Qawaid tafsir 2019 sesi 14
Kaedah 58.
Sambungannya.
Nakirah2 apabila berulang menunjukan beberapa berbeza dgn makrifah.
قاعدة ٥٨ النَّكِرةُ إِذَا تَكَرَّرَتْ دَلَّتْ عَلَى التَّعَدَّدِ بِخَلَافِ ابْمَعْرِفَةِ
(Isim)Nakirah apabila berulang,
menunjukkan beberapa, berbeza
dengan ma'rifah.
Keterangan: Mana-mana isim apabila disebut dua kali atau berulang kali, ia tidakakan terlepas daripada empat keadaan berikut:
(1) Isim ma'rifah disebut dua kali atau berulang kali, pada kedua kalinya iadisebutkan dalam bentuk ma'rifah.
(2) Isim nakirah disebut dua kali atau berulang kali, pada kedua kalinya ia disebutkandalam bentuk nakirah.
(3) Mula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kemudian disebut dalam bentuknakirah.
(4) Mula-mula disebut dalam bentuk nakirah, kemudian disebut dalam bentukma'rifah.
Jika sesuatu isim ma'rifah disebut dan diulangi dua kali dalam ayat, maka padakebiasaannya, isim ma'rifah kedua adalah isim makrifah yang pertama juga.
Jika sesuatu isim nakirah disebut dan diulangi dua kali dalam ayat, maka biasanyaisim nakirah kedua lain daripada nakirah pertama.
Jika sesuatu isim mula-mula disebut dalam bentuk nakirah, kemudian baru disebutdalam bentuk ma'rifah, maka yang disebut kemudian dalam bentuk ma'rifah itu tidaklain, isim nakirah pertama jua.
Dan jika sesuatu isim mula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kemudian barudisebut dalam bentuk nakirah, maka dalam keadaan ini penentuan hendaklah dibuat
berdasarkan qarinah (petunjuk yangada dalam ayat).
Peringatan: Hukum-hukum yang diberikan untuk empat keadaan isim di atas adalahberdasarkan kebiasaan atau kebanyakannya. Bukanlah ia suatu yang mesti dan tidak
dapat tidak. Kadang-kadang kerana adanya qarinah-qarinah tertentu, hukumnya laindaripada apa yang diberikan tadi....Dipanggil hukum kebiasaan
109
Contoh-contoh:
Contoh aplikasi isim dalam bentuk pertama iaitu isim ma'rifah disebut dua kali didalam ayat, danpada kedua kalinya ia digunakan dalam bentuk ma'rifah, ialah firman
Allah berikut:
(1)
إِیَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِیَّاكَ نَسۡتَعِینُ(5)
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ( 6)
5. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
6. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telahkurniakan ni'mat kepada mereka,
(al-Fatihah: 5-6).
Perkataan ٱلصِّرَٰطَ tersebut dua kali di situ. Pada kedua kalinya ia digunakan dalambentuk ma'rifah. Mula-mula ia ma'rifah dengan ال(Alif Laam), selepas itu ia ma'rifah
kerana diidhafatkan kepada isim ma'rifah yang lain. Dalam keadaan ini ٱلصِّرَٰطَ keduatidak lain adalah ٱلصِّرَٰطَ yang pertama jua. Pendek kata, yang dimaksudkan dengankedua-dua ٱلصِّرَٰطَ ,itu ialah ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِیم
(2)
وَقِهِمُ ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ وَمَن تَقِ ٱلسَّیِّـَٔاتِ یَوۡمَىِٕذٍ فَقَدۡ رَحِمۡتَهُۥۚ وَذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ
9. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya)dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan)
kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telahmengurniakan rahmat kepadanya dan yang demikian itulah kemenangan yang besar(nilainya).
(Ghafir: 9).
Contoh yg ke2
ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ
(balasan kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh mereka) yang tersebutdahulu di dalam ayat di atas, itulah juga. ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ yang tersebut selepasnya.
Contoh aptikasi isim dalam bentuk kedua iaitu Isim nakirah disebut dua kali atau
berulang kali, setiap kali disebut, ia disebutkan dalam bentuk nakirah adalah firman
Allah berikut:
(1)
110
۞ ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَكُم مِّن ضَعۡفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ ضَعۡفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةٍ ضَعۡفًا وَشَیۡبَةًۚ یَخۡلُقُ مَا یَشَاۤءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡقَدِیرُ
54. Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lernah, selepasberkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu
lernah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah
jua yang Maha Mengetahui,lagi Maha Kuasa.
(ar-Ruum: 54).
Di dalam ayat ini perkataan ضَعۡفٍ (kelemahan..benda sama?..tidak) berulang sebanyak tiga kali. Pada ketiga-tigakalinya ia digunakan dalam bentuk nakirah. Kerana itu ma'nanya juga berbeza danada beberapa. Yang dimaksudkan dengan kelemahan pertama ialah ketika manusiasebagai nuthfah atau ketika ia merupakan tanah. Yang dimaksudkan dengankelemahan kedua ialah ketika manusia sebagai janin di dalam perut ibu. Dan yangdimaksudkan dengan kelemahan ketiga pula ialah kelemahan manusia ketika barudilahirkan dan ketika masih kanak-kanak. Mungkin juga yang dimaksudkan dengankelemahan ketiga ialah kelemahan manusia semasa tuanya.
(2)
وَٱتَّقُوا۟ یَوۡمًا لَّا تَجۡزِی نَفۡسٌ عَن نَّفۡسٍ شَیۡـًٔا وَلَا یُقۡبَلُ مِنۡهَا شَفَـٰعَةٌ وَلَا یُؤۡخَذُ مِنۡهَا عَدۡلٌ وَلَا هُمۡ یُنصَرُونَ
48. Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya
seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan
azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya
sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang
pertolongan.
(al-Baqarah: 48).
Perkataan نَفۡسٌ diulang sebanyak dua kali di dalam ayat di atas. Pada kedua kalinya iadisebutkan dalam bentuk nakirah. Dari itu difahami bahawa نَفۡسٌ ke-dua lain
hakikatnya daripada hakikat نَفۡسٌ di pertama.
Contoh aplikasi isim dalam bentuk ketiga iaitu apabila sesuatu isim mula-muladisebut dalam bentuk nakirah, kemudian baru disebut dalam bentuk ma'rifah ialah:
(1)
إِنَّاۤ أَرۡسَلۡنَاۤ إِلَیۡكُمۡ رَسُولًا شَـٰهِدًا عَلَیۡكُمۡ كَمَاۤ أَرۡسَلۡنَاۤ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ رَسُولًا
15. Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad),
seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau
menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorangRasul.
فَعَصَىٰ فِرۡعَوۡنُ ٱلرَّسُولَ فَأَخَذۡنَـٰهُ أَخۡذًا وَبِیلًا
16. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan
azab seksa yang seberat-beratnya.
(al-Mazzammil: I5-I6)
Di dalam ayat ke-15 perkataan رَسُولًا telah digunakan dalam bentuk nakirah. Di dalamayat ke-16 pula perkataan رَسُولًا digunakan dalam bentuk ma'rifah. Ini berertiperkataan itu telah disebutkan dua kali. Pertama dalam bentuk nakirah dan keduadalam bentuk ma'rifah.
Dalam keadaan begini perkataan ٱلرَّسُولَyang disebut kemudian dalam bentuk ma'rifah
itu tidak lain, ia sebenarnya adalah رَسُولًا pertama yang tersebut di akhir ayat ke-15jua. Rasul pertama yang diutus Allah kepada Fir'aun dan rasul yang diderhakai
Fir'aun adalah orang yang sama, dia adalah Nabi Musa a.s.
(2)
وَلَمَنِ ٱنتَصَرَ بَعۡدَ ظُلۡمِهِۦ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَا عَلَیۡهِم مِّن سَبِیلٍ
إِنَّمَا ٱلسَّبِیلُ عَلَى ٱلَّذِینَ یَظۡلِمُونَ ٱلنَّاسَ وَیَبۡغُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ بِغَیۡرِ ٱلۡحَقِّۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمٌ
41. Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah dia dizalimi, maka
mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan
mereka.
42. Sesungguhnya ialan (.untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang
melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan
tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.
(asy-Syura : 4l -42).
Terdapat dua kali perkataan سَبِیلٍ dalam dua ayat di atas.
Di dalam ayat ke-41 iadigunakan dalam bentuk nakirah. Di dalam ayat ke-42 pula ia digunakan dalam
bentuk ma'rifah سَبِیلٍ. Pada hakikatnya perkataan سَبِیلٍ yang disebut di dalam ayatke-42 dalam bentuk ma'rifah itu tidak lain, ia sebenarnya adalah سَبِیلٍ yang tersebut diakhir ayat ke-41 jua. Ma'na kedua-duanya adalah sama.
Contoh aplikasi isim dalam bentuk ke-empat iaitu apabila sesuatu isim mula-mula
disebut dalam bentuk ma'rifah, kemudian baru disebut dalam bentuk nakirah ialah:
(l)
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا (5)
إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا(6)
5. Bahawa sesungguhnya tiaptiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kernudahan.
(as-Syarh: 5-6).
Di dalam dua ayat di atas perkataan ٱلۡعُسۡرِ disebut dua kali. Pada ke-dua-dua kalinya ia
disebut dalam bentuk ma'rifah. Begitu juga dengan perkataan یُسۡرًا ia juga disebutdua kali. Pada kedua-dua kalinya ia disebut dalam bentuk ma'rifah. Maka berdasarkanqaedah ke-58 yang sedang dipelajari sekarang, ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) kedua yang tersebut
di dalam ayat ke-6 tidak lain adalah , ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) pertama yang tersebut di dalamayat ke-5 sebelumnya. یُسۡرًا (kemudahan) kedua yang tersebut di dalam ayat ke-6 pulaadalah lain daripada یُسۡرًا kemudahan) pertama yang tersebut di dalam ayat ke-5sebelumnya. Ini bererti ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) lebih sedikit jumlahnya berbandingیُسۡرًا kemudahan). Kalau ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) anda terpaksa hadapi, maka یُسۡرًا (kemudahan) pula anda dapat dua. Ia mengisyaratkan kepada kesukaran yang dialamimanusia dalam kehidupannya lebih sedikit berbanding kemudahan yang dikurniakan
oleh Allah kepadanya.Apa yang disebut di dalam dua ayat di atas diperincikan lagi oleh rasulullah s.a.w.
menerusi sabda Baginda berikut:
لَنْ يَغْلِبَ عُسْرٌ يُسْريْنِ
Bermaksud: Satu kesukaran sekali-kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan.
(Hadits mursal riwayat al-Haakimdi dalam Mustadrak j.2 m/s 575).
(2)
وَلَقَدۡ ءَاتَیۡنَا مُوسَى ٱلۡهُدَىٰ وَأَوۡرَثۡنَا بَنِیۤ إِسۡرَٰۤءِیلَ ٱلۡكِتَـٰبَ
هُدًى وَذِكۡرَىٰ لِأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
53. Dan derni sesungguhnya! Kami telah memberikan Nabi Musa hidayat petunjuk
dan Kami berikan kaum Bani Israil mewarisi Kitab Taurat,
54. Sebagai hidayat petunjuk dan peringatan bagr orang-orang yang berakal
sempurna.
(Al Mu'min: 53-54).
Perkataan ٱلۡهُدَىٰ dalam ayat 53 telah digunakan dalam bentuk ma'rifah. Dipermulaan ayat 54 pula ia disebut sekali lagi, tetapi dalam bentuk nakira هُدًى. Perkataan ٱلۡهُدَىٰ di dalam dua ayat ini merupkan dua entiti yang berbeza. Yang pertamabererti muk jizat, shuhuf dan syariah. Dari segi i'rabnya, ia dii'rab sebagai maful bihibagi ءَاتَیۡنَا . Sementara yang kedua pula adalah هُدًى . Ia bererti petunjuk. Dari segii'rabnya pula ia menjadi maf ul li ajlih bagi َأَوۡرَثۡنَا . Boleh juga ia dii'rab sebagai haal.Tlh pun disebutkan sebelum ini bahawa bentuk-keempat iaitu apabila sesuatu isimmula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kemudian baru disebut dalam bentuknakirah, bergantung kepada qarinah (petunjuk yang ada dalam ayat) untukmenentukan sama ada hakikat yang kedua sama dengan hakikat yang pertama atautidak.
👉👉👉Contoh isim dalam bentuk ke-empat yangada qarinah menunjukkan hakikat kedua-duanya sama ialah firman Allah berikut:
وَلَقَدۡ ضَرَبۡنَا لِلنَّاسِ فِی هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٍ لَّعَلَّهُمۡ یَتَذَكَّرُونَ
27. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusiaberbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil
peringatan dan pelajaran.
قُرۡءَانًا عَرَبِیًّا غَیۡرَ ذِی عِوَجٍ لَّعَلَّهُمۡ یَتَّقُونَ
28. laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang
keterangan yang terpesong; supaya mereka bertakwa. (az-Zumar;27 -28).
Perkataan ٱلۡقُرۡءَانِ telah digunakan dua kali. Pada kali pertama di dalam ayat ke-27, iadigunakan dalam bentuk ma'rifah. Kali kedua pula ia digunakan dalam bentuk
nakirah dalam ayat ke-28. Adakah hakikat kedua-duanya sama atau tidak? Jawabnya, sama.Sebab qarinah menunjukkan hakikat kedua-duanya sama, lantaran tidak ada dua al-Qur'an yang berbeza dalan dunia ini.
-naqirah (tak tentu/katanama am)
-makrifah(katamama khas
Pesanan tok2 guru
Quran ninkena byk pakai kaedah tu.
1)jokahanahi wasunakaro
Apa yg orang tak kata biar kamu boleh dengar dan
Apa yg tidak kamu dengar kamu kena pandai kata
Jangan hanya pandai kata yg kamu dengar shj.
2)josunanahi vokahakaro
...pelajar yg bijak
Semuanya sama.Contoh isim dalam bentuk ke-empat yang ada qarinah menunjukkan hakikat kedua-
duanya tidak sama, bahkan berlainan sama sekali ialah firman Allah berikut:
وَیَوۡمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ یُقۡسِمُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ مَا لَبِثُوا۟ غَیۡرَ سَاعَةٍۚ كَذَٰلِكَ كَانُوا۟ یُؤۡفَكُونَ
55. Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah
mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu
sa'at sahaja; dernikianlah mereka sentiasa dipalingkan (oleh fahaman sesatnya dari
memperkatakan yang benar).
(ar-Rum: 55).
Perkataan ٱلسَّاعَةُ telah digunakan dua kali di dalam ayat di atas. Mula-mula iadigunakan dalam bentuk ma'rifah(ٱلسَّاعَةٍُۚ )Kemudian ia digunakan dalam bentuk
nakirah سَاعَةٍۚ Kedua-duanya mempunyai hakikat yang berlainan. Kerana ma'na yangpertamanya ialah hari kiamat. Sedangkan makna yang kedua pula ialah satu sa'at.Kelainan ma'nanya kedua-duanya merupakan qarinah yang menunjukkan entiti keduaberbeza, tidak sama.
Kaedah b
Kaedah yg ke 14
القعادة الرابعة عشر قوله تعالى
فَإِن لَّمۡ یَسۡتَجِیبُوا۟ لَكَ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا یَتَّبِعُونَ أَهۡوَاۤءَهُمۡۚ
Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka;
-Sura Al-Qasas, Ayah 50
Kaedah b
القاعدة الرابعة عشر قولة تعالى
Qaedah Keempat Belas:
Firman Allah s.w.t.
فَإِن لَّمۡ یَسۡتَجِیبُوا۟ لَكَ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا یَتَّبِعُونَ أَهۡوَاۤءَهُمۡۚ
Bermaksud: Maka jika mereka tidakdapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripadaorang yang menurut hawa nafsunya.
(al-Qashash:50).
القاعدة الخامسة عشر قولة تعالى
Qaedah Kelima Belas:
Firman Allah s.w.t.
وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِینَ
-Sura Al-A'raf, Ayah 128
Bermaksud: Dan kesudahan yang baikadalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
(a1-A'raaf:128).
:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan