Khamis, Jun 27, 2019

Muqaddimah Ajrumiyah Ep.8

Muqaddimah Ajrumiyah Ep.8

Kali ini huraian matan dan ikrob.
Sebelum itu marilah ulangkaji beberapa tajuk yg telah kita pelajari di episod2 yg lepas.
Mula2 sekali ibnu ajrul memulakan perbahasan mengenai alkalam iaitu apakah pengertian alkalam.
Kemudian  diikuti pembahagian kalam kepada isim,fiil dan harf.Kemudian beliau menjelaskan mengenai ciri2 setiap komponen setiap kalam.Iaitu ciri2 isim ,ciri fiil dan ciri2 harf.
Pada episod kali ini kita akan ,saya akan menjelaskan secara ringkas pengertian ikrob.
Memandangkan ikrob adalah satu konsep yg sangat penting dlm nahu.
Dan begitu juga penting dlm perisian quran ikrob.

Kata ibnu ajrul
الإِرَابُ هُوَ تَغْيِيرُ ٱوَاخِر الكَلِمة لاخْتلَافِ العَوَامِل الدَّاخِلَةِ عَليهَا

لَفْظَا ٱوتَقْدِيْرَا
Ikrob itu berlaku pada akhir perkataan disebabkan al awamil(faktor2 dan agen2)yg masuk pada akhir perkataan ini samada secara lafaz jelas atau pun secara anggaran.
Dalam pengertian ikrob ini terdapat  beberapa istilah  yg saya kira terus saya tegaskan adalah al awa mil.
Al awal mil adalah jamak krpada amil.Iaitu dlm istilah bahasa inggeris disebut agen atau penyebab mengapa akhir  perkataan bahasa arab itu berubah2.Ia tidak berubah dgn sendirinya.
Ada agen atau amil yg bertindak  sebagai pengubah kepada baris  dan keadaan akhir setiap perkataan  atau sebahagian besar bahasa arab.
Contoh ذَهَبْتُ إِلَى المَسْجِدِ
إِلَىdisini dianggap aamil
Iaitu faktor yg menyebabkan al masjidi ,isim yg berbaris bawah. إِلَىdisebut sebagai amil dan المَسْجِدِdisrbut sbg makmun.
Amil pula boleh dibahagi kepada dua iaitu
1.Amil lafzi
2.Amil taqdiri.
Seperti yg disebut oleh ibnu ajrul لَفْظًا ٱوتَقْدِيْرَا

Amil pula boleh dibahagi kepada dua iaitu
1.Amil lafzi
Amil ini amil yg boleh dilihat seperti yg saya sebutkan tadi ذَهَبْتُ إِلَى المَسْجِد,kita boleh fahami إِلَىdisitu adalah amil yg menyebabkan  perkataan selepasnya berubah baris.
Yg Ke 2 ialah Amil taqdiri.Iaitu yg kita boleh anggarkan
Ulamak nahu berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan amil bg setiap perubahan yg berlaku.
Ini kerana ilmu nahu membahaskan secara lojik mengapa setiap perkataan itu berubah.
Ini memudahkan pelajar2 bahasa arab mempelajari  ilmu nahu.
Jika tiada amil yg jelas ulamak nahu  menyebutkan amil2 yg bersifst taqdiri .sebagai contohالمَسْجِدُ كَبِيْرٌ
Kita mungkin tertanya kenapaالمَسْجِدُ ِberbaris depan.
Ia berbaris depan kerana  berada dihadapan ayat.
Jadi setiap perkataan dipangkal ayat ianya berbaris depan.Amilnya ialah al ib tidak(الابتداء) kerana berada dipangkal ayat.

Ijrob boleh dibahagikan kepada4 bahagian iaitu kita boleh lihat pafa setiap akhir perkataan arab.
Iaitu terbahagi  kepada alaf ul wal nas bu wal jar rul wal jas mul.
Ada sebahagian dari tanda ini memasuki fiil dan isim .
Contoh nya alrof un wan nas bu wal jarul adalah tanda2 yg boleh kita lihat pada isim.
Manakala wal jas mul adalah tanda yg memasuki fiil.
Perkataan yg menerima ikrob (perubahan pada akhir perkataan)adalah isim dan fiil mudharik sahaja.

Harf  ,fiil madhi dan  fiil amal tidak  boleh menerima
perubahan.
Ini bererti harf kekal walaupun menerima apa jua amil yg masuk .
Kita akan bincang harf dlm  tajuk albinak dan dgn itu mari kita sama2 mempraktikkan  penggunaan  al ikrob melalui perisian  quran ikrob.

Surah albayinah.
👉Perubahan disebabkan amil..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنْفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ
Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik,
tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, -
-Sura Al-Bayyinah, Ayah 1

رَسُولٌ مِنَ اللَّهِ يَتْلُو صُحُفًا مُطَهَّرَةً
Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,
-Sura Al-Bayyinah, Ayah 2

فِيهَا

👈👈👈👈كُتُبٌ

Kenapa?
Naat adalah sifat yg disebut selepas isim.
Naat mengikut perkataan dari segi baris.
Yg diberi sifat

👈ٌ قَيِّمَةٌ

Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.
-Sura Al-Bayyinah, Ayah 3

وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَةُ

Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
-Sura Al-Bayyinah, Ayah 4

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ
وَذَٰلِكَ

👈👈 دِينُ
Addin adalah isim.
Ikrob adalah perkataan2 yg berubah2 disebabkan amil2  nya yg berbeza.

👈👈الْقَيِّمَةِ

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya,
lagi tetap teguh di atas tauhid;
dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat.
Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.
-Sura Al-Bayyinah, Ayah 5

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
أُولَٰئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya.
Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
-Sura Al-Bayyinah, Ayah 6

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
-Sura Al-Bayyinah, Ayah 8

جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ
ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap),
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya;
Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya.
Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
-Sura Al-Bayyinah, Ayah 8

Surah alhumazah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
-Sura Al-Humazah, Ayah 1

الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
-Sura Al-Humazah, Ayah 2

يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
-Sura Al-Humazah, Ayah 3

كَلَّا ۖ لَيُنْبَذَنَّ

👈👈فِيhuruf jar

👈👈👈 الْحُطَمَةِ
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
-Sura Al-Humazah, Ayah 4

وَمَا أَدْرَاك

👈👈َ مَا
Kerana ma bertibdak sebagai mubtadak/subjek
Hutamah predikat

👈👈👈 الْحُطَمَةُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
-Sura Al-Humazah, Ayah 5

نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
-Sura Al-Humazah, Ayah 6

الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ
Yang naik menjulang ke hati;
-Sura Al-Humazah, Ayah 7

إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
-Sura Al-Humazah, Ayah 8

فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
-Sura Al-Humazah, Ayah 9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan