Daurah tafsir 2019 sesi 15(37)
31.Luqman(34)makkiyah
32.As Sajadah(30)makkiyah
33.Al Ahzab(73)madaniyah
34.Saba(54)makkiyah
35.Fatir(45)Makkiyah
36.Yasin(83)makkiyah
👉37.As saffat(182)makkiyah
38.As sad(88)makkiyah
39.Az zumar(75)makkiyah
40.Al mukminun/ghafir(85)makkiyah
Surah yassin dan as soffat serta surah sod,segugus surah ni dari segi aqidah tauhid menolak dan menafi syafaat qohriah samada syafat qohriah ini dari malaikat,anbiya atau jin.
Surah saffat perkara yg sama.
Surah soffat Dibahagi 2.
Bhg pertama,Ayat 1-148,nak sabit ini makhluk tidak berkuasa dan tidak boleh puja dia
Ada 3 golongan tentang makhluk yg tidak berkuasa dan tidak boleh puja dan seru.
Ayat 1-5 tentang malaikat
Ayat 6-10 tentang jin
Ayat 79-148 tentang anbiya.
Bahagian ke2 diulangi semula ,menolak fahaman syirik dalam syafaat,cuma ditambah dgn zajrun dan Takhwif
.dlm majlis tauhid yg menjelaskan tauhid ,akan mendapat mendapat pertolongan Allah.
Akhir sudahnya diceritakan kesimpulan.
Surah As soffat
Tertib surah 36
Bilangan ayatnya 182
Bilangan rukuk 5
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 56
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1
ayat 1-74 Akibat yg berbeza kepada orang2 yg percaya dan tidak percaya kepada aqidah tauhid,kerasulan dan hari kemudian.
Paragraf 2
ayat 75-148 Sanjungan orang2 yg ikhlas,beriman dan berbuat baik terhadap sumbangan para nabi
Paragraf 3
ayat 149-166 Para malaikat bukan anak2 Allah
Paragraf 4
ayat 167-179 Panduan penghiburan dan berita gembira kepada Rasullah
Paragraf 5 ayat 180-182 Kesimpulan
Mesej
1.Para malaikat bukan anak2 perempuan Allah .Bahkan mereka adalah hamba2 Allah yg sentiasa bertasbih kepadaNya.
2.Para nabi dan rasul semuanya ikhlas ,mu'min dan muhsin.
3.Penghargaan dan sanjungan terhadap khidmat mereka dlm menyampaikan ajaran tauhid yg murni dan kepercayaann kepada hari akhirat.
4.Seruan supaya menerima tauhid yg murni.
Ayat1
وَالصَّافَّاتِ صَفًّا
Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -
👉ini cerita malaikat yg ada tanggung jawab yg khusus.
Kita memang tak boleh nampak malaikat.
Malaikat juga sedang bersedia menjunjung perintah Allah yg diarah dan tak pandai derhaka dan berada dlm keadaan berbaris2.
Ayat 2
فَالزَّاجِرَاتِ زَجْرًا
(Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -
👉Majlis ilmu wahyu adalah dikerumuni malaikat dgn sebab itu ada ilham2 yg baik. Dan jin Akan halau gangguan jin.
Ayat 3
فَالتَّالِيَاتِ ذِكْرًا
(Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;
👉Malaikat yg bc wahyu
Ayat 4
إِنَّ إِلَٰهَكُمْ لَوَاحِدٌ
(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -
👉
Ayat 5
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَمَا بَيْنَهُمَا
وَرَبُّ الْمَشَارِقِ
Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi
dan segala yang ada di antara keduanya,
dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
👉
Ayat 6
إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا
بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi)
dengan hiasan bintang-bintang.
👉Ini tentang jin
Ayat 7
وَحِفْظًا
مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَارِدٍ
Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan
dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;
👉Allah jaga tak bercampur wahyu dan bisikan syaitan.
Ayat 8
لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَىٰ
وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ
(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit,
dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
👉
Ayat 9
دُحُورًا ۖ
وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ
Untuk mengusir mereka;
dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
👉
Ayat 10
إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ
فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ
Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat),
maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.
👉Susah juga jin nak buat kerja.tapi jin boleh menyesatkan manusia.
Ayat 11
فَاسْتَفْتِهِمْ
أَهُمْ أَشَدُّ خَلْقًا
أَمْ مَنْ خَلَقْنَا ۚ
إِنَّا خَلَقْنَاهُمْ مِنْ طِينٍ لَازِبٍ
(Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati):
Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan,
atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).
👉Manusia mesti diproses dgn wahyu baru bersih suci dan layak masuk syurga yg nilainya dari tanah yg berbau busuk.
Ayat 12
بَلْ عَجِبْتَ وَيَسْخَرُونَ
(Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka),
dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).
👉engkar dgn wahyu yg boleh membersihkan mereka.
Ayat 13
وَإِذَا ذُكِّرُوا
لَا يَذْكُرُونَ
Dan apabila diperingatkan,
mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.
👉
Ayat 14
وَإِذَا رَأَوْا آيَةً يَسْتَسْخِرُونَ
Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -
👉
Ayat 15
وَقَالُوا
إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ
Serta mereka berkata:
"Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.
👉
Ayat 16
أَإِذَا مِتْنَا
وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا
أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ
"Adakah sesudah kita mati
serta menjadi tanah dan tulang,
adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?
👉Syikayah tentang tidak boleh menerimanya Qiamat.
Ayat 17
أَوَآبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ
"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?"
👉ini kata2 mereka yg menolak.
Ayat 18
قُلْ
نَعَمْ
وَأَنْتُمْ دَاخِرُونَ
Jawablah (wahai Muhammad):
"Ya, benar !
(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina ".
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 19
فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ
وَاحِدَةٌ
فَإِذَا هُمْ يَنْظُرُونَ
(Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah
dengan suara sahaja,
maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).
👉tak sama seperti semasa dtg kedunia.
Jadi bayi kemudian matang jadi manusia.
Ayat 20
وَقَالُوا يَا وَيْلَنَا
هَٰذَا يَوْمُ الدِّينِ
Dan (pada saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami,
ini ialah hari balasan!"
👉
Ayat 21
هَٰذَا يَوْمُ الْفَصْلِ الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ
(Lalu malaikat berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya ".
👉ini hari keputusan amali
Ayat 22
احْشُرُوا الَّذِينَ ظَلَمُوا
وَأَزْوَاجَهُمْ
وَمَا كَانُوا يَعْبُدُونَ
(Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu,
dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka,
serta benda-benda yang mereka sembah -
👉
Ayat 23
مِنْ دُونِ اللَّهِ
فَاهْدُوهُمْ
إِلَىٰ صِرَاطِ الْجَحِيمِ
"Yang lain dari Allah
serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.
👉
Ayat 24
وَقِفُوهُمْ ۖ
إِنَّهُمْ مَسْئُولُونَ
"Dan hentikanlah mereka (menunggu),
kerana sesungguhnya mereka akan disoal:
👉Akan. Ditanya
Ayat 25
مَا لَكُمْ لَا تَنَاصَرُونَ
"Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?"
👉
Ayat 26
بَلْ هُمُ الْيَوْمَ مُسْتَسْلِمُونَ
(Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);
👉
Ayat 27
وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ
Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.
👉
Ayat 28
قَالُوا
إِنَّكُمْ كُنْتُمْ تَأْتُونَنَا عَنِ الْيَمِينِ
Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".
👉
Ayat 29
قَالُوا
بَلْ لَمْ تَكُونُوا مُؤْمِنِينَ
Ketua-ketuanya menjawab:
" (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!
👉
Ayat 30
وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ ۖ
بَلْ كُنْتُمْ قَوْمًا طَاغِينَ
"Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu,
bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
👉Melampaui batas Kerana telah memilih kesesatan dgn sengaja.
Ayat 31
فَحَقَّ عَلَيْنَا قَوْلُ رَبِّنَا ۖ
إِنَّا لَذَائِقُونَ
(Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita,
bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).
👉
Ayat 32
فَأَغْوَيْنَاكُمْ إِنَّا كُنَّا غَاوِينَ
"(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat,
kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"
👉 Bentuk kesesatan dibumi tiada paksaan.manusia sesat dgn kerelaan.ini dalaman masing2.
Ayat 33
فَإِنَّهُمْ يَوْمَئِذٍ فِي الْعَذَابِ مُشْتَرِكُونَ
Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.
👉
Ayat 34
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَفْعَلُ بِالْمُجْرِمِينَ
Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.
Ayat 35
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
يَسْتَكْبِرُونَ
Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" -
mereka bersikap takbur mengingkarinya, -
👉Zajrun dan Syikayah.
Sombong dari terima ajaran tauhid.
Ayat 36
وَيَقُولُونَ
أَئِنَّا لَتَارِكُو آلِهَتِنَا
لِشَاعِرٍ مَجْنُونٍ
Serta mereka berkata:
" Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah,
kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"
👉Yg ke2 tolak kerasulan nabi.
Dituduh gila sebab kehidupan nabi tak sama dgn orang lain.
Ayat 37
بَلْ جَاءَ بِالْحَقِّ
وَصَدَّقَ الْمُرْسَلِينَ
(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid),
dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
👉Wahyu ini bukan suratkhabar
Ayat 38
إِنَّكُمْ لَذَائِقُو الْعَذَابِ الْأَلِيمِ
Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Memang setimpal
Ayat 39
وَمَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;
👉Kamu ingat kesalahan itu hanya kesalahan kecil seperti anggapan syirik sahaja.seolah2 kecil.
Syirik tiada undang2.padahal ini kesalahan yg besar diakhirat.
Ayat 40
إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ
Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,
👉Tabsyir.
Ayat 41
أُولَٰئِكَ لَهُمْ رِزْقٌ مَعْلُومٌ
Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,
👉
Ayat 42
فَوَاكِهُ ۖ
وَهُمْ مُكْرَمُونَ
Iaitu buah-buahan (yang lazat),
serta mereka mendapat penghormatan,
👉Layanan penghormatan disukai oleh manusia menunjukan manusia dimuliakan.
Ayat 43
فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ
Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.
👉
Ayat 44
عَلَىٰ سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ
Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;
👉Tidak ada suasana membelakangi
Ayat 45
يُطَافُ عَلَيْهِمْ بِكَأْسٍ مِنْ مَعِينٍ
Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,
👉
Ayat 46
بَيْضَاءَ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ
Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,
👉Lafaz yg bercanggah dgn dunia.
Ayat 47
لَا فِيهَا غَوْلٌ
وَلَا هُمْ عَنْهَا يُنْزَفُونَ
Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan,
dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.
👉
Ayat 48
وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ عِينٌ
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka,
lagi yang amat indah luas matanya;
👉Mata yg cantik
Ayat 49
كَأَنَّهُنَّ بَيْضٌ مَكْنُونٌ
(Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
👉
Ayat 50
فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ
(Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.
👉Berbual mesra dgn kawan2.
Ayat 51
قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٌ
Seorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).
👉
Ayat 52
يَقُولُ أَإِنَّكَ لَمِنَ الْمُصَدِّقِينَ
"katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?
👉Dengar wahyu tapi tak pakai atau tidak membenarkan.
Ayat 53
أَإِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا
وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَدِينُونَ
"Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang,
adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? " '
👉
Ayat 54
قَالَ هَلْ أَنْتُمْ مُطَّلِعُونَ
(Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?"
👉Allah bertanya.
Ayat 55
فَاطَّلَعَ
فَرَآهُ فِي سَوَاءِ الْجَحِيمِ
Maka ia pun memandang (ke arah neraka),
lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.
👉Satu keseronokan bg ahli syurga boleh melihat ahli neraka .ahli neraka tidak boleh melihat ahli syurga.
Ayat 56
قَالَ
تَاللَّهِ إِنْ كِدْتَ لَتُرْدِينِ
Ia pun (menempelaknya dengan) berkata:
" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.
👉
Ayat 57
وَلَوْلَا نِعْمَةُ رَبِّي
لَكُنْتُ مِنَ الْمُحْضَرِينَ
"Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk),
nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) ".
👉
Ayat 58
أَفَمَا نَحْنُ بِمَيِّتِينَ
(Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): " Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, -
👉
Ayat 59
إِلَّا مَوْتَتَنَا الْأُولَىٰ
وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ
"Selain dari kematian kita yang dahulu,
dan kita juga tidak akan terkena seksa?"
👉Betapa gembiranya ahli syurga.
Ayat 60
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.
👉
Ayat 61
لِمِثْلِ هَٰذَا فَلْيَعْمَلِ الْعَامِلُونَ
Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).
👉
Ayat 62
أَذَٰلِكَ خَيْرٌ نُزُلًا
أَمْ شَجَرَةُ الزَّقُّومِ
Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu
atau pokok zaqqum?
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 63
إِنَّا جَعَلْنَاهَا فِتْنَةً لِلظَّالِمِينَ
Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).
👉
Ayat 64
إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ
Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;
👉Pokok yg tumbuh dlm neraka?
Ayat 65
طَلْعُهَا
كَأَنَّهُ رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ
Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;
👉bg orang mekah ,sebut syaitan itu buruk.
Ayat 66
فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا
فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ
Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk),
sehingga mereka memenuhi perut darinya.
👉Kerana lapar terpaksa makan.
Ayat 67
ثُمَّ إِنَّ لَهُمْ عَلَيْهَا
لَشَوْبًا مِنْ حَمِيمٍ
Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman
campuran dari air panas yang menggelegak.
👉Campuran darah dan nanah.
Ayat 68
ثُمَّ إِنَّ مَرْجِعَهُمْ لَإِلَى الْجَحِيمِ
Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.
👉
Ayat 69
إِنَّهُمْ أَلْفَوْا آبَاءَهُمْ ضَالِّينَ
Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;
👉Allah bg tau sebab mereka diazab.sebab bercanggah dgn ajaran wahyu.
Ayat 70
فَهُمْ عَلَىٰ آثَارِهِمْ يُهْرَعُونَ
Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.
👉Bersungguh2 يُهْرَعُونَ
Ayat 71
وَلَقَدْ ضَلَّ قَبْلَهُمْ أَكْثَرُ الْأَوَّلِينَ
Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.
👉
Ayat 72
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا فِيهِمْ مُنْذِرِينَ
Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.
👉
Ayat 73
فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُنْذَرِينَ
Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -
Ayat 74
إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ
Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
👉Hamba yg ikhlas dlm melakukan amalan sunnah diatas aqidah tauhid.
Ayat 75
وَلَقَدْ نَادَانَا نُوحٌ
فَلَنِعْمَ الْمُجِيبُونَ
Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan),
maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.
👉Cerita2 nabi.
Pesanan nabi,jgn sembah kubur
Ayat 76
وَنَجَّيْنَاهُ وَأَهْلَهُ
مِنَ الْكَرْبِ الْعَظِيمِ
Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya,
dari kesusahan yang besar.
👉
Ayat 77
وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُ هُمُ الْبَاقِينَ
Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).
👉
Ayat 78
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
👉
Ayat 79
سَلَامٌ عَلَىٰ نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "
👉
Ayat 80
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
👉
Ayat 81
إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ
Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
👉
Ayat 82
ثُمَّ أَغْرَقْنَا الْآخَرِينَ
Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).
👉
Ayat 83
وَإِنَّ مِنْ شِيعَتِهِ لَإِبْرَاهِيمَ
Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.
👉
Ayat 84
إِذْ جَاءَ رَبَّهُ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.
👉
Ayat 85
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ
مَاذَا تَعْبُدُونَ
Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya:
" Apa yang kamu sembah?
👉
Ayat 86
أَئِفْكًا آلِهَةً دُونَ اللَّهِ تُرِيدُونَ
"Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?
👉 Asal puja roh wali2 dgn penceritaan.
Sedangkan untuk ambil pengajaran.
Tetapi penceritaan perkara batil diambil kesempatan oleh syaitan.
Mencerita perkara batil seolah2 mengembangkannya atau tersebar.
Yg patut cerita adalah tentang allah.
Nabi suka jumpa sahabat dgn jiwa yg suci dari sangka buruk.
Patung berhala dizaman nabi Nuh ada semula dizaman nabi Ibrahim.
Ayat 87
فَمَا ظَنُّكُمْ بِرَبِّ الْعَالَمِينَ
"Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"
👉
Ayat 88
فَنَظَرَ نَظْرَةً فِي النُّجُومِ
Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit),
👉Pendapat kedua,melalaui ramalan dgn bintang.lafaz soreh.tiru kaumnya untuk melepaskan diri.
Ayat 89
فَقَالَ إِنِّي سَقِيمٌ
Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".
👉Ringkasan cerita nabi Ibrahim.
Sakit rohani.sedang yg difahami oleh kaumnya sakit jasmani.
Ayat 90
فَتَوَلَّوْا عَنْهُ مُدْبِرِينَ
Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.
👉pesta upacara.
Sebelum tu pergi kepada patung berhala.
Golongan syirik,buat pemujaan kemudian buat upacara.
Ayat 91
فَرَاغَ إِلَىٰ آلِهَتِهِمْ
فَقَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ
Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi,
serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?
👉kata nabi ibrahim kepada patung.
Ayat 92
مَا لَكُمْ لَا تَنْطِقُونَ
"Mengapa kamu tidak menjawab?"
👉pertanyaan ejekan atau persendaan
Ayat 93
فَرَاغَ عَلَيْهِمْ ضَرْبًا بِالْيَمِينِ
Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul)
👉
Ayat 94
فَأَقْبَلُوا إِلَيْهِ يَزِفُّونَ
(Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.
👉Selepas upacara mereka dtg semula.
Ayat 95
قَالَ أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ
(Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?
👉Ibrahim kata kat mereka.
Ayat 96
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ
"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
👉Nabi ibrahim nak ajar berfikir kepada kaumnya.
Dalil aqli dan naqli.
Boleh ketuk jika kita boleh wahyu.nabi tak pernah ketuk berhala kecuali pemuja patung telah tiada.tiada erti ketuk patung jika fahaman pujaan terhadap patung masih ada.
Allah ajar secara aqli.
Ayat 97
قَالُوا ابْنُوا لَهُ بُنْيَانًا
فَأَلْقُوهُ فِي الْجَحِيمِ
(Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya),
kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".
👉Dua2 dalil naqli dan wahyi tidak dipakai.
Ayat 98
فَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الْأَسْفَلِينَ
Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya,
lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).
👉
Ayat 99
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهْدِينِ
Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku,
Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
👉
Ayat 100
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
👉
Ayat 101
فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ
Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
👉Anak yg tabah pertama dari Hajar.
Ayat 102
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ
قَالَ يَا بُنَيَّ
إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ
أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ
قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu;
maka fikirkanlah apa pendapatmu?".
Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu;
Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
👉AKAN SEMBELIH=berkeadaan dlm keadaan menyembelih ,bukan dah sembelih.
Mimpi yg baik bersesuaian dgn syariat yg telah ada.
Tanya nak tahu persediaan anak.jika bersedia beres ,Kalu tak bersedia akan diikat kaki tangan.
Sembelih akan mati tapi dia bersedia .Ismail dapat didikan dari ibunya.
Jawapan yg lahir dr orang yg sanggup buat kerana Allah.
Ayat 103
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu),
dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
👉
Ayat 104
وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ
Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
👉
Ayat 105
قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu".
Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
👉
Ayat 106
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
👉
Ayat 107
وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
👉
Ayat 108
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian
👉
Ayat 109
سَلَامٌ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
👉
Ayat 110
كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Ayat 111
إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ
Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
👉
Ayat 112
وَبَشَّرْنَاهُ بِإِسْحَاقَ
نَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ
Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak,
yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
👉
Ayat 113
وَبَارَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلَىٰ إِسْحَاقَ ۚ
وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌ
وَظَالِمٌ لِنَفْسِهِ مُبِينٌ
Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak;
dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan,
dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.
👉
Ayat 114
وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَارُونَ
Dan demi sesungguhnya! kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.
👉Nikmat kenabian.
Ayat 115
وَنَجَّيْنَاهُمَا وَقَوْمَهُمَا مِنَ الْكَرْبِ الْعَظِيمِ
Dan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari kesusahan yang besar;
👉
Ayat 116
وَنَصَرْنَاهُمْ فَكَانُوا هُمُ الْغَالِبِينَ
Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya);
Ayat 117
وَآتَيْنَاهُمَا الْكِتَابَ الْمُسْتَبِينَ
Dan Kami berikan kepada keduanya Kitab Suci yang amat jelas keterangannya;
Ayat 118
وَهَدَيْنَاهُمَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Dan Kami berikan hidayah petunjuk kepada keduanya ke jalan yang lurus.
Ayat 119
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِمَا فِي الْآخِرِينَ
Dan Kami kekalkan bagi keduanya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
👉
Ayat 120
سَلَامٌ عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَارُونَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!"
👉
Ayat 121
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
👉
Ayat 122
إِنَّهُمَا مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ
Sesungguhnya mereka berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman.
👉
Ayat 123
وَإِنَّ إِلْيَاسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ
Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
👉Kisah ke4
Ayat 124
إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَلَا تَتَّقُونَ
(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
👉
Ayat 125
أَتَدْعُونَ بَعْلًا وَتَذَرُونَ أَحْسَنَ الْخَالِقِينَ
"Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?
👉Wali bakla بَعْلًا
Ayat 126
اللَّهَ رَبَّكُمْ وَرَبَّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ
"Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!"
👉
Ayat 127
فَكَذَّبُوهُ فَإِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ
Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),
👉
Ayat 128
إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ
Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat,
dan mendapat sebaik-baik balasan).
👉
Ayat 129
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ
Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
👉
Ayat 130
سَلَامٌ عَلَىٰ إِلْ يَاسِينَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!"
👉
Ayat 131
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
👉
Ayat 132
إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ
Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
👉
Ayat 133
وَإِنَّ لُوطًا لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ
Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
👉Kisah ke5
Ayat 134
إِذْ نَجَّيْنَاهُ وَأَهْلَهُ أَجْمَعِينَ
(ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,
👉
Ayat 135
إِلَّا عَجُوزًا فِي الْغَابِرِينَ
Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.
👉
Ayat 136
ثُمَّ دَمَّرْنَا الْآخَرِينَ
Kemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).
👉
Ayat 137
وَإِنَّكُمْ لَتَمُرُّونَ عَلَيْهِمْ مُصْبِحِينَ
Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.
👉Wahai orang mekah
Ayat 138
وَبِاللَّيْلِ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.
Ayat 139
وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ
Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
👉Kisah ke6
Ayat 140
إِذْ أَبَقَ إِلَى الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.
Ayat 141
فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ الْمُدْحَضِينَ
(Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).
👉Hamba lari dari tuan menyebab laut bergelombang.
Silap ijtihad.tapi merayu dan bertaubat Allah terima.
Ayat 142
فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ
Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
Ayat 143
فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ
Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih)
Ayat 144
لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
Ayat 145
فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ سَقِيمٌ
Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.
👉Kawasan pantai بِالْعَرَاءِ
Ayat 146
وَأَنْبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِنْ يَقْطِينٍ
Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
👉Selepas 40 hari dlm perut ikan.
Ayat 147
وَأَرْسَلْنَاهُ إِلَىٰ مِائَةِ أَلْفٍ أَوْ يَزِيدُونَ
Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.
👉Lebih 100,000.
Ayat 148
فَآمَنُوا فَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَىٰ حِينٍ
(Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).
Ayat 149
فَاسْتَفْتِهِمْ
أَلِرَبِّكَ الْبَنَاتُ
وَلَهُمُ الْبَنُونَ
(Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu:
Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?
👉
Ayat 150
أَمْ خَلَقْنَا الْمَلَائِكَةَ إِنَاثًا
وَهُمْ شَاهِدُونَ
Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?
Ayat 151
أَلَا إِنَّهُمْ مِنْ إِفْكِهِمْ لَيَقُولُونَ
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata
👉2fahaman yg salah.
Allah kahwin dgn jin keluar anak malaikat
Allah sendiri yg beranak.
👈Fahaman orang mekah.
Ayat 152
وَلَدَ اللَّهُ
وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
"Allah beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!
👉
Ayat 153
أَصْطَفَى الْبَنَاتِ عَلَى الْبَنِينَ
(Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak,
dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?)
Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)?
Ayat 154
مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ
Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
Ayat 155
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?
Ayat 156
أَمْ لَكُمْ سُلْطَانٌ مُبِينٌ
Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?
Ayat 157
فَأْتُوا بِكِتَابِكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
(Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.
Ayat 158
وَجَعَلُوا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجِنَّةِ نَسَبًا ۚ
وَلَقَدْ عَلِمَتِ الْجِنَّةُ إِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ
(Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).
Ayat 159
سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ
Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!
👉
Ayat 160
إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ
Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,
(maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).
👉
Ayat 161
فَإِنَّكُمْ
وَمَا تَعْبُدُونَ
Maka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah
👉
Ayat 162
مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ بِفَاتِنِينَ
Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,
👉Merosakan aqidah بِفَاتِنِينَ
Ayat 163
إِلَّا مَنْ هُوَ صَالِ الْجَحِيمِ
kecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang.
👉
Ayat 164
وَمَا مِنَّا إِلَّا لَهُ مَقَامٌ مَعْلُومٌ
(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);
👉
Ayat 165
وَإِنَّا لَنَحْنُ الصَّافُّونَ
"Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
👉
Ayat 166
وَإِنَّا لَنَحْنُ الْمُسَبِّحُونَ
"Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!"
👉
Ayat 167
وَإِنْ كَانُوا لَيَقُولُونَ
Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:
👉
Ayat 168
لَوْ أَنَّ عِنْدَنَا ذِكْرًا مِنَ الْأَوَّلِينَ
"Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
Ayat 169
لَكُنَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ
"Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"
👉
Ayat 170
فَكَفَرُوا بِهِ ۖ
فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
(Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).
👉
Ayat 171
وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا
لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ
Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul -
👉Tabsyir.
Ayat 172
إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنْصُورُونَ
Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan
👉
Ayat 173
وَإِنَّ جُنْدَنَا
لَهُمُ الْغَالِبُونَ
Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul),
merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).
👉
Ayat 174
فَتَوَلَّ عَنْهُمْ حَتَّىٰ حِينٍ
Oleh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
👉Zajrun dan takhwif duniawi
Ayat 175
وَأَبْصِرْهُمْ
فَسَوْفَ يُبْصِرُونَ
Dan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu).
👉
Ayat 176
أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ
Maka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!
👉
Ayat 177
فَإِذَا نَزَلَ بِسَاحَتِهِمْ
فَسَاءَ صَبَاحُ الْمُنْذَرِينَ
Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka,
sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.
👉termasuk diri mereka.
Ayat 178
وَتَوَلَّ عَنْهُمْ
حَتَّىٰ حِينٍ
Dan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
👉Allah bg tau
Ayat 179
وَأَبْصِرْ فَسَوْفَ يُبْصِرُونَ
Dan lihatlah (apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.
👉lihat dgn makna tunggu.
Ayat 180
سُبْحَانَ رَبِّكَ
رَبِّ الْعِزَّةِ
عَمَّا يَصِفُونَ
Akuilah kesucian Tuhanmu, -
Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan!
👉
Ayat 181
وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ
Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul.
👉Rasul (Utusan) pilihan bersifat mentablighkan wahyu dari Allah tentang tauhid dan syariat allah الْمُرْسَلِينَ
Ayat 182
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
👉
Tiada ulasan:
Catat Ulasan