Rabu, Jun 05, 2019

Daurah tafsir 2019 sesi 07(15)

Daurah tafsir 2019 sesi 07(15)
Sesi 07(15,16,17)

11.hud(123)makkiyah
12.yusuf(111)makkiyah
13.Ar rad(43)madaniyah
14.ibrahim(52)makkiyah
👉15.Al hijr(99)makkiyah
16.An nahl (128)makkiyah
17.Al isra(111)makkiyah
18.Al kahf(110)makkiyah
19.maryam(98)makkiyah
20.taha(135)makkiyah

015.Surah Al Hijr.
(Surah ini allah memberitahu akan datangnya  azab tidak sebagaimana dlm surah yg akan dtg iaitu surah al nahl memberitahu  telah atau sudah berlaku azab.
Sebaik saja mati akan berlakulah azab bg orang yg engkar tauhid.
Dlm surah ini ada 3 dalil aqlil dan 5 contoh Takhwif.
Syirik hanya dtg dr syaitan.
Oleh itu terimalah ajaran tauhid)

Surah alhijr
Dari segi tertibnya surah yg ke.15. dlm tertib kitabi atau quran atau mas'uf yg ada pada kita.
Bilangan ayat 99
Bilangan rukok
Surah Makkiyah
Tertib turun yg 54
Bilangan paragraf 5

Mesej utamanya
1.membuktikan kebenaran  hukum balasan  baik dan buruk diakhirat berdasarkan dalil2 aafaki(alam semesta), amfusi(diri manusia) dan dalil tarikhi(3dalil)hati kita kata,
Dalil aafaki(alam semesta)
Dalil amfusi(diri manusia)
Dalil aafaki(dalil sekeliling)
2.Ancaman kebinasaan terhadap orang2 musyrikin.
3.Arahan supaya terus berdakwah dan menyampaikan agama Allah tanpa menghiraukan tekanan orang2 kafir dan tanpa ada kepentingan duniawi.

Paragraf 1ayat 1-15 Ancaman kebinasaan terhadap orang2 jahat yg menuduh rasullah saw gila dan memperolok2kan alquran.

Paragraf 2 ayat 16-25 dalil2 pada  alam semesta membuktikan aqidah tauhid dan adanya hari akhirat .

Paragraf 3 ayat 26-50 keterangan tentang dalil pada diri manusia(dalil amfusi)kisah adam dan iblis.pertentangan antara baik dan buruk dan hukum balasan baik dan buruk.

Paragraf 4
Ayat 51-84 Dalil2 sejarah(tarikhi)tentang balasan baik dan buruk.
Ayat 51-56 Kisah Ibrahim.
Ayat 57-77 kisah nabi lut.
Ayat 78-79 kisah ashabul aikah dan seterusnya
Ayat 80-84 kisah ashabul hijri iaitu kaum tsamud(nama surah ini)

Paragraf 5 Ayat 85-99 menghiburkan  dan menenangkan hati rasullah saw dlm kesulitan disamping panduan2 dakwah (yg diberikan kepada nabi saw).




Paragraf 1ayat 1-15 Ancaman kebinasaan terhadap orang2 jahat yg menuduh rasullah saw gila dan memperolok2kan alquran.

Ayat 1
الر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَقُرْآنٍ مُبِينٍ

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.
👉Berwaspada dr syaitan adalah belajar Al-Quran.
Ini dalil naqli.

Ayat 2
رُبَمَا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ كَانُوا مُسْلِمِينَ

Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.
👉Ruba bila ada ma ianya jadi feel ,jika tidak Ruba adalah isim. رُبَمَا
Semasa diakhirat nanti,orang kafir  ingin sekali jika hidup dulu  dgn menyerah diri ikut syariat(Muslim).

Ayat 3
ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ ۖ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

Biarkanlah mereka makan
dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia
dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf);
kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).
👉Agama tiada,maka dibuai angan2
Senang yg sebenar hanya diakhirat atau syurga.
Hidup untuk makan shj.

Ayat 4
وَمَا أَهْلَكْنَا مِنْ قَرْيَةٍ إِلَّا وَلَهَا كِتَابٌ مَعْلُومٌ

Dan tiadalah Kami binasakan (penduduk) sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum.
👉Takhwif duniawi

Ayat 5
مَا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسْتَأْخِرُونَ

Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.
👉Ini kaedah tuhan atau sunnah allah.

Ayat 6
وَقَالُوا يَا أَيُّهَا الَّذِي نُزِّلَ عَلَيْهِ الذِّكْرُ إِنَّكَ لَمَجْنُونٌ

Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila".
👉Syikayah.
Tuduhan Gila terus bukan gila biasa . إِنَّكَ لَمَجْنُونٌ

Ayat 7
لَوْ مَا تَأْتِينَا بِالْمَلَائِكَةِ إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

"Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu),
jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
👉minta malaikat dtg.

Ayat 8
مَا نُنَزِّلُ الْمَلَائِكَةَ إِلَّا بِالْحَقِّ وَمَا كَانُوا إِذًا مُنْظَرِينَ

Tiadalah Kami menurunkan Malaikat
melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat,
dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh lagi.
👉Allah yg jawab.

Ayat 9
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran,
dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
👉Ini Da'wa surah iaitu risalah.
Lafaz zikir الذِّكْرَdiberi makna Quran.
Wahyu akan tetap terjaga .Quran dan hadis sahih.
Tafsir selalunya ada salah sama ada kecil atau besar.
Tolak hanya kesalahan.
Contoh jalalain kitab tafsir terbaik juga ada silap,tolak hanya kesalahanya.
Al-Quran shj yg   tidak ada salah.

Ayat 10
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ فِي شِيَعِ الْأَوَّلِينَ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.
👉Takhwif duniawi.

Ayat 11
وَمَا يَأْتِيهِمْ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka,
melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
👉kata kunci يَسْتَهْزِئُونَ
Tak pakai ajaran rasul adalah termasuk mempersendakan.tak perlu hingga  berkata2 yg tertentu.
Ajaran rasul tak diikut sudah cukup.
Natijah masuk neraka apa sj termasuk hanya tak ikut dikira mempersendakan.

Ayat 12
كَذَٰلِكَ نَسْلُكُهُ فِي قُلُوبِ الْمُجْرِمِينَ

(Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu
ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
👉kata kunci الْمُجْرِمِينَ
Allah Masukkan sifat mempersendakan kerana dan aqidah  syirik dan sifat degil.

Ayat 13
لَا يُؤْمِنُونَ بِهِ ۖ وَقَدْ خَلَتْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ

Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa,
padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).
👉orang2 dahulu dapat natijah.

Ayat 14
وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَابًا مِنَ السَّمَاءِ فَظَلُّوا فِيهِ يَعْرُجُونَ

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit,
kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):
👉Penjelasan jawab Syikayah yg mereka nak diturunkan malaikat.
dan ada hubungan dgn Ayat 8.
Malaikat ada di langit.dan langit dibuka.mereka akan berkata seperti Ayat 15 dibawah.

Ayat 15
لَقَالُوا إِنَّمَا سُكِّرَتْ أَبْصَارُنَا بَلْ نَحْنُ قَوْمٌ مَسْحُورُونَ

Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya
bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)"
👉Kata2 orang yg degil.sihir atau silap mata.

Paragraf 2 ayat 16-25 dalil2 pada  alam semesta membuktikan adanya hari akhirat
Ayat 16
وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan)
serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.
👉

Ayat 17
وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ

Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.
👉ini berlaku setelah nabi akhir zaman dilahirkan.sebelumnya syaitan biasa bergayut dikaki langit mendengar rahsia dr malaikat.setelah nabi muhamad saw dilahirkan pintu langit dikunci.

Ayat 18
إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ

Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit),
maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
👉Curi dengar pun akan dikejar.
Wahyu Allah dijamin dijaga.
Roil,jin syaitan yg telah gila dan tidaj mampu menghasut manusia cuma sekadar menunjukan rupa yg huduh untuk menakut2kan shj.
Yg cerdik yg dok hasut hati manusia.
Akan dijaga ُ شِهَابٌ مُبِينٌ
Yakin wahyu ini dijaga keasliannya.

Ayat 19
وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ مَوْزُونٍ

Dan bumi ini Kami bentangkan,
dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri,
serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.
👉air yg sama tapi tumbuhkan ukuran pokok yg telah Allah tetapkan.

Ayat 20
وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ
وَمَنْ لَسْتُمْ لَهُ بِرَازِقِينَ

Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup,
Juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya.
👉sumber rezeki.

Ayat 21
وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا عِنْدَنَا خَزَائِنُهُ
وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلَّا بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ

Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya
dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.
👉khazanahnya adalah sangat byk.yg nampak atau yg zahir cuma sedikit atau sampel sahaja.termasuklah khazanah ilmu ,iman dan sifat2 syurga.
Jika nak banyak lagi kena minta dgn Allah.

Ayat 22
وَأَرْسَلْنَا الرِّيَاح
َ لَوَاقِحَ
فَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَسْقَيْنَاكُمُوه
ُوَمَا أَنْتُمْ لَهُ بِخَازِنِينَ

Dan Kami hantarkan angin
sebagai pembawa air
dan pemindah benih;
maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya;
dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.
👉jika air ,berkurangan kena minta dgn  tuan punya air iaitu istisqoq.(minta air)

Ayat 23
وَإِنَّا لَنَحْنُ نُحْيِي
وَنُمِيتُ وَنَحْنُ الْوَارِثُونَ

Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan
dan yang mematikan,
dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya.
👉Pewaris harta peninggalan yg sebenar adalah Allah .

Ayat 24
وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنْكُمْ
وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَأْخِرِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang segera (berbakti) di antara kamu,
dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang lambat.
👉

Ayat 25
وَإِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَحْشُرُهُمْ ۚ
إِنَّهُ حَكِيمٌ عَلِيمٌ

Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menghimpunkan mereka semuanya;
sesungguhnya Ia Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
👉tak kira bila yg dtg akan dihimpun untuk dihukum atas amalan manusia.

Paragraf 3 ayat 26-50 keterangan tentang dalil pada diri manusia(dalil amfusi)kisah adam dan iblis.pertentangan antara baik dan buruk dan hukum balasan baik dan buruk.
Ayat 26
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ
مِنْ صَلْصَالٍ
مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
👉Zajrun.

Ayat 27
وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ
مِنْ قَبْلُ
مِنْ نَارِ السَّمُومِ

Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu,
dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
👉Kejadian jin

Ayat 28
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ
إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ صَلْصَالٍ
مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
👉ini kemuliaan yg Allah adakan.

Ayat 29
فَإِذَا سَوَّيْتُه
ُوَنَفَخْتُ فِيهِ
مِنْ رُوحِي
فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya,
serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
👉roh ciptaan allah juga ditiup kepada adam.
Orang Nasrani jgn bangga sangat bila Allah kata Isa ditiup roh .

Ayat 30
فَسَجَدَ الْمَلَائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ

(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -
👉

Ayat 31
إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ أَنْ يَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ

Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.
👉enggan melakukan perbuatan sujud

Ayat 32
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلَّا تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ

Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?".
👉Allah tanya.

Ayat 33
قَالَ لَمْ أَكُنْ لِأَسْجُدَ
لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ

Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
👉 Banding kejadian sehingga lupa arahan.
Aqal yg menolak wahyu dipanggil nafsu.
Akal syaitan menolak arahan.
Akal menolak wahyu ialah nafsu
Sebab asal aqal dlm bhs Arab Yang menahan.iaitu yg menahan  jiwa dari mengikut nafsu
Maka melepaskan jiwa ,aqal tu dah ikut nafsu

Ayat 34
قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ

Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya,
kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
👉sebab akal telah dikuasai nafsu dihalau keluar dr syurga.

Ayat 35
وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَىٰ يَوْمِ الدِّينِ

"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".
👉

Ayat 36
قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".
👉minta tangguh lambat mati sehingga waktu yg ditetapkan.

Ayat 37
قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ

Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
👉Diberi tangguh mati sahaja.

Ayat 38
إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ

"Hingga ke hari - masa yang termaklum".
👉

Ayat 39
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي
لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ
وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
👉Amalan maksiat ,bidaah dan syirik ,derhaka dipandang baik dimuka bumi ini.
Nak pastikan amalan baik atau tidak kena buka atau belajar Quran .

Ayat 40
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
👉Tauhid dlm berdoa dan beribadah.
Syaitan tidak boleh tipu yg sunnah lagi ikhlas atas dasar tauhid

Ayat 41
قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
👉Tauhid dlm berdoa dan dlm ibadah.

Ayat 42
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ
إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka,
kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
👉orang yg sengaja ikut syaitan .
orang yg mulai condong kepada kesesatan الْغَاوِينَada sifat keraguan tentang wahyu ini juga boleh digoda syaitan

Ayat 43
وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ

"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
👉

Ayat 44
لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ لِكُلِّ بَابٍ مِنْهُمْ جُزْءٌ مَقْسُومٌ

"Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)".

Ayat 45
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
👉Tabsyir

Ayat 46
ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ آمِنِينَ

(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman".
👉

Ayat 47
وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ
إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ

Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra),
serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
👉sifat dendam yg ada dlm dunia akan dicabut.

Ayat 48
لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ
وَمَا هُمْ مِنْهَا بِمُخْرَجِينَ

Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu,
dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.
👉

Ayat 49
نَبِّئْ عِبَادِي
أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad),
bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
👉Semasa meninggalkan alam yg fana ini nanti.

Ayat 50
وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الْأَلِيمُ

Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).
👉

Paragraf 4
Ayat 51-56 dalil2 sejarah tentang balasan baik dan buruk
Ayat 51-56 Kisah Ibrahim
Ayat 57-77 kisah nabi lut.
Ayat 78-79 kisah ashabul aikah dan seterusnya
ayat 80-84 kisah ashabul hijri iaitu kaum tsamud

Ayat 51
وَنَبِّئْهُمْ عَنْ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ

Dan khabarkanlah kepada mereka perihal tetamu Nabi Ibrahim.
👉Contoh takhwif duniawi

Ayat 52
إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا
قَالَ إِنَّا مِنْكُمْ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!"
Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu".
👉

Ayat 53
قَالُوا لَا تَوْجَلْ
إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ عَلِيمٍ

Mereka menjawab: "Janganlah engkau takut,
sebenarnya kami hendak mengembirakanmu dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu
👉Akan dapat anak laki2 (Ishak)yg alim tentang wahyu.

Ayat 54
قَالَ أَبَشَّرْتُمُونِي
عَلَىٰ أَنْ مَسَّنِيَ الْكِبَرُ فَبِمَ تُبَشِّرُونَ

Nabi Ibrahim berkata: "Betulkah kamu mengembirakan daku (dengan berita yang demikian),
padahal aku telah tua; maka dengan jalan apakah kamu mengembirakan daku?"
👉Ini terkejut dan hairan bukan tak percaya.
Usia 120th.
Cara mana?

Ayat 55
قَالُوا بَشَّرْنَاكَ بِالْحَقِّ
فَلَا تَكُنْ مِنَ الْقَانِطِينَ

Mereka menjawab: "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar;
oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa".
👉keadaan yg tidak berubah seperti seadanya.

Ayat 56
قَالَ وَمَنْ يَقْنَطُ مِنْ رَحْمَةِ رَبِّهِ
إِلَّا الضَّالُّونَ

Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya
melainkan orang-orang yang sesat".
👉dgn Allah tidak boleh putus asa.

Ayat 57
قَالَ فَمَا خَطْبُكُمْ أَيُّهَا الْمُرْسَلُونَ

Nabi Ibrahim bertanya pula: "Apa hal kamu wahai Utusan Tuhan?"
👉

Ayat 58
قَالُوا إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَىٰ قَوْمٍ مُجْرِمِينَ

Mereka menjawab: "Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka)".
👉iaitu kaum nabi lut.

Ayat 59
إِلَّا آلَ لُوطٍ
إِنَّا لَمُنَجُّوهُمْ أَجْمَعِينَ

"Melainkan keluarga Nabi Lut;
sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya, -
👉

Ayat 60
إِلَّا امْرَأَتَهُ قَدَّرْنَا ۙ
إِنَّهَا لَمِنَ الْغَابِرِينَ

"Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan) sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan)".
👉kami diajar melalui wahyu tentang isteri lut

Ayat 61
فَلَمَّا جَاءَ آلَ لُوطٍ الْمُرْسَلُونَ

Maka apabila (malaikat-malaikat) utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut,
👉

Ayat 62
قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ مُنْكَرُونَ

Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)".
👉tak tahu dtg dr mana?
Nabi Lut tak tahu itu adalah malaikat.

Ayat 63
قَالُوا بَلْ جِئْنَاكَ
بِمَا كَانُوا فِيهِ يَمْتَرُونَ

Mereka menjawab: "(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.
👉

Ayat 64
وَأَتَيْنَاكَ بِالْحَقِّ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ

"Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar ".
👉

Ayat 65
فَأَسْرِ
بِأَهْلِكَ
بِقِطْعٍ مِنَ اللَّيْلِ
وَاتَّبِعْ أَدْبَارَهُمْ
وَلَا يَلْتَفِتْ مِنْكُمْ أَحَدٌ
وَامْضُوا حَيْثُ تُؤْمَرُونَ

"Oleh itu, bawalah pergi
keluargamu
pada waktu malam
serta ikutlah di belakang mereka;
dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang);
serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya".
👉Yg ikut nabi lut hanya 2orang anak perempuan.
Dan duduk di belakang takut mereka berpaling kerana kasihan belas pada orang dikutuk oleh  Allah.disini perasaan diambil kira.
Orang yg suka ahli maksiat ,adalah ahli maksiat.

Ayat 66
وَقَضَيْنَا إِلَيْهِ
ذَٰلِكَ الْأَمْرَ
أَنَّ دَابِرَ هَٰؤُلَاءِ مَقْطُوعٌ مُصْبِحِينَ

Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu;
iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya.
👉masa untuk dai disitu sudah habis.

Ayat 67
وَجَاءَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ يَسْتَبْشِرُونَ

Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.
👉

Ayat 68
قَالَ إِنَّ هَٰؤُلَاءِ ضَيْفِي
فَلَا تَفْضَحُونِ

Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku".
👉

Ayat 69
وَاتَّقُوا اللَّهَ
وَلَا تُخْزُونِ

"Dan takutlah kamu kepada Allah
serta janganlah kamu menghinakan daku".
👉

Ayat 70
قَالُوا أَوَلَمْ نَنْهَكَ
عَنِ الْعَالَمِينَ

Mereka menjawab: "Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu
dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?"
👉

Ayat 71
قَالَ هَٰؤُلَاءِ بَنَاتِي
إِنْ كُنْتُمْ فَاعِلِينَ

Nabi Lut berkata: "Di sini ada anak-anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan (secara halal).
👉jawab nabi lut.

Ayat 72
لَعَمْرُكَ
إِنَّهُمْ لَفِي سَكْرَتِهِمْ
يَعْمَهُونَ

Demi umurmu (wahai Muhammad),
sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.
👉mereka buta hati.

Ayat 73
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ مُشْرِقِينَ

Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.
👉azab tempikan Jibrail.

Ayat 74
فَجَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ

Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya),
dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
👉terbalik atas jatuh ke bawah.tanda tak eluk.

Ayat 75
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ

Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.
👉Berfikir setelah adanya  tanda qudrat Allah.

Ayat 76
وَإِنَّهَا لَبِسَبِيلٍ مُقِيمٍ

Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).
👉

Ayat 77
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِلْمُؤْمِنِينَ

Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.
👉

Ayat 78
وَإِنْ كَانَ أَصْحَابُ الْأَيْكَةِ لَظَالِمِينَ

Dan sebenarnya penduduk kampung "Aikah" adalah orang-orang yang berlaku zalim.
👉Kaum nabi Syuib ,Contoh ke2

Ayat 79
فَانْتَقَمْنَا مِنْهُمْ وَإِنَّهُمَا لَبِإِمَامٍ مُبِينٍ

Maka Kami membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan; dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang terang (yang masih dilalui orang).
👉

Ayat 80
وَلَقَدْ كَذَّبَ أَصْحَابُ الْحِجْرِ الْمُرْسَلِينَ

Dan demi sesungguhnya penduduk "Al-Hijr" telah mendustakan Rasul-rasul
👉ini kaum nabi soleh.

Ayat 81
وَآتَيْنَاهُمْ آيَاتِنَا
فَكَانُوا عَنْهَا مُعْرِضِينَ

Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran ugama dan Rasul Kami); dalam pada itu,
mereka terus juga berpaling (mengingkarinya).
👉

Ayat 82
وَكَانُوا يَنْحِتُونَ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا
آمِنِينَ

Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal
dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya).
👉ada kemahiran.

Ayat 83
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ
مُصْبِحِينَ

Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi.
👉juga diwaktu pagi.

Ayat 84
فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُم
ْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maka apa yang mereka telah usahakan itu,
tidak dapat menolong mereka sedikit pun.
👉

Paragraf 5 Ayat 85-99 menghiburkan  dan menenangkan hati rasullah saw dlm kesulitan disamping panduan2 dakwah (yg diberikan kepada nabi saw).

Ayat 85
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ ۗ
وَإِنَّ السَّاعَةَ لَآتِيَةٌ ۖ
فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ

Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu,
melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat;
dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad)
serta layanlah mereka dengan cara yang elok.
👉Dalil aqli yg ke2
Hujung Ayat takhwif ukhrowi.

Ayat  86
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ

Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menciptakan sekalian makhluk,
lagi Yang Maha Mengetahui (akan hal mereka).
👉jumlah takliliyah.

Ayat 87
وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعًا مِنَ الْمَثَانِي
وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya
dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.
👉Ayat Tasliyah.
Yg diulang2 bacaannya dan nikmat yg cukup besar.

Ayat 88
لَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ
إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا
مِنْهُمْ
وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ

Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu)
dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman
dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan);
dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin).
👉musyrikin,yahudi,munafikin ,nasora

Ayat 89
وَقُلْ إِنِّي أَنَا النَّذِيرُ الْمُبِينُ

Dan katakanlah: "Sesungguhnya aku ini, adalah seorang Rasul pemberi amaran dengan bukti-bukti yang nyata (tentang turunnya azab ke atas orang-orang yang ingkar)".
👉

Ayat 90
كَمَا أَنْزَلْنَا عَلَى الْمُقْتَسِمِينَ

(Kami berikan kepadamu Al-Faatihah dan Al-Quran) samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi. -
👉Ayat ini adalah huraian bg ayat 87

Ayat 91
الَّذِينَ جَعَلُوا الْقُرْآنَ عِضِينَ

(Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).
👉berbagai2 bhg عِضِينَ

Ayat 92
فَوَرَبِّكَ لَنَسْأَلَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak), -
👉

Ayat 93
عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Mengenai apa yang mereka telah lakukan.
👉

Ayat 94
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
👉menyampaikan ajaran agama dgn sejelas2nya.

Ayat 95
إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ

Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, -
👉

Ayat 96
الَّذِينَ يَجْعَلُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ ۚ
فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

(Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah,
maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).
👉

Ayat 97
وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
👉Tasliyah

Ayat 98
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ

Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud
👉Rawatan bg kesedihan.

Ayat 99
وَاعْبُدْ رَبَّكَ
حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

Dan sembahlah Tuhanmu,
sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
👉Yakin disini kematian.

Masa turun,antara tahun ke11&12hijrah.
Ketika itu tuduh2an macam2 dilemparkan kepada rasullah.antaranya ,nabi gila,nabi kena sihir dan macam.dan dlm ni alquran disebut al zikr.dlm surah sebelum ni disebut alabizikrillah ala tatmainnulqulub.
Dgn zikir hati menjadi tenang.zikir ini bukan subhanallah,lailahhaillallah shj ,tetapi zikir ini quran itu sendiri...

👉nabi sebut kepada mereka الذِّكْرُ
Memperolokkan nabi dan quran.

Zaman turun surah ini
Turunnya surah alhijri ini pada peringkat ke4 nabi ada dimekah sekitar tahun 11-13 ketika tuduhan gila kepada nabi saw tersebar dengan luas dan penentangan kaum musyrikin mekah sangat kuat.
Pemimpim2 quraisy menuduh nabi saw yg diturunkan ayat quran gila ,ayat 6
وَقَالُوا يَا أَيُّهَا الَّذِي نُزِّلَ عَلَيْهِ الذِّكْرُ إِنَّكَ لَمَجْنُونٌ
Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila".
-Sura Al-Hijr, Ayah 6.
Pemimpin2 quraisy yg memperolok2 dan mempermainkan nabi saw dan orang2 yg beriman seperti yg telah berlaku kepada kaum lut ashabulaikah dan ashabul hijr.
Didalam  surah ini juga terdpt tasliyah,berita gembira dan pujukan kepada rasullah saw bahawa pemimpin2 quraisy yg sombong itu akan menyesali perbuatan mereka dan mereka nanti akan berkata alangkah baiknya dahulu mereka memeluk agama Islam.
Ayat 2
رُبَمَا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ كَانُوا مُسْلِمِينَ
Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.

Ramalan yg diberikan telah menjadi kenyataan pada tahun ke2 hijrah dimana pemimpin2 quraisy telah dibinasakan dlm peperangan badar .Ia juga telah menjadi kenyataan pada tahun ke8 hijrah dimana berlakunya pembukaan mekah.
Selepas itu habislah riwayat2 pembesar quraisy.
Kuasa pembesar kafir quraisy lenyap.
Kebanyakan kandungan surah al hijr turun selepas surah Ibrahim iaitu pada bhg 4 terakhir kehidupan rasullah saw dimekah  sekitar 11dan 12 kenabian.Sesetengah pula besar kemungkinan diturunkan lebih awal iaitu ketika pengisytiharan umum agama Islam diberikan seperti ayat 94 iaitu
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
Oleh itu, sampaikanlah secara terbuka( berterus-terang) apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
-Sura Al-Hijr, Ayah 94

Yg ini ia bermula pada tahun ke3 kenabian iaitu makna ada setengah2 ayat menunjukan diturunkan peringkat awal lagi.
Minit 9:13

Perkaitan surah alhijr dgn sebelum dan selepasnya.
Dlm surah ibrahim telah diberikan gambaran biayamillah..secara kasar dan umum.

Surah ibrahim Ayat 5
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُم

👈ْ بِأَيَّامِ اللَّهِ ۚ

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman:"Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan

👉Hari-hari Allah.

"Sesungguhnya yang demikian itu,
mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.

Dlm surah al hijr ini,pengikut2 setia iblis yg terdiri dari pemimpin2 quraisy yg selalu memperolok2kan perjuangan rasullah saw difahamkan atau diberitahu mereka juga akan ditimpa azab dan dibinasakan seperti kaum lut ashabulaikah dan ashabulaikah kerana mendustakan rasul2  yg diutuskan kepada mereka.

2.Dalam surah an nahl selepas ini dibuat perbandingan pimpinan quraisy yg durjana dengan pimpinan rasullah serta sahabat  yg soleh .
Diakhir surah diberi berita gembira.

Kata kunci atau tema surah ni 4 perkara.
1.kebinasaan kaum atau bangsa.
a)dia ada tempuh ttt ajal seperti orang persaorangan ada ajal.Maka bangsa pun ada ajal juga.
Bila sampai ajal maksud  masa dah sampai tak boleh nak undur dah.boleh lihat dlm ayat 4&5

وَمَا أَهْلَكْنَا مِنْ قَرْيَةٍ إِلَّا وَلَهَا كِتَابٌ مَعْلُومٌ
Dan tiadalah Kami binasakan (penduduk) sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum.
-Sura Al-Hijr, Ayah 4
👉tahun berapa dan bulan berapa sudah tetap.
مَا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسْتَأْخِرُونَ
Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.
-Sura Al-Hijr, Ayah 5
Disini al quran bg tau bangsa pun ada ajalnya.
(sejarah kejatuhan kepimpinan quraisy tahun ke8.selepas tu dah tiada)
b)Kalu tengok sejarah dulu 2500th sebelum masihi,sebelum kelahiran nabi .
Ayat 83&84
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ مُصْبِحِينَ

Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi.
-Sura Al-Hijr, Ayah 83
👉mendusta rasul2?sebab sekarang sama dgn ramai.

فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun.
-Sura Al-Hijr, Ayah 84
👉kaum tsamud duduk di madyan(420km dr madinah ke utara).disitu bermula pengaruh empayar Rom.Ada bangunan yg besar2.Kaum Tsamud terkenal hebat membina bangunan yg besar2 daripada bukit
Ini contoh ashabul hijri.Fenomena buat rumah dlm gua ada di jordan sehingga sekarang.
Hijr ada kaitan dgn batu2 yg besar juga.
c)Kaum Lut telah dibinasakan.Penyakit suka sama jenis.
Cerita untuk pengajaran.

disebut cerita2 untuk meringankan perasaan nabi.
Ayat 75
فَجَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ

Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya),
dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
👉terbalik atas jatuh ke bawah dan dihujani batu berapi yg berbisa.
d)Pada 1400tahun sebelum masihi,ashabulaikhah iaitu kaum nabi syuib juga tidak jauh dari kawasan itu telah dibinasakan.Mereka kaum yg zalim dan Allah telah menghukum mereka.Cuma pada waktu itu nabi diutus pada kaum ttt shj bukan seoerti nabi muhamad
Minit 7:18







016.Surah An nahl
Al hijr
Ayat 42
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu(syaitan) sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Ayat 43
وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ
"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
👉Takhwif ukhrowi dan natijah apabila manusia ikut syaitan.

Ayat 44
لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ لِكُلِّ بَابٍ مِنْهُمْ جُزْءٌ مَقْسُومٌ
"Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)".

Hubungan dengan surah alhijr ,akan dtg  keputusan azab Allah.
Surah an nahl sudah berlaku pun keputusan Allah.
Bhg pertama ayat 1-112menolak kuasa atau syirik tasaruf drp makhluk.kuasa mentadbir makhluk hanya kuasa allah.
Bhg kedua,
Ayat 113-119 menolak syirik amali
Ayat 120 dalil naqli tentang kedua2 itu.
Kebenaran Al-Quran
Benarnya adanya Qiamat dan balasan ,kehidupan yg kekal abadi diakhirat.

Surah An nahl
Dari segi tertibnya surah yg ke16 dlm tertib kitabi atau quran atau mas'uf yg ada pada kita.
Bilangan ayat 128
Bilangan rukok 16
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 70
Bilangan paragraf  6
Paragraf 1ayat 1-21 Pecah kepada dua iaitu
1.ayat 1-2 alquran diturunkan kepada manusia untuk menyeru manusia kepada tauhid dan memberi peringatan.
2.ayat 3-21 dalil2 aqli menggunakan akal tentang tauhid khaliqiyah(tauhid allah sebagai tuhan pencipta hanya ada satu shj).kholaqoha menjadikan atau menciptakan.
Paragraf 2 drp ayat 22-34 pendedahan  kesalahan jenayah yg dilakukan oleh orang kafir quraisy.
Ada 3 Pecahan :
1.ayat 23-29 olok2an orang2 yg tidak terima hari pembalasan yg sombong...jadi perbuatan nganyin terhadap kepercayaan hari akhirat.
2.ayat 30-32 pahala untuk orang2 yg bertaqwa.
3.ayat 33-34 akibat buruk orang yg sombong dan  tidak percaya kepada hari akhirat.
Paragraf 3 ayat 35-89 dibhg kepada beberapa bhg pula
Ayat 35-40 jawapan kpd kritikan orang tidak menerima kerasulan dan akhirat.
ayat 41-42 ini bendanya  isi quran,berita gembira utk berhijrah.jelas balasan yg baik ,kehidupan yg mulia didunia dan pahala yg besar diakhirat.
Ayat 43-47 peringatan kpd orang tdk menerima kerasulan dan keterangan jawatan kerasulan.
Ayat 48-60 dalil kebenaran tauhid dan menolak syirik
Ayat 61-65 menolak kekeliruan orang yg tidak menerima adanya hari akhirat dan hikmat penurunan alquran.
Ayat 66-83 dalil2 tauhid rububiyah dan benarnya hari akhirat itu
Ayat 84-89 menakutkan orang2 yg tidak percaya kepada hari  akhirat dan pemandangan yg dahsyat.
Paragraf 4 ayat 90-119 hak2 allah dan hak2 hamba.
Ayat 90-97berbicara hak2 allah dan hak2 hamba.khususnya berkenaan dgn sumpah dan arahan  berkenaan sumpah.
Ayat 98-105 panduan menyelamatkan diri dari kejahatan iblis
Ayat 106-113 menghiburkan hati orang2 mukmin yg teraniaya & Berita gembira untuk orang2 yg berhijrah.
Ayat 114-119 hukum2 halal haram.
Paragraf 5 ayat 120-124 ,kenapa hukum hari sabtu kepada orang yahudi diberikan iaitu larangan mereka itu kenapa?
Ayat 120-123 Dalil siraturahim dan aqidah tauhid.sebelum ni surah ibrahim dan ini masih ada  kaitan dgn surah ibrahim.surah sebelumnya pun cerita nabi ibrahim yg  beraqidah tauhid dan sifat syukurnya.
Paragraf 6 ayat 125-128.arahan berdakwah dgn penuh sabar, cekal ,taqwa ,hikmah dan ihsan.ihsan yg dituntut.cara yg terbaik.menjinakkan mereka bukan meliarkan dgn agama.
Itulah secara kasar struktur makronya surah an nahl

Mesej utama
1.perdebatan dengan orang2 yg tidak mempercayai tauhid ,risalah dan hari akhirat.
2.Tuntutan menerima tuhan pencipta dan rabb juga sebagai hanya layak disembah.
3.Arahan kepada orang2 Islam supaya terus menyampaikan dakwah dengan penuh sabar,taqwa,hikmah dan ihsan.

Ayat 1
أَتَىٰ أَمْرُ اللَّهِ
فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُ ۚ
سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah,
maka janganlah kamu minta disegerakan.
Maha suci Allah dan Maha tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
👉

Ayat 2
يُنَزِّلُ الْمَلَائِكَةَ بِالرُّوحِ
مِنْ أَمْرِهِ عَلَىٰ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِه
ِ أَنْ أَنْذِرُوا أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا
أَنَا فَاتَّقُونِ

Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul);
(lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia
bahawa tiada Tuhan melainkan Aku.
Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku".
👉bil wahyu بِالرُّوحِ

Ayat 3
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۚ
تَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat;
Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
👉Dalil aqli yg pertama.

Ayat 4
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ
فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ

Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya),
tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.
👉Dalil anfusi

Ayat 5
وَالْأَنْعَامَ خَلَقَهَا ۗ
لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ
وَمَنَافِعُ
وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu;
terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk
dan beberapa faedah yang lain;
dan daripadanya juga kamu makan.
👉seperti susu,daging dan boleh ditunggung

Ayat 6
وَلَكُمْ فِيهَا جَمَالٌ حِينَ تُرِيحُونَ
وَحِينَ تَسْرَحُونَ

Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berihat (pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi).
👉pandangan yg indah.

Ayat 7
وَتَحْمِلُ أَثْقَالَكُمْ
إِلَىٰ بَلَدٍ لَمْ تَكُونُوا بَالِغِيهِ
إِلَّا بِشِقِّ الْأَنْفُسِ ۚ
إِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ

Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu
ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah.
Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.
👉

Ayat 8
وَالْخَيْلَ
وَالْبِغَالَ
وَالْحَمِيرَ
لِتَرْكَبُوهَا وَزِينَةً ۚ
وَيَخْلُقُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya,
dan untuk menjadi perhiasan;
dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
👉kuda dan keldai وَالْبِغَالَ

Ayat 9
وَعَلَى اللَّهِ قَصْدُ السَّبِيلِ وَمِنْهَا جَائِرٌ ۚ
وَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ

Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus;
dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran;
dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
👉

Ayat 10
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً ۖ
لَكُمْ مِنْهُ شَرَاب
ٌ وَمِنْهُ شَجَرٌ فِيهِ تُسِيمُونَ

Dia lah yang menurunkan hujan dari langit;
sebahagian daripadanya untuk minuman kamu
dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya.
👉dalil aqlil yg ke2

Ayat 11
يُنْبِتُ لَكُمْ بِهِ الزَّرْعَ
وَالزَّيْتُونَ
وَالنَّخِيلَ
وَالْأَعْنَابَ
وَمِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ
لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman
dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma)
serta anggur;
dan juga dari segala jenis buah-buahan.
Sesungguhnya yang demikian mengandungi
satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.
👉

Ayat 12
وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ
وَالنَّهَارَ
وَالشَّمْسَ
وَالْقَمَرَ ۖ
وَالنُّجُومُ مُسَخَّرَاتٌ بِأَمْرِهِ ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan ia memudahkan bagi kamu malam
dan siang,
dan matahari
serta bulan;
dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
👉

Ayat 13
وَمَا ذَرَأَ لَكُمْ فِي الْأَرْض
ِ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهُ ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ

Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi
yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu).
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.
👉

Ayat 14
وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ
لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا
وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا
وَتَرَى الْفُلْكَ
مَوَاخِرَ فِيهِ
وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ
وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Dia lah yang memudahkan laut,
supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup,
dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya
dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya;
dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya;
dan supaya kamu bersyukur.
👉Pandangan kapal membelah laut sungguh cantik.

Ayat 15
وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَارًا
وَسُبُلًا لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu;
dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang,
supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.
👉

Ayat 16
وَعَلَامَاتٍ ۚ
وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ

Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan,
dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.
👉alamat perjalanan seperti gunung atau bukit dan bintang.agar terpimpin.

Ayat 17
أَفَمَنْ يَخْلُقُ كَمَنْ لَا يَخْلُقُ ۗ
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu?
Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?
👉ni adalah natijahnya.

Ayat 18
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu),
tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉

Ayat 19
وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ

Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.
👉Dalil aqli yg ke3

Ayat 20
وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
لَا يَخْلُقُونَ شَيْئًا وَهُمْ يُخْلَقُونَ

Dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain dari Allah
itu tidak dapat menciptakan sesuatupun,
bahkah merekalah yang diciptakan.
👉

Ayat 21
أَمْوَاتٌ غَيْرُ أَحْيَاءٍ ۖ
وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Makhluk-makhluk itu tetap akan mati, bukanlah kekal hidup;
dan mereka tidak mengetahui bilakah masing-masing akan dibangkitkan (menerima balasan).
👉Roh2 yg diseru itu mati dan tiada kuasa apa2.

Ayat 22
إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۚ
فَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ
قُلُوبُهُمْ مُنْكِرَةٌ
وَهُمْ مُسْتَكْبِرُونَ

Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa);
oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
👉

Ayat 23
لَا جَرَمَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَم
ُمَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ۚ
إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ

Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur.
👉

Ayat 24
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ مَاذَا أَنْزَلَ رَبُّكُمْ ۙ
قَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada nabi Muhammad)?"
Mereka menjawab: "Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
👉Syikayah dan Takhwif ukhrowi.
Tak belajar sudah alamatnya kesesatan.

Ayat 25
لِيَحْمِلُوا أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۙ
وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِينَ يُضِلُّونَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ
أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ

(Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat,
dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar;
sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.
👉

Ayat 26
قَدْ مَكَرَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
فَأَتَى اللَّهُ بُنْيَانَهُمْ مِنَ الْقَوَاعِدِ
فَخَرَّ عَلَيْهِمُ السَّقْفُ مِنْ فَوْقِهِمْ
وَأَتَاهُمُ الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ

Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap ugama Allah dan Rasul-rasulNya);
maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya,
lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka,
dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya.
👉Takhwif duniawi.

Ayat 27
ثُمَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
يُخْزِيهِمْ وَيَقُولُ
أَيْنَ شُرَكَائِيَ الَّذِينَ كُنْتُمْ تُشَاقُّونَ فِيهِمْ ۚ
قَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ
إِنَّ الْخِزْيَ الْيَوْمَ وَالسُّوءَ عَلَى الْكَافِرِينَ

Kemudian pada hari kiamat,
Allah menghinakan mereka (dengan azab seksa) sambil bertanya:
"Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu berperi-peri memusuhi (Nabi-nabi dan orang-orang yang beriman) untuk membela mereka?"
(Pada ketika itu) berkatalah orang-orang yang beroleh ilmu pengetahuan:
"Sesungguhnya kehinaan hari ini dan azab seksa, adalah tertimpa kepada orang-orang yang kafir;
👉Takhwif ukhrowi.
Orang yg diberi ilmu ini sifat nabi2 dan sahabat nabi.

Ayat 28
الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ ۖ
فَأَلْقَوُا السَّلَمَ
مَا كُنَّا نَعْمَلُ مِنْ سُوءٍ ۚ
بَلَىٰ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya)."
Lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata):
"Kami tiada melakukan sesuatu kejahatan". (Malaikat menjawab):
"Bahkan (kamu ada melakukannya);
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan".
👉

Ayat 29
فَادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ
خَالِدِينَ فِيهَا ۖ
فَلَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ

"Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka,
tinggal kekalah kamu di dalamnya;
maka sesungguhnya (neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur".
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 30
وَقِيلَ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا مَاذَا أَنْزَلَ رَبُّكُمْ ۚ
قَالُوا خَيْرًا ۗ
لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۚ
وَلَدَارُ الْآخِرَةِ خَيْرٌ ۚ
وَلَنِعْمَ دَارُ الْمُتَّقِينَ

Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?"
Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik,
dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi;
dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.
👉orang menjaga aqidah daripada syirik اتَّقَوْا
Tabsyir duniawi.
Orang disekelilingnya jadi sumber pahala حَسَنَةٌ

Ayat 31
جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ
لَهُمْ فِيهَا مَا يَشَاءُونَ ۚ
كَذَٰلِكَ يَجْزِي اللَّهُ الْمُتَّقِينَ

(Untuk mereka) Syurga-syurga " Adn ", yang mereka akan memasukinya,
yang mengalir padanya beberapa sungai;
mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki;
demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa,
👉almutaqinnasyirka الْمُتَّقِينَ

Ayat 32
الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ طَيِّبِينَ ۙ
يَقُولُونَ سَلَامٌ عَلَيْكُمُ
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat),
sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu;
masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan".
👉idkhol illahi
Hati yg sangat baik ,bersih dr syirik طَيِّبِينَ

Ayat 33
هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلَائِكَة
ُ أَوْ يَأْتِيَ أَمْرُ رَبِّكَ ۚ
كَذَٰلِكَ فَعَلَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
وَمَا ظَلَمَهُمُ اللَّهُ
وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

(Apakah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) Mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang akan mencabut nyawa mereka),
atau kedatangan azab Tuhanmu (yang akan membinasakan mereka).
Demikianlah juga yang dilakukan oleh orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka (lalu dibinasakan);
dan (sebenarnya) Allah tidak menganiaya mereka,
tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
👉Takhwif duniawi.

Ayat 34
فَأَصَابَهُمْ سَيِّئَاتُ مَا عَمِلُوا
وَحَاقَ بِهِمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Oleh itu, mereka ditimpa azab sebagai balasan perbuatan jahat yang mereka lakukan;
dan azab Allah itu meliputi mereka sebagai balasan bagi apa yang mereka telah ejek-ejek dahulu.
👉Hadis bg tau,azab yg dtg akan kata,lari2 azab nak dtg.

Ayat 35
وَقَالَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا
لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا عَبَدْنَا مِنْ دُونِهِ
مِنْ شَيْءٍ نَحْنُ وَلَا آبَاؤُنَا
وَلَا حَرَّمْنَا مِنْ دُونِهِ مِنْ شَيْءٍ ۚ
كَذَٰلِكَ فَعَلَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
فَهَلْ عَلَى الرُّسُلِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik:
"Kalaulah Allah menghendaki, tentulah kami tidak menyembah selain daripadanya sesuatupun, -
(tidak) kami dan tidak juga datuk nenek kami; - dan tentulah kami tidak mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintahnya".
Demikianlah juga yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka.
(Apa yang mereka katakan itu adalah salah semata-mata) kerana bukankah Rasul-rasul semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan (kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas nyata?
👉Syikayah.
Qias yg tak betul
لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا عَبَدْنَا مِنْ دُونِهِ
مِنْ شَيْءٍ نَحْنُ وَلَا آبَاؤُنَا
Apabila kehendaki Allah ,Maka reda allah,ini qias tidak betul.jadi dia berdalil saya syirik ni kehendak Allah.maka tak salah.
Tak betul,bila Allah kehendaki bererti reda Allah.

Ayat 36
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا
أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ
وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ
فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ
وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ ۚ
فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka):
"Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut".
Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan.
Oleh itu mengembaralah kamu di bumi,
kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
👉Dalil naqli ijmali
Untuk orang kafir degil فَسِيرُواtakhwif duniawi
Orang beriman tak dibenarkan.

Ayat 37
إِنْ تَحْرِصْ عَلَىٰ هُدَاهُمْ
فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ يُضِلُّ ۖ
وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ

Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk,
maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya;
dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
👉Tasliyah.

Ayat 38
وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ ۙ
لَا يَبْعَثُ اللَّهُ مَنْ يَمُوتُ ۚ
بَلَىٰ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh (sambil berkata):
"Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati".
(Itu tidak benar), bahkan janji Allah membangkitkan orang-orang yang telah mati) tetap benar;
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
👉zajrun.

Ayat 39
لِيُبَيِّنَ لَهُمُ
الَّذِي يَخْتَلِفُونَ فِيهِ
وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ كَفَرُوا
أَنَّهُمْ كَانُوا كَاذِبِينَ

(Allah menghidupkan semula orang-orang yang mati) untuk menerangkan kepada mereka apa yang mereka berselisihan padanya,
dan supaya orang-orang kafir mengetahui
bahawa mereka adalah orang-orang yang berdusta.
👉

Ayat 40
إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ
إِذَا أَرَدْنَاهُ
أَنْ نَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: "Jadilah engkau! ", maka menjadilah ia.
👉qudrat.

Ayat 41
وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ
مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا
لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ
وَلَأَجْرُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ
لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah,
sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam),
Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik;
dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.
👉Ayat ni adalah Tabsyir,Tabsyir kepada golongan beriman yg berhijrah.
Hijrah boleh berbagai sebab.
Hijrah kerana aqidah agama akan dapat balasan dari Allah.didunia lagi sudah dapat balasan baik.
Jika orang kafir tahu betapa besarnyanya ganjaran Allah nescaya mereka juga akan berhijrah.

Ayat 42
الَّذِينَ صَبَرُوا
وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.
👉Ini Sifat hijrah yg ke2,orang yg sanggup sabar kerana agama dan tawakal.apa yg akan berlaku setelah hijrah diserahkan kepada allah

Ayat 43
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ
إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۚ
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ
إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad),
melainkan dari kalangan orang-orang lelaki,
yang Kami wahyukan kepada mereka.
Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
👉Jawapan bg soalan dikalangan mereka kenapa Allah  tak pilih malaikat sebagai rasul?
Jika nabi Muhamad saw nabi terakhir adalah manusia ,memang sudah biasa sebelumnya juga manusia.

Ayat 44
بِالْبَيِّنَاتِ
وَالزُّبُرِ ۗ
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ
لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ
مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ
وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka)
dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan);
dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan,
supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka,
dan supaya mereka memikirkannya.
👉allah nak semua manusia dengar wahyu ini.d an yg nabi yg dipilih itu membacakan wahyuNya.
Dan umat boleh berfikir apa yg patut mereka buat setelah wahyu mereka belajar.
Muqoddar بِالْبَيِّنَاتِ

Ayat 45
أَفَأَمِنَ الَّذِينَ مَكَرُوا السَّيِّئَاتِ
أَنْ يَخْسِفَ اللَّهُ بِهِمُ الْأَرْضَ
أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ
مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang
dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi,
atau mereka didatangi azab
dari arah yang mereka tidak menyedarinya?
👉Takhwif duniawi.

Ayat 46
أَوْ يَأْخُذَهُمْ فِي تَقَلُّبِهِمْ
فَمَا هُمْ بِمُعْجِزِينَ

Atau Ia membinasakan mereka secara mengejut dalam masa mereka berulang alik melakukan kerja masing-masing?
Kerana sebenarnya mereka tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah.
👉apakah mereka merasa tenteram?

Ayat 47
أَوْ يَأْخُذَهُمْ عَلَىٰ تَخَوُّفٍ
فَإِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ

Atau Ia membinasakan mereka (dan harta benda mereka) sedikit demi sedikit?
Kerana sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.
👉apakah mereka ras aman?
Ini semua cara2 Allah azab manusia.

Ayat 48
أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَىٰ مَا خَلَقَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ
يَتَفَيَّأُ ظِلَالُهُ عَنِ الْيَمِينِ وَالشَّمَائِلِ
سُجَّدًا لِلَّهِ وَهُمْ دَاخِرُونَ

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah,
yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang),
dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?
👉Dalil aqli yg ke4. penciptaan makhluk dan tunduk pada Allah.

Ayat 49
وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
مِنْ دَابَّةٍ وَالْمَلَائِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi,
dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).
👉Allah sindir

Ayat 50
يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ
وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ۩

Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya),
serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.
👉

Ayat 51
وَقَالَ اللَّهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَٰهَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ
إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ
فَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ

Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan,
kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu;
maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
👉Maksud ke 2 surah ,yg diulangi kali ke2surah
Jalalain kata nak sabitkan takut pada Allah shj.jadi takutlah kepada Allah shj dan jgn takut selain daripada Aku.
Jalalain kata  فَارْهَبُونِ nak sabitkan takut pada Allah shj.

Ayat 52
وَلَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَلَهُ الدِّينُ وَاصِبًا ۚ
أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَتَّقُونَ

Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi;
dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya;
(sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.
👉Dalil aqli yg ke5

Ayat 53
وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ
ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ
فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ

Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah;
kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan
maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
👉

Ayat 54
ثُمَّ إِذَا كَشَفَ الضُّرَّ عَنْكُمْ
إِذَا فَرِيقٌ مِنْكُمْ
بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ

Kemudian, apabila Ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu,
tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.
👉masa ada masalah mereka tauhid,bila dah apa pertolongan Allah mereka syirik balik.

Ayat 55
لِيَكْفُرُوا بِمَا آتَيْنَاهُمْ ۚ
فَتَمَتَّعُوا ۖ
فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

(Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka.
Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia),
kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu).
👉kerana menggunakan nikmat untuk derhaka
فَتَمَتَّعُوا
Jumlah takdililiyah.

Ayat 56
وَيَجْعَلُونَ لِمَا
لَا يَعْلَمُونَ نَصِيبًا
مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ ۗ
تَاللَّهِ لَتُسْأَلُنَّ عَمَّا كُنْتُمْ تَفْتَرُونَ

Dan mereka (yang musyrik itu) menentukan untuk keperluan benda-benda yang mereka
tidak mengetahui hal keadaannya,
sebahagian dari harta-benda yang kami kurniakan kepada mereka.
Demi Allah! Sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu ada-adakan secara dusta itu.
👉Sepertimana surah al anam,mereka jadikan sebhg rezeki makbulbatil(pujaan2 batil) dan sebhg lagi untuk Allah.

Ayat 57
وَيَجْعَلُونَ لِلَّهِ الْبَنَاتِ سُبْحَانَهُ ۙ
وَلَهُمْ مَا يَشْتَهُونَ

Dan mereka mengatakan Allah mempunyai anak-anak perempuan.
Maha Suci Ia. Sedang bagi mereka pula mereka sediakan apa yang mereka sukai (anak-anak lelaki).
👉Zajrun.

Ayat 58
وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالْأُنْثَىٰ
ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا
وَهُوَ كَظِيمٌ

Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan,
muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.
👉nisbah orang Arab sendiri tak mahu anak perempuan.

Ayat 59
يَتَوَارَىٰ مِنَ الْقَوْمِ
مِنْ سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ ۚ
أَيُمْسِكُهُ عَلَىٰ هُونٍ
أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ ۗ
أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

Ia bersembunyi dari orang ramai
kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan;
sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina,
atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.
👉

Ayat 60
لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ مَثَلُ السَّوْءِ ۖ
وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الْأَعْلَىٰ ۚ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Bagi mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat yang buruk,
dan bagi Allah jualah sifat yang tertinggi;
dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉

Ayat 61
وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِظُلْمِهِمْ
مَا تَرَكَ عَلَيْهَا مِنْ دَابَّةٍ
وَلَٰكِنْ يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۖ
فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ
وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka,
tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak;
akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu;
kemudian apabila sampai tempoh mereka,
tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.
👉Takhwif duniawi.

Ayat 62
وَيَجْعَلُونَ لِلَّهِ مَا يَكْرَهُونَ
وَتَصِفُ أَلْسِنَتُهُمُ الْكَذِبَ
أَنَّ لَهُمُ الْحُسْنَىٰ ۖ
لَا جَرَمَ أَنَّ لَهُمُ النَّارَ
وَأَنَّهُمْ مُفْرَطُونَ

Dan mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya;
dalam pada itu,
lidah mereka memperkatakan perkara yang dusta,
(kononnya) bahawa mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah.
Tidak syak lagi, bahawa bagi merekalah api neraka,
dan bahawa merekalah orang-orang yang disegerakan (masuknya ke dalam neraka).
👉Hujung Ayat 62 ini takhwif ukhrowi

Ayat 63
تَاللَّهِ لَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ
فَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ
فَهُوَ وَلِيُّهُمُ الْيَوْمَ
وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad),
lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu;
maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Zajrun dan Takhwif ukhrowi
Jika Syaitan ubah pandangan dan juga jadi kawan rapat ,malaikat Rahmat tidak ada.

Ayat 64
وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ
إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ
وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad)
melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya;
dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
👉tanggungjawab nabi dan umat nabi saw

Ayat 65
وَاللَّهُ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً
لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

Dan Allah menurunkan hujan dari langit,
lalu Ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya;
sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah)
bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya).
👉Dalil aqli yg ke6

Ayat 66
وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً ۖ
نُسْقِيكُمْ
مِمَّا فِي بُطُونِهِ
مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ
لَبَنًا خَالِصًا
سَائِغًا لِلشَّارِبِينَ

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu
daripada apa yang terbit dari dalam perutnya,
yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih,
yang mudah diminum,
lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
👉untuk kita semua boleh ambil pengajaran.

Ayat 67
وَمِنْ ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ وَالْأَعْنَابِ
تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا
وَرِزْقًا حَسَنًا ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur
kamu jadikan daripadanya minuman haram
dan makanan serta
minuman yang halal;
sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.
👉hasil dari buah kurma,Nabiz dan arak
Surah ni turun masa makkiyah.

Ayat 68
وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ
أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا
وَمِنَ الشَّجَرِ
وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:
"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu,
dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
👉ini ilham dr allah

Ayat 69
ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ
فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ
يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا
شَرَاب
ٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ
فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai),
serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".
(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya,
yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit).
Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
👉 ilham yg Allah bg pada lebah.
ada 2radar,satu jarak jauh dan untuk tinggi rendah.
Penawar bila dicampur untuk rawatan
Jika tak campur hanya untuk penjagaan.

Ayat 70
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّاكُمْ ۚ
وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَىٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِ
لِكَيْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْئًا ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada);
kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan),
sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya;
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
👉Tanda qudrat ٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِumur nyanyuk bukan keaiban.bukti adanya apa yg disebut dlm quran.
Semua ini qudrat2 Allah.
Tak sepatutnya manusia seru selain dr Allah.

Ayat 71
وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ ۚ
فَمَا الَّذِينَ فُضِّلُوا
بِرَادِّي رِزْقِهِمْ
عَلَىٰ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ
فَهُمْ فِيهِ سَوَاءٌ ۚ
أَفَبِنِعْمَةِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ

Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu,
orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka,
supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?
👉Penetapan rezeki ini adalah qudrat allah.
Zajrun.
Tolak ajaran tauhid ,ingkar tapi nikmat Allah ambil atau guna.
Manusia tak boleh samakan rezeki antara satu sama lain.

Ayat 72
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا
وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً
وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ ۚ
أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ
وَبِنِعْمَتِ اللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri),
dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu:
anak-anak dan cucu-cicit,
serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal;
maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala),
dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?
👉batil ,puja selain dr allah

Ayat 73
وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّه
ِ مَا لَا يَمْلِكُ لَهُمْ رِزْقًا
مِنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ شَيْئًا
وَلَا يَسْتَطِيعُونَ

Dan mereka menyembah benda-benda yang lain dari Allah,
yang tidak berkuasa memberikan mereka sebarang rezeki pemberian dari langit dan bumi,
dan mereka pula tidak berdaya sama sekali mendapat kuasa itu.
👉ini perkara batil.

Ayat 74
فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
👉makhluk2 lain yg setanding dgn allah الْأَمْثَالَ

Ayat 75
ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا
عَبْدًا مَمْلُوكًا لَا يَقْدِرُ عَلَىٰ شَيْءٍ
وَمَنْ رَزَقْنَاهُ مِنَّا رِزْقًا حَسَنًا
فَهُوَ يُنْفِقُ مِنْهُ سِرًّا وَجَهْرًا ۖ
هَلْ يَسْتَوُونَ ۚ
الْحَمْدُ لِلَّهِ ۚ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Allah memberikan satu misal perbandingan:
Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang,
yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun;
dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami,
maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya,
sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama?
Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah),
tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).
👉contoh perbandingan Allah dan hamba.

Ayat 76
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا
رَجُلَيْنِ
أَحَدُهُمَا أَبْكَمُ
لَا يَقْدِرُ عَلَىٰ شَيْءٍ
وَهُوَ كَلٌّ عَلَىٰ مَوْلَاهُ أَيْنَمَا يُوَجِّهْهُ لَا يَأْتِ بِخَيْرٍ ۖ
هَلْ يَسْتَوِي هُوَ
وَمَنْ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ ۙ
وَهُوَ عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Dan Allah memberikan satu misal perbandingan lagi: Dua orang lelaki,
salah seorangnya kelu pekak dari semulajadinya,
tidak dapat menyatakan apa yang difikirkannya
dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya;
dan ia pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya;
ke mana sahaja ia diarahkan pergi oleh penjaganya,
tak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah; adakah dia (yang demikian sifatnya) sama seperti orang (yang boleh berkata-kata serta dapat) menyuruh orang ramai melakukan keadilan,
dan ia sendiri pula berada di atas jalan yang lurus (jalan yang benar)?
👉contoh ke2,perbandingan makhluk dgn Tuhan.

Ayat 77
وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَمَا أَمْرُ السَّاعَةِ إِلَّا كَلَمْحِ الْبَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi;
tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata,
atau ia lebih cepat lagi;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Takhwif ukhrowi
Allah kembalikan ilmu yg ada padanya.

Ayat 78
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ
لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا
وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ
لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun;
dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran
dan penglihatan
serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
👉Dalil aqli yg ke7

Ayat 79
أَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ
مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاءِ
مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا اللَّهُ ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa?
Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah;
sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
👉qudrat allah

Ayat 80
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ سَكَنًا
وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ جُلُودِ الْأَنْعَامِ بُيُوتًا
تَسْتَخِفُّونَهَا يَوْمَ ظَعْنِكُمْ
وَيَوْمَ إِقَامَتِكُمْ ۙ
وَمِنْ أَصْوَافِهَا
وَأَوْبَارِهَا
وَأَشْعَارِهَا
أَثَاثًا
وَمَتَاعًا
إِلَىٰ حِينٍ

Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal;
dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh),
yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti;
dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu,
berbagai barang perkakas rumah
dan perhiasan,
(untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.
👉lagi Allah bg tau.

Ayat 81
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِمَّا خَلَقَ
ظِلَالًا
وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْجِبَالِ أَكْنَانًا
وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَابِيل
َ تَقِيكُمُ الْحَرَّ
وَسَرَابِيلَ
تَقِيكُمْ بَأْسَكُمْ ۚ
كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ
لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ

Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya:
benda-benda untuk berteduh,
dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung;
dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu
dari panas dan sejuk,
juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu
semasa berjuang.
Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya.
👉Disini تُسْلِمُونَadalah tuwahiddun

Ayat 82
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

Kemudian, jika mereka masih berpaling ingkar maka sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan cara yang jelas nyata.
👉tidak boleh berduka cita.

Ayat 83
يَعْرِفُونَ نِعْمَتَاللَّهِ
ثُمَّ يُنْكِرُونَهَا
وَأَكْثَرُهُمُ الْكَافِرُونَ

Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu),
kemudian mereka tergamak mengingkarinya;
dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar.
👉

Ayat 84
وَيَوْمَ نَبْعَثُ مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا
ثُمَّ لَا يُؤْذَنُ لِلَّذِينَ كَفَرُوا
وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ

Dan (ingatkanlah kepada mereka yang musyrik tentang) hari Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi; kemudian tidak diizinkan bagi orang-orang yang kafir (memberi sebarang alasan),
dan mereka pula tidak diminta memohon keredaan Allah.
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 85
وَإِذَا رَأَى الَّذِينَ ظَلَمُوا الْعَذَابَ
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ
وَلَا هُمْ يُنْظَرُونَ

Dan apabila orang-orang yang melakukan kezaliman (dengan kekufurannya) itu melihat azab,
maka tidak akan diringankan azab itu daripada mereka, dan mereka pula tidak diberi tempoh.
👉

Ayat 86
وَإِذَا رَأَى الَّذِينَ أَشْرَكُوا شُرَكَاءَهُمْ
قَالُوا رَبَّنَا هَٰؤُلَاءِ شُرَكَاؤُنَا
الَّذِينَ كُنَّا نَدْعُو مِنْ دُونِكَ ۖ
فَأَلْقَوْا إِلَيْهِمُ الْقَوْل
َ إِنَّكُمْ لَكَاذِبُونَ

Dan apabila orang-orang musyrik melihat makhluk-makhluk
dan benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah,
mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagiMu),
yang kami sembah mereka dengan meninggalkanMu".
Maka dengan serta-merta makhluk-makhluk yang puja itu menolak dakwaan mereka dengan berkata: "Sesungguhnya kamu adalah berdusta".
👉

Ayat 87
وَأَلْقَوْا إِلَى اللَّهِ يَوْمَئِذٍ السَّلَمَ ۖ
وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ

Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah,
dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah).
👉dlm khayalan mereka semasa dunia.

Ayat 88
الَّذِينَ كَفَرُوا
وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
زِدْنَاهُمْ عَذَابًا
فَوْقَ الْعَذَابِ
بِمَا كَانُوا يُفْسِدُونَ

Orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya serta orang lain) dari jalan Allah,
Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka),
disebabkan mereka membuat kerosakan.
👉

Ayat 89
وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ
شَهِيدًا عَلَيْهِمْ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ۖ
وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ ۚ
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ
وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ

Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat,
seorang saksi terhadap mereka,
dari golongan mereka sendiri;
dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu);
dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk,
serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.
👉hujung Ayat,dalil wahyi

Ayat 90
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ
وَالْإِحْسَانِ
وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ
وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ
وَالْبَغْيِ ۚ
يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil,
dan berbuat kebaikan,
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat;
dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.
Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
👉setelah dalil ,ini kesimpulan.untuk berlaku adil iaitu beraqidah atau bertauhid.
Beraqidah tauhid بِالْعَدْلِ.

Ayat 91
وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللَّهِ إِذَا عَاهَدْتُمْ
وَلَا تَنْقُضُوا الْأَيْمَانَ
بَعْدَ تَوْكِيدِهَا
وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًا ۚ
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji;
dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah),
sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu;
sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
👉Janji untuk mentauhidkannya.

Ayat 92
وَلَا تَكُونُوا
كَالَّتِي نَقَضَتْ غَزْلَهَا
مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ
أَنْكَاثًا
تَتَّخِذُونَ أَيْمَانَكُمْ دَخَلًا بَيْنَكُمْ
أَنْ تَكُونَ أُمَّةٌ هِيَ أَرْبَىٰ مِنْ أُمَّةٍ ۚ
إِنَّمَا يَبْلُوكُمُ اللَّهُ بِهِ ۚ
وَلَيُبَيِّنَنَّ لَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
مَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Dan janganlah kamu menjadi
seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya,
sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh;
dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu,
disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain.
Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu;
dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya.
👉ada cerita perempuan tua yg pintal benang di pagi hari dan petang rombak balik.

Ayat 93
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ
لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً
وَلَٰكِنْ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ
وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَلَتُسْأَلُنَّ عَمَّا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu);
akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);
dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.
👉

Ayat 94
وَلَا تَتَّخِذُوا أَيْمَانَكُمْ دَخَلًا بَيْنَكُمْ
فَتَزِلَّ قَدَمٌ بَعْدَ ثُبُوتِهَا
وَتَذُوقُوا السُّوءَ
بِمَا صَدَدْتُمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۖ
وَلَكُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu,
kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar);
dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah;
dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak).
👉

Ayat 95
وَلَا تَشْتَرُوا بِعَهْدِ اللَّهِ
ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ
إِنَّمَا عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرٌ
لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah
sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit;
sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik),
itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu,
kalaulah kamu mengetahui.
👉sebab mungkir janji hanyalah sebab habuan dunia shj sedang khazanah disisi allah sangat byk dan kekal.

Ayat 96
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ ۖ
وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ ۗ
وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ
بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap,
dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal;
dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
👉sabar beberapa tahun dan balasannya byk,  kekal selamanya

Ayat 97
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا
مِنْ ذَكَر
ٍأَوْ أُنْثَىٰ
وَهُوَ مُؤْمِنٌ
.فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ
وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ
أَجْرَهُمْ
بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Sesiapa yang beramal soleh,
dari lelaki atau perempuan,
sedang ia beriman,
maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik;
dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
👉tabsyir
Kehidupan yg baik adalah kehidupan nabi saw.nabi saw telah menghayati agama dgn baik.
Berpuashati atau qanaah atau berpada dgn apa yg ada.

Ayat 98-105 panduan menyelamatkan diri dari kejahatan iblis

Ayat 98
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ
فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ
مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran,
maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
👉Dalil wahyi
Minta perlindungan dgn Allah dari syaitan itu wajib tapi sebut dgn mulut itu sunat.
Assalamualaikum wajib,paling tu sunat.
Allahuakhbar tu wajib ,angkat tangan itu sunat.
Baca quran kena minta perlindungan dari syaitan,maka perkara2 lain lebih2 lagi kena minta perlindungan dari syaitan dari Allah.

Ayat 99
إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ
عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا
وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman
dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
👉Syaitan tiada kuasa

Ayat 100
إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ
وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُونَ

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka,
dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
👉

Ayat 101
وَإِذَا بَدَّلْنَا آيَةً مَكَانَ آيَةٍ ۙ
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ
قَالُوا إِنَّمَا أَنْتَ مُفْتَرٍ ۚ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan),
dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, -
berkatalah mereka (yang kafir): "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta";
(padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.
👉syikayah
Dalil wahyu dan muataaliq
Berlaku Nasikh mansukh sebab ada tarwiyahnya iaitu senang susah.
Segala perubahan ini untuk kebaikan hamba2nya.
Buat lebih ringan tapi pahala lebih byk.
Berbandingan Taurat lebih berat dari Quran.
Quran lebih ringan tapi lebih byk pahala.

Ayat 102
قُلْ نَزَّلَهُ رُوحُ الْقُدُسِ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَق
ِّ لِيُثَبِّتَ الَّذِينَ آمَنُوا
وَهُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat,
untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman,
dan untuk menjadi hidayah petunjuk
serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam.
👉jawab Syikayah.
Al-Quran dr Tuhan kamu yg benar

Ayat 103
وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ
إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ ۗ
لِسَانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ
وَهَٰذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِينٌ

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui,
bahawa mereka yang musyrik itu berkata: "
Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia".
(Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing,
sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.
👉Syikayah ke2
Bahasa أَعْجَمِيٌّ
Ada seorang Rom tukang besi yg pelat bhs arab dikatakan ajar nabi.

Ayat 104
إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِ اللَّه
ِلَا يَهْدِيهِمُ اللَّه
ُوَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah,
Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada mereka,
dan mereka pula beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
👉Takhwif ukrowi

Ayat 105
إِنَّمَا يَفْتَرِي الْكَذِبَ
الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَاذِبُونَ

Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah
orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah,
dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.
👉

Ayat 106
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ
إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ
وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ
وَلَٰكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا
فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ
وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah),
kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur)
sedang hatinya tenang tenteram dengan iman;
akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.
👉Takhwif ukhrowi
Murtad sebab cinta dunia.
Sanggup jual agama keran secebis dunia.

Ayat 107
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمُ اسْتَحَبُّوا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ
وَأَنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

(Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat,
dan kerana Allah tidak memberi hidayah petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat).
👉Allah bg tau sebab murtad.

Ayat 108
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ
عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
وَسَمْعِهِمْ
وَأَبْصَارِهِمْ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Mereka itulah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah Taala
hati mereka
dan pendengaran mereka
serta penglihatan mereka;
dan merekalah orang-orang yang lalai.
👉

Ayat 109
لَا جَرَمَ أَنَّهُمْ فِي الْآخِرَةِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Tidak syak lagi, bahawa mereka ialah orang-orang yang rugi pada hari akhirat kelak.
👉

Ayat 110
ثُمَّ إِنَّ رَبَّك
َلِلَّذِينَ هَاجَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا فُتِنُوا
ثُمَّ جَاهَدُوا وَصَبَرُوا
إِنَّ رَبَّكَ مِنْ بَعْدِهَا
لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada
orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik),
kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan - adalah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉tabsyir
Kemudian yg menunjukan susunan.

Ayat 111
يَوْمَ تَأْتِي كُلُّ نَفْسٍ
تُجَادِلُ عَنْ نَفْسِهَا
وَتُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ
وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

(Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka itu pada hari kiamat),
hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata, dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang ia telah kerjakan (sama ada baik atau jahat),
sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.
👉tidak dikurangkan amal baik.

Ayat 112
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا
قَرْيَةً
كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً
يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ
فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ
فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ
بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh:
Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram,
yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat,
kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu,
maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya
disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
👉Allah adakan satu contoh.

Ini bhg ke2surah ini.
Ayat 113
وَلَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْهُمْ
فَكَذَّبُوهُ
فَأَخَذَهُمُ الْعَذَابُ
وَهُمْ ظَالِمُونَ

Dan demi sesungguhnya, mereka pula telah didatangi seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri,
lalu mereka mendustakannya;
maka mereka pun ditimpa azab sedang mereka berkeadaan zalim
👉bhg ke2 surah ini syirik amali.

Ayat 114
فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا
وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ
إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik,
dan bersyukurlah akan nikmat Allah,
jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
👉

Ayat 115
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ
وَالدَّمَ
وَلَحْمَ الْخِنْزِير
ِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۖ
فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ
وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai,
dan darah,
dan daging babi,
dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah
maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu,
maka tidaklah ia berdosa),
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉

Ayat 116
وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ
هَٰذَا حَلَالٌ
وَهَٰذَا حَرَامٌ
لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۚ
إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu:
"Ini halal
dan ini haram",
untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah;
sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
👉zajrun dan Takhwif ukhrowi.

Ayat 117
مَتَاعٌ قَلِيلٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

(Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉

Ayat 118
وَعَلَى الَّذِينَ هَادُوا
حَرَّمْنَا مَا قَصَصْنَا عَلَيْكَ مِنْ قَبْلُ ۖ
وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ
وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Dan kepada orang-orang Yahudi,
Kami haramkan apa yang telah kami ceritakan kepadamu dahulu;
dan tiadalah Kami menganiaya mereka (dengan pengharaman itu),
tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
👉Allah bg tau tentang orang Yahudi.ada yg haram bg mereka tapi tak haram bg orang islam.seperti dlm surah al anam sebelum ini.

Ayat 119
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُوا السُّوءَ بِجَهَالَةٍ
ثُمَّ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ
وَأَصْلَحُوا
إِنَّ رَبَّكَ مِنْ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan,
kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya,
sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Tabsyir dan tabrik kepada taubat.
Jalan paling mudah bg manusia adalah minta maaf.
Disini السُّوءَbg jalalain adalah syirik.
Tak wajib Allah terima taubat,tapi janji Allah ada .

Ayat 120
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا
وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia tekad bulat-bulat kepada Allah,
lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid;
dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.
👉Dalil tafsili nabi Ibrahim bg nabi Muhamad .
mempunyai kebaikan yg byk أُمَّةً

Ayat 121
شَاكِرًا لِأَنْعُمِهِ ۚ
اجْتَبَاهُ
وَهَدَاهُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah;
Allah telah memilihnya (menjadi Nabi)
dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.
👉

Ayat 122
وَآتَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ
وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ
لَمِنَ الصَّالِحِينَ

Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan الْأَمْثَالَ dunia;
dan sesungguhnya ia pada hari akhirat
adalah dari orang-orang yang soleh.
👉

Ayat 123
ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ
وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad):
Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar;
dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.
👉ini dalil wahyi

Ayat 124
إِنَّمَا جُعِلَ السَّبْتُ عَلَى الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ ۚ
وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَة
ِفِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Sesungguhnya hari Sabtu itu dijadikan (Hari kelepasan yang wajib dihormati) atas orang-orang (Yahudi) yang telah berselisihan padanya;
dan sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat,
tentang apa yang mereka telah berselisihan padanya.
👉jawab soalan tentang tuduhan.
Umat akhir zaman hari ibadah adalah hari Jumaat
Yahudi berselisih dgn nabi mereka agar beribadat shj hari Sabtu.t tidak boleh buat kerja dunia.

Ayat 125
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ
وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ
وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ
بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ
وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya,
dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
👉untuk hilangkan perselisihan Allah ajar satu cara iaitu seru dgn hikmah iaitu dgn dalil dan bukti dan nasihat yg baik.

Ayat 126
وَإِنْ عَاقَبْتُمْ
فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ ۖ
وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ
لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِينَ

Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan),
maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar,
(maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
👉orang tiada sifat sabar dia boleh balas.dan bg orang yg tiada sifat sabar ,sabar itu lebih baik.

Ayat 127
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ
وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ
وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu);
dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah;
dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka,
dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
👉Tasliyah pada nabi saw.
Orang dapat sabar orang yg dapat Taufik.

Ayat 128
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا
وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa,
dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
👉jumlah takliliyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan