Khamis, Ogos 29, 2019

Daurah tafsir 2019 sesi 16(41)

Daurah tafsir 2019 sesi 16(41)

39.Az zumar(75)makkiyah
40.Al mukminun/ghafir(85)makkiyah
41.Al fusilat(54)makkiyah.

041.Surah Fusilat
Mengesakan allah dlm berdoa atau tauhid dlm berdoa.
Tak akan minta tolong selain allah.
Ada 6 yg kesamaran atau tidak jelas dikepala yg dibisik oleh syaitan boleh hilang dgn kejelasan
Kedegilan tiada ubat.

Kesamaran pertama
Seru pada selain allah pun jadi juga.
Atau boleh dlm mimpi.contoh mimpi  disuruh sembelih untuk orang yg bankrap maju balik.

Ayat 25
وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ
فَزَيَّنُوا لَهُمْ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ
وَمَا خَلْفَهُمْ
وَحَقَّعَلَيْهِمُ الْقَوْلُ
فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ
إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ

Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia),
lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka,
serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka;
dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama
dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka.
Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).
👉Salah satu contoh tipu daya syaitan.
Membawa ajaran tarikat adalah ajaran yg  bukan ajaran  quran dan hadis.
Ini bahaya.
Ikut tarikat akan mengenepikan alquran dan sunnah.
Ngaji agak alegik.
Ajaran secara tersembunyi,konon tak boleh diajar secara terbuka.
Mereka juga tidak berkehendakan ajaran islam sebenar.cuma inginkan perkara dunia sahaja.
Tidak tauhid,risalah dan akhirat.

41.al fusilat(54)makkiyah.
42.as syura(53)makkiyah
43.az zuhruf(89)makkiyah
44.ad dukhan(59)makkiyah
45.al jathiyat (37)makkiyah
46.al ahqaf(35)makkiyah
47.muhamad(38)madaniyah
48.al fath(29)madaniyah
49.al hujurat(18)madaniyah.
50 qaff(45)makkiyah

Surah al fusilat(haamin assajdah)
Tertib surah 41
Bilangan ayatnya 54
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 61
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1 ayat 1-8 Pendahuluan dan pengenalan alquran
Paragraf 2 ayat 9-12 Dalil2 ٱفاقي untuk tauhid.
Paragraf 3 ayat 13-18 Dalil2 تاريخي untuk tauhid-kisah kaum Aad dan Tsamud(tauhid ada dlm  semua surah)
(Soal Tauhid ini quran tak tinggal dan bukti2nya bermacam2 dan memang benar)
Minit 38
Paragraf 4 ayat 19-29 Akibat buruk musuh2 Allah (أَعْدَاءُاللّه)
Paragraf 5 ayat 30-36 Pahala orang yg berdakwah kepada ajaran tauhid yg dizalimi bersabar dan bersyukur.
Paragraf 6 ayat 37-48 Dalil2 tauhid dan akhirat disamping pembatalan akidah syirik.
Paragraf 7 ayat 49-54 Dalil2 أنفسي(pada diri kita sendiri)untuk orang2 yg tidak percaya kepada hari kemudian.

Mesej utama
Bersabar dan istiqamahlah setelah menerima seruan tauhid dan percaya kepada hari akhirat yg dikemukakan oleh al quran nescaya kamu akan diberi kejayaan didunia dan diakhirat.

Ini haamin yg kedua.
Turun ditahun ke10 kenabian
Sebhg besar surah ini turun diantara Islamnya Hamzah dan Umar iaitu th ke6 kenabian.
Fussilat=diperincikan,dr ayat ke3 diambil.
Ayat 44 pun ada juga..kenapa alquran turun dlm bhs arab?
Alquran sebuah kitab terperinci..itu kesimpulannya.
A'ada u llah,akibatnya sama shj.
Dlm surah ini,mereka diugut dgn azab.
Penyakit kaum ni ialah menyombong dimuka bumi.
Sombong dok dlm hati.
Akan menjadi kenyataan ,jadi tindakan dipanggil istikbar.
Inzal=menurun sekali gus.
Minit 49

Ayat 41
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالذِّكْرِ لَمَّا جَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّهُ لَكِتَابٌ عَزِيزٌ

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi,
-Sura Fussilat, Ayah 41
لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ ۖ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ

Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.
-Sura Fussilat, Ayah 42
👉perkataan تَنْزِيلٌ
Diturunkan oleh ْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ
Yg terlibat nabi dan kafir pemimpin2 quraisy.
Sama disemua zaman,cuma "pemain2" yg berbeza.
Cuba tutup telinga dan mata zahir.
Suruh istiqomah pada ayat 6 dan..
Penyakit tak mahu dengar ayat 4 dan ..
Aada ullah dan auliya allah.
Sanuri...kami tunjuk ayat2 kami disegenap penjuru alam..alquran dan Islam ini benar.

Minit :1jam

Surah as syuura
Tertib surah 42
Bilangan ayatnya 53
Bilangan rukuk 5
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 62
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-12 Pengenalan wahyu alquran dan sifat2 tuhan disamping pembatalan akidah syirik.
Paragraf 2 ayat 13-20 Perintah menegakan agama
Paragraf 3 ayat 21-22 Pembatalan syariat yg diada2kan oleh orang2 musyirikin Mekah.
Paragraf 4 ayat 23-43 Pahala yg diperolehi  orang2 yg beriman dan sifat2 mereka.Dalil2 tauhid dan hari akhirat.
Paragraf 5 ayat 44-46 Akibat buruk yg akan diterima oleh orang2 musyrikin dan orang2 kafir.
Paragraf 6 ayat 47-50 Perintah menerima seruan Allah dan dalil2 أنفسي(dalil pada diri kita sendiri)
Paragraf 7 ayat 51-53 Tiga saluran wahyu dan kerasulan Muhamad.

Mesej utama
Tegakanlah sistem kemasyarakatan Islam berpandukan wahyu(jgn berpandukan nenek moyang atau adat)

Asas  dlm pemerintahan Islam adalah SYURA.
Syura makna mesyuarat/bincang
Mesyuarat juga bahasa arab.
Yg ke surah haawaamin..

Zaman turun peringkat ke4 dimekah.
Sangat dekat dgn madaniyah.
Sudah ada isyarat berhijrah.
Apa persediaan asas?
Asasnya Syura.
Syura tak payah yg telah ditetapkan atau wajib.
Bincang yg harus shj.
Jgn buang masa syura yg haram seperti arak dan riba serta zina atau solat 5waktu .jika cuba tukar,itu  syirik filhakimiyah.
Penekanan dlm surah ini ialah tauhid hakimiyah.
Surah ini juga panduan mengadapi pemimpin yg sombong.
Antara tema dan kata kunci surah ini
1.Kazalika...
Minit 1:15
4kali disebut
Ayat 3
كَذَٰلِكَ يُوحِي إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Sebagaimana yang terkandung dalam surah ini dan surah-surah yang lain - diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu, oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
-Sura Ash-Shura, Ayah 3
Ayat 15
فَلِذَٰلِكَ فَادْعُ ۖ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ ۖ وَقُلْ آمَنْتُ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنْ كِتَابٍ ۖ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ ۖ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ ۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ ۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".
-Sura Ash-Shura, Ayah 15

Awal dan hujung ,berkait dgn wahyu.

Cara bercakap dgn allah melalui wahyu .
Allah campakkan dlm hati nabi atau manusia biasa.
Manusia dipanggil ilham dan nabi dipanggil wahyu.
Juga melalui utusan atau rasul atau malaikat.
Quran dgn perantara malaikat wahyu jali.
Jika kata hanya quran wahyu akan jadi masalah.

Minit 1:25

Hadis Wahyu khofi.
Mimpi,contoh nabi ibrahim bermimpi. Ikutan syariat .Dia telah sanggup berkorban melaksanakan perintah allah dan allah pasti menggantikan diatas pengorbanannya
Mimpi kita byk yg karut.

4 istilah dlm quran oleh maududi:
1.Deen..bukan bermakna ibadat shj
Deenillah...orang berzina sebat 100 rotan ...ini jenayah bermakna menjalankan hukum juga agama.
Telanjang...tak boleh walaupun ada lesen...mengadakan syariat..sudah syirik.kalu allah tak tentukan tak apa.syirik filhakimiah.
Tauhid rububiyah
Tauhid uluhiyah hanya allah yg kita sembah atau minta doa
Tauhid hakimiyah,hok mana dia kata halal ,halal dia kata haram,maka haram
2.Ibadat
3.Ilah
4.Rob
Buat kerja kena kaitkan dgn akhirat.
Tiada habuan diakhirat jika nak dunia shj.
Kalu kami perluaskan rezeki,akan derhaka pada allah,ini tema surah ini.



Ayat 1
حم
Haa, Miim

Ayat 2
تَنْزِيلٌ مِنَ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
👉Sifat الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Ayat 3
كِتَابٌ
فُصِّلَتْ آيَاتُهُ
قُرْآنًا عَرَبِيًّا
لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Sebuah Kitab
yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu;
iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab
bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
👉

Ayat 4
بَشِيرًا وَنَذِيرًا
فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ
فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ

Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar);
dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya),
maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.
👉Ini sifat quran
Hujung ayat zajrun
Orang degil tidak boleh terima

Ayat 5
وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ
مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ
وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ
وَمِنْ بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ
فَاعْمَلْ
إِنَّنَا عَامِلُونَ

Dan mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami)
daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya,
dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya),
serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita);
oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! "
👉Syikayah
Bahasa orang degil.
Ini lafaz manusia yg memiliki kedegilan.

Ayat 6
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ
يُوحَىٰ إِلَيَّ
أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ
فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ
وَاسْتَغْفِرُوهُ ۗ
وَوَيْلٌ لِلْمُشْرِكِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu;
diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu
hanyalah Tuhan yang Satu;
maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya),
serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu).
Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),
👉Tak boleh terima nabi sebab manusia biasa shj.
Berjln kepasar,makan makanan dan berkahwin.

Ayat 7
الَّذِينَ لَا يُؤْتُونَ الزَّكَاةَ
وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ

"Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya)
dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat".
👉Tak sanggup bg zakat.

Ayat 8
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
لَهُمْ أَجْرٌ
غَيْرُ مَمْنُونٍ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman
dan mengerjakan amal yang soleh,
mereka beroleh balasan pahala yang
tidak putus-putus.
👉Tabsyir

Ayat 9
قُلْ
أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ
وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا ۚ
ذَٰلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa,
dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya!
Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,
👉Dalil aqli yg pertama.

Ayat 10
وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا
وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا
فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ

Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya,
serta Ia melimpahkan berkat padanya,
dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya,
sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.
👉

Ayat 11
ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ
وَهِيَ دُخَانٌ
فَقَالَ لَهَا
وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعًا
أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ

Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit
sedang langit itu masih berupa asap;
lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi:
"Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela
atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"
👉

Ayat 12
فَقَضَاهُنَّ
سَبْعَ سَمَاوَاتٍ
فِي يَوْمَيْنِ
وَأَوْحَىٰ فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا ۚ
وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا
بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ۚ
ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Lalu Ia menjadikannya
tujuh langit,
dalam dua masa;
dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing.
Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang
serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya.
Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui
👉

Ayat 13
فَإِنْ أَعْرَضُوا
فَقُلْ أَنْذَرْتُكُمْ
صَاعِقَةً
مِثْلَ صَاعِقَةِ عَادٍ
وَثَمُودَ

Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus),
maka katakanlah (wahai Muhammad):
"Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir,
seperti petir yang telah menyambar kaum Aad
dan kaum Thamud!"
👉Zajrun dan takhwif duniawi.

Ayat 14
إِذْ جَاءَتْهُمُ الرُّسُلُ
مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ
أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۖ
قَالُوا لَوْ شَاءَ رَبُّنَا لَأَنْزَلَ مَلَائِكَةً
فَإِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ

(Mereka ditimpa azab itu) kerana semasa mereka didatangi Rasul-rasul (memberikan berbagai penjelasan) mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan di akhirat (sambil melarang mereka):
"Janganlah kamu menyembah melainkan Allah",
mereka menjawab: "Jika Tuhan kami hendak (mengutus Rasul-rasul) tentulah Ia akan menurunkan malaikat;
oleh itu sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa yang (kamu katakan): kamu diutus membawanya!"
👉Tapi bukan hari tu tolak hari tu terus kena.

Ayat 15
فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ
بِغَيْرِ الْحَقِّ
وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۖ
أَوَلَمْ يَرَوْا
أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ
هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۖ
وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ

Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi
dengan tiada sebarang alasan yang benar,
serta berkata: "Siapakah yang lebih kuat dari kami?"
Dan (mengapa mereka bersikap demikian?)
Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka?
Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).
👉

Ayat 16
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا صَرْصَرًا
فِي أَيَّامٍ نَحِسَاتٍ
لِنُذِيقَهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ
وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَخْزَىٰ ۖ
وَهُمْ لَا يُنْصَرُونَ

Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang
dalam beberapa hari yang nahas malang,
kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia;
dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya;
sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).
👉Kita  kata sejuk ok,panas yg tak boleh.tapi sebenarnya  angin sejuk boleh menyebabkan kematian. Angin sejuk sangat bahaya.
Telinga perlu dibungkus jika tidak akan sakit yg memerlukan masa sebulan untuk sembuh.

Ayat 17
وَأَمَّا ثَمُودُ
فَهَدَيْنَاهُمْ
فَاسْتَحَبُّوا الْعَمَىٰ عَلَى الْهُدَىٰ
فَأَخَذَتْهُمْ صَاعِقَةُ الْعَذَابِ الْهُونِ
بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Adapun kaum Thamud,
maka Kami beri petunjuk kepadanya,
lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk;
mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.
👉

Ayat 18
وَنَجَّيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا
وَكَانُوا يَتَّقُونَ

Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman
serta mereka tetap bertaqwa.
👉Tabsyir.

Ayat 19
وَيَوْمَ يُحْشَرُ أَعْدَاءُ اللَّهِ إِلَى النَّارِ
فَهُمْ يُوزَعُونَ

Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka,
lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.
👉Sampah yg dihimpun dlm tong sampah akan dibawa ketempat pembakaran sampah.
Akal fikiran dan aqidah dah jadi sampah.

Ayat 20
حَتَّىٰ إِذَا مَا جَاءُوهَا
شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ
وَأَبْصَارُهُمْ
وَجُلُودُهُمْ
بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka,
(maka) pendengaran
dan penglihatan
serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka,
mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
👉

Ayat 21
وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ
لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا ۖ
قَالُوا
أَنْطَقَنَا اللَّهُ
الَّذِي أَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ
وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ
وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka:
"Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?"
Kulit-kulit badan mereka menjawab:
"Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata -
telah menjadikan kami dapat berkata-kata;
dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya,
dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
👉

Ayat 22
وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ
أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ
وَلَا جُلُودُكُمْ
وَلَٰكِنْ ظَنَنْتُمْ
أَنَّ اللَّهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِمَّا تَعْمَلُونَ

"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu)
bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka
bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).
👉Idkhal ilahi.
Orang arab mekah tidak tahu atau sangka atau salah anggapallah tahu apa yg mereka buat.
Jahil akan menyebabkan kekal dlm neraka.

Ayat 23
وَذَٰلِكُمْ ظَنُّكُمُ
الَّذِي ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ
أَرْدَاكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Dan sangkaan kamu yang demikian,
yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu,
itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!"
👉Ahli syurga orang yg yakin.
Orang yg hanya bersangka kerana tidak mahu belajar wahyu.

Ayat 24
فَإِنْ يَصْبِرُوا
فَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ ۖ
وَإِنْ يَسْتَعْتِبُوا
فَمَا هُمْ مِنَ الْمُعْتَبِينَ

Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja)
kerana nerakalah tempat tinggal mereka;
dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah,
maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya.
👉Neraka tidak sama dgn jel dunia.
Ini taqdir hukuman.
Tiada lagi rayuan

Ayat 25
وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ
فَزَيَّنُوا لَهُمْ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ
وَمَا خَلْفَهُمْ
وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ
فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ
إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ

Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia),
lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka;
dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka
bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).
👉Akibat Aqidah buruk dipandang baik.

Ayat 26
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ
وَالْغَوْا فِيهِ
لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata:
"Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini
dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian
dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak),
supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"
👉Syikayah.
{Tak bersedia untuk belajar.
Relakan diri dlm keadaan tidak tahu}ini ayat sebelumnya(25)
Ayat ini melarang pula orang lain belajar.
Jika orang arab mekah larang kerana takut dipengaruhi oleh al quran ,orang sekarang hanya kerana tak sama dgn kehendak nafsu shj tanpa faham isi quran.
Orang kafir shj yg akan larang belajar al quran.

Ayat 27
فَلَنُذِيقَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا عَذَابًا شَدِيدًا
وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ
أَسْوَأَ الَّذِي كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan Kami akan membalas mereka dengan
seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.
👉takhwif ukhrowi

Ayat 28
ذَٰلِكَ جَزَاءُ أَعْدَاءِ
اللَّهِ النَّارُ ۖ
لَهُمْ فِيهَا دَارُ الْخُلْدِ ۖ
جَزَاءً
بِمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ

Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu neraka;
disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal didalamnya,
sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami.

Ayat 29
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
رَبَّنَا أَرِنَا
اللَّذَيْنِ أَضَلَّانَا
مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ
نَجْعَلْهُمَا تَحْتَ أَقْدَامِنَا
لِيَكُونَا مِنَ الْأَسْفَلِينَ

Dan orang-orang yang kafir berkata:
"Wahai Tuhan kami!
Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami
dari jin dan manusia,
untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami,
supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan".
👉Keinginan untuk membalas kepada yg telah menyebabkan mereka sesat.

Ayat 30
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا
رَبُّنَا اللَّهُ
ثُمَّ اسْتَقَامُوا
تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ
أَلَّا تَخَافُوا
وَلَا تَحْزَنُوا
وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ
الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata:
"Tuhan kami ialah Allah",
kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):
"Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu)
dan janganlah kamu berdukacita,
dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga
yang telah dijanjikan kepada kamu.
👉termasuk ucapan lidah dan hati قَالُوا
Berita syurga hanya dari wahyu.

Ayat 31
نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ
فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ
وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat;
dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat -
apa yang diingini oleh nafsu kamu,
serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.
👉Orang yg sentiasa membela aqidah akan dikerumuni malaikat.
Baca doa2 sebelum tidur malaikat akan hadir walaupun tidur kesaorangan.
Malaikat akan mendoakan ahli tauhid.
Malaikat tidak payah seru.dia akan dtg bila seru allah.

Ayat 32
نُزُلًا
مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ

"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan
dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"
👉melayani tetamu.
Zikir istighafar setelah buat amal solat.
Beristighar selepas melakukan taat .takut2 amal baik tak sempurna.
Apatah lagilah bila melakukan kesalahan.

Ayat 33
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا
وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:
"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
👉 Murid2 nabi muhamad tidak akan duduk kesaorang malah akan mengajak seramai mungkin orang lain bersamanya mentauhidkan allah dan pada yg sama berlumba2 melakukan amal soleh sebab dia nampak sangat akhirat.
Dan dia juga tak membesarkan dirinya.

Ayat 34
وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ
ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.
Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik;
apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
👉Orang yg didakwah ada 2 keadaan.ada yg terima dan ada yg tolak.
Tiada perkataan sindir kerana boleh menjauhkan hubungan.
Orang yg menunjukan kebaikan orang lain kebaikan akan mendapat pahala sama dgn orang yg menerima.

Ayat 35
وَمَا يُلَقَّاهَا
إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا
وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan
melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar,
dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
👉

Ayat 36
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ
فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan,
maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Minta bantuan ketika ada gangguan syaitan seperti marah .dlm hati wajib.
Menyebut aauzubillah sunat.

Ayat 37
وَمِنْ آيَاتِهِ
اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ ۚ
لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ
وَلَا لِلْقَمَرِ
وَاسْجُدُوا لِلَّهِ
الَّذِي خَلَقَهُنَّ
إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya
ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan.
Janganlah kamu sujud kepada matahari
dan janganlah pula sujud kepada bulan,
dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya,
kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.
👉Siang malam tanda kekuasaan allah.
Ayat in dalil naqli .
Dalil naqli dibahagi 2.ayat 37 bahagian pertama dan ayat 38 dalil naqli bahagian ke2.ada idkhan ilahi pun ada.

Ayat 38
فَإِنِ اسْتَكْبَرُوا
فَالَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ
يُسَبِّحُونَ لَهُ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
وَهُمْ لَا يَسْأَمُونَ ۩

Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan),
kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu.
👉Zajrun dan idkhanlilahi.

Ayat 39
وَمِنْ آيَاتِهِ
أَنَّكَ تَرَى الْأَرْضَ خَاشِعَةً
فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ
اهْتَزَّتْ
وَرَبَتْ ۚ
إِنَّ الَّذِي أَحْيَاهَا لَمُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۚ
إِنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,
engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus),
maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya
serta suburlah tanamannya.
Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati;
sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Jangan fikir ianya tumbuh sendiri tanpa allah yg menumbuhkan.
Kena biasakan  dengar tentang qudrat allah.

Ayat 40
إِنَّ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي آيَاتِنَا
لَا يَخْفَوْنَ عَلَيْنَا ۗ
أَفَمَنْ يُلْقَىٰ فِي النَّارِ خَيْرٌ
أَمْ مَنْ يَأْتِي آمِنًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ
اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ ۖ
إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami,
tidak terselindung keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami.
(Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam neraka lebih baik,
atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat?
(Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): "Buatlah apa yang kamu suka,
sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)".
👉Titahan dlm  ugutan اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ
Am ron tah diri

Ayat 41
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالذِّكْرِ لَمَّا جَاءَهُمْ ۖ
وَإِنَّهُ لَكِتَابٌ عَزِيزٌ

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu,
demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi,
👉Syikayah pertama ayat ke5
وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ وَمِنْ بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ فَاعْمَلْ إِنَّنَا عَامِلُونَ

Dan mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! "
Syikayah ke2 ayat26
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"
syikayah yg ke3ayat 41.

Ayat 42
لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ
مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ ۖ
تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ

Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan
dari mana-mana arah dan seginya;
ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.
👉Kitab Yg tiada sebarang kesalahan

Ayat  43
مَا يُقَالُ لَكَ إِلَّا مَا قَدْ قِيلَ لِلرُّسُلِ مِنْ قَبْلِكَ ۚ
إِنَّ رَبَّكَ لَذُو مَغْفِرَةٍ
وَذُو عِقَابٍ أَلِيمٍ

Apa yang dikatakan kepadamu (wahai Muhammad, dari celaan-celaan golongan yang ingkar, tidak lain) hanyalah seperti yang pernah dikatakan kepada Rasul-rasul yang terdahuhu daripadamu.
(Oleh itu bersabarlah dengan cekal hati menghadapinya), sesungguhnya Tuhanmu berkuasa penuh melimpahkan keampunanNya (kepada orang-orang yang taat),
dan berkuasa penuh menimpakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (kepada orang-orang yang ingkar).
👉Tasliyah dlm syikayah
Pujuk hati nabi.
Bila dapat sifat sabar akan dapat pahala ,natijah sabar.
Berkat sabar diampun dosa atau diangkat darjat kepada nabi.

Ayat 44
وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا
لَقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ ۖ
أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ ۗ
قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا
هُدًى وَشِفَاءٌ ۖ
وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ
وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى ۚ
أُولَٰئِكَ يُنَادَوْنَ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing,
tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)?
Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?"
Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman;
dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar);
dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".
👉Jawaban bagi soalan muqadar.
Bahasa ajam =bahasa inggeris.
Hijab rohani=tak boleh dengar,makna tak diketahui

Ayat 45
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ
فَاخْتُلِفَ فِيهِ ۗ
وَلَوْلَا كَلِمَةٌ
سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ
لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ
وَإِنَّهُمْ لَفِي شَكٍّ
مِنْهُ مُرِيبٍ

Dan (janganlah engkau merasa kecewa wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu, kerana) demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat,
lalu berlaku pertentangan mengenainya.
Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu),
tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta merta kepada mereka.
Dan sesungguhnya mereka (kaummu) masih menaruh syak yang meragukan tentang (kebenaran Al-Quran) itu.
👉Yg penting bukan cara turun tapi hati yg nak menerima  itulah yg penting.taurat turun dgn caranya dan quran turun dgn caranya.
Azab belum sampai bukan bererti azab tiada.

Ayat 46
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ
وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ۗ
وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri,
dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri;
dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.
👉Syariat yg diturunkan bukan faedah untuk Allah tetapi untuk manusia sendiri.
Allah Maha Kaya tak perlu apa2.
Syariat bukan beban tapi faedah untuk diri  manusia itu sendiri.
Takhwif وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا

Ayat 47
إِلَيْهِ يُرَدُّ عِلْمُ السَّاعَةِ ۚ
وَمَا تَخْرُجُ مِنْ ثَمَرَاتٍ مِنْ أَكْمَامِهَا
وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنْثَىٰ
وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ
وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ
أَيْنَ شُرَكَائِي
قَالُوا آذَنَّاكَ مَا مِنَّا مِنْ شَهِيدٍ

Kepada (ilmu pengetahuan) Allah jua lah kembalinya soal mengetahui masa datangnya hari kiamat;
dan (demikianlah tiap-tiap apa yang akan berlaku, kerana) sebiji buah (umpamanya) tidak akan keluar dari kelopaknya,
dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak,
melainkan (pada masa dan keadaan yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah.
Dan pada hari Tuhan menyeru mereka (yang musyrik, dengan bertanya kepada mereka): "Mana dia makhluk-makhluk yang kamu sifatkan menjadi sekutu-sekutuKu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui kepadaMu (wahai Tuhan kami), bahawa tidak ada di antara kami seorang pun yang mahu menjadi saksi (kerana anggapan kami dahulu telah nyata salahnya)!"
👉Dalil aqli yg ke3
Sebahagian takhwif ukhrowi

Ayat 48
وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَدْعُونَ مِنْ قَبْلُ ۖ
وَظَنُّوا مَا لَهُمْ مِنْ مَحِيصٍ

Dan (pada saat itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka sembah dahulu (yang diharapkan pertolongannya),
dan yakinlah mereka bahawa tidak ada sebarang jalan untuk mereka melepaskan diri (dari azab seksa).
👉

Ayat 49
لَا يَسْأَمُ الْإِنْسَانُ مِنْ دُعَاءِ الْخَيْرِ
وَإِنْ مَسَّهُ الشَّرُّ فَيَئُوسٌ قَنُوطٌ

Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan.
Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa,
lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).
👉Syikayah yg ke4
Putus asa hanya bg orang yg tiada allah .
Apa yg hilang akan diganti.

Ayat 50
وَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ رَحْمَةً مِنَّا
مِنْ بَعْدِ ضَرَّاءَ
مَسَّتْهُ
لَيَقُولَنَّ هَٰذَا لِي
وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً
وَلَئِنْ رُجِعْتُ إِلَىٰ رَبِّي
إِنَّ لِي عِنْدَهُ لَلْحُسْنَىٰ ۚ
فَلَنُنَبِّئَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِمَا عَمِلُوا
وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنْ عَذَابٍ غَلِيظٍ

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat
dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan,
berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata),
dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku;
dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun),
sudah tentu aku aKan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!"
Maka demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan,
dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya.
👉Jangan kata nasib tapi ini taqdir allah.
Orang yg tidak tahu menahu wahyu tak akan tahu tentang akhirat.

Ayat 51
وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنْسَانِ
أَعْرَضَ
وَنَأَىٰ بِجَانِبِهِ
وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ
فَذُو دُعَاءٍ عَرِيضٍ

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia
serta menjauhkan diri (dari bersyukur);
dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.
👉Zajrun tau teguran.
Jauhkan diri mentaati allah وَنَأَىٰ بِجَانِبِهِ

Ayat 52
قُلْ أَرَأَيْتُمْ
إِنْ كَانَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ
ثُمَّ كَفَرْتُمْ بِهِ
مَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ هُوَ فِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sudahkah nampak baiknya keadaan kamu
jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah
kemudian kamu mengingkarinya?
Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang tetap berada dalam perbalahan dan pertentangan, yang menyimpang jauh dari kebenaran
👉Ayat yg mewakili keempat2 syikayah.

Ayat 53
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا
فِي الْآفَاقِ
وَفِي أَنْفُسِهِمْ
حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ
أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ
أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.
Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
👉Takhwif duniawi.
Dalil luar badan فِي الْآفَاقِ
Dalil ke4 أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Ayat 54
إِنَّهُمْ فِي مِرْيَةٍ مِنْ لِقَاءِ رَبِّهِمْ ۗ
أَلَا إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ مُحِيطٌ

Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan syak - ragu-ragu tentang pertemuan dengan Tuhan mereka.
Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu.
👉


Tiada ulasan:

Catat Ulasan