Khamis, Jun 06, 2019

Daurah tafsir 2019 sesi 10(23)

Daurah tafsir 2019 sesi 10(23)
Sesi 10(22,23)

21.Al anbiya(112)makkiyah
22.Al haj(78) madaniyah
👉23.almukminun(118)makkiyah
24.An nur(64) madaniyah
25.alfurqan(77)makkiyah
26. Asy syuara(227)makkiyah
27.An naml(93) makkiyah
28.Al Qasas(88) makkiyah
29.Al ankabut(69)makkiyah
30.Ar rum(60)makkiyah

023.Surah Al mukminin
Dlm surah ini bg tau sifat ahli tauhid yg sebenar.
Ada berbagai cara mentauhid allah yg Allah tunjukkan ini.
Kita mesti nafi atau kena tolak segala yg syirik.
Terbahgi 2bhg
Bhg 1,1-77
Bhg 78-118

Jgn syirik,jgn zalim dan buat baik kepada hamba Allah ,musibah akan ditarik balik.

23.almukminun(118)makkiyah
Surah al mukminun
Bilangan ayat 118
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 74
Bilangan paragraf  8
Paragraf 1 ayat 1-11 Sifat ahli syurga
Paragraf 2 ayat 12-22 Dalil2 tauhid khaliqiyah dan rububiyah
Paragraf 3 ayat 23-31 Akibat buruk yg diterima kaum nuh
Paragraf 4 ayat 32-44 Akibat buruk yg  kaum Aad,kaum Tsamud ,Kaum Syuib dan kaum Lut
Paragraf 5 ayat 45-69 Akibat buruk yg diterima Firaun
Paragraf 6 ayat 70-77 Jawapan terhadap kritikan kepada Rasullah dan seruan Islam untuk orang2 musyrikin Mekah
Paragraf 7 ayat 78-92 Dalil2 dan akhirat.
Paragraf 8 ayat 93-118 Adab2 dakwah dan tabligh.

Mesej utama
Orang2 yg beriman shj yg berjaya dan merekalah yg akan menjadi ahli syurga iaitu orang2 yg mengambil iktibar dan pengajaran daripada akibat buruk yg diterima oleh bangsa2 dan umat  terdahulu lalu beriman dgn menerima akidah tauhid dan percaya kepada hari kemudian serta menerima seruan Muhamad saw

Paragraf 1 ayat 1-11 Sifat ahli syurga

Ayat 1
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
👉Boleh yg dikehendaki adalah أَفْلَحَ
Disini maknanya boleh yg dia cari (iaitu bertemu dgn Allah disyurga)atau mahu dan selamat dari apa yg dia lari(kemurkaan Allah dan neraka)
Betul2 beriman atas aqidah tauhid الْمُؤْمِنُونَ

Sifat mukmin yg sebenar.
Perangai tetap dia iaitu
Ayat 2
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
👉Khusyuk kerana takut dan tawajuh

Ayat 3
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
👉Percakapan yg sia2 atau salah dan rosak.kalimah yg memberi makna syirik dan sentiasa berpaling seperkara sia2

Ayat 4
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
👉Orang mekah sudah tahu tentang zakat.

Ayat 5
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
👉

Ayat 6
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ
فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
👉

Ayat 7
فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
A👉Sifat2 hamba yg menjaga Hawa nafsu

Ayat 8
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
👉Amanah adalah benda yg bernilai.
Janji dgn Allah dan dgn hamba allah

Ayat 9
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
👉Solat ferdu dimasjid
Masjid dibina untuk solat ferdu.khusus untuk lelaki.
Masjid bukan untuk segolongan shj.
Solat sunat dirumah.

Ayat 10
أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
👉

Ayat 11
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
👉Syurga tertinggi الْفِرْدَوْسَ
Kena minta syurga paling tinggi.

Paragraf 2 ayat 12-22 Dalil2 tauhid khaliqiyah dan rububiyah

Ayat 12
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
👉Pilihan tanah.

Ayat 13
ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ

Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
👉

Ayat 14
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً
فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً
فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا
فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا
ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ
فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku.
lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging;
kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang;
kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.
Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
👉Allah bg tau sesuatu yg berlaku dlm tubuh manusia.
Dalil anfusi.

Ayat 15
ثُمَّ إِنَّكُمْ
بَعْدَ
ذَٰلِكَ لَمَيِّتُونَ

Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
👉

Ayat 16
ثُمَّ إِنَّكُمْ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ
تُبْعَثُونَ

Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
👉Orang kena terima

Ayat 17
وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقَكُمْ
سَبْعَ طَرَائِقَ
وَمَا كُنَّا عَنِ الْخَلْقِ غَافِلِينَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan
tujuh jalan di atas kamu,
dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami.
👉Dalil afaqi,dalil diluar tubuh manusia yg ke2

Ayat 18
وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
بِقَدَرٍ
فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ ۖ
وَإِنَّا عَلَىٰ ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ

Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu,
serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi;
dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.
👉Dalil yg ke3

Ayat 19
فَأَنْشَأْنَا لَكُمْ بِهِ
جَنَّاتٍ
مِنْ نَخِيلٍ
وَأَعْنَابٍ
لَكُمْ فِيهَا فَوَاكِهُ كَثِيرَةٌ
وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur.
Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak,
dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
👉

Ayat 20
وَشَجَرَةً
تَخْرُجُ مِنْ طُورِ سَيْنَاءَ
تَنْبُتُ بِالدُّهْنِ
وَصِبْغٍ لِلْآكِلِينَ

Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok
yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina,
yang mengeluarkan minyak
dan lauk bagi orang-orang yang makan.
👉Kawasan bukit saina yg byk pokok zaiton سَيْنَاءَ
Kuah وَصِبْغٍ
Zaiton byk kegunaan

Ayat 21
وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً ۖ
نُسْقِيكُمْ
مِمَّا فِي بُطُونِهَا
وَلَكُمْ فِيهَا
مَنَافِعُ كَثِيرَةٌ
وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya);
Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya,
dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya;
dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
👉Dalil aqli yg ke4.

Ayat 22
وَعَلَيْهَا
وَعَلَى الْفُلْكِ تُحْمَلُونَ

Dan di atas binatang-binatang ternak itu,
serta di atas kapal-kapal kamu diangkut.
👉Semua nikmat yg datang dari Allah.maka selain dr Allah tidak berhak dipuja dan diseru.

Paragraf 3 ayat 23-31 Akibat buruk yg diterima kaum nuh

Ayat 23
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ
فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ
مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ
أَفَلَا تَتَّقُونَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya
lalu berkatalah ia:
"Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.
Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?".
👉

Ayat 24
فَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ
مَا هَٰذَا إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ
يُرِيدُ أَنْ يَتَفَضَّلَ عَلَيْكُمْ
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَأَنْزَلَ مَلَائِكَةً
مَا سَمِعْنَا بِهَٰذَا فِي آبَائِنَا الْأَوَّلِينَ

Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri)):
"Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu,
ia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah Ia menurunkan malaikat menjadi RasulNya.
Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.
👉Ilmu tiada.
Jadi jahil bermula dgn jahil tentang wahyu,kesempatan diambil syaitan untuk menjerumuskan kedalam syirik.
Sampai bila2,syirik hanya berlaku akan pada orang jahil sahaja dan tak akan berlaku pada orang alim.Untuk ubat orang syirik adalah bg reti agama.Bagi ilmu, syirik akan ditendang keluar.
Bahasa orang jahil:
مَا سَمِعْنَا بِهَٰذَا فِي آبَائِنَا الْأَوَّلِينَ
Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.
BELA KEJAHILAN.
Tiada benda Lain nak jawab.

Ayat 25
إِنْ هُوَ
إِلَّا رَجُلٌ بِهِ جِنَّةٌ
فَتَرَبَّصُوا بِهِ
حَتَّىٰ حِينٍ

"Ia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengidap penyakit gila.
Oleh itu tunggulah akan perubahan keadaannya hingga ke suatu masa".
👉dikatakan kepada nabi oleh orang jahil
Orang alim ada neraca atau ukuran.orang jahil hanya boleh tuduh shj.

Ayat 26
قَالَ رَبِّ انْصُرْنِي بِمَا كَذَّبُونِ

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku".
👉Akhir sekali nabi Nuh berdoa.

Ayat 27
فَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ
أَنِ اصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا
وَوَحْيِنَا
فَإِذَا جَاءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ ۙ
فَاسْلُكْ
فِيهَا مِنْ كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ
وَأَهْلَكَ إِلَّا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ مِنْهُمْ ۖ
وَلَا تُخَاطِبْنِي فِي الَّذِينَ ظَلَمُوا ۖ
إِنَّهُمْ مُغْرَقُونَ

Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan
serta kawalan Kami,
dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya);
kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka,
dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan),
maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina),
dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu)
kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu,
kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.
👉

Ayat 28
فَإِذَا اسْتَوَيْتَ أَنْتَ
وَمَنْ مَعَكَ عَلَى الْفُلْكِ فَقُلِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي نَجَّانَا
مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

"Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu
maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: ` Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami
daripada orang-orang yang zalim '.
👉Bacaan untuk kekal selamat
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي نَجَّانَا
مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Ayat 29
وَقُلْ
رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا
وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ

"Dan berdoalah dengan berkata:
Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat,
dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' "
👉

Ayat 30
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
وَإِنْ كُنَّا لَمُبْتَلِينَ

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (yang mendatangkan iktibar);
dan sesungguhnya Kami tetap menguji (hamba-hamba Kami).
👉

Ayat  31
ثُمَّ أَنْشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ
قَرْنًا آخَرِينَ

Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka,
umat yang lain.
👉Ulamak kata Boleh jadi kaum aad atau boleh jadi kaum tsamud قَرْنًا آخَرِينَmaknanya satu zaman selepas daripada itu

Paragraf 4 ayat 32-44 Akibat buruk yg  kaum Aad,kaum Tsamud ,Kaum Syuib dan kaum Lut

Ayat 32
فَأَرْسَلْنَا فِيهِمْ رَسُولًا
مِنْهُمْ
أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ
مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ
أَفَلَا تَتَّقُونَ

Lalu Kami mengutus kepada mereka
seorang Rasul dari kalangan mereka (dengan berfirman melalui Rasul itu):
"Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.
Oleh itu tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?"
👉Samada nabi Hud atau nabi saleh

Ayat 33
وَقَالَ الْمَلَأُ مِنْ قَوْمِهِ الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِلِقَاءِ الْآخِرَةِ
وَأَتْرَفْنَاهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
مَا هَٰذَا إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ
يَأْكُلُ مِمَّا تَأْكُلُونَ مِنْهُ
وَيَشْرَبُ مِمَّا تَشْرَبُونَ

Dan (bagi menolak seruan itu), ketua-ketua dari kaumnya yang kafir
serta mendustakan pertemuan hari akhirat,
dan yang Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia,
berkata (sesama sendiri) "Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu,
ia makan dari apa yang kamu makan,
dan meminum dari apa yang kamu minum.
👉Manusia ikut manusia,mereka akan jadi paling rugi

Ayat 34
وَلَئِنْ أَطَعْتُمْ بَشَرًا مِثْلَكُمْ
إِنَّكُمْ إِذًا لَخَاسِرُونَ

"Dan demi sesungguhnya, jika kamu taati manusia yang seperti kamu, tentulah kamu dengan membuat demikian, menjadi orang-orang yang rugi.
👉

Ayat 35
أَيَعِدُكُمْ أَنَّكُمْ
إِذَا مِتُّمْ وَكُنْتُمْ تُرَابًا
وَعِظَامًا أَنَّكُمْ مُخْرَجُونَ

"Patutkah ia menjanjikan kamu,
bahawa sesungguhnya apabila kamu mati
dan menjadi tanah
dan tulang, kamu akan dikeluarkan (dari kubur hidup semula)?
👉

Ayat 36
هَيْهَاتَ هَيْهَاتَ
لِمَا تُوعَدُونَ

"Jauh, amatlah jauh (dari kebenaran) apa yang dijanjikan kepada kamu itu!
👉Ini isim feel

Ayat 37
إِنْ هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا
نَمُوتُ وَنَحْيَا
وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ

"Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini.
Kita mati dan kita hidup (silih berganti)
dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula.
👉

Ayat 38
إِنْ هُوَ إِلَّا رَجُلٌ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
وَمَا نَحْنُ لَهُ بِمُؤْمِنِينَ

"Tiadalah dia (Nabi Hud) itu selain dari seorang lelaki yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah,
dan kami tidak akan beriman kepadanya".
👉

Ayat 39
قَالَ رَبِّ انْصُرْنِي بِمَا كَذَّبُونِ

Nabi Hud berdoa dengan berkata: "Wahai TuhanKu, belalah daku, kerana mereka telah mendustakan seruanku".
👉

Ayat 40
قَالَ عَمَّا قَلِيلٍ لَيُصْبِحُنَّ نَادِمِينَ

Allah berfirman: "Dalam sedikit masa lagi mereka akan menjadi orang-orang yang menyesal".
👉

Ayat 41
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ
بِالْحَقِّ فَجَعَلْنَاهُمْ غُثَاءً ۚ
فَبُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi,
dengan benar lagi adil,
lalu Kami jadikan mereka sebagai sampah sarap (yang dihanyutkan oleh banjir).
Maka kebinasaanlah kesudahannya bagi kaum yang zalim itu.
👉

Ayat 42
ثُمَّ أَنْشَأْنَا
مِنْ بَعْدِهِمْ
قُرُونًا آخَرِينَ

Kemudian Kami ciptakan,
sesudah mereka,
umat-umat yang lain.
👉

Ayat 43
مَا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا
وَمَا يَسْتَأْخِرُونَ

Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan,
dan mereka pula tidak dapat melambatkannya.
👉

Ayat 44
ثُمَّ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا تَتْرَىٰ ۖ
كُلَّ مَا جَاءَ أُمَّةً رَسُولُهَا كَذَّبُوهُ ۚ
فَأَتْبَعْنَا بَعْضَهُمْ بَعْضًا
وَجَعَلْنَاهُمْ أَحَادِيثَ ۚ
فَبُعْدًا لِقَوْمٍ لَا يُؤْمِنُونَ

Kemudian Kami mengutus Rasul-rasul Kami silih berganti.
Tiap-tiap kali sesuatu umat didatangi Rasulnya, mereka mendustakannya;
lalu Kami binasakan umat-umat yang demikian,
lepas satu-satu;
dan Kami jadikan perihal mereka sebagai cerita-cerita (yang mendatangkan iktibar);
maka kebinasaanlah kesudahannya bagi orang-orang yang tidak beriman.
👉

Paragraf 5 ayat 45-69 Akibat buruk yg diterima Firaun

Ayat 45
ثُمَّ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ وَأَخَاهُ هَارُونَ
بِآيَاتِنَا وَسُلْطَانٍ مُبِينٍ

Kemudian Kami mengutus Nabi Musa dan saudaranya: Nabi Harun,
dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami,
dan bukti (mukjizat) yang nyata,
👉

Ayat 46
إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ
فَاسْتَكْبَرُوا
وَكَانُوا قَوْمًا عَالِينَ

Kepada Firaun dan kaumnya;
lalu mereka menentang (seruan Nabi-nabi Allah itu) dengan sombong takbur,
serta menjadi kaum yang membesarkan diri.
👉

Ayat 47
فَقَالُوا
أَنُؤْمِنُ لِبَشَرَيْنِ مِثْلِنَا
وَقَوْمُهُمَا
لَنَا عَابِدُونَ

Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya): "Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedang kaum mereka
menjadi orang-orang suruhan kita?"
👉Kaum sibti orang .
Tolak agama atas alasan peribadi

Ayat 48
فَكَذَّبُوهُمَا
فَكَانُوا مِنَ الْمُهْلَكِينَ

Oleh itu, merekapun mendustakan keduanya,
lalu menjadilah mereka sebahagian dari orang-orang yang dibinasakan.
👉

Ayat 49
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ
لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ

Dan sesungguhnya, Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat,
supaya mereka beroleh hidayah petunjuk.
👉

Ayat 50
وَجَعَلْنَا ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ آيَةً
وَآوَيْنَاهُمَا إِلَىٰ رَبْوَةٍ
ذَاتِ قَرَارٍ وَمَعِينٍ

Dan Kami jadikan (Nabi lsa) ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat)
dan Kami telah menempatkan keduanya di tanah tinggi, tempat tinggal yang ada tanaman dan mata air yang mengalir.
👉Dalil naqli daripada nabi isa dan Mariam.

Ayat 51
يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ
كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ
وَاعْمَلُوا صَالِحًا ۖ
إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
👉Allah nak bg tau makan dan minum adalah tabiat manusia dan bukan penghalang untuk sesaorang menjadi nabi.
Nabi juga akan mati ,hanya wahyu yg akan kekal
Nabi yg akan tunjuk cara2.sebab agama adalah aqidah dan kepercayaan.
Nabi manusia adalah logik akal.
Amal Soleh akan lahir dr makanan dr sumber yg halal.

Ayat 52
وَإِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً
وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ

Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya,
dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
👉Asal umat adalah yg beriman,umat nabi Nuh.

Ayat 53
فَتَقَطَّعُوا
أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ زُبُرًا ۖ
كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan,
tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
👉Syikayah
Bangga dan tidak akan puak yg lain فَرِحُونَ

Ayat 54
فَذَرْهُمْ فِي غَمْرَتِهِمْ
حَتَّىٰ حِينٍ

Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu
hingga ke suatu masa.
👉jahil kebenaran غَمْرَتِهِمْlemas dlm jahil

Ayat 55
أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُمْ بِهِ مِنْ مَالٍ وَبَنِينَ

Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.
👉zajrun atau teguran.
Bila mabuk dan jahil mereka  rasa tidak bersalah.

Ayat 56
نُسَارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْرَاتِ ۚ
بَلْ لَا يَشْعُرُونَ

(Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).
👉apakah mereka sangka ini epemberian pertama kami?sebelum kami beri nikmat yg satu lagi ?
Ini istidraj atau perangkap untuk dihumban dlm azab.
Pemberian untuk diazab.
Mereka tidak sedar itu umpan.

🍇🍇🍇Ayat 57
إِنَّ الَّذِينَ هُمْ مِنْ خَشْيَةِ رَبِّهِمْ
مُشْفِقُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka;
👉3perkara perlu dibuat untuk tolak azab.
Takut dan tahu sifat allah خَشْيَةِ
Berhati2 مُشْفِقُونَ

Ayat 58
وَالَّذِينَ هُمْ بِآيَاتِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُونَ

Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;
👉Satu

Ayat 59
وَالَّذِينَ هُمْ بِرَبِّهِمْ لَا يُشْرِكُونَ

Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka;
👉

Ayat 60
وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا
وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ
أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ

Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar
kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;
👉Memberi dgn makna infaq.
Alamat diterima baru tahu diterima atau  tidak

Ayat 61
أُولَٰئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ

Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan,
dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
👉

Ayat 62
وَلَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۖ
وَلَدَيْنَا كِتَابٌ يَنْطِقُ بِالْحَقِّ ۚ
وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya;
dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar,
sedang mereka tidak dianiaya.
👉Jumlah muktaridoh.

Ayat 63
بَلْ قُلُوبُهُمْ فِي غَمْرَةٍ
مِنْ هَٰذَا
وَلَهُمْ أَعْمَالٌ مِنْ دُونِ ذَٰلِكَ
هُمْ لَهَا عَامِلُونَ

(Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan,
lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini;
dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu,
yang mereka terus-menerus mengerjakannya;
👉Zajrun

Ayat 64
حَتَّىٰ إِذَا أَخَذْنَا مُتْرَفِيهِمْ بِالْعَذَابِ
إِذَا هُمْ يَجْأَرُونَ

Hingga apabila Kami timpakan azab kepada orang-orang yang mewah di antara mereka maka dengan
serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong.
👉Takhwif duniawi.
Sedar semasa kena azab.

Ayat 65
لَا تَجْأَرُوا الْيَوْمَ ۖ
إِنَّكُمْ مِنَّا لَا تُنْصَرُونَ

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami.
👉tiada taqdir untuk ditolong.

Ayat 66
قَدْ كَانَتْ آيَاتِي تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ
فَكُنْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ تَنْكِصُونَ

"(Kerana) sesungguhnya ayat-ayatKu telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang -
👉Sebab azab

Ayat 67
مُسْتَكْبِرِينَ بِهِ
سَامِرًا تَهْجُرُونَ

"Dengan keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan kamu pada malam hari".
👉Sombong dari menerima Al-Quran.
Dan dgn anggapan Quran ini cerita palsu atau karut shj.

Ayat 68
أَفَلَمْ يَدَّبَّرُوا الْقَوْلَ
أَمْ جَاءَهُمْ مَا لَمْ
يَأْتِ آبَاءَهُمُ الْأَوَّلِينَ

Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)?
Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu?
👉Zajrun

Ayat 69
أَمْ لَمْ يَعْرِفُوا رَسُولَهُمْ
فَهُمْ لَهُ مُنْكِرُونَ

Atau kerana mereka tidak kenal rasul mereka,
lalu mereka mengingkarinya?
👉Yg ke3

Paragraf 6 ayat 70-77 Jawapan terhadap kritikan kepada Rasullah dan seruan Islam untuk orang2 musyrikin Mekah

Ayat 70
أَمْ يَقُولُونَ بِهِ جِنَّةٌ ۚ
بَلْ جَاءَهُمْ بِالْحَقِّ
وَأَكْثَرُهُمْ لِلْحَقِّ كَارِهُونَ

Atau kerana mereka mengatakan: "Dia kena penyakit gila?"
(Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa ugama yang tetap benar,
dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran.
👉

Ayat 71
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ
لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ
بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ
فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ

Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka,
nescaya rosak binasalah langit dan bumi
serta segala yang adanya.
(Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka;
maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;
👉

Ayat 72
أَمْ تَسْأَلُهُمْ خَرْجًا
فَخَرَاجُ رَبِّكَ خَيْرٌ ۖ
وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)?
(Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik,
dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.
👉Juga zajrun

Ayat 73
وَإِنَّكَ لَتَدْعُوهُمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;
👉

Ayat 74
وَإِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ
عَنِ الصِّرَاطِ لَنَاكِبُونَ

Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat,
sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu.
👉Ini sifat orang mekah.

Ayat 75
وَلَوْ رَحِمْنَاهُمْ
وَكَشَفْنَا مَا بِهِمْ مِنْ ضُرٍّ
لَلَجُّوا فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka
serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
👉Buta hati يَعْمَهُونَ

Ayat 76
وَلَقَدْ أَخَذْنَاهُمْ بِالْعَذَابِ
فَمَا اسْتَكَانُوا لِرَبِّهِمْ
وَمَا يَتَضَرَّعُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia),
maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka
dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat);
👉 Dlm surah ini bg tau sifat ahli tauhid yg sebenar.

Ayat 77
حَتَّىٰ إِذَا فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ
بَابًا ذَا عَذَابٍ شَدِيدٍ
إِذَا هُمْ فِيهِ مُبْلِسُونَ

Sehingga apabila Kami bukakan kepada mereka
sebuah pintu yang menyebabkan azab yang berat,
maka mereka serta-merta berputus asa dengan sebabnya - dari mendapat sebarang kebaikan.
👉Pintu azab yg sangat berat adalah perang Badar.

Bhg ke2,d diulang semula dalil2

Paragraf 7 ayat 78-92 Dalil2 dan akhirat.

Ayat 78
وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۚ
قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ

Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi)
amatlah sedikit kamu bersyukur.
👉Dalil aqli yg pertama

Ayat 79
وَهُوَ الَّذِي ذَرَأَكُمْ فِي الْأَرْضِ
وَإِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Dan Dia lah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi,
dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
👉Dalil aqli yg ke2

Ayat 80
وَهُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ
وَلَهُ اخْتِلَافُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ۚ
أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan;
dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?
👉

Ayat 81
بَلْ قَالُوا مِثْلَ مَا قَالَ الْأَوَّلُونَ

(Mereka tidak juga mahu berfikir) bahkan mereka berkata seperti yang dikatakan oleh orang-orang dahulu (yang ingkar);
👉Syikayah
Kata2 mereka,ajar tauhid ini tidak benar dan nabi bukan pilihan Allah sebab nabi tidak malaikat.

Ayat 82
قَالُوا أَإِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ

Mereka berkata: "Adakah apabila kami telah mati dan kami menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitkan (hidup semula)?
👉

Ayat 83
لَقَدْ وُعِدْنَا نَحْنُ وَآبَاؤُنَا هَٰذَا مِنْ قَبْلُ
إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

"Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini - kami dan datuk nenek kami - dari dahulu lagi;
perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala."
👉Aqidah orang salah ,dia menuduh kebenaran itu kesesatan atau dongengan shj sedangkan itu wahyu Allah.

Ayat 84
قُلْ
لِمَنِ الْأَرْضُ
وَمَنْ فِيهَا
إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Tanyakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?"
👉

Ayat 85
سَيَقُولُونَ لِلَّهِ ۚ
قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?"
👉orang mekah jawap

Ayat 86
قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ
وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh,
dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"
👉dalil ittiroqi yg ke2

Ayat 87
سَيَقُولُونَ لِلَّهِ ۚ
قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"
👉

Ayat 88
قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ
وَهُوَ يُجِيرُ
وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ
إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu,
serta ia dapat melindungi (segala-galanya)
dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"
👉Dalil ittirofi yg ke3

Ayat 89
سَيَقُولُونَ لِلَّهِ ۚ
قُلْ فَأَنَّىٰ تُسْحَرُونَ

Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah".
Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"
👉

Ayat 90
بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِالْحَقِّ
وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

(Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.
👉Zajrun.

Ayat 91
مَا اتَّخَذَ اللَّهُ مِنْ وَلَدٍ
وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَٰهٍ ۚ
إِذًا لَذَهَبَ كُلُّ إِلَٰهٍ بِمَا خَلَقَ
وَلَعَلَا بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ
سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ

Allah tidak sekali-kali mempunyai anak,
dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian,
dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain.
Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.
👉Jika ada Ilah lain ,nescaya setiap ilah ada makhlukNya tersendiri dan nescaya sebhg ilah akan menewaskan ilah lain.yg kalah itu bukan ilah.yg menang sj ilah.jadi ilah itulah Allah taala .ini nak suruh orang Arab fikir.

Ayat 92
عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
فَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

(Allah) Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata;
maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan.
👉

Paragraf 8 ayat 93-118 Adab2 dakwah dan tabligh.

Ayat 93
قُلْ رَبِّ إِمَّا تُرِيَنِّي مَا يُوعَدُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), -
👉

Ayat 94
رَبِّ فَلَا تَجْعَلْنِي
فِي الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

"Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu".
👉

Ayat 95
وَإِنَّا عَلَىٰ أَنْ نُرِيَكَ
مَا نَعِدُهُمْ لَقَادِرُونَ

Dan sesungguhnya Kami berkuasa memperlihatkan kepadamu azab yang Kami janjikan kepada mereka.
👉

Ayat 96
ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ السَّيِّئَةَ ۚ
نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَصِفُونَ

Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.
👉Cara menyampaikan wahyu.
Kerana sentiasa mentablighkan wahyu.azab akan dizahirkan nanti.
Cara terbaik adalah tawakal pada Allah.
Ini Ayat makkiyah belum ada undang2 perang.kqmu sendiri tak perlu hukum mereka.
Jika tak sabar,tak boleh tawakkal pada allah.

Ayat 97
وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ

Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan
👉jika perlu meminta atau berdoa pada Allah.
Cucuk هَمَزَاتِ

Ayat 98
وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ
أَنْ يَحْضُرُونِ

"Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".
👉Minta berlindung dgn Allah dari syaitan.
Ini doa untuk hilangkan was2.
Bagi orang yg ada aqidahntauhid sudah memadai dgn doa ini.syaitan akan lari jauh.
Doa yg hati lalai dan leka tidak akan makbul.

Ayat 99
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ
قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka,
berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -
👉Lemas dlm kejahilan dan kelalaian.
Seorang tapi sirohjamii sebab byk kali minta.

Ayat 100
لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ
كَلَّا ۚ
إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ
وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan".
Tidak! Masakan dapat?
Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya,
sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
👉Minta balik adalah dalih palsu.semua yg cuai leka akan cakap begini.

Ayat 101
فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ
فَلَا أَنْسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ
وَلَا يَتَسَاءَلُونَ

Kemudian, apabila ditiup sangkakala,
maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka,
dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.
👉

Ayat 102
فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
👉 Tabsyir

Ayat 103
وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ
فَأُولَٰئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ فِي جَهَنَّمَ خَالِدُونَ

Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya,
maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam
👉Takhwif ukrowi.

Ayat 104
تَلْفَحُ وُجُوهَهُمُ النَّارُ
وَهُمْ فِيهَا كَالِحُونَ

Api neraka itu membakar muka mereka,
dan tinggalah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.
👉Sifat2 neraka.

Ayat 105
أَلَمْ تَكُنْ آيَاتِي تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ
فَكُنْتُمْ بِهَا تُكَذِّبُونَ

(Sambil dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu,
lalu kamu terus-menerus mendustakannya?"
👉

Ayat 106
قَالُوا رَبَّنَا غَلَبَتْ عَلَيْنَا شِقْوَتُنَا
وَكُنَّا قَوْمًا ضَالِّينَ

Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami,
dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.
👉Ini dalihan mereka.

Ayat 107
رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْهَا
فَإِنْ عُدْنَا
فَإِنَّا ظَالِمُونَ

"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia);
setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat),
maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim."
👉ini permohonan mereka.

Ayat 108
قَالَ
اخْسَئُوا فِيهَا
وَلَا تُكَلِّمُونِ

(Allah) berfirman: "Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!
👉Kalimah untuk halau anjing اخْسَئُوا
Tidak terima sebab ada 2puak.
1.puak yg sudah masuk syurga
2.puak minta balik kedunia.

Ayat 109
إِنَّهُ كَانَ فَرِيقٌ مِنْ عِبَادِي
يَقُولُونَ
رَبَّنَا آمَنَّا
فَاغْفِرْ لَنَا
وَارْحَمْنَا
وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

"Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami,
kami telah beriman;
oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami,
dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat '.
👉

Ayat 110
فَاتَّخَذْتُمُوهُمْ سِخْرِيًّا
حَتَّىٰ أَنْسَوْكُمْ ذِكْرِي
وَكُنْتُمْ مِنْهُمْ تَضْحَكُونَ

"Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan
sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu,
dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.
👉

Ayat 111
إِنِّي جَزَيْتُهُمُ الْيَوْمَ
بِمَا صَبَرُوا
أَنَّهُمْ هُمُ الْفَائِزُونَ

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka;
sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
👉

Ayat 112
قَالَ كَمْ لَبِثْتُمْ فِي الْأَرْضِ عَدَدَ سِنِينَ

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"
👉Orang yg bangkit dr kubur

Ayat 113
قَالُوا
لَبِثْنَا يَوْمًا
أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ
فَاسْأَلِ الْعَادِّينَ

Mereka menjawab:
"Kami tinggal (di dunia) selama sehari
atau sebahagian dari sehari;
maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung
👉

Ayat 114
قَالَ إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا ۖ
لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja,
kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
👉

Ayat 115
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا
وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?
Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
👉Zajrun

Ayat 116
فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۖ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ
رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia,
Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
👉

Ayat 117
وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ
لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ
فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ ۚ
إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ

Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah,
dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya,
maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya.
Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 118
وَقُلْ
رَبِّ اغْفِرْ
وَارْحَمْ
وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
👉diajarkan kepada nabi,doa untuk selamatkan diri dr taqdir yg tidak baik.
Dlm kehidupan dunia,bereskanlah وَارْحَمْ
Dlm urusan agama bagilah taufik
Ampunilah dosa2 اغْفِرْ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan