Daurah tafsir 2019 sesi 09(20)
Sesi 09 (19,20,21)
11.hud(123)makkiyah
12.yusuf(111)makkiyah
13.Ar rad(43)madaniyah
14.ibrahim(52)makkiyah
15.Al hijr(99)makkiyah
16.An nahl (128)makkiyah
17.Al isra(111)makkiyah
18.Al kahf(110)makkiyah
19.maryam(98)makkiyah
👉20.taha(135)makkiyyah
21.Al anbiya(112)makkiyah
22.Al haj(78) madaniyah
23.almukminun(118)makkiyah
24.An nur(64) madaniyah
25.alfurqan(77)makkiyah
26. Asy syuara(227)makkiyah
27.An naml(93) makkiyah
28.Al Qasas(88) makkiyah
29.Al ankabut(69)makkiyah
30.Ar rum(60)makkiyah
020.Surah Taa haa
Bertembung dgn manusia beraqidah syirik sangat ditakuti.
Jadi perlu berani dalam mentablighkan wahyu.
Pembesar2 mekah pujuk Abu Talib dan Abu Talib pujuk nabi.mereka nak bg dunia kat nabi.nak jadi ketua,perempuan dan harta.
Nabi kata nak bg satu je ,menyampaikan tauhid.
Penjelasan tauhid paling payah,penentangnya dtg dari orang yg tegar syirik.
Dlm surah Taha ini ada 5 ayat tarjiiyah dan 5 ayat tauhid.
20.taha(135)makkiyah
Surah ta ha
Bilangan ayat 135
Bilangan rukuk 8
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 45
Bilangan paragraf 7
Paragraf 1 ayat 1-8 menghiburkan hati rasullah
Paragraf 2 ayat 9-47percakapan kali pertama Musa dgn Allah dan beberapa arahan dari allah kepadanya.
Paragraf 3 ayat 48--79 dakwah kepada firaun di istananya dan akibat dakwah itu.
Paragraf 4 ayat 80-98 peristiwa2 selepas keluar dan buru Musa dan fitnah samiri
Paragraf 5 ayat 99-114 bicara Allah kepada Rasulnya hal ehwal hari kiamat.
Paragraf 6 ayat 115-129 kisah Adam dan Iblis dan hukum balasan baik dan balasan buruk
Paragraf 7 ayat 130-135 pesanan bersabar dan beberapa arahan dan panduan kepada Rasullah saw.
Mesej utama:
Wahai orang2 Islam!belajarlah daripada sejarah hidup Nabi Musa,dibawah naungan alQuran kamu hendaklah menghadapi Iblis dan Firaun dizaman kamu dgn penuh sabar dan istiqamah.
Paragraf 1 ayat 1-8 menghiburkan hati rasullah
Ayat 1
طه
Taa' Haa.
Ayat 2
مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
👉Ayat tarjiiyah yg pertama atau yg melahirkan keberanian yg pertama.
Ayat 3
إِلَّا تَذْكِرَةً
لِمَنْ يَخْشَىٰ
Hanya untuk menjadi peringatan
bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah
👉
Ayat 4
تَنْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
👉Ini Ayat tauhid
Ayat 5
الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
👉maha esa dlm qudrat
Ayat 6
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ
وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا
وَمَا تَحْتَ الثَّرَىٰ
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi
serta yang ada di antara keduanya
dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
👉Allah maha esa dlm ilmu.
Ayat 7
وَإِنْ تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ
فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى
Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
👉
Ayat 8
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ
لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ
Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.
👉
Paragraf 2 ayat 9-47percakapan kali pertama Musa dgn Allah dan beberapa arahan dari allah kepadanya.
Ayat 9
وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ
Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
👉Ayat tarjiiyah yg ke2
Dari cerita nabi Musa ini kita boleh belajar keberaniannya mentablighkan wahyu.
Ayat 10
إِذْ رَأَىٰ نَارًا
فَقَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا
إِنِّي آنَسْتُ نَارًا لَعَلِّي آتِيكُمْ مِنْهَا
بِقَبَسٍ أَوْ أَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى
Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.
👉 Cerita nabi Musa
Ayat 11
فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ يَا مُوسَىٰ
Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa! " -
👉
Ayat 12
إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ ۖ
إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى
"Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.
👉
Ayat 13
وَأَنَا اخْتَرْتُكَ
فَاسْتَمِعْ
لِمَا يُوحَىٰ
"Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.
Ayat 14
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا
فَاعْبُدْنِي
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
"Sesungguhnya Akulah Allah;
tiada tuhan melainkan Aku;
oleh itu, sembahlah akan Daku,
dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
👉ini ayat tauhid yg ke2,kandungan2 wahyu nabi Musa.
Ayat 15
إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ
أَكَادُ أُخْفِيهَا
لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَىٰ
"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang
- yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
👉 Tauhid risalah akhirat.
Berbekal kan tauhid pergi jumpa manusia.
Ayat 16
فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا
مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا
وَاتَّبَعَ هَوَاهُ
فَتَرْدَىٰ
"Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya
oleh orang yang tidak beriman kepadanya
serta ia menurut hawa nafsunya;
kerana dengan itu engkau akan binasa.
👉halangan dari buat persiapan untuk keakhirat.
Orang tidak beriman dan ikut hawa nafsu
Ayat 17
وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَا مُوسَىٰ
"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"
👉
Ayat 18
قَالَ هِيَ عَصَايَ
أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا
وَأَهُشُّ بِهَا
عَلَىٰ غَنَمِي
وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَىٰ
Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku;
aku bertekan atasnya semasa,
berjalan,
dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku,
dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".
👉 Ini nak menunjukan tongkat biasa.tak perlu cari tongkatnya.
Ayat 19
قَالَ أَلْقِهَا يَا مُوسَىٰ
Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"
👉Makna أَلْقِهَاbuang terus bukan campak.
Jika Buang dah tak ambil balik.
Ayat 20
فَأَلْقَاهَا
فَإِذَا هِيَ حَيَّةٌ تَسْعَىٰ
Lalu ia mencampakkannya,
maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
👉Mukjizat jadi ular ,besar dan laju
Ular kecil حَيَّةٌtapi laju
Ayat 21
قَالَ خُذْهَا وَلَا تَخَفْ ۖ
سَنُعِيدُهَا سِيرَتَهَا الْأُولَىٰ
Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut,
Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.
👉bermakna nabi musa takut
Ayat 22
وَاضْمُمْ يَدَكَ إِلَىٰ جَنَاحِكَ
تَخْرُجْ بَيْضَاءَ
مِنْ غَيْرِ سُوءٍ آيَةً أُخْرَىٰ
"Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu;
nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.
👉Mukjizat ke2.
Ayat 23
لِنُرِيَكَ مِنْ آيَاتِنَا الْكُبْرَى
"(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.
👉Aayatul Kubra Termasuk kehancuran firaun
Ayat 24
اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ
"Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas".
👉
Ayat 25
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
👉Lapangkan dada semasa mentablighkan
Ayat 26
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
👉Persiapan untuk tabligh
Ayat 27
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
👉
Ayat 28
يَفْقَهُوا قَوْلِي
"Supaya mereka faham perkataanku;
👉
Ayat 29
وَاجْعَلْ لِي وَزِيرًا مِنْ أَهْلِي
"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
👉
Ayat 30
هَارُونَ أَخِي
"Iaitu Harun saudaraku;
Ayat 31
اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي
"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
👉
Ayat 32
وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي
"Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
👉dalam urusan tabligh
Ayat 33
كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا
"Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
👉
Ayat 34
وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا
"Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
👉
Ayat 35
إِنَّكَ كُنْتَ بِنَا بَصِيرًا
"Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami".
👉
Ayat 36
قَالَ قَدْ أُوتِيتَ سُؤْلَكَ يَا مُوسَىٰ
Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa!
👉
Ayat 37
وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَيْكَ مَرَّةً أُخْرَىٰ
"Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.
👉Penjelasan Nas.
Ayat 38
إِذْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّكَ مَا يُوحَىٰ
"Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:
👉
Ayat 39
أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوت
ِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ
فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ
يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِي وَعَدُوٌّ لَهُ ۚ
وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِنِّي
وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي
"Letakkanlah anakmu di dalam peti,
kemudian lepaskanlah peti itu ke laut,
maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya;
dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu;
dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
👉Perasaan kasih sayang adalah.pemberian Allah.
Tepi sungai (pantai)tempat keluarga Firaun mandi.
Ayat 40
إِذْ تَمْشِي أُخْتُكَ
فَتَقُولُ
هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ مَنْ يَكْفُلُهُ ۖ
فَرَجَعْنَاكَ إِلَىٰ أُمِّكَ
كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا
وَلَا تَحْزَنَ ۚ
وَقَتَلْتَ نَفْسًا
فَنَجَّيْنَاكَ مِنَ الْغَمِّ
وَفَتَنَّاكَ فُتُونًا ۚ
فَلَبِثْتَ سِنِينَ فِي أَهْلِ مَدْيَنَ
ثُمَّ جِئْتَ عَلَىٰ قَدَرٍ يَا مُوسَىٰ
"Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?"
Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu;
dan semasa engkau membunuh seorang lelaki,
lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu;
dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan;
kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan;
setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!
👉Ini juga pemberian Allah kepada nabi Musa.
Ayat 41
وَاصْطَنَعْتُكَ لِنَفْسِي
"Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi RasulKu.
Ayat 42
اذْهَبْ أَنْتَ وَأَخُوكَ بِآيَاتِي
وَلَا تَنِيَا فِي ذِكْرِي
"Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku.
👉
Ayat 43
اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.
Ayat 44
فَقُولَا لَهُ
قَوْلًا لَيِّنًا
لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ
"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya,
dengan kata-kata yang lemah-lembut,
semoga ia beringat atau takut".
👉
Ayat 45
قَالَا رَبَّنَا إِنَّنَا نَخَافُ
أَنْ يَفْرُطَ عَلَيْنَا
أَوْ أَنْ يَطْغَىٰ
Mereka berdua berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami, atau ia akan melampau batas".
👉Ketika mentablighkan wahyu
Ayat 46
قَالَ لَا تَخَافَا ۖ
إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَىٰ
Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.
👉
Ayat 47
فَأْتِيَاه
ُ فَقُولَا
إِنَّا رَسُولَا رَبِّكَ
فَأَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ
وَلَا تُعَذِّبْهُمْ ۖ
قَدْ جِئْنَاكَ بِآيَةٍ مِنْ رَبِّكَ ۖ
وَالسَّلَامُ عَلَىٰ مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَىٰ
"Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: "Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu,
maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami,
dan janganlah engkau menyeksakan mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu!
Dan selamat sejahtera itu adalah untuk orang-orang yang menurut petunjuk ugama Allah.
👉
Paragraf 3 ayat 48--79 dakwah kepada firaun di istananya dan akibat dakwah itu.
Ayat 48
إِنَّا قَدْ أُوحِيَ إِلَيْنَا
أَنَّ الْعَذَابَ
عَلَىٰ مَنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ
"Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan
kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya".
Ayat 49
قَالَ فَمَنْ
رَبُّكُمَا يَا مُوسَىٰ
(Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata: "Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?"
👉
Ayat 50
قَالَ رَبُّنَا الَّذِي أَعْطَىٰ كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَه
ُ ثُمَّ هَدَىٰ
Nabi Musa menjawab: "Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya,
kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya".
👉
Ayat 51
قَالَ فَمَا بَالُ الْقُرُونِ الْأُولَىٰ
Firaun bertanya lagi: "Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?"
👉Allah bg kuasa memilih pada firaun.
Ayat 52
قَالَ عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي فِي كِتَابٍ ۖ
لَا يَضِلُّ رَبِّي وَلَا يَنْسَى
Nabi Musa menjawab: "Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa".
Ayat 53
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ مَهْدًا
وَسَلَكَ لَكُمْ فِيهَا سُبُلًا
وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَخْرَجْنَا بِهِ أَزْوَاجًا
مِنْ نَبَاتٍ شَتَّىٰ
(Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,
dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang;
dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit.
Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya.
👉 Nabi Musa memperkenalkan Allah
Ayat 54
كُلُوا وَارْعَوْا أَنْعَامَكُمْ ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِأُولِي النُّهَىٰ
Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran.
👉Akal النُّهَىٰ
Ayat 55
مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ
وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ
وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَىٰ
Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.
Ayat 56
وَلَقَدْ أَرَيْنَاهُ آيَاتِنَا كُلَّهَا
فَكَذَّبَ وَأَبَىٰ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada Firaun segala tanda-tanda yang membukti kekuasaan Kami;
dalam pada itu ia mendustakannya dan enggan beriman.
👉Firaun tetap enggan.
Ayat 57
قَالَ أَجِئْتَنَا لِتُخْرِجَنَا مِنْ أَرْضِنَا
بِسِحْرِكَ يَا مُوسَىٰ
Firaun berkata: "Patutkah engkau datang kepada kami untuk mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, hai Musa?
👉Ini helah firaun
Ayat 58
فَلَنَأْتِيَنَّكَ بِسِحْرٍ مِثْلِهِ
فَاجْعَلْ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ مَوْعِدًا
لَا نُخْلِفُهُ نَحْنُ
وَلَا أَنْتَ مَكَانًا سُوًى
"Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu!
Maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya,
di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak".
👉
Ayat 59
قَالَ مَوْعِدُكُمْ يَوْمُ الزِّينَةِ
وَأَنْ يُحْشَرَ النَّاسُ ضُحًى
Nabi Musa menjawab: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha".
👉Hari perayaan الزِّينَةِ
Ayat 60
فَتَوَلَّىٰ فِرْعَوْنُ فَجَمَعَ كَيْدَهُ ثُمَّ أَتَىٰ
Maka Firaun pun berangkat dari majlis itu. Ia mengumpulkan ahli-ahli sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian ia datang ke tempat perlawanan.
Ayat 61
قَالَ لَهُمْ مُوسَىٰ
وَيْلَكُمْ
لَا تَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
فَيُسْحِتَكُمْ بِعَذَابٍ ۖ
وَقَدْ خَابَ مَنِ افْتَرَىٰ
Nabi Musa berkata kepada mereka: "Celakalah kamu kelak! Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah,
kerana dengan sebab itu Ia akan membinasakan kamu dengan azab seksa;
dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa".
👉Jahiliyah Mesir adalah syirik terhadap Allah.
Ayat 62
فَتَنَازَعُوا أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ
وَأَسَرُّوا النَّجْوَىٰ
Maka merekapun berbantahan dan berunding sesama sendiri mengenai perkara sihir mereka,
dan mereka rahsiakan apa yang mereka rundingkan.
👉
Ayat 63
قَالُوا إِنْ هَٰذَانِ لَسَاحِرَان
ِيُرِيدَانِ أَنْ يُخْرِجَاكُمْ
مِنْ أَرْضِكُمْ
بِسِحْرِهِمَا
وَيَذْهَبَا بِطَرِيقَتِكُمُ الْمُثْلَىٰ
Mereka berkata: "Dua orang ini, sebenarnya dua ahli sihir yang bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihir mereka,
dan hendak melenyapkan kepercayaan serta adat peraturan kamu yang utama.
👉
Ayat 64
فَأَجْمِعُوا كَيْدَكُمْ ثُمَّ ائْتُوا صَفًّا ۚ
وَقَدْ أَفْلَحَ الْيَوْمَ مَنِ اسْتَعْلَىٰ
"Oleh itu, satukanlah segala cara helah kamu, kemudian datanglah beramai-ramai dalam satu barisan untuk menentangnya;
dan sesungguhnya beruntunglah orang yang menang pada hari ini".
👉
Ayat 65
قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِمَّا أَنْ تُلْقِيَ
وَإِمَّا أَنْ نَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَلْقَىٰ
Mereka berkata: "Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?"
👉
Ayat 66
قَالَ بَلْ أَلْقُوا ۖ
فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ
يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِنْ سِحْرِهِمْ
أَنَّهَا تَسْعَىٰ
Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu".
Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.
👉
Ayat 67
فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ
خِيفَةً مُوسَىٰ
Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.
👉Takut naluri manusia
Ayat 68
قُلْنَا لَا تَخَفْ
إِنَّكَ أَنْتَ الْأَعْلَىٰ
Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.
Ayat 69
وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ
تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا ۖ
إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ ۖ
وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ
"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan,
kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir;
sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".
👉
Ayat 70
فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا
قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَىٰ
(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka),
maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".
👉
Ayat 71
قَالَ آمَنْتُمْ لَهُ
قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ ۖ
إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ
الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ ۖ
فَلَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ مِنْ خِلَافٍ
وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ
فِي جُذُوعِ النَّخْلِ
وَلَتَعْلَمُنَّ أَيُّنَا أَشَدُّ عَذَابًا وَأَبْقَىٰ
Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu?
Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu.
Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang,
dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar;
dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal".
👉
Ayat 72
قَالُوا لَنْ نُؤْثِرَكَ عَلَىٰ مَا جَاءَنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ
وَالَّذِي فَطَرَنَا ۖ
فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ ۖ
إِنَّمَا تَقْضِي هَٰذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua.
Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan,
kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja.
👉
Ayat 73
إِنَّا آمَنَّا بِرَبِّنَا لِيَغْفِرَ لَنَا خَطَايَانَا
وَمَا أَكْرَهْتَنَا عَلَيْهِ مِنَ السِّحْرِ ۗ
وَاللَّهُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ
"Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkanNya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya.
Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahalaNya.
👉
Ayat 74
إِنَّهُ مَنْ يَأْتِ رَبَّهُ مُجْرِمًا
فَإِنَّ لَهُ جَهَنَّمَ
لَا يَمُوتُ فِيهَا
وَلَا يَحْيَىٰ
"Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia bersalah
maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup.
👉Idkhol Ilahi
Ayat 75
وَمَنْ يَأْتِهِ مُؤْمِنًا
قَدْ عَمِلَ الصَّالِحَاتِ
فَأُولَٰئِكَ لَهُمُ الدَّرَجَاتُ الْعُلَىٰ
"Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh,
maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya:
👉
Ayat 76
جَنَّاتُ عَدْن
ٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
وَذَٰلِكَ جَزَاءُ مَنْ تَزَكَّىٰ
"(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya;
dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat".
👉Sehingga Ayat ini,cerita nabi Musa &Harun dan kaum qibti.
Ayat selepas ini nabi Musa dgn kaum Sibti
Ayat 77
وَلَقَدْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَى
ٰ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي
فَاضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقًا فِي الْبَحْرِ يَبَسًا
لَا تَخَافُ دَرَكًا وَلَا تَخْشَىٰ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar memgembara pada waktu malam,
kemudian pukulah air laut dengan tongkatmu,
untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh,
dan jangan pula engkau takut tenggelam".
Ayat 78
فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ بِجُنُودِهِ
فَغَشِيَهُمْ مِنَ الْيَمِّ مَا غَشِيَهُمْ
Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya,
lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.
👉
Ayat 79
وَأَضَلَّ فِرْعَوْنُ
قَوْمَهُ وَمَا هَدَىٰ
Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan,
dan tidaklah ia membawa mereka ke jalan yang benar.
👉
Paragraf 4 ayat 80-98 peristiwa2 selepas keluar dan buru Musa dan fitnah samiri
Ayat 80
يَا بَنِي إِسْرَائِيل
َقَدْ أَنْجَيْنَاكُمْ مِنْ عَدُوِّكُمْ
وَوَاعَدْنَاكُمْ جَانِبَ الطُّورِ الْأَيْمَنَ
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ
Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari musuh kamu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu, dan kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa",
👉
Ayat 81
كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ
وَلَا تَطْغَوْا فِيهِ فَيَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبِي ۖ
وَمَنْ يَحْلِلْ عَلَيْهِ غَضَبِي فَقَدْ هَوَىٰ
Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu,
dan janganlah kamu melampaui batas padanya,
kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu;
dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia.
👉
Ayat 82
وَإِنِّي لَغَفَّار
ٌلِمَنْ تَابَ
وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا
ثُمَّ اهْتَدَىٰ
Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh,
kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.
👉
Ayat 83
وَمَا أَعْجَلَكَ عَنْ قَوْمِكَ يَا مُوسَىٰ
Dan apakah yang menyebabkan engkau segera datang ke mari lebih dahulu dari kaum engkau wahai Musa?.
👉Nabi Musa telah pergi terlebih dahulu sedang Allah nak dia dtg bersama kaumnya.
Ayat 84
قَالَ هُمْ أُولَاءِ عَلَىٰ أَثَرِي
وَعَجِلْتُ إِلَيْكَ رَبِّ لِتَرْضَىٰ
Nabi Musa menjawab: "Mereka itu ada mengiringi daku tidak jauh dari sini;
dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku".
👉
Ayat 85
قَالَ فَإِنَّا قَدْ فَتَنَّا قَوْمَكَ
مِنْ بَعْدِكَ
وَأَضَلَّهُمُ السَّامِرِيُّ
(Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa:
"Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu,
dan mereka telah disesatkan oleh Samiri"
👉Samiri nama qabilah lain .
Ayat 86
فَرَجَعَ مُوسَىٰ إِلَىٰ قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفًا ۚ
قَالَ يَا قَوْمِ
أَلَمْ يَعِدْكُمْ رَبُّكُمْ وَعْدًا حَسَنًا ۚ
أَفَطَالَ عَلَيْكُمُ الْعَهْدُ
أَمْ أَرَدْتُمْ أَنْ يَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبٌ مِنْ رَبِّكُم
ْفَأَخْلَفْتُمْ مَوْعِدِي
Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; ia berkata:
"Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu?
Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu,
lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?"
👉
Ayat 87
قَالُوا مَا أَخْلَفْنَا مَوْعِدَكَ
بِمَلْكِنَا
وَلَٰكِنَّا حُمِّلْنَا أَوْزَارًا مِنْ زِينَةِ الْقَوْمِ
فَقَذَفْنَاهَا
فَكَذَٰلِكَ أَلْقَى السَّامِرِيُّ
Mereka menjawab: "Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami,
tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu,
supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian,
maka demikianlah juga "Samiri" mencampakkan apa yang dibawanya.
👉
Ayat 88
فَأَخْرَجَ لَهُمْ عِجْلًا جَسَدًا
لَهُ خُوَارٌ
فَقَالُوا هَٰذَا إِلَٰهُكُمْ
وَإِلَٰهُ مُوسَىٰ
فَنَسِيَ
"Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara,
lalu mereka berkata: "Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!"
👉
Ayat 89
أَفَلَا يَرَوْنَ
أَلَّا يَرْجِعُ إِلَيْهِمْ قَوْلًا
وَلَا يَمْلِكُ لَهُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا
Patutkah mereka tidak mahu berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka,
dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat kepada mereka?
👉
Ayat 90
وَلَقَدْ قَالَ لَهُمْ هَارُونُ مِنْ قَبْلُ
يَا قَوْمِ إِنَّمَا فُتِنْتُمْ بِهِ ۖ
وَإِنَّ رَبَّكُمُ الرَّحْمَٰنُ
فَاتَّبِعُونِي وَأَطِيعُوا أَمْرِي
Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu:
"Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu,
dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmatNya;
oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku".
👉
Ayat 91
قَالُوا لَنْ نَبْرَحَ عَلَيْهِ عَاكِفِينَ
حَتَّىٰ يَرْجِعَ إِلَيْنَا مُوسَىٰ
Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya hingga Nabi Musa kembali kepada kami".
Ayat 92
قَالَ يَا هَارُونُ
مَا مَنَعَكَ إِذْ رَأَيْتَهُمْ ضَلُّوا
(Sekembalinya), Nabi Musa berkata: "Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat,
👉
Ayat 93
أَلَّا تَتَّبِعَنِ ۖ
أَفَعَصَيْتَ أَمْرِي
"Daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?"
Ayat 94
قَالَ يَا ابْنَ أُمَّ
لَا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلَا بِرَأْسِي ۖ
إِنِّي خَشِيتُ
أَنْ تَقُولَ فَرَّقْتَ بَيْنَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
وَلَمْ تَرْقُبْ قَوْلِي
Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku!
Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku.
Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: `
Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri,
dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! ' "
👉
Minit 44
Ayat 95
قَالَ فَمَا خَطْبُكَ يَا سَامِرِيُّ
(Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?"
Ayat 96
قَالَ بَصُرْتُ بِمَا لَمْ يَبْصُرُوا بِهِ
فَقَبَضْتُ قَبْضَةً مِنْ أَثَرِ الرَّسُولِ
فَنَبَذْتُهَا
وَكَذَٰلِكَ سَوَّلَتْ لِي نَفْسِي
Ia menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku".
👉 Samiri lakukan demikian kerana menginginkan pujaan dan sanjungan sepertimana yg ada pada nabi musa
Ayat 97
قَالَ فَاذْهَبْ
فَإِنَّ لَكَ فِي الْحَيَاةِ
أَنْ تَقُولَ لَا مِسَاسَ ۖ
وَإِنَّ لَكَ مَوْعِدًا
لَنْ تُخْلَفَهُ ۖ
وَانْظُرْ إِلَىٰ إِلَٰهِكَ
الَّذِي ظَلْتَ عَلَيْهِ عَاكِفًا ۖ
لَنُحَرِّقَنَّهُ
ثُمَّ لَنَنْسِفَنَّهُ
فِي الْيَمِّ
نَسْفًا
Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan),
kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: `
Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya.
Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya,
sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur
dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.
👉
Ayat 98
إِنَّمَا إِلَٰهُكُمُ اللَّهُ
الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ
وَسِعَ كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا
"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu".
👉Ini Ayat tauhid,kegagalan sebhg pengikut Musa ikut nabi Musa dan kegagalan adalah disebabkan kegagalan tauhid.
Paragraf 5 ayat 99-114 bicara Allah kepada Rasulnya hal ehwal hari kiamat.
Ayat 99
كَذَٰلِكَ نَقُصُّ عَلَيْكَ
مِنْ أَنْبَاءِ مَا قَدْ سَبَقَ ۚ
وَقَدْ آتَيْنَاكَ مِنْ لَدُنَّا ذِكْرًا
Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu;
dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu,
dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan.
👉Ayat tarjiiyah yg ke3
Ayat 100
مَنْ أَعْرَضَ عَنْهُ فَإِنَّهُ يَحْمِلُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وِزْرًا
Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu,
maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat.
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 101
خَالِدِينَ فِيهِ ۖ
وَسَاءَ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِمْلًا
Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu; dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat,
👉
Ayat 102
يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ ۚ
وَنَحْشُرُ الْمُجْرِمِينَ يَوْمَئِذٍ زُرْقًا
(Iaitu) hari ditiup Sangkakala,
dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya.
👉
Ayat 103
يَتَخَافَتُونَ بَيْنَهُمْ
إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا عَشْرًا
Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: "Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja".
👉
Ayat 104
نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ
إِذْ يَقُولُ أَمْثَلُهُمْ
طَرِيقَةً إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا يَوْمًا
(Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu,
manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula:
"Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat".
👉
Ayat 105
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْجِبَالِ
فَقُلْ يَنْسِفُهَا رَبِّي نَسْفًا
Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang;
maka jawablah: "Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.
👉Ada yg kata Ini Jawapan kepada satu soalan
Ayat 106
فَيَذَرُهَا
قَاعًا
صَفْصَفًا
"Lalu Ia membiarkan
tapak gunung-gunung itu (di bumi)
rata lagi licin".
👉
Ayat 107
لَا تَرَىٰ فِيهَا
عِوَجًا وَلَا أَمْتًا
Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.
👉
Ayat 108
يَوْمَئِذٍ يَتَّبِعُونَ الدَّاعِيَ لَا عِوَجَ لَهُ ۖ
وَخَشَعَتِ الْأَصْوَاتُ لِلرَّحْمَٰنِ
فَلَا تَسْمَعُ إِلَّا هَمْسًا
Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya;
dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.
👉
Ayat 109
يَوْمَئِذٍ
لَا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ
إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَٰنُ
وَرَضِيَ لَهُ قَوْلًا
Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada orang yang diredai perkataannya.
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 110
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ
وَمَا خَلْفَهُمْ
وَلَا يُحِيطُونَ بِهِ عِلْمًا
Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia),
dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat);
sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi.
👉Syirik عِلْمًا
Ayat 111
وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ ۖ
وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا
Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya;
dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.
👉Tabsyir
Ayat 112
وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ
وَهُوَ مُؤْمِنٌ
فَلَا يَخَافُ ظُلْمًا
وَلَا هَضْمًا
Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh,
sedang ia beriman,
maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.
👉Tabsyir
Ayat 113
وَكَذَٰلِكَ أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا
وَصَرَّفْنَا فِيهِ
مِنَ الْوَعِيدِ
لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
أَوْ يُحْدِثُ لَهُمْ ذِكْرًا
Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab,
dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa,
atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.
👉Tabrik
Ayat 114
فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۗ
وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُقْضَىٰ إِلَيْكَ وَحْيُهُ ۖ
وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya).
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu,
dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".
👉Ayat tarjih yg ke4.
Ilmu yg minta ditambah adalah ilmu makrifat.
Paragraf 6 ayat 115-129 kisah Adam dan Iblis dan hukum balasan baik dan balasan buruk
Ayat 115
وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ
مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ
وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا
Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa;
dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.
👉
Ayat 116
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ
فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud, melainkan Iblis,
ia enggan sujud.
Ayat 117
فَقُلْنَا يَا آدَمُ
إِنَّ هَٰذَا عَدُوٌّ لَكَ
وَلِزَوْجِكَ
فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّة
ِفَتَشْقَىٰ
Maka, Kami berfirman:
"Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu
dan bagi isterimu;
oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.
👉
Ayat 118
إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا تَعْرَىٰ
"Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu,
bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu
dan tidak akan bertelanjang.
👉
Ayat 119
وَأَنَّكَ لَا تَظْمَأُ فِيهَا
وَلَا تَضْحَىٰ
"Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu,
dan tidak akan merasa panas matahari".
👉
Ayat 120
فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ
قَالَ يَا آدَمُ هَلْ
أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ
وَمُلْكٍ لَا يَبْلَىٰ
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya,
dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"
👉Ini propaganda syaitan.
Ayat 121
فَأَكَلَا مِنْهَا
فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا
وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا
مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ ۚ
وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ
Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu,
lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga;
dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).
👉
Ayat 122
ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ
فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَىٰ
Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat),
lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.
👉
Ayat 123
قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ
بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ
فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى
فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ
فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ
Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama,
dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain;
kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat
dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.
👉
Ayat 124
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي
فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا
وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu,
maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit,
dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
👉Zajrun dan Takhwif ukhrowi
Kehidupan yg sempit diakhirat nanti.
Ayat 125
قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ
وَقَدْ كُنْتُ بَصِيرًا
Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta,
padahal aku dahulu melihat?"
👉
Ayat 126
قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ
وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَىٰ
Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu,
lalu engkau melupakan serta meninggalkannya,
dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".
👉
Ayat 127
وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي
مَنْ أَسْرَفَ
وَلَمْ يُؤْمِنْ بِآيَاتِ رَبِّهِ ۚ
وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَشَدُّ وَأَبْقَىٰ
Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya;
dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.
👉Melampaui batas akhirat
Ayat 128
أَفَلَمْ يَهْدِ لَهُمْ كَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِنَ الْقُرُونِ
يَمْشُونَ فِي مَسَاكِنِهِمْ ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِأُولِي النُّهَىٰ
Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka:
berapa banyak Kami telah binasakan dari kamu-kaum yang terdahulu daripada mereka,
sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu?
Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran.
👉Takhwif duniawi
Ayat 129
وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ
مِنْ رَبِّكَ لَكَانَ لِزَامًا وَأَجَلٌ مُسَمًّى
Dan jika tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah Tuhanmu (wahai Muhammad),
dan satu tempoh yang ditentukan nescaya balasan jenayah mereka sudah semestinya berlaku.
👉Allah bg tau hikmahnya.
Paragraf 7 ayat 130-135 pesanan bersabar dan beberapa arahan dan panduan kepada Rasullah saw.
Ayat 130
فَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ
وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْس
ِوَقَبْلَ غُرُوبِهَا ۖ
وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ
فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ
لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ
Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan,
dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit
dan sebelum terbenamnya;
dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang;
supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
👉Tasliyah,ayat tarikh yg ke5
Ayat 131
وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِه
ِأَزْوَاجًا مِنْهُمْ
زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ ۚ
وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya,
yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini,
untuk Kami menguji mereka padanya;
sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
👉
Ayat 132
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ
وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ
لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ
نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ
وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang,
dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu,
(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.
Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
👉Ummulmuslihat
Ayat 133
وَقَالُوا لَوْلَا يَأْتِينَا بِآيَةٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ
أَوَلَمْ تَأْتِهِمْ بَيِّنَةُ مَا فِي الصُّحُفِ الْأُولَىٰ
Dan mereka yang kafir berkata: "Mengapa ia tidak membawa kepada kami satu tanda mukjizat dari Tuhannya yang membuktikan kebenarannya?
" Bukankah telah datang kepada mereka berbagai-bagai keterangan dan khasnya Al-Quran yang menjadi kenyataan yang menerangkan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab yang dahulu?
👉Syikayah atas kedegilan mereka
Ayat 134
وَلَوْ أَنَّا أَهْلَكْنَاهُمْ بِعَذَابٍ مِنْ قَبْلِهِ
لَقَالُوا رَبَّنَا لَوْلَا أَرْسَلْتَ إِلَيْنَا رَسُولًا
فَنَتَّبِعَ آيَاتِكَ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَذِلَّ وَنَخْزَىٰ
Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan sesuatu azab sebelum datangnya Rasul Kami membawa Al-Quran ini,
tentulah mereka akan berkata pada hari kiamat: "Wahai Tuhan Kami! Mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada kami seorang Rasul
supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu yang dibawanya,
sebelum kami menjadi hina (dengan azab di dunia),
dan mendapat malu (dengan azab di akhirat)?"
Ayat 135
قُلْ كُلٌّ مُتَرَبِّصٌ
فَتَرَبَّصُوا ۖ
فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ أَصْحَابُ الصِّرَاطِ السَّوِيِّ
وَمَنِ اهْتَدَىٰ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang (di antara kita) sedang menunggu;
maka tunggulah kamu! Kemudian kamu akan mengetahui kelak siapakah orang-orang yang berada atas jalan yang lurus,
dan juga siapa yang mendapat petunjuk"
👉Masing2 nabi dan penentang nabi masing2 menunggu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan