Rabu, Julai 03, 2019

Video animasi 9

Video animasi 9

Mengenal tashrif dan wazan.
Sebelum kita memasuki ilmu sorof ada 2 istilah penting yg harus diketahui oleh pemula
1.Tashrif.
2.Wazan.
Perubahan suatu bentuk kata ke bentuk lain diistilahkan tashrif.
Dlm bahasa kita ,makan boleh berubah jadi memakan,makanan,pemakan,dimakan,termakan dsbgnya.
Hanya shj dlm bahasa kita tiada perubahan baku soal kata ini.
Adapun bahasa arab memiliki 10 bentuk perubahan iaitu:
1.fiil madhi.
2.fiil mudhorik.
3.masdar
4.Isim fiil.
5.Isim maful.
6.fiil amar
7.fiil nahi
8.Isim zaman.
9.Isim makan
10.isim alat

1.fiil madhi.kata kerja lampau.
contohnya   عَلِمَ  (telah mengetahui)
2.fiil mudhorik. yg sedang berlaku
contohnya  يَعْلَمُ(sedang mengetahui)
3. masdar kata benda
contohnya عِلْمًا(ilmu)
4.Isim fiil.pelaku perbuatan
Contohnya  عَالِمٌ(yg mengetahui)
5.Isim maful korban perbuatan
Contohnya مَعْلُوٍمٌ(yg diketahui)
6.fiil amar.kata kerja perintah
Contoh اِعْلَمْ(ketahuilah)
7.fiil nahi kata kerja larangan
Contohnya لَاتَعْلَمْ jangan kamu ketahui.
8.Isim zaman nama waktu
Contohnya مَوْلِدٌ(waktu kelahiran)
9.Isim makan nama tempat
Contohnya مَسْجِدٌ(tempat sujud)
10.Isim alat. nama alat.
Contohnya  مِسْطَرَةٌ
Untuk 3 kata akhir ,kita tidak bahas dlm pelajaran untuk pemula ini kerana ianya samaiy yakni berdasarkan apa yg kita dengar  orang arab.

Kesimpulannya  tasrif adalah perubahan suatu bentuk kata ke bentuk lain

عَلِمَ   يَعْلَمُ   عِلْمًا   عَالِمٌ   عَالِمٌ

مَعْلُوٍمٌ    اِعْلَمْ    لَاتَعْلَمْ

Perbahasan kedua adalah wazan.
Untuk mempelajari rumus perubahan ,kita mempelajari wazan.
Dan wazan dlm bahasa arab ini  menggunakan kata فَعَلَ
Acuan ini akan digunakan untuk menentukan perubahan kata.
Contoh
فَعَلَ    يَفْعُلُ
Contoh نَصَرَtelah menolong.
نَصَرَ    يَنْصُرُ

Perhatikan .

Wazan 2
فَعَلَ    يَفْعِلُ

Contoh kedua ضَرَبَtelah memukul.
ضَرَبَ  يَضْرِبُ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan