038.Surah Sad
Dari segi surah ini tentang Penolakan syirik syafaat.
Sebelum ,Allah dah zahirkan kelemahan2 dan tak layak diseru.
Dlm surah diberitahu,Nabi,wali dan jin mereka juga ditimpa musibah jadi tak layak dipuja dan diseru.
Surah As sad
Tertib surah 38
Bilangan ayatnya 88
Bilangan rukuk 5
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 37
Bilangan paragrafnya ada 8
Paragraf 1 ayat 1-16 Pendahuluan
Paragraf 2 ayat 17-29 Kisah Daud
Paragraf 3 ayat 30-40 Kisah Sulaiman
Paragraf 4 ayat 41-44 Kisah Ayub
Paragraf 5 ayat 45-48 Kisah lain2 nabi
Paragraf 6 ayat 49-64 Balasan yg berbeza kepada orang2 yg bertaqwa dan orang2 yg derhaka
Paragraf 7 ayat 65-85 Rasullah( مُنْذِرْ)mahu menyelamatkan manusia daripada kezaliman Iblis .
Paragraf 8 ayat 86-88 Penutup
Mesej utama
1. Seruan supaya beriman kepada Rasul terakhir (منذر)setelah menerima seruan tauhid dan percaya kepada hari kemudian yg dikemukakan dlm alquran.
2.Ancaman kebinasaan dan teguran yg amat keras terhadap kedegilan dan kesombongan orang2 kafir.
Ayat 1
ص ۚ
وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ
Saad;
demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.
👉Perkataan الذِّكْرِmenunjukan memberi kesan yg sangat kuat untuk menyedarkan dan memberi kefahaman kepada manusia.
Jadi sangat patutlah dipelajari.
Ayat 2
بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا
فِي عِزَّةٍ
وَشِقَاقٍ
(Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu - wahai Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran)
bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh
dan suka menentang kebenaran.
👉
Ayat 3
كَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ
مِنْ قَرْنٍ
فَنَادَوْا
وَلَاتَ حِينَ مَنَاصٍ
(Tidakkah mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar) yang terdahulu dari mereka,
Kami binasakan?
Lalu mereka meminta pertolongan,
padahal saat itu
bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dari azab.
👉
Ayat 4
وَعَجِبُوا أَنْ جَاءَهُمْ مُنْذِرٌ مِنْهُمْ ۖ
وَقَالَ الْكَافِرُونَ
هَٰذَا سَاحِرٌ كَذَّابٌ
Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri.
Dan mereka yang kafir itu berkata:
"Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta.
👉Zajrun.
Syikayah orang kafir
Ayat 5
أَجَعَلَ الْآلِهَةَ إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ
إِنَّ هَٰذَا لَشَيْءٌ عُجَابٌ
" Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu?
Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!"
👉Perkara pelik orang yg syirik
Ayat 6
وَانْطَلَقَ الْمَلَأُ مِنْهُمْ
أَنِ امْشُوا
وَاصْبِرُوا عَلَىٰ آلِهَتِكُمْ ۖ
إِنَّ هَٰذَا
لَشَيْءٌ يُرَادُ
Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang dengan berkata):
"Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu.
Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat dikehendaki.
👉
Ayat 7
مَا سَمِعْنَا بِهَٰذَا فِي الْمِلَّةِ الْآخِرَةِ
إِنْ هَٰذَا إِلَّا اخْتِلَاقٌ
" Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata".
👉
Ayat 8
أَأُنْزِلَ عَلَيْهِ الذِّكْرُ مِنْ بَيْنِنَا ۚ
بَلْ هُمْ فِي شَكٍّ
مِنْ ذِكْرِي ۖ
بَلْ لَمَّا يَذُوقُوا عَذَابِ
(Mereka berkata lagi): Patutkah wahyu peringatan itu diturunkan kepada Muhammad (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita?
" (Mereka bukan sahaja ingkarkan kelayakan Nabi Muhammad menerima wahyu)
bahkan mereka berada dalam keraguan tentang peringatan yang Aku wahyukan (kepada Nabi Muhammad) itu,
bahkan mereka belum lagi merasai azab.
👉
Ayat 9
أَمْ عِنْدَهُمْ خَزَائِنُ رَحْمَةِ رَبِّكَ
الْعَزِيزِ الْوَهَّابِ
Adakah di sisi mereka perbendaharaan rahmat Tuhanmu Yang Maha Kuasa, lagi Yang Maha Melimpah pemberianNya?.
👉
Ayat 10
أَمْ لَهُمْ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَمَا بَيْنَهُمَا ۖ
فَلْيَرْتَقُوا فِي الْأَسْبَابِ
Atau adakah mereka menguasai langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya?. (Kalau ada kekuasaan yang demikian)
maka biarlah mereka naik mendaki langit menurut jalan-jalan yang membawa mereka ke situ (untuk mentadbirkan seluruh alam).
👉Makna buat tangga ke langit=gi cari wahyu dan buat turun,jika tak setuju dgn nabi saw.
Ayat 11
جُنْدٌ مَا هُنَالِكَ
مَهْزُومٌ مِنَ الْأَحْزَابِ
(Sebenarnya mereka hanyalah) satu pasukan tentera dari kumpulan-kumpulan (yang menentang kebenaran),
yang pada suatu masa kelak tetap akan dikalahkan.
👉
Ayat 12
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ
قَوْمُ نُوحٍ
وَعَادٌ
وَفِرْعَوْنُ ذُو الْأَوْتَادِ
Sebelum mereka itu, kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud),
serta Firaun yang mempunyai kerajaan yang kuat, telah juga mendustakan Rasul masing-masing.
👉contoh takhwif duniawi.
Nama bg khemah ذُو الْأَوْتَادِ
Ayat 13
وَثَمُودُ
وَقَوْمُ لُوطٍ
وَأَصْحَابُ الْأَيْكَةِ ۚ
أُولَٰئِكَ الْأَحْزَابُ
Dan juga Thamud (kaum Nabi Soleh),
dan kaum Nabi Lut,
serta penduduk Aikah;
merekalah kumpulan-kumpulan (yang menentang kebenaran).
👉golongan yg dihukum oleh allah
Ayat 14
إِنْ كُلٌّ
إِلَّا كَذَّبَ الرُّسُلَ
فَحَقَّ عِقَابِ
Tidak ada satupun dari kaum-kaum yang tersebut, melainkan telah mendustakan Rasul-rasul;
maka berhaklah mereka ditimpa azab.
👉
Ayat 15
وَمَا يَنْظُرُ هَٰؤُلَاءِ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً
مَا لَهَا مِنْ فَوَاقٍ
Dan orang-orang ini (yang menentang Nabi Muhammad), tidak menunggu melainkan satu jeritan suara
yang tidak akan berulang lagi.
👉Untuk menunggu Qiamat
Waktu berselang antara masa dua perahan susu
Ayat 16
وَقَالُوا
رَبَّنَا
عَجِّلْ لَنَا قِطَّنَا
قَبْلَ يَوْمِ الْحِسَابِ
Dan mereka pula berkata (secara mengejek-ejek): " Wahai Tuhan kami! Segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami,
sebelum datangnya hari hitungan amal (yang dikatakan oleh Muhammad itu)".
👉Doa orang mekah yg pelik,minta segera azab.bg mereka ajaran nabi salah.
Ayat 17
اصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ
وَاذْكُرْ عَبْدَنَا دَاوُودَ
ذَا الْأَيْدِ ۖ
إِنَّهُ أَوَّابٌ
Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan,
dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud,
yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan ugamanya);
sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan bersabar mematuhi perintah Kami).
👉Tasliyah.
Ayat 18
إِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالَ مَعَهُ
يُسَبِّحْنَ
بِالْعَشِيِّ وَالْإِشْرَاقِ
Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut
bertasbih
memuji Kami bersama-sama dengannya;
pada waktu petang dan ketika terbit matahari.
👉
Ayat 19
وَالطَّيْرَ
مَحْشُورَةً ۖ
كُلٌّ لَهُ أَوَّابٌ
Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami
bersama-sama dengannya);
tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya.
👉
Ayat 20
وَشَدَدْنَا مُلْكَهُ
وَآتَيْنَاهُ الْحِكْمَةَ
وَفَصْلَ الْخِطَابِ
Dan Kami kuatkan kerajaannya,
serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan dan kepitahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman).
👉
Ayat 21
وَهَلْ أَتَاكَ نَبَأُ الْخَصْمِ
إِذْ تَسَوَّرُوا الْمِحْرَابَ
Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan?
Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat;
👉Dua orang yg bermasalah.
Waktu nabi Daud beribadat.
Semasa beribadat tidak dibenarkan umatnya dtg.
Ayat 22
إِذْ دَخَلُوا عَلَى
ٰدَاوُودَ فَفَزِعَ مِنْهُمْ ۖ
قَالُوا
لَا تَخَفْ ۖ
خَصْمَانِ
بَغَىٰ بَعْضُنَا عَلَىٰ بَعْضٍ
فَاحْكُمْ بَيْنَنَا بِالْحَقِّ
وَلَا تُشْطِطْ
وَاهْدِنَا إِلَىٰ سَوَاءِ الصِّرَاطِ
Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud,
lalu ia terkejut melihat mereka;
mereka berkata kepadanya:
" Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan,
salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain;
oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil,
dan janganlah melampaui (batas keadilan),
serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.
👉
Ayat 23
إِنَّ هَٰذَا أَخِي
لَهُ تِسْعٌ وَتِسْعُونَ نَعْجَةً
وَلِيَ نَعْجَةٌ وَاحِدَةٌ
فَقَالَ أَكْفِلْنِيهَا
وَعَزَّنِي فِي الْخِطَابِ
" Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku;
ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina
dan aku mempunyai seekor sahaja;
dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ' Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ',
dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu".
👉soalan yg ditanya.
Kata2 orang yg memilik seekor
Ayat 24
قَالَ
لَقَدْ ظَلَمَكَ
بِسُؤَالِ نَعْجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِ ۖ
وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْخُلَطَاءِ
لَيَبْغِي بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
وَقَلِيلٌ مَا هُمْ ۗ
وَظَنَّ دَاوُودُ أَنَّمَا فَتَنَّاهُ
فَاسْتَغْفَرَ رَبَّهُ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ ۩
Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya;
dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai
lapangan hidup),
setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!"
Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu),
lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
👉Terus buat keputusan dgn tak tanya pihak yg satu lagi itulah salah.tak bg peluang bela diri.ini ketidakadilan.
Kmdn terus ghaib.
Cara salah dlm penghakiman.
Dengar satu pihak shj.
Pengajaran ,keadilan dlm keluarga juga perlu.lahir zuriat Dr keluarga tidak adil bukan senang untuk keluarkan ahli masyarakat yg adil dgn mudah.
Ayat 25
فَغَفَرْنَا لَهُ ذَٰلِكَ ۖ
وَإِنَّ لَهُ عِنْدَنَا لَزُلْفَىٰ وَحُسْنَ مَآبٍ
Maka Kami ampunkan kesalahannya itu;
dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami
serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).
👉
Ayat 26
يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ
فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ
وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ
فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ
بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi,
maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu);
dan janganlah engkau menurut hawa nafsu,
kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
👉
Ayat 27
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ۚ
ذَٰلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
فَوَيْلٌ
لِلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ
Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka.
👉Dalil aqli.
Ayat 28
أَمْ نَجْعَلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَالْمُفْسِدِينَ فِي الْأَرْضِ أَمْ نَجْعَلُ الْمُتَّقِينَ كَالْفُجَّارِ
Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi?
Atau patutkah Kami jadikan orang-orang yang bertaqwa sama seperti orang-orang yang berdosa?
👉Zajrun
Ayat 29
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ
لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ
وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad),
Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya,
untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya,
dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
👉Banyak keberkatan ada sesuatu perkara yg boleh membawa kepada syurga Allah.
Ayat 30
وَوَهَبْنَا لِدَاوُودَ سُلَيْمَانَ ۚ
نِعْمَ الْعَبْدُ ۖ
إِنَّهُ أَوَّابٌ
Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman
ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat),
lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat).
👉Dalil naqli yg ke2
Minit 23+
Ayat 31
إِذْ عُرِضَ عَلَيْهِ بِالْعَشِيِّ الصَّافِنَاتُ الْجِيَادُ
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang,
satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari.
👉Kuda baka baik.
Ayat 32
فَقَالَ
إِنِّي أَحْبَبْتُ حُبَّ الْخَيْرِ
عَنْ ذِكْرِ رَبِّي
حَتَّىٰ تَوَارَتْ بِالْحِجَابِ
(Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata:
" Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan
lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam".
👉
Ayat 33
رُدُّوهَا عَلَيَّ ۖ
فَطَفِقَ مَسْحًا بِالسُّوقِ وَالْأَعْنَاقِ
(Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): " Bawa balik kuda itu kepadaku";
maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor).
👉Perbuatan kasih sayang pada kuda sehingga lupa zikir Allah pada masa tu.
Kata2 nabi sulaiman رُدُّوهَا عَلَيَّ
Ayat 34
وَلَقَدْ فَتَنَّا سُلَيْمَانَ
وَأَلْقَيْنَا عَلَىٰ كُرْسِيِّهِ جَسَدًا ثُمَّ أَنَابَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian),
dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami): -
👉cerita ke2 tentang nabi Sulaiman.
Terjemahan pertama,nabi sulaiman sakit tenat dok atas kerusi dan sembuh sebab berdoa.
Lagi satu tafsiran merupakan satu takwil dan mungkin salah,tiduri isterinya 100 orang tanpa kata insyallah( minit 28) lalu hanya dapat seorang anak yg lemah seolah2 jasad yg tidak bermaya.
Yg pertama lebih baik.
Dan satu lagi ,Tafsir yg salah dlm kitab tafsir muktabar, cerita diuji dgn cincin nabi Sulaiman yg diambil oleh jin.jin jadi raja dan nabi Sulaiman jadi penjual ikan.dapt balik ikan dr perut ikan yg dikail.
Nabi Sulaiman sendiri sakit,jadi seru Allah bukan nabi Sulaiman.
Ayat 35
قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي
وَهَبْ لِي مُلْكًا
لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي ۖ
إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan)
yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku;
sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
👉doa selepas dia sembuh dan doa kerajaan itu hanya untuknya.
Tidak juga layak bg nabi saw untuk kontrol jin sebagai doa nabi Sulaiman.
Ayat 36
فَسَخَّرْنَا
لَهُ الرِّيحَ تَجْرِي
بِأَمْرِهِ رُخَاءً حَيْثُ أَصَابَ
Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya,
ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya;
👉
Ayat 37
وَالشَّيَاطِينَ
كُلَّ بَنَّاءٍ وَغَوَّاصٍ
Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan,
dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).
👉
Ayat 38
وَآخَرِينَ مُقَرَّنِينَ
فِي الْأَصْفَادِ
Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung
dalam rantai-rantai belenggu.
👉Yg mn satu yg dibelenggu?
Mana syaitan yg derhaka,allah bg kuasa pada nabi sulaiman menambatnya tak boleh buat kerja dah.
Atau syaitan yg jenis pakar yg merancang bg segala binaan yg orang lain tak boleh tengok.
Ayat 39
هَٰذَا عَطَاؤُنَا
فَامْنُنْ أَوْ أَمْسِكْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
(Serta Kami katakan kepadanya): " Inilah pemberian Kami (kepadamu),
maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu;
(terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu) ".
👉pemberian khusus nabi.
Ayat 40
وَإِنَّ لَهُ عِنْدَنَا لَزُلْفَىٰ وَحُسْنَ مَآبٍ
Dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami,
serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).
👉
Ayat 41
وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ
إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ
أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ
بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata:
" Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".
👉ada yg kata Sakit selama 18 tahun tapi tak putus asa meminta sembuh.
Gangguan syaitan boleh bc doa nabi ayub ini.
Isterinya pernah diajar iblis agar jumpa bomoh.
Nabi Ayub marah dan bersumpah untuk 100rotan.
Ayat 42
ارْكُضْ بِرِجْلِكَ ۖ
هَٰذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya):
" Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya):
" Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin
👉
Ayat 43
وَوَهَبْنَا لَهُ أَهْلَهُ وَمِثْلَهُمْ مَعَهُمْ رَحْمَةً مِنَّا
وَذِكْرَىٰ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya,
sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).
👉
Ayat 44
وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثًا فَاضْرِبْ بِهِ وَلَا تَحْنَثْ ۗ
إِنَّا وَجَدْنَاهُ صَابِرًا ۚ
نِعْمَ الْعَبْدُ ۖ
إِنَّهُ أَوَّابٌ
Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): " Ambilah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah (isterimu) dengannya;
dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu ". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba;
sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya).
👉Allah ajar.
Ayat 45
وَاذْكُرْ عِبَادَنَا إِبْرَاهِيمَ
وَإِسْحَاقَ
وَيَعْقُوبَ
أُولِي الْأَيْدِي وَالْأَبْصَارِ
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim
dan Nabi Ishak serta Nabi Yaakub,
yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan pandangan yang mendalam (memahami ugamanya).
👉
Ayat 46
إِنَّا أَخْلَصْنَاهُمْ بِخَالِصَةٍ
ذِكْرَى الدَّارِ
Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni,
iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat.
👉Sifat yg istimewa dan hanya yg terpilih untuk nabi2 shj.
Ayat 47
وَإِنَّهُمْ عِنْدَنَا لَمِنَ الْمُصْطَفَيْنَ الْأَخْيَارِ
Dan sesungguhnya mereka di sisi Kami adalah dari orang-orang pilihan yang sebaik-baiknya.
👉
Ayat 48
وَاذْكُرْ إِسْمَاعِيلَ وَالْيَسَعَ وَذَا الْكِفْلِ ۖ
وَكُلٌّ مِنَ الْأَخْيَارِ
Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Zulkifli;
dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.
👉
Ayat 49
هَٰذَا ذِكْرٌ ۚ
وَإِنَّ لِلْمُتَّقِينَ لَحُسْنَ مَآبٍ
(Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka).
Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak), -
👉ini kisah dan pengajaran dan Tabsyir.
Ayat 50
جَنَّاتِ عَدْنٍ
مُفَتَّحَةً لَهُمُ الْأَبْوَابُ
Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal,
yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;
👉
Ayat 51
مُتَّكِئِينَ فِيهَا
يَدْعُونَ فِيهَا
بِفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ
وَشَرَابٍ
(Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin);
mereka meminta di situ buah-buahan
dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya.
👉
Ayat 52
وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ
الطَّرْفِ أَتْرَابٌ
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.
👉Umur sebaya bermakna tiada tua.
Ayat 53
هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ
لِيَوْمِ الْحِسَابِ
Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal
👉
Ayat 54
إِنَّ هَٰذَا لَرِزْقُنَا
مَا لَهُ مِنْ نَفَادٍ
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis;
👉Ini sejenis nikmat
Ayat 55
هَٰذَا ۚ
وَإِنَّ لِلطَّاغِينَ
لَشَرَّ مَآبٍ
Nikmat-nikmat ini (adalah untuk orang-orang yang bertaqwa).
Dan Bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali, -
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 56
جَهَنَّمَ
يَصْلَوْنَهَا
فَبِئْسَ الْمِهَادُ
Iaitu neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya;
maka seburuk-buruk tempat menetap ialah neraka Jahannam;
👉
Ayat 57
هَٰذَا
فَلْيَذُوقُوهُ
حَمِيمٌ وَغَسَّاقٌ
Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka);
👉Keadaan ahli neraka.
Ayat 58
وَآخَرُ مِنْ شَكْلِهِ أَزْوَاجٌ
Dan azab seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi.
👉
Ayat 59
هَٰذَا فَوْجٌ مُقْتَحِمٌ مَعَكُمْ ۖ
لَا مَرْحَبًا بِهِمْ ۚ
إِنَّهُمْ صَالُو النَّارِ
(Penjaga neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu):
" Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu ". (Ketua-ketua itu berkata):
" Mereka tidak perlu dialu-alukan,
kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran neraka ".
👉
Ayat 60
قَالُوا
بَلْ أَنْتُمْ
لَا مَرْحَبًا بِكُمْ ۖ
أَنْتُمْ قَدَّمْتُمُوهُ لَنَا ۖ
فَبِئْسَ الْقَرَارُ
pengikut-pengikut mereka menjawab:
" Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan,
kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami,
maka amatlah buruknya neraka ini
sebagai tempat penetapan ".
👉Golongan yg masuk dahulu kata golongan yg baru masuk.
Ayat 61
قَالُوا
رَبَّنَا مَنْ قَدَّمَ لَنَا هَٰذَا
فَزِدْهُ عَذَابًا ضِعْفًا
فِي النَّارِ
Mereka berkata lagi:
" Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami,
maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam neraka ".
👉kata2 golongan pengikut.
Ayat 62
وَقَالُوا
مَا لَنَا لَا نَرَىٰ رِجَالًا
كُنَّا نَعُدُّهُمْ مِنَ الْأَشْرَارِ
Dan penduduk neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri:
" Mengapa kita tidak melihat orang-orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat (lagi hina)?
👉
Ayat 63
أَتَّخَذْنَاهُمْ سِخْرِيًّا
أَمْ زَاغَتْ عَنْهُمُ الْأَبْصَارُ
" Adakah kita sahaja jadikan mereka ejek-ejekan (sedang mereka orang-orang yang benar)?
Atau mata kita tidak dapat melihat mereka?
👉Bermakna terlindung.
Ayat 64
إِنَّ ذَٰلِكَ
لَحَقٌّ تَخَاصُمُ
أَهْلِ النَّارِ
Sesungguhnya (segala yang diterangkan) itu adalah benar iaitu perbalahan dan cercaan
penduduk neraka sesama sendiri.
👉
Ayat 65
قُلْ إِنَّمَا أَنَا مُنْذِرٌ ۖ
وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ
إِلَّا اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ
Katakanlah (wahai Muhammad): " Sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran,
dan tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang kekuasaanNya mengatasi segala-galanya,
👉
Ayat 66
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَمَا بَيْنَهُمَا الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ
" Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi
dan segala yang ada di antara keduanya; Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (dosa hamba-hambaNya)".
👉
Ayat 67
قُلْ
هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ
Katakanlah lagi: " Apa yang aku terangkan itu (tentang keesaan Allah dan kebenaran kerasulanku) adalah berita penting yang amat besar (faedahnya).
👉Seruan tauhid adalah sesuatu berita yg sangat besar.
Ayat 68
أَنْتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ
" Yang kamu terus mengingkarinya.
👉Tetapi manusia itu berpaling
Ayat 69
مَا كَانَ لِيَ مِنْ عِلْمٍ
بِالْمَلَإِ الْأَعْلَىٰ إِذْ يَخْتَصِمُونَ
" Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (malaikat),
semasa mereka bersoal jawab (mengenai Nabi Adam-kalaulah tidak diwahyukan kepadaku).
👉
Ayat 70
إِنْ يُوحَىٰ إِلَيَّ
إِلَّا أَنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُبِينٌ
" Tiadalah diwahyukan kepadaku
melainkan kerana sesungguhnya aku seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (bukan seorang pembohong, atau ahli sihir, atau gila) ".
👉
Ayat 71
إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ
إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ طِينٍ
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
" Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah;
👉
Ayat 72
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ
فِيهِ مِنْ رُوحِي
فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ
" Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya,
serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".
👉
Ayat 73
فَسَجَدَ الْمَلَائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ
(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -
👉
Ayat 74
إِلَّا إِبْلِيسَ
اسْتَكْبَرَ
وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Melainkan Iblis;
ia berlaku sombong takbur (mengingkarinya)
serta menjadilah ia dari golongan yang kafir.
👉
Ayat 75
قَالَ يَا إِبْلِيسُ
مَا مَنَعَكَ
أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ ۖ
أَسْتَكْبَرْتَ
أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ
Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu?
Adakah engkau berlaku sombong takbur,
ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? "
👉sombong الْعَالِينَ
Ayat 76
قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ ۖ
خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ
وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Iblis menjawab: " Aku lebih baik daripadanya;
Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api,
sedang dia Engkau ciptakan dari tanah ".
👉Itu dalih iblis.
Logik ada la.tetapi bertembung dgn arahan,arahan mesti diikuti.
Ayat 77
قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا
فَإِنَّكَ رَجِيمٌ
Allah berfirman: " Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya,
kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir.
👉dicela رَجِيمٌ
Ayat 78
وَإِنَّ عَلَيْكَ لَعْنَتِي
إِلَىٰ يَوْمِ الدِّينِ
" Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!"
👉
Ayat 79
قَالَ رَبِّ
فَأَنْظِرْنِي
إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Jika demikian,
berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) ".
👉iblis bersumpah.
Ayat 80
قَالَ
فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ
Allah berfirman: " Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh 👉
Ayat 81
إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ
" Hingga ke hari masa yang termaklum ".
👉
Ayat 82
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ
لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,
👉
Ayat 83
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".
👉Ikhlas dlm menghayati amalan sunnah dgn berpegang aqidah tauhid.
Ayat 84
قَالَ
فَالْحَقُّ
وَالْحَقَّ أَقُولُ
Allah berfirman: " Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya,
dan hanya perkara yang benar Aku firmankan -
👉
Ayat 85
لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنْكَ
وَمِمَّنْ تَبِعَكَ
مِنْهُمْ أَجْمَعِينَ
" Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu
dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya ".
👉
Ayat 86
قُلْ
مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ
وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad):
" Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini,
dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada
👉Takhwif
Ayat 87
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ
Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam.
👉
Ayat 88
وَلَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ
Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi.
👉
Tiada ulasan:
Catat Ulasan