maka hujanilah kami dengan batu dari langit,
atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
👉Ini sifat orang kafir Mekah.betapa sangat degil.
Ayat 33
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ ۚ
وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ
وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka;
dan Allah tidak akan menyeksa mereka
sedang mereka beristighfar (meminta ampun).
👉sebab di Mekah masih ada yg beriman.yg masih beristighafar
Seperti Abbas.
Ayat 34
وَمَا لَهُمْ أَلَّا يُعَذِّبَهُمُ اللَّهُ
وَهُمْ يَصُدُّونَ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَام
ِ وَمَا كَانُوا أَوْلِيَاءَهُ ۚ
إِنْ أَوْلِيَاؤُهُ إِلَّا الْمُتَّقُونَ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Dan mengapa mereka tidak patut diseksa oleh Allah, sedang mereka menyekat (orang-orang Islam) dari masjid Al-Haraam,
padahal mereka bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya (kerana mereka kafir musyrik)? Sebenarnya orang-orang yang berhak menguasainya hanyalah orang-orang yang bertaqwa,
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
👉Kenapa mereka tidak dihukum dan diazab.
Ayat 35
وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ
إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً ۚ
فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ
Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan.
Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu.
👉solat disini makna tawaf.
Tawaf telanjang dll,allah belummhukumkerana sebhgnya beristighafar.
Ayat 36
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُم
ْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
فَسَيُنْفِقُونَهَا
ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً
ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ
Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah,
maka mereka tetap membelanjakannya
kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka,
tambahan pula mereka dikalahkan.
Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 37
لِيَمِيزَ اللَّهُ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ
وَيَجْعَلَ الْخَبِيثَ بَعْضَهُ عَلَىٰ بَعْضٍ فَيَرْكُمَهُ جَمِيعًا
فَيَجْعَلَهُ فِي جَهَنَّمَ ۚ
أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman),
dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain,
lalu ditimbunkannya kesemuanya,
serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam.
Mereka itulah orang-orang yang rugi.
👉hikmah mereka dikalahkan,boleh dibezakan.
Ayat 38.
قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا
إِنْ يَنْتَهُوا
يُغْفَرْ لَهُمْ مَا قَدْ سَلَفَ
وَإِنْ يَعُودُوا فَقَدْ مَضَتْ سُنَّتُ الْأَوَّلِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu,
jika mereka berhenti (dari kekufurannya),
nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka),
kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.
👉
Ayat 39
وَقَاتِلُوهُمْ
حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ
وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ ۚ
فَإِنِ انْتَهَوْا
فَإِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan perangilah mereka (yg beraqidah seperti orang mekah)
sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.
Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya,
nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana
sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.
👉Ini adalah Da'wa bg surah al anfal.
Makna surah anfal dan taubat hampir sama.
Anfal,Surah perang
Taubah,Iklan tentang perang.
Perang setelah tauhid tidak diterima.
Ayat 40
وَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَوْلَاكُمْ ۚ
نِعْمَ الْمَوْلَىٰ
وَنِعْمَ النَّصِيرُ
Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh)
maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu; Dia lah sebaik-baik Pelindung
dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu).
👉jika masih degil.
Ayat 41
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِنْ شَيْءٍ
فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ
إِنْ كُنْتُمْ آمَنْتُمْ بِاللَّهِ
وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ ۗ
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang,
maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah,
dan untuk RasulNya,
dan untuk kerabat (Rasulullah),
dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin,
serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan),
jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar).
Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉pengulangan semula ayat pertama.
Ayat 42
إِذْ أَنْتُمْ بِالْعُدْوَةِ الدُّنْيَا
وَهُمْ بِالْعُدْوَةِ الْقُصْوَىٰ
وَالرَّكْبُ أَسْفَلَ مِنْكُمْ ۚ
وَلَوْ تَوَاعَدْتُمْ لَاخْتَلَفْتُمْ فِي الْمِيعَادِ ۙ
وَلَٰكِنْ لِيَقْضِيَ اللَّهُ أَمْرًا كَانَ مَفْعُولًا
لِيَهْلِكَ مَنْ هَلَكَ عَنْ بَيِّنَةٍ
وَيَحْيَىٰ مَنْ حَيَّ عَنْ بَيِّنَةٍ ۗ
وَإِنَّ اللَّهَ لَسَمِيعٌ عَلِيمٌ
(Iaitu) ketika kamu berada di tepi lembah yang dekat (ke Madinah)
dan mereka (pihak musuh) berada di tepi lembah yang jauh (dari Madinah),
sedang Kafilah (pembawa dagangan musuh) berada di tempat yang rendah dari tempat kamu (di tepi laut).
Dan kalaulah kamu berjanji (dengan mereka mengenai peperangan itu) nescaya kamu akan berselisih pada menentukan harinya.
Akan tetapi (pertemuan angkatan kamu dengan angkatan mereka yang tidak disangka-sangka itu) ialah supaya Allah melakukan suatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya,
iaitu supaya orang (kafir musyrik) yang binasa itu, binasa dengan keterangan (yang membuktikan kesalahannya), dan supaya orang (Islam) yang hidup itu, hidup dengan keterangan (yang membuktikan kebenarannya);
kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉sebab pertama bhg ke2
Kenapa diserah pd Allah?
Hikmah pertama
Hikmah ke2 وَيَحْيَىٰ مَنْ حَيَّ عَنْ بَيِّنَةٍ
Ayat 43
إِذْ يُرِيكَهُمُ اللَّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلًا ۖ
وَلَوْ أَرَاكَهُمْ كَثِيرًا لَفَشِلْتُمْ
وَلَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ سَلَّمَ ۗ
إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
(Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya;
dan kalaulah Ia perlihatkan mereka kepadamu ramai bilangannya,
tentulah kamu akan merasa gerun
dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu.
Akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
👉Sebab ke2 jadi peperangan
إِذْ يُرِيكَهُمُ اللَّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلًا
Bilangan dlm mimpi sedikit.
Adakah mimpi nabi tak betul?
Yg sebenarnya yg mati kafir tu sedikit.
Jika nampak byk,tentu jadi pengecut.
Allah redakan اللَّهَ سَلَّمَ
Ayat 44
وَإِذْ يُرِيكُمُوهُمْ إِذِ الْتَقَيْتُمْ
فِي أَعْيُنِكُمْ قَلِيلًا
وَيُقَلِّلُكُمْ فِي أَعْيُنِهِمْ
لِيَقْضِيَ اللَّهُ أَمْرًا كَانَ مَفْعُولًا ۗ
وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
Dan (ingatlah) ketika Kami memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam)
semasa kamu bertemu dengan mereka: sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu,
dan kamu pula diperlihatkanNya: sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka;
kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya.
Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
👉sebab yg ke3,d diperlihatkan sedikit bg kedua-dua pihak supaya jadi berperang.
Ayat 45
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً
فَاثْبُتُوا
وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya,
dan sebutlah
serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
👉undang2 pertama bhg ke2
Kaki kena teguh فَاثْبُتُوا
Bersuara وَاذْكُرُوا
Ayat 46
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ
وَلَا تَنَازَعُوا
فَتَفْشَلُوا
وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ
وَاصْبِرُوا ۚ
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya,
dan janganlah kamu berbantah-bantahan(sesama sendiri atau bantah ketua);
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat
dan hilang kekuatan kamu,
dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
👉orang kafir akan takut kalu orang Islam bersatu.
Jika umat Islam berpecah ,orang kafir tidak akan takut.
Ayat 47
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بَطَرًا
وَرِئَاءَ النَّاسِ
وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
وَاللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong
dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji),
serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.
👉3perkara yg dilarang.
Ayat 48
وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ
وَقَالَ لَا غَالِبَ لَكُمُ الْيَوْمَ مِنَ النَّاسِ
وَإِنِّي جَارٌ لَكُمْ ۖ
فَلَمَّا تَرَاءَتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ
وَقَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكُمْ
إِنِّي أَرَىٰ مَا لَا تَرَوْنَ
إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ ۚ
وَاللَّهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu,
untuk dipandang elok dan diteruskan),
serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu,
dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu".
Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan),
Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".
👉sebab ke4bhg ke2,berlaku kemenangan.
Syaitan telah menghasut.Suroqah bin Malik,orang bani Kinanah.jumpa Abu Jahal.
Orang mekah takut kat bani Kinanah.hilanglah kebimbangan dihati Abu jahal.
Bila kedua2 dimedan perang,hati suroqah bin malik jadi rasa takut.ini bantuan allah.rasa takut satu kemenangan.
Suroqah nampak malaikat.
Tafsiran ke2,jelmaan suroqah dr syaitan.
Ayat 49
إِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ
وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ غَرَّ هَٰؤُلَاءِ دِينُهُمْ ۗ
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
فَإِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
(Ingatlah) ketika orang-orang munafik
dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)".
Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin,
maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya),
kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉sebab yg ke5, dimadinah ada campuran mukmin dan munafik.
Agama mereka dok menipu mereka sehingga mereka akan dibunuh dibadar...ini kata2 orang munafik.
Ayat 50
وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا ۙ
الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ
وُجُوهَهُمْ
وَأَدْبَارَهُمْ
وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ
Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang),
ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka
dan belakang mereka (sambil berkata):
"Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".
👉Takhwif ukhrowi.
Permulaan mati,dialam barzah malaikat pukul mereka..
Ayat 51
ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ
وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ
(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri,
kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.
👉
Ayat 52
كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ ۙ
وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ
فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ ۗ
إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ شَدِيدُ الْعِقَابِ
(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun
dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka.
Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah,
lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
👉Takhwif duniawi.
Ayat 53
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا
نِعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَىٰ قَوْمٍ
حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۙ
وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
(Balasan) yang demikian itu,
ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada(sifat) pada diri mereka sendiri(amal2 mereka)
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Allah tak akan hukum manusia tanpa kesalahannya.
Ayat 54
كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ ۙ
وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
كَذَّبُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ
فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ ۚ
وَكُلٌّ كَانُوا ظَالِمِينَ
(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka,
lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka,
dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut),
kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.
👉Takhwif ukhrowi.contoh perubahan.
Apa perubahannya?
Mendustakan ayat Allah.
Zalim paling besar ,syirik.
Ayat 55
إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ
الَّذِينَ كَفَرُوا
فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah
ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya).
Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman.
👉zajrun.
Ayat 56
الَّذِينَ عَاهَدْتَ مِنْهُمْ
ثُمَّ يَنْقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّةٍ
وَهُمْ لَا يَتَّقُونَ
(Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka,
kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali,
sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu).
👉Antara2 sifat orang kafir Madinah.
Ayat 57
فَإِمَّا تَثْقَفَنَّهُمْ فِي الْحَرْبِ
فَشَرِّدْ بِهِمْ مَنْ خَلْفَهُمْ
لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan
maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar);
mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf).
👉undang2 jihad yg pertama dlm bhg ke2,perang sungguh2 sehingga mereka orang kafir takut.
Bila takut tak ramai kena bunuh.
Jika tiada rasa takut akan ramai yg kena bunuh.
Ayat 58
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً
فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu)
maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat janji.
👉
Ayat 59
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَبَقُوا ۚ
إِنَّهُمْ لَا يُعْجِزُونَ
Dan janganlah orang-orang yang kafir itu menyangka (bahawa) mereka telah terlepas (dari kekuasaan dan balasan Kami);
sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (kekuasaan Kami).
👉zajrun.
Telah lari سَبَقُوا
Ayat 60
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ
وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ
وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ
وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّه
ِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ
وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan
dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
sedang Allah mengetahuinya.
Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu,
dan kamu tidak akan dianiaya.
👉undang2 ke3 dlm peperangan.Buat persiapan untuk peperangan.
Anak Panah ,alat yg cepat sampai pada musuh.
Kuda perang,
Untuk menakut2kan ِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ
Bukan untuk yakin menang.
Ayat 61
وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ
فَاجْنَحْ لَهَا
وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian,
maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah.
Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉undang2 ke4,untuk perdamaian.
Ayat 62
وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ
فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ ۚ
هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ
Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu,
maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu.
Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.
👉kebimbangan apabila berdamai.
Ayat 63
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ
لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ
إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu).
Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka,
akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka.
Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Alamat Nusra dan cara nusro.
Allah satunya hati pengikut kamu yg beriman.
Hati manusia hanya Allah yg boleh satukan.
Iaitu dgn mentauhidkan Allah .
Ayat 64
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللَّهُ
وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
👉 undang2 jihad ke5. kena sentiasa kobarkan semangat jihad.
Kehidupan beragama keyakinan mesti penuh pada Allah.
Ayat 65
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ
إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ
وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا
مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا
بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang.
Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar,
nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu);
dan jika ada di antara kamu seratus orang,
nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir,
disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
👉sentiasa bg semangat pada para mukmin untuk bersedia berperang.
Ayat 66
الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ
فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ
وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan;
oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar,
nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang;
dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah.
Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.
👉ini permulaan Islam .diringankan.
Sabar hati dan sabar kaki
Ayat 67
مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَىٰ
حَتَّىٰ يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ ۚ
تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ ۗ
وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan
sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi.
Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal),
sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉undang2 ke5 ,undang2 orang tawanan.kena tengok kepentingan agama.
Ayat 68
لَوْلَا كِتَابٌ مِنَ اللَّهِ سَبَقَ
لَمَسَّكُمْ فِيمَا أَخَذْتُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu,
tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu.
👉tak kena hukuman sebab buat keputusan dgn mesyuarat.
Ayat 69
فَكُلُوا مِمَّا غَنِمْتُمْ
حَلَالًا طَيِّبًا ۚ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu,
sebagai benda yang halal lagi baik,
serta bertaqwalah kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Untuk umat dahulu,harta rampasan adalah haram.tapj untuk umat nabi ,halal dan paling baik.
Ayat 70
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِمَنْ فِي أَيْدِيكُمْ مِنَ الْأَسْرَىٰ
إِنْ يَعْلَمِ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ خَيْرًا
يُؤْتِكُمْ خَيْرًا مِمَّا أُخِذَ مِنْكُمْ
وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang ada dalam tangan kamu:
"Jika Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu,
nescaya Ia akan memberi kepada kamu (balasan) yang lebih baik daripada (harta benda penebus diri) yang telah diambil dari kamu,
dan Ia akan mengampunkan dosa kamu;
kerana Allah Maha Pengampun, lagi maha Mengasihani.
👉Undang2 ke7,iaitu orang2 yg telah ditangkap dlm kalangan orang tawanan perang.
Pemimpin kena ajak mereka beriman ,agak mereka akan selamat diakhirat .
Ayat 71
وَإِنْ يُرِيدُوا خِيَانَتَكَ
فَقَدْ خَانُوا اللَّهَ مِنْ قَبْلُ
فَأَمْكَنَ مِنْهُمْ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Dan jika mereka (orang-orang tawanan itu) bertujuan hendak melakukan khianat kepadamu,
maka sesungguhnya mereka telahpun melakukan khianat kepada Allah (dengan kekufuran mereka) sebelum itu,
lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka;
kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉orang yg kita seru masuk Islam,serahkanlah pada Allah.
Kena ikhtiarkan masuk Islam
Ayat 72
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا
وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ
وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَالَّذِينَ آوَوْا
وَنَصَرُوا
أُولَٰئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ
وَالَّذِينَ آمَنُوا
وَلَمْ يُهَاجِرُوا
مَا لَكُمْ مِنْ وَلَايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ
حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا ۚ
وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ
فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ
إِلَّا عَلَىٰ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ ۗ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda
dan jiwa mereka pada jalan Allah,
dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman
dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu),
mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain.
Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka
sehingga mereka berhijrah.
Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama,
maka wajiblah kamu menolongnya,
kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka.
Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.
👉Ayat ini tabrik kepada ijtihad dan berhijrah.
Masa dok atas dunia perlu dipenuhi dgn kerja besar.
Bawa wahyu Allah ini kepada hamba Allah yg lain.
Beriman sanggup berhijrah dan sanggup pula berjihad.
Berjihad sanggup bersusah payah mengenepikan yg lain.
Fisabilillah,Meninggikan kalimah Allah di hati manusia.
Kalimah kufur dok kat luar dr hati.
Tempat آوَوْاuntuk nabi menyebarkan agama.
Saling membantu أَوْلِيَاءُ
Ayat 73
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ
إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ
وَفَسَادٌ كَبِيرٌ
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu,
nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi
dan kerosakan yang besar.
👉tentang orang yg engkar,tolong menolong.
Jadi orang islam perlu tolong menolong.
Kerosakan agama فِتْنَةٌ
Kerosakan dunia وَفَسَادٌseperti pembunuhan.
Tahun 2hijrah,surah al anfal turun.
Tahun 6hijrah,perjanjian damai
Tahun 8 hijrah,orang kafir ramai masuk islam
Sebab itu nabi sangat suka perjanjian damai dan tidak berperang.
Ayat 74
وَالَّذِينَ آمَنُوا
وَهَاجَرُوا
وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا
أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ
لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam),
dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu),
merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.
Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.
👉 Berita gembira untuk muhajirin dan Ansar.
Ayat 75
وَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْ بَعْدُ
وَهَاجَرُوا
وَجَاهَدُوا مَعَكُمْ
فَأُولَٰئِكَ مِنْكُمْ ۚ
وَأُولُو الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman sesudah itu(tahun 8h)
kemudian mereka berhijrah
dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu.
Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah;
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉sebelum tahun 8hijrah,wajib hijrah.
Selepas 8h tak wajib hijrah.
Tolong menolong bab hijrah tak sama dlm tolong menolong bg kaum kerabat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan