Rabu, Jun 05, 2019

Daurah tafsir 2019 sesi 07(17)

Daurah tafsir 2019 sesi 07(17)
Sesi 07(15,16,17)

11.hud(123)makkiyah
12.yusuf(111)makkiyah
13.Ar rad(43)madaniyah
14.ibrahim(52)makkiyah
15.Al hijr(99)makkiyah
16.An nahl (128)makkiyah
👉17.Al isra(111)makkiyah
18.Al kahf(110)makkiyah
19.maryam(98)makkiyah
20.taha(135)makkiyah

017.Surah Al Isra
Surah isra,surah bani Israel
Dalam surah ini dan surah Kahfi serta surah Mariam, memberitahu perkara yg mereka guna untuk seru selain dari Allah.
Wali,nabi ,malaikat dan jin tidak  berhak dipuja dan diseru.akan jadi kafir bila seru 4 golongan ini.
Jin,malaikat dan para anbiya serta wali diberitahu tidak boleh jadi wakil allah.
Dlm surah bani Israel ini Allah taala akan bg tau tentang jin dan para anbiya yg tidak dibenarkan sesiapa sj menjadikan mereka wakil allah.juga malaikat dan wali.
Surah Mariam bagi tau wali dan nabi tidak boleh diseru
Permulaan surah ini adalah  tentang mukjizat.
Bhg ayat akhir surah memberitahu maksud penting surah iaitu maksud tauhid Allah taala.
Jika nak diseru nama2 Allah telah ada.
Sudah cukup nama2 Allah yg itu untuk diseru.
Israk adalah mukjizat nabi saw.dari Masjidil haram ke baitul Maqadis.
Mikraj dlm detik2sebhg malam.
Ada 6dalil naqli Ada 3dalil aqli Bg mensabitkan Allah dan zatnya berhak diseru dan dipuja.
Dan 3 dalil naqli dari kitab dan malaikat dan naqli dr  orang2 yg beriman zaman dahulu.mereka ini dijadikan bukti dlm seruan tauhid.
2dalil wahyi

Sesi 12 minit
Surah al isra
Dari segi tertibnya surah yg ke17 dlm tertib kitabi atau quran atau mas'uf yg ada pada kita.
Bilangan ayat 111
Bilangan rukok
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 50
Bilangan paragraf  10 untuk struktur makro yg kita buat ini ada.
Paragraf 1 ayat 1-10berita gembira kepada umat islam akan berjaya menguasai mekah dan baitulmaqdis dan disitu juga disebut sejarah jatuh bangun bani israel
Paragraf 2 ayat 11-22 Maksud ujian didunia.tujuan risalah (maknanya kerasulan) dan akhirat(apa tujuanya)
Paragraf 3 ayat 23-39 Prinsip2 asas negara islam(sebelum hijrah keMadinah sudah dibagi asas2 sebuah negara islam.dia yg kecil.nak ceritanya asal dari yg kecil jika kuat boleh jadi merebak jadi besar.kerana kekuatan dlman)
Paragraf 4 ayat 40-60 Jawapan kepada kritikan musyrikin mekah terhadap aqidah tauhid,kerasulan dan quran
Paragraf 5 ayat 61-70 tipu daya iblis,kemuliaan dan penghormatan yg diberikan kepada anak adam
Paragraf 6 ayat 71-77 berita gembira tentang kegagalan perancangan mengusir nabi saw.(al aliftibzar minal ardi..
Istifzas maksud cabut hingga keakar umbi.cabut semua sekali.bukan potong dahan.guna perkataan ini hanya dlm surah ni.satu digunakan untuk iblis.satu lagi digunakan untuk firaun.satu lagi digunakan untuk kafir quraisy.tapi hasilnya tidak berjaya tapi akhiranya nabi saw yg menguasai mekah)
Paragraf 7 ayat 78-82 berita gembira tentang terhapus kebatilan hasil hubungan dgn allah(jadi hubungan kita dgn allah akan membantu kita menentang musuh).
Paragraf 8 ayat 83-100 menuntut mukjizat hissy (mukjizat  zahir)setelah ada  mukjizat quran yg hidup adalah salah(tak sepatutnya kita nak minta mukjizat lain setelah ada mukjizat quran .mukjizat quran adalah yg terpilih.tak perlu dah kepada yg lain)
Paragraf 9 ayat 101-104 sikap kepimpinan kafir quraisy dan firaun sama dari segi berusaha mengusir pihak lawannya sama(sikap firaun dulu lagu tu juga sikap kafir quraisy pun ikut jejak langkah firaun dan pengikut2 setianya.dr segi apa?iaitu bila tak boleh nak bendung atau lawan dihalau atau buang negeri-begitu caranya)
Paragraf 10 ayat 105-111.arahan supaya menjaga hak2 quran dan  aqidah tauhid yg bersih disamping berdoa bertahmid dan bertahlil.

Mesej utama
1.setelah seruan beriman kepada alquran disampaikan,pemimpin quraisy berusaha mengusir nabi saw dr bumi mekah tak ubah seperti firaun mengusir nabi musa dahulu tetapi allah yg membinasakan mereka.
(Yg ke)
2. berita gembira akan menguasai mekah dan baitulmaqdis.

Paragraf 1 ayat 1-10berita gembira kepada umat islam akan berjaya menguasai mekah dan baitulmaqdis dan disitu juga disebut sejarah jatuh bangun bani israel
Ayat 1
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا
مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَام
ِإِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى
الَّذِي بَارَكْنَا
حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah)
ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya,
untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (qudrat) (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Asalnya sabbihusuhanallah(kamu semua wahai hamba sucikanlah Allah taala dgn sebut subhanallah) tapi jadi subhanallazi.
Allah nak bg tahu bukan sepanjang malam.
Disini nak menafikan nabi saw sebagai ilah .
Perkongsian yg begitu jauh.
Berkat sebab byk nabi2 dan byk tumbuhan disitu.
Tujuan perjalanan nak tunjuk tanda2 qudrat allah,s upaya orang Taif akan tunduk satu hari nanti.
Bahawa peliknya cerita yg akan diberitahu selepas ini.
Darjat hamba adalah darjat paling tinggi.
Peristiwa ini berlaku sewaktu nabi berada dlm keadaan yg sangat sedih.

Ayat 2
وَآتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ
وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِبَنِي إِسْرَائِيلَ
أَلَّا تَتَّخِذُوا مِنْ دُونِي وَكِيلًا

Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat,
dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil
(serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)".
👉Ayat ini dalil naqli 1(ada 3)daripada kitab taurat.

Ayat 3
ذُرِّيَّةَ مَنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ ۚ
إِنَّهُ كَانَ عَبْدًا شَكُورًا

(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur.
👉boleh diikrab dgn satu dan dua cara perkataan ذُرِّيَّةَ
Jangan jadikan zuriat nabi Nuh yg pernah selamat sebagai wakilla tak kira nabi atau wali.
Yazuriyata dihazafkan.

Ayat 4
وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ
فِي الْكِتَاب
ِلَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ
وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil
dalam Kitab itu:
"Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali,
dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
👉contoh takhwif duniawi.

Ayat 5
فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا
بَعَثْنَا عَلَيْكُم
ْ عِبَادًا لَنَا
أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ
فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ ۚ
وَكَانَ وَعْدًا مَفْعُولًا

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu,
Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah
dan amat ganas serangannya
lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu);
dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
👉burtunasol عِبَادًا لَنَا sebelum kelahiran nabi Isa.

Ayat 6
ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ
وَأَمْدَدْنَاكُمْ بِأَمْوَالٍ
وَبَنِينَ
وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan
dan anak pinak,
serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
👉ini kelebihan bertaubat.
Pengikut dikalangan anak2 lebih hebat berbanding dgn bukan anak.
Giliran menang الْكَرَّةَ

Ayat 7
إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ
وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ
فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ
لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ
وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ
كَمَا دَخَلُوهُ
أَوَّلَ مَرَّةٍ
وَلِيُتَبِّرُوا
مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu;
dan jika kamu berbuat kejahatan,
maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.
Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya);
dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama;
dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
👉buat baik  dgn maksud betulkan hubungan dgn Allah dan hubungan makhluk Allah.
Mengagungkan pencipta dgn berdoa dan kasihan belas atau menyayangi makhlukNya dgn menyampaikan wahyuNya.

Ayat 8
عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يَرْحَمَكُمْ ۚ
وَإِنْ عُدْتُمْ عُدْنَا ۘ
وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيرًا

Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat);
dan jika kamu kembali (menderhaka),
maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia);
dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).
👉kandungan kitab yg ke3, juga tulis.

Ayat 9
إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ
وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ
الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَات
ِأَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam),
dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman
yang mengerjakan amal-amal soleh,
bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
👉jalan لِلَّتِي

Ayat 10
وَأَنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ
أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat,
Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Takhwif ukhrowi.

Paragraf 2 ayat 11-22 Maksud ujian didunia.tujuan risalah (maknanya kerasulan) dan akhirat(apa tujuanya)
Ayat 11
وَيَدْعُ الْإِنْسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءَهُ بِالْخَيْرِ ۖ
وَكَانَ الْإِنْسَانُ عَجُولًا

Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan,
dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.
👉zajrun
Orang mekah mempersendakan janji2 dari kitab wahyu.

Ayat 12
وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ آيَتَيْنِ ۖ
فَمَحَوْنَا آيَةَ اللَّيْلِ
وَجَعَلْنَا آيَةَ النَّهَارِ مُبْصِرَةً
لِتَبْتَغُوا فَضْلًا مِنْ رَبِّكُمْ
وَلِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ
وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْنَاهُ تَفْصِيلًا

Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami),
maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita),
dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu,
dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun
dan hitungan hisab (bulan dan hari);
dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu),
Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.
👉ayat tauhid yg kedua.
siang dan malam tanda qudrat.

Ayat 13
وَكُلَّ إِنْسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَائِرَهُ فِي عُنُقِهِ ۖ
وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
كِتَابًا يَلْقَاهُ مَنْشُورًا

Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya,
dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).
👉Takhwif ukhrowi.
kalongkan bahagian nasibnya di lehernya maknanya telah ditakdirkan allah

Ayat 14
اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَىٰ بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا

(Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu),
cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)".
👉baca sendiri

Ayat 15
مَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ
وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۚ
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۗ
وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ
حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran),
maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri,
dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga.
Dan seseorang yang boleh memikul,
tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).
Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
👉penjelasan sunatullah.

Ayat 16
وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً
أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا
فَفَسَقُوا فِيهَا
فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ
فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri,
Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat),
lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya;
maka berhaklah negeri itu dibinasakan,
lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
👉kaedah Allah.
Takhwif duniawi.

Ayat 17
وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنَ الْقُرُونِ
مِنْ بَعْدِ نُوحٍ ۗ
وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا

Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh;
dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya.
👉Allah binasakan bukan sebab zalim tetapi atas dasar kezaliman hamba.

Ayat 18
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ
عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا
مَا نَشَاءُ
لِمَنْ نُرِيدُ
ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ
يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki,
bagi sesiapa yang Kami kehendaki;
kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak),
untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
👉Ayat jawapan bg soalan muqaddar(yg ditanya oleh hamba)
Ada yg buat baik untuk dunia semata2 atau
Ada yg hidup untuk dunia shj .tidak untuk akhirat
Dan dibiarkan tidak dihukum oleh Allah didunia.
Berlaku pada umat dahulu shj ,umat sekarang seolah2 dibiarkan.
Jadi Allah jawap.

Ayat 19
وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ
وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا
وَهُوَ مُؤْمِنٌ
فَأُولَٰئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat
dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya,
sedang ia beriman,
maka mereka yang demikian keadaannya,
diberi pahala akan amal usahanya.
👉pertama kena dengar baru datang ada keinginan.
Ingin akhirat ,berusaha cara akhirat dan ikhlas dalam tauhid.
Usaha mereka akan dibalas.
Nabi bc surah yg menyebut byk tentang akhirat.

Ayat 20
كُلًّا نُمِدُّ هَٰؤُلَاءِ
وَهَٰؤُلَاءِ مِنْ عَطَاءِ رَبِّكَ ۚ
وَمَا كَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُورًا

Tiap-tiap golongan dari keduanya,
golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad);
dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).
👉

Ayat 21
انْظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ
وَلَلْآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ
وَأَكْبَرُ تَفْضِيلًا

Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu)
dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya
dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.
👉Ayat ini taghrib kepada akhirat.
Dunia sudah berbeza darjat diakhirat nanti  lebih besar perbezaan darjatnya.

Ayat 22
لَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ
فَتَقْعُدَ مَذْمُومًا مَخْذُولًا

Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu),
kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.
👉ini takhwif ukhrowi
Inilah kesimpulan isi kitab Taurat.
Bermula dr Ayat ini sehingga 18ayat
Ini yg pertama.

Paragraf 3 ayat 23-39 prinsip2 asas negara Islam(sebelum hijrah kemadinah sudah dibagi asas2 sebuah negara Islam.dia yg kecil.nak ceritanya asal dari yg kecil jika kuat boleh jadi merebak jadi besar.kerana kekuatan dlman)

Ayat 23
وَقَضَىٰ رَبُّكَ
أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ
إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا
أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadaNya semata-mata,
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya,
atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
👉Perkataan "ha"serendah2 menzahirkan kebosanan dan kederhakaan dan jgn menengking.
Lembut dan mulia yg sesuai dgn ibubapa
Kadang2 lembut tapi maksud kasar.
Kalu cakap kasar sebab dia tuli tak mengapa.

Ayat 24
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَة
ِوَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,
dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
👉Muamalah dgn ibubapa ,hanya Allah shj yg tahu.
Buat baik bukan atas dasar kasih sayang bukan sebab dunia.

Ayat 25
رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ ۚ
إِنْ تَكُونُوا صَالِحِينَ
فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu;
kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya,
maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
👉ada anak berbuat baik sebab tujuan dunia.

Ayat 26
وَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ
وَابْنَ السَّبِيلِ
وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا

Dan berikanlah kepada kerabatmu,
dan orang miskin
serta orang musafir akan haknya masing-masing;
dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
👉hak kerabat adalah bantuan.
Beri bukan perkara yg boleh menjadi pembaziran.

Ayat 27
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ
وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan,
sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
👉Tabzir makna menginfaq pada bukan tempatnya.

Ayat 28
وَإِمَّا تُعْرِضَنَّ عَنْهُمُ
ابْتِغَاءَ رَحْمَةٍ مِنْ رَبِّكَ تَرْجُوهَا
فَقُلْ لَهُمْ قَوْلًا مَيْسُورًا

Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka,
kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan,
maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.
👉Perkataan yg mudah mereka terima agar peminta jadi lembut bukan  dlm bentuk perjanjian dan kena minta maaf kerana tak boleh tolong lagi.

Ayat 29
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ
وَلَا تَبْسُطْهَا
كُلَّ الْبَسْطِ
فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا

Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu,
dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya,
kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.
👉maksud terikat dileher itu adalah terlalu kedekut.atau terlalu boros.

Ayat 30
إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ
إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya),
dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian).
Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
👉Dalil aqli yg ke3
Kena jaga syariat masa sempit dan masa senang.

Ayat 31
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ
نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ
إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan;
Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.
Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
👉Jgn zalim.dgn bunuh anak,rezeki Allah yg tanggung
Larangan Bunuh ini termasuk kedua2 bhg
Bunuh jasmani dan Bunuh rohani,tidak ajar agama.
Cerita pelajar tahun 7 ditanya takbir oleh ahli masjid perempuan.saya mimpi sembelih anak saya.ustaz jawab ,dia hantar anak nya kesekolah Inggeris kristian(dlm didikan nasaro)serta merta dia keluarkan anak dia.
Antara sebab bunuh anak adalah berzina.

Ayat 32
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ
إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
👉hampiri lebih kuat dari berzina.
Perkara yg dekat dgn zina pun sudah  tak boleh
Tunduk pandangan mata adalah pintu pertama zina.

Ayat 33
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۗ
وَمَنْ قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا
فَلَا يُسْرِفْ فِي الْقَتْلِ ۖ
إِنَّهُ كَانَ مَنْصُورًا

Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.
Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim,
maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas.
Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu,
kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
👉jgn melampau dgn bunuh dua orang sedangkan hanya seorang shj yg patut dibunuh.

Ayat 34
وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ
إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ ۚ
وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ ۖ
إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا

Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya),
sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri);
dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia),
sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
👉Mendekati untuk mengkhianati tidak boleh.
Suburkan harta anak yatim tak pa.

Ayat 35
وَأَوْفُوا الْكَيْلَ إِذَا كِلْتُمْ وَزِنُوا بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِ ۚ
ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil.
Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
👉Lebih sedikit untuk pembeli بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِini baru adil

Ayat 36
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ
إِنَّ السَّمْعَ
وَالْبَصَرَ
وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
👉Bila dikatakan ini tak boleh buat bidaah.tapi dilawan.
Bila tiada arahan wahyu buat ,jgn buatlah.
Ni tiada larangan buat?tanya mana dalil tak buat?tak betul
Kenapa tiada larangan buat??
Tiada wahyu,tak boleh buat
Kata merangkumi semua perkara.
Sebab agama mesti ada dalil.
Tanya mana dalil tak buat?
Dalil hanya perlu dikemukakan oleh orang yg buat.
Ni dalil ada tapi tak buat baru salah.
Dalil muktabar dlm agama ,atau mengikut peraturan dalil

Ayat 37
وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا
ۖ إِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الْأَرْضَ
وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong,
kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi,
dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
👉larangan daripada memilki sikap yg akan menyebabkan berlaku sikap  zalim.Sebab sifat sombong lah akan lahirkan sikap zalim.

Ayat 38
كُلُّ ذَٰلِكَ
كَانَ سَيِّئُهُ عِنْدَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

Tiap-tiap satu perintah itu,
menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
👉

Ayat 39
ذَٰلِكَ مِمَّا أَوْحَىٰ إِلَيْكَ رَبُّكَ مِنَ الْحِكْمَةِ ۗ
وَلَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ
إِلَٰهًا آخَرَ فَتُلْقَىٰ فِي جَهَنَّمَ
مَلُومًا مَدْحُورًا

Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu.
Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah,
kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam
dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah).
👉hikmat adalah tegas

Paragraf 4 ayat 40-60 Jawapan kepada kritikan musyrikin mekah terhadap aqidah tauhid,kerasulan dan quran.
Ayat 40
أَفَأَصْفَاكُمْ رَبُّكُمْ
بِالْبَنِينَ
وَاتَّخَذَ مِنَ الْمَلَائِكَةِ إِنَاثًا ۚ
إِنَّكُمْ لَتَقُولُونَ قَوْلًا عَظِيمًا

(Jika demikian wajibnya mengesakan Allah,
maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak,
dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?).
Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Ia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat?
Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar.
👉zajrun
Perkataan syirik yg sangat besar dosanya

Ayat 41
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ
لِيَذَّكَّرُوا
وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini
supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran);
dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
👉Ada 18 ajaran Taurat yg ada dlm quran ini.
Belajar dan Baca quran menjadikan manusia bertamadun.
Zajrun1

Ayat 42
قُلْ لَوْ كَانَ مَعَهُ آلِهَةٌ كَمَا يَقُولُونَ
إِذًا لَابْتَغَوْا إِلَىٰ ذِي الْعَرْشِ سَبِيلًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu,
tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak).
👉zajrun ke2
Ajaran untuk orang tak bertamadun.ilah2 yg kecil akan cari ilah yg paling besar

Ayat 43
سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوًّا كَبِيرًا

Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Ia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan itu.
👉

Ayat 44
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ
وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ
وَلَٰكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ
إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya,
sentiasa mengucap tasbih bagi Allah;
dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya;
akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka.
Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
👉kamu=orang kafir mekah.
Tasbih tidak melanggari Allah.

Ayat 45
وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْن
َ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ
حِجَابًا مَسْتُورًا

Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad),
Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat,
yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.
👉bila dia buat begini ?ketika tahap 4kedegilan
Permulaan tidak.

Ayat 46
وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّة
ً أَنْ يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا ۚ
وَإِذَا ذَكَرْتَ رَبَّكَ فِي الْقُرْآنِ
وَحْدَهُ وَلَّوْا عَلَىٰ أَدْبَارِهِمْ نُفُورًا

Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka,
juga sebagai penyumbat pada telinga mereka,
yang menghalang mereka dari memahami
dan mendengar kebenaran Al-Quran;
dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran,
mereka berpaling undur melarikan diri.
👉

Ayat 47
نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَسْتَمِعُونَ بِهِ
إِذْ يَسْتَمِعُونَ إِلَيْك
َ وَإِذْ هُمْ نَجْوَىٰ إِذْ يَقُولُ الظَّالِمُونَ
إِنْ تَتَّبِعُونَ إِلَّا رَجُلًا مَسْحُورًا

Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran
semasa mereka mendengar bacaanmu (wahai Muhammad),
dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata (sesama sendiri):
"Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir".
👉Allah tahu tujuan mereka dengar quran.
Bisikan tak minat tauhid.
Orang yg kena sihir adalah orang gila.

Ayat 48
انْظُرْ كَيْفَ ضَرَبُوا لَكَ الْأَمْثَالَ فَضَلُّوا
فَلَا يَسْتَطِيعُونَ سَبِيلًا

Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan,
maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran.
👉Syikayah,engkar akhirat
Sebelumnya ingkar tauhid.

Ayat 49
وَقَالُوا أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا
وَرُفَاتًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًا جَدِيدًا

Dan mereka berkata: "Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput,
adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baharu?"
👉

Ayat 50
قُلْ كُونُوا حِجَارَةً أَوْ حَدِيدًا

Katakanlah (wahai Muhammad):" Jadilah kamu batu atau besi -
👉

Ayat 51
أَوْ خَلْقًا مِمَّا يَكْبُرُ فِي صُدُورِكُمْ ۚ
فَسَيَقُولُونَ مَنْ يُعِيدُنَا ۖ
قُلِ الَّذِي فَطَرَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ
فَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُءُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هُوَ ۖ
قُلْ عَسَىٰ أَنْ يَكُونَ قَرِيبًا

Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya,
(maka Allah berkuasa menghidupkannya)!" Mereka pula akan bertanya: "Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula?"
Katakanlah: "Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya!"
Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek:
Bila berlakunya?"
Katakanlah: "Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!"
👉

Ayat 52
يَوْمَ يَدْعُوكُمْ فَتَسْتَجِيبُونَ بِحَمْدِهِ
وَتَظُنُّونَ إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا

(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya,
dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar.
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 53
وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ ۚ
إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman),
supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
👉cara2 mentablighkan wahyu.
Syaitan akan menampakkan perangai kamu ,ini syariat.jafi ikutlah cara nabi.

Ayat 54
رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِكُمْ ۖ
إِنْ يَشَأْ يَرْحَمْكُمْ
أَوْ إِنْ يَشَأْ يُعَذِّبْكُمْ ۚ
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ وَكِيلًا

Tuhan kamu lebih mengetahui akan keadaan kamu;
jika Ia kehendaki, Ia akan memberi rahmat kepada kamu; atau jika Ia kehendaki, Ia akan menyeksa kamu.
Dan Kami tidak mengutusmu kepada mereka (wahai Muhammad), sebagai wakil yang menguasai urusan mereka.
👉

Ayat 55
وَرَبُّكَ أَعْلَمُ بِمَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ
وَلَقَدْ فَضَّلْنَا بَعْضَ النَّبِيِّينَ عَلَىٰ بَعْضٍ ۖ
وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا

Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain;
dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.
👉Dalil aqli yg ke 4.

Ayat 56
قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُمْ مِنْ دُونِه
ِ فَلَا يَمْلِكُونَ كَشْفَ الضُّرِّ عَنْكُمْ
وَلَا تَحْوِيلًا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah,
maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu
dan tidak dapat memindahkannya".
👉Dalil naqli yg ke3
Seperti roh Malaikat untuk orang mekah ,isa untuk orang nasaro,uzair untuk yahudi.

Ayat 57
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ
يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ الْوَسِيلَة
َأَيُّهُمْ أَقْرَبُ
وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ
وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ ۚ
إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا

orang-orang yang mereka seru itu,
masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat),
sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya;
sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti.
👉

Ayat 58
وَإِنْ مِنْ قَرْيَةٍ
إِلَّا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا
قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا ۚ
كَانَ ذَٰلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا

Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat,
atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat;
yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).
👉Takhwif duniawi.

Ayat 59
وَمَا مَنَعَنَا أَنْ نُرْسِلَ بِالْآيَاتِ
إِلَّا أَنْ كَذَّبَ بِهَا الْأَوَّلُونَ ۚ
وَآتَيْنَا ثَمُودَ النَّاقَةَ
مُبْصِرَةً فَظَلَمُوا بِهَا ۚ
وَمَا نُرْسِلُ بِالْآيَاتِ إِلَّا تَخْوِيفًا

Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu
melainkan kerana jenis mukjizat itu telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu;
dan di antaranya Kami telahpun memberikan kepada kaum Thamud unta betina
sebagai mukjizat yang menjadi keterangan yang nyata,
lalu mereka berlaku zalim kepadanya;
dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman).
👉zajrun dan takhwif

Ayat 60
وَإِذْ قُلْنَا لَكَ
إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ ۚ
وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ
إِلَّا فِتْنَةً لِلنَّاسِ
وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ ۚ
وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَانًا كَبِيرًا

Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad),
bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya;
dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia;
dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran;
dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran)
maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.
👉ini ilham

Paragraf 5 ayat 61-70 tipu daya iblis,kemuliaan dan penghormatan yg diberikan kepada anak adam
Ayat 61
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا
إِلَّا إِبْلِيسَ قَالَ أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًا

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam";
maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata: "Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?"
👉ini nak menafikan malaikat yg dipuja dan dipuji.

Ayat 62
قَالَ أَرَأَيْتَكَ هَٰذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ
لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَة
ِ لَأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلَّا قَلِيلًا

Ia berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku?
Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)".
👉kata iblis lagi

Ayat 63
قَالَ اذْهَبْ فَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ
فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَاؤُكُمْ جَزَاءً مَوْفُورًا

Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka,
maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
👉Allah jawab

Ayat 64
وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ
وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ
وَرَجِلِكَ
وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ
وَالْأَوْلَادِ
وَعِدْهُمْ ۚ
وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا

Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu;
dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka;
dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda
dan anak-anak (mereka);
dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)".
Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
👉lagi Allah jawab.
Suara termasuk semua bunyi2 muzik dan nyanyian.
Jika tidak menyerupai Quran maka itu adalah tipu.

Ayat 65
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ ۚ
وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ وَكِيلًا

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
👉

Ayat 66
رَبُّكُمُ الَّذِي يُزْجِي لَكُمُ الْفُلْكَ فِي الْبَحْرِ
لِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ ۚ
إِنَّهُ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Tuhan kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut,
supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya;
sesungguhnya Ia adalah Maha Mengasihani kepada kamu.
👉ayat tauhid aqli

Ayat 67
وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلَّا إِيَّاهُ ۖ
فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ
أَعْرَضْتُمْ ۚ
وَكَانَ الْإِنْسَانُ كَفُورًا

Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah;
maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat,
kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya);
dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).
👉syikayah

Ayat 68
أَفَأَمِنْتُمْ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمْ جَانِبَ الْبَرِّ
أَوْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا
ثُمَّ لَا تَجِدُوا لَكُمْ وَكِيلًا

Adakah kamu - (sesudah diselamatkan ke darat) - merasa aman (dan tidak memikirkan),
bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu,
atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu;
kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?
👉Takhwif duniawi

Ayat 69
أَمْ أَمِنْتُمْ أَنْ يُعِيدَكُمْ فِيهِ تَارَةً أُخْرَى
ٰ فَيُرْسِلَ عَلَيْكُمْ قَاصِفًا مِنَ الرِّيحِ
فَيُغْرِقَكُمْ بِمَا كَفَرْتُمْ ۙ
ثُمَّ لَا تَجِدُوا لَكُمْ عَلَيْنَا بِهِ تَبِيعًا

Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut,
kemudian Ia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecah belahkan segala yang dirempuhnya,
lalu Ia mengaramkan kamu dengan sebab kekufuran kamu;
kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut bela tentang itu terhadap Kami?
👉

Ayat 70
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ
وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ
وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ
وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ
مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam;
dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut;
dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik
serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
👉tadrik(perumpamaan) kepada tauhid

Paragraf 6 ayat 71-77 berita gembira tentang kegagalan perancangan mengusir nabi saw.(al aliftibzar minal ardi..
Istifzas maksud cabut hingga keakar umbi.cabut semua sekali.bukan potong dahan.guna perkataan ini hanya dlm surah ni.satu digunakan untuk iblis.satu lagi digunakan untuk firaun.satu lagi digunakan untuk kafir quraisy.tapi hasilnya tidak berjaya tapi akhiranya nabi saw yg menguasai mekah)
Ayat 71
يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ ۖ
فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ
فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ
وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا

(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya(nabi atau imam);
kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya,
maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.
👉Tabsyir
Urat pada biji kurma فَتِيلًا

Ayat 72
وَمَنْ كَانَ فِي هَٰذِهِ أَعْمَىٰ
فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ
وَأَضَلُّ سَبِيلًا

Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 73
وَإِنْ كَادُوا لَيَفْتِنُونَكَ
عَنِ الَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ
لِتَفْتَرِيَ عَلَيْنَا غَيْرَهُ ۖ
وَإِذًا لَاتَّخَذُوكَ خَلِيلًا

Dan sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesongkanmu (wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu,
supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya;
dan (kalau engkau melakukan yang demikian) baharulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya.
👉syikayah mengenai tindakan orang degil terhadap nabi.

Ayat 74
وَلَوْلَا أَنْ ثَبَّتْنَاكَ لَقَدْ كِدْتَ تَرْكَنُ إِلَيْهِمْ شَيْئًا قَلِيلًا

Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran),
tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka.
👉peringatan nabi dan ulamak islam.
Nabi tidak akan condong sebab depa maksum

Ayat 75
إِذًا لَأَذَقْنَاكَ ضِعْفَ الْحَيَاةِ
وَضِعْفَ الْمَمَاتِ
ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ عَلَيْنَا نَصِيرًا

Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup
dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati;
kemudian engkau tidak beroleh seseorang penolong pun terhadap hukuman Kami.
👉siksaan akan berganda.

Ayat 76
وَإِنْ كَادُوا لَيَسْتَفِزُّونَكَ مِنَ الْأَرْض
ِ لِيُخْرِجُوكَ مِنْهَا ۖ
وَإِذًا لَا يَلْبَثُونَ خِلَافَكَ
إِلَّا قَلِيلًا

Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi (Makkah) dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu;
dan jika berlaku demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu
melainkan sedikit masa sahaja.
👉

Ayat 77
سُنَّةَ مَنْ قَدْ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنْ رُسُلِنَا ۖ
وَلَا تَجِدُ لِسُنَّتِنَا تَحْوِيلًا

(Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami;
dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu.
👉inilah cara Allah.

Paragraf 7 ayat 78-82 berita gembira tentang terhapus kebatilan hasil hubungan dgn allah(jadi hubungan kita dgn allah akan membantu kita menentang musuh).
Ayat 78
أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ
وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ
إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam,
dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
👉ummulmulsihat
Segala gangguan semasa tabligh wahyu hubungan kami dgn Allah jgn putus.
Waktu yg diberi tawajuh.

Ayat 79
وَمِنَ اللَّيْلِ
فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى
ٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam
serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu;
semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
👉tahajud makna tinggal tidur .

Ayat 80
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ
وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;
dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",
👉serah urusan dgn berdoa.

Ayat 81
وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ
إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam),
dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik);
sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
👉Tabsyir.
Kebenaran mesti akan kekal.
Kebatilan atau kufur akan hilang.
Yg penting quran kena masuk atau belajar,kejahilan akan pergi.

Ayat 82
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ
وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ
وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ
إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya;
dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
👉Tabsyir lagi

Paragraf 8 ayat 83-100 menuntut mukjizat hissy (mukjizat  zahir)setelah ada  mukjizat quran yg hidup adalah salah(tak sepatutnya kita nak minta mukjizat lain setelah ada mukjizat quran .mukjizat quran adalah yg terpilih.tak perlu dah kepada yg lain)
Ayat 83
وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنْسَانِ أَعْرَضَ
وَنَأَىٰ بِجَانِبِهِ ۖ
وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَئُوسًا

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia
serta menjauhkan diri (dari bersyukur);
dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.
👉zajrun

Ayat 84
قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ
فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri;
maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".
👉keadaan kufur dan iman byk mana ada شَاكِلَتِهِ

Ayat 85
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ
قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي
وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.
Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku;
dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
👉zajrun
Ini Satu Soalan orang kafir mekah kepada Yahudi madinah,yahudi pula suruh tanya nabi dari 3 mengenai
1.Apa itu roh?jika bg tau panjang lebar tipu.
2.Soalan tentang Zulkarnain dan
3.Ashabulkahfi
Yahudi dia nak tau juga.tapi bukan nak ikut.

Ayat 86
وَلَئِنْ شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْك
َ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِ عَلَيْنَا وَكِيلًا

Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu,
kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya.
👉wahyu boleh hilang jika Allah kehendaki.

Ayat 87
إِلَّا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ ۚ
إِنَّ فَضْلَهُ كَانَ عَلَيْكَ كَبِيرًا

(Tetapi kekalnya Al-Quran itu) hanyalah sebagai rahmat dari tuhanmu; sesungguhnya limpah kurnianya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar.
👉muqaddar.

Ayat 88
قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ
هَٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ
وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini,
mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya,
walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".
👉Ayat nak bagi tau kehebatan Al-Quran.

Ayat 89
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ
مِنْ كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰ أَكْثَرُ النَّاسِ
إِلَّا كُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia,
di dalam Al-Quran ini,
dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar);
dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
👉zajrun dan syikayah

Ayat 90
وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ
حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنْبُوعًا

Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad),
sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami.
👉Syikayah lagi.

Ayat 91
أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِنْ نَخِيلٍ وَعِنَبٍ
فَتُفَجِّرَ الْأَنْهَارَ خِلَالَهَا تَفْجِيرًا

Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur,
kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus.
👉

Ayat 92
أَوْ تُسْقِطَ السَّمَاءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا
أَوْ تَأْتِيَ بِاللَّهِ
وَالْمَلَائِكَةِ قَبِيلًا

Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami,
sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku);
atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya.
👉

Ayat 93
أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِنْ زُخْرُفٍ
أَوْ تَرْقَىٰ فِي السَّمَاءِ
وَلَنْ نُؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ
حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَقْرَؤُهُ ۗ
قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ
إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا

Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas;
atau (sehingga) engkau naik ke langit;
dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya". Katakanlah (wahai Muhammad):" Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?
👉

Ayat 94
وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَنْ يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَى
ٰ إِلَّا أَنْ قَالُوا أَبَعَثَ اللَّهُ بَشَرًا رَسُولًا

Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk,
melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka berkata dengan hairan: "Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul?"
👉Syikayah yg ke4

Ayat 95
قُلْ لَوْ كَانَ فِي الْأَرْضِ
مَلَائِكَةٌ يَمْشُونَ مُطْمَئِنِّينَ
لَنَزَّلْنَا عَلَيْهِمْ
مِنَ السَّمَاءِ مَلَكًا رَسُولًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau ada di bumi, malaikat yang berjalan serta tinggal mendiaminya, tentulah kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi rasul".
👉 Jika malaikat yg menghuni bumi.maka malaikat yg akan turun.

Ayat 96
قُلْ كَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا
بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ ۚ
إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا

Katakanlah lagi: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu;
sesungguhnya adalah Ia Amat Mendalam pengetahuanNya, lagi Amat Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".
👉jika mereka tak mahu pakai hujjah yg diturunkan.

Ayat 97
وَمَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ ۖ
وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِهِ ۖ
وَنَحْشُرُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَىٰ
وُجُوهِهِمْ عُمْيًا وَبُكْمًا وَصُمًّا ۖ
مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ
كُلَّمَا خَبَتْ زِدْنَاهُمْ سَعِيرًا

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan;
dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka,
penolong-penolong yang lain daripadaNya.
Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya,
dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam;
tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.
👉

Ayat 98
ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ بِأَنَّهُمْ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا
وَقَالُوا أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا
وَرُفَاتًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًا جَدِيدًا

Balasan mereka yang sedemikian, ialah kerana mereka kufur ingkarkan ayat-ayat Kami,
dan mereka berkata: "Adakah sesudah Kami menjadi tulang dan benda yang reput, adakah Kami akan dibangkitkan semula dalam kejadian yang baharu?"
👉

Ayat 99
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْض
َقَادِرٌ عَلَىٰ أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُمْ
وَجَعَلَ لَهُمْ أَجَلًا لَا رَيْبَ فِيهِ
فَأَبَى الظَّالِمُونَ إِلَّا كُفُورًا

Tidakkah mereka mahu memikirkan dan meyakini bahawa Allah yang menciptakan langit dan bumi, berkuasa menciptakan orang orang yang seperti mereka (dalam bentuk yang baharu),
padahal Ia telahpun menentukan bagi mereka tempoh yang tidak ada syak padanya.?
Dalam pada itu, orang orang yang zalim enggan menerima melainkan kekufuran.
👉jawab syikayah

Ayat 100
قُلْ لَوْ أَنْتُمْ تَمْلِكُونَ خَزَائِنَ رَحْمَةِ رَبِّي
إِذًا لَأَمْسَكْتُمْ خَشْيَةَ الْإِنْفَاقِ ۚ
وَكَانَ الْإِنْسَانُ قَتُورًا

Katakanlah (wahai muhammad): "jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan;
dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut".
👉ini Ayat tauhid

Paragraf 9 ayat 101-104 sikap kepimpinan kafir quraisy dan firaun sama dari segi berusaha mengusir pihak lawannya sama(sikap firaun dulu lagu tu juga sikap kafir quraisy pun ikut jejak langkah firaun dan pengikut2 setianya.dr segi apa?iaitu bila tak boleh nak bendung atau lawan dihalau atau buang negeri-begitu caranya)
Ayat 101
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَىٰ تِسْعَ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ ۖ
فَاسْأَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ إِذْ جَاءَهُمْ
فَقَالَ لَهُ فِرْعَوْنُ
إِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا مُوسَىٰ مَسْحُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat yang jelas nyata (membuktikan kebenarannya);
maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada Bani Israil (tentang itu):
Ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya:
"Sesungguhnya aku fikir, engkau ini wahai Musa, seorang yang terkena sihir"
👉ini Ayat mukjizat.

Ayat 102
قَالَ لَقَدْ عَلِمْتَ
مَا أَنْزَلَ هَٰؤُلَاءِ
إِلَّا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
بَصَائِرَ
وَإِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا فِرْعَوْنُ مَثْبُورًا

Nabi Musa menjawab: "Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini
melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi,
sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran;
dan sebenarnya aku fikir, engkau hai Firaun, akan binasa".
👉

Ayat 103
فَأَرَادَ أَنْ يَسْتَفِزَّهُمْ مِنَ الْأَرْضِ
فَأَغْرَقْنَاهُ وَمَنْ مَعَهُ جَمِيعًا

Maka Firaun pun berkira hendak mengusir mereka dari bumi (Mesir)
lalu Kami tenggelamkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya seluruhnya.
👉

Ayat 104
وَقُلْنَا مِنْ بَعْدِهِ لِبَنِي إِسْرَائِيلَ اسْكُنُوا الْأَرْض
َ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ جِئْنَا بِكُمْ لَفِيفًا

Dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): "Tinggalah kamu di negeri itu
kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan kamu (ke Padang Mahsyar) dengan bercampur-aduk.
👉

Paragraf 10 ayat 105-111.arahan supaya menjaga hak2 quran dan  aqidah tauhid yg bersih disamping berdoa bertahmid dan bertahlil.

Ayat 105
وَبِالْحَقِّ أَنْزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ ۗ
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا

Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran,
dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan;
dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
👉

Ayat 106
وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ
عَلَىٰ مُكْثٍ
وَنَزَّلْنَاهُ تَنْزِيلًا

Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang;
dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
👉

Ayat 107
قُلْ آمِنُوا بِهِ
أَوْ لَا تُؤْمِنُوا ۚ
إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ
مِنْ قَبْلِه
ِ إِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal);
kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);
👉sebut أُوتُوا الْعِلْمَadalah orang jenis baik.jika tidak disebut ahlil kitab.

Ayat 108
وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ
رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا

Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. "
👉

Ayat 109
وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ
وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا ۩

Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.
👉itu perbuatan

Ayat 110
قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَ ۖ
أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ
وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ
وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah"(nama zat) atau nama "Ar-Rahman"(nama sifat), yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia".
Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

👉ini da'wa surah
Nama zat ialah Allah
Lain2 Nama ,adalah nama sifat seperti Ar rahman
Orang mekah hanya tahu nama zat Allah.
Soalan yg menunjukan pandai padahal tak pandai.
Orang mekah yg jahil pun tanya siapa Ar-Rahman.
Nama sifat Allah byk bukan 99,tapi 200(dikumpulkan oleh ulama)
Nama Allah boleh memberi kesan.

Ayat 111
وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ ۖ
وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا

Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak,
dan tiada bagiNya sekutu (raksn kongsi)dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya;
dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"
👉ini juga da'wa surah yg ke2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan