Jumaat, Jun 28, 2019

Video animasi 2

Video animasi 2

Mengenal 3 jenis kata dlm bahasa arab.
Pada pelajaran pertama kita telah menpelajari ilmu sorof adalah ilmu yg mempelajari perubahan  kata dari suatu bentuk ke bentuk yg lainnya.
Ada baiknya sebelum mempelajari perubahan kata kita terlebih dahulu memahami pembahagian kata atau jenis2 kata dlm bhs arab.
Jenis kata dlm bhs arab  ada 3
1.fiil
2.Isim
3.huruf.
Mari kita bahas satu persatu 3 jenis kata ini.

Yg pertama,fiil.
Secara sederhana kita bisa mengatakan  fiil adalah kata kerja.
Contoh
ذَهَبَtelah pergi
قَرَأَtelah baca
كَتَبَtelah menulis
Namun dlm pelajaran lebih lanjut  kita akan mengenali tidak semua fiil ada lah kata kerja.tetapi seluruh kata kerja sudah pasti adalah fiil.
Contoh
صَلُحَtelah baik

Telah baik ini bukan kata kerja tetapi  lebih kepada kata sifat contohnya  dlm sebuah hadis rasullah

وَإِنَّ فِيْ الجَسَدَ مُضْغَةً إِذَا صَلُحَ الجَسَدُ كُلُّهُ

وَ إِذَا فٕسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ اَلَا وَهِيَ القَلبُ

Didlm jasad itu ada segumpal daging jika ia baik maka  baik pula seluruh jasad jika ia rosak  masa rosaklah seluruh jasad.maka ketahuilah ia adalah hati.

Kalau kita perhatikan kata صَلُحَ dalam  hadis tersebut bukan mengandungi kata kerja tetapi kata sifat.
Olehkerana itu para ahli nahu mendefinasikan fiil  sebagai berikut.

كَلِمَةّ دَلَّتْ عَلَى مَعْنَى  فِي نَفُسِهَا  وَاقْتَرَنَتْ بِزَمَنٍ

Fiil adalah kata yg mengandungi sebuah makna yg ada pada dirinya dan berkaitan dengan waktu.

Jadi setiap kata yg mengandungi makna berkait  waktu telah,sedang dan akan maka disebut fiil.baik itu kata kerja atau kata sifat.

Kesimpulanya tidak semua  fiil  kata kerja tetapi semua kata kerja adalah kata fiil  kerana kata kerja mengandungi waktu.

Kita lanjutkan kata kerja dalam bahasa arab  terbahagi lagi menjadi 3.
Yg pertama fiil madhi
Yg kedua fiil mudharik
Yg ke tiga fiil amar

Yg pertama fiil madhi ,adalah kata kerja untuk masa lampau.Ertinya untuk perbuatan yg telah dilakukan masa lalu.atau kita pernah belajar bahasa inggeris fiil madhi adalah past tense.
Contohnya
عَلِمَtelah mengetahui

Yg kedua fiil mudharik adalah kata  kerja untuk perbuatan  yg telah  terjadi atau akan terjadi.
Contohnya
يَعْلَمُsedang/akan mengetahui

Contoh fiil madhi untuk kata kerja عَلِمdlm alquran adalah
surah albaqarah 187

عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَخۡتَانُونَ أَنفُسَكُمۡ فَتَابَ عَلَیۡكُمۡ وَعَفَا عَنكُمۡۖ

Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsu mu lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu.

Kemudian contoh fiil mudharik يَعْلَمُ bisa kita jumpai dlm quran surah albaqarah 216

وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Yg ke tiga  contoh fiil amar adalah kata kerja  perintah.
إِعْلَمْketahuilah
Kita bisa jumpa surah albaqarah 260

وَٱعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِیزٌ حَكِیمٌ

Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Seterusnya kita akan bahas tentang isim.
Secara sederhana  kita mengatakan isim adalah kata benda,berbeza dgn fiil yg terbahagi menjadi 3 jenis ,isim sendiri memiliki yg lebih byk dan bisa ditinjau dari byk sisi. Hanya sj penting untuk diketahui pemula adalah isim ditinjau dari sisi jenis (نَوْعَ) dan isim ditinjau dari sisi bilangan(عَدَدٌ) .
Berdasarkan jenis isim bisa  dibahagi kepada
1.isim muzakkar /masculine/laki-laki.
2.isim muannats/feminen/perempuan.
Bahasa arab memang membezakan untuk laki2 dan perempuan.
Ini berbeza dgn bahasa kita.
Misalnya kita ingin mensifati Zaid dan Fatimah dgn kepintaran maka kata yg digunakan sama2 pintar.
Zaid itu pintar.
Fatimah itu pintar.
Sedang dlm bahasa arab  kata pintarnya dibezakan antara yg laki-laki dan perempuan.Iaitu
زَيْدٌ مَاهِرٌ

فَاطِمَةُ مَاهِرَةٌ
Insyallah kita akan bahas tentang muzakkar dan muannas pada pelajaran selanjutnya

sementara Isim yg ditinjau dari sisi bilangan( عَدَدٌ) adalah
1.isim mufrad(tunggal)
2.isim tatsniyah atau isim musanna(ganda)
3.isim jamak

Ini perlu kita catat kerana bahasa arab  bahasa indonesia hanya membezakan kata tunggal dan kata jamak.
Insyaallah kita bahas isim ini selanjut dlm pelajaran akan datang.

Kemudian huruf.
Huruf yg dimaksudkan disini bukan seluruh huruf hijaiyah tetapi huruf yg dimaksud dlm ilmu nahu dan sorof adalah  huruf hijaiyah yg memiliki erti baik  terdiri dari satu huruf saja atau dua atau tiga huruf.
Contoh
Satu huruf yg memilki arti adalah
أَapakah
بِdengan
تَbisa digunakan untuk huruf sumpah
Selain kita bisa bersumpah dgn وَاللهkita bisa juga bersumpah dgn تالله.
فَmaka

سَakan

كَseperti

لِuntuk

وَdan

Kita juga melihat contoh hijaiyah yg memilik dua huruf.

مِنْdari

عَنِdari

فِيْdi

لَنْtidak akan

لَمْtidak/belum

Contoh tiga huruf hijaiyah yg memiliki arti.
إِلَىke

عَلىdiatas

سَوْفَ akan

Kesimpulan dari pelajaran ini adalah:

Ada 3 jenis kata dlm bahasa arab iaitu
1.fiil
A.madhi
B.mudharik(akan dan sedang)
C.amar.

2.isim
|.Jenis
A.muanas
B.muzakkar
||.Bilangan.
A.Mufrod.
B.Tatsiniyah.
C.Jamak

3.huruf
Yg dimaksudkan huruf hijaiyah baik satu,dua atau tiga huruf yg memiliki makna khusus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan